tataurusan dana penggerak industri buku negara (pibn)

16
TATAURUSAN DANA PENGGERAK INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

Upload: rock

Post on 04-Feb-2016

80 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TATAURUSAN DANA PENGGERAK INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN). 1. PENGENALAN. Dana yang disalurkan melalui Kementerian Kewangan ini untuk membantu perkembangan dan pembangunan buku negara. 2. MATLAMAT DANA. Dana Penerbitan PIBN adalah bertujuan untuk: - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

TATAURUSAN DANA PENGGERAK

INDUSTRI BUKU NEGARA

(PIBN)

Page 2: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

1. PENGENALAN

Dana yang disalurkan melalui Kementerian

Kewangan ini untuk membantu perkembangan

dan pembangunan buku negara.

Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara 2

2. MATLAMAT DANA

Dana Penerbitan PIBN adalah bertujuan untuk:

2.1. Meningkatkan jumlah penerbitan buku umum

judul baharu (bukan fiksyen) karya asli

berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang dan

untuk pelbagai peringkat pembaca.

2.2. Menyumbang terhadap pembentukan

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB) dalam industri penerbitan

buku.

Page 3: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

Sambungan

2.3. Memainkan peranan yang aktif dalam

pelaksanaan Dasar Buku Negara untuk

memastikan kegiatan pembangunan

buku dijadikan salah satu perusahaan

utama iaitu perusahaan budaya yang

penting.

2.4. Membangunkan sumber manusia dalam

industri perbukuan.

3Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Penerbit bumiputera yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod

bidang 010100 (bahan bacaan) dan Bahagian

Kewangan dan Bekalan DBP.

3. PEMOHON YANG LAYAK

Page 4: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

6. URUS SETIA

Penerbit Lengkap Editorial Pracetak Percetakan

Penerbit Separa Lengkap: Editorial Pracetak

Penerbit Baharu: Editorial

4Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

5. CARA MEMOHON

Dari pejabat DBP berhampiran Muat turun dari laman web www.dbp.gov.my Menghubungi Urus Setia PIBN

4. KATEGORI PEMOHON

Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan, Jabatan Penerbitan, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Borang permohonan boleh didapati:

Page 5: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

7. KATEGORI PENERBITAN

5

Bidang penerbitan yang diberikan tumpuan ialah buku

umum karya asli berbahasa Melayu seperti yang berikut:

7.1. Buku ilmiah.

7.2. Biografi/autobiografi/memoir.

7.3. Buku umum bukan fiksyen

(bidang kritikal seperti bidang sains dan teknologi).

7.4. Buku umum bukan fiksyen

(bidang am seperti bidang sains sosial).

7.5. Buku pengetahuan remaja.

7.6. Buku pengetahuan kanak-kanak.

7.7. Judul lain yang ditentukan oleh DBP.

Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Page 6: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

8. SPESIFIKASI BUKU

6Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

BIL JENISTEBAL

MINIMUM MSS. (HLM)

TEKS:ILUSTRASI

1. Buku Ilmiah 250 Teks padat/ berilustrasi

2. Biografi / Autobiografi / Memoir 300 70:30 *

3.Buku Umum Bukan Fiksyen (bidang Sains dan Teknologi)

300 Teks padat/ berilustrasi

4.Buku Umum Bukan Fiksyen (bidang Sains Sosial)

300 70:30

5. Buku Pengetahuan Remaja 150 70:30

6. Buku Pengetahuan Kanak-Kanak 32 70:30

7. Judul lain yang ditentukan oleh DBP

Mengikut pertimbangan

DBP

Mengikut pertimbangan

DBP

* Berdasarkan kesesuaian

Page 7: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

9. AMAUN PEMBIAYAAN

7Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

BIL JENIS AMAUN (RM) *

1. Buku Ilmiah 30,000.00

2. Biografi / Autobiografi / Memoir 20,000.00

3. Buku Umum Bukan Fiksyen (bidang Sains dan Teknologi) 20,000.00

4. Buku Umum Bukan Fiksyen (bidang Sains Sosial) 15,000.00

5. Buku Pengetahuan Remaja 7,000.00

6. Buku Pengetahuan Kanak-Kanak 5,000.00

7. Judul lain yang ditentukan oleh DBP

Mengikut pertimbangan

DBP

* Amaun pembiayaan yang tertera di atas adalah amaun

pembiayaan maksimum. Jawatankuasa Induk PIBN

berhak menentukan jumlah pembiayaan yang diluluskan

kepada penerbit.

Page 8: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

8Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

10. PERINGKAT PEMBIAYAAN

BIL PERINGKAT PERATUS (%)

1.

Kelulusan kertas cadangan dan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa Induk PIBN dan menandatangani perjanjian.

20

2.Manuskrip bersih diserahkan kepada Urus Setia PIBN oleh penerbit.

30

3. Buku terbit. 50

Jumlah 100

Page 9: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

11. TATACARA KERJA Bagi memantapkan pengurusan dan penyaluran dana, berikut adalah tatacara kerja pelaksanaan projek PIBN:

11.1. Membuka permohonan melalui iklan kepada penerbit yang ingin menyertai program ini dengan menggunakan borang permohonan DBP.

