teks pengacara

6
Teks Ucapan MC - Anti Dadah Pagi Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pagi hari pergi kepekan Hendak membeli buah kuini Selamat datang kami ucapkan Semoga hadirin selesa disini Buah langsat di tepi busut Mari di muat di dalam peti Besar hajat kami menjemput Besar niat di dalam hati Cenderawasih terbang berkawan, Hinggap lama di ranting berduri; Terima kasih kepadamu tuan, Sudi menerima undangan kami. Selamat datang kami ucapkan kepada tuan penceramah undangan Tuan Haji Zainal Abidin bin Muhammad Sharif daripada Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Batu Pahat.

Upload: nur-umaira

Post on 19-Dec-2015

648 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Teks Pengacara Majlis

TRANSCRIPT

Teks Ucapan MC - Anti Dadah

Pagi

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Pagi hari pergi kepekanHendak membeli buah kuiniSelamat datang kami ucapkanSemoga hadirin selesa disini

Buah langsat di tepi busutMari di muat di dalam petiBesar hajat kami menjemputBesar niat di dalam hati

Cenderawasih terbang berkawan,Hinggap lama di ranting berduri; Terima kasih kepadamu tuan, Sudi menerima undangan kami.

Selamat datang kami ucapkan kepada tuan penceramah undangan Tuan Haji Zainal Abidin bin Muhammad Sharif daripada Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Batu Pahat.

Yang berusaha Pn. Hjh. Julaikha bt. Pardi,Guru Besar SKSSD, yang dihormati En. Abdul Samad Bin Jamil, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Noriawati Bt. Hj. Ideris, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Hatta b. Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk meneruskan lagi program Antidadah peringkat sekolah iaitu Program Ceramah berkaitan bahaya dadah.

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh al Fadhil Ustaz Mior Shahrizan b. Mohd. Rethuan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***Amin.. amin ya rabbal alamin.Terima kasih kepada al Fadhil Ustaz Mior Shahrizan b. Mohd. Rethuan atas bacaan doa itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya para hadirin sekalian majlis akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn. Hjh. Julaikha bt. Pardi, GB SKSSD. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.***Terima kasih Tuan GB atas ucapan itu tadi.

***Untuk makluman para guru dan murid-murid, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan penyalahgunaan dadah di Malaysia. AADK merupakan agensi utama yang memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2015.

***

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur ke bumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.

Untuk itu, bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah dalam kalangan murid-murid dan masyarakat amnya majlis dengan ini menjemput penceramah yang dijemput khas daripada AADK iaitu Tuan Haji Zainal Abidin bin Muhammad Sharif untuk menyampaikan ceramahnya, majlis dengan hormat dipersilakan Tuan.

***Anak dara menumbuk pandan,Membuat kuih hidangan kenduri;Ilmu yang baik jadikan teladan,Segala yang buruk letak ke tepi

Tumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdindingTerima kasih Tuan Haji Zainal Abidin Bin Muhammad Sharif. Harapan kita semua dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan dalam ceramah ini, untuk kita jadikan pedomann dan panduan dalam kehidupan kita sehari-hari terutama kepada murid-murid berkaitan penyalahgunaan dadah ini.

****Buah berangan di tanjung jatiJatuh berderai di tepi rusaBudi tersemat di dalam hatiDi sanjung tinggi sepanjang masa

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada kami kepada pihak AADK, saya dengan ini mempersilakan GB SKSSD Pn. Hjh. Julaikha bt. Pardi untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan penceramah kita. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Muhammad Sharif untuk menerima cenderahati daripada kami.

***

Terima kasih Tuan juga.

Terima kasih kepada Pn. Hjh. Julaikha bt. Pardi, GB SKSSD kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar untuk mengiringi penceramah kita ke kantin bagi menikmati sedikit jamuan ringan. Segala hormatnya dipersilakan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis syarahan /ceramah kita pada hari ini. Akhir kalam saya memohon beribu kemaafan sekiranya saya ada melakukan kesalahan terutama pertuturan saya yang ada menyinggung perasaan hadirin semasa mengendalikan majlis ini. SesungguhNya yang baik itu datangNya daripada Allah swt dan yang buruk itu datangnya daripada saya pacar yang hina/manusia biasa.

Tuan puteri pergi ke Rasah, Pulang semula di sebelah pagi, Yang baik itu datangnya dari Allah, Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Saya sudahi majilis ini dengan wabillahitaufik walidayah wassalamualikum warohmatullah hiwabarakatuh.