apr 2019 tatalaku bt - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak bt, di mana-mana...

22
Tatalaku BT - tataetika kita Apr 2019

Upload: truongnhu

Post on 12-Jul-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Tatalaku BT- tataetika kita

Apr 2019

Page 2: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Tidak pasti di mana untuk mendapatkan bantuan? Jika anda memerlukan bantuan sila berbincang dengan pengurus peringkat anda atau gunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita. Atau anda boleh menghubungi Bersuara.

Apakah yang terdapat dalamnya?

Apakah tataetika kita? 2

Memainkan peranan anda 3

Kita mematuhi undang-undang 4

Kita menghormati hak asasi manusia dan satu sama lain 5

Kita tidak bertolak ansur dengan sogokan dan rasuah 9

Kita mematuhi peraturan tentang perlakuan kewangan 10

Kita mengelakkan konflik kepentingan 11

Kita mendaftarkan hadiah dan layanan baik 12

Kita bersaing secara adil 13

Kita melindungi maklumat dan memastikan aset BT selamat 15

Kita mengambil berat tentang kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan 19

Kita menjaga alam sekitar 20

Page 3: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Perlukan bantuan Jika anda memerlukan bantuan sila berbincang dengan pengurus peringkat anda atau gunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita.

Jika anda seorang pembekal, anda juga boleh mendapatkan maklumat di Selling2BT tentang cara sesetengah dasar dalam tataetika kami berkaitan dengan anda secara langsung.

BersuaraBersuara ialah talian penting bebas, percuma dan sulit yang boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. Anda juga boleh membangkitkan kebimbangan anda dalam talian dan secara tanpa nama jika anda mahu, tertakluk pada undang-undang tempatan.

Menggunakan Bersuara sering kali merupakan cara yang terbaik dan paling selamat untuk membangkitkan isu etika yang sensitif dengan seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan pasukan anda.

Kami tahu bahawa keberanian diperlukan untuk bersuara. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong dan melindungi anda. Kami juga tidak akan membiarkan sesiapa sekalipun untuk membalas dendam terhadap anda kerana melaporkan kebimbangan anda. Sekiranya seseorang cuba menghalang anda daripada bersuara, itu juga merupakan kesalahan disiplin dan kami akan menanganinya dengan serius.

2

Apakah tataetika kita?Ia adalah tentang cara kita melakukan kerja di BT, etika perniagaan kita.

Supaya semua orang tahu cara untuk bertindak dan perkara yang dikehendaki daripada mereka. Kita bertindak dengan integriti. Kita mematuhi peraturan. Kita juga tahu tempat untuk mendapatkan bantuan jika kita menghadapi keputusan yang sukar.

Tataetika kita membantu kita membuat keputusan yang tepat, sama ada kita bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT.

Ia sejajar dengan nilai-nilai kitaPeribadi. Mudah. Cemerlang.

Dan tujuan kitaUntuk menggunakan kuasa komunikasi demi menjadikan dunia lebih baik.

Setiap orang yang bekerja di BT memainkan peranan. Dan nilai-nilai, tujuan dan tataetika kita mentakrifkan diri kita dan pendirian kita, apabila bersama.

Page 4: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

1 2 3

3

Memainkan peranan anda

Perkara yang perlu anda lakukan:

• membiasakan diri dengan tataetika kita dan mengamalkannya setiap hari

• mematuhi tataetika kita, walaupun ia bertentangan dengan adat tempatan

• mengamalkan nilai-nilai BT• mengetahui tempat untuk mendapatkan

bantuan• menegur salah laku.

Jika anda seorang pengurus pekerja, anda juga perlu:

• menjadi Pemimpin Mudah Hubung dan menjadi teladan kepada pasukan anda

• mewujudkan budaya terbuka yang membolehkan pekerja membangkitkan kebimbangan tanpa rasa takut terhadap tindakan balas

• mempercayai pekerja anda untuk membuat keputusan – tetapi mengesahkan pendekatan dan pemahaman mereka

• kerap membincangkan tataetika kita dengan pasukan anda, termasuk akibat tidak mematuhi tataetika kita

• mengiktiraf pekerja dalam pasukan anda yang melakukan perkara yang betul.

Kadang-kadang kita semua perlu membuat keputusan yang sukar.Sekiranya ragu-ragu, tanya diri anda:• adakah ia sejajar dengan tataetika kita?• adakah ia sah di sisi undang-undang?• adakah saya akan berasa gembira membaca

tentang hal ini dalam akhbar atau media sosial?

• adakah saya selesa dengan keputusan ini?• bolehkah saya menjelaskan keputusan saya

kepada rakan sekerja atau keluarga saya?

Sekiranya anda tidak pasti, berbincang dengan bahagian Undang-undang BT.

Apakah yang berlaku jika saya tidak mematuhi tataetika kita?

Akibatnya dapat menjadi sangat serius. Anda mungkin merosakkan reputasi kita. Kita mungkin menghadapi denda dan penalti yang besar. Malah, mungkin terdapat liabiliti jenayah terhadap anda, pengurus anda dan BT sebagai sebuah syarikat.

Jika anda tidak mematuhi tataetika kita, kami akan menyiasat dengan sepenuhnya. Kami mungkin mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya, sehingga dan termasuk pemecatan.

Page 5: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini Undang-undang tempatan di negara saya bercanggah dengan perkara yang dinyatakan dalam Tatalaku BT – tataetika kita. Apakah yang harus saya lakukan?

