teks khutbah-20 ogos 2010

Upload: islahdin

Post on 10-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    1/24

    KHUTBAH JUMAATHAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD

    KHALIFATUL MASIH AL-KHAMISaba

    20 OGOS 2010 / 20 ZAHUR 1389HS

    09 Ramadhan 1431HQ

    Masjid Baitul Futuh, London

    >>>>>>>>>>>>>>>

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    2/24

    bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia

    berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir

    maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa)

    sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu

    beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung

    kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa

    (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana

    mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

    Allah Taala menjelaskan di dalam ayat ini bahawa bulan

    Ramadhan amat erat hubungannya dengan Al-Quran. Yakni, bulan ini adalah bulan yang penuh berkat di mana Al-Quran

    diturunkan di dalamnya. Permulaan Al-Quran diturunkan pun

    adalah pada bulan Ramadhan. Dan, dalam bulan yang penuh

    berkat ini, Jibril akan datang kepada Rasulullah s.a.w setiap tahununtuk mengulangi ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan

    sehingga waktu itu. (Bukhari Kitab Fadhailul Quran, Bab Kaana

    Jibriilu Yuarridhul Quraana Alan Nabi, hadis nombor 4998)

    Jadi, bulan ini adalah bulan untuk membaca dan menghayati Al-

    Quran. Seolah-olah ia diukur dari sudut ini, bukan hanya berpuasa dan menyempurnakan tuntutan-tuntutannya, malah

    kepentingannya begitu luas. Dalam bulan yang penuh berkat ini,

    Al-Quran yang merupakan kitab agung yang diturunkan, kitab

    syariat yang sempurna, yang turun atas insan yang sempurna, nabi

    yang diutus untuk sekalian manusia sebagaimana Allah Taala berfirman (Al-Araf:159) "W

    sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah

    kepada kamu semuanya. Kemudian di tempat lain Allah Taala

    juga berfirman

    (Saba:29) Dan tiadalah Kami mengutusmu

    (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya,

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20102

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    3/24

    sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi amaran, akan

    tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    Al-Quran banyak menerangkan tentang Rasulullah s.a.w dalampelbagai segi, yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w adalah

    kesayangan Allah Taala, dan sehingga hari kiamat, tidak ada nabi

    yang membawa kitab syariat yang baru atau membawa syariat

    baru. Amanat Al-Quran adalah bersifat antarabangsa dan

    Rasulullah s.a.w adalah nabi untuk sekalian manusia sehingga hari

    kiamat. Ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran.

    Hazrat Masih Mauud a.s berkata:-Kami adalah pewaris nabi yang datang sebagai Rahmatul Lil

    Aalamiin dan Kaaffatal Linnaas, yang kitabnya dipelihara oleh

    Tuhan dan hakikat serta makrifatnya unggul dari semua. (Al-

    Hakam, Jilid 6, nombor 36, tarikh 10 Oktober 1902, halaman 11)

    Al-Quran menyebut baginda s.a.w sebagai Rahmatul Lil

    Aalamiin. Jadi, baginda s.a.w adalah nabi agung yang sekarang

    ini muncul sebagai rahmat bagi sekalian manusia. Dan kitab yang

    diturunkan ke atas baginda s.a.w, dengan beramal atas ajarannya

    dengan sebenar serta berjalan atas sunnah Rasulullah s.a.w, iamenjadi rahmat bagi dunia.

    Alangkah baiknya jika mullah-mullah yang suka membuat

    kerosakan hari ini dan mereka yang mengganggap diri sebagai

    orang alim dapat mengetahui akan hal ini. Dan juga alangkah baiknya jika orang-orang yang berjubah itu dapat mengetahui bahawa ajaran Al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w adalah

    pembawa rahmat kepada dunia, bukannya mencabut suasana

    keamanan dalam masyarakat atau bukannya mempermainkan

    nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

    Allah Taala berfirman bahawa di dalam Al-Quran, ia membawa

    hidayat kepada setiap insan. Di dalamnya dijelaskan tanda-tanda

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20103

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    4/24

    yang terbuka, di dalamnya dijelaskan perkara yang membezakan

    antara hak dengan yang batil.

    Kewajipan seorang mukmin ialah merenungkan sedalam-dalamnya terhadap Al-Quran, ajaran dan petunjuk yang terang

    ini, sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang

    boleh meningkatkan kerohanian, bulan di mana manusia berusaha

    mendekatkan diri kepada Allah, dan juga bulan di mana orang

    mukmin berusaha meningkatkan nilai ibadat mereka.

    Dalam membacanya, setiap perintah hendaklah diperhatikan.

    Allah Taala berfirman , yakni hidayat bagi orang-

    orang yang bertakwa. Lebih dahulu ia dikatakan petunjuk bagisetiap insan, tingkat hidayat itu berbeza. Untuk orang-orang yang

    muttaqi juga ada hidayat di dalamnya. Hidayat tidak berakhir

    hanya dengan beriman sekali dan kekal atas ketakwaan sekali,

    malah silsilah hidayat itu berterusan, yakni orang-orang yang

    mendakwakan diri sebagai muttaqi, yang ada rasa takut kepada

    Allah, jika dakwaan mereka itu benar, maka mereka haruslahberamal atas ajaran-ajaran yang terdapat di dalamnya, jika tidak,

    Rasulullah s.a.w bersabda bahawa orang-orang yang tidak

    merenungkan dan tidak berjalan atas landasan ketakwaan, maka

    jaga mereka pada waktu malam hanya sekadar berjaga sahaja dan

    puasa mereka hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

    (Sunan Ibnu Majah, Kitabus Shiyam, Bab Maa Jaaa Fil GhaibatiWa Amara Fassul Lis Shaaimi, hadis nombor 1690)

    Jadi, puasa itu ada keutamaan apabila Al-Quran diutamakan, jika

    ajarannya yang telah diturunkan oleh Allah itu diutamakan,

    berusaha untuk mengamalkan ajarannya. Allah Taala amat

    menekankan tazkiyah nafs dibuat dalam hari-hari berpuasa ini.Apabila hal ini menjadi keutamaan seorang mukmin, mereka

    boleh mempersembahkan ajaran yang cantik kepada dunia. Hanya

    dengan itu kita dapat memberitahu kepada dunia bahawa jalan

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20104

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    5/24

    yang kamu lalui sekarang ini amat berbahaya. Itu adalah jalankehancuran. Itu adalah jalan yang boleh menghancurkan dunia

    dan akhirat kamu. Jika kamu mahu kehidupan dunia dan akhirat

    kamu baik, datanglah kemari agar kami dapat beritahu jalanhidayat. Al-Quran tidak hanya mendakwakan Hudal Linnaas,

    malah jika kamu beramal atas ajarannya, kamu akan dapat

    melihat di dunia ini kesannya.

