teknik kolaj

25
TEKNIK KOLAJ NURUL SHAHKINA NOR AZLIN AMIRAH HANIS MOHD RAFIQI

Upload: nurul-shahkina

Post on 01-Jul-2015

909 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK KOLAJ

TEKNIK KOLAJNURUL SHAHKINA

NOR AZLINAMIRAH HANIS

MOHD RAFIQI

Page 2: TEKNIK KOLAJ

Kolaj bermakna tampal dan gam.

Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpulkan dan menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu

Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus.

Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi ,kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.

PENGENALAN

Page 3: TEKNIK KOLAJ

Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain.

Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik.

Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian

Page 4: TEKNIK KOLAJ

Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas.

Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan.

Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlahsesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj.

Teknik Membuat Kolaj

Page 5: TEKNIK KOLAJ

Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati kerana sebarang kepingan boleh digunakan. Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut menjadi lebih menarik.

Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebihseimbang.

Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian – bahagiantertentu.

Page 6: TEKNIK KOLAJ

Dari sudut pandangan kreativiti,pandangan Lowenfeld ( 1975) di mana beliau percaya bahawa setiap kanak – kanak dilahirkan kreatif.

Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak – kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang baru.

Page 7: TEKNIK KOLAJ

Pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memetik bahawa sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik

Page 8: TEKNIK KOLAJ

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dankemahiran menggunakan bahan.

Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka.

Page 9: TEKNIK KOLAJ

Apabila sesuatu tema telah pun ditetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka

seterusnya melakukan pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian.

Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan kemahiran mereka menggunakan bahan serta teknik yang betul.

Page 10: TEKNIK KOLAJ

Ini merujuk kepada bagaimana pelajarmenggunakan bahan seperti gam, gunting, kertas warna atau kain perca manakala teknik pula ialah seperti teknik guntingan halus, titikan pensel ataupunjahitan.

Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh – tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pandangan mereka, gurudapat melihat aspek – aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan.

Page 11: TEKNIK KOLAJ

Kolaj termasuk di dalamkumpulan seni halus. Tujuan penghasilan kolaj kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea mereka.

Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa danbahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik.

Kolaj melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka.

Page 12: TEKNIK KOLAJ

Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masing – masing.

Pemilihan warna , teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan kolaj yang menarik

tujuan dan fungsi kolaj adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi tampalan warna mengikut kebebasan mereka.

Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan kolaj mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Page 13: TEKNIK KOLAJ

Melalui kolaj, pelajar belajar mengenai konsep

pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

penghasilan kolaj juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan mereka bersosial sesama mereka.

Malah melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka. Semangat hormat menghormati dan sikap toleransi juga dapat dipupuk kepada pelajar.

Page 14: TEKNIK KOLAJ

Kesimpulannya, penghasilan kolaj dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui tampalan dan jahitan.

Selain itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan psikomotor halus pelajar di dapat proses menggunting, menjahit dan menampal. Pembentukan sikap dan penerapan nilai murni dapat dilakukan melalui proses penghasilan kolah didalam kelas.

Page 15: TEKNIK KOLAJ

Huraian unsur dan prinsip seni

Page 16: TEKNIK KOLAJ

Garisan

Garisan yang dibentuk melalui kolaj di atas dapat dilihat pelbagai jenis garisan. Ada yang wujud seperti papan di dinding rumah, susunan pada atap dan pintu.

Garisan juga digunakan di awal untuk membentuk lakaran rumah

Page 17: TEKNIK KOLAJ

Rupa

Unsur rupa yang digunakan ialah berbentuk geometri iaitu

mempunyai sudut dan berpenjuru. Berbentuk 2 –D.

Bentuk

Kolaj ini tergolong di dalam bentuk ilusi. Bersifat rata dan dihasilkan melalui lakaran

dan tampalan atau jahitan.

Page 18: TEKNIK KOLAJ

Jalinan

Ia terdiri daripada jalinan sentuh. Jalinannya berbagai – bagai agar pelajar dapat belajar menggunakan pelbagai tenik menampal kolaj.

Ruang

Ruang adalah jarak antara dua objek atau rupa. Kolaj ini adalah ruang ilusi iaitu rupa 2-D.

Warna

Warna yang digunakan ialah warna asas iaitu merah, biru, hijau

Warna tertier iaitu jingga. Penggunaaan warna yang kontra agar perbezaan bahagian –

bahagian rumah tersebut lebih jelas

Page 19: TEKNIK KOLAJ

Harmoni

Ulangan pada garisan atau tampalah membentuk seolah – olah

papan pada rumah tersebut. Gambar yang teratur. Campuran pelbagai jenis warna

Huraian Prinsip – prinsip rekaan

Page 20: TEKNIK KOLAJ

Kontra

Warna yang digunakan kontra dan bertentangan agar penegasan

dan perbandingan dapat dilihat. Corak susunan atau jalinan tampalan juga berbeza untuk

memberi penjelasan dan teknik yang berbeza – beza.

Penegasan

Penegasan warna pada bahagian dinding rumah dan bumbungrumah untuk memperlihatkan pebezaan dan persempadanankawasan.

Page 21: TEKNIK KOLAJ

Kepelbagaian

Kepelbagaian dapat dilihat pada teknik menampal yang terdapatpada kolaj tersebut. Susunan tampalan berbeza-beza untuk mewujudkan kepelbagaian teknik.

Teknik menggunakan pensel juga bertujuan memberi idea kepada pelajar untuk membuat rujukan.

Kesimpulannya, setiap objek atau hasil karya semestinya mempunyai unsur – unsur senireka di dalamnya. Unsur senireka yang mempunyai enam elemen asas adalah wajid terdapat pada sesuatu karya yang dihasilkan.

Namun kita perlu tahu bahawa tidak semua prinsip – prinsip rekaan terdapat di dalam sesuatu karya yang dihasilkan. Terdapat tujuh prinsip rekaan namun tidak semestinya terdapat ketujuh – tujuh prinsip tersebut di dalam sesuatu hasilkarya.

Page 22: TEKNIK KOLAJ

Pablo picaso pengasas kolaj

Page 23: TEKNIK KOLAJ

TOKOH MALAYSIA Nirmala Shanmughalingam Lahir pada tahun 1941 di Pulau Pinang Pernah menerima pendidikan seni formal di

Washington, Boston, dan England Karya beliau memaparkan isu-isu semasa

minat dalam tema peringkat global dan rantau

Page 24: TEKNIK KOLAJ
Page 25: TEKNIK KOLAJ

TAHUN- 1981 KOLEKSI- Balai Seni Negara MEDIA- Campuran TEMA- Catan kritik sosial GAYA- Menggunakan kolaj dan sutera saring,

warna hitam putih, sedikit warna kuning dan biru untuk memberi kesan tragik, penderitaan serta perasaan suram, bimbang dan gelisah

NILAI- Komen masyarakat yang amat berkesan