teks berita mae

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jbg 6tyghuinjk hj

TRANSCRIPT

TEKS BERITA UTAMA

LEGA...!Susulan kejadian tangki air sebuah rumah runtuh di Taman Kundang Jaya Selangor yang disiarkan buletin utama 18 disember lalu. Tindakan segera pemaju mengganti dan memasang semula tangki baru melegakan pemilik rumah. Menurut pemilik rumah Abdul Barr Abdul Wahid, pemaju membaiki tangki air rumahnya sehari selepas kejadian sambil berterima kasih kepada tv3 kerana menyiarkan kejadian itu, dia turut memuji pemaju kerana menunaikan janji menanggung ganti rugi. Pemaju juga mengambil tindakan membuat pemeriksaan ke kediaman lain bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

MISKINIni pula langkah menangani kemiskinan bandar menerusi Rancangan Malaysia ke-10. Dasar berkaitan akan di gubal disamping mewujudkan e-kasih bagi mengenalpasti warga kota yang terpinggir dari arus pembagunan. Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan, Dato Amar Aizat Yaseer berkata usaha lebih jitu bakal digerakkan dalam RMK-10 yang bermula pada 2011. Pelbagai peluang dijanjikan bagi menangani kemiskinan Bandar. Bank data kemiskinan juga bakal diwujudkan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas pandang daripada sebarang bentuk bantuan