bajet 2008 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik7.pdf · semacam sudah menjadi satu...

23
Januari 2008 www.pmbj.gov.my PERCUMA Bil 007 BAJET 2008 Negeri Johor Darul Ta’zim

Upload: duongdung

Post on 24-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Januari 2008www.pmbj.gov.my

PERCUMA Bil 007

BAJET 2008Negeri Johor Darul Ta’zim

NOTA EDITOR

SETIAP kali tahun baru bermula, semacam sudah menjadi satu kemestian untuk kita memasang azam. Tidak kiralah apa azamnya, hampir setiap daripada kita tidak mahu ketinggalan menyenaraikannya.

Taksubnya kita dengan amalan memasang azam ini hinggakan ada yang tidak teragak-agak untuk melebelkan rakannya sebagai tiada wawasan semata-mata kerana tiada jawapan apabila ditanya mengenai azam tahun barunya.

Kita berpendapat antara kelompok yang perlu sentiasa memperbaharui azam dan berusaha keras merealisasikannya ialah penjawat awam. Ini kerana, mereka adalah jentera kerajaan dan tempat rakyat meletak harapan.

Sesebuah kerajaan boleh menjanjikan kehidupan yang serba sempurna selepas rakyat memilihnya untuk menerajui negara. Namun, ada juga janji yang tidak menjadi kenyataan dan apabila diselidiki, ia berpunca daripada kelemahan agen pelaksananya.

Di sinilah agen pelaksana – penjawat awam – perlu sedar bahawa kitalah yang menggalas janji untuk memberikan rakyat kehidupan yang serba sempurna itu.

Bagaimana untuk menunaikan janji berkenaan? Di siniah kita perlu menanam azam yang diikuti dengan ketekunan dan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kita berpendapat azam itu tidaklah perlu melangit tingginya. Cukup sekadar bermula dengan keazaman untuk tidak menganggap remeh runggutan orang ramai mengenai apa sahaja. Tidak memandang sebelah mata apabila pembayar cukai mengadu longgokan sampah di belakang rumah sudah menggunung.

Kesimpulannya, kita harus berazam untuk tidak memandang mudah apa sahaja perkara yang dibangkitkan atau berkaitan dengan rakyat.

Tahun ini menyaksikan pelaksanaan sepenuhnya Wilayah Pembangunan Iskandar selepas berbulan dihabiskan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur.

Namun, suka diingatkan kesibukan menggerakkan projek ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melayan runggutan atau permintaan biasa rakyat. Mereka harus dilayan, malah tetap diberi keutamaan dalam pada kita mengalu-alukan pelabur luar.

Kita harus pastikan jangan sampai rakyat berkata, “mentang-mentanglah orang luar banyak wang, kita dipinggirkan,”.

Alangkah bangganya bila rakyat berkata cekapnya mutu perkhidmatan kita umpama belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi, belum diminta sudah beri, belum ditanya sudah jawab.

4 SEMASA Bajet 2008: Mengganda pertumbuhan menjana kesejahteraan.

10 SEMASA Pulau Batu Puteh: Jangan pandang enteng wilayah sekecil tapak kaki

11 ASAM PEDAS Kisah benar lagi betul

12 FOKUS Mesej Wataboshi bergema di Johor Bahru

16 BELASUNGKAWA Datuk S. Krishnasamy

18 NIAGA SmartAuto : Himpun mekanik Melayu

21 KENALI JOHOR Lembut sendeng penuh muslihat

EditorialKetua EditorEditor Wartawan

Jurufoto/ Pereka Grafik

Penyelidikan

PenyiaranPembantu Editorial

Sa’odi Mat Atar

Zuhrin Azam Ahmad

Aivizanoorwani Shah Shahroni

Hamirul Hairi Mohd Noh

Rozza Khairiah Rosli

Hairul Baharuddin Abu Bakar

Azmee Awang

Saripah Sayuthi

Mohd Fadzli Abu Bakar

Rabiey Besah

Norazah Mohd Yussof

Rumiah Semirono

Khadijah Abd Rahman

Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dikeluar, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan keizinan Editor. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semesti-nya mencerminkan pendapat dan pendirian holistik. Segala sumbangan karya yang dikirim, sama ada di-siarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan karya yang dikirimkan melalui pos.

holistik diterbitkan oleh Unit Media & Komunikasi (MedKom),Pejabat Menteri Besar Johor,Aras 13 Menara TH,Jalan Ayer Molek,80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.Tel 07-226 3781/83/84 Fax 07-222 6200

Web www.pmbj.gov.my E-mel [email protected] boleh di muaturun melalui :Web www.pmbj.gov.my/holistik

Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tidak sepatutnya mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian yang diperolehi, sebaliknya perlu sentiasa memikir dan melakukan pembaharuan pada setiap masa, sama ada dari segi prosedur kerja atau proses bekerja di organisasi masing-masing.

Usaha-usaha sedang juga giat dilak-sanakan untuk membentuk jentera pen-tadbiran kerajaan yang kemas, cekap, sistematik dan berkesan.

Ini kerana kita melihat persekitaran yang kondusif dalam perkhidmatan awam boleh menarik minat swasta me-nambah pelaburan mereka yang sekali gus memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Segala bentuk kelulusan yang mem-babitkan prosedur yang rumit perlu dipermudahkan manakala peraturan-peraturan berkaitan perlu sentiasa dikemas kinikan.

Kita telah merasai kecemerlangan pem-bangunan yang diperjuangkan oleh orang yang terdahulu daripada kita. Sebagai penjawat awam, kita perlu

berbangga kerana diberi peluang un-tuk bersama-sama memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada negara.

Namun, bagi melaksanakan amanah ini, kita perlulah melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang diperlukan seperti minda merdeka, sikap dan perwatakan kelas pertama, nilai murni dan budaya berprestasi tinggi, keluhuran peribadi dan pembelajaran yang berterusan.

Ini semua penting kerana rakyat mele-takkan harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan awam supaya menjadi jentera pentadbiran gemilang dan ter-bilang.

Justeru, sebagai penjawat awam, kita adalah pemegang amanah yang diberi tanggungjawab untuk menjaga, men-tadbir dan mengurus kepentingan awam dan negara.

Ini bermakna pegawai dan kakitangan awam perlu mempunyai sifat jujur, ikhlas, cermat dan adil dalam melak-sanakan tugas dan tanggungjawab serta menepati sasaran masa dan kerja yang ditetapkan.

Dalam usaha memantapkan lagi sistem pentadbiran Kerajaan Johor, kita telah mendapat pertambahan perjawatan tetap yang baru sebanyak lebih 3,000 yang dijangka akan diisi sepenuhnya tahun ini.

Ini membabitkan keperluan Pejabat Ta-nah dan Galian, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Agama dan Pejabat-pejabat Cawangan Setiausaha Kerajaan Johor.

Sehubungan itu, masalah kekurangan kakitangan di jabatan-jabatan berke-naan tidak lagi boleh dijadikan alasan dalam usaha meningkatkan prestasi dan sistem penyampaian.

Jentera pentadbiran kerajaan mesti ter-us meningkatkan produktiviti jabatan atau organisasi masing-masing. Dalam erti kata lain, kita harus sentiasa me-nilai apakah khidmat yang kita berikan itu mencapai tahap yang diingini rakyat dan adakah ia berkesan dalam menca-pai aspirasi rakyat dan kerajaan.

Kita perlu ada kemahiran menilai kema-huan dan kehendak ketua, pelanggan dan orang lain. Ungkapan dalam cerita Si Kembang Cina Kisah perlu dijadikan; ‘belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi, belum diminta su-dah beri, belum ditanya sudah jawab’.

Wawasan menjadikan Johor memban-gun pesat melalui pendekatan holistik akan terus dijadikan asas misi dan visi pentadbiran awam negeri ini.

Pembinaan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor di Nusajaya serta peng-wujudan dua daerah baru iaitu Ledang dan Kulai Jaya adalah hadiah yang cu-kup besar bukan sahaja kepada rakyat

Johor, tetapi juga sudah pasti kepada jentera pentadbiran negeri.

Saya pasti kemudahan yang dibina di Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor ini akan menjadi pemangkin kepada pen-jawat awam Johor untuk meningkatkan kecekapan, kegemilangan dan keberke-sanan perkhidmatan awam negeri.

Pengwujudan dua daerah baru pula memberikan ruang dan kesempatan ke-pada penduduk di kedua-dua kawasan itu menikmati lebih banyak pemban-gunan, sama ada ekonomi dan sosial melalui sistem pentadbiran daerah yang lebih cekap, mesra, berinovasi, dinamik dan berkesan.

Dalam usaha memastikan Malaysia am-nya, dan Johor khususnya, terus maju dan berdaya saing, perlu wujud modal insan perkhidmatan awam berminda kelas pertama, memiliki daya intelek dan berkeperibadian murni selaras den-gan teras kedua misi nasional RMK-9.

Antara ciri-ciri modal insan perkh-idmatan awam yang terbilang ada-lah anggotanya mempunyai kapasiti pengetahuan, daya intelek, kreativiti dan inovasi yang tinggi, di samping memiliki ciri-ciri keperibadian yang luhur dan unggul bagi membolehkan perkhidmatan awam berfungsi dengan cekap dan berkesan serta berupaya menangani persekitaran yang sentiasa berubah dan mencabar.

Perkhidmatan awam sentiasa menjadi tumpuan sesiapa sahaja untuk hampir segala urusan. Bagi memuaskan hati pelanggan, ia menuntut komitmen penuh pegawai atau kakitangan. Daripada Setiausaha Kerajaan hinggalah ke pelayan pejabat, tiada sesiapa yang boleh dikecualikan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Begitulah intipati amanat Dato’ Abdul Latiff Yusof, Setiausaha Kerajaan Johor, kepada penjawat awam sempena Tahun Baru 2008.

Penjawat awam galas janji makmurkan rakyat

Januari 2008

SAYA ingin mengambil kesem-patan untuk bercakap mengenai bagaimana kita sebagai anggota perkhidmatan awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik sehingga dapat membela kesejahteraan rakyat. Kita mengambil pendekatan pembangunan yang menyelu-ruh lagi holistik. Antara yang penting dalam pembangunan holistik ini, tidak boleh kita sangkal perlunya pertumbuhan dalam bidang ekonomi secara berterusan di mana rakyat ber-peluang menyertainya untuk beroleh sumber pendapatan.

Sempena saya merujuk per-tumbuhan ekonomi untuk kes-ejahteraan rakyat, satu perkara yang saya hendak sentuh adalah kemiskinan. Perdana Menteri menekankan bahawa 2010 adalah tahun sasaran untuk membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar. Di Johor, kita mempunyai kemiskinan pada paras tiga peratus, dan ‘house-hold survey’ mengatakan ba-hawa keluarga miskin tegar di negeri ini ialah pada paras 0.2 peratus.

Sebenarnya, pada 1957, rekod miskin di Malaysia ialah 50 per-atus. Dalam tempoh 50 tahun, Johor dapat mengurangkan kemiskinan sehingga tinggal dua peratus. Ini bermakna kita mampu selesaikan masalah ini.

Oleh itu, saya hendak menga-jak perkhidmatan awam negeri Johor pada 2008 ini, dengan penuh komitmen mengatasi masalah kemiskinan di negeri ini. Kita mempunyai keluarga miskin pada paras yang agak rendah, maka perlu kita men-genalpasti kumpulan sasaran secara terperinci.

Oleh itu, kita menekankan perkhidmatan awam di pering-kat akar umbi, daripada ketua kampung sendiri, penghulu, Yang Dipertua majlis-majlis

daerah dan seterusnya pegawai daerah, untuk bersama-sama mengenalpasti dengan terper-inci kumpulan sasaran ini.

Kita berjanji bahawa 2008 ini, kita memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi masalah kemiskinan ini. Insya-Allah, saya rasa kita akan be-rasa puas dalam perkhidmatan kita apabila dapat mengatasi masalah ini.

Demi kesejahteraan rakyatPembangunan yang menye-luruh berkaitan dengan mutu hidup rakyat, kesejahteraan rakyat, mencakupi pelbagai bidang yang dinikmati rakyat. Ia turut menyentuh perkara-perkara yang agak asas, antaranya kemudahan awam, infrastruktur yang cukup.

Lebih kurang 12 tahun yang lalu, antara yang kita buat di Johor ialah menaik taraf jalan-jalan kampung, walaupun kerajaan (negeri) meminjam daripada bank. Ini sesuatu yang agak berani. Mana satu kerajaan yang sanggup atau-pun tergamak pergi ke bank meminjam duit untuk mem-bina jalan kampung?

Tetapi pada masa itu ekonomi begitu makmur, nilai tanah begitu tinggi, maka kerajaan sanggup pergi ke bank untuk meminjam lebih RM200 juta. Akhirnya jalan kampung dapat dibina di seluruh Johor. Kalau tak silap saya pada masa itu ada lebih kurang 3,000 km jalan kampung yang perlu dinaik taraf.

Saya buat kira-kira, berdasar pengalaman saya sebagai se-orang wakil rakyat di Muar, ada empat kawasan parlimen di Muar. Parlimen di mana saya bertugas mendapat, ha-bis banyak RM300,000 hingga RM400,000 setahun, maka selu-

ruh Muar mendapat tidak lebih RM1 – RM2 juta setahun. Jika inilah caranya, maka negeri Johor terpaksa menunggu tidak kurang 30 tahun untuk menaik-taraf jalan kampung di seluruh negeri. Itu belum diambil kira yang dibina dalam tempoh 10 tahun, sudah rosak semula.

Jadi maknanya, kalaulah Men-teri Besar melawat ke kampung, orang kampung menanyakan bila agaknya jalan kampung ini dapat dinaik taraf? Habis baik Menteri Besar boleh jawab “In-sya-Allah satu hari nanti akan sampailah jalan kampung.” Ini kerana Menteri Besar tahu, kalau ada rezeki, 30 tahun baru sampai jalan kampung.

Saya menyebut perkara ini kerana ada hubungan antara mutu hidup dengan kesejahter-aan hidup rakyat walaupun dalam bentuk jalan kampung. Ini sebenarnya amat penting. Mungkin kita anggap perkara ini lumrah tetapi kalau kita ten-gok dokumentari di Afrika, ia masih lagi dalam bentuk mem-bekalkan air dengan cara pam yang digali daripada tanah. Di negeri kita ini keperluan asas air, api sudahpun sampai ke merata negeri.

Beri perhatian kepada kesihatanMutu hidup rakyat juga ada kaitan dengan penyakit yang dihidapi rakyat jelata. Sama ada penyakit yang berjangkit atau yang tidak. Saya melihat saban minggu kertas-kertas yang dibentangkan kepada Ma-jlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, terdapat anggota perkhidmatan awam ataupun keluarga yang memohon bantuan perubatan. Saya dengar Majlis Agama juga menerima banyak permohonan sehinggakan berjuta-juta ring-git jimlahnya, terutama sekali untuk biaya pembedahan dan yang semakin menular ialah rawatan dialisis.

Kebetulan, saya ziarah kawan sedarjah saya pada Jumaat yang lalu, dia menceritakan kepada saya bagaimana dia menghidap diabetis sejak 12 tahun lepas. Dan sejak tiga tahun, dia hanya minum air kalau tak silap saya sekadar 50ml sehari bermakna satu ge-las sehari. Walhal kita patut minum sehari lapan gelas. Dia hanya boleh minum satu gelas sehari dan saya tanya kenapa, katanya, kerana buah ping-gang. Doktor beritahu, asalnya buah pinggang dia sebesar te-lur ayam, sekarang sebesar biji kacang.

Maknanya yang saya nak sebut-kan di sini ialah masyarakat menempa kemajuan, kemak-muran tetapi masyarakat juga menghidap penyakit daripada gaya hidup masing-masing.

Jadi Jabatan Kesihatan bukan sahaja perlu meningkatkan perkhidmatan, bukan sahaja dalam bentuk kemudahan, kepakaran, rawatan tetapi juga untuk kita membawa pencega-han sehingga dapat membebas-kan rakyat daripada penyakit yang membebankan pesakit itu sendiri dan yang ditanggung keluarganya.

Bantu setinggan jadikan keutamaanSatu lagi perkara yang saya nak sebut ialah berkenaan peruma-han. Saya menyentuh tentang hal-hal yang agak asas tentang keperluan rakyat, kesejahteraan rakyat dan mutu hidup rakyat.

Dalam WPI (Wilayah Pemban-gunan Iskandar) saya dimak-lumkan ada dekat-dekat 12,000 setinggan. Kalau kita bergerak dari tengah-tengah Johor Bahru menghala ke timur, Bakar Batu hinggalah ke Pandan, di situ ada lebih kurang 5,000 seting-gan. Kerajaan Negeri mempe-runtukkan lebih kurang 60 ekar (24 hektar) dan Kerajaan Perse-kutuan memberi sumbangan dekat-dekat RM250 juta untuk kita menempatkan di situ se-mua setinggan tadi.

Satu lagi kawasan setinggan yang besar lebih kurang 4,000 orang ialah di Skudai Kiri. Ka-lau kita dapat membina rumah untuk golongan pendapatan rendah hampir 10,000 unit semuanya, maka baki yang ada setinggan di Johor Bahru ini lebih kurang antara 2,000 hingga 3,000 orang.

Insya-Allah, Bukit Chagar dan Lumba Kuda antara penem-patan yang paling indah satu ketika dulu, agaknya sekarang contoh yang paling sakit mata memandang, akan kita roboh-kan kesemuanya untuk digan-

tikan dengan perumahan baru di Sri Pelangi dan juga Sri Stu-lang. Di situ dibina dekat-dekat 5,000 unit rumah untuk men-empatkan semula masyarakat pendapatan rendah Lumba Kuda dan Bukit Chagar.

Ini semua adalah keperluan asas masyarakat terbanyak yang memerlukan perkhidma-tan awam mengambil langkah untuk menyelesaikannya, seka-li gus dapat meningkatkan taraf hidup dan mutu hidup rakyat jelata. Tidak kiralah soal sama ada kebersihan dalam ben-tuk udara, air dan sungainya. Maka perlu langkah-langkah daripada pihak perkhidmatan awam untuk pastikan bahawa pencemaran tidak berlaku di negeri kita ini.

Sebagai contoh, kita telah bersetuju bukan sahaja untuk menggunakan ‘land fill’ untuk pelupusan sampah, tetapi juga membina incinerator. Itu satu penyelesaian masalah melu-puskan sampah di negeri kita. .

Saya bertugas sebagai Men-teri Besar, walaupun begitu, saya juga bertugas bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan sekalian di peringkat jabatan-jabatan, sama ada alam sekitar ataupun di peringkat majlis perbandaran dan kerajaan tem-patan, termasuklah soal sistem paritnya, sampah sarapnya, persekitarannya, rumah untuk rakyat.

Oleh itu, pada hari ini saya mengajak perkhidmatan awam yang sememangnya berfungsi membela rakyat, agar memberikan perkhidma-tan dengan penuh komitmen dan penuh keikhlasan. Saya percaya rakyat menghargainya walaupun perkara-perkara itu merupakan perkara yang boleh dianggap asas ataupun perkara yang remeh.