    Sebagaimana yang telah saya nyatakan bahawa pertama sekali,

    amalan seorang muslim itu harus ada di hadapan kita, ada dihadapan dunia sehingga dunia boleh melihat. Tetapi malang

    sekali, hari ini amalan orang-orang Islam sendirilah yang memberi peluang kepada penentang-penentang Islam untuk mengkritik

    ajaran Islam.

    Kebelakangan ini, satu usaha sedang dibuat untuk menghina Al-Quran dan ajaran Islam dari satu gereja di Amerika. Antara

    program yang mereka hendak laksanakan ialah membakar Al-

    Quran pada 11 September. Kritikan yang dilemparkan oleh

    gereja itu ada 10 banyaknya yang langsung tidak berasas.

    Kalau hendak mengkritik, kami pun boleh sahaja mengkritikBible, tetapi bukanlah satu pekerjaan kami untuk mencetuskan

    huru-hara. Tetapi jika hendak berbahas dari sudut ilmu, setiap

    orang ada hak masing-masing. Kami berbahas dari sudut ilmu.

    Namun, bukanlah hak mana-mana orang Islam, bahawa di

    beberapa tempat dalam Bible, ada perkara yang mengingkariketauhidan, lalu dengan itu kita mula membakar Bible.

    Al-Quran mengajarkan tauhid sejak dari mula sehingga akhir,

    dan inilah yang kita harus laksanakan. Semua nabi-nabi juga

    datang atas tujuan ini. Al-Quran adalah kitab yang paling unggul

    mengajar tentang katuhidan. Dan hakikatnya, tauhid adalah asas

    setiap mazhab yang ada.

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20105

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    6/24

    Dan dalam zaman ini, jariullah yang telah diutus oleh Allah

    Taala telah menzahirkan lagi keagungan ajaran Islam. Dan

    mereka telah mengumumkan bahawa jangan pernah berbahas

    mengenai agama dengan Mirza Ghulam Ahmadi Qadiani danpengikut-pengikutnya.

    Asas ajaran Kristian sekarang ini adalah Triniti. Ajaran mereka

    telah goyang dari ajaran tauhid. Hazrat Masih Mauud a.s telah

    mengeluarkan kenyataan dari nabi Isa a.s sendiri di dalam Bible

    bahawa dia bukanlah anak Tuhan, dan tidak ada sesiapa pun yangboleh menjadi anak Tuhan.

    Gereja yang membuat penentangan terhadap Al-Quran, alasan

    mereka yang ialah Al-Quran tidak percaya bahawa nabi Isa a.s

    itu anak Tuhan. Mereka mengatakan bahawa najat itu hanya

    melalui penyaliban nabi Isa a.s. Akal mereka yang buta tidakdapat memahami bahawa nabi Isa a.s juga meyakini ketauhidan

    Ilahi, tetapi atas nama beliau a.s, ajarannya telah dirosakkan

    selepas itu, dan mereka telah menyekutukan Allah dengan seorang

    insan yang lemah.

    Apabila insan sudah tewas, dan tidak ada lagi dalil denganmereka, maka tidak ada cara lain lagi selain dari melakukan

    kekerasan. Dan gereja yang bernama Dove world outreach

    centre church, sedang melakukan hal ini. Di dalam Bible ada

    beberapa tempat ucapan nabi Isa a.s berkenaan dengan hal ini.

    Dalam Markus, yang bahasa Inggeris dikatakan Mark, bab 12 ayat29-30 tertulis: Jawab Yesus: Hukum yang terutama ialah:

    Dengarlah hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

    Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan

    segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. (Markus 12:

    29-30)

    Banyak lagi tempat yang menyangkal bahawa nabi Isa a.s

    bukanlah tuhan. Bible sendiri yang menyatakan hal ini.

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20106

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    7/24

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    8/24

    akan menanamkan rasa kasih sayang, sebaliknya akan

    menimbulkan rasa benci.

    Mereka tidak melihat bagaimana penjelasan yang dilakukan Al-Quran mengenai Maryam dan nabi Isa a.s. Al-Quran

    memandang tinggi setiap nabi-nabi. Dan sebagaimana yang telah

    saya katakan bahawa perbuatan mereka itu hanya akan

    mencetuskan huru-hara dan kebencian. Dan orang Islam yang

    belum menerima imam zaman, mereka tidak tenteram dan

    kemungkinan boleh melakukan tindak balas yang salah.

    Dunia sekarang memerlukan keamanan, kasih sayang, persaudaraan, perlu menghindari bahaya peperangan, perlu

    menarik kecintaan Tuhan agar terhindar dari musibah. Untuk

    mencapai itu semua, orang Kristian juga hendaklah membetulkan

    matlamat mereka, dan orang Islam hendaklah memperlihatkantindak balas yang betul. Buat perdebatan dengan dalil-dalil,

    perbahasan dari sudut ilmu. Namun, hendaklah menjaga emosi

    agama masing-masing.

    Hari ini, jika orang Islam benar-benar mencintai Rasul dan Al-

    Quran, maka sesuai dengan perintah Allah mereka hendaklahmencari penunjuk jalan, sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh

    Allah dan Rasul-Nya. Bulan Ramadhan di mana Allah Taala

    mengatakan bahawa Al-Quran diturunkan di dalamnya, hidayat

    bagi semua insan, jalan hidayat itu hendaklah ditentukan menurut

    Al-Quran. Tingkat hidayat hendaklah seperti yang dinyatakanoleh Al-Quran. Dan untuk mendapatkan orang yang memberihidayat, doa yang ikhlas harus dipanjatkan. Allah Taala

    mengajarkan kepada kita doa , jika doa ini

    dipanjatkan dengan penuh keikhlasan, pasti Allah akan memberi

    petunjuk. Dengan doa ini juga, Allah Taala akan memberipetunjuk kepada orang bukan Islam, dan orang Islam sudah pasti

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20108

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    9/24

    akan diberi hidayat. Alangkah baiknya jika saudara seIslam kita

    dapat memahaminya.

