tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

18
E-Proceeding of the 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 354 KAJIAN AWAL: TAHAP KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN TERHADAP BATAS- BATAS SYARAK DALAM KALANGAN WANITA BERKERJAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Nurul Farahain Ismail dan Mohd Akil Muhamed Ali Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. [email protected] ABSTRAK Islam adalah agama yang adil. Islam sama sekali tidak menghalang dan membendung kebebasan wanita Islam untuk bekerja, tetapi Islam membatasi kebebasan tersebut dengan peraturan-peratuan syarak yang wajib dipatuhi oleh wanita dengan tujuan untuk kebaikan wanita sendiri. Kefahaman konsep kerjaya menurut perspektif Islam dan pengamalan terhadap batas-batas syarak dalam kalangan wanita berkerjaya adalah amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup sebagai muslimah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dapat diterapkan dalam setiap urusan kehidupan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana wanita yang berkerjaya pada hari ini memahami dan mengamalkan batas-batas syarak semasa keluar bekerja. Pada dasarnya, persoalan ini timbul ekoran daripada meningkatnya bilangan kaum wanita yang berkecimpung dalam pelbagai lapangan pekerjaan di luar rumah. Malah kebelakangan ini, seringkali wanita yang keluar bekerja dikaitkan dengan masalah sosial seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, gangguan seksual, penindasan, permasalahan rumahtangga dan sebagainya. Permasalahan ini berkait rapat dengan tahap kefahaman dan pengamalan mereka terhadap batas-batas syarak. Kajian ini merupakan kajian awal yang dijalankan ke atas 26 orang kakitangan wanita muslim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif menggunakan instrumen borang soalselidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 21.0 for Window. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak berada pada tahap sederhana tinggi. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat dan menjadi panduan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam mendapatkan kefahaman mengenai konsep wanita berkerjaya menurut perspektif Islam dan batas- batas yang ditetapkan oleh syariat Islam kepada wanita berkerjaya. Kata kunci: Kefahaman, pengamalan, batas-batas syarak, wanita berkerjaya.

Upload: hoangkien

Post on 11-Jan-2017

275 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 354

KAJIAN AWAL: TAHAP KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN TERHADAP BATAS-BATAS SYARAK DALAM KALANGAN WANITA BERKERJAYA

DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Nurul Farahain Ismail dan Mohd Akil Muhamed Ali Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan.

[email protected]

ABSTRAK

Islam adalah agama yang adil. Islam sama sekali tidak menghalang dan membendung kebebasan wanita Islam untuk bekerja, tetapi Islam membatasi kebebasan tersebut dengan peraturan-peratuan syarak yang wajib dipatuhi oleh wanita dengan tujuan untuk kebaikan wanita sendiri. Kefahaman konsep kerjaya menurut perspektif Islam dan pengamalan terhadap batas-batas syarak dalam kalangan wanita berkerjaya adalah amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup sebagai muslimah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dapat diterapkan dalam setiap urusan kehidupan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana wanita yang berkerjaya pada hari ini memahami dan mengamalkan batas-batas syarak semasa keluar bekerja. Pada dasarnya, persoalan ini timbul ekoran daripada meningkatnya bilangan kaum wanita yang berkecimpung dalam pelbagai lapangan pekerjaan di luar rumah. Malah kebelakangan ini, seringkali wanita yang keluar bekerja dikaitkan dengan masalah sosial seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, gangguan seksual, penindasan, permasalahan rumahtangga dan sebagainya. Permasalahan ini berkait rapat dengan tahap kefahaman dan pengamalan mereka terhadap batas-batas syarak. Kajian ini merupakan kajian awal yang dijalankan ke atas 26 orang kakitangan wanita muslim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif menggunakan instrumen borang soalselidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 21.0 for Window. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak berada pada tahap sederhana tinggi. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat dan menjadi panduan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam mendapatkan kefahaman mengenai konsep wanita berkerjaya menurut perspektif Islam dan batas-batas yang ditetapkan oleh syariat Islam kepada wanita berkerjaya.

Kata kunci: Kefahaman, pengamalan, batas-batas syarak, wanita berkerjaya.

Page 2: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 355

1. Pendahuluan

Golongan wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat Malaysia. Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan ekonomi Negara sememangnya telah lama diiktiraf, iaitu melalui deklarasi Tahun Wanita Antarabangsa dan Dekad Pembangunan Wanita sekitar tahun 1970 hingga 1980-an (Nor Aini, Madeline & Faridah, 1996). Berperanan sebagai anak, isteri dan ibu, mereka merupakan tunggak utama dalam membentuk generasi Malaysia yang progresif, produktif dan berdaya saing di masa hadapan.

Penglibatan kaum wanita di dalam bidang kerjaya bukanlah merupakan suatu isu yang baru di Malaysia, malah peningkatan jumlah mereka yang menceburi bidang kerjaya semakin meningkat dari saban tahun ke saban tahun. Oleh itu, wanita berkerjaya merupakan insan yang memainkan peranan penting dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Hakikatnya, sebahagian wanita berkerjaya pada masa kini dilihat kurang menjaga dan mengabaikan batas-batas syarak yang ditetapkan oleh Islam. Berpakaian menjolok mata, bersolek dan menghias diri yang keterlaluan, pergaulan bebas dengan lelaki ajnabi, menjadikan kerjaya sebagai keutamaan sehingga mengabaikan tanggungjawab asasi wanita, merupakan sebahagian fenomena sosial yang sering dilihat berlaku dalam kalangan wanita yang keluar bekerja. Oleh itu, pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran masyarakat, antaranya; ‘Adakah wanita berkerjaya mengetahui batas-batas syarak yang ditetapkan untuk mereka?’, ‘sejauhmanakah wanita berkerjaya benar-benar memahami dan menghayati konsep berkerjaya menurut Islam?’