Kali ini saya mengambil perka-ra tersebut kerana saya meli-hat bahawa perkara ini bukan sahaja menjadi harapan orang ramai, bahkan ia adalah satu usaha dan kerja ke arah yang saya percaya, murni bahkan paling adil yang dapat kita berikan kepada rakyat jelata.

Jadi saya melihat 2008 ini antaranya ialah untuk kita memberikan tumpuan secara langsung dan berterusan da-lam bidang-bidang ini. Saya akan bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan melaksanakan tanggungjawab ini kerana saya anggap ia satu kerja yang pal-ing adil dan paling berkesan untuk dirasakan rakyat jelata di negeri kita ini.

03FOKUS

“ADALAH tempang sebenarnya kalau saya hanya membicarakan soal pelaburan secara besar-besaran, modal asing dan pertumbuhan ekonomi walaupun kita memerlukan peluang-peluang untuk rakyat sama-sama menyertai.” Demikian kata Dato’ Abdul Ghani Othman dalam amanatnya sempena Tahun Baru 2008 kepada kakitangan awam Negeri Johor. Oleh itu, Menteri Besar memberi tumpuan terhadap perkara-perkara yang lumrah dan diangap ringan, tetapi penting kerana ia adalah harapan orang ramai terhadap kakitangan awam. Ikuti amanat beliau seterusnya.

Januari 2008

04 SEMASA

EKONOMI Johor telah berkem-bang pada kadar 6.2 peratus pada suku tahun pertama, di-dorong dua sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan. Peningkatan harga komoditi terutamanya kelapa sawit dan getah serta peningkatan penda-patan daripada perniagaan dan gaji membawa kepada pening-katan pendapatan dan perbe-lanjaan rakyat tempatan. Sektor perkhidmatan berkem-bang pada kadar lebih kurang 7 peratus, didorong peningkatan perbelanjaan rakyat tempatan dan pelancong serta pening-katan pelaburan. Sektor-sektor seperti pengangkutan mem-buktikan prestasi cemerlang contohnya Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Johor yang terus mencatatkan peningkatan dalam kendalian kargo kontena mereka. PTP mencatatkan pertumbuhan se-banyak 12.8 peratus sementara Pelabuhan Johor sebanyak 9.6 peratus pada suku tahun kedua 2007.

Aliran perkembangan ekonomi Johor pada suku tahun kedua 2007 bagaimanapun menurun sedikit akibat kelembapan sek-tor pembuatan terutamanya sektor tekstil, industri-industri berasaskan getah dan barangan elektrik dan elektronik.

Bagi keseluruhan setengah tahun pertama 2007, ekonomi Johor berkembang sebanyak 6.0 peratus iaitu pada tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding ekonomi Malaysia keseluru-hannya. Prestasi ini akan men-ingkat dalam setengah tahun kedua 2007. Ini telah terbukti daripada data-data sehingga penghujung September 2007.

Sektor pembuatan dan juga perkhidmatan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku tahun ketiga berbanding dengan pada suku tahun perta-ma dan kedua. Tren ini dijangka akan berterusan dalam suku ta-hun keempat 2007.

Bagi keseluruhan 2007, kadar pertumbuhan ekonomi Johor dijangka akan melebihi 6 pera-tus iaitu sekitar 6.25 peratus. Tren pertumbuhan ekonomi ini dijangka akan berterusan pada 2008 berasaskan peningkatan pelaburan sektor swasta ter-masuk peningkatan pelaburan asing.

Sehingga Ogos 2007, jumlah pelaburan yang telah dilulus-kan MIDA untuk negeri Johor adalah sebanyak RM7 bilion un-tuk 125 projek iaitu yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Kedah. Daripada jumlah ini, lebih kurang 80 peratus adalah dalam bentuk pelaburan asing.

Sungguhpun angka ini kurang daripada angka negeri Kedah yang mencatatkan kira-kira RM11.8 bilion untuk 32 projek, ianya adalah jauh lebih tinggi berbanding Selangor yang menerima pelaburan kira-kira RM5.8 bilion. Adalah dijangka bagi keseluruhan 2007, jumlah pelaburan ini mungkin melebihi jumlah yang dicatat pada 2006 iaitu RM7.6 bilion.

Dengan wujudnya Wilayah Pembangunan Iskandar dan usaha-usaha Kerajaan Perseku-tuan dan Kerajaan Negeri, negeri Johor yakin akan dapat menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Teras Pembangunan Negeri Johor

TERAS pembangunan negeri Jo-hor pada hakikatnya tidak ber-beza dengan teras pembangu-nan nasional yang membabitkan peningkatan sektor ekonomi, meningkatan keupayaan penge-tahuan dan inovasi, menangani ketidaksamaan sosioekonomi, meningkatkan tahap kualiti hidup dan mengukuhkan keu-payaan pelaksanaan. Teras-teras ini bertujuan men-ingkatkan produktiviti mela-lui peningkatan modal insan, penggunaan teknologi moden dan inovasi. Pertumbuhan pe-sat dan mapan ekonomi Johor boleh digandakan pada masa hadapan hanya dengan pening-katan kualiti tenaga insannya untuk menjadi asas ekonomi yang mempunyai daya cipta yang tinggi.Inovasi sangat diperlukan

untuk mencipta dan berciri-kan produktiviti dan daya saing yang tinggi di pasaran tempatan dan global. Produk dan indus-tri baru ini akan diwujud dan dikembangkan di semua sek-tor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Sektor perkhidmatan sedang diberikan perhatian yang is-timewa di negeri Johor dan akan menjadi penyumbang uta-ma dalam pembangunan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di Malaysia. Inilah satu-satunya matlamat dan teras Iskandar yang akan menjadi tumpuan industri perkhidmatan beras-askan pengetahuan termasuk institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa, industri logistik, industri kewangan, pelancongan, multimedia dan lain-lain.

Matlamat ini akan memerlukan pelaburan tempatan, pelaburan asing dan dari pihak swasta yang besar. Kerajaan Negeri Johor sedar bahawa di antara syarat utama untuk menarik pelaburan ialah kewujudan satu sistem penyampaian yang telus dan cekap. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sentiasa beker-jasama dengan Kerajaan Perse-kutuan untuk mengukuhkan keupayaan agensi pelaksanaan dan institusi-institusi lain yang berkaitan.

Strategi Pertama: Meningkatkan Ekonomi Dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi Dan Memperkukuh Sumber-sumber Baru Ekonomi

JOHOR amat bertuah kerana dianugerahi kekayaan semu-

lajadi yang menyediakan ke-pelbagaian sumber ekonomi. Sumber¬sumber ekonomi yang ada perlu dimaksimumkan penggunaanya agar dapat me-nambah kekuatan dan daya saing sektor ekonomi sedia ada di samping menjana sektor ekonomi baru untuk merancak-kan pertumbuhan ekonomi.

Sektor ekonomi seperti pertani-an, pembuatan dan perkhidma-tan akan terus diperkukuhkan sementara tumpuan juga diberi untuk membangunkan dengan lebih pesat sumber ekonomi yang belum diterokai sepenuh-nya seperti pelancongan, logis-tik dan bioteknologi.

Sektor Pertanian

Bagi merancakkan pertumbu-han dalam sektor pertanian, Kerajaan Negeri akan memper-giatkan pelbagai usaha antaran-

ya menggalakkan penanaman herba dan rempah ratus, flori-kultur, tanaman buah-buahan yang berpotensi tinggi, integra-si tanaman gaharu dan salak di dusun buah durian yang tidak produktif, membangunkan industri akuakultur dan mem-perkukuhkan aktiviti ternakan seperti ternakan baka kambing Jambore.

Pemprosesan minyak kelapa dara (virgin coconut oil), meru-pakan salah satu projek yang akan terus diberi penekanan. Selain itu, penghasilan produk farmaseutical dan nutraseutical akan diperkukuhkan sementara aktiviti agribiotechnology akan terus diberi tumpuan.

Bagi sub-sektor perikanan, Kerajaan Negeri akan beru-saha untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, pengeluaran produk berasaskan ikan dan membangunkan dengan lebih giat industri akuakultur. Bagi mengaplikasi agribioteknologi dalam sub-sektor ini, Kerajaan Negeri akan terus melaksana-kan pembenihan ikan-ikan ter-pilih menggunakan bioteknolo-gi akuakultur. Pembenihan ikan diharapkan dapat merangsang pertumbuhan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar seterusnya dapat mengukuhkan pasaran di peringkat dunia.

Kerajaan Negeri juga sangat prihatin terhadap pertumbu-han sub¬sektor ternakan yang semakin berkembang maju. Kerajaan Negeri akan memper-giatkan aktiviti pembiakan baka bagi memenuhi permintaan terhadap baka kambing yang semakin meningkat. Selain itu, kerajaan juga menggalak-kan integrasi dusun buah-buah dengan ternakan bagi menin-gkatkan taraf ekonomi petani. Projek perintis penghasilan baja organik dan aplikasi mikrob yang baik juga akan diperkenal-kan.

BAJET 2008Mengganda Pertumbuhan

Menjana KesejahteraanBajet 2008 merupakan kesinambungan pendekatan

Pembangunan Holistik, adil, seimbang lagi menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada pertumbuhan sambil memastikan pengagihan yang adil untuk menuju ke arah

kesejahteraan bersama.

Pendekatan ini telah terbukti meraih pembabitan segenap lapisan masyarakat sejajar hasrat kepimpinan negara supaya setiap rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera

dan suasana harmoni tanpa mengira kaum dan taraf sosial.

bersambung di muka 5 & 6

Januari 2008

05SEMASA

Petani, penternak dan nelayan akan didedahkan secara berter-usan terhadap kepentingan me-matuhi piawaian antarabangsa seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Amalan Pertanian Baik (APB), Skim Amalan Ladang Baik (SALM), Skim Amalan Ladang Terna-kan (SALT) dan Skim Pembia-kan Laut Akuakultur Malaysia (SPLAM). Piawaian ini digu-napakai untuk memastikan produk pertanian mendapat pengiktirafan antarabangsa dan mengurangkan impak global-isasi perdagangan dunia mela-lui WTO ( World Trade Organi-sation) dan AFTA (Asean Free Trade Area). Justeru, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Johor sebagai pengeluar produk pertanian berkualiti tinggi, se-lamat dan memenuhi piawaian antarabangsa dan kompetitif di pertingkat global.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberi penekanan kepada Pertanian Baru yang melibatkan pertanian komersil berskala besar, penggunaan teknologi terkini yang lebih luas, pengeluaran yang berkual-iti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan po-tensi dalam bioteknologi, peng-gabungan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir.

Projek Pertanian Moden di Kluang yang meliputi kawasan seluas 3,500 hektar dan diusaha-kan 29 syarikat yang terlibat da-lam aktiviti penternakan lembu fidlot, tanaman buah-buahan, tanaman organik, herba, terna-kan ikan hiasan serta pelancon-gan tani akan terus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sokongan. Sehingga kini para pengusaha telah melabur se-banyak RM90 juta dalam aktiv-iti berkenaan dengan anggaran pengeluaran sebanyak RM8 juta sebulan.

Untuk 2008, RM9 juta akan disediakan untuk pembangu-nan infrastruktur asas iaitu kemudahan elektrik, air bersih, telekomunikasi, pengairan dan saliran di kawasan itu untuk menarik lebih ramai pelabur.

Kerajaan Negeri menerusi Per-badanan Bioteknologi dan Bio-diversiti Negeri Johor (J-Biotek) terus melangkah ke hadapan dalam memperkayakan bidang bioteknologi. Antara projek yang dirancang dan diberi tum-puan utama menerusi kawalan dan seliaan J-Biotek adalah mer-upakan projek-projek pemban-gunan akuakultur, biodiversiti, perubatan herba, pembangunan produk, program perladangan organik, program kesedaran dan pendidikan bioteknologi

dan biodiversiti; dengan peng-gunaan teknologi yang mesra alam.

Program pemuliharaan alam sekitar berhubung penggunaan teknologi mikrob akan diter-uskan dan diperluaskan peng-gunaannya ke segenap lapisan masyarakat. Pendedahan dan pengetahuan berkenaan ke-baikan dan kesannya terus disalurkan kepada masyarakat menerusi Kementerian Pelaja-ran.

Bagi menyokong perkembangan sektor pertanian, Johor Plant Tech Sdn Bhd dipertanggung-jawabkan untuk mempelopori penggunaan bioteknologi da-lam pertanian terutamanya bagi menghasilkan benih tumbuhan yang sukar diperolehi. Kom-pleks Makmal Tisu Kultur yang berharga RM4 juta yang siap pada Oktober 2006 telah memu-lakan operasi pengeluaran anak benih pada awal Disember ta-hun yang sama. Kini tumpuan pengeluaran benih adalah terh-adap pisang berangan, pisang tanduk, pisang rastali dan pisang nipah. Adalah dianggar-kan 16,000 benih pisang beran-gan dan rastali dapat dikeluar-kan menjelang akhir Disember ini. Pengeluaran benih pisang akan meningkat kepada 500,000 pada 2008. Sementara itu, benih klon Tongkat Ali dan Kacip Fatimah juga sedang dikultur. Pengeluaran benih Tongkat Ali dan Kacip Fatimah akan dikelu-arkan pada 2009.

Sektor industri pembuatan Jo-hor sentiasa berada pada lan-dasan yang kukuh dan mampu menarik perhatian pelabur dari dalam dan luar negara. Bagi tempoh Januari-Ogos 2007, bi-langan projek yang diluluskan di Johor ialah 125, membabit-kan jumlah modal pelaburan bernilai RM7 bilion.

Daripada 125 projek itu, 62 yang bernilai RM5.3 bilion adalah projek baru manakala selebih-nya yang bernilai RM1.76 bilion merupakan projek pembesaran atau projek kepelbagaian. Ini menunjukkan bahawa syarikat sedia ada mempunyai keya-kinan untuk terus melabur di Johor.

Projek perkilangan yang dilu-luskan di Johor mengikut lima industri utama dalam tempoh ini ialah industri barangan elektrik dan elektronik (RM4.1 bilion), industri logam asas (RM886.1 juta), industri kimia dan barangan kimia (RM496.9 juta), industri galian bukan log-am (RM361.8 juta) dan industri produk getah (RM340 juta). Kesemua industri ini menyum-bangkan 88.6 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan.

Sektor Logistik

JOHOR telah menarik mi-nat syarikat multi-nasional untuk beroperasi di negeri ini. Sehingga kini, 36 syarikat multi-nasional diluluskan bagi menubuhkan Pusat Perolehan Antarabangsa (International Procurement Centre), empat syarikat antarabangsa dilulus-kan untuk menubuhkan Pusat Pengedaran Serantau (Regional Distribution Centre) sementara sebuah syarikat antarabangsa lagi dibenar menubuhkan ibu pejabat operasi (Operational Head Quarters).

Bagi menarik lebih ramai lagi

pelabur ke Johor, Kerajaan Neg-eri akan terus memperkukuh-kan kemudahan logistik bagi kegunaan sektor industri dan pengangkutan awam. Johor memiliki tiga pelaburan ber-taraf dunia iaitu PTP, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL) serta Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI) di Senai yang semuanya sedang melalui proses pemb-esaran. Kawasan-kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur serta tanah yang luas untuk membolehkan para pelabur mengembangkan op-erasi mereka. Zon Perdagangan Bebas (FCZ) di LTSI dan di PTP yang masing-masing berke-luasan 92.27 hektar dan 404.69 hektar merupakan daya tarikan pelaburan ke negeri Johor. PTP merupakan pelabuhan utama yang menyokong aktiviti logistik dan perindustrian. Ia dijangka mengendalikan 12 juta TEU’s apabila empat dermaga lagi siap dibina. Pelabuhan Pasir Gudang dan PTL pula dijangka akan mengendalikan 7 juta TEU’s pada 2008.

Hasrat dan usaha kerajaan men-jadikan PTL sebagai pelabuhan dan hub utama dalam pengen-dalian biodiesel dan petrokimia

akan diteruskan dengan menaik taraf dermaga sedia ada dan menambah tiga lagi dengan anggaran kos RM165 juta. Pem-binaan tangki minyak gasoline berkapasiti 100,000 metrik tan dengan anggaran kos RM100 juta yang dijangka siap pada Februari 2008 akan meningkat-kan kapasiti PTL.

Senai Airports Terminal Servic-es (SATS) telah berjaya menarik 72 syarikat asing untuk melabur dalam FCZ yang mampu me-nyediakan 3,000 peluang peker-jaan. Pada masa yang sama, SATS telah mengambil langkah meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan penerbangan

kargo udara di LTSI.

Kerja-kerja menaik taraf in-frastruktur terutamanya pembi-naan Persimpangan Bertingkat Senai dan Lebuh Raya Skudai-Senai akan menarik lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan perkhidmatan penerbangan dan kemudahan kargo udara di LTSI. Sektor Pelancongan

PROMOSI yang berkesan dan penganjuran pelbagai aktiviti pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2007 serta Sambutan 50 Tahun Kemerde-

kaan Negara telah menarik minat pelancong untuk datang ke Johor. Statistik kedatangan melalui pintu¬pintu masuk utama negeri ini bagi tempoh Januari-Julai 2007 menunjukkan peningkatan 19.8 peratus, iaitu daripada 13.3 juta orang ber-banding dengan 11.1 juta pada tempoh yang sama 2006.

Jumlah kemasukan pelancong dijangka bertambah sebanyak 20 peratus pada 2008. Ini dis-ebabkan beberapa faktor yang antaranya kemudahan perkhid-matan penerbangan terus Johor Bahru-Macau, Palembang dan Jakarta yang dimulakan secara rasminya pada 28 Ogos 2007 oleh Air Asia, pembukaan Ter-minal Feri Minyak Beku sebagai pintu masuk yang baru dan terminal feri Kukup yang telah dinaik taraf.

Kerajaan Negeri akan mem-perkukuhkan sektor pelancon-gan menerusi Pelan Strategik Pelancongan serta Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor di samping mempergiat pemban-gunan dan mempromosikan Johor sebagai destinasi pelbagai sub-sektor pelancongan sep-erti M.I.C.E (Meeting, Incen-tive, Convention, Exhibition), pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan kesihatan, pelancongan warisan dan kebu-dayaan dan pelancongan desa yang merangkumi program homestay dan industri desa.

Maklumat mengenai produk pelancongan akan diperluas-kan dengan memperbanyakan papan tanda tunjuk arah, papan penerangan pelancongan dan papan iklan serta mempergiat-kan lagi penubuhan dan per-anan pusat penerangan pelan-cong (I Centre) sebagai pusat penerangan pelancong di per-ingkat daerah. Bagi mengiktiraf pengusaha sektor pelancongan, Johor Tourism Award akan dianugerahkan kepada pengu-saha cemerlang.