    Hazrat Masih Mauud a.s berkata:-Ingatlah bahawa Al-Quran adalah sumber berkat yang hakiki

    dan sarana nijat yang sebenar. Ini adalah kesalahan mereka yang

    tidak beramal dengan ajaran Al-Quran. Di kalangan orang yang

    tidak beramal, ada satu kelompok yang langsung tidak percaya

    kepadanya dan tidak menganggapnya sebagai Kalam Tuhan.

    Golongan ini sudah terlalu jauh. Tetapi orang yang berimanbahawa ia adalah Kalam Tuhan, dan naskah penawar keselamatan,

    jika mereka tidak beramal, maka sungguh malang danmenghairankan. Ramai juga orang yang tidak pernah

    membacanya sepanjang hidup. Jadi, orang yang lalai dari Kalam

    Tuhan dan tidak mempedulikannya, perumpamaan mereka ialah

    ibarat seseorang yang mengetahui bahawa suatu mata air itu begitu bersih, lazat dan segar. Banyak penyakit yang telah

    disembuhkan dengan meminumnya, hal ini amat diyakini olehnya.

    Tetapi, dengan pengetahuan yang ada pun, walaupun kehausan

    dan menderita pelbagai penyakit, dia tidak mahu mendekati mata

    air itu. Betapa malang dan jahilnya orang seperti itu. Seharusnya

    dia meletakkan mulutnya pada mata air itu dan minum sepuas-puasnya di samping mendapat rawatan atas penyakitnya. Namun,

    dia ibarat orang yang tidak mengetahui apa-apa. Dan dia begitu

    jauh sehinggalah kematian menjemputnya. Keadaan orang itu

    patut menjadi pedoman dan nasihat. Keadaan orang Islam sama

    seperti itu. Mereka percaya bahawa kunci kemajuan dan kejayaanada dalam Al-Quran, yang seharusnya kita amalkan. Namun, bukan sahaja tidak diamalkan, malah langsung tidak peduli.

    Tetapi, orang yang begitu prihatin dan mengambil berat, dan

    menyeru ke arah ini atas perintah Allah, orang itu pula yang

    dianggap kazzab dan dajjal. Adakah suatu kaum yang lebih

    malang dan patut dikasihani selain kaum itu? (Malfoozaat Jilid 4,

    halaman 140, edisi baru Rabwah)

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 20109

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    10/24

    Inilah juga hakikatnya hari ini, merenungkan Al-Quran itu satu

    sudut, sudut yang lain ialah ramai orang yang langsung tidak

    memberi perhatian terhadap pembacaan Al-Quran. Mereka hanya

    mengikut telunjuk orang yang bergelar ulama, merekamengatakan; Al-Quran menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w

    khataman nabiyin dan Mirza Ghulam Ahmad Qadiani a.s

    mendakwakan kenabian.

    Alangkah baiknya kalau mereka befikir dan bertanya kepada kita

    apa sebenarnya yang didakwakan. Buatlah kajian untukmengetahui kebenaran. Tidak ada dalil pada mereka, sebab itu

    para ulama di seluruh dunia terutama sekali di Pakistan telahmembuat sekatan ke atas Jemaat. Mereka mengatakan kepada

    orang Islam bahawa mendengar ucapan anggota Jemaat juga kafir.

    Malah ada yang mengatakan memberi salam juga kafir. Jika orang

    Kristian memperlihatkan kekerasan, orang Islam jugamemperlihatkan kekerasan terhadap orang Ahmadi. Dan secara

    umumnya mereka dalam kumpulan yang besar, sehingga orang

    Kristian pun berani berbuat kekerasan. Itulah keadaan mereka.

    Orang Islam tidak berani berhadapan dengan orang Ahmadi untuk

    menolak kesalahan yang diyakini oleh Jemaat Ahmadiyah.

    Mereka begitu takut, keimanan mereka kelihatan begitu lemah,

    iaitu sekiranya bercakap dengan orang Ahmadi, maka iman

    mereka akan lemah dan akan meninggalkan Islam. Inilah ucapan

    para ulama mereka, yang mana dengan mengikuti segala jejak

    langkah para ulama seperti itu telah merosakkan dunia dan akhiratmereka. Demikian juga kita sebagai Ahmadi, kita harus lakukanatau sempurnakan hak kita. Kita berkewajipan untuk menjadikan

    diri kita sebagai contoh orang yang mendapat hidayat seperti yang

    telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

    Jadi, bulan Ramadhan yang telah disediakan oleh Allah sebagai

    sarana untuk membuat perubahan rohani dan untuk merenungkan

    Al-Quran, dan beramal pada ajarannya, kita juga harus

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201010

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    11/24

    mengambil manfaat daripadanya dengan usaha yang keras. Ada

    beberapa perkara baik yang diperintahkan oleh Allah untuk

    dilakukan agar mendapat hidayat. Ada juga keburukan yang

    diperintahkan oleh Allah untuk dihindari. Ini bertujuan supayaseorang mukmin mencapai matlamatnya, dan matlamat seorang

    mukmin ialah mendapat keredhaan Allah Taala.

    Langkah pertama yang diletakkan oleh Allah untuk mencapai

    jalan-jalan hidayat ialah iman bil ghaib. Dan hal ini bukan satu

    perkara yang biasa. Iman bil ghaib inilah yang menjadi tonggakkemajuan iman dan memandu kita ke arah jalan hidayat yang

    betul, dapat memahami ajaran Allah Taala, dan dapat melakukanhubungan dengan Allah.

    Hazrat Masih Mauud a.s berkata mengenai hal ini:-

    Dalam keadaan muttaqi, oleh kerana mereka belum mencapaidarjat rukya Ilahi, mukalimah dan mukasyifah, sebab itu perkara

    yang paling awal diletakkan ialah iman bil ghaib, dan itu adalah

    darjah keimanan sebagai satu usaha, kerana melihat kekuatan

    keterangan, keimanan kepada Allah antara ragu-ragu dan yakin.

    Berkata lagi; ...... orang muttaqi yakin kepada Allah dan beriman

    kepada-Nya. Sebagaimana yang Allah nyatakan .

    Dikatakan: Jangan menganggap ini darjah yang rendah, atau

    tingkatnya kurang. Iman bil ghaib ini, keadaan darjah pertama

    seorang muttaqi, pada pandangan Allah Taala amat mulia.