Pengurusan wanita berkerjaya akan menghadapi kegagalan apabila mereka cetek dalam pengetahuan agama, tidak memahami konsep berkerjaya menurut Islam, seterusnya tidak menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rentetan dari masalah ini, maka akan timbulnya permasalahan yang kronik, seperti gejala sosial termasuklah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang seterusnya membawa kepada masalah khalwat dan zina, gangguan seksual terhadap wanita, kes rogol dan bunuh, eksploitasi dan diskriminasi, penindasan terhadap wanita ketika bekerja, permasalahan rumahtangga serta peningkatan kes cerai akibat pengabaian tanggungjawab rumahtangga.

Artikel ini mengemukakan kajian mengenai tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas-batas syarak dalam kalangan wanita berkerjaya di UKM. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak ketika keluar bekerja.

2. Persoalan Kajian 1. Apakah pandangan Islam mengenai wanita berkerjaya? 2. Sejauhmanakah tahap kefahaman wanita berkerjaya mengenai batas-batas syarak

yang ditetapkan ke atas mereka? 3. Sejauhmanakah tahap pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak

ketika keluar bekerja?

Page 3: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 356

3. Kerangka Kajian

Rajah 1: Kerangka Kajian

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan metod campuran dalam proses mengumpulkan data iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Pada peringkat pertama, metod kajian kepustakaan (arm chair research) digunakan untuk mendapatkan data sekunder dan maklumat tentang pandangan Islam mengenai wanita berkerjaya dan perkara yang berkaitan dengannya. Maklumat diperolehi daripada pelbagai buku, jurnal, tesis atau disertasi dan sebagainya.

Manakala pada peringkat kedua, kajian lapangan (fieldwork research) dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan data primer daripada kakitangan wanita tentang tahap kefahaman dan pengamalan mereka terhadap syarat-syarat dan etika yang ditetapkan oleh syarak ketika mereka keluar bekerja. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soalselidik, seramai 26 orang responden diambil dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok yang akan mewakili populasi wanita yang berkerjaya di UKM. Rasional bilangan sampel ini adalah berdasarkan kepada pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) yang menyatakan bahawa saiz sampel bagi kajian awal (rintis) adalah memadai 6 hingga 10 orang sahaja serta mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kumpulan sebenar yang digunakan dalam penyelidikan. Soalan dalam borang soalselidik berbentuk soalan berstruktur (fixed-alternative question) dan dibina berdasarkan objektif kajian. Borang soalselidik tersebut mengandungi 3 bahagian soalan;

1) Bahagian A: Maklumat Responden 2) Bahagian B: Tahap Kefahaman Wanita Mengenai Batas-batas Syarak. 3) Bahagian C: Tahap Pengamalan Wanita Terhadap Batas-batas Syarak.

Seterusnya, dalam proses menganalisis data, semua dapatan kajian dianalisis secara teratur. Pada peringkat pertama, teknik penganalisaan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis kandungan (content analysis) dan data dibentangkan dalam bentuk penceritaan (narrative). Teknik ini digunakan bagi data sekunder yang diperolehi daripada kajian kepustakaan. Manakala, data primer yang diperolehi daripada kajian lapangan iaitu melalui borang soalselidik dianalisa secara berkomputer menggunakan SPSS ( Statistical Package for the Sosial Science) untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat.

TAHAP

KEFAHAMAN

DAN

PENGAMALAN

WANITA

BERKERJAYA

TERHADAP

BATASAN

SYARAK

PENGAMALAN

BATASAN SYARAK

KEFAHAMAN

BATASAN SYARAK

WANITA

BERKERJAYA DI

UKM

Page 4: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 357

Manakala, bagi tujuan interpretasi tahap data deskriptif kajian secara keseluruhan, dapatan kajian telah dianalisis berpandukan jadual interpretasi dapatan deskriptif yang telah diadaptasi daripada interpretasi skor min tingkah laku efektif yang dirumuskan oleh Nunally (1978), seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 dibawah;

Jadual 1 Interpretasi Dapatan Deskriptif

Skor Min Interpretasi

1.00 hingga 2.00 Rendah 2.00 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.00 hingga 4.00 Sederhana Tinggi 4.00 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Nunally, 1978

Perbincangan dalam artikel ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menjelaskan mengenai konsep wanita berkerjaya menurut perspektif Islam. Manakala bahagian kedua adalah perbincangan dapatan kajian lapangan mengenai tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak.

5. Konsep Wanita Berkerjaya Menurut Perspektif Islam

Wanita keluar bekerja di luar rumah merupakan suatu keperluan masyarakat berdasarkan keadaan tertentu pada masa kini. Islam tidak melarang perkara ini sepenuhnya dan tidak pula menyuruhnya. Apabila wanita keluar bekerja di luar, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asasi dalam rumah tangga dan anak-anaknya, kerana ia merupakan kefarduan yang ditetapkan Islam ke atas wanita. Sekiranya wanita keluar bekerja di luar untuk keperluan rumah tangga atau keperluan masyarakat, ia dihukumkan harus dengan keadaan darurat (Baterah & Che Zarina, 2006).

Dalam Islam, tidak terdapat nas syarak yang jelas mengharamkan wanita daripada bekerja. Bahkan terdapat dalil syarak yang menyokongnya, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu)

Page 5: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 358

dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.1

(al-Quran, Surah al-Nisa’ 4:32)

Rasulullah SAW pula telah menyebut, sabdanya:

Maksudnya:

Tiada seorang pun yang makan lebih baik daripada orang yang makan hasil daripada tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Allah Daud AS makan daripada hasil tangannya sendiri.