Taman-Taman Negara di Johor pula merupakan destinasi eko-pelancongan pilihan utama

Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

Januari 2008

06 SEMASA

dengan kunjungan seramai 51,569 pelawat bagi tempoh Januari-September 2007. Bagi menjamin kerancakan sektor eko-pelancongan, langkah-langkah proaktif diambil secara perundangan, pendidikan dan program-program kerjasama.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 15 projek baru telah diluluskan untuk neg-eri Johor bagi membangunkan kemudahan pelancongan yang membabitkan kos sebanyak RM48 juta dan dijangka akan bermula pada 2008.

Hampir kesemua daerah di Jo-hor terbabit dalam pelaksanaan projek pembangunan pelan-congan ini dengan Perbadanan Taman Negara Johor mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM26 juta.

Antara projek pelancongan lain yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan kemudahan pelancongan di Taman Negara Tanjung Piai dengan kos RM2 juta, Taman Negara Endau-Rompin (RM6.7 juta), Taman Negara Kepulauan Mersing (RM5 juta), Taman Negara Kukup (RM4 juta) dan Taman Negara Gunung Ledang Fasa Dua (RM8 juta).

Bagi Bandaraya Johor Bahru pula, antara projek pelancon-gannya adalah meningkatkan kemudahan pelancongan di Jalan Trus (Street of Harmony) dengan kos RM2 juta yang kini dalam pelaksanaan, Rumah Johor dan Taman Ekologi di Hutan Bandar dengan kos RM5 juta dan Taman Botani Fasa Satu dengan kos RM5 juta.

Bagi daerah Mersing, seban-yak RM3.5 juta diperuntukan bagi meningkatkan kemuda-han pelancongan di sekitar bandarnya manakala daerah Pontian, sebanyak RM2.5 juta disediakan bagi projek pelan-congan di persisiran Sungai Rambah dan kawasan paya bakau Tampok Laut di Benut.

Selain itu, Hutan Lipur Gunung Berlumut di Kluang diperuntu-kan sebanyak RM2 juta, Kolam Air Panas Labis, Segamat seban-yak RM1 juta dan Gunung Pulai di Kulai sebanyak RM1.5 juta.

Sukan pada hari ini juga perlu dilihat sebagai salah satu produk pelancongan yang menyum-bang kepada pertumbuhan ekonomi. Aktiviti sukan yang mampu menarik pelancong sep-erti Sukan Antarabangsa Teluk Danga akan terus diperluaskan penyertaannya. Pada 2008, Su-kan Antarabangsa Teluk Danga dijangka mampu menarik pe-nyertan lebih 4,500 atlet dan pegawai sukan dari dalam dan luar negara. Persidangan Sukan

Antarabangsa juga akan diada-kan serentak yang menampil-kan pakar-pakar sukan dari luar negara untuk berkongsi usaha menjana kecemerlangan sukan di rantau ini.

Strategi Kedua : Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan Dan Inovasi Serta Memupuk ‘Minda Kelas Pertama’

Pendidikan

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan terus membantu pelajar-pelajar cemerlang dengan memberikan biasiswa, pinja-man pelajaran dan bantuan kewangan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berinte-grasi dan berpendidikan tinggi.

Untuk 2008, dijangka seramai 3,589 pelajar akan ditawarkan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) dengan anggraan pe-

runtukan sebanyak RM1.3 juta. Pinjaman pelajaran juga akan diberikan kepada 1,177 pelajar baru dengan perbelanjaan se-banyak RM4.6 juta pada 2008.

YPJ akan meneruskan Program Hikmah. Program dengan ker-jasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini khusus untuk pelajar di kawasan luar bandar bertu-juan membantu pelajar menye-diakan diri menghadapi peper-iksaan dan membantu pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi.

Program Sekolah Hikmah pula telah diperkenalkan dengan 3 buah sekolah dipilih sebagai sekolah perintis. Selain itu, YPJ juga meneruskan program-program Ceramah Motivasi, Motivasi Pelajar Cemerlang dan English In Camp.

Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga berperanan menyediakan pendidikan berkualiti melalui penambahbaikan dan pening-katan kemudahan pembelajaran

dan prasarana. Kampus induk KPYPJ yangboleh menampung 5,000 pelajar akan dibina den-gan anggaran kos RM50 juta. Pembinaan kampus ini akan bermula pada pertengahan 2008 dan dijangka siap pada awal 2011. Pada 2008, KPYPJ akan beker-

jasama dengan beberapa uni-versiti dalam dan luar negara termasuk Australia dan United Kingdom bagi memperkukuh-kan kursus-kursus yang dita-warkan selaras dengan pelan strategi jangka panjang KPYPJ untuk menarik pelajar luar.

MARA Negeri Johor pula akan menumpukan perhatian kepada penyediaan program meng-galakkan masyarakat bumiput-era memilih bidang latihan dan pendidikan yang selari dengan keperluan industri strategik masa hadapan seperti ICT, bio-teknologi, advanced material, nano-technology dan industri asas tani. Sejajar dengan ini, MARA Negeri Johor sedang menyiapkan berbagai projek latihan dan pendidikan di samping meningkatkan MRSM Muar, menambah 15 lagi Pusat GIATMARA, pembinaan MRSM Johor Bahru, membuka UniKL Cawangan Pasir Gudang, IKM Serom dan Pusat GIATMARA Permas Jaya.

Pembangunan Sumber Manusia

Perbadanan Produktiviti Neg-ara (NPC) akan mengadakan inisiatif dan program pemban-gunan sumber manusia untuk mengukuhkan kefahaman ter-hadap peningkatan daya saing, ketelusan dan sistem penyam-paian kerajaan yang cekap pada 2008.

Pusat Pengurusan Kemahiran dan Pengetahuan Johor (JSKMC) pula akan memainkan peranan sebagai saluran bagi latihan ke-mahiran operasi dan teknologi tinggi seperti program dan kursus jangka pendek, sederha-na dan perantis yang ditawar-kan oleh institusi seperti Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (PUSPATRI).

KPYPJ pula akan terus mem-bantu merealisasikan matla-mat memberi peluang kepada para belia dan lepasan sekolah mendapat kemahiran tambahan agar dapat bersaing di pasaran tenaga kerja. Peningkatan ke-mudahan pembelajaran dalam program kemahiran dan latihan serta kursus-kursus pembangu-

nan modal insan akan diperku-kuhkan. Pusat inkubator un-tuk para pelajar KPYPJ dan belia yang mengikuti latihan keusa-hawanan dalam p e n g e l u a r a n makanan dan pembuatan kain akan diwujud-kan.

Program Karni-val Pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja akan diteruskan sebagai usaha membantu rakyat mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Masyarakat Bermaklumat

Penyebaran maklumat oleh Jabatan Penerangan akan terus dilaksanakan melalui program-program seperti Penggerak Bestari, Komuniti Bestari dan Tunas Bestari bertujuan menye-bar maklumat terkini dan tepat secara terus kepada masyarakat agar rakyat memahami hasrat kerajaan, memantap integrasi nasional dan mengukuh per-paduan. Penubuhan Kelab Se-tia di sekolah menengah akan dipergiatkan sebagai pemang-kin kepada semangat kenega-raan di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Program Masyarakat Berilmu juga akan dimantapkan lagi agar rakyat dapat mening-katkan pengetahuan am dan penerangan umum. Program berkenan temasuklah Wacana Hadhari, Forum Perdana dan Kem Kepimpinan yang dianjur-kan dengan usahasama pelbagai pihak di bawah Kementerian Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas.

Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan budaya membaca. Perbadanan Per-pustakaan Awam Johor akan membuka sebuah Perpustakaan Negeri yang baru pada 2008 yang berkonsep perpustakaan moden dengan penekanan ke-pada pembangunan koleksi bahan bacaan dalam pelbagai bahasa.

Keluaran akan datang: Strategi Ketiga, Keempat dan Kelima.

Hasil cukai utama: + Cukai tanah RM 217.47 juta + Cukai perhutanan RM 6.50 juta + Cukai hiburan RM 5.50 juta + Cukai air mentah RM 1.50 juta + Lain-lain cukai RM 1.30 juta Jumlah Besar RM 232.27 juta Hasil bukan cukai: + Lesen, bayaran dan permit RM 39.50 juta + Bayaran perkhidmatan RM 67.11 juta + Perolehan dari jualan barang-barang* RM 148.92 juta + Sewaan RM 16.22 juta + Faedah dan perolehan dari pelaburan* RM 16.20 juta + Pelbagai denda RM 8.00 juta Jumlah Besar RM 295.95 juta

* Perolehan dari jualan barang-barang: + Premium geran RM 131.30 juta + Premium perhutanan RM 15.00 juta

* Faedah dan perolehan dari pelaburan: + Perolehan dari simpanan tetap RM 5.00 juta + Pendapatan dari projek penswastaan RM 10.00 juta + Lain-lain RM 1.20 juta

Pemberian dari kerajaan Persekutuan: + Pemberian mengikut bilangan penduduk RM 41.80 juta + Pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus jabatan-jabatan gunasama RM 37.52 juta + Pemberian geran untuk membiayai pinjaman projek bekalan air luar bandar RM 12.00 juta + Bayaran perkhidmatan projek kerajaan persekutuan yang dijalankan oleh kerajaan negeri RM 8.00 juta + Pemberian pertambahan hasil RM 9.91 juta + Pelbagai pemberian dan caruman RM 30.00 juta Jumlah Besar RM 139.23 juta

Perbelanjaan mengurus: + Emolumen RM 281.73 juta + Perkhidmatan dan bekalan RM 212.11 juta + Pembelian aset RM 6.56 juta + Pembelian dan kenaan bayaran tetap RM 248.45 juta + Perbelanjaan-perbelanjaan lain RM 1.09 juta

Jumlah Besar RM 749.94 juta

Januari 2008

07SEMASA

Pegawai Tadbir Negeri Johor bertukar ENAM PULUH EMPAT Pe-gawai Tadbir Negeri Johor ter-masuk lima Pegawai Daerah bertukar tempat kerja dalam usaha kerajaan memantapkan lagi perkhidmatan awam neg-eri ini.

Pegawai-pegawai Daerah berkenaan ialah Asmail A. Kadir yang ditukarkan dari

Mersing ke Ledang untuk menerajui daerah yang baru diwujudkan itu, Mohd Jaffar Awang dari Kluang ke Johor Bahru dan Burhan Amin yang dipindahkan dari Pontian ke Segamat.

Mohd Jaffar mengambil alih tempat A. Jabar Md Tahir yang ditukarkan ke Majlis Tin-

dakan Pelancongan Negeri se-bagai pengurus besar. Daerah Kluang kini diterajui bekas Yang Dipertua Majlis Perban-daran Muar, Abdul Razak Md Salleh.

Seorang lagi Pegawai Daerah yang terbabit dalam pertu-karan ini ialah Rashid Si-hes yang dipindahkan dari

Segamat ke Perbadanan Islam Johor sebagai pengurus besar.

Mislan Karmani yang sebelum ini merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang pula ditukarkan ke Pontian sebagai Pegawai Daerah.

Daerah Kulaijaya, sebuah lagi daerah baru pula diterajui

bekas Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sum-ber Manusia, Elias Hasran sementara Pengarah Yayasan Warisan Johor, Abdul Razak Hassan ditukarkan ke Mersing sebagai Pegawai Daerah.

Kesemua pertukaran berkenaan berkuatkuasa awal tahun ini.

Bil Nama Jabatan Lama Jabatan Baru1 Tuan Haji Ahmad bin Haji Ma’in Pengurus Besar,

Majlis Tindakan PelanconganNegeri Johor

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Pontian.

2 Encik Haironnazli bin Esa Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Ledang.

Ketua Penolong PegawaiPejabat Daerah Ledang.

3 Encik Abdul Rahman bin Salleh Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Kulaijaya.

Ketua Penolong PegawaiPegawai Daerah Kulaijaya

4 Encik Saifuddin bin Abdul Rahim Penolong Pengarah,Pejabat Tanah dan Galian Johor

Setiausaha Sulit,Kepada Y.A.B Menter

5 Encik Natazha bin Hariss Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Segamat(Pendaftaran).

Penolong PentadbiPejabat Tanah Ledan(Pendaftaran).

6 Cik Azra binti Mohammed Setiausaha Khas Komunikasi,Kepada Y.A.B Menteri BesarJohor

Penolong PengarahPejabat Tanah dan G(Hakmilik Strata).

Daerah,

,.

i Besar Johor

r Tanah,g

,alian Johor

.

Bil Nama Jabatan Lama Jabatan Baru1 Tuan Haji Asmail bin A. Kadir,

P.I.SPegawai Daerah,Pejabat Daerah Mersing.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Ledang.

2 Tuan Haji Elias bin Hasran Ketua Penolong Setiausaha,Bahagian Pengurusan SumberManusia, SUKJ.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kulaijaya

3 Encik Ab. Han bin Ramin Ketua Penolong PegawaiDaerah,Pejabat Daerah Muar.

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Ledang

4 Tuan Haji Ramlee bin Haji A.Rahman

Ketua Penolong Pengarah,Jabatan Agama Johor(Pentadbiran).

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Kulaijaya

Tarikh Kuatkuasa : 16hb Januari 2008

Bil Nama Jabatan Lama Jabatan Baru1 Tuan Haji A. Jabar bin Md.

Tahir, P.I.SPegawai Daerah,Pejabat Daerah Johor Bahru.

Pengurus Besar,Majlis Tindakan PelanconganNegeri.

2 Tuan Haji Mohd Jaffar bin HajiAwang, P.I.S

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kluang.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Johor Bahru.

3 Tuan Haji Jama bin Johan, P.I.S Pengurus Besar,Yayasan Pelajaran Johor.

Pengarah,Yayasan Warisan Johor.

4 Tuan Haji Rashid bin Sihes, P.I.S Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Segamat.

Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor/merangkap Pengarah UrusanPERISIND Holdings Sdn. Bhd

5 Tuan Haji Burhan bin Amin, P.I.S Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Pontian.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Segamat.

6 Tuan Haji Mohamed bin HajiKarim, P.I.S

Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor

Pengurus Besar,Yayasan Pelajaran Johor.

7 Encik Abd. Razak bin Md. Salleh,P.I.S

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Muar.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kluang.

8 Encik Abd. Razak bin Hassan,P.I.S

Pengarah,Yayasan Warisan Johor.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Mersing.

9 Tuan Haji Mislan bin Karmani,P.I.S

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Kluang.

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Pontian.

10 Tuan Haji Abdul Karim bin AbuBakar, P.I.S

Ketua Penolong Pengarah,Jabatan Kerja Raya(Pentadbiran dan Kewangan).

Timbalan Pengarah,Jabatan Agama Johor

11 Tuan Haji Ab. Wahab binRidwan, P.I.S

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Muar.

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Muar.

12 Tuan Haji Abd. Rahman binDewam, P.I.S

Jurutulis,Majlis Mesyuarat KerajaanJohor

Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Kluang.

13 Encik Kamarudin bin Abdullah Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Johor Bahru

Ketua Penolong Setiausaha,Bahagian Pengurusan SumberManusia, SUKJ.

14 Encik Mohd Nasir bin Abd.Salam, P.I.S

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Segamat.

Timbalan Pengarah,Pejabat Tanah dan Galian Johor(Pendaftaran).

Mohd Jaffar...Pegawai Daerah Johor Bahru.

A. Jabar...Terajui semula Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.

Abd. Rahman...bertukar ke Kluang sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran.

Burhan...Dari Pontian ke Segamat. Abd. Razak...Kini Pegawai Daerah Mersing.

bersambung di muka 16

Januari 2008

Fakta Daerah Penuh Tangkak+ Berkeluasan 122,253 hektar+ Bilangan penduduk 132,778 orang+ Hasil tanah 2006: RM3,604,987+ Sempadan antara daerah Muar dengan daerah penuh Tangkak ialah mengikut Sungai Muar.

Pusat Pentadbiran Baru:+ Dalam mukim Tangkak+ 5 km dari bandar Tangkak+ Keluasan: 138.68 hektar+ Komponen Pembangunan: Pusat Pentadbiran Daerah, Kompleks Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, masjid, kuarters

08 SEMASA

SELEPAS 63 tahun lamanya, Tangkak kini diketuai semula oleh seorang pegawai daerah apabila dinaikkan taraf menjadi sebuah daerah baru dengan nama baru juga – Ledang – mulai tahun ini.

Daerah Kecil Tangkak yang satu ketika pernah ditadbir seorang pegawai daerah, diketuai oleh penolong pegawai daerah sejak selepas Perang Dunia Kedua, apa-bila Kerajaan Negeri Johor menyusun semula pentadbirannya.

Sebelum perang meletus, dalam sistem pentadbiran moden Kerajaan Johor mu-lai 1901, pesuruhjaya kerajaan mengetuai pentadbiran daerah yang besar, manaka-la daerah yang kecil ditadbir pegawai daerah.

Dalam era itulah Tangkak yang mula diterokai pada abad ke-19 oleh orang dari Pagar Ruyung yang sebelum itu membuka Cohong di Melaka, pertama kali diketuai seorang pegawai daerah apabila pusat pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar berkenaan.

Kini, Asmail A. Kadir diberi tanggung-jawab sebagai Pegawai Dearah sulung Ledang untuk memacu Tangkak agar terus berkembang pesat memenuhi aspi-rasi rakyat.

Beliau yang sebelum ini merupakan Pegawai Daerah Mersing yakin Daerah Ledang berpotensi menjadi sebuah ka-wasan yang maju hasil daripada pem-bangunan infrastruktur yang sudah dijalankan.

Katanya, komitmen kerajaan untuk membangunkan lagi kawasan Ledang terbukti melalui pelbagai projek yang dirangka dan dijalankan bagi memberi kemudahan kepada daerah itu. “Banyak pro- jek yang kerajaan neg-eri lakukan sekarang ini akan m e m b e r i impak kepada p e r k e m - bangan pesat L e d a n g , sebagai contoh p r o j e k naik taraf Jalan

Sagil-Bukit Gambir. Saya yakin Ledang mampu mengatasi daerah lain dari segi pembangunannya pada masa depan, ” katanya.

Pembinaan jalan-jalan baru yang men-ghubungkan pekan kecil seperti Jalan Tangkak-Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir-Sagil dan Jalan Kundang Ulu-Segamat, menjadi pemangkin kepada pembangunan setara semua kawasan dalam daerah itu.

Kawasan-kawasan seperti bandar Tang-kak, pekan Bukit Gambir dan Gersik turut berkembang dengan pesat. Lokasi bandar Tangkak yang strategik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur memberi kelebihan kepadanya sebagai bandar satelit.

Itulah Tangkak, yang satu ketika dulu, bagaikan terpencil kerana untuk beru-lang alik dari Tangkak ke Cohong, perlu menyusuri anak sungai di hulu Sungai Kesang, mudik ke hulu menuju arah Gu-nung Ledang dan terpaksa meredah hu-tan berpaya dengan merangkak melalui akar dan rotan yang menjalar.

Malah, nama Tangkak dikatakan wujud apabila mereka yang berulang alik ke Cohong diajukan pertanyaan “engkau duduk tang mana?”, maka dijawabnya “aku duduk tempat merangkak sana,”.

Oleh kerana ia sering disebut perkataan ‘tempat merangkak’ atau ‘tang merang-kak’, ia akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak.