    Terdapat dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.wbertanya kepada para sahabat; tahukah kamu iman siapa yang

    paling baik? Para sahabat menjawab; sudah tentulah engkau ya

    Rasulullah. Baginda s.a.w bersabda; bagaimana mungkin saya,

    setiap hari saya melihat Jibril, setiap waktu saya melihat tanda-

    tanda Allah. Para sahabat kemudian bertanya lagi; adakah imankami? Baginda s.a.w menjawab; bagaimana mungkin kamu, kamu

    juga dapat melihat tanda-tanda. Akhirnya Rasulullah s.a.w

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201011

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    12/24

    bersabda; orang yang datang ratusan tahun selepas aku, keimanan

    mereka amat luar biasa, sebabnya mereka tidak melihat tanda

    seperti mana kamu melihat, namun mereka tetap beriman kepada

    Allah. Jadi, sekiranya seorang muttaqi itu mati dalam keadaannyayang permulaan, Allah Taala akan memasukkan mereka dalam

    kelompok itu. Dikatakan lagi; Mereka belum lagi mendapat

    apa-apa dari kelazatan dan nikmat ini, tetapi mereka tetap

    memperlihatkan kekuatan, di mana mereka bukan sahaja beriman

    kepada Allah Taala, mereka juga membuktikan iman mereka

    melalui amalan. Yakni . Amalan itu ialah teratur

    dalam mendirikan solat. Keadaan takwa itu, di dalam solat punada keraguan dan muncul berbagai syak wasangka yang boleh

    menggelincirkan fikiran. Dalam keadaan itu pun, dia tidakmeninggalkan solat, tidak penat dan tidak tewas. Ada juga

    beberapa orang yang mendirikan solat untuk beberapa hari lalu

    diserang fikiran-fikiran buruk dalam hati, mereka tinggalkan solat

    dan tewas. Tetapi, seorang yang muttaqi tidak tewas. Dia tetap

    berusaha mendirikan solatnya, walaupun solatnya jatuh, dia

    bangunkan kembali. Dalam keadaan takwa, ada dua zaman yangdatang ke atas orang muttaqi, satu zaman ibtila dan satu lagi

    zaman istifa. Zaman ibtila datang supaya kamu mengetahui

    setakat mana kedudukan dan kebolehan kamu, dan ini akan

    menzahirkan siapa yang beriman kepada Allah seperti orang-

    orang yang benar. Adakalanya timbul kerisauan dan syak dalam

    hati, kadang-kadang timbul fikiran untuk menentang zat AllahTaala. Seorang mukmin yang benar tidak harus takut dalam

    keadaan ini malah dia harus maju terus ke hadapan. Berkata lagi:

    Pekerjaan syaitan itu kotor, dia tidak akan senang selagi kamu

    tidak memungkiri zat Allah Taala atau tidak berpaling dari

    pengutusan Rasulullah s.a.w, dia akan sentiasa berusaha

    menanamkan keraguan-keraguan. Ramai insan yang telahterperangkap dalam jeratnya dan mengatakan sekarang buat

    sahaja, nanti akan dilihat akibatnya. Walaupun insan itu tidak

    mengetahui setelah satu hembusan nafas, akan ada lagi nafas yang

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201012

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    13/24

    baru atau tidak, (maksudnya, keraguan yang timbul dalam hati

    insan itu dituruti, soal akibatnya, berserah sahaja, nanti akan

    diperbaiki). Dikatakan bahawa: Tetapi syaitan begitu berani

    dengan memberikan harapan-harapan kosong dan memperlihatkantaman yang menghijau. Ini adalah pelajaran pertama daripada

    syaitan. Namun, orang muttaqi juga berani, mereka diberikan satu

    semangat untuk berhadapan dengan segala perkara was-was.

    Sebab itu memberitahu bahawa mereka tidak penat

    dan tewas. Pada peringkat permulaan, ketidakselesaan tidak

    memberi kesan atas hati mereka, dalam keadaan itu, mereka tetap

    setia menunaikan solat sehinggalah semua was-was dan keraguanitu hilang. Syaitan tewas dan orang mukmin berjaya. Maksudnya,

    orang mukmin tidak mengalami zaman pemalas, malah setiapmedan mereka sentiasa kekal berdiri. Perasaan was-was mereka

    hadapi dengan penuh semangat kelelakian. (Al-Hakam Jilid 5,

    nombor 6, tarikh 17 Februaru 1901, halaman 201)

    Jadi, dalam hari-hari ini ketika setiap orang cenderung

    menunaikan solat, dan dengan kurnia Tuhan, masjid sentiasa penuh, maka kita perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk

    menghadapi syaitan. Apabila keadaan ini terjadi, dalam

    menghadapi syaitan, bantuan daripada Allah akan dipohon.

    Langkah untuk mendekatkan diri kepada Allah juga akan lahir.

    Apabila hubungan dengan Allah sudah terjalin, apabila usaha

    telah lahir, maka kita akan diberi petunjuk untuk maju ke arah jalan hidayat seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

    Dan apabila solat sudah diperhatikan, maka amalan bersama

    dengan iman bil ghaib akan mula kelihatan seperti yang telah

    dinyatakan oleh Hazrat Masih Mauud a.s, yakni solat yang

    didirikan dan doa-doa di dalamnya untuk menghindarkan diri

    daripada syaitan, maka kita akan cenderung berdoa untukmemohon kepada Allah agar iman bil ghaib kita dikuatkan

    dengan tanda-tanda. Keimanan kepada Allah menuntut hal ini,

    dan seorang mukmin juga berdoa; sebagaimana Engkau

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201013

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    14/24

    bangkitkan seorang utusan untuk perbaikan dan hidayat pada zaman lampau, demikian juga datangkanlah pada zaman ini

    kerana keadaan amat memerlukan seorang utusan.

    Al-Quran memberikan khabar (Al-

    Jumah:4) yakni; dan juga kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Di sini tidak harus

    wujud salah faham, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; mereka

    yang tidak melihat tanda-tanda, iman mereka begitu tinggi, malah

    ia merujuk kepada masa di mana sesuai dengan khabar ghaib yang

    baginda s.a.w sampaikan, waktu itu zaman kegelapan, ketikabelum ada nizam untuk menguatkan kerohanian umat Islam dan

    juga tarbiyat. Memang ada mujaddid-mujaddid di beberapa

    tempat yang menjalankan tugas mereka, atau mereka yang tidak

    pernah mendengar amanat daripada utusan Allah. Jika keimanan

    mereka kekal, itu bererti mereka telah memelihara iman bil ghaib

    mereka dengan betul. Dan orang yang memelihara iman bil ghaib

    dengan betul, maka dengan melihat tanda-tanda, mereka akan

    dapat mengenal orang yang datang daripada Tuhan lalumenerimanya. Hazrat Masih Mauud a.s juga menulis, orang yang

    telah beriman kepada Rasulullah s.a.w tidak meminta tanda-tanda.

