tazkiah nafs mg 1

57
1 ِ سْ فَ ّ ن ل اُ ةَ يِ كْ زَ تTAZKIYAH AN-NAFS

Upload: -

Post on 24-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BOLEH GUNA

TRANSCRIPT

  • * TAZKIYAH AN-NAFS

  • Modul Tazkiyah An-Nafs adalah modul elektif yang mengandungi tugasan. Berikut merupakan silibus bagi modul ini untuk minggu pertama.*PENGENALAN MODUL

  • Minggu 1

    Syarat amalan diterima - Ikhlas dan mengikut syariatIkhlas dan dalil-dalil mengenainyaKelebihan niatMesti mengikuti as-Sunnah dan kelebihannyaKelebihan ilmu dan ulama*SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

  • @--Tazkiyah An-Nafs--@

    Dari segi bahasa membawa erti Penyucian (Tazkiyah) Jiwa / Diri / Nafsu (An-Nafs).

    Dari segi istilah pula bermaksud penyucian jiwa dari segala macam penyakit dan kecacatan, menetapkannya dengan kedudukan-kedudukan (maqam), membentuknya supaya patuh dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.*PENGERTIAN

  • @--Tazkiyah An-Nafs--@

    Kesimpulannya Tazkiyah An-Nafs ialah penyucian, penetapan dan pembentukan jiwa (akhlak) individu muslim. Sumbernya adalah syariat, begitu juga dengan caranya dan hasilnya. Selain dari itu, terzahir darinya kelak kesempurnaan dari segi muamalah dengan Allah dan makhlukNya.*PENGERTIAN

  • Rasulullah s.a.w diutuskan kepada umat manusia untuk melaksanakan 3 asas utama, iaitu :

    Talim (Pendidikan)Tazkir (Peringatan)Tazkiyah (Penyucian)*SEJARAH

  • (: 129)

    Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

    *AYAT-AYAT TAZKIYAH

  • (: 151)

    Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) kami Telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

    *AYAT-AYAT TAZKIYAH

  • * (: 18-19)

    Dan Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan) ? ". Dan kamu akan ku pimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya? "

    *AYAT-AYAT TAZKIYAH

  • * (: 9 - 10)

    Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

    *AYAT-AYAT TAZKIYAH

  • *

  • *Secara mudah, ikhlas difahami sebagai perbuatan yang dilakukan tanpa mengharapkan sebarang balasan.Ikhlas yang dituntut oleh agama merujuk kepada mengharap hanya pada Allah, melakukan segala sesuatu keranaNya.

  • (: 5)

    Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah dengan tulus ikhlas menjalankan agama untukNya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar.*

  • *Setiap perbuatan manusia pasti disertakan niat dalam hati. Sebagai contoh, seseorang makan dengan niat untuk kenyang. Tidur, untuk menghilangkan rasa mengantuk, dsb.Niat berperanan merangsangkan semua anggota badan untuk berfungsi mengikut apa yang diniatkan.

  • *Apabila seseorang itu mewujudkan elemen ikhlas dalam niatnya, selain dari meraih apa yang diniatkan, dia juga memperolehi keredhaan Allah s.w.t.Perbuatan yang diredhai akan diberkati, dipermudahkan dan mendatangkan manfaat melebihi jangkaan pelaku.

  • *Rasulullah s.a.w telah bersabda :

    Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu pun kepada Allah dan Rasulnya dan barangsiapa hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya atau pun untuk seorang wanita yang hendak dikahwini maka hijrahnya pun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya. ( Bukhari & Muslim )

  • *Amalan tidak sah tanpa disertakan dengan niat

    Seseorang apabila berniat untuk melakukan kebaikan kemudian tidak dapat melakukanya maka baginya pahala niat baiknya itu.

    Adapun seseorang berniat untuk melakukan kejahatan kemudian dia tidak jadi melakukannya maka baginya pahala kerana meninggalkan niat jahatnya itu.

