teknik

10
TEKNIK Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) ( 2000 : 1397 ) teknik merupakan kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang- mengarang dan sebagainya. Hal ini menunjukkan Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, 1998:77 ),satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Bagi pendapat saya,teknik boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksaan kaedah pengajaran dalam sesuatu proses P&P. Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, ibid ),’ A technique is implementational – that which actually takes place in a clasroom.It is a particular trick,stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective’.Kenyataan di atas menyatakan bahawa merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai satu objektif.Bagi pendapat saya,teknik yang digunakan perlu selaras dengan kaedah yang digunakan dengan pendekatan yang dipilih. Bagi Noriati A.Rashid ( 2009 : 102 ) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar,teknik pengajaran merujuk kepada suatu kemahiran guru menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum dalam waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Terdapat pelbagai jenis teknik mengikut Kamarudin Hj. Husin ( 1999 : 124 ) dalam bukunya Pengajaran Lisan Kemahiran Mendengar dan bertutur.Antara teknik yang terdapat dalam pengajaran bahasa ialah teknik main peranan,teknik permainan bahasa,teknik latih tubi,teknik bercerita,teknik inkuiri,teknik perbahasan,teknik kuiz,teknik

Upload: ahmad-mukhlis

Post on 20-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik

TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) ( 2000 : 1397 ) teknik merupakan kaedah

mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Hal ini

menunjukkan

Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, 1998:77 ),satu

muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil

segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Bagi

pendapat saya,teknik boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan

pelaksaan kaedah pengajaran dalam sesuatu proses P&P.

Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, ibid ),’ A technique is

implementational – that which actually takes place in a clasroom.It is a particular

trick,stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective’.Kenyataan di

atas menyatakan bahawa merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai satu

objektif.Bagi pendapat saya,teknik yang digunakan perlu selaras dengan kaedah yang

digunakan dengan pendekatan yang dipilih.

Bagi Noriati A.Rashid ( 2009 : 102 ) dalam bukunya Murid dan Alam

Belajar,teknik pengajaran merujuk kepada suatu kemahiran guru menjalankan langkah-

langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum dalam

waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran.

Terdapat pelbagai jenis teknik mengikut Kamarudin Hj. Husin ( 1999 : 124 )

dalam bukunya Pengajaran Lisan Kemahiran Mendengar dan bertutur.Antara teknik

yang terdapat dalam pengajaran bahasa ialah teknik main peranan,teknik permainan

bahasa,teknik latih tubi,teknik bercerita,teknik inkuiri,teknik perbahasan,teknik

kuiz,teknik sumbangsaran,teknik soal jawab,teknik simulasi,teknik drama dan teknik

perbincangan.Pada pendapat saya,teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam

kelas.Teknik juga merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya

dapat memcercepatkan proses pembelajaran murid.

Page 2: Teknik

Teknik Simulasi

Menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (1994: 163) dalam bukunya Strategi

Pendidikan Bahasa Melayu,simulasi adalah satu situasi yang diwujudkan menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

peranan masing-masing bagi membuat keputusan,menyelesaikan masalah,isu atau

tugasan tertentu dalam keadaan yang terkawal dan selamat. Tegasnya, dalam Teknik

Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara

melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan

yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian

sesuatu masalah yang ditimbulkan.

Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di

dalam bilik darjah, iaitu Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini

mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang

menggambarkan sesuatu situasi yang berkonflik dan mempunyai perwatakan yang

menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini

merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan

terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk

berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka

memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip

drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis

watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.

Manakala menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (ibid) ,main Peranan ialah satu

situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya

sendiri atau individu lain,dan kemundian bertindak atau beraksi sebagaimana yang

dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan.Bagi pendapat saya,simulasi adalah

lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip

mengikut tempoh masa yang tertentu.

Page 3: Teknik

Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka

dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada

lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan

melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari

jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut.

Menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (ibid : 166),teknik Simulasi mempunyai

enam tujuan iaitu membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih

berfungsi,membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan,membolehkan pelajar

memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi,membolehkan pelajar

berbincang dan mengeluarkan pemikiran yang kreatif dan kritis dan membolehkan

pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi Noriati A.Rashid ( 2009 : 135 ) dalam bukunya Murid dan Alam

