teknik pembuatan keris

7
Teknik Penghasilan dan Pembuatan Keris Proses penghasilan terdahulu Keris memerlukan hasil pertukangan yang tinggi untuk dihasilkan. Hasil kraftangan yang ditonjolkan bukan sahaja memaparkan ketinggian seni dan nilai malah turut mencerminkan warisan kebudayaan melayu yang sejati. Menurut petua orang terdahulu, untuk menghasilkan sebatang keris seorang tukang pandai besi perlu melihat dan mentafsir beberapa perkara sebelum menghasilkan keris yang ditempah oleh seseorang. Antara perkara yang dilihat adalah seperti hari lahir, tarikh lahir dan nama ibu bakal pemilik keris tersebut. Mata keris kemudiannya akan mula dibuat pada hari selasa selama tujuh hari. Mata keris ini juga perlu menepati empat unsur alam yang utama seperti air, angin, api dan tanah. Angin dikatakan merupakan salah satu unsur yang akan meniup api yang digunakan untuk membakar besi manakala unsur air digunakan sebagai elemen untuk merendam besi yang dipanaskan oleh unsur api agar besi yang digunakan lebih sebati. Unsur tanah pula merupakan asal besi yang digunakan sebagai mata keris itu diambil. Setelah selesai proses penempaan, tukang besi akan meneruskan proses penyempuhanan besi. Ini adalah bagi menghasilkan mata besi yang empuh, keras dan lebih mantap. Besi yang telah dipanaskan dalam dapur api, kemudiannya akan dimasukkan kedalam air dengan kadar yang segera bagi mempercepatkan percantuman molekul besi yang dicairkan agar ia menjadi lebih keras dan kuat. Setelah siap bentuknya keris akan direndam kedalam air belerang yang mengandungi garam dan limau nipis selama beberapa hari dalam kiraan ganjil. Seorang pandai besi juga dikatakan perlu mematuhi beberapa pantang larang semasa menghasilkan keris. Antara pantang larang yang perlu dijaga adalah seperti tidak bercakap perkara yang sembarangan semasa membuat keris. Wanita juga tidak dibenarkan memasuki tempat keris dibuat dan seorang pandai besi harus mengetahui seni penghasilan dan berpuasa sebelum memulakan proses penghasilan sebilah keris. Terdapat juga andaian yang mengatakan seorang pandai besi perlu meneroka dan mencari bahan utama di kawasan pergunungan dan berbukit bagi menambahkan hikmat keris yang dihasilkan. Keris pada zaman dahulu biasanya akan diulik dan dijampi besi yang digunakan bertujuan untuk memasukkan amalan supaya besi lebih bermaya dan berhikmat. Setelah

Upload: bakhtiar-mat-hussin

Post on 25-Jun-2015

1.458 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Pembuatan Keris

Teknik Penghasilan dan Pembuatan Keris

Proses penghasilan terdahulu

Keris memerlukan hasil pertukangan yang tinggi untuk dihasilkan. Hasil kraftangan yang

ditonjolkan bukan sahaja memaparkan ketinggian seni dan nilai malah turut mencerminkan

warisan kebudayaan melayu yang sejati. Menurut petua orang terdahulu, untuk menghasilkan

sebatang keris seorang tukang pandai besi perlu melihat dan mentafsir beberapa perkara

sebelum menghasilkan keris yang ditempah oleh seseorang. Antara perkara yang dilihat

adalah seperti hari lahir, tarikh lahir dan nama ibu bakal pemilik keris tersebut. Mata keris

kemudiannya akan mula dibuat pada hari selasa selama tujuh hari.

Mata keris ini juga perlu menepati empat unsur alam yang utama seperti air, angin, api dan

tanah. Angin dikatakan merupakan salah satu unsur yang akan meniup api yang digunakan

untuk membakar besi manakala unsur air digunakan sebagai elemen untuk merendam besi

yang dipanaskan oleh unsur api agar besi yang digunakan lebih sebati. Unsur tanah pula

merupakan asal besi yang digunakan sebagai mata keris itu diambil. Setelah selesai proses

penempaan, tukang besi akan meneruskan proses penyempuhanan besi. Ini adalah bagi

menghasilkan mata besi yang empuh, keras dan lebih mantap. Besi yang telah dipanaskan

dalam dapur api, kemudiannya akan dimasukkan kedalam air dengan kadar yang segera bagi

mempercepatkan percantuman molekul besi yang dicairkan agar ia menjadi lebih keras dan

kuat. Setelah siap bentuknya keris akan direndam kedalam air belerang yang mengandungi

garam dan limau nipis selama beberapa hari dalam kiraan ganjil.

