kod tataniaga dan tataetika kita - flex.com · kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap...

38
KOD TATANIAGA DAN TATAETIKA KITA CODE OF BUSINESS CONDUCT AND ETHICS NEXT

Upload: vuongngoc

Post on 30-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa

code of business conduct and ethics neXt

Page 2: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

“Kita Bertindak dengan integriti. Kita Beri Prestasi Superior. Kita Lakukan Perkara Yang Betul, Setiap Hari.”

– Mike Mcnamara

Page 3: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Kandungani. Surat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Flextronics dan Ketua Pegawai eksekutif Kitaii. Tindakan Berintegritiiii. Perkara Yang Kita Lakukan

1 Membuat Keputusan berertika1.1 Membuat Keputusan Berertika1.2 Bersuara: Tanya Soalan dan Laporkan Kebimbangan1.3 Kita Tidak Mentoleransi Tindak Balas

2 integriti di tempat Kerja2.1 Kita Lakukan Perkara Yang Betul2.2 Kita Hormati orang Lain dan Mematuhi amalan Buruh dan Pekerjaan Yang Saksama2.3 Kita iktiraf Kepentingan Privasi data2.4 Kita Sediakan Persekitaran Kerja Selamat kepada Pekerja Kita

3 integriti syarikat dan Pemegang saham Kami3.1 Kita Jauhi Konflik Kepentingan3.2 Kita Lindungi Maklumat Flextronics3.3 Kita Terima Hadiah dan Keraian Perniagaan Hanya apabila Wajar3.4 Kita guna aset Flextronics dengan Bijaksana3.5 Kita Kekalkan Buku dan Rekod yang Jitu3.6 Kita Patuhi Semua Undang-undang Sekuriti

4 integriti bagi Pelanggan dan Rakan niaga Kita4.1 Kita Terlibat dalam amalan Jualan dan Pemasaran dengan Penuh Tanggungjawab4.2 Kita Bersaing dengan Saksama di Pasaran4.3 Kita Lindungi Maklumat dan Harta Pihak Ketiga4.4 Tindakan Kita Berintegriti semasa Menjalankan Perniagaan dengan Kerajaan

5 integriti dalam Rantaian bekalan Global Kita5.1 Kita Jalankan Perniagaan dengan Pembekal dan Rakan niaga yang Bertanggungjawab5.2 Kita Kekalkan amalan Pemerolehan Saksama

6 integriti dalam Komuniti Global Kita6.1 Kita Komited dalam Melindungi alam Sekitar6.2 Kita Tidak Tawar atau Beri Rasuah atau Sogokan kepada Sesiapa6.3 Kita Tidak Terlibat dalam Pengubahan Wang Haram dan aktiviti Berkaitan dengan Pengganas6.4 Kita Perolehi Kelulusan Sebelum Membuat Sumbangan derma atau Politik Bagi Pihak Flextronics6.5 Kita Patuhi Undang-undang Mentadbir Perdagangan antarabangsa

7 akibat Ketakpatuhan

8 soalan & Jawapan

Page 4: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

i. surat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah flextronics dan Ketua Pegawai eksekutif Kita

di Flextronics, kita memandang pematuhan dan etika secara serius. inilah sebab pentingnya Kod Tataniaga dan Tataetika. Hakikatnya, menurut undang-undang dan beroperasi dengan integriti adalah sebahagian daripada kami.

Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard etika tertinggi dalam setiap aspek kerja kita. Manakala Kod tidak dapat meliputi setiap cabaran kita mungkin hadapi di tempat kerja, ia membantu kita untuk mengenal pasti isu, menjadi lebih memahami dasar Flextronics, dan bertindak dengan integriti dalam semua perkara yang kita lakukan.

Setiap orang pekerja, pegawai, dan pengarah Flextronics mesti tahu, faham, serta ikuti Kod termasuk juga prosedur dan dasar yang berkaitan termasuk dalam rujukannya. inilah yang kita kehendaki dan bergantung kepadanya apabila kita bekerja antara kita, berinter-aksi dengan pelanggan, berkomunikasi dengan pemegang saham, bekerjasama dengan rakan niaga, dan menyumbang kepada komuniti kita.

Kita mesti gunakan pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan yang memberi kesan terhadap perniagaan kita. Kita juga mesti bertanyakan soalan apabila perlu. Setiap orang mesti berasa benar-benar selesa untuk melapor dengan segera apa-apa perlakuan atau perkara yang mungkin menimbulkan konflik dengan Kod atau dasar kita. Dedikasi kita terhadap nilai utama, ciri-ciri kepimpinan, dan budaya berintegriti akan membantu kita un-tuk terus berjaya sebagai perniagaan yang berdaya saing, sihat, dan lestari. Terima kasih kerana membuat pilihan betul setiap hari dan memastikan kejayaan Syarikat kita.

Mike Mcnamara Raymond binghamKetua Pegawai eksekutif Pengerusi Lembaga Pengarah

Page 5: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

ii. tindakan berintegriti

Pemimpin dipercayai

Kita ghairah dalam memberi tumpuan kepada pelanggan, dan kepercayaan di hati pada setiap hubungan dengan pemegang saham, komuniti, pelanggan, dan rakan sekerja. di setiap peringkat kepimpinan, kita mengekalkan budaya yang menghendaki, mengiktiraf, menghargai, dan mendukung kelakuan yang ikhlas dan beretika.

dorongan untuk berjaya dengan integriti

Kita menyampaikan kecemerlangan kepada pelanggan dan pemegang saham kita, dan menghormati peraturan, undang-undang dan pengawalaturan yang berkuat kuasa dalam perniagaan global kita. dalam berbuat demikian, kita tidak mengorbankan nilai etika atau integriti hanya kerana keuntungan jangka pendek, keuntungan peribadi, atau pujian atau hadiah daripada pelanggan.

bertimbang Rasa, Pantas, berdisiplin, dan bertanggungjawab

Kita bertanggungjawab terhadap tindakan kita, serta komited dalam pembaikan berterusan dan bersama-sama bekerja. Kita mengamalkan pertimbangan yang baik dan memberi mutu tertinggi kepada pelanggan dan pemegang saham.

Menghormati

Kita menghormati idea berbeza, menggalakkan sumbangan individu, menyediakan persekitaran yang selamat, terbuka, serta saksama, dan menghargai sesiapa yang bersuara untuk bertanyakan soalan atau untuk menyuarakan keprihatinan dengan iktikad yang baik.

Page 6: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

iii. Perkara Yang Kita Lakukan

Flextronics meneraju dalam mereka bentuk, pembuatan, pengagihan, dan perkhidmatan selepas jualan secara global. Kita menyediakan penyelesaian hujung ke hujung melalui inovasi, dan memberi kuasa kepada orang-orang berkebolehan untuk mecipta penyelesaian bagi rantaian bekalan yang kuat dalam mentransformasikan perusahaan dan syarikat. Kita adalah sebuah Syarikat yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan menyumbang kepada komuniti global.

Pada tahun 2013, seramai 3,600 orang pekerja, termasuk eksekutif kanan menghadiri Hari Tahunan Flextronics di Chennai, india, di sini Flextronics menunjukkan penghargaannya terhadap semua usaha pasukan Khidmat Perniagaan global.

Semasa Hari Kesihatan & Sukan* yang diadakan di Zala, Hungary, dua daripada pekerja kita telah bergusti sumo memakai suit boleh kembung. *Hari Kesihatan dan Sukan yang ditaja oleh beberapa kilang kita menyumbangkan makanan, hiburan, pendidikan kesihatan, permainan, dan acara kesukanan untuk para pekerja.

Seperti kejohanan bola keranjang di kampus kita di Zhuhai, China, kita kerap menaja kejohanan sukan intramural yang menggalakkan kesihatan fizikal, pembinaan pasukan, dan semangat keakraban.

di Milpitas dan San Jose, aS, beratus-ratus pekerja bersama-sama keluarga mereka berjalan untuk memungut derma demi memerangi penyakit jantung, menggalakkan gaya hidup aktif dan kesihatan yang kerap.

Kita berkongsi dengan organisasi pembangunan komuniti dalam menyediakan program untuk keperluan pendidikan, pembangunan, dan untuk “anak-anak yang tertinggal” pekerja pehijrah di China. Program ini meringankan cabaran yang dihadapi oleh ibubapa apabila berpindah dari tempat ke tempat untuk mendapatkan pekerjaan, dalam masa yang sama cuba membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak mereka.

Kita menyokong “Food From the Heart,” suatu organisasi bukan untung yang mengagihkan semula roti yang tidak terjual dan item makanan tahan lama kepada orang yang kurang bernasib baik. di sini, pekerja Flextronics di China membaktikan masa mereka serta mengambil berat dalam memberi makan kepada warga emas.

Page 7: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

di Linwood, Scotland, kaum lelaki di Perkhidmatan global Flextronics memakai kilt dan mendedahkan kaki mereka di Pertandingan “Kaki Tercantik” untuk menyokong “Cash for Kids”, suatu badan amal untuk mendapatkan wang untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah kewangan, emosi, dan cabaran fizikal. Dana yang diperolehi digunakan untuk membeli hadiah Krismas untuk kanak-kanak.

Sebagaimana juga di rumah anak yatim di Zhuhai, China, mereka memberi penjagaan kepada kanak-kanak, para pekerja secara sukarela menawarkan masa mereka di pelbagai badan amal tempatan.

