teach for malaysia info booklet (bm)-1.pdf

8
www.teachformalaysia.org $ 3DUWQHU LQ WKH *OREDO (GXFDWLRQ 1HWZRUN 7HDFK )RU $OO Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

Upload: kekasihku-bonda

Post on 06-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • www.teachformalaysia.org

    $3DUWQHULQWKH*OREDO(GXFDWLRQ1HWZRUN7HDFK)RU$OO

    Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan

    mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

  • Jangan sekali-kali beranggapan bahawa adalah mustahil bagi sekumpulan kecil

    manusia yang bersemangat dan komited untuk merubah dunia. Sebenarnya itulah

    kenyataan yang sentiasa berlaku.

    - Margaret Mead

  • 1Apa itu Teach For Malaysia?

    Teach For Malaysia ialah sebuah badan amal yang menggembleng tenaga belia paling cemerlang negara dalam misinya untuk mengatasi ketidaksamaan ekuiti dalam pendidikan.

    Fellow Teach For Malaysia akan berkhidmat sebagai guru selama dua tahun di sekolah berkeperluan tinggi dan komited untuk mentransformasikan pencapaian kanak-kanak yang berlatarbelakang sosio-ekonomi rendah dengan meningkatkan secara signifikan, pencapaian dan aspirasi kanak-kanak ini dalam pendidikan.

    Dalam jangka masa panjang, Ambassador Teach For Malaysia akan menjadi pemimpin yang mampu berusaha gigih dan sepakat dari pelbagai sektor untuk memperluas peluang pendidikan bagi semua kanak-kanak di Malaysia.

    Teach For Malaysia ialah rakan kongsi dalam rangkaian global Teach For All, yang terdiri daripada organisasi bebas yang bekerja untuk memperluas peluang pendidikan melalui penggemblengan tenaga bakal pemimpin masa depan negara masing-masing.

  • 2Fellowship

    Fellowship dua tahun Teach For Malaysia mungkin antara pengalaman yang paling mencabar namun paling memuaskan bagi anda. Dalam masa dua tahun ini, Fellows dijangka menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran, memberi semangat kepada pelbagai pihak untuk bekerja keras demi visi bersama, mencipta dan merubah rancangan agar dapat mara ke hadapan menuju matlamat dan meraih keyakinan untuk terus berjaya.

    Fellowship dua tahun yang intensif ini akan menyediakan seorang Fellow dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang guru dan pemimpin yang transformatif bagi membolehkan mereka merubah tanggapan bahawa asal-usul seseorang kanak-kanak itu penentu kejayaan pendidikan dan masa depannya. Seseorang Fellow memainkan dua peranan penting sewaktu Fellowshipnya:

    Kepimpinan dalam bilik darjahFellow dijangka memimpin para pelajar mereka untuk mencapai kejayaan pembelajaran di luar jangkaan biasa. Para Fellow mampu memupuk kejayaan sebegini dengan mengenali para pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran; menyediakan rancangan pendidikan yang memenuhi keperluan setiap pelajar; mengajar dengan cukup menarik; bekerjasama dengan para guru, para pentadbir dan ahli komuniti setempat untuk memperoleh kemahiran dan sumber untuk kelas; dan mentadbir dan menganalisis keputusan peperiksaan untuk memastikan para pelajar mencapai matlamat akademik mereka.

    Kepimpinan dalam komunitiDi samping mengajar, Fellow adalah diharap dapat melaksanakan projek yang bersifat transformasi di sekolah atau komuniti setempat. Fellow (selepas berbincang dengan pemimpin dan komuniti sekolah) akan memilih untuk menangani salah satu cabaran utama yang menghalang kejayaan pelajar mereka dengan menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan inovatif. Untuk keberkesanan pelaksanaan projek, seorang business coach dari sektor

  • 3swasta akan ditugaskan bagi membimbing Fellow tersebut dalam semua aspek projek termasuk mengkaji masalah dan membuat perancangan yang sesuai.

    Dengan merangka, melaksana dan mengurus sebuah projek kecil yang lestari dalam sekolah atau komuniti setempat, seorang Fellow akan dapat membina keupayaannya dalam memimpin dan mengurus. Keupayaan ini boleh dibawa bersama ke mana-mana bidang kerjaya baru yang Fellow ceburi setelah tamat tempoh Fellowship. Pengalaman yang ditempuh Fellow melalui projek ini akan memberi pemahaman mendalam tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi pelajar serta permasalahan yang bersangkut-paut dengan usaha mencapai keseimbangan ekuiti dalam pendidikan. Malah adalah diyakini bahawa pengalaman sedemikian akan memberikan seorang Fellow kelebihan dalam memilih pendekatan yang sesuai apabila berdepan dengan mana-mana isu pendidikan yang berkaitan.

