buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

18

Upload: ezriwong

Post on 29-May-2017

354 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02
Page 2: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Sekilas Bicara Tuan Haji Bahrom Bin Ali Pegawai PPD Johor Bahru

Bismillahhirramanirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapat saya titipkan kata alu-aluan dalam Buku Program ini sempena majlis persaraan

Guru Besar SK Taman Cempaka, Johor Bahru. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada

semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran majlis ini.

Tn. Haji Shafiee Bin Omar telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini

selama hampir enam tahun. Saya yakin dan percaya beliau telah memberikan

sumbangan yang besar kepada sekolah ini. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan

dilaksanakan oleh beliau bagi melonjakkan nama sekolah agar dikenali dalam daerah

Johor Bahru. Malah, beliau merupakan seorang Pengurus yang baik dalam memastikan

segala urusan perjalanan pembelajaran dan pengajaran guru dan murid terlaksana

dengan teratur dan lancar. Beliau juga berjaya menyediakan suasana yang kondusif serta

menitik beratkan pembangunan fizikal sekolah.

Persaraan beliau daripada arena pendidikan pasti dirasai oleh warga pendidik

terutamanya warga SKTC. Beliau meletakkan keikhlasan dalam bekerja sebagai batu

asas untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan bangsa, agama dan negara.

Pastinya keikhlasan dan kesungguhan itu akan terbalas jua dengan kebaikan dan

kebajikan oleh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, InsyaAllah.

Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana sangat

cemerlang dalam mentadbir. Terima kasih atas sumbangan bakti, jasa dan keringat yang

diberikan kepada SK Taman Cempaka. Semoga beliau sentiasa sihat dan terus memberi

sumbangan dalam bidang pendidikan.

Sekian, terima kasih.

1

Page 3: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, sebagai YDP PIBG dapat saya menulis

sepatah dua kata khas untuk Tn. Haji Shafiee Bin Omar, Guru Besar SK Taman Cempaka

Johor Bahru.

Kini telah tiba tarikh yang menjadi penghitungan Tuan Guru Besar yang dikasihi

saban waktu untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang pemimpin yang

disegani. Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya serta pihak PIBG dalam

menjayakan program-program yang dirancang demi kecemerlangan SKTC. Saya amat

bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan seorang pemimpin yang mengutamakan

pendidikan anak-anak tanpa mengenal erti jemu.

Saya juga amat tertarik dengan corak pentadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan

beliau di sini. Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG akui Tuan Guru Besar mentadbir

sekolah ini dengan mesra, mudah dibawa berbincang, membimbing dengan penuh kasih

sayang serta penuh rasa empati. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya.

Sehubungan dengan itu teguran dan nasihat yang Tuan Guru Besar lontarkan akan kami

ingati.

Mudah-mudahan, segala pengalaman yang diperolehi daripada Tuan Guru Besar

menjadi panduan kepada kita untuk menjadi insan yang berjaya dan berkarisma seperti

beliau.

Bunga Cempaka putih berseri,

Indah disunting disanggul rakan.

Segala kerjasama dan bantuan yang diberi,

Syukur dan terima kasih PIBG ucapkan.

Terima kasih Tn Haji Shafiee Bin Omar, semoga sentiasa sihat dan dalam peliharaan

Allah SWT dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Nukilan En. Abd Rahman Bin Zakaria Tuan Yang Dipertua PIBG

2

Page 4: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Setitis Tinta Selebar Bicara Pn. Roshita Binti Jaffar Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Salam bahagia bertaut mesra memulakan seuntai bicara dalam ruangan yang amat

bermakna ini.

Saya mewakili guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka dengan ini

mengucapkan Selamat bersara kepada Yang Dihormati Tuan Haji Shafiee bin

Omar.Semoga persaraan ini dapat diisi dengan penuh beerti kepada beliau sekeluarga.

Sesungguhnya segala tunjuk ajar dalam rentetan perkhidmatan beliau akan kami jadikan

landasan untuk membina platform yang lebih berjaya dan cemerlang pada masa

mendatang.Segala pengalaman beliau yang dititipkan buat kami akan kami manfaati

sebaik mungkin dalam menjana kegemilangan sekolah ini.