Kita bersukarela dalam komuniti dan berusaha giat untuk memenuhi keperluan penduduk yang kurang bernasib baik. di israel, para pekerja masa mereka menghiburkan kanak-kanak di suatu kemudahan yang disokong oleh Flextronics sejak 2001 dan menyediakan persekitaran yang selamat, selesa, dan menarik untuk kanak-kanak mangsa keganasan dan terbiar.

di Manaus, Brazil, kita berkongsi dengan sekolah tempatan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan memberi lawatan berpendidikan dan menyeronokan ke zoo.

Pada 2013, semasa Hari Tahunan Flextronics di Chennai, india, suatu pasukan kugiran dan tarian yang terdiri daripada para pekerja Khidmat Bisnes global Chennai membuat persembahan yang meriah dan membawakan tema pada malam tersebut - Satu Pelan. Satu Flex. Satu Pasukan.

di Zala, Hungary, kita bekerja dengan kerajaan tempatan untuk menyediakan hari sukan untuk lebih 900 pelajar tadika dalam menggalakkan senaman dan kehidupan sihat bagi golongan muda. aktiviti akrobatik diterajui oleh selebriti sukan Hungary dan pada tahun 2012, acara tersebut memperolehi rekod dunia sebagai jumlah paling ramai kanak-kanak tadika bersenam dalam masa yang sama.

iii. Perkara Yang Kita Lakukan

Page 8: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Mematuhi Kod membantu dalam memastikan kita melakukan perkara yang betul pada setiap masa. namun begitu, kadangkala perkara yang betul tidak selalunya jelas. Jika anda percaya bahawa terdapat adat di negara atau kawasan anda yang berbeza dengan Kod Tataniaga dan Tataetika, sentiasa ikuti Kod. Jika anda tidak pasti mengenai perkara yang perlu dilakukan atau mempunyai suatu kebimbangan, tanya pengurus anda untuk mendapat bimbingan atau guna Talian Hotline etika Flextronics atau apa-apa Sumber Pelaporan lain yang dapat ditemui di Seksyen 1.2 Kod. di Flextronics, anda tidak keseorangan, terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda dalam membuat keputusan beretika, setiap hari.

Membuat Keputusan berertika1

Page 9: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

1.1 Membuat Keputusan berertikaJika anda mempunyai soalan mengenai apa-apa perkara atau tidak pasti tentang apa-apa tindakan, kelakuan, atau keadaan, jangan diamkan.

ambil tindakan dengan menanyakan diri anda dengan soalan yang berikut:

Soalan ini akan tolong membimbing anda untuk membuat keputusan yang bijaksana dan beretika, serta akan membantu anda melaporkan perkara tersebut apabila jawapan dan tindakan terbabit tidak jelas.

1 adakah tindakan atau kelakuan ini seperti “perkara yang betul dilakukan?”

3 adakah aktiviti atau kelakuan ini meningkatkan reputasi flextronics dengan pelanggan, pemegang saham, atau rakan sekerja?

2 adakah anda akan berasa selesa jika Pengurus besar di tempat kerja anda tahu berkenaan aktiviti atau kelakuan ini?

4 adakah anda akan berasa selesa jika aktiviti atau kelakuan ini dilaporkan dalam surat khabar?

5 adakah aktiviti atau kelakuan ini sejajar dengan Kod atau dasar syarikat yang berkuat kuasa?

Jika SEMUA jawapan adalah “YA”, anda boleh teruskan aktiviti ini.

Jika TIDAK PASTI, tanya pengurus anda untuk mendapatkan keterangan atau guna satu daripada Sumber Pelaporan Kita. (Lihat halaman seterusnya.)

Jika SEBARANG jawapan adalah “TIDAK”, JANGAN teruskan. Jika aktiviti telah pun berlaku, atau akan berlaku, LAPORKAN SEGERA!

Page 10: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

1.2 bersuara: tanya soalan dan Laporkan KebimbanganPertanyaan atau pelaporan kebimbangan memerlukan keberanian, sebagai pekerja Flextronics kita dikehendaki bersuara. apabila ini yang kita lakukan, kita melindungi Flextronics, jenama, tempat kerja, dan kita membantu untuk memperbaiki pengendalian dan menghalang potensi berlakunya salah laku. apabila kita mempunyai soalan yang umum, kita seharusnya bertanyakan pengurus kita atau wakil Sumber Manusia. Kita juga boleh gunakan satu daripada Sumber Pelaporan pada setiap masa untuk membangkitkan persoalan atau kebimbangan, dan ia dapat dilakukan tanpa menggunakan nama sebenar.

1.3 Kita tidak Mentoleransi tindak balasFlextronics tidak mentoleransi tindak balas terhadap sesiapa yang beriktikad baik bertanyakan soalan, bersuara tentang salah laku yang mungkin berlaku, atau menyertai dalam pengauditan atau penyiasatan. Bertindak dengan “iktikad baik” bermaksud, bertindak dengan jujur dan menyediakan semua maklumat yang anda miliki mengenai perkara tersebut.

Bertindak balas termasuk, tambahan dengan perkara lain, perubahan waktu bekerja atau jadual, penurunan pangkat, pertukaran, atau penamatan terhadap sesiapa yang membangkitkan persoalan, atau bersuara mengenai pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap Kod, dasar Syarikat, atau undang-undang. Tindakan bertindak balas, termasuk cuba untuk mengetahui identiti pekerja yang melaporkan kebimbangan secara rahsia, yang boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga and termasuk, penamatan pekerjaan.

Jika anda percaya seseorang telah bertindak balas terhadap anda, laporkan segera. Lihat Hotline etika Flextronics.

hotline etika

Ketua Pegawai etika dan Pematuhan

Pengarah Pematuhan

Mana-mana Pengurus

sumber Pelaporan

Kita

saluran Pelaporan tambahan

Pelaporan Kesatuan eropah

Jabatan undang-undang

sumber Manusia

Page 11: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

hotline etika

Flextronics mengekalkan Hotline etika sebagai satu cara untuk para pekerja, pegawai, pengarah, dan rakan niaga untuk menyuarakan kebimbangan mereka tanpa rasa takut berlakunya tindak balas.

di Flextronics, kita menghargai dan menyokong kepentingan “Bersuara”. Maksudnya, mempunyai keberanian untuk bertanyakan soalan tentang sesuatu yang kelihatan salah. ia bermaksud, mendapatkan seseorang - pengurus, ahli program pematuhan, peguam, pengurus Sumber Manusia Flextronics, dsb. - untuk bertanyakan soalan apabila anda tidak jelas mengenai dasar atau prosedur Syarikat.

ia juga bermaksud melaporkan kebimbangan yang kita mungkin ada ke Hotline etika Syarikat, jika kita percaya kemungkinan terdapat pelanggaran undang-undang, dasar Syarikat, atau Kod.

Untuk menyuarakan kebimbangan, kita boleh menelefon nombor Hotline etika bagi negara kita atau pergi ke laman web Hotline etika. ingat, kita dapat kekal tanpa menggunakan nama (cth., laporkan kebimbangan tanpa mendedahkan nama kita).

Flextronics memandang semua dakwaan secara serius, serta akan menyemak dan menyiasat setiap perkara mengikut kesesuaian.

Mana-mana Pengurus

Pengurus adalah seorang individu yang menyelia yang lain, mengawasi kerja, serta bertindak sebagai pemimpin dan menjadi teladan dalam Syarikat kita. Kebiasaannya, mereka merupakan sumber pertama dan terbaik untuk mendapatkan bantuan.

Flextronics menyokong persekitaran terbuka dan penuh hormat, dan dasar Pintu Terbuka menggalakkan para pekerja menghubungi Pengurus - mana-mana Pengurus - jika kita mempunyai soalan atau kebimbangan.

Jika pertanyaan atau kebimbangan adalah mengenai Pengurus kita, atau kita semata-mata tidak berasa selesa bercakap dengan Pengurus langsung, kita sepatutnya berasa selesa untuk bercakap dengan Pengurus yang lain, sama ada di dalam atau di luar kawasan kita, wakil Sumber Manusia tempatan; mana-mana ahli Pasukan Pematuhan Korporat; atau mana-mana sumber pelaporan yang disediakan. Mereka semua bersedia untuk membantu kita!

Pelaporan Kesatuan eropah

Flextronics mengekalkan Hotline etika sebagai satu cara untuk para pekerja, pegawai, pengarah, dan rakan niaga untuk menyuarakan kebimbangan mereka tanpa rasa takut berlakunya tindak balas.

Terdapat beberapa negara dalam Kesatuan eropah (eU) yang mengekalkan undang-undang dan pengawalaturan data privasi tertentu mengenai dengan penggunaan hotline Syarikat, dan Flextronics mematuhi undang-undang, peraturan, dan pengawalaturan yang berkuat kuasa pada perniagaan global kita.

apabila kita membuat panggilan ke hotline atau capaian ke laman hotline di sesebuah negara yang tidak membenarkan penggunaannya, kita akan dilencongkan ke hubungan Flextronics yang bersesuaian untuk menfailkan laporan.