Standard dan tataetika kita yang tinggi dikenakan di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan. Namun, kita juga harus mematuhi undang-undang tempatan. Kadangkala mungkin terdapat percanggahan antara undang-undang tempatan dan tataetika kita. Dapatkan bantuan dengan berbincang dengan pengurus peringkat anda dan bahagian Undang-undang BT.

4

Kita mematuhi undang-undang

Anda mesti mematuhi semua undang-undang yang berkenaan dengan kerja anda.

Bagi pekerja di UK dan bagi pasukan yang berhubung dengan pelanggan UK, ini termasuk semua tanggungjawab kawal selia kita kepada Ofcom. Kita telah memberi Ofcom dan industri satu set komitmen tentang cara Openreach akan beroperasi sebagai sebuah entiti bebas, cara kita memastikan para pelanggan dilayan secara saksama dan menguatkuasakan peraturan tentang perkongsian maklumat.

Terdapat juga undang-undang yang dikenakan pada peringkat antarabangsa seperti Akta Rasuah UK dan Akta Amalan Rasuah dan Asing AS.

Di kebanyakan negara, kita beroperasi di bawah syarat lesen atau peraturan lain yang mungkin mengenakan kewajipan, membataskan tindakan kita atau bermakna kita perlu memaklumkan kerajaan tentang perkara yang sedang kita lakukan. Anda perlu sedar – dan mematuhi – mana-mana peraturan yang dikenakan untuk kerja anda.

Sebagai sebuah syarikat global, kita perlu berhati-hati tentang tempat kita berdagang dan pihak yang berdagang dengan kita. Ini termasuk mematuhi embargo dan sekatan yang dikenakan ke atas sesetengah negara, kumpulan negara atau individu.

Jika anda melanggar undang-undang semasa menjalankan tugas anda, kedua-dua anda dan BT boleh dipertanggungjawabkan. Ia juga dapat menyebabkan penalti sivil dan jenayah.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Hubungi bahagian Undang-undang BT

S.

J.

Page 6: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

5

Kita menghormati hak asasi manusia dan satu sama lain

Hak asasi manusia mengiktiraf martabat dan kesamaan yang wujud bagi setiap orang, tanpa mengira identiti individu atau tempat tinggal mereka.

Kita mesti menghormati Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa apabila kita menjalankan perniagaan. Kita percaya bahawa perkhidmatan komunikasi kita mempunyai kesan yang positif terhadap masyarakat dan memberikan kuasa kepada orang ramai untuk melaksanakan hak dan kebebasan mereka.

Tetapi kita juga menyedari bahawa kita mungkin menjejaskan hak asasi manusia secara negatif sama ada melalui diri kita sendiri, atau melalui hubungan perniagaan kita yang lebih luas. Oleh itu, kita berfikir dengan teliti tentang hak pekerja kita, pekerja dalam rantaian bekalan kita, pelanggan kita dan komuniti yang lebih luas di tempat kita beroperasi. Sebagai sebuah syarikat komunikasi, kita berpotensi memberikan kesan kepada hak privasi dan yang paling pentingnya, penyataan secara bebas. Dasar hak asasi kita menetapkan cara kita berusaha untuk mengurangkan risiko.

Perhambaan moden ialah isu yang semakin global. Perkara ini tidak boleh diterima dalam operasi kita sendiri atau pihak yang bekerja dengan kita atau bagi pihak kita. Perhambaan moden termasuk perdagangan manusia, buruh paksa, terikat, kanak-kanak atau penjara. Tiada sesiapa pun yang harus dilucutkan dokumen identiti mereka, atau perlu membayar untuk bekerja dengan kita.

Kita hanya mahu bekerja dengan orang yang memilih untuk bekerja secara bebas, dengan hak terhadap peluang yang sama, kebebasan bersekutu dan tawar-menawar secara kolektif.

Page 7: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Tonton filem kita tentang Perhambaan Moden.

Bincangkan hal ini

Saya rasa salah seorang subkontraktor yang bekerja untuk pembekal kita mungkin menggunakan pekerja asing tanpa memeriksa sama ada mereka berhak untuk bekerja atau membayar mereka dengan kadar tempatan. Adakah saya harus melakukan apa-apa?

Ya. Walaupun subkontraktor tersebut bukan pembekal langsung kepada kita, mereka masih bekerja dalam rantaian bekalan kita. Anda harus berhubung dengan pasukan Tadbir Urus & Jaminan Perolehan untuk mendapatkan nasihat. Sekiranya subkontraktor tersebut diarahkan untuk berhenti menggunakan mereka, mereka mungkin diletakkan dalam kedudukan yang lebih teruk, oleh itu, kita perlu bekerjasama dengan perniagaan untuk mewujudkan cara bekerja yang sah dan adil.

6

Komitmen kita Kita menyertai Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu apabila ia mula ditubuhkan pada tahun 2000. Ia menggalakkan syarikat-syarikat untuk menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan sejajar dengan sepuluh prinsip tentang hak asasi manusia, tenaga buruh, alam sekitar dan antirasuah.

Kita juga melaksanakan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perniagaan dan Hak Asasi Manusia. Ia menyatakan bahawa syarikat harus mengelak daripada mencabuli hak-hak orang dan menangani kesan negatif yang mungkin dikaitkan dengan hubungan perniagaan mereka.

Setiap tahun kita melaporkan langkah-langkah yang kita ambil untuk memastikan tiada perhambaan moden dalam perniagaan kita atau rantaian bekalan kita.

