teks mc mesyuarat pibg

6

Click here to load reader

Upload: azreen

Post on 13-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

mesyuarat pibg

TRANSCRIPT

TEKS JURUACARA MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KALI KE-58TARIKH : 15 APRIL 2015

BILAGENDATEKSCATATAN

1Ketibaan Jemputan (Tetamu Kehormat)Mengumumkan ketibaan yang Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid, Pengerusi KESEDAR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dengan diiringi Yang Berusaha Tn Hj Komaruddin B Abdullah Pengetua Cemerlang Smk Sultan Yahya Petra 1.

Nyanyian LaguNegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyanyikan lagu Negaraku.

@@@@@@@

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata Aluan Mencari Timba Si Anak DaraDi Bawah sarang burung tempuaSalam sembah pembuka bicara selamat datang untuk semua

indah berbalam si awan petangBerarak di celah pepohon araPemanis kalam selamat datingAwal bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid, Pengerusi KESEDAR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah

Yang Berusaha Tuan Haji Anuar b Mamat, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai

Yang Berusaha Tuan Haji Komarudin b AbdullahPengetua Cemerlang SMK Sultan Yahya Pertra 1

Yang Dikasihi Tuan Hj Abdullah b HarunYang Dipetua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Yahya Petra 1

Yang Dihormati DSP Mohd Azlan b Abd Kadir,Ketua Bahagian Siasatan Jenayah DaerahIbu Pejabat Polis Daerah Kuala KraiSelaku pegawai perhubungan SMK Sultan Yahya Petra 1.

Ahli Ahli jawatankuasa PIBGPara ibubapa dan seterusnya rakan guru seperjuangan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-58 tahun 2015 ini.

Bulat Air Kerana PembentungBulat Manusia Kerana MuafakatFaham Sesuai, Benar SeukurBulat Segolek, Pipih SelayangRundingan Jangan SelisihMuafakat Jangan BercanggahTuah Pada SekataBerani Pada SeiaIbarat Labu Menjalar Ke HuluIbarat Kundur Menjalar Ke HilirPangkalnya Sama DipupukPucuknya Sama DigentisYang Jauh Dijemput Dengan DestaYang Dekat Dijemput Dengan TepakBerhimpun Dan BermuafakatBagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Sultan Yahya Petra 1, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nor b Awang. Dipersilakan.

.@@@@@@@@@

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nor bin Awang atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Persembahan NasyidHadirin dan hadirat sekalian

Tirai majlis kita pada petang ini telah pun dibuka. Sebentar sahaja lagi kita akan diperdengarkan alunan indah lagu-lagu nasyid yang akan di dendangkan oleh Kumpulan Soutun Najjah yang akan membawakan nasyid yang berjudul..........................

@@@@@@@@

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Untuk makluman Hadirin dan Hadirat sekalian

Kumpulan nasyid ini telah pun mewakili daerah Kuala Krai selama 8 tahun berturut-turut ke peringkat negeri Kelantan. Pada tahun lalu, kumpulan ini telah pun dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di SMK (A) Tok Bachok. Pada hari ini sejurus sahaja sesudah persembahan kumpulan nasyid ini akan bertolak ke Jeli untuk ke pertandingan nasyid peringkat negeri yang akan berlangsung esok di SMK Jeli. Sama-samalah kita doakan agar kumpulan nasyid ini akan mengulangi sejarah menjuarai pertandingan ini.

Ucapan aluan(Pengetua)Seterusnya sebagai pembuka persada ucapan kita pada petang ini majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Komarudin b Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Sultan Yahya Pertra 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan sukacitanya dipersilakan.

@@@@@@@@@

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan YDPSeterusnya majlis berbesar hati untuk menjemput Yang Dikasihi Tuan Hj Abdullah b Harun, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Yahya Petra 1 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@

Deikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Yang Dikasihi Tuan Hj Abdullah b Harun, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Yahya Petra 1. Terima kasih diucapkan.

Ucapan perasmianSirih junjung penuh berertiIndahnya adat tidak terperiTibalah saat masa dinantiMendengar amanat ucapan perasmi

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid Pengerusi KESEDAR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1 kali ke-58 bagi tahun 2015

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

Penyampaian sijil dan cenderahatiPihak majlis berbesar hati ingin menyampaikan sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa pibg yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran sepanjang sesi 2014.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz B Derasid, diiringi oleh bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan cenderahati kepada barisan ahli jawatankuasa pibg sesi2012.Dipersilakan.

@@@@@@@ ikut dalam buku cenderamata @@@@@

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia, Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz B Derasid kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati itu tadi.

Cabutan bertuah

Penyampaian cenderahatiSeterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________________________________________________ untuk membuat 10 cabutan nombor bertuah hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing.Panggil 10 nombor bertuah

Untuk membuat 10 cabutan seterusnya dipersilakan __________________ ____________________________________________________________

Panggil 10 no bertuah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________ atas kesudian mencabut nombor bertuah itu tadi dan tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Komarudin B Abdullah Pengetua Cemerlang Smk Sultan Yahya Petra 1 untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato Hj Abdul Aziz b Derasid Pengerusi KESEDAR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah atas kesudian hadir pada petang ini. majlis mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian cenderahati kenang-kenangan itu tadi.

penutupDengan ini maka berakhirlah sudah Mesyuarat Agong Kali ke 58 SMK Sultan Yahya Petra 1. Kami mewakili pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah ini. Sejambak kemaafan juga kami hulurkan seandainya terdapat kesilapan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATISALAH DAN SILAP TUTUR BICARAPOHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI

KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNGDIBUAT ALAS MENGELAP KENDIBUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNGTAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Sekian, wabilahitaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t ..salam mesra dan salam 1 malaysia.