Mana-mana pekerja dalam eU seharusnya berasa selesa untuk menghubungi hotline kita atau mana-mana individu di bawah:

gernot Kriegbaum Peguam Korporate Kanan [email protected] Tel: +43 (1) 60241001737 Mudah alih: +43 67689801737

Rita Kercsmar Sumber Manusia Pengurus Pematuhan Kawasan, eMea [email protected] Tel: +36 (92) 508013 Mudah alih: +36 (30) 4749686

Page 12: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Ketua Pegawai etika dan Pematuhan

Ketua Pegawai etika dan Pematuhan Flextronics bertanggungjawab dalam mengawasi Program Pematuhan Korporate dan memastikan bahawa Flextronics menuruti semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, termasuk dasar dan prosedur kita sendiri. Ketua Pegawai etika dan Pematuhan juga bertanggungjawab berkongsi dengan pihak berkepentingan pada suku tahunan dan melaporkan kepada Presiden Bisnes, Penaja eksekutif, dan Komiti audit mengenai program

pematuhan dan perkara-perkara signifikan.

Ketua Pegawai etika dan Pematuhan kita adalah Marianne Wolf.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Marianne, Program Pematuhan, dan Jabatan

Undang-undang, sila pergi ke Laman Utama Undang-undang.

Jika kita mempunyai soalan atau kebimbangan, kita patut berasa selesa untuk menghubungi mana-mana pemimpin yang dipercayai secara langsung, termasuk Ketua Pegawai etika dan Pematuhan atau seseorang dari pasukan Pematuhan Korporat.

sumber Pelaporan KitaFlextronics menggalakkan dan menyokong amalan bertanyakan soalan dan pelaporan pelanggaran yang mungkin berlaku atau perkara yang memerlukan perhatian secepat mungkin.

Untuk tujuan tersebut, Flextronics menyediakan beberapa cara agar kita dapat didengari. dari dasar Pintu Terbuka, hingga Pasukan Pematuhan, juga Hotline kita, terdapat banyak jalan untuk menyuarakan kebimbangan dan menerima bantuan yang diperlukan. Sila klik pada setiap segi empat sama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai banyak cara yang membolehkan kita bersuara di Flextronics.

Jabatan undang-undangJabatan Undang-undang Flextronics merangkumi para peguam dan profesional lain bertujuan memberi sokongan terhadap Syarikat dengan menyediakan nasihat undang-undang bertumpukan perniagaan.

Jabatan Undang-undang diketuai oleh Ketua Peguam kita, Jon Hoak. Semua ahli-ahli jabatan tersebut

bersedia untuk menjawab soalan, mendengar kebimbangan, dan sama ada membantu atau menunjukkan ke sumber yang betul untuk mendapatkan bantuan.

Klik pada pautan berikut untuk mencari peguam Flextronics di negara atau kawasan anda:

Laman Utama Undang-undang.

Page 13: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Pengarah Pematuhan

Pengarah Pematuhan adalah pakar hal perkara dalam bidang pematuhan utama kita - antitrust, Pencegah Rasuah, Perlindungan Jenama, Maklumat Rahsia, Pentadbiran Korporat & Sekuriti, Privasi data, alam Sekitar, Kewangan, iT global, dagangan global, Kesihatan & Keselamatan, Keselamatan iT, Harta intelek, Buruh & Pekerjaan, Peraturan Kesihatan, Pemerolehan, dan Cukai.

Setiap Pengarah Pematuhan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kita menuruti dasar, prosedur, dan undang-undang yang berkuat kuasa dalam satu daripada bidang pematuhan ini.

Pengarah Pematuhan ini adalah sumber yang boleh kita hubungi jika kita mempunyai soalan mengenai bidang mereka yang tertentu, sekiranya kita ingin melaporkan kebimbangan, atau mempunyai soalan umum pematuhan atau kebimbangan. Mereka akan memastikan bahawa penyiasatan dilaksanakan dengan teliti serta tepat masanya, dan semua isu diberi perhatian sewajarnya.

Senarai yang terkini bagi Pengarah Pematuhan dan maklumat hubungan mereka tersedia pada Laman Web Pematuhan.

saluran Pelaporan tambahan

apabila berasa sangsi, kita sentiasa boleh menghubungi ahli Pasukan Pematuhan Korporat, Jabatan Undang-undang, Komiti audit, Lembaga Pengarah, atau mana-mana ketua yang dipercayai mengenai apa-apa soalan atau kebimbangan. Mereka akan terus membantu kita atau menunjukkan sumber terbaik yang sesuai untuk diberi perhatian ke atas keperluan kita.

Pautan di bawah boleh juga digunakan sebagai suatu sumber pelaporan:

Lembaga Pengarah

sumber Manusia

Sumber Manusia (HR) menyokong para pekerja Flextronics dalam bidang seperti merekrut, tempat penginapan, pampasan, faedah, penetapan matlamat, penilaian prestasi, latihan, dan pembangunan kepimpinan.

Jabatan HR kita atau wakilnya tersedia untuk membantu dengan soalan dan kebimbangan mengenai isu dari gaji dan faedah hingga kebimbangan mengenai konflik antara rakan sekerja atau para pengurus.

Pengarah HR menyokong persekitaran yang penuh hormat serta terbuka dan membantu dengan bertimbang rasa dan efektif mengendali isu harian kita. Kita seharusnya berasa selesa untuk menggunakan HR tempatan sebagai satu daripada sumber utama jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan. Jika mereka sendiri tidak dapat memberikan jawapan pada soalan yang diajukan, mereka dengan efektif dapat menunjukkan kepada sumber yang betul dalam Flextronics untuk bantuan diberikan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai HR, pergi ke Laman Utama HR.

Page 14: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Melayan dengan penuh hormat antara satu sama

lain di tempat kerja bermaksud menghargai rakan

sekerja terhadap kepelbagaian idea, pengalaman,

pengetahuan, serta latar belakang, dan meng-

hargai kreativiti dan kuasa Satu Pelan. Satu Flex.

Satu Pasukan.

Flextronics memupuk tempat kerja yang dapat

berkongsi inovasi, idea, soalan, dan kebimbangan

dalam persekitaran selamat, penuh hormat, dan

profesional.

integriti di tempat Kerja2

Page 15: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

2.1 Kita Lakukan Perkara Yang betul• Kita membuat keputusan beretika.

• Kita menuruti Kod, dasar Syarikat, dan undang-undang.

• Kita mematuhi prinsip Tatakelakuan Industri Elektronik (EICC)

• Kita mematuhi program dalaman kita sendiri iaitu, Ikrar Flextronics.

• Kita melaporkan segera sebarang kebimbangan yang kita ada mengenai salah laku yang mungkin berlaku. Lihat Hotline etika Flextronics.

• Kita bertanyakan soalan mengenai dasar atau prosedur Syarikat apabila perlu.

• Kita bekerjasama sepenuhnya dengan jujur mengenai sebarang audit dalaman atau penyiasatan.

• Tambahan lagi, pengurus kita mesti memimpin melalui teladan serta menjadi model kelakuan beretika, dan mewujudkan persekitaran yang selesa untuk para pekerja bertanyakan soalan, membangkitkan kebimbangan, dan melaporkan perkara tanpa rasa takut atau menghadapi tindak balas.

2.2 Kita hormati orang Lain dan Mematuhi amalan buruh dan Pekerjaan Yang saksama• Kita terbuka serta jujur dan melayan antara satu sama lain dengan

penuh integriti dan hormat.

• Kita tidak berat sebelah terhadap sesiapa atas dasar bangsa, warna, jantina, umur, negara asal, agama, atau apa-apa ciri-ciri terlindung undang-undang yang lain.

• Kita berusaha gigih untuk mengekalkan tempat kerja yang memberikan kebebasan kepada individu daripada segala bentuk gangguan yang berkali-kali atau penderaan.

• Kita menuruti undang-undang upah dan jam yang berkuat kuasa.

• Kita menyediakan semua faedah yang berkuat kuasa, paling minimum kepada para pekerja.

• Kita tidak menggunakan buruh kanak-kanak, paksaan, kontrak atau terikat, dan mengekalkan umur minimum yang berkuat kuasa bagi pekerjaan.

• Kita mengiktiraf hak para pekerja untuk bergaul secara bebas, serta percaya bahawa komunikasi terbuka dan penglibatan langsung antara para pekerja dan pihak pengurusan adalah cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan isu tempat kerja.

• Kita tidak membenarkan tindak balas terhadap sesiapa yang membangkitkan kebimbangan mengenai diskriminasi, gangguan berkali-kali, atau mana-mana amalan buruh dan pekerjaan.

• Kita menghendaki rakan niaga juga memenuhi standard yang sama.

anda boleh temui dasar Pekerjaan Kepelbagaian-Setaraf dan Pencegahan gangguan Berkali-kali di Tempat Kerja dan dasar aduan/Pengendalian Timbang Cara di bawah “dasar HR & garis Panduan” pada portal Seluruh dunia Flextronics Sumber Manusia. anda dapat temui dasar Buruh & Hak asasi Manusia pada portal ikrar Flextronics.

Page 16: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

2.3 Kita iktiraf Kepentingan Privasi data• Kita hormati privasi semua individu dan komited dalam mengambil

langkah-langkah yang bersesuaian untuk melindungi data peribadi daripada capaian tanpa izin.

• Kita kumpul dan guna data peribadi dengan penuh tanggungjawab dan menurut undang-undang data privasi yang berkuat kuasa.

Para pekerja mesti mematuhi Standard Privasi data, Pernyataan dasar Privasi global dan Manual untuk Pemprosesan data Peribadi yang boleh didapati pada portal data Privasi Flextronics.

2.4 Kita sediakan Persekitaran Kerja selamat kepada Para Pekerja• Kesihatan dan keselamatan para pekerja adalah keutamaan

Flextronics yang paling penting.