  • 4Selepas tamatFellowship

    Teach For Malaysia percaya bahawa keperluan mewujud-kan satu barisan pemimpin masa depan yang mempunyai kesungguhan adalah amat penting untuk merealisasikan visi bahawa semua kanak-kanak di Malaysia seharusnya mempunyai peluang yang sepenuhnya untuk menerima pendidikan yang terbaik.

    Dengan pengalaman Fellowship ini, Ambassador Teach For Malaysia akan dilengkapkan dengan perspektif sebenar cabaran pendidikan di negara kita, ilmu yang cukup untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut, dan yang paling penting semangat yang kukuh dan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak di Malaysia mampu berjaya dengan cemerlang sekiranya diberi peluang yang cukup.

    Teach For Malaysia kini giat membina rangkaian hubungan dan perkongsian dengan organisasi tempatan dan luar negara yang mempunyai matlamat yang seiring dengan misi kami untuk membawa perubahan sosial. Dalam setiap usaha tersebut, kami sentiasa menekankan bahawa pengalaman dan kemahiran yang diperolehi para Fellow boleh dibawa ke mana-mana bidang kerjaya yang lain dan oleh itu amatlah berharga. Kemahiran yang dimaksudkan antara lain ialah keupayaan berfikir secara kritikal, kemahiran mengurus serta kematangan diri dan komitmen yang tinggi. Malah, yang paling berharga ialah pengalaman Fellow mengharungi pelbagai cabaran dalam mengecapi matlamat yang tinggi dengan penuh dedikasi, bersemangat waja, kreativiti dan cukup rendah diri.

  • 5Sila memohonsekarang!Siapakah yang kami cari?

    Teach For Malaysia memerlukan graduan dan profesional cemerlang yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang unggul serta komited untuk bekerja ke arah menghapuskan ketidakseimbangan ekuiti dalam pendidikan.

    Kami mengalu-alukan pemohonan calon-calon muda Malaysia daripada pelbagai latarbelakang akademik yang mempunyai kepercayaan mendalam terhadap misi kami.

    Kompetensi utama yang perlu ada dalam diri calon adalah termasuk yang berikut:

    Calon yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, profesional dan aktiviti kokurikulum

    Mempunyai keyakinan tinggi terhadap misi dan matlamat Teach For Malaysia serta bercita-cita tinggi untuk memberi impak ke atas sektor pendidikan dalam jangka masa panjang

    Keupayaan untuk berhubung, memujuk, dan memberi semangat kepada orang lain untuk melerai ketegangan dan fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia

    Mahir dalam mengatasi masalah, berfikiran kritikal dan kreatif

    Mahir merancang dan berorganisasi Tidak mudah berputus asa dan tidak gentar

    pada cabaran Menghargai diversiti dan mempunyai sifat

    rendah diri dan hormat-menghormati

    Sila layari www.teachformalaysia.org untuk keterangan lanjut mengenai kriteria pemilihan dan tarikh tutup permohonan.

  • 6Bersama-sama melibatkan diri!

    Bagaimanakah saya boleh membantu?

    Sebagai Wakil Kampus Teach For MalaysiaSekiranya anda seorang pelajar Malaysia di universiti tempatan atau luar negara dan ingin menimba pengalaman yang unik dengan membantu kami untuk merekrut pelajar terbaik Malaysia untuk memajukan pendidikan negara maka kami ingin berhubung dengan anda!

    Sila layari www.teachformalaysia.org untuk keterangan lanjut berkenaan peranan seorang wakil kampus dan maklumat lain untuk mengetahui bagaimana anda boleh melibatkan diri dalam gerakan menghapus jurang ketidakseimbangan ekuiti dalam pendidikan!

    Sebagai Rakan Korporat Teach For MalaysiaTeach For Malaysia kini giat membina rangkaian hubungan dan perkongsian dengan organisasi tempatan dan luar negara yang mempunyai matlamat yang seiring dengan misi kami untuk membawa perubahan sosial. Sekiranya organisasi anda memahami kepentingan dan desakan misi kami dan ingin menyokong aspirasi kami, maka kami ingin berhubung dengan anda! Oleh itu, kami mengalu-alukan pertanyaan dan permintaan untuk maklumat lanjut dengan menghubungi kami di [email protected].