teks majlis alumni pengarah ilp kepala batas

1
TEKS UCAPAN PENGARAH ILP KEPALA BATAS, PULAU PINANG MAJLIS PELANCARAN ALUMNI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG 20 NOVEMBER 2007 DEWAN KULIAH UTAMA ILP KEPALA BATAS Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, En. Romli Bin Haji Hassan, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia Yang dihormati, Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hj. Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang Ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Alumni, Tuan-tuan dan puan-puan para Alumni yang dihormati sekalian. Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya kita dapat bersama-sama berada di Majlis Pelancaran Alumni 2007. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hj. Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang. Hadirin sekalian, Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Ad-Hoc Penubuhan Alumni, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada kumpulan Pelaksana yang telah dengan gigih berusaha untuk mengumpulkan semula Alumni bagi bersama-sama mengimbas nostalgia sekali gus membangkitkan semangat untuk terus mengacapi kejayaan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Objektif utama penubuhan Alumni ILP Kepala Batas, Pulau Pinang Ini bertujuan untuk memajukan dan memupuk perhubungan silaturahim serta mewujudkan sikap kerjasama demi kepentingan, kebajikan dan akademik di antara para alumni ILP Kepala Batas, Pulau Pinang dan para pensyarahnya. Di samping itu juga, ia memberi haluan bagi menggalakkan pertemuan dan penyertaan para alumni di dalam memberikan pendapat, idea, komen dan penambahbaikan demi menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan pendidikan dengan penyertaan yang diadakan dalam bentuk seminar, ceramah serta forum. Selain itu, bertindak sebagai penyelaras profesion para alumni di mana, perhubungan personal dan perhubungan pekerjaan dapat diwujudkan serta dikekalkan bagi kemudahan menjalankan tugas dan saling membantu di antara satu sama lain. Justeru itu, komitmen dan kerjasama di kalangan Alumni yang sedia terjalin harus sentiasa dimantapkan. Saya percaya para Alumni mampu menyumbangkan tenaga, pengetahuan dan kepakaran atau apa jua bentuk demi meningkatkan kemajuan ILP Kepala Batas khususnya dan negara amnya. Cabaran utama kini ialah bagaimana Alumni dapat digerakkan. Ini semua dapat dijalankan jika wadah Alumni seperti yang sedang diusahakan oleh Unit Perhubungan Alumni diperkukuhkan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Persatuan Alumni ILP Kepala Batas telah pun mendapat sokongan padu daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia akan penubuhannya. Semoga dengan penubuhan Persatuan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang ini akan menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti dan program-program untuk mempersatukan para graduan ILP Kepala Batas. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Alumni pada petang ini. Sekian, Terima Kasih. Disediakan oleh : Rodzidah bt Mohd Rodzi

Upload: rodzidah-mohd-rodzi

Post on 14-Aug-2015

84 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Majlis Alumni Pengarah ILP Kepala Batas

TEKS UCAPAN PENGARAH ILP KEPALA BATAS, PULAU PINANG

MAJLIS PELANCARAN ALUMNI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

20 NOVEMBER 2007

DEWAN KULIAH UTAMA ILP KEPALA BATAS

Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha,

En. Romli Bin Haji Hassan,

Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia

Yang dihormati,

Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hj. Mohd Nor,

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang

Ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Alumni, Tuan-tuan dan puan-puan para Alumni yang dihormati sekalian. Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya kita dapat bersama-sama berada di Majlis Pelancaran Alumni 2007. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Mohd Jamil Bin Hj. Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang.

Hadirin sekalian, Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Ad-Hoc Penubuhan Alumni, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada kumpulan Pelaksana yang telah dengan gigih berusaha untuk mengumpulkan semula Alumni bagi bersama-sama mengimbas nostalgia sekali gus membangkitkan semangat untuk terus mengacapi kejayaan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Objektif utama penubuhan Alumni ILP Kepala Batas, Pulau Pinang Ini bertujuan untuk memajukan dan memupuk perhubungan silaturahim serta mewujudkan sikap kerjasama demi kepentingan, kebajikan dan akademik di antara para alumni ILP Kepala Batas, Pulau Pinang dan para pensyarahnya. Di samping itu juga, ia memberi haluan bagi menggalakkan pertemuan dan penyertaan para alumni di dalam memberikan pendapat, idea, komen dan penambahbaikan demi menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan pendidikan dengan penyertaan yang diadakan dalam bentuk seminar, ceramah serta forum. Selain itu, bertindak sebagai penyelaras profesion para alumni di mana, perhubungan personal dan perhubungan pekerjaan dapat diwujudkan serta dikekalkan bagi kemudahan menjalankan tugas dan saling membantu di antara satu sama lain. Justeru itu, komitmen dan kerjasama di kalangan Alumni yang sedia terjalin harus sentiasa dimantapkan. Saya percaya para Alumni mampu menyumbangkan tenaga, pengetahuan dan kepakaran atau apa jua bentuk demi meningkatkan kemajuan ILP Kepala Batas khususnya dan negara amnya. Cabaran utama kini ialah bagaimana Alumni dapat digerakkan. Ini semua dapat dijalankan jika wadah Alumni seperti yang sedang diusahakan oleh Unit Perhubungan Alumni diperkukuhkan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Persatuan Alumni ILP Kepala Batas telah pun mendapat sokongan padu daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia akan penubuhannya. Semoga dengan penubuhan Persatuan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang ini akan menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti dan program-program untuk mempersatukan para graduan ILP Kepala Batas. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Alumni pada petang ini. Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh : Rodzidah bt Mohd Rodzi