• Kita melabur dalam kemudahan, perkakas, peralatan, proses, dan pekerja dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk para pekerja.

• Kita mengamal dan menguatkuasakan amalan kerja selamat dan mematuhi semua undang-undang serta peraturan, termasuk dasar Syarikat mengenai kesihatan dan keselamatan untuk memastikan langkah-langkah perlindungan adalah berkesan dan kita mengekalkan persekitaran kerja yang selamat.

• Kita mempunyai program kesihatan dan keselamatan untuk mengurang dan mencegah kecederaan dan penyakit, dan melatih para pekerja mengenai amalan kerja selamat.

• Kita menguatkuasakan budaya kesihatan dan keselamatan di semua operasi global, dan mesti melaporkan kebimbangan tentang keadaan tidak selamat kepada pengurus secepat mungkin.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan keselamatan tempat kerja atau tanggungjawab anda, sila hubungi Jabatan Kesihatan & Keselamatan Persekitaran, yang juga menyediakan senarai Wakil Tapak eH&S. anda juga boleh mendapati maklumat lebih lanjut di bawah “dasar & garis Panduan HR” pada portal Flextronics Worldwide Sumber Manusia. Maklumat berguna juga tersedia pada portal CSeR, yang juga menyediakan maklumat mengenai pematuhan Flextronics terhadap standard eiCC. Tindak balas terhadap mana-mana pekerja yang menzahirkan kebimbangan secara jujur mengenai mana-mana amalan buruh atau pekerjaan, isu privasi data, kesihatan, atau keselamatan melanggar Kod dan akan diambil tindakan.

Page 17: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Budaya integriti dan beretika adalah kebaikan daya saing kita, dan kita berusaha untuk melakukan sesuatu dengan betul pada setiap masa dalam setiap perkara yang kita lakukan. ini bermaksud, kita bersaing dengan saksama, kita melindungi aset dan maklumat serta pelanggan kita. Kita jauhi situasi yang dapat memberi implikasi yang buruk ke atas Syarikat kita.

integriti syarikat dan Pemegang saham Kita

3

Page 18: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.1 Kita Jauhi Konflik Kepentingan“Konflik kepentingan” wujud apabila kita ada hubungan peribadi, kewangan atau kepentingan lain yang boleh menghalang kita daripada bertindak atas kepentingan Flextronics yang terbaik atau ia boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap keputusan yang dibuat bagi pihak Flextronics. Konflik lazim termasuk:

3.1.1 hubungan Kekeluargaan dan Peribadi

• Anda atau seorang daripada ahli keluarga mempunyai kepentingan pengurusan atau kewangan (sebagai contoh, memegang saham material) di syarikat yang bersaing, menjalankan perniagaan, atau mahu menjalankan perniagaan dengan Flextronics. Jika demikian, beritahu pengurus anda segera agar konflik dapat diselesaikan.

• Anda mengurus atau boleh mempengaruhi keputusan kerja bagi ahli keluarga, rakan, atau orang yang mempunyai hubungan cinta dengan anda. Jika demikian, beritahu pengurus anda segera agar ia dapat diselesaikan.

• Anda mempunyai ahli keluarga atau rakan karib yang mahu dilantik sebagai vendor, pembekal, atau pekerja Flextronics. Jika demikian, anda mesti beritahu pengurus anda tentang hubungan anda dan jangan terlibat dalam pemilihan atau pengurusan bakal vendor atau pekerja.

3.1.2 Peluang Kewangan, Pelaburan, atau Perniagaan

anda mahu memanfaatkan peluang perniagaan atau pelaburan tersedia kepada Flextronics. Jika demikian, beritahu pengurus anda dan Ketua Pegawai etika dan Pematuhan serta pastikan peluang tersebut ditawarkan kepada Flextronics terlebih dahulu. Jika Flextronics menolak peluang tersebut dan tiada konflik wujud, anda baru boleh meneruskannya.

3.1.3 Perkhidmatan di Luar Lembaga Pengarah

• Anda mahu berkhidmat sebagai pengarah kepada sebuah Syarikat bersifat untung yang lain. Jika demikian, ikuti dasar Perkhidmatan Pekerja Lembaga Pengarah untuk mendapatkan keizinan bertulis sewajarnya.

anda boleh dapati dasar Pekerja di Luar Perkhidmatan Lembaga Pengarah di bawah Fungsian Undang-undang pada portal Undang-undang Flextronics.

Page 19: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.1.4 Pekerjaan sekunder

• Anda ingin mendapatkan pekerjaan kedua, atau mahu berunding dengan syarikat bersifat untung yang bersaing, menjalankan perniagaan, atau mungkin menjadi pelanggan Flextronics. Jika demikian, beritahu pengurus anda segera agar konflik yang mungkin berlaku dapat diselesaikan.

• Jika anda mempunyai perniagaan atau memegang saham dalam entiti di luar kerja anda di Flextronics, dan perniagaan tersebut bersaing, menjalankan perniagaan, atau mungkin menjadi pelanggan Flextronics. Jika demikian, beritahu pengurus anda segera agar konflik yang mungkin berlaku dapat diselesaikan.

Jika anda dapati anda berada dalam mana-mana situasi konflik kepentingan tersebut, atau situasi yang sebenar, beritahu pengurus anda dengan segera, atau guna mana-mana Sumber Pelaporan kita untuk melapor perkara tersebut, dan ikuti Proses Penapisan Konflik Kepentingan Syarikat. Para pengurus akan memastikan perkara berkenaan Kepentingan Konflik akan dimaklumkan kepada Pengarah di dalam organisasi mereka, atau terus kepada Jabatan Undang-undang atau Pematuhan Korporat Flextronics.

Anda seharusnya bertindak hanya selepas konflik tersebut telah dikaji semula dan mendapat keizinan bertulis oleh peringkat pengurusan yang sewajarnya. Dengan mendedahkan potensi konflik sepenuhnya sebelum tindakan diambil, anda membantu memastikan bahawa urus niaga dilaksanakan dengan cara objektif, saksama, dan sejajar dengan dasar Syarikat. anda juga dapat mengelak daripada terlibat dalam situasi konflik kepentingan tidak wajar yang boleh mengakibatkan tindakan disiplin sehingga ke dan termasuk penamatan pekerjaan.

Anda boleh dapati Dasar Konflik Kepentingan & Senarai Semakan pada portal Undang-undang Flextronics.

Page 20: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.2 Kita Lindungi Maklumat flextronics

3.2.1 Maklumat sulit

Semasa melaksanakan kerja, kita mungkin memperoleh maklumat sulit tentang Syarikat kita. “Maklumat Sulit” pada umumnya bukan maklumat awam yang dikongsi untuk tujuan perniagaan tertentu. Maklumat ini mungkin berguna kepada pesaing atau memudaratkan Syarikat kita jika ia jatuh ke tangan pihak yang salah. Contoh lazim termasuk:

• Senarai pelanggan atau pembekal

• Terma, kadar diskaun, data harga, maklumat kewangan

• Reka bentuk, lukisan, formula, pelan strategik, rahsia dagangan, ciptaan, aplikasi paten

• Proses pembuatan

• Rekod pekerja

Sebagai seorang pekerja Flextronics, kita melindungi, dan hanya mendedahkan maklumat sulit mengenai Flextronics kepada:

• Rakan sekerja yang mempunyai keperluan perniagaan untuk memperoleh maklumat tersebut

• Orang di luar Syarikat yang mempunyai keperluan perniagaan untuk memperoleh maklumat, mengetahui dengan jelas tugasnya mengekalkan kerahsiaan, dan telah menandatangani Perjanjian Ketakdedahan; atau

• Mereka yang mempunyai hak undang-undang dan kontraktual untuk memperoleh maklumat tersebut.

Kita ikuti sistem pengelasan dalam mengendali maklumat sulit, yang menghendaki kita mengelaskan dokumen sama ada sebagai “Terhad”, “Kegunaan dalaman Sahaja”, atau “Umum.”

anda boleh dapati Pengelasan dokumen bagi dasar Perlindungan data pada portal Undang-undang Flextronics.

3.2.2 harta intelektual flextronics

• Kita mengikuti had terhadap penggunaan harta intelektual, termasuk apa-apa di dalam kontrak dengan pihak ketiga. “Harta intelektual” termasuk paten, tanda dagangan, hak cipta, rahsia dagangan, dan mana-mana harta peribadi tak ketara lain yang dihasilkan melalui usaha intelektual penciptanya.

• Kita tidak mencuri, menyalah guna, atau menyalahi undang-undang dalam penggunaan harta intelektual, atau hak milik, atau maklumat sulit sesiapa, termasuk pembekal, pelanggan, rakan niaga, atau pesaing Flextronics.

• Meskipun kita tidak lagi bekerja untuk bekas majikan, kita melindungi dan mengekalkan maklumat sulitnya daripada pendedahan dan tidak berkongsi atau mengguna mana-mana rahsia dagangan milik bekas majikan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai hak harta intelektual, hubungi Jabatan Undang-undang.

Page 21: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.3 Kita Terima Hadiah dan Keraian Perniagaan Hanya Apabila Wajar• Jikaandaditawarkanataudiberisesuatuyangbernilai(sebagaicontoh,diskaunistimewabagiperkakas,tiketpercumakeacarasukan,apartmenberdiskaun,atauitemhadiahyanglain)daripadapelangganatauvendorFlextronicsyangmewah,bukantermasukdalamgarispanduanSyarikat,ataubolehdipersoalkan,beritahukepadapengurusandadengansegeraagarpotensikonflikdapatdiselesaikan.ParapengurusakanmemastikanperkaraberkenaanKepentinganKonflikatauhadiahyangtidakwajardiajukankepadaPengarahdiorganisasimereka,atauteruskepadaJabatanUndang-undangatauPematuhanKorporatFlextronics.