    Mengikhlaskan niat kerana Allah adalah cara utama untuk sesuatu amalan itu bukan saja diterima, bahkan mendapat tempat yang paling baik di sisi Allah s.w.t.

  • *Cara yang terbaik melaksanakan Tazkiyah An-Nafs ialah melalui jalan ibadah yang mana merangkumi beberapa tahap :MengetahuiMelaksanakanMemperhalusiMenghayati

  • *Berikut adalah jenis-jenis amalan/ ibadah penting yang perlu dilaksanakan untuk proses Tazkiyah An-Nafs :SolatZakat / BersedekahPuasaHaji

  • *Tilawah Al-QuranZikrullahTafakkurMengingati matiMuraqabah / Muhasabah / Mujahadah / Muatabah

  • *Menyuruh kepada kebaikan & Melarang kemungkaranBerkhidmat & TawadhuMengetahui jalan2 syaitan di dalam menguasai nafsu & menghalangnyaMengetahui penyakit2 hati dan cara menyembuhkannya untuk mendapatkan hati yang sihat

  • SOLAT* MENGETAHUIMemahami hukum solat, waktunya, cara dan segala rukun dan syarat yang perlu untuk dipenuhi.

    MELAKSANAKANMenepati tuntutan yang diwajibkan serta memperelokkannya dengan yang disunatkan.

  • SOLAT* MEMPERHALUSIMempelajari dengan lebih mendalam akan setiap gerak laku (adab2 zahir) dalam solat serta menghadirkan diri dalam solat dalam keadaan khusyu (adab2 batin) benar-benar melengkapi tuntutan yang sunat.

  • SOLAT* MENGHAYATISolat telah menjadi sebahagian dari jiwa, tidak mampu hidup tanpanya seperti tidak boleh hidup seseorang tanpa makan dan minum. Khusyu dalam solat adalah hasil dari empat tahap dalam solat : Mengetahui, Melaksanakan, Memperhalusi & Menghayati.

  • SOLAT* * ( : 1-2)Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya.

    * ( : 34 35)dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang Telah kami rezkikan kepada mereka.

  • ZAKAT / SEDEKAH* MENGETAHUIMemahami hukum zakat yang wajib, pemberian yang disunatkan bagi membantu masyarakat.

    MELAKSANAKANMenepati tuntutan yang diwajibkan serta memperelokkannya dengan yang disunatkan.

  • ZAKAT / SEDEKAH* MEMPERHALUSIMempelajari dengan lebih mendalam akan hikmah dari pemberian zakat / sedekah. Memperluaskan skop zakat / infaq dalam kehidupan seharian.

    MENGHAYATIMenjadikan sedekah sebahagian dari hidup (keluarga).

  • ZAKAT / SEDEKAH*Seseorang yang telah menghayati konsep zakat / sedekah / infaq dalam kehidupannya akan sedaya upaya mengalahkan sifat kikir atau cinta dunia dari dirinya.

    ( : 128)Manusia itu menurut tabiatnya kikir

  • ( )Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.*ZAKAT / SEDEKAH

  • PUASA* MENGETAHUIMemahami hukum puasa yang wajib, syarat dan rukun yang perlu dipenuhi.

    MELAKSANAKANMenepati tuntutan yang diwajibkan serta memperelokkannya dengan yang disunatkan.

  • PUASA* MEMPERHALUSIMempelajari dengan lebih mendalam akan hikmah dari pensyariatan puasa.

    MENGHAYATIPuasa sepanjang hayat (konsep muraqabah). Sentiasa menjaga lidah, pandangan, nafsu.

  • PUASA*Seseorang yang telah menghayati konsep puasa sepanjang hayat termasuk dalam jenis puasa Khusus. Puasa terbahagi kepada 3 kategori :Umum (Orang awam) : Memelihara dari nafsu makan dan jima.Khusus (Orang2 Soleh) : Memelihara kesemua anggota dari dosa.Khususul Khusus (Para Anbiya) : Memelihara semua yang zahir termasuk hati.

