teks kejohanan sukan sk bukit rahmat

9
TEKS MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-29 SKBR BI L ACARA TEKS 1 Umumkan ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Encik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd. Diiringi oleh Encik Sukiman Bin Badari, NYDP PIBG SK Bukit Rahmat Bersama Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah, Guru Besar SK Bukit Rahmat, Guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Bukit Rahmat. 2 Ucapan alu-aluan Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh dan selamat datang ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017. Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd Yang Berusaha Encik Sukiman Bin Badari, NYDP PIBG SK Bukit Rahmat Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah, Guru Besar SK Bukit Rahmat Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Rahmat, Guru-guru, Tuan-tuan, Puan-puan seterusnya murid- murid SK Bukit Rahmat yang dirahmati Allah sekalian Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini. 3 Acara Perbarisan Rumah Pasukan Sebagai pembuka tirai kejohanan tahunan ini, marilah sama-sama kita menyaksikan perbarisan lintas hormat 1

Upload: rosell-roseliana-rusli

Post on 21-Mar-2017

59 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

TEKS MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-29 SKBR

BIL ACARA TEKS1 Umumkan ketibaan

VIPMengumumkan ketibaanEncik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd.Diiringi oleh Encik Sukiman Bin Badari, NYDP PIBG SK Bukit RahmatBersama Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah, Guru Besar SK Bukit Rahmat,Guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Bukit Rahmat.

2 Ucapan alu-aluan Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh dan selamat datang ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017.

Yang BerbahagiaEncik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd

Yang BerusahaEncik Sukiman Bin Badari, NYDP PIBG SK Bukit RahmatEncik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah, Guru Besar SK Bukit Rahmat

Yang DihormatiGuru-guru Penolong Kanan

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Rahmat,Guru-guru, Tuan-tuan, Puan-puan seterusnya murid-murid SK Bukit Rahmat yang dirahmati Allah sekalian

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

3 Acara Perbarisan Rumah Pasukan

Sebagai pembuka tirai kejohanan tahunan ini, marilah sama-sama kita menyaksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

4 Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan

Dengan ini, kami menjemput Encik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.Dipersilakan.

MUZIK PERBARISAN5 Perbarisan Bendera

KejohananPerbarisan lintas hormat ini diketuai oleh adik Hariz Syahmi Bin Faisol.

1

Page 2: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

6 Perbarisan Rumah Exora

Kontinjen yang sedang melangkah masuk ini ialah kontinjen Rumah Exora yang dianggotai oleh seramai 48 orang peserta dengan mottonya “Luaskan Kuasamu Exora”.

Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Afiq Nabihan Bin Zunnurain

Manakala pembawa sepanduk Rumah Exora ialah adik Amirah Safiah Binti Osman

Ketua Kontinjen Rumah Exora ialah Puan Nurjannah Binti Jairani.7 Perbarisan Rumah

WajaMenyusul di belakang adalah kontinjen Rumah Waja dengan mottonya We Are The Fighters.

Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Nur Luqman Bin Darus

dan dianggotai seramai 47 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi Rumah Waja ialah adik Nur Insyirah Binti Mohd Aizam

Ketua Kontinjen bagi Rumah Waja ialah Encik Jaman Bin Dirin8 Perbarisan Rumah

PerdanaKontinjen seterusnya ialah Rumah Perdana.Mottonya Shining As Stars memberi semangat juang yang tinggi kepada semua ahli yang seramai 48 orang.

Kontinjen ini diketuai oleh adik Amir Alifuddin Bin Sutaad

manakala pembawa sepanduk bagi Rumah Perdana ialah adik

Syaza Aqilah Binti Fakaruddin

Ketua Kontinjen Rumah Perdana ialah Puan Zaliha Binti Mohamed9 Perbarisan

PrasekolahKontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan ialah murid-murid Prasekolah An-Nur SK Bukit Rahmat. Kontinjen ini terdiri daripada 25 orang murid di bawah bimbingan Puan Sabariah Binti Taufikul Rahman dan dibantu oleh Puan Halimah binti Haiyun.

10 Nyayian lagu Bangsa Johor

Hadirin yang dihormati sekalianMarilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian lagu Bangsa Johor sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Semua hadirin dipersilakan duduk.11 Bacaan doa Sebagai menyatakan rasa kesyukuran dan memohon keberkatan dari

Ilahi , marilah kita sama-sama menadah tangan bagi mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh adik Amir Alifuddin Bin Sutaad

2

Page 3: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

Dipersilakan.

Amin..aminn ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa tadi.

Semoga dengan bacaan doa tadi majlis kita berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah.