    Banyak orang-orang yang telah meyakini iman bil ghaib.

    (Petikan Malfoozaat Jilid 2, halaman 644)

    Hanya dengan melihat apa yang zahir pada baginda, mereka terus

    yakin dan percaya bahawa apa yang baginda katakan semuanya

    benar. Kemudian, bersama dengan kedatangan Masih wa Mahdi,zaman tanda-tanda ini bermula. Ini juga adalah satu khabar ghaibyakni zaman tanda-tanda sudah bermula dan dengan kurnia Allah

    Taala, Jemaat Ahmadiyah melihat tanda-tanda ini. Disebabkaniman bil ghaib, mereka kekal atas keyakinan bahawa janji dan

    khabar ghaib yang masih belum kelihatan sehingga sekarang,

    pasti akan menjadi sempurna, insyaAllah. Kita akan menjauhkan

    serangan syaitan dan was-was yang cuba ditanamkannya dengan

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201014

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    15/24

    terus menerus menunaikan solat dengan penuh keindahan dan

    dawam. Dan tidak akan membiarkan langkah-langkah kita goyang

    oleh serangan syaitan. Zaman ini, syaitan sedang berusaha sekuat

    tenaga mereka untuk melemahkan keimanan orang-orangAhmadi. Tetapi, kita sudah berada di tempat di mana, walaupun

    tanda-tanda muncul di hadapan dan jika zaman musibah bermula,

    ini semua telah dikhabarkan oleh Al-Quran.

    Untuk Jemaat Ilahi, zaman ujian selalu datang, dan imam zaman

    telah pun menyediakannya untuk kita. Dan sebagaimana yangtelah saya katakan bahawa kita harus berusaha untuk mendapat

    berkat daripada bulan Ramadhan. Di dalamnya banyak peluangberdoa, melalui solat-solat kita boleh mendekatkan diri kepada

    Allah, dan juga kita harus berdoa untuk kekuatan iman kita. Dan

    kita juga hendaklah berdoa agar janji Allah itu sempurna.

    Bulan ini yang merupakan bulan pengabulan doa-doa, apabila kita

    berdoa agar perintah-perintah Al-Quran dapat dilaksanakan di

    dunia, maka sesungguhnya Allah akan memulakan satu silsilah

    baru bagi menzahirkan tanda-tanda dengan penuh keunggulan.

    Dan kita akan dapat melihat bahawa ajaran Al-Quran dengan

    segala keagungannya akan membuat pembezaan antara hak danbatil. Orang akan memberi perhatian terhadap suara imam zaman

    yang menjemput sekalian insan sesuai dengan ajaran Al-Quran.

    Hari ini, jika ada yang didirikan bagi memelihara Al-Quran,

    inilah Mash Mauud, dan jika ada Jemaat yang dapat

    melaksanakan tugas agama dengan penuh keindahan, inilahJemaat Ahmadiyah. Dan untuk itu kita harus lebih banyak berusaha untuk berdoa, jika tidak, kita ada kelalaian dalam

    melaksanakan kewajipan. Jadi, kewajipan setiap Ahmadi ialah

    menjadikan ajaran Al-Quran itu kelihatan pada diri kita, dan

    berusaha sesuai dengan kemampuan masing-masing untuk

    mengamalkannya.

    Hazrat Masih Mauud a.s berkata:-

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201015

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    16/24

    Satu janji di dalam Al-Quran, dalam masa fitnah dan bahaya,

    Allah Taala akan memelihara agama Islam. Sebagaimana firman-

    Nya (Al-Hijr:10), atas janji ini,

    Allah Taala akan memelihara kalam-Nya dalam empat bentuk.

    Pertama: melalui hafiz-hafiz yang menghafal setiap kata-kata

    dengan tertib, dan setiap tahun ratusan ribu insan yang dapat

    menghafal kalam suci ini dalam dada mereka. Apabila hafiz itu

    ditanya, dia akan dapat memberitahu depan dan belakang suatu

    perkataan. Dengan ini, Al-Quran terhindar dari sebarang

    perubahan.

    Kedua: melalui imam-imam dan orang-orang mulia yang

    dikurniakan kefahaman Al-Quran dalam setiap abad. Mereka

    mentafsirkan Al-Quran dan disokong dengan hadis-hadis nabi,

    sehingga dapat dipelihara daripada berubah makna setiap zaman.

    Ketiga: melalui golongan mutakallimin, mereka diberikan akal

    tentang ajaran Al-Quran, dengan ini kalam Ilahi dapat terpeliharadari sebarang perubahan oleh ahli falsafah.

    Keempat: melalui orang-orang yang mendapat nikmat rohani, dimana mereka mendapat perlindungan Allah Taala daripada

    serangan orang-orang yang mungkir di setiap zaman terhadap

    kalam suci Tuhan dalam bentuk mukjizat dan makrifat.

    Berkata lagi: Jadi, khabar ghaib ini ada sahaja cara ia menjadisempurna dalam setiap zaman. (Aku telah turunkan kitab Al-Quran dan Aku juga yang akan memeliharanya). Berkata:

    Dalam zaman di mana serangan dari pihak penentang begitu

    kuat, sesuai dengan itu juga Allah Taala akan melahirkan orang

    yang boleh menghalang serangan itu hasil pertolongan Allah

    Taala. Tetapi, dalam zaman di mana kita hidup sekarang ini,

    serangan dari pihak penentang terjadi dari setiap penjuru, dan hari

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201016

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    17/24

    ini adalah hari taufan yang amat dahsyat sejak Al-Quran

    disebarkan ke seluruh dunia, di mana hari Islam begitu

    membimbangkan tidak pernah terjadi sebelumnya. Akal-akal buta

    yang malang telah menyerang perkataan-perkataan Al-Quran danmenyebarkan tafsir atau terjemahan yang salah. Ramai orang

    Kristian, dan orang Islam yang kurang kefahaman telah menulis

    tafsir dan terjemahan dengan niat untuk mengubah makna

    kandungan Al-Quran. Dan ramai juga yang menegaskan bahawa

    banyak tempat di dalam Al-Quran bertentangan dengan ilmu

    aqliah dan permasalahan dalam kehidupan semulajadi umat Islam.Dan ramai juga yang mendakwakan bahawa ia bertentangan

    dengan kajian mereka, juga mengatakan bahawa ajaran Al-Quran penuh dengan kekerasan, kezaliman, dan tidak adil. Ada juga

    yang menyatakan ia bertentangan dengan sifat-sifat Ilahi dan

    menafikan fitrat semulajadi, banyak juga paderi-paderi dan Arya

    yang mengingkari dengan keras tentang mukjizat Rasulullah s.a.wdan tanda-tanda Al-Quran serta khabar ghaib yang ada di

    dalamnya.

