teks jalur gemilang

4
DIALOG JALUR GEMILANG Ahmad : Hai, kawan-kawan! Lukisan Jalur Gemilang yang Cikgu Sani suruh buat, dah siap? Saya ditugaskan mengumpulnya. Balan : Jalurnya berbelas-belas. Belum siap warna lagi. Chong : Eh, salah warna jalur tu, Balan! Kenapa warna merah jalur tu seakan-akan Warna ungu? Ahmad : Yalah, Balan. Gunakan warna merah terang pada jalur dan diselang- selikan dengan warna putih. Petak kiri pula warnakan dengan biru gelap. Bulan dan bintangnya warna kuning. Balan : Oh, terima kasih kerana menegur! Saya warnakan semula. Chong : Nah, yang ini gambar bendera saya! Ahmad : Awak dah kira bilangan bucu bintang tu? Betul tak? Balan : Jangan lupa kira jalurnya sekali. Ahmah : Sepatutnya, bucu dan jalur ada empat belas. Jalur- jalur ini mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Bulan dan bintang pula bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi. Chong : Apa maksud warna kuning dan biru pula? Balan : Saya tahu, kuning melambangkan warna diraja. Tapi maksud warna biru, saya lupalah. Ahmad : Bukankah Cikgu Sani dah beritahu. Biru ertinya perpaduan.

Upload: nur-azizah-dirmanto

Post on 12-Aug-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Jalur Gemilang

DIALOG JALUR GEMILANG

Ahmad :  Hai, kawan-kawan! Lukisan Jalur Gemilang yang Cikgu Sani suruh buat, dah siap? Saya ditugaskan mengumpulnya.

Balan : Jalurnya berbelas-belas. Belum siap warna lagi.

Chong  : Eh, salah warna jalur tu, Balan! Kenapa warna merah jalur tu seakan-akan Warna ungu?

Ahmad : Yalah, Balan. Gunakan warna merah terang pada jalur dan   diselang- selikan dengan warna putih. Petak kiri  pula   warnakan dengan biru gelap. Bulan dan bintangnya warna kuning.

Balan : Oh, terima kasih kerana menegur! Saya warnakan semula.

Chong : Nah, yang ini gambar bendera saya!

Ahmad : Awak dah kira bilangan bucu bintang tu? Betul tak?

Balan : Jangan lupa kira jalurnya sekali.

Ahmah : Sepatutnya, bucu dan jalur ada empat belas. Jalur-jalur  ini  mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Bulan dan bintang pula bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi.

Chong : Apa maksud warna kuning dan biru pula?

Balan : Saya tahu, kuning melambangkan warna diraja. Tapi maksud warna biru, saya lupalah.

Ahmad : Bukankah Cikgu Sani dah beritahu. Biru ertinya perpaduan.

Chong  : Oh, baru saya ingat! Merah tanda berani dan putih pula  tandanya suci.

Ahmad : Hah, pandai  pun! Cepat letakkan lukisan masing-masing di atas meja saya.

Page 2: Teks Jalur Gemilang

JALUR GEMILANG – kemahiran membaca

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama

lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di

sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri -

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis,

Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas

jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu

mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14

itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak

bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera

Malaysia.

Page 3: Teks Jalur Gemilang

1. Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu.

2. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan

pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih.

3. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati

lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

4. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan

Kerajaan Persekutuan.

5. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan

cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

6. Warna putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan

ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

7. Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang.

8. Mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,

Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).