Segala nasihat dan bimbingan yang diterima sama ada secara langsung mahupun

tidak, secara sedar atau sebaliknya adalah didikan yang tidak akan kami lupakan

sepanjang hayat.Keikhlasan menabur budi menyemai bakti akan kami jadikan dorongan

untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Dalam meraih pengalaman , bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Maka dengan

penuh rasa rendah diri kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai

selama ini, ada kata yang tak berkenan di hati, ada rasa yang terkilan di jiwa ,malah ada

tingkah yang tak kena di mata.Halalkan segala limpah budi dan segala yang telah kami

terima selama tuan menaungi kami.

Dalam tindakan berbudi bicara,

Bersilih pangkal melilit perdu.

Sampailah masa tuan bersara,

Hilanglah akal tempat mengadu.

Salam kasih buat Guru Besar, Tuan Haji Shafiee bin Omar.

Sekian, terima kasih.

3

Page 5: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya

diberi peluang untuk berada bersama-sama dalam majlis ‘Bakti Disanjung, Budi

Dijunjung’ ini. Dengan izinNya juga, perkhidmatan saya dalam bidang pendidikan

khususnya sebagai warga pendidik sampai juga ke nokhtahnya. Dalam meniti liku-liku

kehidupan menabur bakti, menyemai budi serta memateri ilmu di beberapa buah sekolah,

banyak cebisan kenangan yang tidak dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat saya.

Jutaan terima kasih serta penghargaan saya hulurkan buat warga SKTC yang sentiasa

menghulur sokongan dan dorongan yang tidak terhingga kepada saya sehinggalah dalam

meniti hari-hari terakhir saya bergelar pendidik. Kejayaan, kecemerlangan dan

keterbilangan sekolah ini adalah hasil usaha dan inspirasi bersama dalam memartabatkan

bidang pendidikan ke arah mencapai aspirasi negara. Umpama belayar sampai ke

pelabuhan, visi dan misi digarap menjadi pasti.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan

pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa

waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan saya

sebagai sebahagian dari warga pendidik.

Akhirkata, semoga perpisahan ini bukanlah akhir dari segalanya.

Mungkin cukup sekian yang dapat saya nukilkan. Kurang lebihnya saya mohon maaf

kerana kesalahan adalah milik saya dan kelebihan datangnya dari Allah SWT.

Sekian, wassalam.

Shafiee Omar Tuan Haji Shafiee Bin Omar

Guru Besar SKTC

Coretan Memori Tuan Haji Shafiee Bin Omar Guru Besar SK Taman Cempaka

4

Page 6: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

10:00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

10:15 pagi : Ketibaan Tn. Haji Bahrom Bin Ali

Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

10:20 pagi : Ketibaan Yang Diraikan

Tn. Haji Shafiee Bin Omar

Persembahan ‘Selamat Datang’

Bacaan Doa

Ucapan Pn. Roshita Bt Jaffar

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Ucapan En.Abdul Rahman Bin Zakaria

Yang Dipertua PIBG

Ucapan Tn. Haji Bahrom Bin Ali

Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

Ucapan Yang Diraikan

Tn. Haji Shafiee Bin Omar

Guru Besar SK Taman Cempaka

Persembahan Murid

Persembahan Multimedia

Penyampaian Watikah Persaraan

Penyampaian Cenderamata

Persembahan Koir

12:00 tengahari: Jamuan

1:00 petang : Salam Perpisahan

Majlis Bersurai

Tentatif Majlis Persaraan ‘Bakti Disanjung Budi Dijunjung’