(al-Bukhr, a al-Bukhr, Kitb al-Buyc, Bb Kasb al-Rajul wa Amaluhu b Yadihi, no. 2072, hlmn. 57)

Dari penjelasan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa sesungguhnya Islam menyamaratakan di antara lelaki dan perempuan dalam hak bekerja. Islam telah mengiktiraf wanita bekerja dan memberi hak pemilihan serta pengurusan ke atas harta mereka tanpa campur tangan suami atau keluarganya. Wanita-wanita pada zaman Rasulullah SAW banyak melakukan kerja di dalam dan di luar rumah. Terdapat pelbagai bidang tugas dan kerjaya yang dilakukan oleh golongan wanita pada zaman Nabi SAW. Ummu Atiyah contohnya, bertugas merawat lelaki yang cedera di medan perang di samping menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam. Beliau juga bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Mandinah. Termasuk juga Rufaydhah al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW telah menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika perang Khandaq (Zaharuddin, 2009). Selain itu, al-Shifa’ binti Abdullah pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis ketika baginda SAW masih hidup, sebagaimana riwayat hadis berikut:

Maksudnya:

Dari al-Syifa’ binti Abdullah, dia berkata: “Rasulullah SAW datang menemuiku, dan ketika itu aku berada di samping Hafsah. Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu mengajarkan Hafsah ruqyah al-Namlah ini, seperti mana kamu mengajarkannya menulis?.”

(Ab Dud, Sunan Ab Dud, Kitb al-ibb, Bb M J’ f al-Ruq, no. 3887, jld.4, hlmn. 1674, dinilai sahih oleh al-Albn)

1 Semua terjemahan ayat Al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada

Pengertian Al-Quran Edisi Kedua Belas, (Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Perdana Menteri, 2001 ), [Semua Terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya.]

Page 6: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 359

Menurut Dr. Yusof al-Qaradawi (1995), seseorang tidak boleh mengharamkan sesuatu perkara tanpa nas syarak yang benar-benar sahih serta jelas hukumnya, ini bermakna pekerjaan wanita di luar rumah itu tidak boleh dihukumkan haram. Maka, hukum wanita bekerja pada asasnya adalah harus, kerana asal kepada sesuatu perkara atau tindakan itu adalah harus. Kadang kala ia menjadi harus dan kadang-kadang pula ia akan menjadi wajib, terutamanya jika di dalam keadaan yang benar-benar memerlukan wanita itu bekerja. Antaranya ialah janda atau wanita-wanita yang diceraikan dalam keadaan tidak berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menahannya daripada meminta-minta. Kadang-kadang keadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk bekerja seperti membantu suami, memelihara anak-anaknya ataupun saudaranya yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana kisah yang disebut daam surah al-Qasas mengenai dua orang anak perempuan nabi Syuaib yang telah membantu bapa mereka memelihara kambing.

Tambah Dr. Yusof al-Qaradawi (1995) lagi, keharusan wanita untuk bekerja hendaklah terikat dengan beberapa syarat:

1. Pekerjaaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalah kerja yang halal, atau dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau boleh menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana-mana pengarah yang dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk berdua-duaan dengannya, menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu, menjadi pelayan bar yang menghidangkan arak di mana rasulullah SAW telah melaknat orang yang menghidang, membawa dan menjual arak, menjadi pramugari yang antara tugasnya ialah menghidangkan arak di samping terpaksa bermusafir dan menginap di negara orang yang telalu asing tanpa disertai dengan muhrimnya dan apa sahaja kerja yang diharamkan kepada wanita khususnya dan yang diharamkan kepada kedua-duanya; lelaki dan wanita.

2. Dia hendaklah memelihara adab sebagai wanita muslimah sama ada dari sudut cara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah SWT:

Page 7: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 360

Maksudnya:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(al-Quran, Surah al-Nur 24:31)

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

(al-Quran, Surah al-Ahzab 33:32)

3. Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan-kewajipannya yang lain. Ini termasuklah kewajipannya terhadap suami dan juga anak-anak. Ini kerana tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja wanita yang utama.

Prof. Dr. Muhammad cUqlah (2000) juga menggariskan beberapa syarat tertentu yang

mengikat kebenaran dan keharusan bagi wanita untuk keluar bekerja. Antara syarat-syarat yang telah dinyatakan oleh beliau dalam kitabnya, Nizam al-Usrah fi al-Islam adalah seperti berikut (Lihat juga Zaharuddin, 2009):

1. Terdapat keperluan (dharurat), iaitu keadaan yang menyebabkan seseorang wanita terpaksa keluar daripada tanggungjawab asalnya, iaitu peranan utama terhadap rumah tangga, seperti:

Page 8: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 361

a) Kematian suami dan memerlukan wang untuk menyara kehidupan. b) Member bantuan kepada kedua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur

tubuhnya. c) Membantu kerja/ bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos. d) Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahirannya sangat diperlukan oleh

masyarakat umum. 2. Kerja yang dilakukan wanita mestilah bersesuaian dengan fitrah semulajadi dirinya sebagai

seorang wanita dan bersesuaian dengan kemampuan fizikalnya. 3. Wanita wajiblah menutup aurat semasa keluar bekerja dan sentiasa menjauhi diri dari fitnah

di tempat kerja. 4. Kerjanya haruslah tidak menyebabkannya berdua-duaan dan bercampur gaul dengan lelaki. 5. Hendaklah dia mendapat keizinan bapa atau walinya sekiranya dia merupakan anak

perempuan (belum berkahwin) kerana seorang anak bertanggungjawab untuk berbuat baik kepada kedua orang tuanya dan mentaati perintah mereka, atau hendaklah dia mendapat keizinan suaminya jika sudah berkahwin.

6. Kerjayanya haruslah tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawabnya di rumah serta terhadap anak-anak dan suami.

7. Hendaklah tujuan dan niat utamanya bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan ntuk mengumpul harta dan menyaingi lelaki semata-mata.

