tatum 30 wdg racun serangga - g-plantermy).pdf · lembaran data keselamatan tatum ® 30 wdg racun...
TRANSCRIPT
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
1/8
SDS ini adalah mengikut piawai kerajaan Malaysia yang mungkin tidak menepati piawai di negara-negara lain.
BAHAGIAN 1: PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN SYARIKAT
Maklumat produk
Nama perniagaan : TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Kegunaan Bahan/Penyediaan
: Racun Serangga
Syarikat : Du Pont Malaysia Sdn Bhd
6th Floor, Bangunan Samudra, No. 1, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, HICOM-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon : +60 3 5569 3006 Faks : +60 3 5569-3008 Nombor telefon kecemasan : +60 3 5569-3013
BAHAGIAN 2: KOMPOSISI / MAKLUMAT BAHAN
Sinonim : B10596913
Komponen
Nama Kimia No.-CAS Kepekatan
Indoxacarb 173584-44-6 30 % Silica 112926-00-8 14.6 % Sodium BIS (2-Ethyl-hexyl sulfosuccinate) 577-11-7 0.5 % R-Indoksakarb (DPX-KN127) 185608-75-7 12.3 % Perawis Lengai 42.6 %
BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA
Risiko-risiko Memudaratkan jika ditelan. Toksik kepada organisma akuatik; boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjang dalam persekitaran akuatik.
Data keselamatan Jauhkan dari kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan barang makanan haiwan. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Bahan ini dan bekasnya mesti dilupuskan dengan cara yang selamat. Jika tertelan, dapat nasihat perubatan serta merta dan tunjukkan bekas atau label ini. Gunakan kaedah pengurungan yang sesuai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Jangan cemarkan air dengan produk atau bekasnya (Jangan bersihkan alat gunaan dekat dengan permukaan air / Elakkan pencemaran melalui parit-parit daripada ladang-ladang dan jalan-jalan).
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
2/8
BAHAGIAN 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS
Nasihat umum
: Bawa bekas hasil pengeluaran atau label bersama anda ketika memanggil Pusat Racun Negara atau doktor, atau untuk mendapat rawatan.
Penyedutan
: Alihkan mangsa ke tempat berudara segar. Jika tanda/gejala berterusan, dapatkan rawatan perubatan. Pemulihan pernafasan dan/atau oksigen mungkin perlu. Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Sentuhan kulit
: Tanggalkan pakaian yang tercemar serta merta. Bilas kulit serta-merta dengan banyak air selama 15 - 20 minit. Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Sentuhan mata
: Pegang mata agar terbuka dan bilas perlahan-lahan dan berhati-hati dengan air selama 15-20 minit. Tanggalkan/ Keluarkan kanta lekap, jika ada, selepas 5 minit pertama, kemudian diteruskan membilas mata. Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Pengingesan
: Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh orang meminum air satu gelas sedikit-sedikit jika mampu menelan. JANGAN paksa untuk muntah melainkan diarah berbuat demikian oleh doktor atau Pusat Racun Negara. Jangan memberikan apa-apa melalui mulut kepada orang tidak sedarkan diri.
BAHAGIAN 5: LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN
Media pemadaman yang sesuai
: Semburan air, Buih, Bahan kimia kering, Karbon dioksida (CO2)
Media pemadam yang tidak boleh diguna kerana sebab keselamatan
: Pancutan air berisipadu tinggi, (risiko pencemaran)
Peralatan pelindung khas untuk ahli bomba
: Jika berlaku kebakaran, pakai alat bernafas swalengkap (SCBA). Guna peralatan pelindung diri.
Maklumat lanjut
: Keluarkan kakitangan dan senantiasa ada di hulu arah datangnya angin sebelum api. Jika kawasan sangat terdedah kepada kebakaran dan jika keadaan membenarkan, biarkan api berhenti sendiri kerana air mungkin membesarkan kawasan pencemaran. Jangan membenarkan air kotor daripada pemadaman kebakaran masuk dalam parit-parit atau laluan-laluan air. Dinginkan bekas/tangki dengan semburan air.
BAHAGIAN 6: LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA
Peringatan peribadi
: Ulas bahagian 5 dan 7 sebelum meneruskan pembersihan segala sesuatu. Guna peralatan pelindung diri.
Peringatan sekitaran
: Elak bahan daripada memasuki pembetung, jalan air, atau kawasan rendah.
Cara-cara membersih
: Sapukan dan sodok ke dalam bekas yang sesuai untuk dilupuskan.
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
3/8
Nasihat tambahan
: Lupuskan menurut peraturan tempatan.
BAHAGIAN 7: PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
Pengendalian
Nasihat pengendalian yang selamat
: Basuh tangan sebelum berhenti rehat dan serta merta selepas menangani produk. Tanggal dan basuh pakaian tercemar sebelum dipakai semula.