5

Page 7: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Pengerusi Pn. Roshita Binti Jaffar (PK Kurikulum) Naib Pengerusi Pn. Siti Salwa Binti Zailani (PK Kokurikulum) Pn. Maslia Binti Mohd Yasin (PK HEM) Setiausaha Pn. Azilah Binti Abdul Hamid Naib Setiausaha Pn. Saedah Binti Yasinan Bendahari Pn. Hasemah Binti Shahidan Naib Bendahari Pn. Nor Suraini Binti Mat Isa AJK PELAKSANA Sambutan Dan Protokol Pn. Roshita Binti Jaffar (K) Pn. Siti Salwa Binti Zailani Pn. Maslia Binti Mohd Yasin Pn. Saedah Binti Yasinan Encik Abdul Rahman Bin Zakaria (PIBG) Encik Raman a/l Batumalai (PIBG) Tn. Haji Ayub Bin Abd Hamid (PIBG) En. Hazail Mor Bin Mohamad (PIBG) En. Khairul Nizam Bin Ishak (PIBG) Pendaftaran

Pn. Anita Binti Rahmat (K) Pn. Rani a/p Sinnappan Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab Pn. Noor Hidayah Binti Ismail Pengacara Majlis Pn. Farah Rafeiza Binti Siam En. Mohammad Afiq Bin Ibrahim Bacaan Doa En. Khairul Nizam Bin Ishak

P.A Sistem dan LCD

En. Fredolin Noor (K) En. Khairul Nizam Bin Ishak En. Manimaran a/l Subban Buku Program Persaraan

Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab (K) Pn. Noor Hidayah Binti Ismail Kad Jemputan

Pn. Norliza Binti Othman (K) Pn. Rohani Binti Salleh En. Hirjohari Bin Ismail Hadiah, Roset VIP & Cenderamata (Door Gift)

Pn. Nor Azliza Binti Ismail (K) Pn. Azilah Binti Abdul Hamid Cik Mastijah Binti Mhd Zainal Nor Pn. Nor Suraini Binti Mat Isa Pn. Zairinisa Binti Miran Pn. Nurul Aishah Binti Rahim Cenderamata (Daripada Tetamu)

Pn. Hasemah Binti Shahidan (K) Pn. Anita Binti Rahmat Pn. Rani a/p Sinnappan Kain Rentang / Gimik Persaraan

En. Mohd Faizal Bin Isa (K) En. Sharul Nizam Bin Othman Fotografi En. Sharul Nizam Bin Othman (K) En. Md Yunus Bin Kabil Persembahan Multimedia En. Wan Mohd Shukri Bin W. A. Lah (K) En. Syed Fahmy Effendy Bin Syed Musa Hiasan Sanggar Persaraan /Back Drop/Pentas En. Mohammad Afiq Bin Ibrahim (K) Pn. Rosnani Binti Jono Pn. Rahmah Binti Basiron (PIBG) Pn. Noor Azah Binti Wan (PIBG)

Jawatankuasa Majlis Persaraan ‘Bakti Disanjung Budi Dijunjung’

6

Page 8: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Persiapan Tempat En.. Manimaran a/l Subban (K) En. Ismail Bin Othman En. Abdullah Bin Kalam Tn. Haji Jalani Bin Ahmad En. Hirjohari Bin Ismail En. Md Yunus Bin Kabil En. Frankie Anak Mac Anyan (PIBG) En. Norhasli Yazid Bin Abdul Kadir (PIBG) Persembahan En. Mohd Awang Bin Mohd Yatim (K) En. Md Som Bin Harus En. Ezihan Bin Zainal Pn. Faridatulakmar Binti Ramli Pn. Shaniati Binti Md. Nor Pn. Linda Binti Ibrahem Pn. Rohani Binti Mohd Salleh Kawalan & Keselamatan / Parkir VIP En. Wan Mohd Sany Bin Wan Ahmad (K) En. Mohamed Khairul Bin Md Nasir En. Ismail Bin Othman Pengawal Keselamatan Kawalan Murid / Perarakan En. Mohamed Khairul Bin Md Nasir (K) En. Wan Mohd Sany Bin Wan Ahmad Pn. Er Geok Poh Pn. Linda Binti Ibrahem Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Pn. Nurul Aishah Binti Rahim Pn. Saedah Binti Yasinan Pn. Salamatul Salwa Binti Abdul Wahab

