teks mc persaraan

2
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA YANG DIHORMATI Tuan Haji Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak Encik Anthony Idi bin Jureng, Timbalan Pengarah SKM Negeri Perak Tn Hj Kamaruddin bin On, Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak YANG DIRAIKAN, Encik Rahim binAbidin, Pembantu Tadbir SKM Wilayah Manjung Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua bahagian, serta pegawai-pegawai dan kakitangan SKM Perak yang dihormati sekalin. Assalamulaikum wbr.... Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kita berkumpul pada hari untuk sama-sama memeriahkan majlis persaraan ENCIK RAHIM BIN ABIDIN yang akan bersara pada ..... Mac 2011 iaitu hari ..................... ini. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ............................................................ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ................................................. .. atas bacaan doa itu tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati Tn. Hj Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Musa bin Nasri atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Rahim bin Abidin. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Encik Rahim bin Abidin atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Encik Rahim bin Abidin. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak untuk menyampaikan cenderahati kepada yg diraikan, Encik Rahim bin Abidin. Dipersilakan. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasinya. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kasih mana orang baru, kasih lagi orang lama Sedap mana kasut baru, sedap lagi kasut lama Sedih mana tuan yang pergi, sedih lagi kami yang ditinggalkan. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Upload: umienadirah

Post on 18-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

panduan menjadi mc

TRANSCRIPT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA YANG DIHORMATI

Tuan Haji Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri PerakEncik Anthony Idi bin Jureng, Timbalan Pengarah SKM Negeri PerakTn Hj Kamaruddin bin On, Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak

YANG DIRAIKAN,

Encik Rahim binAbidin, Pembantu Tadbir SKM Wilayah Manjung

Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua bahagian, serta pegawai-pegawai dan kakitangan SKM Perak yang dihormati sekalin. Assalamulaikum wbr....

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKita berkumpul pada hari untuk sama-sama memeriahkan majlis persaraan ENCIK RAHIM BIN ABIDIN yang akan bersara pada ..... Mac 2011 iaitu hari ..................... ini.Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ............................................................Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ................................................... atas bacaan doa itu tadi.Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicaraHadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalianMajlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati Tn. Hj Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Musa bin Nasri atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Rahim bin Abidin. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Encik Rahim bin Abidin atas ucapan itu tadi.Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayatHadirin dan hadirat yang dihormati sekalianMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Encik Rahim bin Abidin.Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Musa bin Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak untuk menyampaikan cenderahati kepada yg diraikan, Encik Rahim bin Abidin. Dipersilakan.Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasinya.Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.Kasih mana orang baru, kasih lagi orang lama

Sedap mana kasut baru, sedap lagi kasut lama

Sedih mana tuan yang pergi, sedih lagi kami yang ditinggalkan.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

sutera batik bertenun indahdipakai sidara nampak berseribiarpun ada jarak memisah

pastinya ada rindu di hati

Seterusnya dipersilakan semua yang hadir untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.

Sekian. Wslm....