Kita menghendaki pekerja dan rakan perniagaan kita supaya memperlakukan orang secara adil, menghormati hak dan martabat semua orang yang berurusan dengan mereka atau orang yang mungkin terlibat ketika menjalankan perniagaan.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Jika anda tidak pasti tentang tindakan yang betul, hubungi pasukan Hak Asasi Manusia kita. Atau anda boleh menghubungi Bersuara. Di UK, sesiapa sahaja boleh melaporkan kebimbangan tentang perhambaan moden pada bila-bila masa kepada Talian Bantuan dan Pusat Sumber Perhambaan Moden di 0800 0121 700 atau dalam talian di http://www.modernslaveryhelpline.org.

S.

J.

Page 8: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Apakah yang boleh saya lakukan secara peribadi untuk menggalakkan kepelbagaian dalam BT?

Kita semua mempunyai peranan untuk memastikan penglibatan orang lain dalam populasi yang berbagai-bagai kita dengan mengelakkan andaian dan memahami kepelbagaian kemahiran dan pengalaman rakan sekerja. Hal ini adalah tentang setiap orang dalam BT memikirkan cara mereka dapat bekerja dengan orang lain yang mungkin tidak seperti mereka, dan tentang setiap pemimpin dalam BT memastikan bahawa kita memperlakukan pasukan kita secara adil dan saksama.

Tiada sesiapa pun di BT yang harus menghadapi halangan disebabkan oleh diri mereka. Kita merasai nikmat bekerja dalam organisasi yang pelbagai dan mendapat faedah daripada melihat perkara dengan cara yang berbeza. Kita memperlakukan semua orang secara sama rata dan tidak bertolak ansur dengan sebarang gangguan atau prasangka.

7

Kita menghormati antara satu sama lain dan menjadikan BT sebuah tempat yang kita bangga untuk bekerja. Kita mahu semua orang yang bekerja di sini untuk berasa mereka boleh menjadi diri sebenar mereka.

Kita menghargai dan mengalu-alukan kepelbagaian. Kita tidak akan memperlakukan sesiapa secara berbeza daripada yang lain kerana bangsa mereka; jantina; agama/kepercayaan; kecacatan; status perkahwinan atau pasangan sivil; umur; status ibu atau bapa; orientasi seksual; identiti jantina; penyataan jantina; tanggungjawab penjagaan, atau apa-apa ciri.

Kita mahu BT menjadi tempat yang semua orang berasa bebas untuk memberikan sumbangan unik mereka sendiri. Kita telah berusaha keras untuk mewujudkan budaya yang adil dan merangkumi semua, dan kita akan terus berbuat demikian.

Ia bukan hanya menghormati satu sama lain, tetapi juga para pelanggan, pembekal dan rakan kongsi kita. Kita menghendaki pengurus kita supaya memimpin melalui teladan dan membanteras prasangka di mana-mana jua mereka mendapatinya.

Keadilan dan kesaksamaan dalam perlakuan terhadap orang lain

Kita berusaha untuk memastikan bahawa ini merupakan tempat kerja yang adil dan saksama untuk semua orang. Kita bekerja dalam rangka kerja undang-undang jelas yang melarang diskriminasi. Tetapi lebih daripada itu, kita komited untuk menghapuskan sebarang sikap berat sebelah yang mungkin wujud dalam cara kita melakukan kerja - di mana-mana jua kita bekerja.

Kita juga tidak akan meletakkan orang dalam keadaan yang merugikan, dengan membuat syarat atau keperluan yang tiada alasan yang wajar. Semasa bekerjasama kita semua mesti menunjukkan sensitiviti dan menghormati perasaan, budaya dan perbezaan orang lain.

S.

J.

Page 9: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Seseorang yang bekerja dengan saya diganggu oleh seseorang yang berpangkat lebih kanan. Saya rasa saya harus melaporkannya, tetapi saya tidak mahu terjerat dalam masalah. Apakah yang harus saya lakukan?

Jangan abaikannya. Kita harus membanteras tingkah laku sebegini. Maklumkan pengurus peringkat anda. Atau jika anda berasa tidak selesa untuk berbuat demikian, maklumkan rakan perniagaan HR anda. Jangan risau, mereka akan memastikan ia sulit. Anda tidak akan menghadapi masalah kerana melakukan perkara yang anda benar-benar percayai adalah yang terbaik.

8

Tingkah laku umum Anda mesti memperlakukan rakan sekerja anda dengan penuh hormat dan menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian. Tingkah laku suka menghalang, pergaduhan, sebarang jenis gangguan dan bahasa kasar tidak boleh diterima, begitu juga dengan melakukan kerja di bawah standard yang dikehendaki secara sengaja.

Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk pembulian atau gangguan terhadap pekerja kita. Itu termasuk menggunakan media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli orang-orang kita.

Lihat portal Laman Utama HR. Atau anda boleh berbincang dengan pengurus peringkat anda. Sekiranya anda tidak mahu berbincang dengan pengurus peringkat anda, Tanya HR dengan mengemukakan kes di portal Laman Utama HR. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita.

S.

J.

Page 10: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Saya telah menyediakan semua dokumen dengan betul, tetapi pihak kastam masih menahannya. Saya rasa tip yang kecil akan membantu mempercepatkan proses ini. Adakah itu OK?

Tidak, itu merupakan rasuah. Walaupun sesetengah negara membenarkan ‘bayaran pemudahan’, kita tidak membenarkannya. Ia haram di bawah Akta Rasuah UK yang dikenakan kepada BT di seluruh dunia.