• SebagaisebuahSyarikatglobal,Flextronicskerapmemerlukankebanyakandaripadakitamelakukanperjalananbagitujuanperniagaan.AdalahmenjaditanggungjawabkitauntukmemastikankitamenurutdasarPerjalanandanKeraianSyarikatdenganmenyerahkanuntukpembayarangantihanyaresit-resityanghanyaberkaitandenganperjalananperniagaandanwajaruntukpembayaranganti.

AndabolehdapatiDasarPerjalanan&KeraianpadaportalFlexTravel.

3.4 Kita Guna Aset Flextronics Dengan Bijaksana

3.4.1 Aset Fizikal dan Teknologi

• KitadiamanahkandenganasetSyarikat,termasukruangkerja,kemudahan,komputer,telefonmudahalihdanpejabat,lain-lainperalatan,dansebarangdanaSyarikatyangkitakawalatauurus.

• Kitamenghormati,menjaga,sertamenggunakanasetSyarikatdenganbetuldanbekerjakerasuntukmenghalangdarikecurian,kemusnahan,ataupenyalahgunaan.

• Kitamelupuskanperalatan,atauasetSyarikatyanglain,mengikutundang-undangdandengansewajarnya,dantidakmencuriataumenyalahgunakanhartaatauteknologikita.

• KitafahambahawameskipunasetFlextronicsyangtertentudigunakanuntukkegunaanperibadi(sepertitelefonmudahalihyangdiberiolehSyarikat),danpadatahapyangdibenarkanolehundang-undang,Flextronicsbolehmendapatkan,mencari,menyemaksemulasebarangkomunikasi,data,atauperalatanyangadadimana-manatempattersebut,denganatautanpakeizinankita.

• KitamenggunakanasetSyarikatdengancarayangselamat,menurutundang-undangdansewajarnyasertatidakmenggunakanasetSyarikatuntukmemuatturun,menyimpan,ataumenghantarbahaneksplisit,menjelikkan,atauberdiskriminasi.

• Kitatidakberkongsinomborpengenalanataukatalaluanpenggunaperibadi.

AndabolehdapatibanyaklagimaklumattentangPerkarayangBolehdanTidakDibolehkandalamMenciptadanMelindungiKataLaluanAndapadaportalKeselamatanITFlextronics.

Page 22: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.4.2 Komunikasi dan Media sosial

Kita berkomunikasi maklumat yang sesuai dengan jelas, tepat dan terkini mengenai perniagaan kita, tetapi hanya jurucakap rasmi yang diberi kuasa untuk berkomunikasi dengan pihak awam bagi pihak Syarikat. ini bermaksud bahawa jika dihampiri oleh wartawan, penganalisis, atau semasa mengguna media sosial, termasuk mana-mana blog, laman rangkaian sosial, perkongsian foto/video, and bilik sembang, kita seharusnya:

• Tidak berkongsi maklumat mengenai Syarikat, atau pelanggan dengan mana-mana wartawan, penganalisis, atau firma penyelidikan.

• Dapatkan kelulusan daripada Ketua Pegawai Pemasaran sebelum menyiarkan apa-apa maklumat rasmi berhubung Syarikat di tempat awam.

• Lindungi aset dan maklumat sulit Syarikat kita dengan mengingati bahawa internet adalah tempat awam.

• Jangan benarkan wartawan atau penganalisis melawat kemudahan kita tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pegawai Kewangan atau Ketua Pegawai Pemasaran terlebih dahulu.

• Lindungi maklumat sulit dengan tidak berkongsi dengan sesiapa yang tidak ada hak undang-undang, kontraktual, atau urusan perniagaan yang sah untuk mengetahuinya.

anda boleh dapati dasar Media Sosial pada Portal Pemasaran dan Komunikasi Korporat Flextronicss dan dasar Penggunaan internet di bawah “dasar & garis Panduan HR” pada portal Sumber Manusia Seluruh dunia Flextronics. Lihat juga Kod Seksyen 3.2.1 Maklumat Sulit dan Seksyen 3.6 Pematuhan dengan Undang-undang Sekuriti.

3.5 Kita Kekalkan buku dan Rekod yang Jitu• Kita bertanggungjawab dalam memastikan bahawa buku dan

rekod bebas daripada entri palsu atau mengelirukan, dan menggaji pengaudit bebas supaya buku dan rekod dikekalkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan standard perakaunan yang dikenakan.

• Kita tidak menyimpan dana korporat yang tidak didedahkan atau tidak direkodkan untuk apa-apa tujuan.

• Kita mengeluarkan pembayaran hanya apabila terdapat rekod sokongan dan kelulusan yang wajar, lengkap, serta tepat.

Jika anda percaya bahawa mana-mana rekod perniagaan atau akaun telah dipalsukan, diubah dengan salahnya, atau dimusnahkan, hubungi Jabatan Undang-undang dengan segera atau gunakan satu daripada Sumber Pelaporan Kita. Tindakan terhadap mana-mana pekerja yang secara jujur melaporkan suatu kebimbangan tentang aktiviti sedemikian tidak akan diterima. anda boleh dapati dasar Pengekalan dokumen pada portal Pengurusan Rekod Korporat: dasar Pengekalan Rekod Perusahaan.

Page 23: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.6 Kita Patuhi semua undang-undang sekuriti• Seperti yang ditetapkan oleh pengurusan, kita menyediakan maklumat

tepat pada masa, telus, konsisten, dan berwibawa kepada pihak awam yang melabur, sejajar dengan undang-undang sekuriti.

• Kita menuruti FD Pengawalaturan, yang melarang pendedahan material terpilih, maklumat bukan awam kepada mana-mana pemegang sekuriti atau mana-mana ahli komuniti penganalisis kewangan.

• Kita bertindak dengan penuh integriti mengenai dengan pasaran sekuriti, dan telah melaksanakan dasar dagangan orang dalam yang memerlukan bahawa:

- Kita tidak membeli atau menjual mana-mana saham atau sekuriti Flextronics atau mana-mana syarikat semasa kita memiliki maklumat material bukan awam mengenai syarikat tersebut. “Maklumat material” adalah maklumat yang seorang pelabur yang munasabah akan menganggap penting dalam membuat keputusan untuk membeli, memegang, atau menjual sesuatu sekuriti. Maklumat material boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada penyata kewangan, urus niaga pelanggan, atau acara korporat penting seperti membeli syarikat lain, menjual sebahagian daripada Syarikat, atau penstrukturan semula.

- Kita tidak berkomunikasi atau memberi “petua” apa-apa material, maklumat bukan awam kepada sesiapa yang mungkin berniaga dalam sekuriti Flextronics atau mana-mana pelanggan dengan maklumat rahsia bagi pihak kita.

- Kita tidak terlibat dalam urus niaga terbitan seperti berjual beli dalam mana-mana kepentingan atau kedudukan berkaitan dengan harga masa hadapan sekuriti Flextronics, seperti “jual”, “panggilan” atau “jualan singkat”, dan tidak terlibat dalam urus niaga “pelindungan nilai” menggunakan sekuriti Flextronics atau mengguna sekuriti sepertinya sebagai kolateral untuk akaun margin.

anda boleh dapati dasar Perdagangan orang dalam pada portal Undang-undang Flextronics.

“integriti…bermaksud tidak mencabuli identiti diri sendiri.”

– eric seligmann fromm, ahli Psikologi sosial/falsafah

Page 24: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

4.1 Kita terlibat dalam amalan Jualan dan Pemasaran dengan Penuh tanggungjawabKita bertanggungjawab dan memastikan bahawa bahan-bahan promosi, jualan dan pemasaran mengandungi pernyataan benar mengenai Flextronics, perkhidmatan kita dan produk yang kita buat.

integriti bagi Pelanggan dan Rakan niaga Kita

4

Page 25: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

4.2 Kita bersaing dengan saksama di Pasaran• Persaingan dan undang-undang antitrust bertujuan untuk

menggalakkan dan melindungi kebebasan dan keadilan persaingan. Kita menyokong persaingan hebat, dan bukan amalan perniagaan tidak adil.

• Semasa mengumpul maklumat mengenai aktiviti syarikat lain, kita berbuat demikian dengan cara beretika dan menurut undang-undang.

• Manakala kita mungkin menyertai persatuan perniagaan atau penandaan aras atau aktiviti lain dengan pesaing dengan keizinan daripada Jabatan Undang-undang, dan selepas memperoleh perjanjian ketakdedahan yang sewajarnya, kita tidak bekerjasama dengan pesaing dan tidak membincangkan yang berikut tanpa mendapatkan keizinan undang-undang:

• Harga atau dasar harga, terma jualan, kos, pelan pemasaran atau strategik.

• Hak milik atau maklumat sulit

• Potensi percantuman, pemerolehan, usaha sama, atau lain-lain perkongsian

• Boikot dan peruntukan pelanggan, produk, atau wilayah

• Persetujuan urus niaga eksklusif

• Batasan tertentu terhadap, atau mengikat persetujuan dengan, pembekal atau pelanggan

Jika anda mempunyai soalan mengenai sama ada berkongsi atau menggunakan maklumat mengenai satu daripada pesaing, dapatkan bimbingan daripada Jabatan Undang-undang. anda boleh dapati dasar antitrust dan Pematuhan Undang-undang Persaingan di bawah Fungsian Undang-undang pada portal Undang-undang Flextronics.