8. Hendaklah dia segera berhenti daripada berkhidmat sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.

9. Digalakkan kerjayanya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya (sehingga pencen). Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika dirinya mempunyai kepakaran yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Menurut Ibn Qayyim al-Dimasyqi (1953) pula, wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang

pekerjaan, tetapi disyaratkan supaya kegiatan dan perkerjaan yang dilakukan hendaklah bersesuaian dengan fitrah kejadian wanita dan tidak bertentangan dengan hukum syarak, iaitu tidak mendatangkan kemudharatan, fitnah dan bencana kepada orang lain.

Oleh itu, wanita Islam yang berkerjaya hendaklah memahami dengan jelas akan kedudukan mereka di dalam Islam, melaksanakan serta mengutamakan tanggungjawab asasi kepada Allah SWT dan keluarga, memahami konsep pekerjaan menurut Islam, dan berusaha memenuhi tuntutan, batas-batas syarak dan adab ketika bekerja. Hal ini amat penting bagi wanita berkerjaya, agar mereka tidak menyimpang dari landasan agama dengan melaksanakan hak dan kewajipan seperti yang dituntut oleh agama Islam.

6. Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan tentang analisis dapatan bagi kajian yang telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batasan syarak ketika keluar bekerja. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan nilai peratusan, skor min dan sisihan piawai. Sebanyak 26 set soal selidik telah dianalisis. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item yang terdapat di dalam set soalselidik dengan bantuan computer menggunakan perisisan SPSS 21.00 for windows.

Page 9: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 362

a. Profil Responden

Bahagian ini menghuraikan profil responden yang terlibat dalam kajian. Seramai 26 orang wanita berkerjaya di UKM telah dipilih secara rawak menjadi responden kajian. Latar belakang demografi responden dijelaskan seperti berikut; i) Bilangan responden berdasarkan umur Jadual 2 menunjukkan bilangan responden kajian berdasarkan umur. Jadual di bawah menunjukkan seramai dua pulu enam orang (100%) responden yang telibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 7 orang (26.9%) wanita berkerjaya yang berumur dalam lingkungan 20-30 tahun , 8 orang (30.8%) dalam lingkungan umur 31-40 tahun, 4 orang (15.5%) berumur dalam lingkungan 41-50 tahun, dan 7 orang (26.9%) berumur dalam lingkungan 51-60 tahun. Keterangan ini ditunjukkan dalam jadual 1 berikut:

Jadual 2 Bilangan sampel wanita berkerjaya berdasarkan umur

Umur Bilangan Sampel Peratus

20 – 30 Tahun 7 26.9% 31 – 40 Tahun 8 30.8%

41 – 50 Tahun 4 15.4% 51 – 60 Tahun 7 26.9%

Jumlah 26 100%

ii) Bilangan responden berdasarkan taraf pendidikan Jadual 3 menunjukkan bilangan responden kajian berdasarkan taraf pendidikan. Berdasarkan jadual di bawah, seramai 380 orang wanita berkerjaya menjadi sampel kajian. Daripada jumlah tersebut, seramai 15 orang (57.7%) adalah berkelulusan SPM, 5 orang (19.2%) adalah berkelulusan Diploma, dan 3 orang (11.5%) adalah berkelulusan Ijazah. Manakala, baki selebihnya iaitu 3 orang (11.5%) adalah tergolong dalam sampel yang mempunyai lain-lain taraf pendidikan.

Jadual 3 Bilangan sampel wanita berkerjaya berdasarkan taraf pendidikan

Taraf Pendidikan Bilangan Sampel Peratus

SPM 15 57.7% Diploma 5 19.2%

Ijazah 3 11.5% Lain-lain 3 11.5%

Jumlah 26 100%

bersambung… …sambungan

Page 10: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 363

iii) Bilangan responden berdasarkan taraf perkahwinan Jadual 4 menunjukkan bilangan sampel kajian berdasarkan taraf perkahwinan. Daripada jumlah keseluruhan sampel iaitu 26 orang (100%) wanita berkerjaya, 8 orang (30.8%) adalah terdiri daripada wanita yang berstatus bujang. Manakala, responden yang berstatus berkahwin adalah seramai 16 orang (61.5%), dan responden yang berstatus janda adalah hanya 1 orang (3.8%) dan baki seorang lagi (3.8%) adalah responden yang berstatus balu.

Jadual 4 Bilangan sampel wanita berkerjaya berdasarkan taraf perkahwinan

Taraf Perkahwinan Bilangan Sampel Peratus

Bujang 8 30.8% Berkahwin 16 61.5%

Janda 1 3.8% Balu 1 3.8%

Jumlah 26 100%

iv) Bilangan responden berdasarkan pendapatan bulanan Jadual 5 di bawah menunjukkan bilangan responden kajian berdasarkan pendapatan bulanan. Seramai 26 orang wanita berkerjaya terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 2 orang (7.7%) responden adalah berpendapatan bulanan RM1000 ke bawah, 11 orang (42.3%) responden berpendapatan bulanan RM1001-RM2000, 9 orang (34.6%) responden berpendapatan bulanan sekitar RM2001-RM3000, dan 4 orang (15.4%) responden berpendapatan bulanan sekitar RM3001 ke atas. Keterangan-keterangan ini ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 5 Bilangan sampel wanita berkerjaya berdasarkan pendapatan bulanan