9

Kita tidak bertolak ansur dengan sogokan dan rasuah

Jika anda membuat, memberi kuasa, mencari atau menerima sebarang jenis tawaran, sogokan hadiah atau bayaran untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan yang tidak adil, itu merupakan rasuah. Ia tidak semestinya melibatkan wang.

Dasar antirasuah dan sogokan kita dikenakan di seluruh dunia. Sebagai seorang yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, anda bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan mematuhi dasar ini.

Jika anda melanggar undang-undang antirasuah dan sogokan, anda mungkin mengundang penalti jenayah atau sivil kepada diri anda sendiri, BT atau rakan kongsi kita.

Jika anda mengesyaki bahawa seseorang yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT mungkin mengambil bahagian dalam sogokan atau rasuah, walau sekecil mana

pun, anda mesti membangkitkan isu dengan menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita atau melalui talian penting Bersuara yang sulit. Anda juga boleh berbincang dengan pengurus peringkat anda.

Rasuah boleh wujud dalam banyak bentuk dan kita tidak dapat menyenaraikan kesemua bentuk tersebut.

Namun, awas terhadap: • bayaran tunai yang luar biasa • hadiah mewah yang diberikan atau diterima • bayaran yang besar atau luar biasa kepada

ejen atau pihak ketiga yang lain • keputusan yang tidak dijangka atau tidak

logik dalam menerima projek atau kontrak • memintas prosedur tender, kontrak atau

pembayaran yang biasa • prosedur syarikat, kawalan kewangan

atau garis panduan tidak dipatuhi.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak bantuan sila berbincang dengan pengurus peringkat anda atau gunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita. Anda juga boleh membangkitkan sebarang kebimbangan atau salah laku yang disyaki kepada talian bantuan Bersuara.

S.

J.

Page 11: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Walaupun masih belum diketahui umum, saya tahu melalui kerja saya bahawa sekarang ialah masa yang baik untuk membeli saham BT. Bolehkah saya memberitahu keluarga dan rakan-rakan saya?

Tidak, itu merupakan perdagangan orang dalam dan penalti kerana berbuat demikian mungkin serius.

10

Kita mematuhi peraturan tentang perlakuan kewanganKita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis salah laku kewangan termasuk penipuan, pengelakan cukai dan pemudahan pengelakan cukai atau pelaburan wang haram.

Kita mentakrifkan penipuan sebagai kecurian, keuntungan peribadi atau faedah yang melibatkan penyataan palsu, kegagalan untuk mendedahkan maklumat, penyalahgunaan kedudukan atau penyelewengan, penindasan atau pemalsuan rekod.

Pemudahan pengelakan cukai dan kegagalan untuk mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mencegah pemudahan pengelakan cukai ialah kesalahan jenayah. Ia berlaku apabila sesebuah syarikat gagal mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menghalang pihak bersekutu daripada memudahkan pengelakan cukai bagi pembayar cukai di bawah undang-undang UK atau luar negeri yang sedia ada.

Akibat tidak mematuhi peraturan tentang penipuan atau sebarang jenis salah laku kewangan yang lain adalah serius dan dapat mengakibatkan denda yang besar atau hukuman penjara.

Perdagangan orang dalam Perdagangan orang dalam ialah satu jenayah. Pekerja BT yang memegang saham dalam syarikat perlu berhati-hati supaya tidak menggunakan sebarang maklumat sulit untuk mempengaruhi mereka semasa membeli atau menjual saham (atau mengesyorkan kepada orang lain supaya berbuat demikian).

Sesetengah pengurus kanan perlu mendapatkan kebenaran sebelum mereka boleh membeli dan menjual saham dan mungkin tidak boleh berbuat demikian pada masa-masa tertentu dalam setahun (misalnya sekitar keputusan tahunan).

Jika anda ingin melaporkan penipuan atau sebarang salah laku kewangan, anda boleh menghubungi Pusat Kawalan Keselamatan kita:

Di UK dengan menghubungi talian 0800 321999 dan di luar UK dengan menghubungi talian +44 1908 641100.

Atau anda boleh menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita. Untuk membangkitkan perkara secara tanpa nama di kebanyakan negara, hubungi Bersuara.

S.

J.

Page 12: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal iniPasangan saya mempunyai sebuah firma percetakan kecil, dan saya pasti mereka dapat membuat risalah kita dengan harga yang jauh lebih murah. Bolehkah saya memberikan kontrak kepada mereka?

Tidak. Bayangkan keadaannya sekiranya orang menyedari bahawa anda telah memberikan kontrak kepada pasangan anda. Jika pasangan anda merancang untuk membida bagi kerja BT, anda mesti mengisytiharkan hubungan anda dengan segera dan orang lain harus menyelia proses perolehan tersebut.

Lihat animasi ringkas kita tentang konflik kepentingan.

11

Kita mengelakkan konflik kepentinganKonflik kepentingan ialah mana-mana situasi yang kesetiaan anda mungkin kelihatan bertentangan dengan tugas anda kepada BT.

Konflik kepentingan mungkin berupa kewangan, seperti mempunyai pegangan saham yang besar dalam syarikat pesaing, bekerja untuk pesaing atau pembekal, atau mempunyai pekerjaan lain yang menyebabkan kerja BT anda terjejas. Ia juga mungkin tidak berkaitan dengan wang - seperti konflik yang timbul daripada hubungan keluarga rapat atau hubungan peribadi yang lain.

