teks mc linus

Upload: asrun89

Post on 01-Mar-2016

78 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pengacara majlis

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLISSaya bagi pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Taklimat LINUS 2.0. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha En Awaluddin bin NawiGuru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2

Puan Rahimah bt Abdullah, Guru Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati, Penceramah jemputan, Puan Zunaidah binti Abdul Aziz yang merupakan Pegawai FasiLINUS darpada PPD Petaling Perdana, Puan Siti Nurzalizah selaku penyelaras LINUS SKPU 2Seterusnya, Para guru, ibu bapa serta murid yang dikasihi sekalian

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha EsaBagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ust. Hasnil Afifi bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Hadirin yang dihormati,

Sebagai pembuka tirai sesi taklimat pada hari ini, majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha En. Awaluddin bin Nawi, Guru Besar Sek keb. Puchong utama 2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Jutaan Terima kasih diucapakan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan.

Hadirin sekalian, Untuk makluman Tuan Puan,LINUS merupakan akronim daripada PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI. Matlamat Taklimat LINUS 2.0 pada petang ini adalah untuk memberi pemahaman kepada ibu bapa tentang pelaksanaan LINUS 2.0 yang melibatkan murid TAHUN 1, 2 DAN 3 yang dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun.Oleh itu, majlis dengan ini menjemput Penceramah jemputan, Puan Zunaidah binti Abdul Aziz yang merupakan Pegawai FasiLINUS darpada PPD Petaling Perdana untuk memberi taklimat atau penerengan yang lebih jelas mengenai Program LINUS 2.0. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.Hadirin yang dihormati,Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru BESAR, En. Awaluddin bin Nawi untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Puan Zunaidah binti Abdul Aziz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Guru Besar SK PUCHONG Utama 2 kerana sudi menyampaikan cenderamata.Hadirin yang dihormati,Majlis diteruskan lagi dengan sesi perbincangan antara ibu,bapa atau penjaga bersama guru kelas atau penceramah jemputan. Untuk makluman, para ibu bapa boleh bertemu dengan Fasi LINUS di booth yang disediakan. Disana juga terdapat contoh instrument dan buku yang digunakan oleh murid LINUS. Para hadirin boleh bertanyakan sebarang kemusykilan kepada Fasi LINUS. Oleh itu, saya mempersilakan para ibu bapa atau penjaga untuk beredar ke kelas anak atau jagaan anda. Majlis akan bersurai pada jam 5.30 petang.Sekian, terima kasih.