Ternyata Tangkak, yang sebelum ini be-rada dalam pentadbiran Daerah Muar, sudah melonjak untuk memenuhi kriteria menjadi daerah penuh dengan penduduk melebihi 100,000 orang serta jumlah kuti-pan hasil melebihi RM400,000 setahun.

Dengan keluasan daerah Muar 2,333 km

persegi, kerja-kerja penyampa-ian perkhidmatan kepada masyarakat setempat menjadi sukar, berikutan jarak pusat pentadbiran Muar dengan masyarakat setempat di Tangkak sehingga melebihi 60 kilometer.

Pegawai Daerah Muar, Rahman Jaf-far berkata, transformasi daerah kecil Tangkak kepada sebuah daerah penuh membolehkan pentadbiran daerah mem-perkemaskan sistem penyampaian sedia ada.

“Perkhidmatan jabatan kerajaan kepada rakyat akan menjadi lebih seimbang apa-bila Tangkak dinaik taraf menjadi daerah penuh,” katanya.

Seorang penduduk, Siti Murni Dollah berkata, percaya masyarakat setempat akan menikmati manfaat lebih besar terutama apabila kemudahan dan in-frastruktur akan dipertingkatkan.

“Kesannya akan dirasai penduduk, terutama dari segi sosio ekonomi. Contohnya, apabila berlaku penghijra-han masyarakat dari luar yang bekerja, ekonomi masyarakat setempat terutama peniaga di sini akan meningkat,” ka-tanya.

Seorang lagi penduduk, Ishak Salam berkata, kewujudan daerah baru Ledang pasti menyelesaikan segala kesulitan penduduk yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk berurusan den-gan agensi kerajaan.

“Sekarang ini kebanyakan agensi kera-jaan terletak jauh di bandar Muar dan menyukarkan kami untuk ke sana,” katanya.

Januari 2008

09SEMASA

Fakta Daerah Penuh Kulaijaya+ Berkeluasan 75,122 hektar+ Bilangan penduduk (bancian 2000) 159,427 orang+ Hasil tanah 2006 : RM22,711,426

Pusat Pentadbiran Baru+ Terletak di Indahpura+ 10 minit perjalanan dari pusat bandar Kulai+ Keluasan: 59.3 hektar+ Komponen Pembangunan: Pejabat Jabatan Kerajaan Negeri, dataran, masjid dan dewan orang ramai

KULAIJAYA bermula sebagai sebuah pekan kecil pada seki-tar 1890an dengan hanya be-berapa deretan kedai papan.

Sebelum pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan ge-tah, pekan ini dikelilingi hu-tan tebal seluas saujana mata memandang.

Pembangunannya pula agak perlahan meskipun terletak hanya kira-kira 35 kilometer dari Johor Bahru. Keadaan itu kelihatan agak janggal kerana sebelum adanya Lebuh raya Utara Selatan, semua kend-eraan perlu melalui pekan ini, sama ada untuk ke Johor Bahru atau ke utara.

Dan apabila lebuh raya berke-naan dibuka pada penghujung 1980an, pekan Kulai yang sudahpun bertaraf bandar, melalui zaman muramnya dan hampir dilupakan.

Namun, seiring dengan pem-bangunan pesat Johor, zaman muram yang dilalui Kulai kini menjadi kenangan pen-duduknya.

Kulai kini bertaraf daerah – satu organisasi yang menjadi tulang bela-

kang struktur pentad-biran kerajaan.

Sebelum ini, Kulai adalah daerah kecil di bawah pentad-biran Daerah Johor

Bahru dan serentak den-gan status baru itu, ia dikenali sebagai Daerah Kulaijaya.

Pegawai Daerahnya yang pertama, Elias Hasran ber-kata, cabaran utama beliau ialah memastikan momentum pembangunan yang dinikmati daerah itu berterusan.

Katanya Kulaijaya berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah daerah yang dina-mik .

“Kami akan beru-saha melaksanakan segala perancan-gan dengan sebaik-baiknya dengan sokongan padu semua jabatan kerajaan di sini,” katanya.

Bekas Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Jabar Md Tahir berkata Kulai mempunyai beberapa kelebihan untuk membangun dengan lebih pesat lagi terutama apabila ia turut dimasukkan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar).

“Lapangan Terbang Sultan Is-mail dan Bandar Siber terletak dalam daerah ini.

“Begitu juga dengan Kawasan Perindustrian Senai dan ke-tiga-tiga elemen ini mampu menjadi nadi ekonominya,” kata beliau.

Abdul Jabar berkata den-gan pentadbirannya sendiri, segala perancangan untuk membangunkan lagi daerah ini akan menjadi lebih fokus.

Yang Dipertua Majlis Per-bandaran Kulai, Ismail Karim

berkata bagi tempoh Januari hingga September lepas, Kulai menerima pelaburan sejumlah RM2.03 bilion.

“Ia adalah jumlah terbesar antara daerah dalam negeri ini.

“Antara syarikat utama yang melabur di sini ialah Seagate International, Qimonda dan

H a l l i b u r t o n

Mfg & Technology,” katanya.

Sepanjang tempoh itu, Johor menerima pelaburan berjum-lah RM7.2 bilion.

Menurutnya, Universiti Teknologi Malaysia di Sku-dai yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Kulaijaya turut menambah imej sebuah daerah yang dinamik.

Wakil rakyat kawasan Bukit Batu, Cheong Chin Liang pula berkata, pemberian taraf daer-ah itu amat dinanti-nantikan masyarakat setempat.

“Ia akan memudahkan orang ramai berurusan dengan kera-jaan.

“Urusan pentadbiran dan pelaksanaan program atau projek juga akan menjadi lebih lancar kerana semuanya diputuskan oleh pejabat daer-ah sendiri,” katanya.

Balai berlepas Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Januari 2008

JALUR GEMILANG dan bendera Johor akan berkibar megah di Pulau Batu Puteh selepas Jun 2008 - doa seluruh rakyat Jo-hor yang menunggu hampir 160 tahun untuk menyatukan kembali pulau itu yang kini berada di bawah ‘penguasaan’ negara jiran.

Kita yakin berdasarkan kekuatan kes yang dibentangkan pasukan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda pada 6 November lepas, impian yang disokong dengan amalan doa pasti dimakbulkan Tuhan.

Tidak mustahil untuk mengatakan selepas tarikh penghakiman yang akan ditetapkan pada pertengahan tahun ini atau mungkin lebih awal lagi, rakyat Johor bebas untuk ke pulau ini atau ke Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang selama ini hak mereka dinafikan pihak tentera negara jiran.

Kita bukan riak tetapi bersandarkan kepada fakta sejarah, undang-undang dan peta serta disokong dengan dokumen lain, pulau sebesar padang bola ini sememangnya milik Johor sejak Kesultanan Johor di bawah pemerintahan Sultan Ali pada 1824.

Sebenarnya, semangat yang ditunjuk-kan rakyat Johor yang berada beribu batu daripada tempat berlangsungnya perbicaraan membakar emosi pasukan Malaysia yang rata-rata tidur hanya dua jam sehari untuk menyiapkan kes kita.

Berita mengenai semua masjid di Johor mengadakan solat hajat memberi kekua-tan bukan saja kepada mereka yang beragama Islam tetapi juga yang bukan Islam yang percayakan spiritual banyak membantu untuk mereka lebih yakin dengan apa yang mereka lakukan itu.

Pengalaman peribadi membuat liputan tuntutan Pulau Ligitan dan Pulau Sipa-dan di Sabah yang membabitkan Malay-sia dan Indonesia di mahkamah sama pada 2002, banyak memberi keyakinan kita akan menang, meskipun dengan majoriti satu undi saja.

Langkah kerajaan mendapatkan persetu-juan Singapura merujuk kes itu ke mah-kamah melalui perjanjian khas pada 1993 adalah satu kemenangan moral kepada kita kerana untuk membawa se-

suatu pertikaian ke ICJ, ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.

“Bila kita ambil keputusan bawa kes ini ke ICJ, 50 peratus kita dah menang. Dengan disokong kekuatan kes kita dan doa rakyat Malaysia, Insyallah pulau ini akhirnya akan menjadi milik kita.

“Jika kita berdiam diri saja, kita tidak akan dapat apa-apa kerana pulau ini kini berada dalam ‘penguasaan’ negara jiran, dan dasar negara kita tidak akan meng-gunakan kekerasan untuk mendapatkan balik pulau berkenaan,” begitulah lua-han seorang wakil Malaysia.

Belajarlah daripada kesilapan masa lampau

Selama hampir sebulan di sana, kita mendapat banyak ikhtibar daripada ke-silapan atau kelekaan masa lampau se-hingga tanah ‘sekangkang kera’ ini kini berada di bawah ‘penguasaan’ negara jiran.

Kita leka atau ketika itu kita tidak tahu kepentingan yang tanah sebesar tapak kaki pun juga boleh memberi faedah ekonomi serta keselamatan kepada sebuah negara yang berdaulat.

Setiap rakyat terutama mer-eka yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir urusan harian negeri perlu mengutamakan kepentingan negeri atau negara daripada kepentingan peribadi kerana apabila kedaulatan negara sudah tergadai, amat susah untuk mendapatkannya kem-bali.

Kita kini bukan lagi berada di era ‘un-dang-undang rimba’ yang bertindak

sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kepada kesejahteraan hidup berjiran.

Kita perlu sentiasa peka kepada kepentingan setiap inci tanah yang kita miliki dan menjaga serta melindunginya sehingga ke titisan darah terakhir, jika itu diperlukan.

Pulau-pulau kecil banyak terdapat di sekeliling Johor yang secara fizikalnya boleh dianggap kurang mempunyai nilai ekonomi tetapi mempunyai kepentingan lain terutama keselamatan serta persem-padanan sesebuah negara.

Banyak yang kita pelajari daripada kes

mahkamah ini terutamanya membabit-kan dokumentasi setiap rekod urusan harian kerajaan yang mungkin tidak begitu penting hari ini tetapi menjadi ba-han bukti utama 100 tahun akan datang.

Oleh itu, kakitangan perkhidmatan awam negeri atau pusat perlu meneliti dan mengkaji setiap fakta yang dike-mukakan dalam memorial kes Malaysia untuk mencari satu pendekatan supaya kesilapan yang dilakukan rakan sejawat mereka masa lalu tidak akan berulang di masa depan.

Mungkin kita boleh katakan peraturan dulu tidak selengkap peraturan hari ini sehingga boleh menyebabkan berlaku-nya kesilapan tetapi lumrah manusia tidak dapat lari daripada melakukan ke-salahan yang sama atas sebab ‘riak atau tidak belajar daripada sejarah’.

Justeru, setiap pegawai perkh-idmatan awam perlu tahu had kuasa yang diberikan kepada mereka untuk mem-buat sesuatu keputusan dan bila membuat keputusan itu, keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan negeri daripada faedah peribadi.

Kita tidak mahu tindakan seorang pe-gawai membuat koresponden dengan negara jiran tanpa mendapat kebenaran pihak atasan dan kemudian dijadikan alasan oleh pihak ketiga untuk membuat tuntutan, berulang.

Oleh itu, komunikasi antara jabatan atau agensi kerajaan peringkat negeri atau pusat perlu diberi keutamaan supaya setiap keputusan yang dibuat mendapat persetujuan semua pihak yang terbabit.

Bersyukurlah jika menang, redha andai kecundang

Berbalik kepada kes Pulau Batu Puteh ini, apabila kes itu sudah berada di depan 16 panel hakim tetap dan hakim ad hoc ICJ, merekalah yang mempunyai kuasa pemutus negara manakah yang mempu-nyai hak kedaulatan ke atas pulau itu, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Kata pemutus mereka itu perlu diterima semua pihak kerana ia adalah mukta-mad dan tidak boleh dirayukan di mana-mana forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Majlis Kesela-matan.

Kini tiba masanya rakyat Johor bersedia untuk menerima sebarang keputusan yang akan dibuat barisan hakim itu, me-nang atau kalah adalah lumrah apabila sesuatu pertikaian dibawa ke mahka-mah.

Tidak perlu menuding jari apabila kita tidak berada di pihak yang menang, kita kena terima dengan minda yang terbuka. Kita perlu tunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kita adalah bangsa yang bermaruah dan bermartabat berpegang kepada kepatuhan undang-undang antarabangsa walaupun berat untuk melepaskan wilayah sebesar ‘kangkang kera’ ini.

Insyallah, apabila kemenangan berpihak kepada kita, sebagai bangsa yang mulia kita tidak perlu riak serta lupa diri untuk meraikan kemenangan itu.

Kita perlu menjaga hati tetangga kita dan tetap dengan janji memberi peluang mereka mengendalikan rumah api itu jika mereka mahu.

Marilah kita beramai-ramai terus dengan doa agar bumi Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kekal dalam peta kita.

Khirul Bahri Basaruddin ialah Ketua Biro Berita Harian Johor yang dihantar ke The Hague untuk membuat liputan tuntutan ini mulai 6 hingga 23 Novermber.

Tuntutan Pulau Batu Puteh

INDONESIA

SINGAPURA

MALAYSIA

PulauBatu Puteh

Oleh Khirul Bahri Basaruddin

Jadi Rebutan...Pulau Batu Puteh inilah yang menjadi rebutan di antara Malaysia dan Singapura.

10 SEMASA

Johornet...Rangkaian digital bersepadu yang menghubungkan pejabat-pejabat kerajaan.

Januari 2008

BUKAN hanya sekarang, sebaliknya sejak dulu lagi, malah jauh lebih lama sebelum-sebelumnya, sehinggakan tidak ada yang pasti mengenai tarikhnya – ba-hawa penduduk asal negara ini, sentiasa mudah menerima kehadiran orang luar.

Baik ketika negeri-negeri di Semenanjung ini terasing dengan sempadan kenegeri-annya, mahupun ketika dijajah lebih 450 tahun lamanya, atau sesudah merdeka dan berkerajaan sendiri 50 tahun lalu, sikap ini tetap sama.

Sama ada di pekan, bandar kecil, kota metropolitan, hatta di pedalaman kam-pung dan desa sekalipun, latar sikap penerimaan kepada orang luar tetap sama, budayanya juga tidak banyak ber-beza.

Cerminan ini sentiasa menjadi latar dra-ma, filem, cerpen, novel dan puisi Mel-ayu sejak dulu. Sebabnya, itulah suasana masyarakat yang ada dihadapan kita, malah kita tempuhi dan alami selama ini.

Inilah antara cetusan cerpen berjudul ‘Lintah’ nukilan Anwar Ridhwan yang disiarkan oleh akhbar Berita Minggu pada 9 Disember lalu, yang amat elok ditatapi dan dihayati semua pihak, di tengah-tengah kecelaruan tuntutan melibatkan kelompok kaum tertentu di negara ini.

Kisah yang dipaparkan Anwar itu cu-kup universal dalam konteks negara ini. Cumanya ia jarang dikupas dari sudut berkenaan, atau sengaja didiamkan, atau tidak mahu dibincangkan oleh sesiapa kerana sebab tersendiri masing-masing. Mesejnya; kejayaan seseorang dari mana-mana kaum sebenarnya dicapai melalui sokongan daripada keseluruhan masyarakat, iaitu kaum lain juga, bukan semata-mata kerana keupayaan dirinya atau kaumnya.

Masyarakat yang tidak memilih warna kulitSebagai contoh, mari kita hayati latar ki-sah benar ini di pekan bernama Selekoh, di satu daerah di utara tanah air. Pekan Selekoh menjadi pusat bekalan kepada beberapa kampung di sekitaranya.

Majoriti peniaganya adalah orang Cina dan majoriti pelanggannya adalah orang Melayu termasuk keturunan Jawa dan Banjar. Sama ada kedai runcit, kedai men-jahit pakaian, barangan elektrik, bengkel motosikal, kedai basikal, buah-buahan, sayuran dan ikan, malah hampir semua bekalan yang diperlukan oleh penduduk kampung, dibekalkan peniaga Cina.

Memang ada sedikit penduduk Cina di pekan itu, namun kebanyakan mer-eka adalah keluarga peniaga itu sendiri, selebihnya pekerja-pekerja estet berdeka-tan. Maka, perniagaan orang-orang Cina ini terus hidup serta berkembang den-gan sokongan pelanggannya di kalangan orang Melayu.

Sebagai contoh khusus, sebuah kedai kopi, Boi Tan Kooi namanya, menjual mee rebus setiap pagi. Lebih separuh pe-langgan yang mengisi meja-meja dalam kedai itu adalah orang Melayu. Malah, anak-anak muda yang berhijrah dan pulang sekali sekala juga, tetap singgah melepaskan rindu menikmati mee rebus Tan Koi.

Ketika itu, penduduk kampung yang berkebun kelapa, menjadi nelayan, mengambil upah di sana sini, hanya mampu berbasikal dan yang mewah sedikit, bermotosikal. Tan Kooi yang maju perniagaannya memiliki kereta dan mampu pergi bercuti. Begitu jugalah selang tiga kampung di pedalaman sedikit dari Pekan Selekoh ini, ada sebuah sekolah rendah kebang-saan yang kesemua pelajarnya adalah anak-anak orang Melayu. Kira-kira 20 meter dari pagar sekolah itu ada sebuah kedai runcit dipanggil Chuan. Kedai itu juga maju dengan pelanggannya semua pelajar dan penduduk kampung di situ.

Ini tidak pelik bukan? Hampir semua tempat di Semenanjung ini keadaannya begitu dan ia terus kekal sehingga ke hari ini.

Melayu berjiwa pemurahDi bandar-bandar, orang Melayu tidak pernah memilih premis mengikut pemi-liknya sama ada pasar mini, kedai runcit, bengkel kereta dan motosikal, klinik, kedai perabot dan pakaian, salun kecan-tikan dan kedai gunting rambut.

Di Johor Bahru, Plaza Angsana yang dikatakan pasaran orang Melayu, ramai peniaganya adalah di kalangan bukan Melayu.

Kalau rajin, berbuallah dengan pekedai barangan elektrik, perabot, pinggan mangkuk, langsir dan segala macam keperluan barangan rumah, mengenai siapa dan majoriti dari kumpulan mana

pelanggan mereka.

Orang Melayu memang tabiatnya suka menukar perabot, barangan elektrik dan mengganti langsir atau setidak-tidaknya menukar fabrik, lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Apakah kriteria yang digunakan oleh Melayu dalam memilih kedai untuk mendapatkan bekalan tersebut? Namun, cuba kita fikirkan dan renung-renungkan siapa pelanggan bagi premis-premis milik Melayu seperti bengkel kereta dan motosikal, kedai runcit, paka-ian, salun dan apa jua kedai peniaga Melayu.

Setelah kita fikirkan dan tinjau sendiri, buatlah analisa dan kesimpulan masing-masing.

Perdana Menteri keempat, Tun Dr Ma-hathir Mohamad pernah berkata, yang lebih kurang bermaksud jikalau dicabut semua harta milik bukan Melayu di Kua-la Lumpur, ibu kota tersebut menjadi gersang. Maknanya, tidak ada langsung milik orang Melayu.