Kami menghendaki semua orang yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT supaya terbuka dan jujur, dalam apa jua bahagian atau tahap organisasi kita yang anda bekerja. Anda tidak boleh menggunakan kedudukan anda (atau sebarang maklumat dalaman) untuk keuntungan peribadi anda, atau dengan cara yang dapat merosakkan perniagaan kita - atau memberikan alasan kepada orang lain untuk mempercayai bahawa anda mungkin berbuat demikian.

Tempat untuk mendapatkan bantuanKita mempunyai Daftar Kepentingan yang perlu digunakan oleh anda untuk memaklumkan kami tentang kepentingan kewangan dan peribadi atau keluarga anda yang mungkin menjejaskan tugas anda. Dengan mengisytiharkan kepentingan kita, kita dapat memastikan bahawa kita telus dalam urusan perniagaan kita. Etika dan Pematuhan Kumpulan menyemak setiap pendaftaran dan memberikan nasihat dan bimbingan, supaya anda boleh mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku, atau cuma memberikan jaminan bahawa anda telah melakukan perkara yang betul.

Sekiranya anda tidak berasa anda dapat bercakap dengan sesiapa secara langsung dan ingin bersuara dengan yakin, hubungi talian bantuan Bersuara kita.

S.

J.

Page 13: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Seorang rakan perniagaan telah menjemput saya untuk menghadiri makan malam yang akan dianggap mewah di sesetengah negara - tetapi ia sangat biasa di sini. Apakah yang harus saya lakukan?

Tindakan yang terbaik adalah dengan menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan. Penampilan diambil kira, walaupun anda pasti tidak ada agenda yang tersembunyi. Hadiah dan layanan baik harus telus dan munasabah. Jika ragu-ragu, tolak secara sopan. Ingat untuk mendaftar dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu bagi hadiah atau layanan baik jika ia melebihi ambang pendaftaran.

12

Kita mendaftarkan hadiah dan layanan baik Hadiah dan layanan baik boleh menjadi sebahagian daripada pembinaan hubungan perniagaan yang normal dan sihat. Namun, kita tidak akan sekali-kali menawarkan atau menerima hadiah, bayaran atau layanan baik untuk menggalakkan atau memberikan ganjaran atas sesuatu keputusan.

Budaya yang berbeza mempunyai sikap yang berbeza terhadap perkara yang boleh diterima. Sebagai sebuah perniagaan antarabangsa, kita perlu menghormati perbezaan ini, sambil tetap berpegang pada tataetika kita.

Kita mempunyai dasar hadiah dan layanan baik untuk membantu anda mengetahui perkara yang boleh diterima atau yang tidak boleh diterima. Jika anda memberikan atau menerima sebarang jenis hadiah atau layanan baik, anda mesti mematuhi dasar.

Anda tidak harus memberikan atau menerima hadiah atau layanan baik jika ia bertujuan untuk mempengaruhi anda atau penerima dan anda tidak boleh memberikan atau menerima hadiah dan layanan baik yang mewah atau keterlaluan, walau dalam apa jua keadaan.

Anda mesti mendaftar dan mendapatkan kelulusan untuk sebarang hadiah dan layanan baik.

Kita tidak menyokong atau membuat derma (secara tunai, barangan atau perkhidmatan) kepada mana-mana parti politik, kempen bagi mana-mana calon untuk jawatan yang dipilih, atau sebagai sokongan mana-mana pegawai yang dipilih. Walau bagaimanapun kita menghormati hak pekerja kita untuk menyokong aktiviti politik secara peribadi, selagi ia tidak berkaitan dengan BT.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Hubungi Daftar hadiah dan layanan baik

S.

J.

Page 14: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Salah satu pembekal kita juga merupakan pelanggan dan pesaing. Adakah terdapat sebarang had atas cara kita boleh bekerjasama?

Secara teorinya, tiada. Kerjasama ialah sebahagian daripada perniagaan telekomunikasi. Sesetengah syarikat ialah pelanggan, pembekal dan pesaing kita. Kita juga perlu bekerjasama dengan mereka dalam projek-projek tertentu. Itu tidak semestinya satu masalah, tetapi hubungan ini perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Sebagai contoh, satu bahagian daripada hubungan tersebut tidak boleh bergantung pada bahagian yang lain. Anda juga perlu memberikan perhatian yang teliti tentang maklumat yang anda kongsi dengan (atau kumpul tentang) syarikat yang merupakan pesaing kita - terutamanya tentang harga dan kos.

13

Kita bersaing secara adil

Kita bersaing secara bersungguh-sungguh tetapi adil, bersikap jujur, penuh hormat dan boleh dipercayai dalam semua urusan kita. Tidak ada salahnya jika kita menggunakan setiap sumber yang kita ada untuk mendapatkan kelebihan daya saing yang sah: orang-orang kita, pengetahuan kita, pengalaman kita. Tetapi kita mesti bertindak secara beretika selaras dengan nilai-nilai kita, dasar, undang-undang dan kewajipan kawal selia kita.

mematuhi semua kewajipan kawal selia yang boleh dikuatkuasakan oleh Ofcom di samping “Komitmen” sukarela kita bahawa Openreach mesti memberikan layanan serupa terhadap semua penyedia komunikasi. Terdapat peraturan tentang mendedahkan maklumat sulit dan komersial pelanggan kepada bahagian BT yang lain. Kita juga mempunyai proses yang ketat tentang cara kita terlibat dengan Openreach supaya mereka boleh beroperasi secara berasingan daripada seluruh syarikat.