En. Md Som Bin Harus En. Sharul Nizam Bin Othman En. Ismail Bin Othman Jamuan VIP /Penyediaan Tempat Jamuan Pn. Rohana Binti Udin (K) Cik Mastijah Binti Mhd Zainal Nor Pn. Sabtuyah Binti Endeng Pn. Roslida Binti Awang Pn. Rosnani Binti Jono Pn. Noraini Binti Mohamad Jamuan Guru / Murid Persembahan Pn. Norhaniza Binti Hamdan (K) Pn. Yusliza Binti Mohd Nin Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Keceriaan & Kebersihan En. Mohd Hafiz Bin Abd Razak (K) En. Mohd Faizal Bin Isa Pn. Er Geok Poh En. Mahdar Bin Idris Pn. Che Dah Binti Mat Pn. Nurul Ain Binti Mohamad Pn. Habibah Binti Abas Pn. Rohani Binti Abdul Samad Bunga Telur/Bunga Rampai/ Bunga Manggar Pn. Nor Azizah Binti Md Ilias (K) Cik Siti Fatimah Binti Ahmad Pn. Yusliza Binti Mohd Nin Pn. Rohaya Binti Long Pn. Maharani Binti Abdul Wahab (PIBG) Pn. Ainon Binti Abdul Rashid (PIBG)

Jawatankuasa Majlis ‘Bakti Disanjung Budi Dijunjung’

7

Page 9: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

Nama : Tn. Haji Shafiee Bin Omar

Tarikh lahir : 11 Februari 1954

Nama bapa : Tn. Haji Omar Bin Long

Nama ibu : Pn. Hajjah Jamilah Binti Hj. Arshad

Tempat lahir : Batu Pahat, Johor

Biladik beradik : 9 orang (anak ke-2)

Nama isteri : Pn. Hajjah Jamaliah Binti Mohamad

Tarikh Perkahwinan : 20 Oktober 1979

Bil. Cahayamata : 4 orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)

Hobi : Berkebun

Makanan Kegemaran : Kari, Asam Pedas

Warna Kegemaran : Ungu

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1961 - 1966 - SK Parit Kemang Senggarang Batu Pahat

1967 - 1969 - SM Senggarang Batu Pahat

1970 - 1971 - SM Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat

1974 - 1975 - Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor

SEJARAH PERKHIDMATAN

1976 -1980 - SMK Bukit Jawa, Pasir Putih Kelantan

1980 – 1994 - SMK Sri Gading Batu Pahat Johor

Jan ‘95 – Jun ’95 - SK (LKTP) Lok Heng, Kota Tinggi Johor (GPK1)

Jun ‘95 – 1999 - SK Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor (Guru Besar)

2000 -2002 - JPN (Unit Kurikulum) Johor

2002 – 2008 - SK Taman Cendana, Pasir Gudang (Guru Besar)

2009 – 2014 - SK Taman Cempaka, Johor Bahru (Guru Besar)

ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA

1992 – Sijil Perkhidmatan Cemerlang

1995 – Sijil Perkhidmatan Cemerlang

2004 – Anugerah Kepimpinan Aktif (PPD Johor Bahru) – Sempena Perayaan Hari Guru

2005 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2006 – Anugerah Kepimpinan Aktif (PPD Pasir Gudang)

2008 – Guru Besar Cemerlang

Biodata Ayahanda Tercinta

8

Page 18: buku majlis persaraan by salamatul salwaabdulwahab-140207201448-phpapp02

‘Bakti Disanjung, Budi Dijunjung’

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu. Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di dalam taman. Junjungan budi kenangan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Mengait rambutan menggunakan galah, Disimpan bersama buah berangan.

Walau sezarah silap dan salah, Harap dimaafkan disimpan jangan.

Subuh hari memetik kangkung, Kangkung dipetik bersama serai.

Setelah semusim kita berkampung, Tiba masanya kita bersurai.

Pohon mempelam lebat berbuah,

Gugur sebiji di tepi tangga. Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Allah berjumpa juga.

Ikhlas, Warga SKTC 2014