28374989 rph jalur gemilang

Upload: farah-ain

Post on 08-Jan-2016

556 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

NOTES

TRANSCRIPT

TEMA: NEGARA MALAYSIA JALUR GEMILANG

Penyampaian(25 minit)RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(SLOT 30 MINIT)Komponen: Kerohanian dan MoralKelas: Prasekolah BestariTarikh: 16 Ogos 2009Masa: 10.50 pagi 11.20 pagiBilangan Murid: 25 orangTema: Negara MalaysiaSub Tema: Jalur GemilangHasil Pembelajaran:4.5.2 Mengenal dan menghormati bendera kebangsaan dan bendera negeri4.5.3 Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeriPengetahuan Sedia Ada:Murid pernah melihat bendera kebangsaan dan menyanyikan lagu Maju dan Sejahtera.

Objektif:Pada akhir pembelajaran murid dapat,Menerangkan ciri-ciri Jalur Gemilang dengan betul.Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri dengan betul.Kemahiran Berfikir (KB):Menjana idea kreatif dan kritis, imbas kembaliNilai: Teliti, peka, cermat, berhati-hati, mengikut arahanBahan Bantu Belajar (BBB):Carta lirik, lembaran kerja, radio, cakera padat, bendera Jalur Gemilang, pemain cakera padat, televisyenPenggabungjalinan komponen: Bahasa dan Komunikasi, Kreativiti dan Estetika, Perkembangan Fizikal

Set induksiMurid berkumpul dan duduk di ruang perbualan pagi menghadap guru. Guru akan bertanyakan kepada murid tentang Malaysia. Contoh soalan:G: Apa yang kamu tahu tentang Negara kita?M1: Bendera MalaysiaM2: Lagu NegarakuM3: Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957Aktiviti 1:Guru menunjukkan bendera Jalur Gemilang dan menerangkan bilangan jalur, bucu bintang, dan warna-warna dalam bendera Jalur Gemilang.JALUR GEMILANG

Aktiviti 2:Guru menayangkan video yang bertajuk Jalur Gemilang.Murid-murid menyanyi mengikut nyanyian dalam video tersebut bersama-sama.Guru mengedarkan bendera Jalur Gemilang kecil kepada setiap murid.Murid-murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sekali lagi sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmuJalur gemilang... kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat MalaysiaJalur gemilang... megah kami terasaJalur gemilang... kibarkanlah wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua

BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah

Jalur gemilangJALUR GEMILANGAktiviti 3:Murid diarahkan untuk mewarnakan bendera Malaysia dan meniru ayat-ayat mudah dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru.

LEMBARAN KERJApenutup(2 minit)rumusanGuru membuat rumusan dengan bertanya soalan kepada murid.Rumusan dibuat dengan bersoal jawab dengan murid-murid.Lagu Maju dan Sejahtera (lagu Wilayah Persekutuan) dimainkan. Murid-murid menyanyikan lagu Maju dan Sejahtera dengan iringan muzik.

Contoh soalan:G: Seronok tak belajar hari ini?M: Seronok.G: Apa yang kamu belajar?M: Jalur Gemilang.Lagu wilayah persekutuanHarmoni Wilayah Pertiwi Semoga Sentiasa Diberkati Wawasan Hala Pembangunan Sebagai Semangat Perpaduan Wilayah Persekutuan Maju Dan Sejahtera (2X)MAJU DAN SEJAHTERA

pautanhttp://www.kwp.gov.my/2ndLevel.asp?catid=40&parentid=0http://putrawangsa.com/sejarah-jalur-gemilang/http://allmalaysia.info/msiaknow/malaysiana/symbols_jgemilang.aspSekian,terima kasih