Belajar,Teknik Simulasi dalam bilik darjah dengan berkesan, guru seharusnya

mengetahui, memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang telah disediakan iaitu,guru

hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis

atau lisan di dalam kelas,sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas

tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi Simulasi hendaklah

diberikan,pilih murid-murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini akan

menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar,bagi Sosiodrama, skrip

lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk

berlakon terlebih dahulu,jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng, baju dan

sebagainya,semasa sesi Simulasi, pastikan murid-murid yang lain yang menjadi

penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu,selepas sesi

Simulasi, guru hendaklah meminta murid-murid memberi pandangan tentang cara

penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan dan suatu rumusan

harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

Bagi Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib ( 1995 : 45 ) dalam bukunya

pengajaran dalam Bilik Darjah,Kaedah dan Strategi,kelebihan Teknik Simulasi adalah

memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan

Page 4: Teknik

dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.Selain itu,dapat mempertingkatkan

kemahiran pertuturan murid dan melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang

betul.Teknik ini juga dapat membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan,

seronok dan menarik serta memberi kesempatan kepada murid-murid untuk

menghayati nilai-nilai moral yang positif.Kelemahan Teknik Simulasi pula adalah timbul

perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon.

Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang

rapi.Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman

berbanding dengan penonton.Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan

bukanlah perkara yang mudah.

Teknik Sumbangsaran

Menurut Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman (1996 : 203) dalam bukunya

Strategi Pendidikan Bahasa Melayu,sumbangsaran merupakan satu teknik

perbincangan yang kreatif untuk mendapat beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam

masa yang singkat atau terkawal.Selain itu,sumbangsaran juga dikenali sebagai

pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia

membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk

berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang

dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan

dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-

murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara

yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain

sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih

tinggi. Contohnya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu seperti membuat karangan dan

sebagainya.

Page 5: Teknik

Menurut Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman (ibid) dalam bukunya Strategi

Pendidikan Bahasa Melayu,teknik Sumbangsaran mempunyai empat tujuan iaitu

melatih murid-murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara

yang logik dan analitis,memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat di

antara satu sama lain,melatih murid-murid supaya menguasai kemahiran lisan dengan

baik dan melatih murid-murid supaya dapat menyelesaikan masalah bersama-sama.

Untuk menjalankan sesi Sumbangsaran dengan berkesan, guru harus mematuhi dan

memahami beberapa prinsip iaitu topik perbincangan haruslah sesuai dengan

kebolehan dan minat murid,garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang

diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas,setiap kumpulan harus memilih

pengerusi yang boleh menggalakkan ahli-ahlinya mengemukakan cadangan dan idea

yang berkaitan dengan topik perbincangan,semua cadangan dan idea yang

dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan,cadangan dan idea yang

dikemukakan, walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh

dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir,setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk

mengemukakan cadangan,ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What?

Why? Who? Where? When?) dan pastikan peruntukkan masa untuk sesi

Sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Bagi Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib ( 1995 : 60 ) dalam bukunya

pengajaran dalam Bilik Darjah,Kaedah dan Strategi Kelebihan menggunakan Teknik

Sumbangsaran adalah setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk

mencadangkan pendapatnya,idea-idea penyelesaian dihasilkan oleh murid-murid itu

sendiri,strategi pembelajaran berpusatkan murid,sesi Sumbangsaran dapat melatih

murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan

rasional,penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan,murid-

murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain,interaksi di antara

murid-murid dapat dipertingkatkan dan dapat memupuk semangat kerjasama di

kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 6: Teknik

Kelemahan menggunakan Teknik Sumbangsaran adalah cara menyelesaikan masalah

melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak,murid-murid sekolah rendah

tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan

pengalaman serta aras kognitifnya rendah,banyak masa akan terbuang jika murid-murid

lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi

sumbangan,terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan

kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir dan pendapat

dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil

hati murid yang berkenaan.

Teknik Bercerita

Menurut Faziah Sulaiman (1996 : 210) dalam bukunya Strategi Pendidikan

Bahasa Melayu Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar

sesuatu kepada murid. Teknik ini bukanlah perkara baru, malahan cara ini pernah

digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada

anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka.

Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan

pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini

selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi

mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran

sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting.

Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi

kabur.

Teknik Bercerita mempunyai lapan tujuan iaitu memotivasikan serta

menimbulkan minat murid untuk belajar,melatih murid untuk menguasai

kemahiran,memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita,mewujudkan suasana

pembelajaran yang seronok dan gembira,melatih murid menyusun idea secara teratur

sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya,melibatkan murid

secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan,memperkaya pengalaman

Page 7: Teknik

murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka dan menambahkan bahan-

bahan untuk murid menulis karangan.

Teknik Perbincangan

Menurut Abdul Aziz Sultan (1996 : 187) dalam bukunya Strategi Pendidikan

Bahasa Melayu Teknik Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk

perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan

guru. Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk

menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu topik sambil guru memandu serta

mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat

menyeluruh.

Melalui teknik perbincangan ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan

diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas,

mengutamakan pendapat-pendapat, di samping bekerjasama dengan murid-murid yang

lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan

cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan.

