teknologi dalam sukan

1
Technology in Sports Mahu tidak mahu pengiat sukan tidak akan terlepas dari menggunakan bantuan teknologi walaupun ada kritikan yang mengatakan teknologi boleh memperlahankan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung. Sebaliknya ramai pihak pula akan berpuas hati dengan penggunaannya kerana ia dapat memberikan keputusan yang lebih tepat dan adil bagi kes-kes yang meragukan seperti siapa menang dalam larian 100 meter, adakah bola sudah melepasi tiang atau palang gol atau pun bola tenis itu keluar atau tidak. Kebanyakan sukan profesional di luar negara khususnya Amerika Syarikat sudah menggunakan bantuan teknologi seperti instant replay dan lain-lain bantuan hi-tech untuk membantu pengadil membuat keputusan yang lebih tepat dan adil. Berdasarkan pertikaian-pertikian gol yang selalu berlaku dalam perlawanan bolasepak, maka dibangunkan teknologi garisan gol untuk membolehkan bola itu sendiri membuat keputusan dengan mencipta "smartball" di mana ia dimasukkan cip komputer untuk membolehkan komputer membaca kedudukan bola sebenarnya. Teknologi ini di bina oleh sebuah Syarikat German, Cairos Technologies dan The Fraunhofer Institute for Integrated Circuits. Ia dibantu oleh pengeluar barangan sukan Adidas. Teknologi ini akan menggunakan bantuan jaringan penerima gelombang isyarat di sekeliling padang untuk mengesan kedudukan sebenar bola dalam masa sebenar, termasuklah sama ada bola sudah melepasi garisan gol. Signal akan dipancarkan serta merta kepada alat penerima yang dipakai oleh pengadil.

Upload: harrybolah

Post on 11-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sukan dan teknologi

TRANSCRIPT

Technology in SportsMahu tidak mahu pengiat sukan tidak akan terlepas dari menggunakan bantuan teknologi walaupun ada kritikan yang mengatakan teknologi boleh memperlahankan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung. Sebaliknya ramai pihak pula akan berpuas hati dengan penggunaannya kerana ia dapat memberikan keputusan yang lebih tepat dan adil bagi kes-kes yang meragukan seperti siapa menang dalam larian 100 meter, adakah bola sudah melepasi tiang atau palang gol atau pun bola tenis itu keluar atau tidak.Kebanyakan sukan profesional di luar negara khususnya Amerika Syarikat sudah menggunakan bantuan teknologi seperti instant replay dan lain-lain bantuan hi-tech untuk membantu pengadil membuat keputusan yang lebih tepat dan adil.Berdasarkan pertikaian-pertikian gol yang selalu berlaku dalam perlawanan bolasepak, maka dibangunkan teknologi garisan gol untuk membolehkan bola itu sendiri membuat keputusan dengan mencipta "smartball" di mana ia dimasukkan cip komputer untuk membolehkan komputer membaca kedudukan bola sebenarnya. Teknologi ini di bina oleh sebuah Syarikat German, Cairos Technologies dan The Fraunhofer Institute for Integrated Circuits. Ia dibantu oleh pengeluar barangan sukan Adidas. Teknologi ini akan menggunakan bantuan jaringan penerima gelombang isyarat di sekeliling padang untuk mengesan kedudukan sebenar bola dalam masa sebenar, termasuklah sama ada bola sudah melepasi garisan gol. Signal akan dipancarkan serta merta kepada alat penerima yang dipakai oleh pengadil.