Pendapatan Bulanan Bilangan Sampel Peratus

RM1000 ke bawah 2 7.7% RM1001 – RM2000 11 42.3% RM2001 – RM3000 9 34.6%

RM3001 ke atas 4 15.4%

Jumlah 26 100%

b. Tahap Kefahaman Wanita Berkerjaya Mengenai Batas-batas Syarak

Jadual 6 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap kefahaman wanita berkerjaya mengenai batasan syarak. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.51) dan sisihan piawai (.315). Secara terperincinya, dapatan skor min dan sisihan piawai bagi kebanyakan item dalam bahagian ini berada di tahap sederhana tinggi, dan hanya satu item yang berada di tahap sederhana rendah. Bagi item C1 “wanita diharuskan bekerja sekiranya terdapat keperluan (harus bersyarat)” mencatat (skor min = 3.23, sisihan piawai = .652), item C2 “wanita diwajibkan menutup aurat ketika keluar bekerja” mencatat (skor min = 3.73, sisihan piawai = .533), item C3 “wanita dilarang bertabarruj

Page 11: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 364

(bersolek/berhias) ketika keluar bekerja” mencatat (skor min = 2.81, sisihan piawai = .801) di tahap sederhana rendah, item C4 “wanita diwajibkan mendapat keizinan suami/ wali untuk bekerja” mencatat (skor min = 3.77, sisihan piawai = .430), item C5 “wanita dilarang bergaul bebas dengan teman sekerja lelaki” mencatat (skor min = 3.54, sisihan piawai = .706), item C6 “wanita mestilah mengutamakan kewajipannya terhadap Allah berbanding kerjaya” mencatat (skor min = 3.69, sisihan piawai = .549), item C7 “wanita mestilah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap keluarga berbanding kerjaya” mencatat (skor min = 3.27, sisihan piawai = .724), item C8 “wanita wajib menjaga maruah diri ketika keluar bekerja” mencatat (skor min = 3.88, sisihan piawai = .326), dan item C9 “wanita wajib memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya” mencatat (skor min = 3.69, sisihan piawai = .549). Dapatan ini menunjukkan tahap kefahaman wanita berkerjaya tentang batasan syarak adalah sederhana tinggi. Ini membuktikan bahawa secara keseluruhannya wanita berkerjaya di UKM, Bangi mengetahui secara mendalam batas-batas yang ditetapkan oleh syariat Islam yang perlu mereka jaga ketika keluar bekerja.

Jadual 6 Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Kefahaman Wanita Berkerjaya Mengenai Batas-batas Syarak

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Wanita diharuskan bekerja sekiranya terdapat keperluan (harus bersyarat).

3.23 .652 Sederhana Tinggi

2 Wanita diwajibkan menutup aurat ketika keluar bekerja.

3.73 .533 Sederhana Tinggi

3 Wanita dilarang bertabarruj (bersolek/berhias) ketika keluar bekerja.

2.81 .801 Sederhana Tinggi

4 Wanita diwajibkan mendapat keizinan suami/ wali untuk bekerja.

3.77 .430 Sederhana Tinggi

5 Wanita dilarang bergaul bebas dengan teman sekerja lelaki.

3.54 .706 Sederhana Tinggi

6 Wanita mestilah mengutamakan kewajipannya terhadap Allah berbanding kerjaya.

3.69 .549 Sederhana Tinggi

7 Wanita mestilah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap keluarga berbanding kerjaya.

3.27 .724 Sederhana Tinggi

8 Wanita wajib menjaga maruah diri ketika keluar bekerja.

3.88 .326 Sederhana Tinggi

9 Wanita wajib memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya.

3.69 .549 Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan 3.51 .315 Sederhana Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

c. Tahap pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak

Dalam kajian ini, aspek pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak telah diklasifikasikan kepada lima bahagian, iaitu amalan menutup aurat dan tidak bertabarruj, amalan mendapatkan keizinan suami atau wali, amalan pergaulan dengan rakan sekerja lelaki, amalan tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah swt dan keluarga, dan amalan memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan golongan wanita. Dapatan kajian bagi aspek pengamalan tersebut adalah seperti berikut;

Page 12: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 365

i Amalan menutup aurat dan tidak bertabarruj

Jadual 7 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengamalan menutup aurat dan tidak bertabarruj dalam kalangan wanita berkerjaya. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.27) dan sisihan piawai (.502). Secara terperincinya, dapatan skor min dan sisihan piawai bagi sembilan item dalam bahagian ini berada di tahap sederhana tinggi, manakala empat item lagi berada di tahap sederhana rendah. Bagi item Di1 “saya memakai tudung ketika keluar bekerja” mencatat (skor min = 3.81, sisihan piawai = .402), item Di2 “saya tidak memakai tudung yang nipis dan jarang ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.15, sisihan piawai = .732), item Di3 “saya memakai tudung labuh melebihi paras dada ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.27, sisihan piawai = .667), item Di4 “saya memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.54, sisihan piawai = .508) , item Di5 “saya tidak memakai pakaian yang nipis dan jarang ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.73, sisihan piawai = .533), item Di6 “saya tidak memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah ketika bekerja” mencatat (skor min = 2.69, sisihan piawai = .679), item Di7 “saya tidak memakai baju berlengan pendek ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.81, sisihan piawai = .402), item Di8 “saya tidak memakai skirt terbelah ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.77, sisihan piawai = .514), item Di9 “saya tidak memakai kasut bertumit yang boleh mengeluarkan bunyi semasa berjalan ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.35, sisihan piawai = .745), item Di10 “saya tidak memakai gelang kaki yang berloceng ketika bekerja” mencatat (skor min = 3.69, sisihan piawai = .679), item Di11 “saya memakai stokin/ sarung kaki ketika bekerja” mencatat (skor min = 2.69, sisihan piawai = .970), item Di12 “saya tidak memakai wangi-wangian yang kuat ketika bekerja” mencatat (skor min = 2.46, sisihan piawai = .811), item Di13 “saya tidak memakai alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi, ‘eye shadow’, mascara atau celak mata ketika bekerja” mencatat (skor min = 2.62, sisihan piawai = .804).