11.2. Mendaftarkan dan membuat pra kelayakan penerbit.

11.3. Penerbit mengemukakan kertas cadangan, manuskrip lengkap dan borang laporan cadangan judul kepada Urus Setia PIBN. Dapatkan surat kelulusan JAKIM bagi manuskrip yang berkaitan agama.

11.4. Kertas cadangan dan manuskrip lengkap penerbit akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian PIBN untuk kelulusan.

11.5. Penerbit akan menandatangani perjanjian dengan DBP mengikut kategori dan jumlah pembiayaan yang diluluskan.

9Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Page 10: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

10Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Sambungan

11.6. Bayaran 20% akan dibuat selepas perjanjian

ditandatangani.

11.7. Penerbit akan menyerahkan manuskrip bersih

untuk pengesahan Urus Setia.

11.8. Bayaran 30% akan dibuat selepas manuskrip

bersih disahkan.

11.9. Penerbit memulakan proses menerbitkan buku.

11.10. Setelah buku terbit, penerbit hendaklah

menyerahkan 10 naskhah buku kepada Urus

Setia PIBN.

11.11. Bayaran 50% akan dibuat setelah buku terbit.

Page 11: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

12.1. Memenuhi syarat-syarat yang telah

dipersetujui dalam perjanjian.

12.2. Melakukan pembaikan berdasarkan

komen dan cadangan oleh JKPIBN dan

menyerahkannya dalam tempoh yang

ditetapkan.

12.3. Menyediakan manuskrip yang lengkap

dan bersih untuk diserahkan kepada

urus setia PIBN.

12.4. Menyerahkan 10 naskhah buku terbit

kepada Urus Setia.

11Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

12. TANGGUNGJAWAB PENERBIT

Page 12: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

12

1. Bilakah tarikh tutup permohonan dana PIBN ini?

Tidak ada tarikh tutup. Permohonan dibuka sepanjang masa sehingga dimaklumkan kelak.

Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Penilaian PIBN akan bersidang dari semasa ke semasa untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan penerbit.

2. Adakah terdapat had permohonan kepada penerbit untuk memohon dana?

Tiada had permohonan tetapi bagi penerbit yang telah menerima pembiayaan maksimum RM300,000.00 tidak akan dipertimbangkan lagi KECUALI bagi buku ilmiah dan buku umum (sains dan teknologi).

3. Adakah dana perlu dibayar semula kepada DBP?

Tidak. Dana yang disalurkan kepada penerbit tidak perlu dibayar semula.

Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

SOALAN LAZIM

Page 13: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

13

5. Bagaimana dengan produk akhir/ hasil penerbit?

Dana hanya membiayai ¼ daripada kos penerbitan sesebuah judul. Penerbit akan menanggung kos-kos lain seperti atur huruf, reka letak, percetakan, pemasaran dan pengedaran buku.

6. Apakah judul yang sesuai untuk diterbitkan?

DBP memberi kebebasan kepada penerbit untuk memilih judul mengikut kategori tetapi JKPIBN berhak untuk mencadangkan judul yang lebih sesuai.

Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Sambungan

4. Adakah dana PIBN membiayai keseluruhan kos penerbitan?

Tidak. Dana PIBN yang diluluskan hanya membantu penerbit dalam mengurangkan tanggungan kos penerbit merangkumi kos penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan dan penyediaan ilustrasi sehingga manuskrip bersih, tidak termasuk kos percetakan dan pemasaran.

Page 14: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

8. Mengapakah manuskrip ditolak?

Himpunan kertas kerja. Tesis yang masih belum diolah. Himpunan puisi atau cerita. Banyak buku yang sama dalam pasaran. Karya terjemahan.

14Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

9. Hubungan penerbit dengan DBP?

DBP tidak akan bertanggungjawab membantu pemasaran atau pengedaran buku penerbit. Penerbit perlu menghantar manuskrip bersih sebelum dicetak untuk bayaran tahap kedua. Semua hasil keuntungan/jualan adalah hak penerbit.

Sambungan

7. Apakah bidang yang sesuai untuk diterbitkan?

Penerbit boleh memilih bidang mengikut kategori dan spesifikasi yang ditetapkan.

Page 15: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

15Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

11. Hak Cipta

Tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987. Hak Cipta adalah hak penulis atau tertakluk kepada persetujuan antara penulis dengan penerbit.

12. Apakah syarat-syarat perjanjian?

Terma dan syarat ada terkandung dalam perjanjian. DBP berhak membatalkan perjanjian sekiranya penerbit gagal memenuhi syarat yang terkandung dalam perjanjian.

Sambungan

10. Hubungan penulis dengan penerbit?

Penerbit bertanggungjawab membayar atau membuat perjanjian dengan penulis sama ada bayaran melalui royalti atau honorarium. Hak penerbitan penulis juga ditanggung oleh penerbit.

Page 16: TATAURUSAN  DANA PENGGERAK  INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)

Semarak Industri Buku Negara

16Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara

Urus Setia PIBN,Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan, Jabatan Penerbitan, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tel : 03 – 2147 9497 / 2147 9498 / 2147 9510Faks : 03 – 2147 9621E-mel : [email protected] web : www.dbp.gov.my