Namun satu perkara yang perlu diakui, bahawa kemajuan dan kejayaan yang berlaku di Kuala Lumpur, tidak sekadar kerana keupayaan syarikat atau pemi-liknya, tetapi berkat sokongan institusi masyarakat termasuk Melayu yang bek-erja dan menghuni kota metropolitan itu.

Setiap sen yang dibelanjakan oleh orang Melayu, atau mana-mana kaum seka-lipun, baik Cina, India, Sikh dan mana-mana keturunan, tidak boleh dipandang ringan dalam menyumbang kepada pen-capaian tersebut.

Melayu banyak memberiDari sudut pandangan orang Melayu, mengenai hubungannya dengan bukan Melayu – tidak pernah wujud benteng

yang tinggi. Orang Melayu mempunyai sikap yang amat toleran sejak zaman ke-sultanan Melayu lama dahulu hinggalah sekarang.

Tidak perlulah kita bercakap soal yang lebih ‘tinggi’ seperti soal Perlembagaan, undang-undang dan pengagihan kuasa yang sudah termaktub haknya dan amat jelas amalannya dalam pentadbiran negara.

Cukup sekadar kita bicara mengenai soal harian yang ada di depan mata, yang nyata tidak menganiaya sesiapa, malah memberi peluang kepada semua.

Setiap kaum berpeluang meningkatkan status hidupnya, melalui peluang pen-didikan, keusahawanan dan perniagaan.

Orang Melayu bersedia bersahabat dengan sesiapa sahaja, malah mudah mengubah sebutan percakapan sehingga menjadi bahasa pasar untuk memudah-kan perhubungan dengan kaum lain.

Tidak sesiapa meminta diasingkan di tempat awam termasuklah seperti di dalam bas, keretapi, pawagam, restoran dan sekolah.

Kalau ada yang tak mahu bercampur, itu adalah atas kehendak mereka sendiri.

Orang Melayu tidak pernah menuntut demikian, malah merelakan semua kaum menjalankan aktiviti masing-masing.

Semua orang boleh menjalankan usaha ekonomi dalam apa jua bidang (walau-pun orang Melayu selalunya keting-galan) sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Boleh juga memiliki tanah-tanah untuk pertanian dan pembangu-nan, membina kuil-kuil dan rumah iba-dat sejak dahulu lagi.

Oleh itu, mengapa tiba-tiba, tak semena-mena dikatakan berlaku pembersihan etnik di negara kita ini? Barangkali ada sebab tempua bersarang rendah.

11ASAM PEDAS

Januari 2008 Januari 2008

lagu ciptaan insan istimewa dipersembahkan kepada umum.

Antaranya ialah ‘Sinar Kehidu-pan’ ciptaan Fauziah Hashim dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bukit Besar yang disam-paikan oleh bintang Akademi Fantasia, Farhan manakala wakil Brisbane, Karen Lee Rob-erts bersama Peter Neil Vance dan Angela Taryn berganding bahu menyanyikan ‘Society’s Blues’.

Penonton nyata kagum dengan persembahan mereka kerana selain mendapat tepukan pal-ing gemuruh, mereka berjaya membawa penonton bersama-sama menghayati lagu yang disampaikan secara trio.

Tidak ketinggalan juga persem-bahan bersahaja wakil Shang-hai, Hu Su Pie yang membawa-kan lagu ‘Beautiful True Love’ dalam bahasa Mandarin.

Mereka benar-benar mem-pamerkan kemampuan mas-ing-masing dengan penuh penghayatan sehingga menda-pat penghormatan daripada penonton yang bangun setiap kali peserta selesai membuat persembahan.

Malam sebelumnya, dalam persembahan pertama di Te-luk Danga lagi, ramai yang teruja dengan kelincahan serta lenggok tari kanak-kanak PDK Kluang, sehinggakan penonton yang hadir turut menari ber-sama.

Penonton juga terpukau den-gan persembahan penyanyi Indonesia, Carolina Linkan kerana kelunakan suaranya ketika mendendangkan lagu keroncong “Bandar Jakarta”.

Seramai 170 kanak-kanak dari 58 PDK seluruh Johor dipi-

lih bagi menjayakan tiga tarian yang menggambarkan setiap bangsa di negara ini untuk tata-pan delegasi asing iaitu tarian tradisional masyarakat Cina dan India serta zapin Melayu.

Pada malam itu juga, dua be-radik Norhidayu dan Norhi-dayah Yusoff bersama kum-pulan mereka The Braille Dots dari Sekolah Princess Elizabeth menyampaikan lagu A. Ram-lie, “Buah Hatiku Sayang” dan membuat pertunjukan ala band dengan memainkan lagu “Zap-in Budi”.

Juara karaoke PDK, Saifulnizam Ramli pula menyampaikan dua buah lagu Sudirman, “Kau Pergi Jua” dan “Hore-Hore” dengan penuh gaya dan peng-hayatan. Di pentas persemba-han itu juga, artis tempatan Fransisca Peter, Vince dan Nita turut menambah keceriaan.

Sempena festival ini, turut di-adakan festival bunga di Ru-mah Limas di Teluk Danga. Di sini disediakan maklumat serta penjelasan mengenai perkhid-matan yang disediakan bagi golongan kanak-kanak istime-wa serta bazar jualan hasil kerja tangan OKU.

Ia menjadi platform serta salu-ran kepada para pelatih serta guru PDK untuk bertukar-tukar buah fikiran bersama pe-serta luar negara dalam usaha meningkatkan lagi tahap PDK di Johor.

Begitulah tahun 2007 menjadi amat bermakna kepada OKU Negeri Johor apabila Johor Bahru diberikan penghormatan menjadi tuan rumah Festival Muzik Wataboshi ke-9, anjuran Badan Amal Isteri Wakil Rakyat (JUITA) dengan kerjasama Asia Pasific Forum on Families (AP-FAM), Yayasan Pembangunan Keluarga Johor, Majlis Tinda-

kan Pelancongan dan Yayasan Warisan Johor.

Wataboshi membawa maksud biji lalang yang boleh terbang dan tersebar ke tempat lain setiap kali ditiup angin dan festivalnya dimulakan pada 1973 di Nara, Jepun dan Pen-gasasnya adalah Harima Yasou yang juga Pengerusi Yayasan

Tanpopo-No-Ye.Festival yang diadakan dua tahun sekali itu, disertai wakil dari Shanghai, Seoul, Hong Kong, Kaohsiung, Singapura, Bangkok, Jakarta, Brisbane dan Nara.

Festival ini bertujuan menyam-paikan pesanan kasih sayang, harapan serta aspirasi kepada

golongan OKU sebagaimana angin membawa biji lalang dandelion ke segenap dunia.

Konsert Gala itu diakhiri den-gan acara penyerahan simbolik bunga wataboshi kepada ketua delegasi Seoul, Hanul Park se-bagai penganjur kesepuluh Fes-tival Muzik Wataboshi 2009.

RINTIHAN dalam lagu Namun Ku Punya Hati yang cukup mengesankan, tidak sedikit pun terasa apalagi tergambar sepa-njang perkampungan golongan kurang upaya sempena Festival Muzik Wataboshi 2007 di Johor Bahru, November lalu.

Barangkali hanya rangkap ketiga lagu ciptaan Freddie Fernandez itu dengan bait-bait “Bukan ku

minta kasih dan manja; Bukan ku rayu bantu simpati” agak me-nepati apabila festival empat hari berkenaan berlangsung penuh meriah, sekali gus membukti-kan orang kurang upaya (OKU) mampu setanding dengan mer-eka yang cukup sifatnya.

Mereka menunjukkan kemam-puan bermain muzik, menyanyi, menari dan menggubah lagu

untuk dinyanyikan oleh artis profesional. Mesej ini cukup jelas dalam dua persembahan bermula di Teluk Danga dan diikuti acara kemuncaknya, Konsert Gala di Persada Johor.

Itu menandakan mereka bukan “sekadar menumpang di sudut dunia, sampai masa pergi jua” tetapi mampu menyumbang ses-uatu kepada masyarakat dengan

bakat dan kelebihan masing-masing serta berupaya mema-hatkan kehadiran mereka secara bermakna.

Festival itu berjaya membuka mata masyarakat dan membawa ke arah pemikiran lebih positif terhadap golongan OKU ba-hawa insan istimewa ini mampu berdikari dan menjalani aktiviti seperti orang biasa.

Itulah mesej Wataboshi yang sarat mengandungi iltizam, komitmen dan suara insan istimewa yang mahu membuktikan keupayaan dan kehadiran mereka secara ber-makna dalam masyarakat dunia.

Konsert Gala yang dihadiri lebih 1,000 peserta dari negara Asia Pasifik itu diacarakan oleh Datuk Mahadzir Lokman dan Ras Adiba Radzi, menyaksikan sejumlah 10

12 13FOKUS FOKUS

Terima tanggungjawab...Ketua delegasi Korea, Hanul Park menerima bunga wataboshi sebagai simbolik tuan rumah bagi Festival Muzik Wataboshi 2009.

Kekurangan bukan halangan...Pelatih PDK Johor menari zapin ketika Konsert Gala Wataboshi 2007.

Ceria...Dato’ Abdul Ghani Othman serta Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin bersama-sama delegasi Festival Muzik Wataboshi 2007 di perkarangan Rumah Limas, Teluk Danga.

WATABOSHIFestival Muzik

Asia Pasifik 2007

Mengagumkan...Persembahan bertenaga Peter Neil Vance dan Karen Lee Roberts ketika menyampaikan lagu Society’s Blues.

Hebat...Kelunakan suara Hu Su Pie berjaya memukau penonton dengan nyanyiannya Beautiful True Love.

Mengasyikkan...Aksi penari Indonesia yang mempersembahan tarian Bali di Teluk Danga.

Bakat besar...Norhidayu Yusoff (kiri) dan adiknya Nurhidayah menyampaikan lagu Buah Hatiku Sayang. Mereka adalah pelajar Sekolah Princess Elizabeth.

Mesej Wataboshi bergema di Johor Bahru

Januari 2008

PAIP bocor apatah lagi yang menyalurkan air kumba-

han pasti mewujudkan satu keadaan yang tidak

selesa. Selain bau yang tidak menyenangkan,

persekitaran tempat yang dilimpahi air kumbahan juga menjijikkan.

B a y a n g k a n l a h pula andai tem-

pat itu menjadi tumpuan ribuan orang setiap hari. Tentu ia men-

jadi topik hangat penduduk setempat.

Begitulah yang terpaksa dilalui saban hari

ribuan pengunjung ke Terminal Bas dan Teksi Kluang apabila paip air kumbahan yang melingkari siling terminal berkenaan bocor baru-baru ini.

Apa yang pada mulanya disangka hanya kebocoran kecil sahaja rupa-rupanya men-gundang perhatian serius apabila air kum-bahan melimpah umpama ‘air terjun’.

Keadaan itu sampai ke pengetahuan Gapar yang tanpa berlengah mengumpul segala maklumat berhubung kebocoran berke-naan.

“Kemudian bersama-sama Gan Ping Sieu, wakil rakyat kawasan Mengkibol, kami membangkitkan masalah ini di peringkat

Majis Tindakan Daerah dan memohon ban-tuan Anggota Parlimen Kluang, Hoo Seong Chang.

“Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bukan sahaja bagi menyelesaikan masalah kebocoran itu tetapi juga memberi wajah baru kepada terminal berkenaan,” katanya.

Gapar berkata terminal itu, yang terletak di pusat bandar Kluang, dicat semula semen-tara 200 gerai termasuk medan selera di bahagian atas diperkemaskan lagi keadaan-nya.

Menurutnya kerja membaik pulih itu telah bermula September dan dijangka siap sep-enuhnya awal tahun depan.

JPMM14

Petani bukan sekadar bercucuk tanamMenyedari bahawa pertanian kini satu perniagaan, Datuk Gapar Gurrohu sentiasa menekankan pentingnya para petani meningkatkan kemahiran mereka. Anak-anak, katanya perlu diberi tumpuan dalam usaha ini.

Apakah yang ingin Datuk capai apabila dipilih menjadi wakil rakyat?Saya ingin membantu masyarakat Melayu teruta-manya, supaya menjadi lebih berdaya saing serta maju dalam semua bidang. Pada masa yang sama, saya juga mahu memas-tikan pegangan agama umat Islam dimantapkan lagi.

Bagaimana pendekatan untuk mencapai hasrat ini?Caranya mudah sahaja. Kita perlu mencari jalan meningkat-kan lagi kesedaran di kalangan orang Melayu untuk meng-galakkan mereka membabitkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana. Bidang ini amat luas dan masyarakat melayu mungkin boleh menumpukan usaha terh-adap industri

asas tani. Mungkin masih ra-mai lagi yang meragui bahawa pertanian sebenarnya satu per-niagaan dan inilah yang selalu saya tekankan setiap kali ber-temu rakyat.

Tidakkah kini ramai orang Me-layu menjadi petani?Itu betul tetapi mereka perlu membuka mata dengan lebih luas kerana potensi bidang pertanian amat besar. Mereka tidak harus bertumpu kepada kegiatan bercucuk tanam sa-haja sebaliknya perlu mempu-nyai inisiatif untuk meluaskan lagi aktiviti. Ilmu pemasaran perlu dipelajari dan seterusnya dikuasai.

Kaedah untuk melaksanakan-nya?Pendidikan amat penting kerana hanya itu yang mampu membawa kita untuk pergi

lebih jauh lagi dalam sesuatu bidang yang diceburi. Justeru, saya selalu memberi perhatian terhadap pendidikan dengan menyeru ibu bapa supaya memberi dorongan kepada anak-anak mereka. Di kawasan yang saya wakili, segala kemu-dahan sudah disediakan sep-erti perpustakaan desa serta penggunaan balai raya sebagai tempat untuk belajar mahupun menganjurkan kelas-kelas tam-bahan selepas waktu persekola-han. Apabila anak-anak ini da-pat dilengkapkan dengan ilmu terutama yang berteraskan ke-mahiran, mereka lebih mudah untuk terbabit secara langsung dalam industri asas tani.

Apa kelebihan kemahiran ke-pada industri asas tani ini?Pendidikan berteraskan kema-hiran ini secara tidak langsung akan mendedahkan kita kepa-

da cara-cara untuk berhadapan dengan realiti hidup. Ini boleh membantu mewujudkan men-taliti keusahawanan. Kerajaan harus merangka pelan pem-belajaran yang mendedahkan pelajar kita dengan asas serta kemahiran pertanian agar apa-bila mereka tamat belajar, mer-eka berupaya mengadaptasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan sebenar. Tetapi per-lu diingat ia tidak harus hanya menjurus kepada kemahiran industri asas tani tetapi juga bidang lain seperti jahitan, per-tukangan, perdagangan, meka-nikal dan elektrik.

Datuk yakin ini dapat men-ingkatkan industri asas tani dan bidang kemahiran lain di negara kita?Saya yakin. Sebagai contohnya, negara China yang berkem-bang maju dengan pantasnya. Bagaimana mereka melaku-kanya? Ia adalah hasil kema-hiran yang mereka miliki tanpa perlu bergantung kepada pihak ketiga untuk melaksanakan se-suatu. Kerana itu juga kita akan dapati negara mereka begitu maju dalam apa juag bidang yang boleh kita fikirkan. Lihat industri pelancongan mereka. Pemandu pelancong di sana sangat berpengetahuan tentang produk mereka dan yang lebih menarik ialah mereka membuat ‘kerja rumah’ untuk menge-tahui serba sedikit mengenai latar belakang pelancong yang dibawa seperti agama mereka. Ini membuatkan pelancong merasa lebih selesa. Jadi saya amat berharap agar rakyat negara kita dapat mencontohi usaha memajukan diri rakyat negara China.

PROFIL WAKIL RAKYAT DEWAN NEGERI KAWASAN MAHKOTA

Tarikh Lahir : 12 November 1945Isteri : Datin Sapiah Md YusofAnak : Nur Safarizal, Nur SafarinAlamat : No. 2, Jalan Idaman 2, Ta-man Idaman, 86000 Kluang, JohorTel Bimbit : 019-7577246Tel : 07-7725454Alamat Pejabat : Pusat Khidmat Wakil Rakyat DN Mahkota, 38 & 40, Tingkat 4, Jalan Dato’ Kapt Ahmad, 86000 Kluang, JohorTel : 07-7722300Faks : 07-7730263 Email : [email protected]

PENDIDIKAN:- Ijazah Sarjana Muda Lengkap, Universitas Nasional Jakarta- Diploma In Training And Devel-opement, Auckland College Of Education, New Zealand- Sijil Perguruan, Day Training Centre Melaka

PENGALAMAN KERJA:1969-1985 : Guru Sekolah Kebangsaan Ulu Benut, Simpang Renggam, Sekolah Batu 3, Sekolah Tinggi Kluang dan Sekolah Jalan Mersing, Kluang1986-1992 : Pengetua Sekolah Menengah Mengkibol, Kluang1993-1994 : Penyelia Bahagian Hal Ehwal Murid di Jabatan Pendidikan Johor Bahru1997-2003 : Ahli Dewan Negara2001-2003 : Timbalan Speaker Dewan Negara

PENGLIBATAN POLITIK: - Ketua Umno Bahagian Kluang- Pengerusi Biro Agama Umno Johor- Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Islam Umno Malaysia-Pengerusi Tetap Umno Cawangan Taman Kasih

AKTIVITI KEMASYARAKATAN:- Timbalan Yang Dipertua Pertubu-han Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang- Yang Dipertua Persatuan Olah-raga Amatur Kluang- Penasihat PROSTAR Daerah Kluang- Pengerusi Masjid Taman Kasih, Kluang- Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Pembangunan Tanah Kluang- Ahli Lembaga Penasihat Haji Kera- jaan Johor di Tabung Haji

ANUGER-AH/PINGAT:1983 : Pingat Ibrahim Sultan (PIS)1990 : Pingat Pangkuan Negara (PPN) 1993 : Ahli Mangku Negara (AMN)1996 : Kesatria Mangku Negara (KMN)1999 : Setia Mahkota Johor (SMJ)2001 : Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)

Limpahan kumbahan dihentikan

Perkembangan semasa...Gapar menunjukkan kerja-kerja ubahsuai medan selera Terminal Bas dan Teksi Kluang.

Gerak Kerja

Januari 2008

Apakah prinsip hidup, visi dan misi YB?Dalan kehidupan seharian saya, saya berpegang kepada prinsip ‘tujuh C’ iaitu cintakan bumi, cintakan raja, cintakan negara, cintakan parti, cintakan rakyat, cintakan keluarga dan cintakan diri sendiri. Misi saya sebagai seorang wakil rakyat adalah untuk menolong rakyat tanpa mengira latar belakang mereka selaras dengan slogan Barisan Nasional iaitu ‘Tradisi Membela Rakyat’. Di kawasan saya, saya turut mengguna pakai tema ‘Gerakan Bersama Rakyat’ da-lam menjalankan tugas.

Boleh YB berkongsi sedikit se-jarah pembabitan politik seh-ingga menjadi wakil rakyat.Saya bermula sebagai pemban-tu khas kepada wakil rakyat kawasan Kulai, Datuk Khoo Chee Wat pada 1988. Saya per-nah menjadi Ahli Majlis Daerah Kulai selama empat penggal sebelum menjadi calon Barisan Nasional pada pilihan raya lepas. Ketika itu saya berusia 38 tahun yang ramai menganggap sebagai masih muda.