  • PUASA KHUSUS*Memelihara pandangan. [ ].Pandangan mata itu merupakan anak panah yang beracun dari anak panahnya Iblis yang dilaknati Allah s.w.t. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, Allah akan mengurniakan baginya keimanan yang dirasakan kemanisannya dalam hatinya.

  • PUASA KHUSUS*Memelihara lidah. [ ].Sesungguhnya puasa itu adalah perisai.

  • PUASA KHUSUS*Memelihara telinga. ( : 42)Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haramMemelihara anggota2 yang lain. [ ]Berapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.

  • PUASA KHUSUS*Tidak berlebihan makan ketika berbuka puasa.Hatinya sentiasa berada dalam takut dan harap samada puasanya diterima Allah atau tidak.

  • HAJI* MENGETAHUIMemahami hukum haji, cara dan segala rukun dan syarat yang perlu untuk dipenuhi.

    MELAKSANAKANMenepati tuntutan yang diwajibkan serta memperelokkannya dengan yang disunatkan.

  • HAJI* MEMPERHALUSIMempelajari dengan lebih mendalam akan rukun haji yang telah ditetapkan. Memahami rukun dan hikmah dari setiap peristiwa yang dilalui.

    MENGHAYATIMenganggap diri sentiasa dalam keadaan mengerjakan haji, iaitu penyerahan kepada Allah dan berjuang keranaNya.

  • HAJI* ( : 32)Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

  • TILAWAH AL-QURAN* MENGETAHUIMemahami hukum membaca Al-Quran dan kepentingannya secara umum.

    MELAKSANAKANMembaca Al-Quran dalam ibadah2 seharian. Berusaha juga membaca surah-surah tertentu mengikut keperluan.

  • TILAWAH AL-QURAN* MEMPERHALUSIMempelajari tafsir ayat Al-Quran dan berusaha melaksanakan hukum yang terkandung di dalamnya dengan sebaik mungkin.

    MENGHAYATIAl-Quran dijadikan teman hidup, panduan bagi setiap perkara duniawi ataupun ukhrawi. Selain dari menghafaz keseluruhan ayat dan mempraktikkannya.

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Memahami ketinggian dan keagungan Kalam Allah, kelebihan bagi mereka yang membacanya.Mengagungkan pemilik kalam (Allah s.w.t), meyakini bahwa ianya bukan dari makhluk.Menghadirkan jiwa dengan mengenetepikan perkara yang lain. Hai Yahya, ambillah kitab itu dengan sungguh2 (Maryam : 12)

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Tadabbur. Selain dari menghadirkan jiwa, ayat yang dibaca juga perlu dihayati.Tafahhum. Memahami setiap ayat yang dibaca, pada siapa ditujukan, sebabnya dan hukumnya.Menjauhkan diri dari sebarang halangan yang bakal mengganggu penghayatan dan pemahaman.

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Takhsis. Meletakkan diri sendiri sebagai pihak yang ditujukan dalam setiap ayat (direct command).Merasakan kesan dari bacaan, jika ayat mengenai ancaman Allah maka datang rasa takut, jika khabar gembira, datang rasa bahagia, dll.

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Taraqqi. Merasakan perintah itu datang benar2 dari Allah s.w.t. Darjat mereka yang membaca Al-Quran itu ada 3:1> Merasakan seolah-olah Allah s.w.t benar2 berada di depan matanya dan memandang kepadanya. (Takut/Tertanya2)2> Melihat dengan mata hati seolah-olah Allah s.w.t memerintahkannya melaksanakan sesuatu. (Malu/Harap)3> Fokus pada ayat-ayat yang dibaca yang mengandungi sifat2 Allah. (Sungguh2 ingin tahu)SELAIN DARI 3 DARJAT INI, MAKA YANG LAINNYA ADALAH PEMBACA YANG LALAI.