    Kalam suci Tuhan dan agama Islam serta nabi kita Muhammad

    s.a.w, mereka cuba mempamerkan pendustaan yang hina sehingga

    boleh menjadikan pencari kebenaran menyimpan perasaan benci.Jadi, zaman ini adalah zaman penyebaran, sebagaimana para

    penentang yang menyerang dari setiap penjuru dengan keras, kita

    juga harus mempertahankan dari setiap penjuru serangan mereka,

    dan waktu ini sudah pun bermula 14 abad. Sebab itu, pada abad

    ke-14, sesuai dengan janji-Nya, ,untuk menghadapi serangan itu Allah Taala menghantar seorangmujaddid. Tetapi, setiap seorang mujaddid itu ada nama khas dari

    Tuhan, dan sebagaimana seorang penulis apabila menulis sebuah

    buku, maka karangannya itu akan dinamakan sesuai dengan

    keadaan. Sebab itulah mujaddid ini dinamakan Masih kerana

    sesuai dengan keadaan, sebabnya sudah jelas bahawa fitnah salib

    di akhir zaman akan diperbaiki oleh Al-Masih. Inilah sebabnya

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201017

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    18/24

    orang yang diutus untuk tujuan ini akan disebut sebagai Masih

    Mauud. Jadi, fikirkanlah bahawa YAKSIRUS SALIIB adalah

    tugasnya, adakah zaman itu sudah berlaku atau ada zaman yang

    lain lagi. Fikirkanlah, Tuhan akan melindungi kamu. (AiyameSulh, Rohani Khazain, jilid 14, halaman 288-290)

    Sebagaimana yang telah saya jelaskan lebih awal, kritikan yang

    dibuat oleh gereja pada hari ini, itu adalah kritikan lama

    sepertimana yang telah Hazrat Masih Mauud a.s jelaskan 100

    tahun dahulu dalam petikan ini. Kritikan itu lebih kurang samasahaja dengan kritikan yang dibuat oleh gereja tersebut. Dan

    sebagaimana yang telah saya katakan tidak ada yang dapatmenghadapi Hazrat Masih Mauud a.s. Malang sekali mereka

    yang melihat pekerjaan Hazrat Masih Mauud a.s yang mana

    beberapa pemimpin-pemimpin Islam sendiri pun memujinya,

    orang Islam berkumpul mengepung beliau a.s, sedangkanRasulullah s.a.w sendiri memberi perintah agar menyampaikan

    salam kepada beliau a.s. (Musnad Ahmad bin Hambal, Jilid 3,

    halaman 182, Musnad Abu Hurairah hadis nombor 5957, cetakan

    Beirut, edisi 1998)

    Kebanyakan mereka menentang beliau. Semua ini menafikaniman bil ghaib. Dan penentangan ini, disebabkan kekerasan dan

    ketidakadilan dari pihak kerajaan, mereka terus menerus membuat

    penentangan. Semoga Allah memberi akal kepada orang-orang

    Islam, dan mereka mendengar dan menjadi penolong kepada

    pencinta Rasul dan pencinta Al-Quran yang datang dari Allahsebagai utusan untuk memelihara Al-Quran. Semoga AllahTaala juga memberi taufik kepada kita supaya kita dengan segala

    usaha yang kita lakukan, kita menjadi penolong kepada jariullah

    ini, dan juga kita dapat menyebarkan amanat Al-Quran ke

    seluruh dunia.

    Saya telah menyentuh tentang musuh-musuh, hari ini, sekali lagi

    kezaliman dari orang-orang zalim ini memberikan berita yang

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201018

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    19/24

    amat menyedihkan. Dalam minggu ini, di daerah Sindh, dua lagi

    anggota telah disyahidkan. Seorang di Karachi dan seorang lagi di

    Sanggar. Mereka ini tidak melihat bahawa akibat dari kezaliman

    mereka, apa yang Tuhan sedang perlihatkan? Mata mereka sudahbuta, ada seseorang memberitahu saya bahawa di satu tempat, ada

    seorang mullah yang berfitrat jahat memberi nasihat: kita tidak

    berusaha memadamkan Qadiani ini dengan sepenuhnya, sebabitu azab Allah datang kepada kita. INNAA LILLAAHI WA INNAAILAIHI ROOJIUUN. Orang Ahmadi insyaAllah akan melalui ujian

    ini, tetapi; wahai mullah-mullah yang berfitrat jahat! Ajaran

    kezaliman yang kamu berikan atas nama Allah dan Rasul,

    kamu yang mempermainkan ajaran Al-Quran, kamu pastiakan datang dapat cengkaman Tuhan.

    Ada beberapa orang juga yang menulis surat kepada saya dan

    mengatakan bahawa apabila saya bercakap mengenai para mullah,mereka menjadi teruja dengan semangat yang berkobar-kobar,

    oleh sebab itu, menurut mereka saya tidak perlu mengatakannya

    lagi. Ini adalah kesalahfahaman beberapa orang-orang yang

    maksum di kalangan kita. Jadi, di sini saya jelaskan kepada

    semua, perancangan yang telah mereka buat, tidak ada perbezaan

    sama ada saya bercakap mengenai mereka atau tidak.Perancangan mereka yang menakutkan ialah apa yang harus

    dilakukan untuk menentang orang-orang Ahmadi di Pakistan, dan

    di tempat lain juga mereka ini sedang berusaha. Saya berkata

    demikian adalah dengan tujuan supaya menjadi peringatan kepada

    orang-orang yang berfitrat baik agar jangan terlibat dengan orang-orang jahat. Apapun, pekerjaan kita hanyalah bersabar, istiqomah,dan banyak berdoa untuk mencapai tingkatan iman kita,

    insyaAllah kita akan terus melaksanakan kewajipan kita.