Kita percaya terhadap pasaran bebas. Ini bermakna bahawa kita menghormati hak pesaing kita untuk menjalankan perniagaan mereka, dan kita tidak menekan atau memaksa pelanggan kita untuk memilih kita berbanding pesaing kita.

Kita hanya boleh membuat kenyataan awam tentang syarikat lain selagi ia adalah tepat, terkini dan relevan, dan kita mematuhi kewajipan kawal selia kita dan undang-undang dari segi sumber kita mendapatkan maklumat. Namun, kita lebih ingin membincangkan kekuatan kita sendiri daripada berbincang tentang pesaing kita.

S.

J.

Page 15: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Salah seorang daripada pesaing kita mencadangkan agar kita bersetuju untuk mengelakkan pelanggan dan wilayah masing-masing. Adakah itu OK?

Tidak. Ini adalah haram di kebanyakan negara dan membincangkan tentang ini juga adalah tidak beretika dan mungkin menyalahi undang-undang. Laporkan perbualan tersebut kepada pengurus peringkat anda dengan serta-merta. Sekiranya tidak, anda dan BT mungkin menghadapi denda atau dakwaan jenayah.

14

Walaupun undang-undang persaingan dan perdagangan saksama berbeza-beza dari negara ke negara, banyak negara mempunyai (atau sedang membawa masuk) undang-undang untuk mencegah perjanjian antisaing, untuk menghentikan satu pesaing daripada melemahkan atau mensabotaj pesaing lain, atau untuk mencegah syarikat-syarikat yang berkuasa daripada mengeksploitasi pelanggan mereka. Sentiasa patuhi tataetika kita – melainkan undang-undang tempatan menghendaki standard yang lebih tinggi. Sekiranya anda tidak pasti, berbincang dengan bahagian Undang-undang BT.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak bantuan anda boleh menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita.

Anda juga boleh membangkitkan kebimbangan secara rahsia menerusi talian penting Bersuara kita.

S.

J.

Our Commitments code of practice for BT and Openreach

Page 16: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Bagaimana pula apabila kita menggunakan pembekal pihak ketiga, adakah kita tidak perlu risau tentang Prinsip Privasi? Pastinya itu kebimbangan untuk pihak ketiga tersebut?

Kita perlu memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan data peribadi bagi pihak kita mengambil langkah yang betul untuk melindungi data peribadi tersebut. Ini bermakna lebih daripada sekadar memasukkan klausa perlindungan data yang betul dalam kontrak.

Pihak ketiga mesti terbuka dan telus tentang cara mereka mengendalikan data peribadi kita dan kita harus menjalankan usaha wajar data yang sepatutnya sebelum kita berurus niaga dengan mereka. Ingat, privasi ialah isu yang memberi kesan kepada jenama dan kita tetap memiliki tanggungjawab utama terhadap data peribadi yang kita simpan. Berbincang dengan pasukan Privasi Data sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan tentang isu perlindungan data pihak ketiga.

15

Kita melindungi maklumat dan memastikan aset BT selamatKita melindungi maklumat sulit dan peribadi tentang syarikat, pekerja dan pelanggan kita. Kita sering kali perlu menggunakan maklumat untuk menjalankan tugas kita. Anda harus sentiasa memperlakukan data sedemikian seperti ia kepunyaan anda sendiri. Pastikan ia selamat dan terjamin dan fikirkan tentang perkara yang anda mahu dilakukan sekiranya ia merupakan maklumat tentang anda.Pelanggan, perniagaan dan organisasi sektor awam mempercayai kita untuk mengendalikan data peribadi mereka secara selamat dan terjamin. Kita mempunyai satu set peraturan mengikat yang perlu dipatuhi oleh orang yang bekerja untuk, dengan dan bagi pihak BT. Peraturan ini diringkaskan dalam Prinsip Privasi kita. Semua orang di BT mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa kita mengendalikan data selaras dengan peraturan ini, kontrak pelanggan kita dan undang-undang privasi data.

Jangan sekali-kali berbincang atau mendedahkan data kepada rakan sekerja (atau orang yang mendakwa sebagai rakan sekerja) melainkan jika ada keperluan perniagaan untuk berbuat demikian.

Maklumat tentang orang

Maklumat tentang orang juga dikenali sebagai data peribadi – ini mungkin, sebagai contoh nama seseorang, alamat, nombor telefon, alamat e-mel peribadi, nombor akaun, akaun

bank atau maklumat bil. Ia termasuk data yang disimpan dalam sistem kita, dalam dokumen kertas, e-mel, rakaman panggilan, telefon bimbit atau media storan yang lain.

Terdapat peraturan tambahan tentang perkara yang dikenali sebagai ‘kategori khas data peribadi’. Contohnya termasuk maklumat tentang kesihatan seseorang, kaum, kepercayaan agama, pendapat politik, keahlian kesatuan sekerja, data biometri dan genetik atau seksualiti.

Cara kita bekerja

Sekiranya kerja anda melibatkan pengendalian kategori data peribadi yang khas, anda harus memahami cara untuk melakukan tugas ini dengan bersesuaian. Sekiranya perlu, minta nasihat pasukan privasi data sebelum berbuat demikian.

Dari segi undang-undang, kita perlu melaporkan kejadian data secara rasmi kepada Pengawal Perlindungan Data. Oleh itu, walaupun anda tidak pasti, sentiasa laporkan sebarang pelanggaran data yang disyaki dengan segera kepada pihak Keselamatan BT.

