teks-bercerita-mtq-2011-nabi-ibrahim-dan-raja-namrud.doc

4
KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan jamnya, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan peserta seterusnya rakan-rakan sekalianNabi Ibrahim puteranya Azar, Babylon Iraq kota kelahiran, Rasul ululazmi diberi taklifan, Hidup di bawah raja namrud yang zalim Namrud terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan yang mahsyur. Bismillahirrahmaa nirrohiim .. Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii qon nabiyyaa ... (Surah Maryam Ayat: 41) Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi NabiRaja namrud sangatlah angkuh Menganggap diri sebagai tuhan Nabi Ibrahim dihina dicaci Diburu ke sana jua ke mari Kasihan sungguh rakyat palestin Bedilan peluru angkara Israel Janganlah kita sombong dan angkuh Hidup di dunia tak akan kekal 1 Syair

Upload: nseiral

Post on 21-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks-Bercerita-MTQ-2011-Nabi-Ibrahim-dan-Raja-Namrud.doc

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..

Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan jamnya, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan peserta seterusnya rakan-rakan sekalian…

Nabi Ibrahim puteranya Azar,

Babylon Iraq kota kelahiran,

Rasul ululazmi diberi taklifan,

Hidup di bawah raja namrud yang zalim

Namrud terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan yang mahsyur.

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii qon nabiyyaa...

(Surah Maryam Ayat: 41)

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi”

Raja namrud sangatlah angkuhMenganggap diri sebagai tuhanNabi Ibrahim dihina dicaciDiburu ke sana jua ke mari

Kasihan sungguh rakyat palestinBedilan peluru angkara IsraelJanganlah kita sombong dan angkuhHidup di dunia tak akan kekal

1

Syair

Page 2: Teks-Bercerita-MTQ-2011-Nabi-Ibrahim-dan-Raja-Namrud.doc

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Ud’u ilaa sabii lirobbika bil hikmati wal mau ‘izotil hasanah...

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”

(Surah Nahl Ayat: 125)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah S.W.T.

Perdebatan yang hebat berlaku antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud. Nabi Ibrahim telah mencabar Raja Namrud untuk membuktikan kekuasaannya. Namun, Raja Namrud tidak berjaya membuktikan hal itu.

Hebatnya perdebatan Raja Namrud dan Nabi IbrahimPelbagai hujah dan juga caraBerkat kebijaksanaan Nabi IbrahimCabaran diterima Raja Namrud kecewa

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya zalim”

( Surah Al-Baqorah ayat: 258)

Gejala berfacebook jadi kewajipan

Segala yang hak dan batil dipaparkan

Usah biar diri dilalaikan

Sampaikanlah dakwah saham kebaikan

2

Nasyid irama ashadu Allah…

Page 3: Teks-Bercerita-MTQ-2011-Nabi-Ibrahim-dan-Raja-Namrud.doc

Hadirin sekalian,

Perasaan dendam Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim tidak pernah hilang.

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Qoo luu sami’naa fatayyaz kuruhum yuqoo lu lahuu ibroohiimm

Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela mereka (berhala-berhala ini), namanya ibrahim as

(Surah Al-Anbiya’ Ayat 60)

Angkara Ibrahim memusnahkan berhala

Namrud dan kaumnya menghukum baginda

Dengan api nabi diseksa

Namun diselamatkan Allah yang esa

Ajaran sesat jadi ikutan

Malaysia berusaha untuk membanteras

Berani kerana harus diamalkan

Kerana Islam itu agama yang jelas

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejamnya namrud pada Ibrahim

Nabi ditangkap hendak dibunuh

Kuasa Allah lebih lah besar

Nabi dibantu tentera nyamuk

3

Pantun

Page 4: Teks-Bercerita-MTQ-2011-Nabi-Ibrahim-dan-Raja-Namrud.doc

Ya, dengan izin Allah S.W.T, tentera nyamuk telah menghalang tentera Namrud dari membinasakan Nabi Ibrahim a.s.

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

“Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

(Surah Al-Fath Ayat 4)

Wahai rakan dan juga taulan

Sikap Namrud bukan ikutan

Zalim dan kejam kepada rakan

Dijauhi orang tiada kawan

Allah S.W.T telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia yang semakin leka kepada penciptanya. Nauzubillahi min zalik.....

4

Pantun