4.3 Kita Lindungi Maklumat dan harta Pihak Ketiga• Kita melindungi maklumat sulit yang dikongsikan bersama oleh

pelanggan dan rakan niaga, dan tidak berkongsi maklumat ini dengan sesiapa di dalam mahupun di luar Syarikat yang tidak mempunyai hak undang-undang atau kontraktual atau keperluan urusan perniagaan yang sah.

• Kita mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi harta dan aset pelanggan kita.

• Kita menggunakan perisian yang dibuat oleh syarikat lain tetapi tidak membuat salinan, menjual semula, atau memindah tanpa kebenaran di bawah perjanjian lesen yang berkuat kuasa. Kita faham bahawa Flextronics mungkin memeriksa komputer untuk menentusahkan bahawa hanya perisian yang diluluskan dan berlesen dipasang.

anda boleh dapati dasar Hak Cipta Perisian, dasar Pengguna akhir dan dasar Penggunaan internet Flextronics pada portal Teknologi Maklumat Flextronics. Lihat Kod Seksyen 3.2.1 Maklumat Sulit dan Seksyen 3.6 Pematuhan dengan Undang-undang Sekuriti.

Page 26: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

4.4 tindakan Kita berintegriti semasa Menjalankan Perniagaan dengan Kerajaan• Kita bertindak jujur dan berintegriti apabila bekerja dengan

kerajaan dan melaksanakan usaha wajar terhadap pihak ketiga yang berinteraksi dengan kerajaan bagi pihak kita.

• Kita mengambil berat dalam menyedia dan mengekalkan rekod berkaitan dengan kontrak kerajaan.

• Kita menuruti undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa yang diguna pakai dalam kontrak kerajaan, dan menurut terma dan syarat mana-mana kontrak dengan mana-mana entiti kerajaan. Jabatan Undang-undang mesti menyemak semula dan meluluskan semua kontrak dengan mana-mana entiti kerajaan.

• Kita tidak menawar, menjanjikan, atau memberi apa-apa yang bernilai kepada mana-mana pegawai kerajaan atau agensi milik negeri untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan dengan cara salah, atau mempengaruhi mana-mana keputusan dengan cara salah berkenaan Flextronics, dan kita tidak menggunakan mana-mana pihak ketiga (seperti perunding, agen, atau rakan niaga) untuk berbuat sedemikian untuk kita.

Jika kita menerima suatu pertanyaan atau permintaan daripada suatu entiti kerajaan, kita seharusnya menghubungi pihak pengurusan untuk menentukan cara memberikan respons. Lihat Kod Seksyen 6.2 Tiada Rasuah atau Sogokan.

Page 27: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

5.1 Kita Jalankan Perniagaan dengan Pembekal dan Rakan niaga yang bertanggungjawab• Kita memilih pembekal berdasarkan kelayakan dan merit mereka.

• Kita membina hubungan kerja yang teguh dengan pembekal yang menyediakan kualiti superior, perkhidmatan cemerlang, harga bersaingan, dan menuruti standard kontraktual, undang-undang, dan etika perniagaan Syarikat.

• Kita merupakan ahli pengasas dan proaktif bagi Gabungan Kewarganegaraan Perusahaan elektronik (eiCC), dan memerlukan pembekal mematuhi eiCC, termasuk amalan keselamatan rantaian bekalan.

• Kita komited dalam pembelian dan menggunakan hanya bahan-bahan daripada sumber yang wajar dan dibenarkan.

• Kita mengaudit pembekal perkhidmatan rantaian bekalan bagi pematuhan ke atas kewajipan keselamatan dan kontraktual di bawah program Keselamatan Rantaian Bekalan.

Jika anda mengesyaki terdapat pembekal bertindak dengan cara yang tidak sejajar dengan kehendak tersebut, hubungi Hotline etika Flextronics atau guna mana-mana satu daripada Sumber Pelaporan yang dapat ditemui di Seksyen 1.5 Kod untuk menyuarakan kebimbangan anda.

integriti dalam Rantaian bekalan Global Kita

5

Page 28: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

5.2 Kita Kekalkan Amalan Pemerolehan Saksama• Flextronicsmenghasilkannilaiuntukpelangganmelaluipembangunanprodukkompetendanpantas,produktivititinggi,mutuyangtinggi,ketangkasandankosberdayasaing.

• UrusniagaFlextronicsdenganpelanggan,pembekal,danrakanniagaberdasarkanpertimbanganperniagaanyangbaikdansaksama.

• Kitamenggunakanprosesbidaanyangsaksamasertatelus,danmengamalkanpemerolehanyangkonsistendengandasarmencarisumberglobaldandasarsetempatyangbersesuaian.

• Semasamenjalankanaktivitipemerolehan,kitatidakmenawarataumemberirasuah,sogokan,atauapa-apayangbernilai,termasukhadiahataukeraiankepadapembekal,pelanggan,ataurakanniagauntukmengawaltindakanataukeputusanpenerimasecaratidakwajar.

JikaandamengesyakiterdapatpembekalyangtelahdipilihdengancarayangtidakkonsistenmengikutamalanataudasarpemerolehanSyarikat,atauandamengesyakiterdapatpilihkasihdalamprosespemilihanvendorsecaratidakwajar,hubungiFlextronics’HotlineEtikaataugunakanmana-manasatudaripadaSumberPelaporanyangbolehdidapatidalamSeksyen1.5Koduntukmenyuarakankebimbangananda.

AndadapattemuiBukuPanduanAmalanPemerolehan,DasarPemilihanPembekaldanPengurusan,DasarSekerapsertaLebihan&UsangdanGarisPanduanAmalanPembekalpadaportalPemerolehandanRantaianBekalanGlobalFlextronics.LihatjugaKodSeksyen6.2TiadaRasuahatauSogokandanSeksyen3.3PenerimaanHadiahdanKeraianPerniagaan.

Page 29: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

6.1 Kita Komited dalam Melindungi alam sekitar• Flextronics menggunakan strategi alam sekitar “five-by-five” yang teguh

untuk memastikan kita memberi tumpuan dalam mengeluarkan produk yang mematuhi alam sekitar, menggunakan proses pembuatan dan pembekal yang juga mematuhi alam sekitar.

• Sebagai ahli kepada Inisiatif Perniagaan Global terhadap Hak Asasi Manusia (gBi), kita komited dalam memastikan bahawa kita mematuhi Prinsip Panduan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat dasar Buruh & Hak asasi Manusia kita.

• Kita menurut semua undang-undang serta peraturan alam sekitar yang berkuat kuasa, dan melindungi alam sekitar, menjimatkan tenaga, dan sumber asli, dan menyekat pencemaran dengan menggunakan amalan dan teknologi pengurusan yang sewajarnya.

• Kita mematuhi keperluan pengawalaturan global dan tempatan yang berkaitan dengan penggunaan, penyimpanan, pelepasan, serta penghapusan bahan kimia berbahaya yang telah digunakan semasa proses pembuatan.

• Kita memastikan bahawa pengawalaturan global bagi bahan berbahaya dalam produk dipatuhi dalam bahan/komponen di bawah tanggungjawab kita.

• Kita memantau pematuhan dengan undang-undang ini untuk mengekalkan status sebagai warga korporat bertanggungjawab dalam semua komuniti global di tempat kita beroperasi. disamping itu, kita menyemak semula amalan dan prosedur dengan tetap untuk menyelesaikan perubahan keadaan, dan terus mempertingkatkan prestasi kita.

anda dapat temui Laporan Program Kelestarian Korporat Sosial dan Tanggungjawab alam Sekitar (CSeR) pada portal CSeR.

integriti dalam Komuniti Global Kita6

Page 30: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

6.2 Kita tidak tawar atau beri Rasuah atau sogokan kepada sesiapa• Kita melarang rasuah dan sogokan dalam apa-apa bentuk dan

kepada sesiapa pun.

• Kita mematuhi Akta Amalan Rasuah Asing AS (FCPA), Akta Rasuah UK 2010, dan undang-undang antirasuah dan antikorupsi di negara-negara yang kita menjalankan perniagaan.

• Kita tidak menawar, menjanjikan, atau memberi apa-apa yang bernilai (seperti wang tunai atau kesamaan tunai, hadiah, atau perjalanan bukan perniagaan, atau keraian) kepada sesiapa, termasuk kepada mana-mana pegawai kerajaan, untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan secara tidak wajar, atau mempengaruhi apa-apa keputusan secara tidak wajar mengenai Flextronics; kita tidak menggunakan pihak ketiga (seperti perunding, agen, atau rakan niaga) untuk berbuat demikian bagi pihak kita.

• Kita tidak membuat keputusan perniagaan dengan mana-mana pembekal, vendor, pelanggan, atau rakan niaga lain berdasarkan apa-apa faedah peribadi, sama ada ditawarkan atau diberikan kepada kita secara langsung atau tidak langsung.

• Kita tidak meminta, menuntut, atau menerima rasuah atau sogokan.

• Kita tidak menawarkan atau memberi rasuah, sogokan atau apa-apa yang bernilai, termasuk hadiah atau keraian, kepada pembekal, pelanggan, atau rakan niaga untuk mengawal tindakan atau keputusan secara tidak wajar; dan kita tidak menggunakan mana-mana perantara pihak ketiga (seperti agen, perunding, pengedar, atau rakan niaga) untuk berbuat demikian untuk kita.