12 Acara Bacaan Ikrar Seterusnya, dipersilakan pembawa-pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Hariz Syahmi Bin Faisol.

Terima kasih kepada adik Hariz Syahmi Bin Faisol.

Semua ahli kontinjen dipersilakan duduk.

13 Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar

Majlis seterusnya menjemput Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah, Guru Besar SK Bukit Rahmat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah atas ucapan alu-aluan tadi.

14 Ucapan Perasmian oleh Perasmi

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip Pengurus Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip di atas ucapan perasmian tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017.

15 Penyampaian Hadiah (i)

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip diiringi oleh guru besar, Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi Acara Lompat Tinggi Lelaki 12Pingat emas dimenangi olehdari RumahPingat perak disandang olehdari Rumah

3

Page 4: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

Pingat gangsa menjadi milikdari Rumah

Bagi Acara Lompat Tinggi Perempuan 12Pingat emas dimenangi olehdari RumahPingat perak disandang olehdari RumahPingat gangsa menjadi milikdari Rumah

Bagi Acara Rejam Lembing Lelaki 12Pingat emas dimenangi olehdari RumahPingat perak disandang olehdari RumahPingat gangsa menjadi milikdari Rumah

Bagi Acara Rejam Lembing Perempuan 12Pingat emas dimenangi olehdari RumahPingat perak disandang olehdari RumahPingat gangsa menjadi milikdari Rumah

Bagi Acara Lompat Jauh Lelaki 10Pingat emas dimenangi olehdari RumahPingat perak disandang olehdari RumahPingat gangsa menjadi milikdari Rumah

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Azman Bin Md Rasip kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tadi.

16 Perbarisan keluar padang

Majlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

-MUZIK PERBARISAN-

Dengan ini sempurnalah majlis perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta-peserta yang

4

Page 5: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.17 VIP menikmati jamuan Seterusnya, dijemput Yang Berbahagia Encik Azman Bin Md Rasip

sambil diiringi oleh Encik Sukiman Bin Badari, NYDP PIBG SK Bukit Rahmat, bersama-sama Tuan Guru Besar, Encik Ahmad Kamal Bin Abu@Abdullah untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Dipersilakan.18 Acara Sukan Hadirin-hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan dengan acara

Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017.

Acara pertama pada hari ini ialah 4 x 50M Pra Sekolah.

Diminta semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

19 Penyampaian Hadiah (ii)

Hadirin hadirat sekalianKejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017 berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi acara

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini pihak majlis mempersilakanNama : Encik Sukiman Bin BadariJawatan : NYDP PIBG SK Bukit RahmatDengan diiringi oleh Encik Mohd Syaiful Bin Abd WahidJawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Bukit Rahmat

Dipersilakan tuan.

Bagi acaraEmas dimenangi olehDari rumahPerak pula disandang olehDari rumahPemegang pingat gangsa ialahDari rumah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Sukiman Bin BadariKerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tadi.

20 Hadiah OlahragawanOlahragawati

Seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati sekolah.Dipersilakan..Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan disandang oleh Adik _____________________________________________________Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan disandang oleh Adik______________________________________________________

5

Page 6: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

21 Bagi Kategori Perbarisan Terbaik disandang oleh Rumah

Johan Sukantara jatuh kepada Rumah_____________________

Dan Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 bagi tahun 2017.kepada Rumah ______________.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.22 Majlis Penutupan

Kejohanan dan Penyampaian Hadiah Kategori Khas

Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali Ke-29 kini tiba ke penghujungnya.

Oleh itu semua murid diminta berhimpun semula di tengah padang mengikut rumah masing-masing.

(MARCHING SONG)

Seterusnya tibalah acara kemuncak Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali ke-29 . Oleh itu dijemput Encik Ahmad Kamal bin Abu@Abdullah , Guru Besar SK Bukit Rahmat untuk menyampaikan ucapan penutup kejohanan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.23 Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali ke-29.

Sebelum berlabuhnya tirai Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat kali ke-29, dijemput semua pegawai-pegawai kejohanan menjamu selera di Bilik Jamuan, Kantin SK Bukit Rahmat selepas ini.

Sekarang kita sama-sama melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Rahmat Kali ke-29.

Akhir kata dari kami.. …….“Majulah sukan untuk Negara”Assalamualaikum W.B.T

CARA SEBUT UNTUK ACARA

6

Page 7: Teks Kejohanan Sukan SK Bukit Rahmat

Lorong pertama

<NOMBOR PESERTA> < NAMA PESERTA> dari <PASUKAN>

Contoh :

(1) Acara 4 x 200M Perempuan 12(2) Lorong pertama B123 dari Pasukan Waja

(3) Acara 4 x 200M Perempuan 12

7