Dalam menjalankan teknik perbincangan, guru haruslah bijak untuk menyusun tempat

duduk murid-murid sebelum memulakan sesi perbincangan. Ini kerana, penyusunan

tempat duduk kedua-dua jenis perbincangan di atas adalah berbeza.

Bagi Abdul Aziz Sultan (1996 : 190 ) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa

Melayu Terdapat dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan kelas

(biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru) dan perbincangan kumpulan-kumpulan

kecil (biasanya diketuai oleh murid).Tujuan utama mengadakan perbincangan dalam

kelas ialah untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat

menyumbangkan idea dan pandangan mereka dengan sistematik dan tepat. Selain itu,

mereka juga berpeluang menggunakan kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan

berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain. Di samping itu, ia juga dapat

memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid-murid.

Page 8: Teknik

Untuk melaksanakan teknik perbincangan dengan berkesan, guru harus

memahami dan mematuhi prinsip-prinsip perbincangan iaitu guru haruslah memilih

tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid, di

samping mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka,tujuan perbincangan harus

dijelaskan kepada pelajar sebelum sesi perbincangan dimulakan supaya mereka dapat

membuat persediaan sekali gus mencapai matlamat perbincangan,bahan-bahan yang

dipilih hendaklah menarik minat dan dianggap penting oleh murid,bahan-bahan juga

harus terdiri daripada isu-isu terbaharu dan ini mungkin dapat mengekalkan minat

ketika perbincangan dijalankan,semasa aktiviti perbincangan, guru harus

menggalakkan dan membimbing setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi

perbincangan,semasa sesi perbincangan, murid-murid digalakkan supaya mencatat

idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa,pengerusi dan pencatat markah

harus dipilih daripada kalangan murid-murid dan sebelum mengakhiri pelajaran, guru

sseharusnya memberikan pujian kepada murid-murid yang terlibat dalam aktiviti

perbincangan supaya mereka berasa idea dan pendapat dihargai dan akan

menimbulkan minat mereka untuk menyertainya lagi.

Terdapat empat jenis perbincangan iaitu Teknik Perbincangan secara Syarahan, Teknik

Perbincangan secara Seminar,Teknik Perbincangan secara Forum dan Teknik

Perbincangan secara Perbahasan.

Teknik Bermain

Bermain adalah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid

melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.

Menurut Julia Dobson (1970) dalam makalah, bertajuk Try One of My Games,

menyatakan "Saya sendiri mendapati bahawa sesuatu permainan bahasa yang baik

merupakan cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan latihan

congak di bilik darjah, kerana ia membawakan keseronokan serta mengurangkan

ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa, dan mungkin juga mengukuhkan

aktiviti pembelajaran tersebut".

Page 9: Teknik

Aktiviti permainan biasanya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan

pemulihan iaitu, selepas aktiviti pembelajaran bahasa, pendidikan jasmani, pendidikan

moral dan sebagainya. Di antara aktiviti-aktiviti permainan itu ialah permainan bahasa,

kuiz, teka-teki, silang kata dan sebagainya.

Menurut Andrew Wright (dalam buku Mok Soon Sang 2000:139), permainan bahasa

boleh dilakukan secara kelas, individu, berpasangan atau kumpulan. Bagaimanapun,

kebanyakan aktiviti permainan biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil ataupun

secara berpasangan.

TEKNIK PERBAHASAN

Menurut Mengantar Simanjuntak pula (dalam buku Kamarudin Hj. Husin

2001:85),bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu

pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini

sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat

teknik ini ialah memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan

berkesan,melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan

teratur,menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul

dan laras bahasa yang sesuai,mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan

kreatif,melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas,guru perlu

mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar dan

perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada

perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan

ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

Page 10: Teknik

TEKNIK KUIZ

Menurut Mengantar Simanjuntak pula (ibid),teknik kuiz ini diperkenalkan pada

tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC ) .Aktiviti kuiz

bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris

di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.Guru dapat

mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik

tertentu melalui teknik ini.Selain itu,teknik ini dapat membantu pelajar memahami

sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang

tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu

teknik ini dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan

penutup.Keadaan ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,

penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

TEKNIK SOAL – JAWAB

Menurut Abd.Aziz Abd.Talib (2000:60) dalam bukunya Pedagogi Bahasa

Melayu,Prinsip,Kaedah dan Teknik,teknik ini merupakan teknik paling lama dan paling

popular digunakan dalam bidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia

mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru

dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru

mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar

dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan

memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Mengikut pendapat Edward M. Anthony (dalam buku Mok Soon Sang 2000:26),

tujuan utama teknik soal jawab ialah mengesan pengetahuan berbahasa murid,

menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis dan mendorong

pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.