S.

J.

Page 17: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Saya mempunyai masalah prestasi dengan beberapa perisian baharu dan ingin berkongsi konfigurasi saya dengan pembekal, bolehkah saya menghantar konfigurasi ini kepada mereka melalui e-mel?

Tidak. Anda harus terlebih dahulu menyemak klasifikasi dan kandungan data konfigurasi, mungkin terdapat maklumat yang tidak sesuai dilihat oleh pembekal seperti butiran akaun dan kata laluan, alamat IP dan sebagainya. Mungkin juga terdapat keperluan untuk menghantar data secara selamat supaya kita dapat memastikan tiada pihak lain yang dapat melihat maklumat tersebut. Ketahui lebih lanjut dalam dasar kita dan spesifikasi pengendalian data

Tonton filem ringkas kita tentang Privasi mengikut Reka Bentuk.

16

Maklumat lain

Kita juga perlu melindungi maklumat lain yang bukan tentang orang. Ia mungkin tentang rancangan untuk produk baharu; ia mungkin berupa angka jualan; butiran cara mengkonfigurasi sesetengah perkakasan; daftar risiko, maklumat yang dapat menjejaskan harga saham kita, ataupun sesetengah maklumat yang pelanggan mahu memberi kepada kita.

Untuk menyimpan maklumat ini dengan selamat, kita mesti terlebih dahulu mengklasifikasi maklumat ini, dan kemudian mengendalikan maklumat ini mengikut klasifikasi.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Hubungi pihak Keselamatan BT

S.

J.

Page 18: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Komputer peribadi saya jauh lebih cepat daripada komputer kerja saya, bolehkah saya membawanya masuk dan menggunakannya?

Pekerja biasanya harus menggunakan mesin yang dibekalkan oleh BT untuk kerja kerana ia telah disediakan dengan cara yang selamat.

Contohnya, cakera keras telah disulitkan, dan apabila ia disambungkan ke rangkaian kita, ia dikemas kini dengan perisian antivirus dan keselamatan yang terkini.

Peranti anda sendiri tidak akan disediakan dengan cara yang sama. Oleh itu, anda tidak boleh menyambung peranti tersebut secara fizikal ke rangkaian kita, atau memuat turun atau menyimpan sebarang maklumat kita atau pelanggan kita pada peranti anda sendiri. Itu adalah supaya kita dapat memastikan data kita dan pelanggan kita selamat.

17

Kita mesti melindungi aset fizikal, kewangan, intelektual dan dalam talian kita.

Kita semua bertanggungjawab secara peribadi untuk melindungi aset kita – sama ada bangunan, kenderaan, peralatan, sistem IT, harta benda, maklumat atau pengetahuan dan idea kita. Oleh itu, kita mempunyai satu set dasar keselamatan yang merupakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh kita semua.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Hubungi pihak Keselamatan BT

S.

J.

Page 19: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Kadangkala saya berbual-bual dengan rakan sekerja di media sosial tentang projek yang saya sedang kerjakan di BT. Itu OK, kan?

Tidak. Anda tidak boleh menggunakan media sosial luar untuk berbual tentang kerja, ini termasuk perbualan kumpulan atau individu. Ini kerana kita tidak mempunyai kawalan terhadap data tersebut, kerana data itu disimpan oleh syarikat yang menguruskan platform. Jika anda berkongsi maklumat kerja di media sosial, anda mungkin membocorkan maklumat sensitif atau mungkin menjadi mangsa serangan kejuruteraan sosial. Kedua-duanya mempunyai akibat yang serius. Melainkan ia diluluskan untuk kegunaan BT, anda akan melanggar dasar keselamatan dan garis panduan media sosial.

Di tempat kerja, gunakan alat media sosial dalaman kita, kerana ia merupakan cara yang baik untuk bekerjasama dalam projek. Walaupun dalam kerja, pastikan anda tidak berkongsi sebarang perkara yang sensitif atau yang mungkin melanggar kewajipan kawal selia kita terhadap Ofcom.

18

Kita bertindak secara bertanggungjawab apabila kita menggunakan media sosial

Kita lebih banyak menggunakan media sosial kebelakangan ini, jadi penting untuk memahami implikasi perkongsian maklumat di media sosial, baik secara dalaman mahupun luaran. Begitu juga dengan cara kita dapat mencegah risiko kepada anda dan reputasi jenama kita.

Apabila menggunakan media sosial, anda harus berhati-hati dengan cara anda mewakili diri anda. Anda tidak tahu pihak yang sedang melihat siaran anda; anda mungkin dihubungkan dengan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan pembekal kita. Walaupun anda fikir ia mungkin peribadi, sebenarnya mungkin tidak.

Media sosial ialah cara yang baik untuk mempromosikan syarikat kita dan anda dibenarkan untuk menggunakannya dari tempat kerja untuk perniagaan dan kadangkala untuk kegunaan peribadi di bawah dasar keselamatan kita.

Namun di sesetengah kawasan yang pekerja melihat maklumat sensitif semasa bekerja, seperti pusat hubungan kita, anda tidak akan dapat menyambung dalam talian atau menggunakan media sosial. Tingkah laku tidak wajar yang melibatkan media sosial akan ditangani di bawah prosedur disiplin kita dan kes yang serius dapat dianggap sebagai salah laku kasar, yang mungkin menyebabkan pemecatan. Ikuti garis panduan media sosial kita untuk melindungi diri anda, rakan sekerja dan BT.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan terhadap sebarang komunikasi, berbincang dengan pengurus peringkat anda atau Perhubungan Korporat Kumpulan. Sekiranya anda ingin berbincang dengan seseorang dengan yakin, hubungi talian penting Bersuara kita.