Penyimpanan
Keperluan-keperluan untuk tempat-tempat dan bekas-bekas penyimpanan
: Simpan di tempat dingin, gelap. Simpan produk di dalam bekas asal sahaja di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan simpan atau makan makanan, minuman atau rokok dalam kawasan dimana semua ini boleh tercemar oleh bahan ini. Perhatikan langkah berjaga-jaga label.
Jangan cemarkan air, racun perosak lain, baja, makanan atau makanan ternakan dalam simpanan. Simpan dalam bekas asal. Simpan bertutup rapat di tempat yang kering, dingin dan mempunyai pengudaraan yang bagus. Jauhkan dari kanak-kanak.
BAHAGIAN 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI Had Pendedahan Pekerjaan
Nama Kimia
Had Pendedahan Pekerjaan
Peraturan
Silika TWA 10 mg/m3 HPP Malaysia (Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan)) (03 2000)
Langkah-langkah kejuruteraan
Gunakan hanya dengan pengudaraan yang mencukupi. Peralatan pelindung diri
Pelindungan pernafasan : Dimana ada potensi pendedahan di udara melebihihad terapan, guna pelindung pernafasan dengan cartridge habuk / kabus.
Perlindungan tangan : Bahan: Sarung tangan pencegah
Perlindungan mata
: Memakai kanta pelindung mata untuk mencegah sentuhan dengan bahan ini.
Perlindungan kulit dan badan : Memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, apron, but, atau pakaian
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
4/8
tutup seluruh badan yang sesuai.
Langkah kebersihan
: Elak dari bersentuh dengan kulit, mata dan pakaian. Basuh dengan sempurna selepas pengendalian. Basuh tangan secara teliti dengan sabun dan air selepas menyentuh dan sebelum makan, minum, mengunyah gula-gula getah atau merokok. Jauhi dari tersedut debu atau wap.
Langkah-langkah perlindungan
: Semua pakaian perlindungan bahan kimia hendaklah diperiksa dengan teliti sebelum digunakan. Pakaian dan sarung tangan hendaklah diganti sekiranya rosak akibat bahan kimia atau secara fizikal atau jika tercemar. Pengguna harus mematuhi keterangan perlindungan diri pada label semasa menggunakan produk ini.
BAHAGIAN 9: SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA
Bentuk
: butiran kering mudah larut
Warna
: coklat tua
Bau
: lembut, sedikit , aseton
pH
: 7.5 (10 g/l) (20 °C)
Takat kilat
: tidak berkenaan
Suhu pengautocucuhan
: tidak terbakar secara automatik
Sifat mengoksida
: Produk ini tidak mengoksida. Cara: Arahan 67/548/EEC, Lampiran V, A.17.
Sifat meledak
: Bukan bahan letupan
Tekanan wap
: Tiada untuk campuran ini.
Ketumpatan pukal
: 800 kg/m3
Keterlarutan air
: tidak dipastikan
Kelikatan, kinematik
: tidak dipastikan
BAHAGIAN 10: KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN
Bahan tak serasi
: Dapat dijangka agak tiada.
Produk penguraian yang berbahaya
: Maklumat tidak didapati.
Tindakbalas-tindakbalas bahan-bahan berbahaya
: Stabil dalam keadaan suhu dan penyimpanan biasa.
BAHAGIAN 11: MAKLUMAT TOKSIKOLOGI
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
5/8
Ketoksikan oral secara akut
: LD50/tikus jantan: 1,867 mg/kg
LD50/tikus betina: 687 mg/kg
Ketoksikan penyedutan secara akut
: LC50/4 h/tikus : > 5.6 mg/l
Ketoksikan kulit secara akut
: LD50/tikus : > 5,000 mg/kg
Kerengsaan kulit
: arnab Keputusan: Tiada kerengsaan kulit
Kerengsaan mata
: arnab Keputusan: Tiada kerengsaan mata
Kepemekaan
: tikus Belanda Klasifikasi: Tidak menyebabkan pemekaan pada haiwan makmal.
Ketoksikan dos berulang
: Ramuan aktif
Akibat-akibat berikut berlaku pada tahap dedahan yang nyata sekali melebihi yang diharapkan pada keadaan penggunaan yang ada di label.
Penyedutan tikus Ketidakselarasan kematian Pemusnahan sel darah merah menyebabkan pengurangan abnormal jumlah sel darah merah (anaemia)
Penilaian mutagenisiti
: Ramuan aktif
Ujian ke atas bakteria atau kultur sel mamalia tidak menunjukkan kesan mutagenik. Tidak menyebabkan kerosakan genetik pada haiwan.
Penilaian karsinogenisiti
: Ramuan aktif
Ujian haiwan tidak menunjukkan sebarang kesan karsinogenik.
Penilaian Toksisiti ke atas Sistem Peranakan
: Ramuan aktif
Ujian haiwan menunjukkan kesan pembiakan pada tahap sama atau lebih daripada yang menyebabkan ketoksikan induk.