Jadual 7 Skor min dan sisihan piawai tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam menutup

aurat dan tidak bertabarruj

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Saya memakai tudung ketika keluar bekerja 3.81 .402 Sederhana Tinggi

2 Saya tidak memakai tudung yang nipis dan jarang ketika bekerja

3.15 .732 Sederhana Tinggi

3 Saya memakai tudung labuh melebihi paras dada ketika bekerja

3.27 .667 Sederhana Tinggi

4 Saya memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan ketika bekerja

3.54 .508 Sederhana Tinggi

5 Saya tidak memakai pakaian yang nipis dan jarang ketika bekerja

3.73 .533 Sederhana Tinggi

6 Saya tidak memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah ketika bekerja

2.69 .679 Sederhana Rendah

7 Saya tidak memakai baju berlengan pendek ketika bekerja

3.81 .402 Sederhana Tinggi

8 Saya tidak memakai skirt terbelah ketika bekerja 3.77 .514 Sederhana Tinggi

9 Saya tidak memakai kasut bertumit yang boleh mengeluarkan bunyi semasa berjalan ketika bekerja

3.35 .745 Sederhana Tinggi

bersambung…

Page 13: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 366

10 Saya tidak memakai gelang kaki yang berloceng

ketika bekerja 3.69 .679 Sederhana

Tinggi 11 Saya memakai stokin/ sarung kaki ketika bekerja 2.69 .970 Sederhana

Rendah 12 Saya tidak memakai wangi-wangian yang kuat

ketika bekerja 2.46 .811 Sederhana

Rendah 13 Saya tidak memakai alat-alat solek seperti gincu,

pemerah pipi, ‘eye shadow’, mascara dan celak mata ketika bekerja

2.62 .804 Sederhana Rendah

Jumlah Keseluruhan 3.27 .502 Sederhana Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

ii. Amalan mendapatkan keizinan suami atau wali

Jadual 8 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengamalan mendapatkan keizinan suami atau wali untuk bekerja dalam kalangan wanita berkerjaya. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.41) dan sisihan piawai (.198). Bagi item Dii1 “saya meminta izin daripada suami atau wali untuk bekerja” mencatat (skor min = 3.46, sisihan piawai = .761), manakala item Dii2 “saya mendapat keizinan daripada suami atau wali untuk bekerja” mencatat (skor min = 3.50, sisihan piawai = .707), dan item Dii3 “saya tidak pernah disuruh supaya berhenti bekerja oleh suami atau wali” mencatat (skor min = 3.27, sisihan piawai = .919). Ketiga-tiga item ini berada di tahap sederhana tinggi.

Jadual 8 Skor Min dan sisihan piawai tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam

mendapatkan keizinan suami atau wali untuk bekerja

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Saya meminta izin daripada suami atau wali untuk bekerja

3.46 .761 Sederhana Tinggi

2 Saya mendapat keizinan daripada suami/wali untuk bekerja

3.50 .707 Sederhana Tinggi

3 Saya tidak pernah disuruh supaya berhenti bekerja oleh suami atau wali

3.27 .919 Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan 3.41 .198 Sederhana

Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

iii. Amalan menjaga batas pergaulan dengan rakan sekerja lelaki

Jadual 9 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengamalan menjaga batas-batas pergaulan dengan rakan sekerja lelaki dalam kalangan wanita berkerjaya. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.25) dan sisihan piawai (.270). Namun, terdapat skor min dan sisihan piawai bagi tiga item dalam bahagian ini

…sambungan

Page 14: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 367

berada di tahap sederhana rendah, manakala empat item lagi berada di tahap sederhana tinggi. Bagi item Diii1 “saya tidak bergaul mesra dengan rakan sekerja lelaki” mencatat (skor min = 2.88, sisihan piawai = .653) , item Diii2 “saya tidak pernah bergurau-senda dengan rakan sekerja lelaki” mencatat (skor min = 2.96, sisihan piawai = .720), item Diii3 “saya tidak pernah bersentuhan dengan rakan sekerja lelaki” mencatat (skor min = 3.54, sisihan piawai = .508), item Diii4 “saya tidak pernah berdua-duaan dengan rakan sekerja lelaki kerana urusan kerja” mencatat (skor min = 3.35, sisihan piawai = .797), item Diii5 “saya menjaga pandangan ketika berurusan dengan rakan sekerja lelaki” mencatat (skor min = 2.88, sisihan piawai = .909), item Diii6 “saya pernah bekerja luar daerah (out station) bersama teman sekerja lelaki tanpa ditemani muhrim” mencatat (skor min = 3.38, sisihan piawai = .825), dan item Diii7 “saya tidak pernah melunakkan/ memanjakan suara ketika bercakap dengan rakan sekerja lelaki” mencatat (skor min = 3.37, sisihan piawai = .430).

Jadual 9 Skor min dan sisihan piawai tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam pergaulan

dengan rakan sekerja lelaki

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Saya tidak bergaul mesra dengan rakan sekerja lelaki.

2.88 .653 Sederhana Rendah

2 Saya tidak pernah bergurau-senda dengan rakan sekerja lelaki.

2.96 .720 Sederhana Rendah

3 Saya tidak pernah bersentuhan dengan rakan sekerja lelaki.

3.54 .508 Sederhana Tinggi

4 Saya tidak pernah berdua-duaan dengan rakan sekerja lelaki kerana urusan kerja.

3.35 .797 Sederhana Tinggi

5 Saya menjaga pandangan ketika berurusan dengan rakan sekerja lelaki.

2.88 .909 Sederhana Rendah

6 Saya tidak pernah bekerja luar daerah (out station) bersama teman sekerja lelaki tanpa ditemani muhrim

3.38 .852 Sederhana Tinggi

7 Saya tidak pernah melunakkan/ memanjakan suara ketika bercakap dengan rakan sekerja lelaki.

3.77 .430 Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan 3.25 .270 Sederhana

Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

iv. Amalan tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah SWT dan keluarga

Jadual 10 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT dan keluarga. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.39) dan sisihan piawai (.340). Secara terperincinya, dapatan skor min dan sisihan piawai bagi kebanyakan item dalam bahagian ini berada di tahap sederhana tinggi, tetapi hanya satu item sahaja yang berada di tahap sederhana rendah. Bagi item Div1 “saya tidak pernah meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja” mencatat (skor min = 3.54, sisihan piawai = .647), item Div2 “saya menunaikan solat di awal waktu walaupun sibuk bekerja” mencatat (skor min = 2.96, sisihan piawai = .824), item Div3 “saya sempat meluangkan masa bersama keluarga walaupun setelah penat bekerja” mencatat (skor min = 3.42, sisihan piawai = .578), item Div4 “saya mengutamakan tanggungjawab kepada keluarga

Page 15: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 368

daripada kerjaya” mencatat (skor min = 3.38, sisihan piawai = .752), item Div5 “saya tidak membawa pulang tugasan kerja ke rumah” mencatat (skor min = 3.27, sisihan piawai = .778), item Div6 “saya melaksanakan tugasan rumah sendiri tanpa bantuan pembantu rumah” mencatat (skor min = 3.58, sisihan piawai = .504), item Div7 “saya memanfaatkan waktu cuti bersama keluarga” mencatat (skor min = 3.58, sisihan piawai = .504), item Div8 “saya tidak pernah bertengkar dengan suami/ibubapa kerana masalah kerja” mencatat (skor min = 3.35, sisihan piawai = .745), dan item Div9 “kerjaya saya tidak mengganggu hubungan kekeluargaan/rumahtangga saya” mencatat (skor min = 3.46, sisihan piawai = .905).

Jadual 10 Skor min dan sisihan piawai tahap pengamalan wanita berkerjaya terhadap

kewajipan kepada Allah SWT dan keluarga

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Saya tidak pernah meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja.

3.54 .647 Sederhana Tinggi

2 Saya menunaikan solat di awal waktu walaupun sibuk bekerja.

2.96 .824 Sederhana Rendah

3 Saya sempat meluangkan masa bersama keluarga walaupun setelah penat bekerja.

3.42 .578 Sederhana Tinggi

4 Saya mengutamakan tanggungjawab kepada keluarga daripada kerjaya.

3.38 .752 Sederhana Tinggi

5 Saya tidak membawa pulang tugasan kerja ke rumah.

3.27 .778 Sederhana Tinggi

6 Saya melaksanakan tugasan rumah sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.

3.58 .504 Sederhana Tinggi

7 Saya memanfaatkan waktu cuti bersama keluarga.

3.58 .504 Sederhana Tinggi

8 Saya tidak pernah bertengkar dengan suami/ibubapa kerana masalah kerja.

3.35 .745 Sederhana Tinggi

9 Kerjaya saya tidak mengganggu hubungan kekeluargaan/rumahtangga saya.

3.46 .905 Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan 3.39 .340 Sederhana

Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

v. Amalan memilih pekerjaan yang bersesuaian

Jadual 11 di bawah menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan wanita. Hasil dapatan kajian ini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi, dengan mencatat skor min (3.39) dan sisihan piawai (.340). Secara terperincinya, dapatan skor min dan sisihan piawai bagi tiga item dalam bahagian ini berada di tahap sederhana tinggi, manakala satu item lagi berada di tahap sederhana rendah. Bagi item Dv1 “pekerjaan saya sangat sesuai dengan sifat dan fitrah semulajadi saya sebagai wanita” mencatat (skor min = 3.23, sisihan piawai = .863), item Dv2 “pekerjaan saya bersesuaian dengan kemampuan fizikal saya” mencatat (skor min = 3.35, sisihan piawai = .689), item Dv3 “suasana persekitaran tempat kerja saya sangat sesuai untuk wanita” mencatat (skor min = 3.15,

Page 16: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 369

sisihan piawai = .834), dan item Dv4 “waktu kerja saya sangat sesuai bagi wanita” mencatat (skor min = 2.96, sisihan piawai = .958).

Jadual 11 Skor min dan sisihan piawai tahap pengamalan wanita berkerjaya dalam memilih

pekerjaan yang bersesuaian dengan wanita

No. Bil

Item Skor Min

Sp. Tahap

1 Pekerjaan saya sangat sesuai dengan sifat dan fitrah semulajadi saya sebagai wanita.

3.23 .863 Sederhana Tinggi

2 Pekerjaan saya bersesuaian dengan kemampuan fizikal saya.

3.35 .689 Sederhana Tinggi

3 Suasana persekitaran tempat kerja saya sangat sesuai untuk wanita

3.15 .834 Sederhana Tinggi

4 Waktu kerja saya sangat sesuai bagi wanita. 2.96 .958 Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan 3.17 .299 Sederhana

Tinggi

Sumber: Soal selidik 2014

7. Perbincangan

Merujuk kepada persoalan kajian yang kedua iaitu berkaitan dengan tahap kefahaman wanita berkerjaya mengenai batas-batas yang ditetapkan oleh syariat Islam ke atas mereka untuk keluar bekerja, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan yang diajukan. Ini menunjukkan secara keseluruhan tahap kefahaman dan kefahaman wanita berkerjaya terhadap batasan syarak berada di tahap tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir daripada mereka tidak bersetuju dengan kenyataan yang diajukan, dan jelas tahap kefahaman mereka mengenai batasan syarak adalah rendah. Menurut Adawiyah & Salasiah Hanin (2012), kefahaman mengenai kerjaya menurut Islam dalam kalangan wanita amat penting bagi memastikan peranan hakiki mereka di dalam rumahtangga tidak diabaikan dan tidak melanggari batas-batas yang ditentukan oleh Islam.

