tataetika dan tatakelakuan perniagaan kita · pdf file operasi dalam standard etika paling...

Click here to load reader

Post on 05-Jan-2020

7 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Tataetika Dan Tatakelakuan Perniagaan Kita

  • Flex ialah syarikat yang dibina berdasarkan hubungan dengan kepercayaan menjadi landasan dalam semua hubungan. Kita membina kepercayaan itu dengan sentiasa bertindak penuh integriti.

    Nilai kita dibentuk oleh komitmen untuk ketelusan, kebertanggungjawapan, rasa hormat dan rangkuman. Revathi Advaithi CEO Flex

  • i Surat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif kita

    1 Membuat Keputusan Beretika

    2 Integriti di Tempat Kerja

    3 Integriti untuk Syarikat dan Pemegang Saham Kita

    4 Integriti untuk Pelanggan dan Rakan Kongsi Perniagaan Kita

    5 Integriti dalam Rantaian Bekalan Kita

    6 Integriti dalam Komuniti Global Kita

    Akibat Ketidakpatuhan

    Kesimpulan

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 3

  • i. Surat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif kita

    Di Flex, kita mengambil serius kepatuhan dan etika. Itulah sebabnya Tataetika dan Tatakelakuan (“Kod”) kita sangat penting kepada Syarikat dan pekerja kita. Mematuhi undang-undang dan menjalankan operasi dengan integriti adalah teras identiti kita.

    Kod kita direka untuk memastikan setiap daripada kita, tanpa mengira jawatan yang kita pegang, menjalankan operasi dalam standard etika paling tinggi dalam setiap aspek kerja kita. Walaupun Kod tidak dapat merangkumi setiap cabaran yang mungkin kita hadapi di tempat kerja, ia membantu kita mengenal pasti masalah, menjadi lebih tahu mengenai dasar Flex dan bertindak dengan integriti dalam semua tindakan kita.

    Setiap pekerja, pegawai dan pengarah Flex mesti mengetahui, memahami dan mematuhi Kod serta prosedur dan dasar berkaitan yang dirujuk dalam Kod. Inilah yang kita harapkan dan perlukan apabila kita bekerja bersama, berinteraksi dengan pelanggan, menangani pemegang saham, bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan dan menyumbang kepada komuniti kita.

    Kita mesti menggunakan pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan yang mempengaruhi perniagaan kita. Kita juga mesti bertanya apabila kita mempunyai soalan. Setiap orang perlu merasa benar- benar selesa untuk segera melaporkan sebarang tingkah laku atau hal yang mungkin bertentangan dengan Kod atau dasar kita. Sememangnya dalam sesetengah keadaan anda diwajibkan melaporkan kejadian yang anda perhatikan.

    Dedikasi kita pada nilai utama, sifat kepimpinan dan budaya berintegriti akan membantu kita untuk terus berjaya sebagai perniagaan yang mapan, sihat dan berdaya saing.

    Terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat setiap hari dan memastikan kejayaan Syarikat kita.

    Revathi Advaithi Ketua Pegawai Eksekutif

    Michael Capellas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 4

  • Siapa yang mesti mematuhi Tataetika Dan Tatakelakuan Perniagaan Flex? Semua kakitangan, pegawai dan ahli lembaga pengarah Flex serta anak syarikatnya dan pihak gabungan terkawal dikehendaki memahami dan mematuhi Kod. Kita juga mengharapkan rakan kongsi, kontraktor, perunding, pembekal, pekerja sementara, pengedar dan wakil jualan Flex mematuhi Kod.

    Aplikasi Sebagai syarikat global, kita menyedari cabaran operasi di seluruh dunia. Banyak undang-undang mempunyai aplikasi antarabangsa, namun kita juga berhati-hati dalam mematuhi undang-undang negara tempat kita beroperasi dan kepelbagaian adat tempatan. Kita komited dalam memastikan setiap tindakan yang kita ambil mematuhi undang-undang sepenuhnya dan selaras dengan etika kita. Sekiranya pematuhan pada dasar Flex bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan, pekerja perlu bincangkan kebimbangan mereka dengan Jabatan Perundangan Flex.

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 5

  • 1 Membuat Keputusan Beretika

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 6

  • 1.1 Membuat Keputusan Beretika Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai sesuatu perkara atau tidak pasti tentang sebarang tindakan, tingkah laku, permintaan atau keadaan, tanya setiap soalan dalam carta alir di bawah pada diri dan ikut panduan. Jika anda percaya adat atau undang-undang dalam negara atau rantau anda berbeza daripada Tataetika Dan Tatakelakuan Perniagaan, dapatkan panduan daripada jabatan Perundangan. Anda juga boleh melaporkan sesuatu perkara secara tanpa nama dengan menggunakan Talian Penting Etika (“Talian Penting Etika”) pihak ketiga yang bekerjasama Flex atau sebarang sumber pelaporan lain yang dinyatakan dalam Bahagian1.2 Kod ini.

    Tanya Diri Anda:

    Adakah ia sah di sisi undang-undang?

    Adakah ia mematuhi dasar Flex?

    Adakah ia dirasakan seperti perkara yang betul untuk dilakukan?

    Adakah anda berasa selesa jika tindakan anda dilaporkan dalam media?

    Tidak.

    Jangan teruskan.

    Tidak Pasti. Jika anda tidak pasti, tanya pengurus anda untuk mendapatkan penjelasan atau gunakan satu daripada Sumber Pelaporan Kita. (Lihat Halaman Berikutnya)

    Ya.