Apa matlamat serta perubahan yang ingin dilakukan untuk kawasanYB?Saya ingin menjadikan Kulai sebuah kawasan yang maju dan setanding daerah lain di negeri ini. Antara kaedahnya ialah menekankan pembangu-nan modal insan melalui sistem pendidikan sedia ada.

Apakah strategi YB dalam me-

menangi hati pengundi di ka-wasan YB?Kehadiran wakil rakyat dalam program atau majlis yang di-anjurkan di kawasan masing-masing adalah penting untuk membina hubungan baik antara wakil rakyat dan masyarakat. Selain itu, saya sendiri sudah menetapkan masa untuk ber-temu dengan mereka. Misal-nya, setiap Khamis saya akan bertemu dengan masyarakat di pejabat saya di Kelapa Sawit manakala Jumaat di Pusat Perkhidmatan Adun Bukit Batu di Bandar Putra. Sejak saya menjadi wakil rakyat, tidak pernah sekali pun saya keting-galan untuk bersama dengan masyarakat pada waktu yang ditetapkan itu.

Bagaimana pula dengan ka-wasan YB sekarang, adakah YB

berpuas hati? Sebagai seorang ahli politik, kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang sudah di-capai. Walaupun di kawasan saya sudah banyak projek pem-bangunan sementara kawasan perumahan semakin bertam-bah, namun dalam perjuan-gan saya, banyak lagi perkara yang perlu dicapai. Selagi saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat, saya akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk kawasan yang saya wakili.

Pilihan raya dikatakan akan di-adakan dalam tempoh terdekat ini, bagaimana persiapan YB?Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai kemung-kinan termasuklah pilihan raya. Saya sejak dipilih menjadi wakil rakyat lagi sememangnya

saya sudah bersedia. Di per-ingkat Parlimen Kulai khusus-nya, suasana politiknya kukuh dan stabil. Dengan semangat kerjasama dan perpaduan yang wujud dalam Barisan Nasional, kita yakin dari parti apa pun pembangkang itu, kita tidak akan goyah. Jika ada ura-ura pembangkang ingin mengua-sai Parlimen Kulai, bagi saya, mereka boleh bermimpi sahaja.

Akhir sekali, apakah pesanan kepada penduduk kawasan YB?Saya berharap masyarakat di kawasan saya ini bersama-sama dengan wakil rakyat bersama-sama berganding bahu menjayakan pembangu-nan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Bak kata pepa-tah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

SISTEM saliran di bandar Kulai, terutamanya di sekitar Batu 21, sedang melalui satu proses menambah baik bagi menamatkan masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan itu.

Projek bernilai RM2.6 juta itu membabitkan pembinaan sebuah terowong yang menyambungkan longkang utama kawasan berkenaan dengan Sungai Skudai.

Cheong Chin Liang berkata terowong sepanjang 500 meter dengan ukur lilit 12 meter itu dibina untuk menggantikan parit sedia ada.

Menurut-nya kajian pihak terb-abit menda-pati terowong yang lebih besar adalah penyelesaian muk-tahir kepada masalah banjir kilat di kawasan itu.

Sebelum ini katanya, be-berapa projek untuk mengatasi masalah itu telah dilaksanakan dengan yang terakhir pada 2001, namun ia tidak berkesan.

Beliau berkata sebuah kolam takungan turut dibina di atas sebidang tanah seluas 1.6 hektar untuk mengawal pen-galiran air.

“Ke- selu-ruhan projek ini di-j a n g k a siap menjelang Julai depan.

“Selepas itu, penduduk di kawasan berkenaan bolehlah menarik nafas lega kerana kesulitan berhadapan dengan banjir kilat sudah berakhir,” katanya.

15JPMM

PROFIL WAKIL RAKYAT DEWAN NEGERI KAWASAN BUKIT BATU

Tarikh Lahir: 18 Oktober 1966Isteri : Lai Fui RinAnak : Cheong Yong Ning, Cheong Jun Xiang, Cheong Yong TingAlamat rumah : No. 2839, Jalan Cempaka 36/17 Bandar Indahpura, 81000, Kulai, Johor.Alamat pejabat: i) Pusat Perkhidmatan ADUN Bukit Batu, 16B, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra, 81000 Kulai. ii) 20A, Jalan Susur, Kelapa Sawit, 81300, Kulai.iii) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor,15, Jalan Jaya, Taman Jaya, 81300, Skudai.No. Telefon : 07-663788/07-5543786No. Faks : 07 6632788Tel bimbit : 016-7623322

PENDIDIKAN:1972-1978 : Sekolah Jenis Kebang-saan (C) Kulai 2, Kulai1979-1987 :Sekolah Menengah Sultan Ibrahim1990-1991 : Diploma Pentadbiran Am (Institut Pengurusan Pasifik)

PENGLIBATAN POLITIK1988 – 1992 : Penolong Setiausaha Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Cawangan Kulai1992 – Kini : Setiausaha PGRM Bahagian Kulai 1994 – Kini : Pengerusi PGRM Cawan-gan Bandar Kulai 2004 – Kini : Ahli Jawatankuasa Pusat PGRM Nasional 2004 – Kini : Ketua Biro Penyelidikan dan Maklumat Pemuda PGRM Nasional 2004 – Kini : Setiausaha J/K Per-hubungan PGRM Negeri Johor 2004 – Kini : Ketua Biro Perumahan PGRM Negeri Johor

AKTIVITI KEMASYARAKATAN1994 –kini : Pengerusi/Penasihat Pertubuhan Penganut Dewa Hong Sian Tai Tee, Kulai 2000 – Kini : Penasihat Persatuan Chong Johor Selatan 2004 – Kini : Penasihat Persatuan Bu-lan Sabit Merah Cabang Johor Bahru

Cheong dengan tujuh cintanya

Gerak Kerja

Sempit...Saliran sedia ada tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat.

Tinjau...Cheong (tiga dari kiri) meninjau keadaan sistem perparitan di kawasannya.

Hidup tanpa cinta menurut Cheong Chin Liang amat hambar kerana cinta memberi kekuatan untuk menjalani hidup dengan penuh bermakna.Namun cinta itu biarlah pada tempatnya.

Januari 2008

16 BELASUNGKAWA

PERWATAKANNYA yang agak pen-diam kerap menyebabkan ramai yang menyangka beliau sukar didekati.

Apatah lagi dengan susuk tubuhnya yang besar, Datuk S. Krishnasamy menampilkan lagak seorang yang ber-cakap hanya apabila perlu sahaja.

“Saya tak macam itulah. Mana ada saya sombong.

“Jadi wakil rakyat mana boleh som-bong, kawan,” jawabnya dengan sedikit terkejut apabila diberitahu ada yang mengatakan bahawa beliau sukar didekati.

Anak kelahiran Segamat ini mula mendekatkan diri dengan masyarakat apabila dilantik ahli majlis Majlis Daer-ah Segamat Utara pada 1986.

Perlantikan beliau sebagai Ketua MIC Bahagian Labis pada 1994 mem-buka ruang yang lebih luas untuk beliau mendekati rakyat, khususnya masyarakat India setempat.

Setahun kemudian, Krishnasamy dipertanggungjawabkan mewakili rakyat Dewan Negeri kawasan Tengga-roh, satu tugas yang sudah lama beliau

nanti untuk dilaksanakan.

Seperti apa yang beliau kata “...Mana saya ada sombong,”, Krishnasamy sebenarnya seorang yang suka senyum kepada sesiapa yang memandangnya.

Meskipun beliau tidak menetap da-lam kawasan yang diwakilinya, tidak pernah terdengar sebarang rungutan masyarakat Tenggaroh mengenai mutu perkhidmatan wakil rakyat mereka.

“Beliau sentiasa ada bila kita memerlu-kan perkhidmatan.

“Kalau kita hendak mengadu atau ber-jumpa dengannya, selalunya tidak per-lu buat surat, jumpa terus sahaja,” ujar seorang peniaga yang membuka kedai menjual barangan keagamaan dalam Dewan Negeri kawasan Tenggaroh.

Rakan peniaga itu berkata Krishnasamy memang nampak seperti sukar didekati tetapi beliau sebenarnya seorang yang amat merendah diri.

“Beliau mempunyai ciri-ciri seorang wakil rakyat sejati,” rumus peniaga itu.

Namun, Johor dan masyarakat India khususnya, pasti akan merasai kehilan-

gan selama-lamanya wakil rakyat sejati ini.

Krishnasamy meninggal dunia akibat ditembak semasa dalam lif di Ibu pe-jabat MIC Johor pada 11 Januari lepas. Beliau ketika itu dalam perjalanan un-tuk menghadiri mesyuarat perhubun-gan MIC Negeri di mana beliau juga adalah timbalan pengerusinya.

Mendiang yang dilahirkan pada 1946 meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Selain masyarakat India yang meratapi kehilangan seorang pemimpin kanan negeri, pemergian mengejut mendiang turut dirasai wakil rakyat kawasan jiran, Zainal Abidin Osman.

“Kami berkenalan sejak mula menjadi wakil rakyat 12 tahun lalu dan menjadi lebih akrab kerana kawasan kami ber-jiran.

“Beliau sangat mudah bekerjasama, komited terhadap kerja dan disenangi masyarakat di kawasan,” kata wakil rakyat kawasan Endau itu.

Zainal yang juga Ahli Mesyuarat Kera-jaan Negeri mengakui kemungkinan

sukarnya mencari pengganti seperti mendiang.

Mendiang Krishnasamy meninggalkan isteri, Datin N. Sornavalli serta empat orang anak - dua lelaki dan dua perem-puan berusia antara 26 dan 34 tahun.

1946 - 2008

bersambung dari muka 729 Tuan Haji Azmi bin Rohani Ketua Penolong Pengarah,

Pejabat Tanah dan GalianJohor(Pelupusan, Penguatkuasaandan Teknikal).

Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Kota Tinggi

30 Encik Zulkifly bin Haji Mohd.Tahir

Ketua Penolong PegawaiDaerah,Pejabat Daerah Pontian.

Ketua Penolong Pengarah,Pejabat Tanah dan Galian Johor(Pelupusan, Penguatkuasaan danTeknikal).

31 Tuan Haji Muzaldin binMohamed

Setiausaha,Suruhanjaya PerkhidmatanAwam Johor.

Setiausaha,Majlis Perbandaran Kluang.

32 Tuan Haji Mohammed Shakibbin Haji Ali

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Johor Bahru(Pembangunan Tanah).

Setiausaha,Suruhanjaya Perkhidmatan AwamNegeri Johor.

33 Encik Zainal bin Eran Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Muar(Pembangunan Tanah danPelupusan).

Ketua Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Muar.

34 Puan Zarina binti Abdul Kadir Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Batu Pahat(Pembangunan Tanah danPelupusan).

Ketua Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kluang.

35 Encik Jamaludin bin Haji A.Hamid

Penolong Pegawai Daerah /Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah/Daerah KecilPengerang.

Setiausaha,Majlis Perbandaran Muar

36 Tuan Haji Md. Asri bin Amir Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Muar(Pembangunan Fizikal).

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Kecil Labis.

37 Encik Khirul Nizam bin Mat Said Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Pontian(Pembangunan Tanah danPelupusan).

Jawatan Cadang SUKJ Gred N41Ditempatkan di:Unit Audit Dalam

38 Tuan Haji Mohd. Khir Johari binHaji Salleh

Setiausaha,Majlis Daerah Pontian

Ketua Penolong Pegawai DaerahPontian.

39 Encik Miswan bin Yunus Penolong Pentadbir Tanah ,Pejabat Tanah Segamat(Pembangunan Tanah danPelupusan).

Ketua Penolong Pegawai DaerahSegamat

40 Puan Norliyati binti Md. Nor Penolong Pentadbir Tanah ,Pejabat Tanah Johor Bahru(Pendaftaran).

Penolong Pentadbir Tanah ,Pejabat Tanah Johor Bahru(Pembangunan).

41 Puan Khasanah binti Sufa’at @Supaat

Pejabat SUKJ (JawatanKumpulan – Cuti Belajar)

Penolong Pentadbir Tanah ,Pejabat Tanah Batu Pahat(Pembangunan Tanah danPelupusan).

42 Encik Zainor bin Adani Setiausaha,Majlis Daerah Tangkak.

Ketua Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kota Tinggi.

43 Encik Hasrin Kamal bin Hashim Setiausaha,Majlis Daerah Yong Peng.

Setiausaha,Majlis Daerah Tangkak.

44 Encik Suhairi bin Haji Hashim Setiausaha,Majlis Daerah Kota Tinggi.

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Segamat(Pembangunan Tanah danPelupusan).

45 Tuan Haji Mohd Zaid bin A.Rahman

Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Johor Bahru(Pembangunan Fizikal).

Setiausaha,Majlis Daerah Kota Tinggi.

46 Encik Ropie bin Subari Setiausaha,Majlis Daerah Mersing.

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Muar(Pembangunan Tanah danPelupusan).

47 Encik Mohd Masni bin Wakiman Setiausaha,Majlis Daerah SimpangRenggam.

Setiausaha,Majlis Daerah Yong Peng.

48 Encik Mohd Farid bin Hassan Penolong Pengarah, PejabatTanah dan Galian Johor(Pembangunan).

Setiausaha,Majlis Daerah Pontian.

49 Encik Mohd Helmi bin Sha’ri Penolong Pegawai DaerahPejabat Daerah Batu Pahat(Pembangunan Fizikal).

Setiausaha,Majlis Daerah Simpang Renggam.

50 Encik Ezlan Farid bin Mohd Said Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Muar (Hasil).

Penolong Pentadbir Tanah ,Pejabat Tanah Pontian(Pembangunan Tanah danPelupusan).

51 Encik Mohd Johari bin Tarmidi Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Mersing(Pendaftaran).

Setiausaha,Majlis Daerah Mersing

52 Encik Norizam bin Muhamad Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Batu Pahat(Pendaftaran).

Penolong Pengarah,Pejabat Tanah dan Galian Johor(Pembangunan)

53 Encik Muhammad Shahril Azizibin Abd. Gapar (Kontrak)

Penolong Setiausaha,Bahagian Pengurusan SumberManusia, SUKJ

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Kulaijaya(Pendaftaran).

54 Encik Muhammad Yazid binBaharudin (Kontrak)

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Pontian (Hasil).

Penolong Pentadbir Tanah,Pejabat Tanah Ledang

Januari 2008

17

PENGHIJRAHAN Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah meluang-kan penyediaan satu bentuk perlemba-haan iaitu Piagam Madinah. Piagam ini membentuk sebuah negara Islam den-gan meletakkan orang Muhajirin, Ansar dan kaum Arab yang bukan Islam serta orang Yahudi di bawah pemerintahan Islam.

Tidak kurang daripada 12 kabilah yang bukan Islam di Madinah ketika itu, disatukan di bawah pentadbiran neg-ara Islam dengan semua rakyat hidup dengan rukun dan damai, serta memi-kul tanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Kesemuanya, tidak kira sama ada pen-ganut Islam dan bukan Islam, termasuk Yahudi, sama-sama mematuhi apa yang dipersetujui melalui Piagam Madinah.

Inilah kali pertama dalam sejarah dunia, sebuah negara berbilang kaum dan agama telah mewujudkan satu peraturan yang dipersetujui bersama, dipatuhi bersama, di bawah satu pe-merintahan.

Piagam Madinah memberi jaminan kebebasan beragama dan hak asasi manusia, sambil menekankan kepada pentingnya soal perpaduan, pembelaan golongan minoriti, tugas dan tanggung-jawab sebagai warganegara, soal kes-elamatan iaitu melindungi negara dari sebarang ancaman serta soal hubungan dengan pihak luar.

Islam memperakui kewujudan set-iap kaum dan agama masing-masing, dan menegaskan manusia tidak boleh menyakiti antara satu sama lain, bah-kan bersama-sama bertanggungawab mengekal perpaduan dan memelihara keselamatan.

Ia menyamai keadaan di negara ini den-gan rakyatnya berbilang agama, bangsa dan budaya, berada di bawah satu pe-merintahan dengan dinaungi Perlem-bagaan Persekutuan. Fasal-Fasal dalam

Perlembagaan Persekutuan, menjamin kebebasan beragama, hak-hak yang telah ditentukan untuk warganegara, amalan dan budaya, bahasa dan seba-gainya.

Semua ini bukan sahaja digubal, tertulis dan termaktub; bukan sahaja dipersetu-jui bahkan amat difahami oleh semua kaum yang ditawarkan menjadi war-ganegara.

Di Malaysia, dengan kira-kira 60 peratus penduduknya beragama Islam, bukan sahaja kebebasan mengamalkan agama lain dianggap penting oleh kerajaan, penduduk Islam sendiri mengamalkan

toleransi dan berusaha mencari penye-suaian dalam kehidupan seharian, agar tidak menyentuh sensitiviti atau me-nyakiti penganut agama lain.

Allah berfirman melalui banyak ayat yang menyentuh hal kebebasan be-ragama dan berfikir ini. Satu daripa-danya terdapat dalam surah al-Kafirun yang bermaksud:

“Katakanlah,`wahai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”

Perlembagaan Persekutuan telah diperkukuhkan dengan Rukunegara dan melahirkan beberapa dasar pent-ing seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, umat Islam dan orang bukan Is-lam, perlu sama-sama memahami dan menghormati, malah menjunjung per-lembagaan ini.

Saya percaya semua rakyat dan pemimpin tidak kira di peringkat mana sekalipun, dalam era yang semakin

terpelajar sekarang, mengetahui dan memahami bahawa dalam masyarakat majmuk ini, berbilang kaum, agama dan budaya, wujud isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Isu-isu ini tidak sepatutnya timbul dan dibicarakan secara terbuka, walaupun atas dasar mahukan ketelusan, kerana boleh membawa keburukan daripada kebaikan.

Kita telahpun mempunyai sistem dan saluran; tempat dan wadah untuk membicarakan hal-hal yang sensitif, berbincang dengan rasional dan berhe-mah. Ini telah kita fahami sejak dahulu lagi dan sentiasa kita amalkan sejak negara Merdeka.

Kita memerlukan kebijaksanaan dan hikmah dalam membicarakan sesuatu isu yang menyentuh kaum atau agama antara satu sama lain. Pendekatan ini penting menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.

Sebab itu, dalam ajaran Islam, setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tan-pa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa sahaja tanpa mem-punyai prinsip dan asas tertentu.

Secara amnya, kita bebas untuk melakukan sesuatu tetapi mestilah tertakluk kepada sistem dan peraturan tertentu. Berkahwin dan berketurunan juga tertakluk kepada ajaran tertentu.

Demikian juga dalam apa bidang ke-hidupan sekalipun seperti bekerja, berbicara atau bercakap, semuanya tertakluk kepada peraturan dan nilai-nilai yang ditentukan oleh agama, moral dan budaya.

Namun ada yang terbawa-bawa den-gan cara masyarakat yang kononnya liberal, yang tidak lagi mengambil kira rasa sensitif dan ketegangan masyarakat untuk membicarakan ses-uatu isu secara terbuka dan bebas.

