teks bercerita

6
Assalamualaikum, salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia. Terima kasih pengerusi acara Barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Hadirin yang dihormati sekalian. Pada pagi yang barakah ini, saya akan menyampaikan sebuah kisah bertajuk Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk persaudaraan. Hijrah dari konteks islam bermaksud perpindahan umat islam dari kota makkah ke kota madinah. Pengorbanan itu, Gerun dan mengerikan, Hebat dan dahsyat Menggerunkan hati, Hadirin yang dimuliakan, Ketika di Makkah, Kaum muslimin telah mendapat tentangan yang hebat dari kaum kafir Quraisy. Mereka disiksa dan ada yang dibunuh. Berikutan tekanan yang semakin kuat, Nabi SAW mengarahkan ummat Islam di Makkah untuk berhijrah ke Madinah

Upload: nurnadirafatinabdulaziz

Post on 25-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: teks bercerita

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Kepada anda semua moga bahagia.

Terima kasih pengerusi acara

Barisan hakim yang arif lagi bijaksana.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Pada pagi yang barakah ini, saya akan menyampaikan sebuah kisah bertajuk

Perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.

Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk persaudaraan.

Hijrah dari konteks islam bermaksud perpindahan umat islam dari kota

makkah ke kota madinah.

Pengorbanan itu,

Gerun dan mengerikan,

Hebat dan dahsyat

Menggerunkan hati,

Hadirin yang dimuliakan,

Ketika di Makkah, Kaum muslimin telah mendapat tentangan yang

hebat dari kaum kafir Quraisy. Mereka disiksa dan ada yang dibunuh.

Berikutan tekanan yang semakin kuat, Nabi SAW mengarahkan ummat Islam

di Makkah untuk berhijrah ke Madinah setelah turunnya ayat perintah Allah

dalam Surah An-Nisaa ayat 100.

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan

menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat

Page 2: teks bercerita

berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari

rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia

mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di

sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”

Lalu, berhijrahlah ummat Islam di Makkah dan meninggalkan keluarga

dan harta benda. Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad, kita perlulah

berkorban jiwa, keluarga dan harta benda demi menegakkan agama Islam di

muka bumi.

Hadirin yang dikasihi.

Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja.

Tetapi segala-galanya telah dirancang Allah. Sebab itulah perjalanan baginda

bersama saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun

menghadapi pelbagai rintangan.

Kekejaman Quraisy tidak terperi

Lalu merancang membunuh Nabi

Turunlah wahyu dari Ilahi

Keluar berhijrah ke Madinatun Nabi

Pada malam sebelum baginda bertolak, baginda tahu orang kafir

quraisy telah mengepung rumah baginda. Rasulullah telah memerintahkan

Saidina Ali tidur di tempat baginda. Waktu itu, Allah telah menghalang

pandangan musyrikin yang mengepung baginda.

ALLAH berfirman dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 54,

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik

Perancang”

Page 3: teks bercerita

Begitu jugalah kita pada hari ini. Kita membuat perancangan seteliti

mana pun, kalau tidak diizinkan Allah, tetap tidak dapat dilaksanakan.

Sebagai umat Islam, kita perlu memegang prinsip, manusia hanya

merancang tetapi Allah yang menentukan.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar

bersembunyi selama 3 hari di Gua Thur. Di situ, Abu Bakar telah berjaga

sementara menunggu Rasulullah tidur. Bukti kasih dan sayangnya Abu Bakar

terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w adalah apabila beliau

sanggup membiarkan dirinya dipatuk ular sehingga menitiskan air mata.

Baginda bertanya “Apakah yang menyebabkan engkau menangis ya

Abu Bakar?” Abu Bakar menjawab “Wahai Rasulullah, ular telah menggigit

kakiku.”

Berkorban apa saja,

Harta ataupun nyawa,

Itulah kasih mesra,

Abadi dan mulia.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar sangat berani. Sungguhpun

kaum Quraisy menghalang mereka untuk berhijrah dengan pelbagai cara,

mereka tetap yakin. Seperti kata pepatah Melayu, berani kerana benar takut

kerana salah. Lihatlah keberanian rakyat Palestin yang berjuang

mempertahankan tanah air walaupun tidak mempunyai senjata yang

canggih.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Page 4: teks bercerita

Hijrah nabi ke Madinah turut dibantu oleh anakanda Saidina Abu Bakar.

Asma’ binti Abu Bakar telah ditugaskan untuk membawa bekal makanan.

Asma’ seorang yang berani,

Hantar makanan seorang diri,

Pergi dengan cara sembunyi,

Digelar Zatun Nitaqaini

Asma’ digelar Zatun Nitaqaini kerana pada hari pertama menghantar

makanan, dia terlupa membawa tali bagi mengikat bekas makanan. Asma’

mengoyakkan tali pinggangnya menjadi dua, satu sebagai tali sangkut dan

satu lagi bagi mengikat pinggangnya. Itulah sebabnya dia dikenali dengan

panggilan ‘Zatun Nitaqaini’ yang bererti yang mempunya 2 tali pinggang.  

Di sini, kita boleh lihat pengorbanan seorang anak yang sanggup

membantu hijrah Rasulullah bersama ayahnya. Oleh itu, kita sebagai umat

Islam perlu mempunyai perasaan kasih kepada ibu bapa dan sanggup

berkorban untuk mereka.

Hadirin yang dimuliakan.

Akhirnya Nabi Muhammad dan Abu Bakar serta pembantunya selamat

sampai di Kota Madinah. Segalanya berlaku hasil strategi dan perancangan

yang teliti oleh Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah dalam surah Muhammad

ayat 7: mafhumnya,

“Wahai orang‐orang yang beriman, kalau kamu membela (agama)

Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan)

dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

Kejayaan pemerintah Islam adalah jaminan kejayaan dan bukti bahawa Allah

sentiasa bersama dengan pihak yang membela Islam.

Lagu selawat ya badratim

Page 5: teks bercerita

Lalu, apa yang harus kita lakukan sebagai umat Islam, dengan adanya

hentakan sejarah ini ?

Rasulullah s.a.w, tidak semata kejadian biasa, melainkan menjadi sebuah

manhaj, yang harus selalu direnung dan diamalkan ibrahnya. Pengorbanan

umat Islam terdahulu dalam menyelamatkan Aqidah wajar dijadikan iktibar.

Ingatlah kawan‐kawan, yang baik jadikan teladan bersama.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.