    Dalam beberapa hari ini, orang Ahmadi harus tunduk di istana

    Ilahi. Semoga Allah membalikkan kepada musuh-musuh setiap

    kejahatan mereka dan setiap Ahmadi bebas daripada gangguan.

    Dan kita menjadi pewaris kurnia-kurnia Allah Taala.

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201019

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    20/24

    Dua orang syahid yang telah saya sebutkan, seorang daripadanya

    di Karachi, Doktor Najmul Hasan Sahib syahid. Pada 16 Ogos

    yang lepas, lebih kurang jam 11.30 malam, apabila beliau balik

    dari klinik, sebaik sahaja duduk dalam kereta dan start enjin, beliau terus ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Beliau

    dibawa ke hospital berdekatan, namun darah yang banyak

    mengalir keluar menyebabkan beliau tidak dapat diselamatkan.

    INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJIUUN. Menurut cerita,

    terdapat 13 butir peluru dalam dadanya.

    Doktor Najmul Hasan syahid berasal dari Abai, Bhagalpur yang

    merupakan salah sebuah bandar di Bihar. Dalam zaman HazratMasih Mauud a.s, Mukarram Mahmud Alim sahib datang ke

    Qadian dan terus mendapat taufik untuk baiat. Melalui jasa beliau

    inilah, Ahmadiyah bermula di Baghalpur. Datuk beliau,

    Makhdumul Hasan Sahib dan Mukarram Maulvi Abdul MajidSahib Baghalpuri telah baiat pada zaman khilafat kedua. Pada

    tahun 1956, keluarga beliau berhijrah dari Baghalpur ke Dhaka.

    Dalam tahun 1971, apabila terbentuk Bangladesh, maka ibu bapa

    beliau ini berhijrah dan tinggal beberapa tahun di India dan Nepal.

    Akhirnya, pada tahun 1975, mereka menetap di Karachi. Doktor

    Najmul Hasan lahir pada tahun 1971 di Dhaka. Beliau mempunyaitujuh orang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Beliau

    anak yang kedua. Sejak dari sekolah rendah sehingga menjadi

    Pakar Kanak-kanak, beliau menuntut di Karachi. Beliau belajar di

    Sindh sejak Medical College sehingga mendapat M.B.B.S. Beliau

    juga mengambil F.C.P.S, dan menjalankan praktikal. Beliau pernah menjadi Penolong Profesor di jabatan Sains KesihatanKanak-kanak di Dove University.

    Dengan kurnia Allah, beliau seorang Musi. Beliau menjalankan

    rutin harian seperti biasa, balik dari klinik, pergi ke kereta, dan

    apabila beliau menghidupkan enjin, tiba-tiba datang orang yang

    tidak dikenali terus menembak beliau. Berdekatan dengan tempat

    itu ada Medical Store saudaranya, apabila keluar, dia melihat

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201020

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    21/24

    beliau ini berlumuran darah. Usia beliau 39 tahun, seorang yang

    berani. Banyak kali sudah mertuanya menasihati beliau agar

    berpindah ke tempat lain, namun beliau menjawab; saya

    membesar di sini, orang-orang di sini ada hak atas saya, sebab itusaya akan terus berkhidmat di sini. Beliau juga selalu meluangkan

    masa dalam kampus Khuddamul Ahmadiyah. Tetapi, orang tidak

    mahu menyempurnakan hak mereka. Orang yang bermanfaat

    untuk manusia pun mereka mahu habiskan. Beliau tidak pernah

    menyembunyikan diri sebagai Ahmadi. Beliau begitu khusyuk

    menunaikan solat. Teratur dalam candah. Beliau meninggalkanisteri dan tiga orang anak, Syafiah Hasan 5 tahun, Muhammad

    Hasan 2 tahun, dan Maliha Hasan yang belum pun sampai 2bulan. Dengan kurnia Tuhan, ketiga-tiga mereka masuk dalam

    skim Wakfe Nou.

    Syahid kedua ialah Mukarram Habibur Rahman Sahib Sanggar.Beliau berasal dari Abai daerah Gujrat. Saudara datuk beliau

    Hazrat Doktor Rahmat Ali Sahib r.a telah menanam benih Jemaat

    ini pertama sekali dalam keluarga beliau. Selepas itu datuk beliau

    Hazrat Pir Barkat Ali Sahib turut baiat. Kemudian, menyusul lagi

    dua orang saudara datuk beliau ini baiat pada tahun 1901 iaitu

    Hazrat Pir Iftikhar Ali Sahib dan Hazrat Hafiz Rosyen Ali Sahib.Dalam tahun 1912, dalam keluarga beliau telah membeli tanah di

    Sindh, sebab itu mereka telah berpindah ke sana.

    Habibur Rahman Sahib dilahirkan pada tahun 1950 di Sanggar.

    Beliau mendapat pendidikan di Rabwah. Ketika belajar, beliaubelajar bersama-sama dengan saya. Seorang yang periang.

    Beliau syahid pada 19 Ogos 2010, jam 10.30 pagi ketika beliau

    dalam perjalanan ke kebun. Apabila kereta berjalan perlahan

    disebabkan ada motosikal, dua orang bertopeng yang telah

    menembak beliau sehingga syahid. INNAA LILLAAHI WA INNAA

    ILAIHI ROOJIUUN. Umur beliau 60 tahun. Tahun 1990, beliau

    berpindah bersama anak-anak ke Amerika. Sebelum berpindah,

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201021

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    22/24

    beliau menjawat Qaid Majlis Khuddamul Ahmadiyah Sanggar

    dan Qaid Dhila Sanggar. Pernah menjawat Sekretari Mal. Di

    Amerika, beliau banyak berkhidmat dalam website jemaat

    alislam.org, beliau anggota yang awal dan seorang pekerja yangbaik. Demikian juga dalam mencari pekerja yang baik, beliau

    telah memberikan banyak khidmat. Dalam tahun 2006, saudara

    beliau Mujibur Rahman Sahib juga telah disyahidkan. Jadi, untuk

    mengkhidmati ayah yang sudah tua, beliau terpaksa berpindah

    balik ke Sanggar. Selepas beberapa lama berpindah, beliau telah

    bernikah dengan bekas isteri saudaranya kerana isterinya yangpertama telah meninggal dunia. Beliau teratur dalam solat, candah

    juga teratur dan sangat mencintai khilafat. Ikhlas dalammembantu meringankan beban orang miskin. Ayah beliau,

    Mukarram Pir Fazlur Rahman Sahib sehingga sekarang masih

    hidup, umurnya 91 tahun. Beliau mempunyai empat saudara lelaki

    dan dua saudara perempuan. Isterinya yang pertama telahmeninggal dunia, beliau meninggalkan anak-anaknya Anisur

    Rahman 32 tahun, Hamira Sahibah 23 tahun, dan Aisyah Sahibah

    28 tahun. Semua masih di Amerika. Dan juga meninggalkan

    isterinya yang kedua, iaitu bekas isteri saudaranya Mujibur

    Rahman Sahib syahid. Anak-anaknya Ijazur Rahman 13 tahun,

    Muazur Rahman11 tahun dan Masyal Umar 7 tahun. Semogamereka diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi.