Rasuah adalah sesuatu yang bernilai, termasuk wang tunai, hadiah, keraian, atau ihsan perniagaan yang diberi dengan niat untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan yang lain untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, atau untuk mendapat kelebihan perniagaan secara tidak adil. Sogokan adalah pulangan wang yang telah pun dibayar (atau perlu dibayar) sebagai ganjaran kerana memberi perniagaan atau memberi kelebihan perniagaan secara tidak wajar.

anda boleh dapati dasar antirasuah pada portal Undang-undang Flextronics. Lihat juga Kod Seksyen 3.3 Penerimaan Hadiah dan Keraian Perniagaan, Seksyen 4.4 Menjalankan Perniagaan dengan Kerajaan, dan Seksyen 5.2 amalan Pemerolehan.

“bukanlah manusia menjadi lebih tamak daripada generasi terdahulu;

ia adalah disebabkan jalan untuk menzahirkan ketamakan yang telah

tumbuh begitu banyak.” – alan Greenspan, Pakar ekonomi

Page 31: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

6.3 Kita tidak terlibat dalam Pengubahan Wang haram dan aktiviti berkaitan dengan Pengganas• Kita komited dalam menjauhi penggunaan sumber Flextronics

untuk tujuan pengubahan wang haram, iaitu percubaan untuk menyembunyikan hasil jenayah untuk membuat hasil tersebut kelihatan wajar dan sah. Setakat ini, kita tidak menerima pembayaran daripada mana-mana entiti yang bukan suatu pihak dalam urus niaga sah yang dibenarkan untuk membuat pembayaran.

• Kita tidak menggunakan aset Flextronics untuk membantu terorisme atau aktiviti yang berkaitan dengan pengganas.

6.4 Kita Perolehi Kelulusan sebelum Membuat sumbangan derma atau Politik bagi Pihak flextronics• Kita tidak menggunakan dana Flextronics untuk apa jua

sumbangan politik kepada mana-mana calon politik atau orang yang memegang mana-mana jawatan kerajaan tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu.

• “Sumbangan politik” termasuk pembayaran langsung atau tidak langsung, pinjaman, wang pendahuluan, deposit, atau hadiah wang tunai, atau apa-apa perkhidmatan. ia juga termasuk langganan, keahlian, tiket, dan pembelian ruang iklan, pembayaran perbelanjaan, atau imbuhan pekerja untuk organisasi politik, calon, atau pegawai kerajaan.

• Kita boleh membuat apa-apa sumbangan politik pilihan kita menggunakan duit dan masa kita sendiri.

6.5 Kita Patuhi undang-undang Mentadbir Perdagangan antarabangsa

6.5.1 import dan eksport

• Sebagai pengimport, kita mematuhi undang-undang dan peraturan negara-negara yang kita mendapatkan barangan termasuk peraturan kastam, pengelasan, dan pentaksiran.

• Sebagai pengeksport, kita mematuhi undang-undang negara-negara yang kita menghantar barangan siap, komponen atau teknologi dan juga undang-undang eksport amerika Syarikat, tanpa mengira negara yang dihantar.

6.5.2 negara dan orang Larangan

• Kita tidak menjalankan perniagaan dengan negara atau individu yang disekat. anda dapat temui lebih banyak maklumat mengenai Perdagangan global pada portal Pematuhan Perdagangan Flextronics.

Page 32: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

Kita mempunyai sebuah Syarikat yang hebat, dibina atas kerja gigih, inovasi, dan orang beretika, namun begitu, melanggar dasar Kod atau Syarikat boleh membawa akibat termasuk kehilangan perniagaan dan kelebihan daya saing, kehilangan pekerjaan, dan juga:

• Tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan, konsisten dengan dasar undang-undang disiplin tempatan.

• Merujukkan kepada penguatkuasa undang-undang dan apa-apa tindakan pembetulan lain yang sewajarnya.

akibat boleh dikenakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam salah laku dan kepada mana-mana pekerja yang memberi kuasa salah laku tersebut, tidak mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang salah laku yang diketahui, atau bertindak balas terhadap sesiapa yang melaporkan pelanggaran Kod atau dasar yang mungkin akan berlaku dengan niat yang baik.

anda boleh dapati dasar Tindakan Pembetulan, disiplin dan Kelakuan di bawah “dasar & garis Panduan HR” pada portal Sumber Manusia Flextronics Seluruh dunia.

“ integriti adalah intipati setiap kejayaan.”- Richard buckminster fuller, arkitek/ahli teori

akibat Ketakpatuhan7

Page 33: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

soalan & Jawapan

1.3 Kita tidak Mentoleransi tindak balasS: Saya fikir penyelia saya berbuat sesuatu yang Kod kita nyatakan adalah suatu perbuatan yang salah. Saya takut untuk melaporkan tentang hal beliau, kerana beliau mungkin akan membuat kerja saya lebih susah. apakah yang harus saya lakukan?

J: anda seharusnya melaporkan tentang hal beliau. Jika anda berasa tidak selesa untuk terus bercakap dengan penyelia anda, anda boleh cuba satu daripada banyak sumber pelaporan lain yang tersedia untuk pekerja. ini juga situasi yang ideal untuk menelefon Hotline etika. Flextronics tidak mentoleransi tindak balas terhadap anda dalam apa-apa bentuk pun.

2.2 Kita hormati orang Lain dan Mematuhi amalan buruh dan Pekerjaan Yang saksamaS: Penyelia baharu saya adalah seorang lelaki yang baik, dan beliau telah mengajak saya untuk janji temu. Saya sangat ingin menerima pelawaan beliau. apakah yang harus saya lakukan?

J: Flextronics tidak membenarkan seorang penyelia membuat temu janji dengan pekerjanya, dan tidak membenarkan keputusan pekerjaan (seperti kenaikan pangkat atau gaji) dibuat atas dasar hubungan cinta. Hubungan sedemikian boleh menjadi konflik kepentingan atau kelihatan seperti suatu konflik. Sungguhpun pelawaan penyelia anda dibolehkan, tindakan beliau melanggar standard bagi kelakuan profesional dan layanan saksama, dan beliau boleh diambil tindakan. anda seharusnya melaporkan perkara ini kepada Sumber Manusia agar situasi ini dapat dikendalikan oleh mereka.

S: Saya bekerja di eropah dan mahu melaporkan aduan berhubung pengurus saya atas kelakuan berdiskriminasi. apakah pilihan yang saya ada?

J: anda mempunyai beberapa pilihan, kesemuanya dibenarkan di bawah undang-undang privasi eU. anda boleh pergi berjumpa pengurus Sumber Manusia tempatan anda; di bawah dasar Pintu Terbuka kita, anda boleh pergi ke mana-mana pengurus dan laporkan; atau anda boleh hubungi Hotline etika, yang akan memberikan nama dan maklumat hubungan sumber tempatan yang akan mengambil laporan anda. Untuk mendapatkan pilihan lain, lihat “Sumber Pelaporan Kita” pada halaman 9.

S: Seseorang telah menfailkan aduan etika secara tanpa nama terhadap saya. Bukankah saya mempunyai hak untuk mengetahui siapa yang telah menuduh saya?

J: Membenarkan aduan tanpa nama adalah bahagian kritikal bagi program pematuhan kita kerana ia menggalakkan orang yang takut berlakunya tindak balas atau akibat negatif yang lain untuk tampil ke hadapan. Kita melayan semua aduan sebagai sulit dan melakukan yang terbaik, setakat yang mungkin, untuk melindungi identiti pelapor tanpa nama. Kita faham bahawa hal ini amat mengecewakan, tetapi bayangkan, jika anda mahu melaporkan aduan terhadap seseorang yang anda takuti. Bukankah anda mahu kita pastikan identiti anda juga dirahsiakan?

S: Kadangkala saya berasa penyelia saya mempersendakan saya dan ia membuat saya berasa teruk. ia bukan seksual atau kejam, tetapi ia membuat saya berasa sangat tidak selesa. apakah yang dapat saya lakukan?

J: Penilaian dan layanan terhadap para pekerja kita melampaui isu undang-undang, dan ia berdasarkan rasa hormat dan maruah ke atas setiap pekerja. Bincangkan perkara ini dengan pengurus yang sesuai, telefon Hotline etika, atau mana-mana sumber pelaporan (lihat halaman 9) untuk mendapatkan nasihat atau bimbingan.

S: Saya terdengar seorang rakan sekerja mengancam seorang pekerja yang lain. Pekerja yang diancam berasa terganggu tetapi takut untuk melaporkan kejadian tersebut. Haruskah saya melaporkannya?

J: Ya. Beritahu penyelia anda atau Pengurus HR tentang kejadian tersebut dengan segera. Flextronics menyiasat semua ancaman yang dilaporkan.

2.4 Kita sediakan Persekitaran Kerja selamat kepada Para PekerjaS: Saya fikir saya telah melihat beberapa aktiviti yang mungkin membahayakan keselamatan, tetapi saya tidak pasti. disamping itu, saya lebih suka untuk tidak terlibat dalam hal ini. Tidak mengapakah, jika begitu?