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Tabarri. Menilai apa yang dibaca dengan keadaan diri sendiri. Jika membaca ayat-ayat yang mengandungi janji nimat bagi mereka yang soleh, maka dia tidak merasa dia tergolong dari golongan tersebut, bahkan merasa dia adalah dari golongan mereka yang mempercayai (mumin) dan meyakini (muqin).

  • ADAB2 BATIN BAGI TILAWAH AL-QURAN*Apabila terbaca ayat yang mengandungi ancaman siksaan pula, dia merasakan akan ditimpa ke atasnya azab tersebut, dari situ akan datang rasa takut dan mengharap. Begitu halnya yang berlaku terhadap Saiyidina Umar r.a apabila membaca ayat ( : 34)

  • ZIKRULLAH* MENGETAHUIMengetahui makna zikrullah, caranya serta keperluannya dalam kehidupan seharian.

    MELAKSANAKANMeluangkan waktu berzikir selepas solat lima waktu, juga pada waktu2 lapang yang lain.

  • ZIKRULLAH* MEMPERHALUSIMempelajari makna setiap zikir juga rahsia2 dari mengamalkannya setiap hari.

    MENGHAYATIMenjadikan hidupnya, tidur jaganya tidak lengang dari berzikir. Zikir dengan ertikata mengingati Allah s.w.t. pada setiap ketika.

  • ZIKRULLAH*Berkata Imam Ghazali rahimahullah: . . . . .

  • ZIKRULLAH* ( )

    Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan al Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit danbumi. Solat itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjua dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

  • TUGAS ANDABagaimana melaksanakan 4 tahap (Mengetahui, Melaksanakan, Menghalusi & Menghayati) bagi jalan-jalan Tazkiyah yang lainnya?TafakkurMengingati matiMuraqabah / Muhasabah / Mujahadah / MuatabahMenyuruh kepada kebaikan & Melarang kemungkaranBerkhidmat & Tawadhu

    *

  • TUGAS ANDAMengetahui jalan2 syaitan di dalam menguasai nafsu & menghalangnyaMengetahui penyakit2 hati dan cara menyembuhkannya untuk mendapatkan hati yang sihat*

  • Mengikut SunnahSyarat kedua amalan diterima Allah swtApa yang diajarkan Rasul maka ikutlah, dan apa yang dilarangnya maka jauhkanlah (al-Hasyar:7)Katakanlah wahai Muhammad, sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Al Imran:31)Hadis Aisyah r.a, Rasulullah pernah berkata: Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam perihal agama ini, yang tidak diajarkan syariat Islam, maka ia tidak diterima (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    *

  • Mengikut SunnahNasihat Rasulullah saw: Sesungguhnya sesiapa yang hidup nanti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka ikutlah sunnahku dan sunnah para al-khulafa al-rasyidin selepasku yang diberi petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham kamu jangan biarkan ia terlepas. Berjaga-jagalah dari amalan yang diada-adakan kerana ia tidak berlandaskan syariat Islam (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi)*

  • Mengikut SunnahAl-Zuhri berkata: Berpegang teguh pada sunnah adalah keselamatan, kerana sunnah itu seperti yang dikatakan imam Malik; seperti bahtera Nuh a.s, siapa yang di dalamnya selamat, yang di luarnya binasaSufyan berkata: Kata-kata tidak diterima kecuali dengan amalan. Kata-kata dan amalan pula tidak akan diterima kecuali dengan niat. Kata-kata, amalan dan niat tidak akan tepat kecuali dengan landasan mengikut sunnah*

  • Kelebihan Ilmu dan UlamaIlmu adalah sesuatu yang mempunyai dalil/buktiIlmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu Quran, Sunnah dan para ulama Adakah sama orang yang mengetahui dan tidak? (al-Zumar:9)Sesiapa yang berusaha merentasi jalan mencari ilmu Allah swt, nescaya Allah permudahkan baginya jalan ke syurga (riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah)*

    **