Seorang pandai besi juga dikatakan perlu mematuhi beberapa pantang larang semasa

menghasilkan keris. Antara pantang larang yang perlu dijaga adalah seperti tidak bercakap

perkara yang sembarangan semasa membuat keris. Wanita juga tidak dibenarkan memasuki

tempat keris dibuat dan seorang pandai besi harus mengetahui seni penghasilan dan berpuasa

sebelum memulakan proses penghasilan sebilah keris. Terdapat juga andaian yang

mengatakan seorang pandai besi perlu meneroka dan mencari bahan utama di kawasan

pergunungan dan berbukit bagi menambahkan hikmat keris yang dihasilkan. Keris pada

zaman dahulu biasanya akan diulik dan dijampi besi yang digunakan bertujuan untuk

memasukkan amalan supaya besi lebih bermaya dan berhikmat. Setelah proses ulikan

dilakukan, keris kemudiannya akan dibuat pada keesokan harinya. Namun sekiranya terdapat

halangan seperti tersepak atau tersadung, seorang pandai besi akan menangguhkan proses

pembuatan keris dan meneruskan pada hari yang sesuai.

Page 2: Teknik Pembuatan Keris

Untuk menghasilkan sebilah keris, logam yang digunakan adalah dari campuran emas, perak,

gangsa dan suasa yang digunakan sebagai penambah bisa. Setiap bilah keris mengandungi

besi campuan yang dipanggil ‘pamor’ kerana setiap besi yang dicampurkan mengandungi

unsur kekuatan tertentu. Setiap bilah keris yang mempunyai pamor akan mendatangkan tuah

kepada pemiliknya kerana ia mengandungi rahsia tertentu. Antara rahsia yang terkandung

dalam setiap besi adalah :

- Besi Waja : Mempunyai rahsia keras lagi tajam.

- Besi Putih berwarna perak : Mempunyai rahsia kemudahan rezeki.

- Besi Tarung : Mempuyai rahsia berbisa lagi tajam.

- Besi Kelipan Miang : Mempunyai rahsia kedamaian.

- Besi Kuning Keemasaan : Mempunyai rahsia kekebalan, kemudahan rezeki dan

dihormati.

Bagi generasi kini, walaupun amalan dan pantang larang sudah tidak diamalakan namun

warisan terdahulu harus dikaji dan dijadikan satu panduan dalam amalan masyarakat kini.

Orang terdahulu mementingkan adat dan peraturan didalam setiap perkara yang dilakukan

termasuk semasa menghasilkan keris. Sebagai contoh, pandai besi akan memakai pakaian

serba kuning ketika menempa keris Diraja. Mereka akan memakai pakaian hitam dan

berbengkung merah ketika menempa keris hulu balang dan pahlawan manakala memakai

pakaian biasa ketika menempa keris orang kebanyakan. Ini menunjukkan, orang terdahulu

mementingkan adat dan peraturan bagi setiap perkara yang dilakukan. Ini juga bertujuan bagi

menjaga maruah dan taraf orang yang menempahnya.

Walaupun orang terdahulu tidak mempunyai teknologi dan ilmu yang mendalam, namun

kaedah dan petua yang diamalkan dengan penuh yakin menjadikan mereka masyarakat yang

teguh dan berani terutama dalam sifat terhadap penghasilan hasil pertukangan seperti keris.

Justeru itu tidak hairanlah kehebatan masyarakat melayu dapat diserlahkan melalui seni

pembuatan keris sebagai alat untuk mempertahankan diri. Orang melayu telah mula menempa

dan menggunakan keris sejak lima ratus tahun dahulu. Masyarakat kini harus meneliti dan

menilai proses penghasilan sebilah keris orang terdahulu dan mengambil inisiatif terhadap

usaha yang dilakukan sehingga menjadikan keris satu hasil kraf pertukangan yang diiktiraf

dunia.

Page 3: Teknik Pembuatan Keris

Proses penghasilan kini

Bahan Utama

- Nikel

- Logam besi

- Baja

Nikel digunakan sebagai bahan asas pamor. Warnanya yang putih kebiru-biruan mempunyai

sifat yang keras dan mudah kusam. Biasanya nikel dijual dalam bentuk batang dawai. Untuk

menghasilkan sebilah keris biasanya 1 ons nikel diperlukan.

Logam besi yang digunakan untuk membuat keris biasanya terdiri daripada jenis besi putih.

Logam besi jenis sebegini mengandungi kadar karbon yang rendah. Logam besi ini

kemudiannya harus dibersihkan daripada bahan campuran yang lain. Cara untuk

membersihkan logam besi ini dinamakan sebagai ‘membesut’. Pada kebiasaanya, untuk

menghasilkan sebilah keris sebanyak 15 kg logam besi diperlukan. Ini adalah kerana setelah

dijalankan proses membesut logam besi yang tinggal adalah sekitar 8 kg sahaja.

Bahan ketiga yang digunakan adalah baja. Baja digunakan sebagai bahan untuk menguatkan

dan mengukuhkan sebilah keris yang dihasilkan. Baja yang baik adalah baja yang

mengandungi sifat ulet dan untuk menghasilkan sebilah keris pula, sebanyak 1 kg baja

diperlukan.