Masyarakat Barat yang terkenal den-gan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak dan kero-hanian, memanglah memberikan hak yang luas kepada kebebasan ini.

Voltaire menyatakan bahawa: “Saya tidak menerima apa yang anda kata-kan. Tetapi saya akan bermati-matian mempertahankan kebebasan anda un-tuk bersuara.”

Rakyat Malaysia, seperti masyarakat di kebanyakan negara lain, sejak ber-zaman-zaman menerima perbezaan agama, bangsa dan budaya ini. Jangan

kita biarkan, atas nama kebebasan, ia merosakkan keharmonian yang ada. Akal budi dan ilmu adalah antara sum-ber yang akan dapat menjadi panduan melawan kehendak hati manusia. Ini meletakkan beban yang amat berat ke atas bahu kita sebagai insan yang beragama dan beriman, termasuk pemimpin, ibu bapa, guru-guru dan semua lapisan rakyat.

Lebih baik kita membuka mata seluas-luasnya berserta wawasan yang jelas mengenai apa peranan yang boleh kita lakukan.

Jika kita memilih untuk memainkan peranan yang membina dan tetap mengekalkan keimanan, nilai keroha-nian dan persaudaraan sejati, maka kita akan dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan manusia, sekali gus memakmurkan bumi Allah ini.

AGAMA

Wa k t u S o l a tDaerah-daerah Negeri Johor

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakFeb

Zon I Pulau Aur, Pulau Pemanggil

Syuruk123456789

101112131415

5.565.565.565.565.565.575.575.575.575.575.575.575.575.575.57

7.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.15

1.181.181.191.191.191.191.191.191.191.191.191.191.191.191.19

4.394.394.394.394.394.394.384.384.384.384.384.384.374.374.37

7.177.177.177.177.177.177.177.187.187.187.187.187.187.187.18

8.288.298.298.298.298.298.298.298.298.298.298.298.298.298.29

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakFeb

Zon II Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing

Syuruk123456789

101112131415

5.585.585.585.585.585.595.595.595.595.595.595.595.596.006.00

7.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.157.15

1.211.221.221.221.221.221.221.221.221.221.221.221.221.221.22

4.424.424.424.424.424.424.414.414.414.414.414.404.404.404.40

7.217.217.217.217.217.217.227.227.227.227.227.227.227.227.22

8.338.338.338.338.338.338.338.338.338.338.338.338.338.338.33

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon III Kluang, Pontian

Syuruk5.595.595.596.006.006.006.006.006.006.006.016.016.016.015.44

7.187.187.197.197.197.197.197.197.197.197.197.197.197.197.19

1.231.231.231.231.231.231.231.231.231.231.241.241.241.231.23

4.434.434.434.434.434.434.434.434.424.424.424.424.424.414.41

7.227.227.227.237.237.237.237.237.237.237.237.237.237.237.23

8.348.348.348.348.348.348.348.348.348.348.348.348.348.348.34

Feb123456789

101112131415

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon IV Batu Pahat, Muar, Segamat

Syuruk6.026.036.036.036.036.036.036.046.046.046.046.046.046.046.04

7.217.217.217.217.217.217.217.217.217.217.217.217.217.217.21

1.251.261.261.261.261.261.261.261.261.261.261.261.261.261.26

4.464.464.464.464.464.464.454.454.454.454.454.454.444.444.44

7.247.247.247.257.257.257.257.257.257.257.257.257.257.257.25

8.368.368.368.368.368.368.368.368.368.368.368.368.368.368.36

Feb123456789

101112131415

Dari Piagam Madinah ke Perlembagaan Negara

Ukhuwah...Kemajuan umat Islam diasaskan pada semangat pengorbanan dan perpaduan seperti yangdigambarkan dalam peristiwa Hijrah

SEMPENA tahun baru Hijrah, Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyingkap perpindahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah 1,429 tahun lalu, khususnya kaitan Piagam Madinah dengan suasana di negara ini. Ikuti sedutan ucapan beliau mengenainya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri pada 10 Januari lalu.

Januari 2008

MENGUMPUL mekanik Melayu un-tuk berniaga di bawah satu bumbung adalah antara agenda utama Persatuan Pengusaha Automotif Bumiputera Johor (Protif).

Ia bukan mudah kerana untuk meya-kinkan mekanik Melayu bahawa usaha itu berbaloi, memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan.

Berpegang pada ungkapan ‘ia juga tidak mustahil’, tiga orang kuat Protif yang diketuai pengerusi kebajikan Tukinan Muhamad memujuk 12 pengusaha auto-motif dari sekitar Johor untuk bergabung di bawah satu bumbung.

Hasilnya, wujudlah SmartAuto, sebuah bengkel besar di Jalan Langkasuka, Lar-kin, yang menawarkan segala macam perkhidmatan berkaitan kenderaan.

Beroperasi di atas tapak seluas 1.2 hek-tar, ia menyediakan bengkel membaiki kenderaan, kedai tayar, pendawaian, hawa dingin, kimpalan dan perkhidma-tan menyembur cat.

Kepada mereka yang gemar menghias kenderaan, terdapat juga kedai aksesori dan yang menghadapai masalah dengan sistem ekzos atau radiator, tempat ini harus dikunjungi.

Menurut Tukinan, SmartAuto mula beroperasi pada September 2006 dengan bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Mara.

K a t a n y a s a m b u t a n yang diberi-kan orang ramai amat memberang-sangkan jika diambil kira usia bengkel itu.

“ S e l e p a s lebih seta-

hun beroperasi, SmartAuto mencatatkan purata jualan bulanan antara RM30,000 dan RM300,000.

“Kami juga menerima sehingga 70 ken-deraan, termasuk dari Singapura setiap hari dan menjangka bilangan ini akan bertambah seiring dengan keadaan se-masa,” katanya.

Tukinan berkata kesemua pengusaha di SmartAuto adalah anggota Protif, persatuan yang ditubuhkan bertujuan membantu pengusaha Bumiputera lebih berdaya saing dalam bidang automotif.

Setiausaha Protif, Abdul Wahab Jamalde berkata, SmartAuto menyediakan ruang dan peluang yang luas kepada mekanik Melayu untuk mengembangkan sayap mereka dalam bidang itu.

“Jika selama ini mekanik Melayu hanya mampu menjalankan perniagaan di bawah pokok atau bengkel-bengkel ke-cil, kini mereka boleh mengusahakan-nya dengan lebih profesional.

“Kita telah menyediakan satu perseki-taran yang kondusif untuk bidang ini dan amat yakin ia berkemampuan berkembang dengan lebih pesat lagi,” katanya yang turut mem-punyai kedai perkhidmatan hawa dingin di situ.

Beliau berkata Mara juga telah me-mainkan per-anannya den-gan memberi bantuan ke-wangan antara RM50,000 hingga RM200,000 sebagai modal pusingan kepada pengusaha di situ.

Abdul Wahab berkata 60 peratus dari-pada pengusaha di SmartAuto terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang itu.

“Secara purata, mereka telah lebih 15 tahun dalam bidang ini dan pengalaman yang sedemikan luas membuat orang ramai yakin dengan perkhidmatan mer-eka yang sekali gus memberi kredibiliti kepada SmartAuto,” katanya.

Bendahari Protif, Marniza Talib yang menawarkan perkhidmatan menyembur cat pula berkata, pengusaha di SmartAu-to dapat menawarkan kos perkhidmatan yang setanding dengan bengkel lain kerana

mereka mendapatkan alat ganti kender-aan terus dari pembekal.

“Kami tahu ini (harga alat ganti) amat penting untuk menentukan kos perkh-idmatan di sini dan kerana itulah kami telah memastikan ia dibeli terus dari pembekal,” katanya.

Abdul Wahab berkata bengkel di Smart-Auto juga menjadi tempat pelajar Institut Kemahiran Mara serta institusi kemahi-ran lain menjalani latihan praktikal.

“Ini juga sebagai salah satu usaha kami membantu melatih generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif,” ka-tanya.

18 NIAGA

Tempat tumpuan...Deretan kenderaan yang sedang diperiksa bukti usaha Protif berbaloi.

himpun mekanik Melayu bawah satu bumbung

SMARTAUTO

Teliti...Pelanggan boleh mengharapkan mutu kerja yang memuaskan hati di sini.

Januari 2008

19PENDIDIKAN

PROGRAM HIKMAH, tanpa disedari ramai, telah menjangkau 10 tahun usia pelaksanaannya.

Daripada satu inisiatif kecil bertujuan memperbaiki pencapaian pelajar luar bandar, program ini berkembang men-jadi sesuatu yang dinanti-nantikan set-iap sekolah di Johor.

Program Hikmah adalah kelas tuisyen yang diberikan kepada calon peperik-saan-peperiksaan awam sekolah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia dibiayai sepenuhnya Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan sehingga kini, lebih 1.57 juta pelajar telah menikmati

faedahnya.

Program ini membabitkan tuisyen kam-pung dan tuisyen Ibnu Sina.

Tuisyen kampung adalah untuk calon UPSR, PMR dan SPM manakala tuisyen Ibu Sina pula khusus bagi memantap-kan lagi persediaan mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Kedua-dua tuisyen ini berkongsi objektif iaitu membantu pelajar meningkatkan penguasaan subjek teras yang merang-kumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Skop tuisyen Ibnu Sina bagaimanapun diperluaskan dengan penekanan terh-adap subjek elektif iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Calon semua peperiksaan ini akan menghadiri sejumlah 40 jam kelas tuisyen setahun yang diadakan sejurus selepas waktu sekolah di bawah kelo-laan guru-guru berpengalaman di seko-lah masing-masing.

Sebagai insentif kepada para guru pula, mereka dibayar elaun mengajar beras-askan kiraan jam dengan yang mengen-dalikan kelas tuisyen UPSR menerima RM13 sejam, PMR (RM15) dan SPM (RM20).

Sejak diperkenalkan, YPJ telah mem-belanjakan kira-kira RM33.8 juta untuk program berkenaan.

Menyedari keberkesanan program itu, YPJ mengorak langkah lebih jauh lagi dengan memperkenalkan konsep

Sekolah Hikmah.

Sebagai permulaan, SK Tanjung Puteri, SK Larkin (1) dan SK Larkin (2) dipilah untuk projek perintis.

Melalui konsep Sekolah Hikmah ini, ketiga-tiga sekolah berkenaan diberi keistimewaan tambahan yang berkaitan dengan teknik belajar, english in camp dan khemah ibadah yang melibatkan 120 orang pelajar.

Untuk 2008, YPJ menyediakan kira-kira RM4 juta bagi Program Hikmah dan RM100,000 untuk Sekolah Hikmah. Ia akan memberi manfaat kepada lebih 37,500 pelajar.

Jelas, masih ada lagi yang percuma hari ini.

MAJLIS konvokesyen, pering-kat apa sekalipun, memang sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang bakal menyer-tainya.

Ia sudah seperti satu tradisi di kalangan institusi pendidikan dari yang setinggi-tingginya hinggalah ke tahap tadika, mengadakan konvokesyen menjelang hujung tahun.

Sekolah Agama Bandar Reng-gam di Kluang juga tidak mahu ketinggalan memperke-nalkan tradisi ini apabila ia mengadakan konvokesyen untuk penuntut Darjah Khas.

Konvokesyen yang diadakan pada penghujung tahun lepas itu membabitkan 185 pelajar yang menduduki peperiksaan Darjah Khas pada 2005 dan 2006. Enam puluh empat dari-pada mereka adalah penuntut Darjah Khas, Sekolah Agama Pekan Layang-Layang yang dijemput menyertai konvoke-syen berkenaan.

Daripada jumlah itu, 59 orang mendapat pangkat satu, 65 orang pangkat dua manakala selebihnya memperolehi pang-kat tiga.

Selain sijil, sekolah berke-naan turut menyediakan tiga anugerah khas bagi mereka yang cemerlang dalam akade-mik dan sahsiah. Anugerah itu ialah untuk pelajar cemerlang, tokoh pemimpin pelajar dan tokoh pelajar contoh.

Anugerah pelajar cemerlang dimenangi dua beradik - Arina dan Nur Atiqah Daim dan se-orang lagi penuntut, Fazliaton Mat Noh dipilih sebagai pen-erima anugerah pelajar cemer-lang. Kedua-dua beradik itu adalah dari Sekolah Agama Bandar Renggam manakala Fazliaton dari Sekolah Agama Pekan Layang-Layang.

Anugerah tokoh pemimpin pelajar pula diberikan kepada Mohama’ad Diah Darsono dan Muhamad Aizad Kasmin dari Sekolah Agama Bandar Reng-

gam dan Zulkifli Mohd Johar dari Sekolah Agama Pekan Layang-Layang.

Nur Shahfera Roslan dan Mohamad Hafiz Adnan dari Sekolah Agama Bandar Reng-gam dan Nurul Fatihah Jamali

dari Sekolah Agama Pekan Layang-Layang pula dipilih sebagai penerima anugerah to-koh pelajar contoh.

Sijil dan anugerah disampai-kan oleh wakil rakyat kawasan Layang-Layang, Onn Mohd

Yassin dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidi-kan, Jabatan Agama Johor, Nasir Amir.

Konvokesyen itu adalah yang kedua selepas yang pertama pada 2005.

Sekolah Agama Bandar Renggam raikan penuntutnyaKonvokesyen Darjah Khas

Cemerlang...Nur Atiqah menerima trofi pelajar cemerlang 2006 daripada Onn.

Januari 2008

KEINDAHAN gugusan-gugusan pulau di perairan Mersing bukan lagi sesuatu yang asing.

Tidak satu, juga bukan dua tetapi ter-dapat enam gugusan pulau mewarnai kebiruan air Laut Cina Selatan ini.

Gugusan-gugusan itu ialah gugusan Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Aur, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Kewujudan gugusan-gugusan pulau ini menawarkan percutian yang serba lengkap, terutama kepada mereka yang menggemari aktiviti berkaitan laut sep-erti menyelam.

Pulau Sibu Kukus dan Sibu Hujung yang membentuk gugusan Pulau Sibu kerap dirujuk sebagai syurga untuk pe-nyelam.

Keindahan dasar lautnya dengan karang beraneka bentuk dalam pelbagai saiz memang begitu mengasyikan seh-ingga kerap membuat penyelam lupa daratan.

Bagi yang lebih gemarkan aktiviti di darat, gugusan Pulau Sibu yang kes-eluruhannya berukuran enam kilometer panjang dan satu kilometer menanti un-tuk diterokai.

Jiwa pasti tenang menikmati pemandan-gan pelbagai tumbuhan tropika yang mencorakkan panorama bukit-bukau

gugusan pulau ini yang dilingkari ham-paran pantai berpasir sehalus serbuk yang memutih.

Pulau Sibu Besar dan Sibu Tengah yang melengkapkan gugusan Pulau Sibu telah diwartakan sebagai Taman Laut bagi memastikan khazanah alam sekitar ini kekal terpelihara.

Pulau Tinggi: Damai dalam mistik

Ceritanya mungkin tidak ramai yang ketahui. Tidak pernah terdengar dalam mana-mana hikayat lisan apatah lagi yang disuratkan.

Namun, di kalangan penduduk Pulau Tinggi, pendekar Melayu tersohor pada abad ke-15, Hang Tuah turut menabur

bakti di pulau ini.

Memang tiada sebarang peninggalan nyata yang boleh menjadi bukti tetapi penduduk tegas mendakwa Hang Tuah menjaga semangat Pulau Tinggi .

Benar atau sekadar mitos, suasana ke-damaian umpama berada di alam kay-angan menjelma sebaik kaki mencecah pantai.

Pulau berbentuk bujur yang diliputi hutan hujan dipterocarp tanah rendah ini turut diwarnai dengan pohon buah-buahan hutan tropika dan rimbunan rotan yang bergemeresik dipuput bayu laut.

Terdapat juga beberapa gua kecil di sekitar pulau ini yang seakan-akan me-

nyimpan seribu cerita menggamit pen-gunjung menerokainya.

Lokasi percutian serba lengkap

Gugusan-gugusan pulau ini menjadikan Mersing sebagai kawasan yang memiliki gugusan pulau terbanyak di negara.

Ia menawarkan aktiviti yang pelbagai. Dari yang lasak hinggalah santai.

Gugusan-gugusan pulau ini juga sering menjadi lokasi pilihan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk berbulan madu.

Perkhidmatan feri ke pulau-pulau ini boleh diperolehi di Jeti Mersing.

20 KENALI JOHOR

Pulau-pulau di Johor

P. Aur

P. Pemanggil

P. Sibu

P. Tinggi

P. Besar

P. Rawa

Bisa buat pengunjung lupa daratan

Januari 2008

21SENIIntegriti adalah sesuatu yang sukar un-tuk diukur kerana adalah soal keperib-adian, nilai dan budaya yang kukuh dalam diri, organisasi dan masyarakat. Ini bermakna integriti merujuk kepada sifat-sifat jujur, ikhlas, benar, amanah, peribadi mulia dan teguh. Semua ini akan dapat dikesan melalui sikap dan bagaimana kita bertingkah laku sehari-hari, tidak kiralah dalam kerja yang kita lakukan mahupun dalam cara kita berurusan dan bermasyarakat.

Dalam bab politik integriti merujuk kepada politik berakhlak, beradab, ber-moral dan beretika. Integriti menuntut disiplin diri kita masing-masing. In-tegriti tidak boleh dipaksa-paksa atau dipakaikan kepada badan kita seperti kita memakai baju iaitu perhiasan luar-an untuk kelihatan cantik, bergaya dan segak. Integriti sebaliknya hendaklah dipupuk supaya berakar dari dalam jiwa dan sanubari kita. Barulah terben-tuk sahsiah diri yang utuh, berjati diri dan berdaya tahan.

Oleh itu, sebelum kita mahu menilai integriti orang lain, organisasi dan masyarakat, hendaklah kita nilai diri sendiri. Jika setiap daripada kita mem-punyai integriti, maka sudah tentulah keluarga, organisasi yang kita menjadi ahlinya, masyarakat seluruhnya dan negara akan mendapat suntikan kebai-kannya.

Di Johor ini, di tempat kelahiran UMNO, dan di mana dikatakan ba-hawa Johor adalah tiang seri UMNO dan jantung hati Barisan Nasional, se-jarah perjuangannya didukungi oleh kepimpinan yang luhur, ikhlas lagi beretika. Warisan perjuangan yang di-pusakai dari Dato’ Onn Jaafar, disam-but oleh pewaris-pewaris kepimpinan yang teguh pegangannya seperti Tun Dr Ismail dan Tun Sardon Jubir (seka-dar menyebut beberapa nama), telah menjadikan medan politik di negeri ini, begitu kental dan kukuh. Sepanjang 50 tahun merdeka ini, kewibawaan kepimpinan yang beretika, bermoral dan berakhlak telah dapat mempertah-ankan kedaulatan negara, menempa kemajuan dan membela nasib rakyat.

