teks kawad
DESCRIPTION
TEKSTRANSCRIPT
SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 SMK.DM BAGI TAHUN 2013
Mengumumkan ketibaan,
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
diiringi oleh ,_______________________________________________________
_________________________________________________________________
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera, dan salam 1 Malaysia.
Yang ________________,
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Para guru penolong kanan kokurikulum, para pegawai hakim kawad kaki seluruh negeri johor, guru guru, serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.
Hadirin hadirat sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya,
dapat kita berkumpul di Dewan Sri Perdana pada pagi ini, bagi menjayakan
Kursus Hakim Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Negeri Johor Tahun 2013.
Saya, bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang, dan mengalu-alukan,
kehadiran Yang ________________,
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
tetamu serta para hadirin ke majlis pada hari ini.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua..
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Baiklah, untuk memperoleh keberkatan majlis pada hari ini, dipersilakan
Yang Berbahagia Ust Mohd Rosdi b Mat Zin, untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Ust Mohd Rosdi b Mat Zin,
Atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Tn. Hj. Kamarudin bin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kursus Hakim Kawad Kaki Badan Beruniform, Peringkat Negeri Johor tahun 2013.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Majlis mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tn. Hj. Kamarudin bin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Hadirin - hadirat sekalian,
Seni gubah indah bermadah,
Jambangan bunga sedia harum,
Ucapan didengar pun sudah,
Taklimat kursus yang belum,
Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada Yang Dihormati En. Khir b Mohd Muda Guru Penolong Kanan SMK Permata Jaya, merangkap pengerusi Teknik Hakim Kawad Kaki Daerah Batu Pahat untuk meneruskan majlis.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan sekian, terima kasih.
Hadirin hadirat sekalian,
Sekarang akan dimulakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36 SMK.DM bagi tahun 2013.
Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada urusetia Mesyuarat Agung PIBG untuk meneruskan majlis.
Dipersilakan.
Hadirin-hadirat sekalian,
Nampaknya majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini, saya mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis, memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.
Dipersilakan kepada Yang Berbahagia
Tn. Dr. Hj. Mohammed Selamat bin Madom ,
Yang Dipertua PIBG SMK.DM
Serta para tetamu dan ibu bapa untuk ke majlis jamuan. Dipersilakan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wth dan salam perpaduan.