Page 4: Teknik Pembuatan Keris

Langkah-langkah yang digunakan

1) Besi dibakar sampai membara dan proses membesut dilakukan.

2) Penempaan dilakukan semasa sewaktu besi masih membara. Proses ini diulangi

berulang kali sehingga besi menjadi bersih daripada bahan lain yang terdapat padanya.

3) Kemudian besi yang telah melalui proses membesut akan dipotong menjadi dua

bahagian yang sama panjang.

4) Nikel kemudiannya ditempa tipis setebal kira-kira 1 mm dan kemudiannya diletakkan

di tengah-tengah besi yang telah dipotong tadi. Seterusnya Nikel diikat dengan dawai.

5) Campuran dua bahan diatas kemudiannya dibakar dan ditempa sehingga melekat

sebati menjadi satu. Besi yang dicantumkan ini dinamakan sebagai ‘pamor’. Proses

ini diulangi sehingga terbentuknya pamor yang terdiri daripada 32 lapisan. Kemudian

pamor ini akan dipotong menjadi dua bahagian tertentu.

6) Proses berikutnya adalah dengan menepa baja seberat 1 kg sehingga menjadi senipis 5

mm dan dilekatkan di tengah pamor yang telah dipotong. Keris kemudiannya akan

dibentuk menjadi keris berlok atau keris lurus.

7) Proses penghalusan dilakukan dari bekas penempaan dengan mengunakan kaedah

kikiran.

8) Langkah terakhir adalah melalui proses menyepuh. Keris akan dibakar sampai

membara dan direndam dalam air selama 24 jam.

Bilah keris yang baru dihasilkan akan dirawat dan perlu melalui proses cucian untuk

menghilangkan kesan kotoran yang terdapat pada bilah mata keris. Bisanya mata yang

dihasilkan akan diukir dengan menulis nama tertentu pada bilah mata keris. Untuk

menimbulkan ayat, gam akan digunakan untuk menulis atas mata keris.

Page 5: Teknik Pembuatan Keris

Alat yang digunakan

Alat Kegunaan

1) Musang Merupakan alat yang paling penting dalam pertukangan besi.

Musang diperbuat daripada kayu dan mempunyai bentuk seperti

tong yang panjang. Bentuk sebegini berfungsi untuk mengepam dan

menghembuskan angin yang terperangkap dan masuk kedalam

saluran dapur. Musang sangat penting untuk mengawal bekalan

angin yang digunakan semasa menempa besi. Di Perak ia dikenali

sebagai ‘kelubung’ manakala di Kelantan ia dikenali sebagai

Hembusan.

2) Andas Andas merupakan sekeping besi tebal yang berbentuk jongkong

timah. Ia digunakan sebagai landasan dan dilekatkan pada seketul

kayu yang tinggi. Andas berfungsi sebagai landasan tempat untuk

mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.

3) Lepa Lepa adalah sejenis alat yang digunakan untuk memotong besi.

Bentuk mata Lepa adalah kelihatan seperti pahat dimana ia

digunakan untuk mengetuk besi yang panas. Tukul digunakan untuk

mengetuk mata Lepa yang diikat pada buluh yang diikat kemas.

4) Tukul Tukul digunakan untuk menempa alat-alat besi yang mempunyai

mata nipis. Tukul puting yang berbentuk segiempat pula digunakan

untuk memasukkan puting keris / parang ke dalam hulunya.

5) Kikir Kikir berfungsi sebagai alat untuk melicin dan menghaluskan mata

senjata yang telah dibentuk. Kikir boleh didapati dalam pelbagai

bentuk dan saiz.

6) Penyepit Penyepit digunakan untuk memegang besi yang panas ketika kerja

menempa dilakukan.

7) Penyepuh Penyepuh merupakan tong kayu yang berukuran 91.44.cm panjang

dan tinggi seta lebar sebanyak 30.48 cm. Ia digunakan sebagai alat

untuk merendam dan menyepuh besi yang telah dibentuk, dikikir

dan ditempa. Ini adalah bagi menjadikan besi lebih sejuk, kukuh

dan tahan lama.

8) Penangi Kegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi

Page 6: Teknik Pembuatan Keris

bulat dan sesuai untuk dijadikan hulu keris.

9) Jara Sila Jara sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu atau

pemegang keris

10

)

Temin Temin digunakan sebagai alat pengukuh alatan besi di pangkal

hulu. Temin biasanya diperolehi daripada pembelit tong kayu.

11

)

Arang Arang digunakan sebagai bahan api untuk membakar.

1) Musang 2) Andas 3) Lepa

4) Tukul 5) Kikir 6) Penyepit

7) Penyepuh 8) Penangi 9) Jara Sila

10) Temin 11) Arang