Manakala, merujuk pula kepada persoalan kajian yang ketiga iaitu berkaitan dengan tahap pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak, secara keseluruhannya tahap pengamalan juga berada di tahap tinggi, namun masih terdapat sebilangan wanita yang melanggari batas-batas syarak tersebut. Oleh itu, menurut Adawiyah & Salasiah Hanin (2012) lagi, wanita di Malaysia yang bekerja diluar rumah dinasihatkan agar mengikut panduan yang digariskan oleh agama Islam dengan tujuan setiap rezeki yang diperolehi akan membawa kebaikan dan keberkatan kepada keluarga. sesungguhnya niat yang baik untuk menyumbang bakti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang akan dianggap sebagai ibadah. Maka, tidak sia-sialah pekerjaan mereka sekiranya kefahaman mereka terhadap kedudukan wanita dalam pekerjaan di sisi Islam serta syaratnya sentiasa dijaga dan dipatuhi dengan sebaik-baiknya.

Page 17: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 370

8. Kesimpulan

Sebagai rumusan, kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa umumnya wanita berkerjaya yang dikaji mempunyai tahap kefahaman dan pengamalan yang tinggi mengenai batas-batas yang ditetapkan oleh syariat Islam untuk mereka keluar bekerja. Batasan syarak tersebut merangkumi adab-adab yang wajip dipatuhi oleh wanita untuk keluar bekerja, seperti mendapat keizinan daripada suami atau wali, berpakaian menutup aurat dan tidak bertabarruj, menjaga batas pergaulan dengan lelaki, tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Allah dan keluarga dan memilih pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan fitrah semulajadi wanita. Sungguhpun begitu, tidaklah bermakna seluruh wanita berkerjaya di luar sana mempunyai tahap kefahaman dan pengamalan yang tinggi terhadap batas-batas syarak, kerana terdapat segelintir dari kalangan mereka yang masih lagi cetek dalam pengetahuan agama dan melanggari batas-batas syariat ketika keluar bekerja seperti berpakaian tidak menepati syariat dan menjolok mata, berhias dan bersolek secara melampau, bergaul bebas dengan rakan sekerja lelaki, mengabaikan tanggungjawab asasi dan sebagainya, yang kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah sosial yang lain.

Oleh itu, pelbagai pihak berwajib perlu sama-sama mengembleng tenaga untuk membanteras kes-kes dan masalah sosial yang wujud dalam kalangan wanita bekerja. Para wanita itu sendiri mestilah berusaha meningkatkan keimanan dan pengetahuan agama supaya boleh memantapkan pegangan akidah dan mampu mengamalkan syariat Islam di dalam menjaga batas-batas dan etika bekerja. Selain itu, pihak suami atau ibu bapa perlu memastikan isteri atau anak perempuan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam ketika keluar bekerja terutamanya dalam aspek berpakaian dan perhiasan diri, dan perlulah menegur mereka sekiranya melanggari batas syarak. Pihak majikan dan kerajaan pula perlu menyediakan unit kaunseling dan agama di tempat kerja dan menguatkuasakan akta berpakaian menurut Islam kepada pekerja muslim.

Oleh kerana kajian ini adalah kajian awalan dan data yang diperolehi adalah dari sampel yang kecil, maka sebarang penemuan yang didapati tidaklah dapat digunakan untuk membuat sebarang generalisasi. Kajian ini juga hanya melihat aspek kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak secara umum, sedangkan terdapat banyak lagi aspek permasalahan yang dialami oleh wanita berkerjaya pada masa kini seperti konflik dwi peranan, pengurusan wanita bekerja dan sebagainya. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh berhubung permasalahan wanita berkerjaya perlu dijalankan. Walau bagaimanapun, secara umum kajian ini diharap dapat membuka jalan kepada kajian-kajian yang selanjutnya dan juga dapat menambahkan pemahaman mengenai kedudukan wanita berkerjaya menurut perspektif Islam dan batas-batas syarak yang ditetapkan kepada wanita berkerjaya.

Page 18: tahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas- batas syarak

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 371

Rujukan

al-Quran

Abdullah Muhammad Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an (30 Juz). Ed. Ke-12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdul Halim Abu Shuqqah. 1998. Tahriru al-Mar’ah fi Asrir Risalah. Terj. Chairul Halim. Kebebasan Wanita. Cetakan 1. Jilid 2. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Ab Dud. 1999. Sunan Ab Dud. Jilid 4. Qaherah: Dar al-Hadith

‘Adawiyah Ismail & Salasiah Hanin Hamjah. 2012. Kefahaman Terhadap Kedudukan Wanita Berkerjaya menurut Islam. Jurnal al-Hikmah. Edisi 4. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baterah Alias & Che Zarina Saari. 2006. Islam Dan Emansipasi Wanita. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

al-Bukhr. 2008. a al-Bukhr. Cet. 2. Jld. 5. Beirut, Lubnan: D r uq al-Naj h.

Ibn. Qayyim Abu Abdullah al-Dimasyqi. 1953. Al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Syarciyyah. Kaherah: al-Sunnah al-Muhammadiyyah.

Muhammad Uqlah. 2000. Nizam al-Usrah Fi al-Islam. Jil. 2. ‘Amman, Jordan: Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

Nor Aini Haji Idris, Madeline Berma & Faridah Shahadan. 1996. Wanita Malaysia Dalam Era Pembangunan Industri. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nunally, Jum C. 1978. Psychometric Theory. 2nd Ed. New York: McGraw-Hill Book.

al-Qardhawi, Yusuf. 1995. Fatwa Masa Kini. Terj. Zaidi Jalil, Engku Muhammad Tajuddin & Norman. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Zaharuddin Abd Rahman. 2009. Untukmu Ummat. Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.