S.

J.

Page 20: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

19

Kita mengambil berat tentang kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan

Di mana sahaja kita menjalankan perniagaan di seluruh dunia, kita melakukan yang terbaik untuk memastikan ia tidak mencederakan atau menyebabkan kerosakan kepada sesiapa.

Ini termasuk memeriksa bahawa pekerja kita dilindungi di tempat kerja. Dan bahawa mereka mempunyai maklumat, latihan dan peralatan yang mereka perlukan untuk melakukan tugas mereka dengan selamat.

Kerja mempunyai manfaat yang terbukti terhadap kesihatan. Cara kita bekerja menggalakkan ini dan kita memberikan maklumat dan sokongan yang membolehkan pilihan yang termaklum tentang penerapan tingkah laku yang menggalakkan kesihatan.

Kita mempunyai kewajipan undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan sesiapa sahaja yang mungkin terjejas oleh perniagaan kita. Kita juga menyedari bahawa semakin kita mengambil berat terhadap pekerja kita, semakin banyak mereka terlibat dan bermotivasi untuk melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja kita ialah keutamaan kita. Kita mahu pekerja kita bahagia dan sihat. Kita juga menyedari bahawa kesihatan berkait rapat dengan keberkesanan perniagaan. Menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja kita ialah keadaan yang sama menang bagi syarikat dan individu sama ada di tempat kerja atau di tempat lain.

Tempat untuk mendapatkan bantuan. Buku panduan Kesihatan dan Keselamatan dan halaman Kesihatan dan Kesejahteraan di intranet memberikan panduan kepada pekerja BT. Pertama sekali, berbincang dengan pengurus peringkat anda sekiranya anda mempunyai kebimbangan kesihatan dan keselamatan.

Page 21: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Bincangkan hal ini

Saya jarang pergi ke mesyuarat dan menggunakan alat persidangan apabila mungkin. Adakah ini bermaksud saya melakukan segala yang saya boleh?

Memang berita yang baik kerana anda membantu kami memenuhi sasaran kita terhadap pelepasan karbon, sisa, pengangkutan, penggunaan bahan api dan pelepasan bahan cemar. Kita masih perlu sedar akan sebarang kesan negatif yang kita berikan dan kurangkannya – terutamanya tentang perjalanan dan pengangkutan kita sendiri, penggunaan bahan api, pelepasan bahan cemar dan pembaziran.

20

Kita menjaga alam sekitar Kita komited terhadap mengurangkan pencemaran. Dan meminimumkan kesan terhadap persekitaran operasi kita di seluruh dunia.

Kita sedar bahawa dalam operasi harian, kita memberikan kesan ke atas alam sekitar. Selain mencegah pencemaran, kita komited untuk meminimumkan kesan yang berpotensi berbahaya di mana juga dan bila-bila yang mungkin; serta memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar.

Kita menghendaki semua orang supaya mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkenaan dengan mereka dan perniagaan kita, serta mematuhi piawaian dan komitmen alam sekitar kita. Kebanyakan komitmen dalam dasar alam sekitar kita mempengaruhi kehidupan kerja seharian kita.

Kita ingin:• mengurangkan penggunaan• mengguna semula, apabila boleh• mengitar semula apabila kita tidak dapat

digunakan semula

• menggunakan lebih banyak bahan kitar semula dalam produk kita

• mereka bentuk produk, perkhidmatan dan peralatan baharu untuk menggunakan tenaga dan sumber semula jadi yang kurang; dan

• menguruskan tenaga dan sumber semula jadi dengan bijak di setiap bahagian perniagaan kita.

Sistem pengurusan persekitaran kita, yang disahkan mengikut piawai ISO 14001, direka untuk memastikan kita memenuhi komitmen ini dari hari ke hari.

Set peralatan Mereka Bentuk Masa Depan Kita membantu kita mewujudkan produk dan perkhidmatan yang merangkumi kriteria kelestarian dalam reka bentuk mereka. Ini bukan sekadar menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggan kita, ia adalah untuk mengekalkan persekitaran yang diperlukan oleh kita, ekonomi dan masyarakat.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, anda boleh menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita. Anda juga boleh menghubungi Bersuara.

S.

J.

Page 22: Apr 2019 Tatalaku BT - tataetika kita yang bekerja untuk, dengan atau bagi pihak BT, di mana-mana sahaja negara mereka bekerja. ... media sosial dengan cara yang mengganggu atau membuli

Pejabat di Seluruh Dunia

Tempat untuk mendapatkan bantuan Gunakan halaman bantuan dan nasihat di tapak intranet kita atau berbincang dengan pengurus

peringkat anda atau anda boleh menggunakan perkhidmatan Tanya Soalan kita.

Perkhidmatan telekomunikasi yang diterangkan dalam penerbitan ini tertakluk pada ketersediaan dan mungkin diubah dari semasa ke semasa. Perkhidmatan dan peralatan disediakan tertakluk pada syarat-syarat standard kontrak British Telecommunications masing-masing. Tiada apa-apa dalam penerbitan ini yang menjadi sebahagian daripada mana-mana kontrak.

© British Telecommunications 2018. Pejabat berdaftar: 81 Newgate Street, London, EC1A 7AJ Berdaftar di England no. 1800000