laporan mtq

6
LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR SK TAMAN DESA 2 RAWANG 6 MEI 2014 LAPORAN SEBELUM Dua orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kuala Kubu Bharu telah terpilih untuk mewakili daerah Hulu Selangor ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dalam acara Tulisan Khat (BD) Sekolah Rendah dan Tilawah Al-Quran (BL) Sekolah Rendah. Pada hari Isnin 5 Mei 2014, satu taklimat berkaitan perjalanan Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan oleh Pn Siti Zaleha. Disamping itu juga Jawatankuasa Kecil untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor telah ditubuhkan. Setiap guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mempunyai tugas masing-masing. Latihan untuk kedua-dua acara ini dijalankan pada hari Isnin 5 Mei 2014. Latihan untuk Tilawah Al-Quran telah dibantu oleh Ustaz Rohaizad bin Aziz. Latihan ini berjalan sepanjang hari kerana pada hari Jumaat 2 Mei 2014 murid tidak hadir ke sekolah. Sehubungan dengan itu, masa untuk berlatih amat terhad. Ain berlatih menulis khat untuk perkataan “Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah” . Hazlin sewaktu sesi latihan tilawah Al-Quran

Upload: nurulaini-binti-kusmaniiat

Post on 15-Oct-2015

253 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURANPERINGKAT NEGERI SELANGORSK TAMAN DESA 2 RAWANG6 MEI 2014

LAPORAN SEBELUMDua orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kuala Kubu Bharu telah terpilih untuk mewakili daerah Hulu Selangor ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dalam acara Tulisan Khat (BD) Sekolah Rendah dan Tilawah Al-Quran (BL) Sekolah Rendah. Pada hari Isnin 5 Mei 2014, satu taklimat berkaitan perjalanan Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan oleh Pn Siti Zaleha. Disamping itu juga Jawatankuasa Kecil untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor telah ditubuhkan. Setiap guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mempunyai tugas masing-masing.Latihan untuk kedua-dua acara ini dijalankan pada hari Isnin 5 Mei 2014. Latihan untuk Tilawah Al-Quran telah dibantu oleh Ustaz Rohaizad bin Aziz. Latihan ini berjalan sepanjang hari kerana pada hari Jumaat 2 Mei 2014 murid tidak hadir ke sekolah. Sehubungan dengan itu, masa untuk berlatih amat terhad.

Ain berlatih menulis khat untuk perkataan Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah .

Hazlin sewaktu sesi latihan tilawah Al-Quran

LAPORAN SEMASAMajlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2, Country Houses Rawang, Selangor. Kontijen Hulu Selangor telah diarahkan berkumpul di Plaza Tol Bukit Beruntung dan akan bertolak ke SK Taman Desa 2 pada jam 7.30 pagi. Namun begitu, disebabkan terdapat kelewatan beberapa buah sekolah, sekolah yang pergi menaiki kereta sendiri diarahkan bertolak dahulu. Guru dan murid PPKI SK Kuala Kubu Bharu telah sampai di SK Taman Desa 2 pada pukul 8.30 pagi. Setelah selesai sesi pendaftaran, murid telah dibawa ke kantin SK Taman Desa 2 untuk bersarapan pagi. Sementara menunggu acara bermula, Hazlin telah diarahkan untuk berlatih.

Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi. Pertandingan menulis khat untuk semua kategori telah diadakan di kelas Tahun 5. Peserta diminta untuk menulis 2 jenis khat iaitu khat nasakh (wajid) dan khat thulust, khat diwani atau khat rikaat (pilih salah satu). Pertandingan selangsung selama 1 jam 30 minit.

Bagi acara tilawah Al-Quran, pertandingan telah dijalankan di bilik J-Qaf SK Taman Desa 2. Pemarkahan dinilai dari aspek fasohah, tajwid, tarannum dan banyak lagi. Untuk kategori BL Sekolah Rendah hanya terdapat dua orang peserta sahaja iaitu wakil daerah Hulu Selangor dan wakil daripada daerah Sabak Bernam.

Semua acara telah tamat sekitar jam 12.30 tengah hari. Sementara menunggu ketibaan perasmi, murid telah dibawa ke kantin SK Taman Desa 2 untuk menikmati makan tengah hari. Majlis Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung sekitar jam 1.00 tengah hari.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah. Berikut adalah pencapaian yang telah diraih oleh kontijen Hulu Selangor:-JOHAN1- Bercerita BP (R) LelakiNAIB JOHAN1- Tilawah Al-Quran BL (R) Perempuan2- Hafazan BP (R) Lelaki3- Bercerita BD (R) Perempuan4- Khat BD (R) Lelaki5- Azan BL (M)KETIGA1- Tilawah BP (M) Lelaki

Peserta-peserta yang telah menjadi Johan akan mewakili Negeri Selangor ke Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Pahang. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor bersurai pada jam 2.45 petang.

LAPORAN SELEPAS KekuatanPerjalanan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor berjalan lancar dan terkawal. Pemilihan SK Taman Desa 2 sebagai tempat pertandingan memang sangat sesuai. Hal kerana kedudukan sekolah yang sangat startegik dimana terletak di tengah-tengah negeri Selangor. Sehubungan dengan itu semua kontijen dapat tiba di tempat pertandingan tepat pada masanya. Disamping itu juga penyediaan tempat meletak kereta yang luas dan dekat dengan kawasan sekolah. Dari aspek pengurusan peserta, urusetia yang terlibat membantu semua kontijen membawa peserta ke tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya perjalanan pertandingan lancar dan meriah.

KelemahanTerdapat beberapa kelemahan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kelemahan yang pertama adalah dari aspek pengumunan pemenang. Pengerusi Majlis tidak menyatakan nama murid yang menang. Pengerusi hanya menyebut nama daerah sahaja. Ini menyebabkan ada peserta yang menang tidak naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah.Kelemahan yang kedua adalah sewaktu pengurusan pemegang. Urusetia yang menguruskan pemenang lambat mengumpulkan pemenang dan pengerusi majlis terpaksa memanggil nama daerah berulang kali. Hal ini menyebabkan kelancaran sesi penyampaian hadiah terganggu.

Cadangan PenambahbaikanNama pemenang perlu disebut sebagai tanda menghargai kerja keras pemenang. Disamping itu juga, memastikan kelancaran sesi penyampaian hadiah, satu perjumpaan bersama ketua kontijen perlu dilakukan sebelum majlis penutupan dijalankan. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberitahu ketua kontijen pemenang untuk daerah masing-masing. Setelah itu, ketua kontijen bertanggungjawab untuk mengumpulkan peserta yang menang dan membawa pemenang ke lua dewan. Hal ini lebih mudah kerana sesebuah kontijen jumlahnya kecil dan mereka saling mengenali satu sama lain.

Disediakan oleh:

..(NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT)AJK DOKUMENTASI,MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, PERINGKAT NEGERI SELANGOR.