    Ada seorang kawan lagi yang mukhlis ingin saya ceritakan iaitu

    Musa Rustami Sahib. Seingat saya solat jenazah beliau telah

    didirikan bersama dengan jenazah Mustafa Sabit Sahib. Beliauseorang yang begitu mukhlis. Beliau wafat pada 5 Ogos 2010.INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJIUUN. Dalam Jalsah

    Kosovo, tahun ini beliau menjadi penceramah, beliau

    memberitahu bahawa saudara lelakinya datang ke UK pada tahun

    1985 dan mulaqat dengan Hazrat Khalifatul Masih IV. Apabila

    abangnya balik dan menceritakan pengalamannya bertemu dengan

    Huzur, Musa Sahib begitu terkesan, lebih-lebih lagi apabila

    melihat abangnya banyak mengalami perubahan. Setelah

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201022

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    23/24

    menamatkan sekolah menengah dan militery services, beliau pergi

    ke Switzerland. Beliau berada di sana hampir empat tahun. Dia

    menceritakan bahawa beliau sangat gembira bertemu dengan

    orang-orang Ahmadi di sana. Selepas itu beliau pergi ke Hollanddan selepas beberapa lama di sana, beliau mengambil keputusan

    untuk mewakafkan hidupnya dalam Jemaat. Beliau baiat pun

    kerana lebih awal melihat perubahan abangnya. Di Holland,

    beliau bertemu dengan Hazrat Khalifatul Masih IV. Pada waktu

    itulah beliau menzahirkan keinginannya untuk mewakafkan diri

    mengkhidmati Jemaat, lalu Huzur mengarahkan beliau keAlbaniah. Tetapi, disebabkan beberapa perkara, beliau tidak dapat

    ke sana. Dalam tahun 2000, Amir Sahib Jerman datang keHolland dan meminta agar mencari siapa yang bersedia pergi ke

    Kosovo. Beliau terus menjawab; saya rasa tidak ada yang berani

    ke sana, tetapi untuk itu saya bersedia. Kemudian, Mei 2000, atas

    izin Huzur, beliau telah dihantar ke Kosovo. Di Kosovo, pertamasekali beliau tinggal di rumah saudaranya di Gjilan, di mana

    saudaranya perempuan juga tinggal di situ bersama keluarganya.

    Selepas itu saudara perempuannya juga telah menjadi Ahmadi.

    Demikian juga, Jumaat pertama dibuat di rumah itu. Selepas itu

    beliau pergi ke Prishtna, beliau menjadi Sadar Jemaat Kosovo

    selama 10 tahun. Beliau berusaha memajukan Jemaat dan amatsuka bertabligh dengan menggunakan pelbagai cara. Amat

    berhati-hati membelanjakan wang Jemaat. Dalam pembinaan

    Rumah Misi Pertama, beliau mengkaji tentang bajet dan

    memberikan banyak pengorbanan di dalamnya, banyak

    melakukan Waqare Amal. Satu kali, beliau mendapat tahubahawa pendapatannya lebih daripada jumlah yang sepatutnya,lalu beliau terus bertanya dan tanpa memberitahu, beliau

    mengeluarkan lebihan pendapatan itu dan berkata; bagaimana

    terjadi pendapatan saya lebih daripada jumlah yang ditetapkan.

    Beliau tidak mempunyai kereta, semua pekerjaan disempurnakan

    dengan basikal sahaja. Di Kosovo, beliau berusaha memastikan

    asas kejemaatan mereka kuat dan benar. Beliau sentiasa berfikir

    bagaimana untuk memberi tarbiyat kepada mubaiyin baru. Beliau

    Khutbah Jumaat 20 Ogos 201023

  • 8/8/2019 Teks Khutbah-20 Ogos 2010

    24/24

    memberi tunjuk ajar kepada mubaiyin baru seperti mendidik

    keluarga sendiri. Dengan tarbiyat beliau, dengan kurnia Allah

    Taala, kebanyakan Ahmadi di Kosovo telah menjadi Musi dan

    orang terpelajar. Seorang yang baik, disiplin dalam solat, amatsetia kepada khilafat. Setiap kali Jalsah Jerman, beliau selalu

    berjumpa dengan saya. Tahun lepas, dia berkata kepada saya:

    ulama Islam di Kosovo telah menanamkan dalam diri umat Islam

    bahawa orang Ahmadi tidak menunaikan haji, tetapi mereka pergi

    ke Jalsah, sebab itu beberapa orang tidak mahu mendengar kata-

    kata kami. Jadi, saya mengarahkan kepadanya; tahun ini tuanharus pergi menunaikan haji. Dengan kurnia Allah Taala, tahun

    lepas dia menunaikan haji. Selepas itu, apabila berjumpadengannya, saya bertanya; adakah keraguan mereka sudah hilang.

    Dia sangat gembira sebab Tuhan memberi taufik kepadanya untuk

    naik haji dan orang sudah menggelarnya tuan haji.

    Sebenarnya, umur beliau tidaklah tua, tetapi disebabkan suatu

    penyakit yang menyerang secara tiba-tiba, akhirnya beliau wafat.

    Semoga Allah meninggikan darjatnya, diberikan maghfirat dan

    kasih sayang. Dan juga semoga keluarganya yang ditinggalkan

    diberikan kesabaran yang tinggi dan kekal atas Ahmadiyah.

    (Solat jenazah untuk orang syahid selepas Jumaat)

    Diterjemahkan oleh

    Saladdin Syed Ali,Lingkungan, Sabah02 Oktober 2010

    Kh tb h J t 20 O 201024