teks majlis persaraan

13
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMARAK KASIH SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN EN. NG KAW PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASAMANI DAN KESIHATAN

Upload: adeq07

Post on 21-Jul-2016

169 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

TEKS MC

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Majlis Persaraan

TEKS PENGACARA

MAJLIS SEMARAK KASIHSEMPENA MERAIKAN PERSARAAN

EN. NG KAWPENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASAMANI

DAN KESIHATAN

“ Guru Penjana Modal Insan Gemilang”

Page 2: Teks Majlis Persaraan

CUE ANN

Ketibaan Pengarah Mengumumkan ketibaan Tn.Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis bersama Yang Diraikan En. Ng Kaw dan para pensyarah.

Kata alu-aluan pengacara majlis

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari pulau mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara;

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berbahagia,Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid,Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis,

Page 3: Teks Majlis Persaraan

Yang Berusaha,Dr. Hj. Hamzah bin Hj. Ihsan,Timbalan Pengarah IPGM, Kampus Perlis,

Yang Diraikan,En. Ng Kaw,Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Yang Dihormati,Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, staf-staf sokongan seterusnya guru-guru pelatih sekalian.

Syukur alhamdulillah, bersama kita panjatkan ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nyadapat kita berkumpul di dewan ini untuk Majlis Semarak Kasih sempena meraikan persaraan En. Ng Kawpensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Page 4: Teks Majlis Persaraan

Bacaan doa Tetak buluh panjang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat,Angkat tangan jari sepuluh,Doa diminta biar selamat;

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanAl-fadhil Ustaz ____________________________________untuk memimpin bacaan doa memohon restu daripada Illahi agar majlis kita terus diberkati.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Nyanyian lagu Seterusnya,majlis mempersilakan warga dewan sekalian untuk menyanyikan lagu:

Page 5: Teks Majlis Persaraan

- negeri perils dan lagu pendidikan teras kemajuan

Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Ucapan wakil pelajar Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara _______________________________ mewakili para pelajar untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Ucapan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan En. Abu Bakar bin Mohamad Rashid,

Page 6: Teks Majlis Persaraan

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Tayangan slide show Hadirin sekalian,

Sekarang kita akan menyaksikan tayangan slide show perjalanan En. Ng Kaw sepanjang beliau bertugas di institut ini. Kita saksikan………..

Ucapan Pengarah Hadirin sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid,Pengarah IPGM, Kampus Perlis

Page 7: Teks Majlis Persaraan

untuk memberikan ucapan.

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan En. Ng Kaw Hadirin warga dewan sekalian,

Seterusnya,majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Diraikan,En. Ng Kaw untuk memberikan ucapan sempena majlis persaraan beliau hari ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung pengahargaan terima kasih kepada En. Ng Kaw atas ucapan sebentar tadi.

Page 8: Teks Majlis Persaraan

Penyampaian cenderamata Sebagai tanda orang berbudiSebagai tanda kasih diabadiSebagai tanda ilmu diberkatiMajlis dengan segala hormatnya mempersilakanTn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid, Pengarah IPGM, Kampus Perlisuntuk menyampaikan penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya menyaksikan penyampaian cenderamata kepada En. Ng Kaw.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untuk itu, majlis mempersilakan En. Ng Kaw ke pentas untuk menerima penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dipersilakan Seterusnya, penyampaian cenderamata.

Page 9: Teks Majlis Persaraan

Dengan ini dipersilakan wakil kelas…………………..(ikut turutan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi dan tahniah kepada En. Ng Kaw.

Hadirin yang diberkati sekalian,Dengan panyampaian cenderamata itu tadi, maka majlis berakhir di sini.

Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.Kepada En. Ng Kaw, selamat bersara.

Tutur kata harus dijaga,Agar tiada tersinggung rasa,Andai pincang tuturnya hamba,Ampun dan maaf yang hamba pinta;

Page 10: Teks Majlis Persaraan

Hari ini menanam jagung,Hari esok menenam serai,Serai ditanam di tepi sungai,Tika ini kita berkampung,Sebentar lagi kita bersurai,Panjang umur berjumpa lagi.

Sebelum bersurai hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah……

Mengumumkan Pengarah IPGM, Kampus Perlis meninggalkan dewan.

Disediakan oleh,

Roslan bin Ismail

Page 11: Teks Majlis Persaraan

(PPISMP PSV/PJ)