Penilaian keteratogenikan
: Ramuan aktif
Ujian haiwan menunjukkan kesan kepada perkembangan embrio-fetus pada tahap sama atau melebihi yang menyebabkan ketoksikan maternal.
BAHAGIAN 12: MAKLUMAT EKOLOGI
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
6/8
Kesan ekotoksisiti Ketoksikan kepada ikan
: LC50/96 h/Oncorhynchus mykiss (Ikan trout pelangi): 1.8 mg/l
Ketoksikan kepada alga
: EbC50/72 h/Pseudokirchneriella subcapitata (alga hijau): > 1.2 mg/l
Ketoksikan akuatik
: EC50/48 h/Daphnia magna: 1.7 mg/l
Maklumat lanjut berkenaan ekologi
Maklumat ekologi tambahan
: Lihat label produk untuk arahan aplikasi tambahan berkaitan dengan langkah berjaga-jaga persekitaran.
BAHAGIAN 13: MAKLUMAT PEMBUANGAN
Produk
: Sejajar dengan peraturan tempatan dan nasional. Rujuk label produk untuk arahan. Jangan mencemar kolam, saluran air atau parit dengan bekas kimia atau bekas terguna.
Bungkusan tercemar
: Jangan guna semula bekas kosong.
BAHAGIAN 14: MAKLUMAT PENGANGKUTAN
IMDG Nombor-UN : 3077 Nama perkapalan yang betul
: ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCE, SOLID, N.O.S.
(Indoxacarb) Kelas : 9 Kumpulan pembungkusan : III Nombor penglabelan : 9 Pencemaran marin : ya (Indoxacarb)
IATA_C Nombor-UN : 3077 Nama perkapalan yang betul
: ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCE, SOLID, N.O.S.
(Indoxacarb) Kelas : 9 Kumpulan pembungkusan : III Nombor penglabelan : 9MI
BAHAGIAN 15: MAKLUMAT PENGAWALAN
Maklumat peraturan nasional
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
7/8
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan, Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 Akta Pestisid 1974 (Akta 149) (Mengandungi segala pindaan hingga 1 January 2006). Simbul : Xn Memudaratkan
N Berbahaya kepada alam sekitar
Komponen berbahaya : Indoksakarb
R-Indoksakarb (DPX-KN127)
Komponen berbahaya : Indoksakarb
R-Indoksakarb (DPX-KN127)
R - frasa : R22 Memudaratkan jika ditelan. R51/53 Toksik kepada organisma akuatik; boleh menyebabkan
kesan buruk jangka panjang dalam persekitaran akuatik.
S -frasa : S 2 Jauhkan dari kanak-kanak. S13 Jauhkan dari makanan, minuman dan barang makanan
haiwan. S20/21 Jangan makan, minum atau merokok apabila
menggunakannya. S35 Bahan ini dan bekasnya mesti dilupuskan dengan cara yang
selamat. S46 Jika tertelan, dapat nasihat perubatan serta merta dan
tunjukkan bekas atau label ini. S57 Gunakan kaedah pengurungan yang sesuai untuk
mengelakkan pencemaran alam sekitar. SP 1 Jangan cemarkan air dengan produk atau bekasnya (Jangan
bersihkan alat gunaan dekat dengan permukaan air / Elakkan pencemaran melalui parit-parit daripada ladang-ladang dan jalan-jalan).
BAHAGIAN 16: MAKLUMAT LAIN
Sumber bagi data utama yang digunakan untuk menyusun helaian data:
Bahagian:
Du Pont Malaysia Sdn Bhd 6th Floor, Bangunan Samudra, No. 1, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, HICOM-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Maklumat lanjut:
Sebelum guna baca maklumat keselamatan DuPont. Ambil perhatian kepada arahan mengguna di label. ® Tanda dagangan berdaftar E.I. du Pont de Nemours and Company
Ambil perhatian kepada arahan mengguna di label.
Perubahan ketara dari versi sebelumnya ditandakan dengan palang berganda.
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29
LEMBARAN DATA KESELAMATAN
TATUM® 30 WDG Racun Serangga
Versi 3.0 Tarikh Semakan 27.08.2012 Ruj. 130000000325
8/8
Maklumat yang diberikan di dalam Lampiran Data Keselamatan ini adalah betul sepanjang pengetahuan kami, serta berdasarkan maklumat yang ada dan kepercayaan kami pada tarikh ia diterbitkan. Maklumat yang diberi dirancang hanyalah sebagai panduan untuk pengendalian, penggunaan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pembuangan dan pembebasan yang selamat dan tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan atau spesifikasi kualiti. Maklumat di atas hanya berkaitan dengan bahan khusus yang ditentukan di sini dan mungkin tidak sah untuk bahan ini digunakan apabila bercampur dengan apa-apa bahan lain atau dalam apa-apa proses atau jika bahan ini diubah atau diproses, melainkan dinyatakan dalam teks ini.
Tarikh Cetakan: 2013 - 10 - 29