    Jika jawapan kepada setiap soalan ini adalah “Ya”, anda BOLEH meneruskan Aktiviti itu.

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 7

  • 1.2 Tampil Bersuara: Bertanya Soalan dan Melaporkan Kebimbangan Di Flex, kita menyedari kepentingan “Tampil Bersuara” dan menggalakkannya pada setiap masa. Ini bermakna mempunyai keberanian untuk bertanya tentang sesuatu yang kelihatan tidak betul atau apabila anda tidak jelas mengenai dasar atau prosedur Flex atau kewajipan undang-undang Flex.

    Para pekerja diharapkan untuk tampil bersuara dan bertanya soalan atau melaporkan kebimbangan. Apabila anda melakukannya, anda melindungi Flex, jenama kita dan tapak kita serta anda membantu menambah baik operasi kita dan mencegah kemungkinan salah laku.

    Lihat juga Dasar Pengaduan Pengauditan dan Perakaunan.

    Apabila anda menyedari kelakuan atau kelakuan yang dicadangkan mungkin melanggar undang-undang, peraturan atau Kod ini, anda mesti melaporkan perkara itu melalui satu daripada sumber pelaporan yang dibincangkan dalam Kod ini. Selain itu, sebarang pelanggaran dasar Syarikat di luar Kod ini juga perlu dilaporkan melalui sumber pelaporan ini.

    1.3 Sumber Pelaporan Kita Beberapa cara disediakan untuk menyuarakan kebimbangan dan menerima bantuan daripada Talian Penting Etika sehingga Dasar Pintu Terbuka syarikat.

    Pengarah

    Pe ma

    tu ha

    n

    Mana-mana

    Pengurus

    Dasar Pintu Terbuka Talian Penting Etika

    Sumber Manusia

    Legal Department

    Ketua Pegawai Etika & Pematuhan

    Sumber Pelaporan Kita

    Pe la

    po ran

    Kesatuan

    Erop ah (EU)

    Ja b

    atan

    Perundangan

    TATAETIKA DAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN | 8

    https://secure.ethicspoint.com/domain/media/en/gui/17667/index.html https://flextronics365.sharepoint.com/HR/Pages/Policies/Open-Door-Policy.aspx https://flextronics365.sharepoint.com/HR/Pages/Policies/Open-Door-Policy.aspx

  • Talian Penting Etika Flex menyenggara Talian Penting Etika untuk membolehkan pekerja, pegawai, pengarah dan rakan kongsi perniagaan menyuarakan kebimbangan mereka tanpa rasa takut pada tindakan balas. Talian Penting Etika sedia ada 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan perkhidmatan terjemahan disediakan. Laporan boleh dibuat secara tanpa nama.

    Flex tidak bertolak ansur dengan tindakan balas. Jika anda mempunyai soalan mengenai prosedur atau dasar Flex atau mempunyai kebimbangan mengenai sebarang tindakan atau tindakan yang dicadangkan, kami mahu anda berasa selesa untuk berjumpa seseorang seperti pengurus Flex, ahli Pasukan Etika & Pematuhan kita, mana-mana peguam dalam Jabatan Perundangan, Pengurus Sumber Manusia, dll. untuk menyatakan soalan atau kebimbangan anda. Apabila anda merasa tidak selesa untuk mendapatkan bantuan dengan cara itu, anda perlu menggunakan Talian Penting Etika untuk melaporkan kebimbangan anda secara tanpa nama.

    Flex mengambil serius semua dakwaan dan akan mengkaji serta menyiasat setiap perkara sewajarnya.

    Mana-mana Pengurus Pengurus ialah individu yang menyelia individu lain, mengawasi kerja kita dan bertindak sebagai ketua dan model peranan dalam Syarikat kita. Selalunya mereka adalah sumber pertama dan terbaik untuk bantuan.

    Flex menyokong persekitaran yang terbuka serta menghormati dan Dasar Pintu Terbuka syarikat menggalakkan pekerja menghubungi Pengurus atau mana-mana Pengurus jika anda mempunyai soalan atau kebimbangan.

    Sekiranya soalan atau kebimbangan itu melibatkan Pengurus anda atau jika anda tidak selesa untuk bercakap dengan Pengurus langsung anda, anda sepatutnya berasa selesa untuk bercakap dengan Pengurus lain sama ada di dalam atau di luar kawasan anda, wakil Sumber Manusia tempatan anda, mana-mana ahli Pasukan Etika & Pematuhan atau sebarang sumber pelaporan lain yang disediakan. Mereka ada untuk membantu anda!

    Pengarah Pematuhan Pengarah Pematuhan ialah pakar dalam bidang pematuhan utama kita iaitu Antitrust, Antirasuah, Perlindungan Jenama, Maklumat Sulit, Keselamatan & Tadbir Urus Korporat, Privasi Data, Alam Sekitar, Kewangan, IT Global, Perdagangan Global, Kesihatan & Keselamatan, Keselamatan IT, Harta Intelektual, Buruh & Pekerjaan, Pengawalaturan Perubatan, Perolehan dan Cukai.

    Setiap Pengarah Pematuhan bertanggungjawab bagi memastikan kita mematuhi dasar, prosedur dan undang-undang berkaitan dalam bidang pematuhan ini.

    Pengarah Pematuhan ialah sumber yang anda boleh hubungi jika anda mempunyai soalan menge