teks kem membaca km1m

4
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017] TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 1. [ALU-ALUAN] Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillahi rabbil alamin..wassolatu wassalamuala asyrafil anbiyaa’i wal mursalin.. Yang Berbahagia Pn Salina bt Ithnin, Guru Besar Sek Keb Kampong Raja Yang Berusaha En Asyraf bin Ahmad Bajuri, GPK Pentadbiran Pn Hjh Azah bt Naman, GPK HEM En Mohd Faisal bin A Manap, GPK Ko kurikulum Pn Norzakiah bt Mohamed Darus, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli Jawatankuasa kerja, Guru-guru serta kakitangan sekolah dan seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt....Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat kita hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia bagi tahun 2017 pada pagi yang mulia ini. Bulan mengambang cantik berseri, Mari dilihat di dalam taman, Kehadiran kalian kami hargai, Terus terpahat zaman berzaman

Upload: syahidah-shabuddin

Post on 22-Jan-2018

83 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks kem membaca  km1m

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

1. [ALU-ALUAN]

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillahi rabbil alamin..wassolatu wassalamuala

asyrafil anbiyaa’i wal mursalin..

Yang Berbahagia Pn Salina bt Ithnin, Guru Besar Sek Keb Kampong Raja

Yang Berusaha En Asyraf bin Ahmad Bajuri, GPK Pentadbiran

Pn Hjh Azah bt Naman, GPK HEM

En Mohd Faisal bin A Manap, GPK Ko kurikulum

Pn Norzakiah bt Mohamed Darus, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli

Jawatankuasa kerja,

Guru-guru serta kakitangan sekolah dan seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt....Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat

kita hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia bagi

tahun 2017 pada pagi yang mulia ini.

Bulan mengambang cantik berseri,

Mari dilihat di dalam taman,

Kehadiran kalian kami hargai,

Terus terpahat zaman berzaman

Page 2: Teks kem membaca  km1m

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang hadirin

sekalian dan turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi hadir bersama-sama ke

majlis yang penuh bermakna ini.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Umat Islam adalah umat ilmu pengetahuan. Agama Islam mengangkat penganutnya

yang berilmu ke satu martabat peringkat yang tinggi dan mulia di sisi Allah swt. Sejak

pertama kali diturunkan, Islam sangat menekankan aspek peripentingnya ilmu pengetahuan.

Bahkan, wahyu yang pertama kali diturunkan oleh Allah swt kepada umat ini adalah untuk

menggali pengetahuan iaitu dengan diperdengarkan kepada Nabi saw akan kalimah Iqra!

Yang bermaksud Bacalah!

Untuk makluman sidang hadirin sekalian, Kem Membaca 1 malaysia ini

adalah merupakan salah satu aktiviti utama di bawah saranan Kementerian Pelajaran

Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini

adalah bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pembelajaran

sepanjang hayat. Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 4 April sehingga

6 April 2017. Sehubungan itu, Pelancaran Program ini akan dijalankan secara serentak di

kesemua sekolah di seluruh Daerah Muar pada hari ini.

2. [BACAAN DOA]

Tetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat;

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati lagi majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala

hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mazham bin Abdullah untuk memimpin bacaan

doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. (Bacaan doa)

*************************************************************************

Amin amin, Ya Rabb al-

Page 3: Teks kem membaca  km1m

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]

‘Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mazham bin Abdullah atas bacaan doa

sebentar tadi

*Seterusnya, marilah bersama-sama kita menyanyikan Lagu Negaraku dan

Lagu Bangsa Johor.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR

*Majlis dengan ini mempersilakan Pn NorZakiah bt Mohamed Darus selaku

guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah untuk menyampaikan sedikit Taklimat

berkaitan pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia.

Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan.

3. [UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,

Mari dimuat di dalam peti;

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya

mempersilakan Yang Berbahagia Puan Salina bt Ithnin, Guru besar Sek Keb Kampong Raja

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dengan

penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia puan Guru Besar atas ucapan dan

perasmian sebentar tadi.

4. [PERSEMBAHAN]

Page 4: Teks kem membaca  km1m

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]

Amalan membaca amalan mulia

Dapat manfaat tinggi faedahnya

Menjana Pemikiran 1 Malaysia

Itulah matlamat menjadi tema

Seterusnya marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan berbalas pantun yang akan

dipersembahkan oleh murid-murid dari kelas Tahun 3 . Majlis dengan ini mempersilakan..

5. [NYANYIAN]

Maka dengan ini rasmilah sudah Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia SK Kampong

Raja tahun 2017 ini. Untuk itu marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Membaca Gaya

Wawasan sebagai tanda sokongan penuh terhadap program ini.

6. [BERSURAI ]

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini. Pihak majlis

sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Guru Besar, guru-

guru serta kakitangan dan semua yang menjayakan majlis pada hari ini. Semoga kita

mendapat sedikit sebanyak manfaat dan kebaikan yang berpanjangan dalam majlis itu tadi.

Jazzakallahu khairan kathira

7. [BERSURAI]

Sebelum bersurai, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada

terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, Yang baik itu datangnya

dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Dengan itu

semoga berjumpa lagi.

Kita Tangguhkan majlis pada pagi ini dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al ‘as.

Sekian. Assalamualaikum wbt.