Namun tranformasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan ke atas keadaan sosial negara kita. Arus pe-modenan sedikit sebanyak telah men-gakibatkan penghakisan sistem nilai terutama sekali nilai moral. Hakikat ini dapat dilihat di mana-mana sahaja dari perpecahan keluarga sehinggalah kepada perbuatan jenayah.

Mentaliti materialistik, suka kepada jalan mudah dan ingin cepat kaya, membuatkan ramai hilang pertim-bangan sehingga membawa kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Gejala ini semakin membudaya dalam masyarakat

sehinggakan kita mudah mendengar istilah dan cakap-cakap mengenai duit kopi, duit minyak, wang pelincir, under table dan upfront, walaupun semua itu amat sukar untuk dibuktikan. Malah, bukan sahaja pihak yang menerima ada kecenderungan meminta-minta, ada kalanya pihak yang memberi terlebih dahulu membuat penawaran.

Pemimpin dan ahli politik juga tidak terkecuali dengan cabaran ini. Perjuan-gan sudah dicampuradukkan dengan k e c e n d e r u n g a n sikap mementing-kan diri, mengejar kebendaan, pang-kat dan kuasa. Ser-ingkali kita dengar, pemilihan di per-ingkat cawangan, bahagian dan per-ingkat lebih tinggi dalam parti masing-masing, dibayangi oleh masalah poli-tik wang. Rasuah politik ini juga, tidak semesti-nya berlaku dalam bentuk pembelian undi menggunakan wang, tetapi dalam pelbagai bentuk lain sebagai habuan. Ini juga sukar un-tuk dibuktikan, tetapi setiap dari kita boleh mengesannya dan kita mampu menghindarinya.

Setiap tingkah laku ahli-ahli politik termasuk pemimpinnya, atau gerakan parti keseluruhannya, sentiasa diperha-tikan. Rakyat semakin bijak mengamati dan menilai secara kritikal setiap per-lakuan kita. Maka, kita perlu melihat ke dalam diri sendiri, untuk mengambil daya usaha melalui satu proses mem-perteguh nilai-nilai dan etika. Pemba-haruan ini perlu untuk mewujudkan suasana politik yang lebih beradab dalam kita mengejar pembangunan, kemajuan dan mengurus kekayaan.

Apabila niat kita jelas dan bebas dari-pada perangkap hawa nafsu, akan terbitlah tingkah laku dan akhlak yang mulia, yang digambarkan melalui per-buatan dan percakapan berteraskan kepada kebenaran dan ketelusan. Ini adalah tugas bersama yang mesti kita laksanakan agar ahli-ahli parti dan generasi keseluru-hannya, berpegang teguh kepada nilai-nilai ini demi mewujudkan k e s e j a h t e r a a n dan kestabilan m a s y a r a k a t dan negara.

Pene-

kanan terhadap nilai-nilai murni ini amat penting kerana ia dengan sendi-rinya menjadi prinsip yang mengawal perilaku. Dalam banyak keadaan, ses-eorang itu perlu membuat keputusan yang kadangkala tidak ada peraturan untuk mengawalnya. Terpulang kepa-da diri sendiri untuk menentukannya. Maka, ia bergantung kepada niat dan rasa tanggungjawab kita. Dengan kata lain ia mencerminkan nilai-nilai yang kita miliki.

Oleh itu, ahli-ahli politik perlu

menghindari lapan perkara agar tidak membawa bencana kepada kepada parti. Ia merangkumi perbuatan tamak-kan kuasa, dendam, kebencian, hasad dengki, ketaksuban kepada seseorang, sikap oportunis, mementingkan diri dan politik wang.

Marilah kita bersama-sama bermuhasa-bah diri, merenung ke dalam diri, me-nilai diri masing-masing, membetulkan sebarang kepincangannya, untuk sama-sama juga menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Soal integriti ini mesti kita tangani bersungguh-sungguh sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia men-capai negara maju menurut acuannya sendiri bukan dari segi ekonomi sema-ta-mata. Seperti yang digariskan oleh W a - wasan 2020, Malaysia

mestilah menjadi negara maju dalam segala

aspek ekonomi, politik, ilmu, sosial,

moral, kerohanian dan kejiwaan serta

kebudayaan. Wawasan yang jelas itu adalah langkah-

langkah memperkasa tamadun yang didasari penguasaan ilmu,

diperkuatkan oleh pertumbuhan ekonomi, dipertahankan

melalui budaya dan jati diri serta diterajui oleh etika dan nilai ke-pimpinan yang baik.

Negara dan bangsa, juga

Membuka langkah...Radziah menunjukkan salah satu buah pukul sendeng.

Bunga silat...Antara langkah asas ilmu persilatan.

Pelapis...Amirul Afik (kiri) dan Amirul Ariff, dua persilat muda yang meminati seni mempertahankan diri ini.

Pukulan maut...Naszeery menunjukkan buah pukul yang boleh membawa maut.

APABILA beberapa gerak silat sendeng diadaptasi-kan dalam senaman J-Robik ciptaan Kerajaan Johor, ia menyerlahkan betapa gera-kan lembut seni memper-tahankan diri Melayu ini, sebenarnya penuh dengan muslihat dan ketangkasan.

Perguruan ini mengutama-kan ketangkasan serta men-gatur langkah pada kadar 99 peratus menyerang dan satu peratus menunggu. Keunikannya terletak pada lenggok gerakan yang lem-but berserta adunan teknik pukulan dan taktik menge-lak atau menyerang pada posisi mengiring.

Kuda-kudanya juga berbe-za daripada persilatan lain kerana kedudukan meny-endeng berupaya menutup keseluruhan bahagian dada dan perut. Pesilat sendeng juga harus memahami konsep ibu pukul selain menguasai teknik mema-tikan gerak dan pukul un-tuk mendahului serangan lawan.

Terdapat dua gerakan dalam silat sendeng iaitu gerakan halus yang dike-nali sebagai ‘gerak’ dan gerakan kasar yang dipang-gil ‘gayang’. Ia seperti satu falsafah yang dipegang oleh pembimbing utamanya, Al-lahyarham Abdul Hamid Hamzah iaitu “gerak eng-kau gerak aku, mula eng-kau aku tiba, langkah eng-kau gayang aku, serangan kau makanan aku”.

Allahyarham yang berasal dari Sungai Mati, Muar mempelajari ilmu persila-tan ini sejak usia lima tahun daripada nenda-nendanya.

Beliau mempunyai nenda yang mahir dalam ilmu persilatan dan kependeka-ran seperti Hassan Mahat yang terkenal dengan ke-mahiran bermain senjata dan Tamam Dagang yang memang terkenal dengan ilmu kebalnya.

Usaha hampir 58 tahun memperkenalkan seni silat sendeng kepada masyarakat Melayu membuahkan hasil apabila persilatan ini dike-nali di seluruh Malaysia dan mempunyai ahli aktif di daerah Muar, Segamat dan Pontian.

Dari sudut fizikal, kedudu-kan menyendeng mem-bantu menyelamatkan tujuh bahagian anggota utama yang sering men-jadi sasaran lawan seperti muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk, perut dan ke-maluan.

Melalui cara menyendeng juga memudahkan si pesi-lat untuk mengatur langkah sama ada hendak ke hada-pan, mengundur, bersedia untuk memukul mahupun menepis serangan. Posisi itu turut membentuk rahsia ‘lam alif’ yang melindungi jantung, ulu hati serta ke-maluan.

Jurulatih Persatuan Silat Sendeng Malaysia (Johor Bahru), Naszeery Helmy Abd Samad berkata, pesi-lat diajar pelajaran belebat (pelebat), kuntau (pecah-an/langkah), buang pukul, tarian dan permainan alat silat.

Keris, parang, pedang, tekpi, tumbuk lada serta lambung digunakan dalam seni silat sendeng ketika pesilat membuat persemba-han mahupun bertempur. Persembahannya turut diiringi pukulan gendang, gong dan tiupan serunai.

Bagi Radziah Ibrahim, 23, selain memperolehi ilmu beladiri, silat sendeng mampu menanam sifat di-siplin serta sabar dalam diri seseorang, sekali gus mahu menggalakkan pembelaja-rannya di kalangan wanita.

“Setelah hampir setahun mempelajarinya, saya me-nanam minat untuk pergi lebih jauh lagi dalam bi-dang ini dan menjadi juru-latih bagi pesilat wanita, katanya.

Radziah yang bertugas di Jaba-t a n

Kimia berkata, langkah silat sendeng tidak sukar untuk dipelajari dan buktinya, beliau dapat menguasainya dalam tempoh setahun.

Bagi pelajar silat sendeng termuda, Amirul Afik Ram-lee, 10, keasyikan melihat abangnya Amirul Ariff, 13, mengatur langkah mendor-ongnya mempelajari seni mempertahankan diri itu.

“Ia menjadikan saya lebih berani dan tidak bimbang dibuli oleh sesiapa,” ka-tanya.

Selain latihan seminggu sekali di Kompleks Belia dan Sukan pada setiap Rabu, silat sendeng turut

diajar kepada pekerja di kil-

ang Rikevita, Larkin yang

sehingga kini mempunyai 15

anggota.

Lembut Sendeng penuh muslihat... gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba,langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku.

“Terdapat dua jenis bele-bat iaitu belebat lurus dan belebat sendeng. Setiap pesilat baru dikehendaki memahirkan diri mereka dengan lima jenis belebat lurus yang perlu dikuasai dalam tempoh tiga bulan.

“Kuntau pula mempunyai lapan jenis gerakan sep-erti kuntau pecah empat, pecah enam, toya, pecah lapan, pecah 12, pecah 16 serta pecah 24. Bagi tarian silat sendeng atau bunga silat pula gerakan-

nya seperti lela sembah, tenteng anak murai dan lipat pandan,” jelas beliau.

Januari 2008

22 MASYARAKAT KITA

Kesyukuran...Majlis menyambut kelahiran dan cukur rambut bayi tidak lengkap tanpa marhaban.

MARHABAN - berasal daripada per-kataan Arab seperti ‘ahlan wa sahlan’ iaitu ucapan selamat datang yang ber-maksud mengalu-alukan kedatangan tetamu, telah menjadi satu amalan atau budaya terutama di bulan Syawal dengan bermarhaban dari rumah ke rumah.

Tidak seperti di sesetengah tempat, sibuk mana sekali pun dalam memenuhi tuntutan dunia, masyarakat di Johor masih segar dengan amalan marhaban, tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Pemimpin di Johor juga menitik berat-kan pengamalan budaya ini sebagaima-na kediaman Menteri Besar di Saujana, meriah dengan kehadiran hampir 4,000 orang daripada lebih 100 kumpulan marhaban dari seluruh negeri di bulan Syawal setiap tahun.

Menurut Abdul Talib Mahat, penduduk Ta-man Setia Indah, Jo-hor Bahru, sejak awal taman perumahan itu mula diduduki pro-gram marhaban yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan orang ramai.

“Melalui marhaban, masyarakat di ban-dar boleh mengambil

kesempatan untuk saling mengunjungi sempena hari raya. Kalau tak, peluang nak berkunjung rumah jiran dalam satu taman pun tak sempat, kerana sibuk dengan kerja,” katanya.

Selain meraikan Syawal, marhaban juga amat popular dalam majlis aqiqah, cu-

kur jambul bayi, majlis perkahwinan, bahkan di majlis-majlis keraian dengan tujuan memohon agar ia mendapat ke-berkatan.

Marhaban berasal dari budaya masyarakat Arab di Hadramaut yang amat terkenal dalam menitik beratkan amalan zikir, ratib dan juga bacaan maulid; dibawa oleh para pedagang dan pendakwah yang pernah datang ke Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Syair marhaban paling popular adalah daripada kitab Majmu’ah Syaraf ul-An-am oleh Sheikh Jaafar bin Masri yang juga dikenali sebagai kitab ‘barzanji’ di samping terdapat juga kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’i, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah.

Isi kandungannya berbeza mengikut penulis syair yang menggayakan ba-hasa dan makna bagi menyampaikan maksud puji-pujian kepada nabi. Malah, ia agak berbeza dengan selawat

lain kerana marhaban dialunkan sam-bil berdiri dengan penuh bersemangat sebagai tanda hormat kepada baginda Rasulullah SAW.

Nortinesha Abdullah dari Kangkar Pulai juga tidak ketinggalan memberi sokongan untuk menjadi tuan rumah dan menyertai rombongan marha-ban.

“Dengan marhaban, penduduk di peru-mahan baru dapat saling mengenali dan

beramah mesra terutamanya dengan jiran tetangga tanpa mengira faktor usia. Kita juga mahu rumahtangga kita diberkati,” katanya.

Mengenai keutamaan berselawat, Rasu-lullah bersabda bahawa Allah memiliki para malaikat yang terbang ke merata

tempat di bumi menyampaikan kepada baginda salam dari umatnya.

Oleh itu, Saniah Amri, dari Kluang, ibu kepada dua orang anak yang telah beru-mahtangga, berpenda-pat bahawa marhaban wajar diadakan pada majlis-majlis seperti perkahwinan dan cu-kur jambul bayi bagi memperolehi keber-katan.

“Kalau boleh, biarlah majlis anak muda kita yang berkahwin dan mendapat ca-hayamata diserikan dengan marhaban. Kalau bukan kerana kita sebagai orang tua yang menggalakkan, belum tentu mereka ada inisiatif sendiri untuk men-gadakannya,” katanya.

Norhazman Mis-ran, Pegawai Peng-gerak Yayasan P e m b a n g u n a n Keluarga Dewan Negeri Bukit Batu pula menjelaskan bahawa sambutan marhaban di ka-wasan kampung-nya sangat meriah dengan penyertaan lebih 100 orang mengikuti rombon-

gan dari rumah ke rumah.

“Ini kebiasaan orang kampung, mereka memang gembira kalau ada peluang berkumpul beramai-ramai. Apabila ada majlis keramaian seperti marha-ban, sambutannya pasti akan meriah,” katanya.

Amalan marhaban menyegar ikatan

Meriah…Marhaban di Johor mampu menarik minat segenap lapisan masyarakat dari semua peringkat umur.

Januari 2008

HABUANNYA mungkin tidak seberapa. Tidaklah sampai mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Namun, kesungguhan dan semangat bertanding yang dipamerkan pegawai dan kakitangan Kerajaaan Negeri pada Karnival Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan 2007 amat membanggakan.

Tidak kedengaran ungkapan ‘turun sekadar untuk mencuk-upkan bilangan’ atau ‘menjaga hati pegawai atasan’.

Semuanya bermain dengan azam untuk dipilih mewakili

Johor ke Kejohanan Kebang-saan Sukan Setiausaha Kera-jaan yang akan berlangsung di Pulau Pinang mulai 14 hingga

17 Februari depan.

Sebelum ini, pemilihan atlet untuk kejohanan kebangsaan itu dibuat secara rambang.

Sebanyak tujuh acara – bola sepak, futsal wanita, bola jar-ing, ping pong, bowling, sepak takraw dan badminton, diper-tandingan dalam karnival itu yang disertai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Badan Kawal Selia Air Neg-eri, Landskap, Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Johor, Unit Sains, Teknologi dan ICT Johor, Ketua Penolong Setiau-saha (KPSU) Perumahan dan KPSU Kerajaan Tempatan.

Pasukan lain termasuklah KPSU Sumber Manusia, Audit, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Yayasan Warisan Johor (YWJ), Majlis Sukan Negeri (MSN) dan gabungan Pejabat Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ).

MSN membuktikan kehebatan mereka dengan memenangi lima acara.

Pasukan itu muncul juara da-lam acara bola sepak, bola jar-ing, futsal wanita, ping pong dan bowling.

Acara badminton dimenangi pasukan KPSU Pengurusan manakala UPEN menjuarai acara sepak takraw.

Kemuncak karnival itu ialah perlawanan akhir bola sepak

yang menemukan MSN den-gan pasukan gabungan Jurutu-lis Majlis Mesyuarat Kerajaan dan PMBJ di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di Larkin.

MSN menepati status pasukan pilihan apabila menundukkan lawan 3-1.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ A. Ghaffar Abdul-lah yang turut menyaksikan perlawanan akhir itu menyam-paikan hadiah kepada peme-nang.

SUKAN&RIADAH 23

KEPUTUSAN KESELURUHANBOLA SEPAKJohan: MSNNaib Johan: Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan / PMBJKe-3: Perbadanan Taman NegaraKe-4: UPEN

BADMINTONJohan: KPSU bahagian PengurusanNaib Johan: Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan / PMBJKe-3: YWJKe-4: MSN

BOLA JARINGJohan: MSNNaib Johan: YWJKe-3: KPSU cawangan PerumahanKe-4: UPEN

FUTSAL WANITAJohan: MSNNaib Johan: KPSU bahagian PengurusanKe-3: UPENKe-4: KPSU cawangan Perumahan

PING PONGJohan: MSNNaib Johan: KPSU bahagian PengurusanKe-3: Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan / PMBJKe-4: YWJ

SEPAK TAKRAWJohan: UPENNaib Johan: MSNKe-3: KPSU cawangan Kerajaan TempatanKe-4: KPSU bahagian Pengurusan

TENPIN BOWLINGJohan: MSNNaib Johan: KPSU bahagian PengurusanKe-3: KPSU cawangan PerumahanKe-4: Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan / PMBJ

Tangkas...Aksi perlawanan akhir bola sepak antara gabungan Pejabat Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan dan PMBJ dengan MSN.

Semangat...Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof turut mengambil bahagian.

Tahniah...Wakil pasukan sepak takraw UPEN Zulkifle Yusof menerima hadiah daripada Dato’ A. Ghaffar.

KARNIVAL SUKAN SUK

2 0 0 7

Bukan sekadar cukupkan bilangan

GALERI GAMBAR

Segak berkawad...Barisan askar Wataniah yang menyertai majlis pelancaran Kompeni Wataniah peringkat Parlimen Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Jagoan sukan...Che Chew Chan (taekwando) dan Mohd Farhan Haron (tinju) bersama trofi masing-masing selepas dipilih sebagai olahragawati dan olahragawan Johor 2006/2007.

Membakar semangat...Koir Jabatan Imigresen menyanyikan lagu patriotik ‘Malaysiaku Gemilang’ pada Majlis Amanat Perkhidmatan Awam Negeri Johor 2008.

Pertama di Malaysia...Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman mencuba sistem maklumat geografi bersepadu Syarikat Air Johor sambil diperhatikan (dari kiri) Pengerusi SAJ Holdings Tan Sri Sallehuddin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zahdi Jamil dan Pengurus Besar Operasi Ir. Zainuddin Ghazali.

A s y i k . . . P e r d a n a Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membelek buku ‘Onn Ja’afar: ‘Pejuang Terbilang’ terbitan Yayasan Warisan Johor dan Umno Johor selepas melancarkannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran gilang-gemilang itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Turut berkongsi minat dengan buku itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman.

Buku setebal 136 muka itu memaparkan sejarah perjuangan Dato’ Onn yang d i p e r s e m b a h k a n dalam bentuk kisah bergambar.

Ia boleh dijadikan bahan bacaan penting untuk mereka yang ingin mengenali dan memahami peribadi seorang pejuangn seperti Dato’ Onn dengan cepat dan mudah.