J: Tidak. Setiap ahli tenaga kerja bertanggungjawab dalam membantu mengekalkan tempat kerja yang selamat serta sihat, dan mengambil tindakan apabila sedar berlakunya potensi pelanggaran Kod. ini termasuklah melaporkan potensi pelanggaran standard keselamatan. anda seharusnya memberitahu pengurus atau wakil Kesihatan & Keselamatan Persekitaran di tempat anda dengan segera. dasar Flextronics melarang tindak balas terhadap sesiapa yang melaporkan potensi pelanggaran dengan iktikad baik. Jika anda memilih untuk melaporkan dengan merahsiakan nama anda, sila telefon Hotline etika segera dan berikan butirannya.

Page 34: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.1 Kita Jauhi Konflik KepentinganS: Seorang vendor telah menghadiahkan saya satu komputer tablet baharu yang mahal sebagai hadiah percutian; memulangkannya akan mengaibkan beliau, dan boleh merosakkan hubungan perniagaan kami. apakah yang harus saya lakukan?

J: anda benar mengatakan bahawa mengikut dasar kita, anda tidak boleh menyimpan komputer tersebut, namun begitu, satu cara untuk mengendalikan hal ini ialah dengan menulis nota “ucapan terima kasih” memberitahukannya bahawa anda amat menghargai hadiah tersebut, tetapi di bawah dasar syarikat, anda tidak boleh menerimanya. anda akan menderma komputer tersebut kepada pusat amal kanak-kanak tempatan yang memerlukan sebuah komputer. Jika anda dapati diri anda berada dalam situasi sedemikian, anda sentiasa boleh hubungi pasukan Pematuhan Korporat untuk mendapatkan idea lain untuk cara mengendalinya.

S:Seorang pembekal baru-baru ini menawarkan kepada saya untuk menggunakan kondo beliau di pergunungan pada hujung minggu. dia beritahu bahawa dia memiliki tempat tersebut, dan beliau tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk membenarkan saya mendiaminya. Bolehkah saya pergi?

J: Tidak. Tawaran ini kelihatan seperti sangat bernilai, walaupun pembekal tersebut tidak membayar secara langsung untuk anda mendiaminya. Menerima tawaran ini melanggar dasar Syarikat dalam penerimaan hadiah disebabkan nilai yang signifikan dan bukan sesuatu yang Syarikat sediakan untuk pembekal.

S: Saya berada dalam jawatankuasa yang membuat pemilihan vendor baharu. abang saya memiliki sebuah syarikat yang mempunyai barangan/perkhidmatan yang kita perlukan. Syarikat beliau mempunyai reputasi yang baik serta boleh dipercayai, dan lebih murah daripada vendor terdahulu. adakah WaJaR untuk saya beritahu kepadanya agar menyerahkan satu cadangan?

J: Ya, anda boleh beritahu abang anda tentang peluang tersebut supaya beliau dapat menyerahkan cadangan bida untuk kerja tersebut. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan konflik kepentingan atau kelihatan seperti konflik kepentingan, anda mesti beritahu pengurus anda tentang hubungan anda, dan anda tidak boleh terlibat dalam pemilihan keputusan tersebut. Jika syarikat abang anda dipilih, anda tidak boleh terlibat dalam pengurusan hubungan termasuk menerima, meluluskan, atau membayar invois.

S: Kawan saya memulakan perniagaannya sendiri, oleh kerana saya bekerja dalam jabatan kewangan, beliau bertanya jika saya boleh menjadi perunding bagi perniagaan baharunya. Tidak banyak yang dibayar kepada saya; saya melakukannya hanya kerana beliau adalah kawan saya. Tidak mengapakah jika saya menerima kerja ini?

J: Mungkin. anda betul kerana membangkitkan isu ini kerana kemungkinan terdapat konflik di sini, namun begitu, bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis perniagaan kawan anda, dan bagaimana ia berkait dengan Flextronics. anda seharusnya melengkapkan Senarai Semakan Konflik, dan bincangkannya dengan pengurus anda. Jika pengurus anda meluluskannya, serahkan borang tersebut kepada Ketua Pegawai etika dan Pematuhan untuk semakan semula: Senarai Semakan Konflik

S: Jika saya, mana-mana ahli keluarga saya (isteri, ibubapa, abang/adik, kakak/adik, dsb), mempunyai kepentingan pemilikan di dalam syarikat lain, adakah ia konflik kepentingan dan perlukah saya mendedahkan hal ini kepada Flextronics?

J: Ya, kepentingan pemilikan di dalam syarikat lain oleh anda, keluarga anda, atau mahupun rakan-rakan mungkin boleh menjadi kepentingan konflik. Ambil perhatian bahawa konflik kepentingan adalah situasi yang melibatkan kepentingan anda di dalam syarikat tersebut yang menyebabkan anda meletakkan kepentingan mereka dan anda sendiri sebagai keutamaan daripada Flextronics, atau apabila ia ditanggap oleh orang lain bahawa konflik tersebut wujud. Perkara ini perlu disemak semula berdasarkan kes, tetapi pada umumnya, jika syarikat lain menjalankan perniagaan dengan Flextronics, boleh menjalankan perniagaan dengan Flextronics pada masa depan, atau bersaing dengan Flextronics, berkemungkinan bahawa sekurang-kurangnya wujud tanggapan konflik kepentingan. Dalam situasi ini, anda mesti menyerahkan Senarai Semak Konflik yang lengkap kepada penyelia anda untuk semakan semula, sekiranya beliau meluluskannya, kemudian, ia disemak semula oleh Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan untuk memastikan tidak ada konflik yang wujud. Senarai Semakan Konflik

Page 35: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

3.2 Kita Lindungi Maklumat flextronicsS: Kami perlu memasukkan data penting ke dalam lembaran hamparan yang dilindungi oleh kata laluan pada setiap suku tahun, namun begitu orang yang ditugaskan sedang dalam percutian dan penggantinya tidak tersedia. Saya tahu kata laluan mereka, dan saya hanya ingin memastikan kita menepati tarikh akhir; oleh itu, tidak mengapa saya menggunakan kata laluan mereka untuk mencapai sistem itu, bukan?

J: Tidak. Sungguhpun niat anda adalah baik, jangan sekali-kali menggunakan kata laluan pekerja lain dalam mana-mana sistem Syarikat, hamparan lembaran, dsb., atau memberi kata laluan anda kepada sesiapa untuk digunakan. anda boleh dipertanggungjawabkan terhadap urus niaga yang dibuat dalam sistem yang akaun anda telah digunakan. oleh itu, demi kepentingan terbaik, anda jangan sekali-kali berkongsi maklumat tersebut. disamping itu, anda boleh diambil tindakan disiplin kerana berbuat demikian.

S: Saya akan menamatkan perkhidmatan saya dengan Flextronics. apakah batasannya apabila bercakap tentang Syarikat dan pekerjaan saya selepas saya meninggalkan Flextronics?

J: Tanggungjawab anda adalah sama seperti semasa anda masih lagi bekerja di Flextronics. anda tidak boleh bercakap atau berkongsi apa-apa maklumat yang sulit, sensitif, dan hak milik, atau bahan yang tidak dimaklumkan kepada pihak umum.

S: Bekas pekerja Flextronics daripada pasukan saya telah menghubungi saya untuk meminta saya berikan beliau salinan beberapa bahan yang kita buat semasa beliau masih dalam perkhidmatan. Semasa bercakap dengan beliau, saya dapati beliau telah membuat salinan ke atas beberapa penjilid dan Cd yang mengandungi bahan dan data Flextronics yang digunakan dalam suatu projek. Saya telah beritahu kepada pekerja tersebut bahawa saya akan menelefonnya semula. apakah yang harus saya lakukan sekarang?

J: anda tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, memberi salinan bahan yang diminta kerana berkemungkinan ia adalah maklumat sulit. Bekas pekerja tersebut juga mungkin telah melanggar kewajipan beliau di bawah Kod apabila mengambil maklumat sulit, dan mungkin terdapat isu lain jika bekas pekerja tersebut telah menggunakan atau mendedahkan maklumat ini kepada orang lain. Kewajipan untuk mengekalkan keselamatan maklumat sulit Flextronics dikenakan bukan hanya semasa masih berkhidmat, tetapi juga selepas anda tamat perkhidmatan dengan Flextronics. Hubungi pengurus anda dengan segera, dan pengurus anda pula seharusnya mengarahkan wakil keselamatan tempatan dan Jabatan Undang-undang untuk menentukan tindakan selanjutnya yang patut diambil.

S: Semenjak beberapa tahun lepas, saya telah membina fail yang mengandungi dokumen yang berkaitan dengan kerja saya, termasuk dasar, prosedur, carta organisasi, surat-menyurat, carta taklimat, maklumat produk, dan hubungan pelanggan dan pembekal. oleh kerana saya membina fail tersebut sebagai data rujukan saya sendiri, bolehkah saya mengambilnya apabila saya tamat perkhidmatan dengan Syarikat?

J: Tidak. data Syarikat adalah kepunyaan Syarikat. oleh kerana anda membinanya berhubung dengan kerja anda, ia adalah harta Flextronics. Sama juga, anda tidak membawa bahan-bahan yang mungkin mengandungi maklumat rahsia ke Flextronics dari pekerjaan terdahulu.

S: Kami telah membersihkan kawasan kerja kami dan kami fikir kami boleh membuang rekod ujian produk sejak beberapa tahun yang lalu. adakah sesiapa yang dapat kami hubungi untuk kepastian sebelum kami berbuat demikian?

J: Ya. Syarikat mempunyai keperluan mengekalkan bagi kebanyakan jenis maklumat. Khususnya, mungkin terdapat semakan semula cukai yang sedang dilaksanakan, keperluan kontrak kerajaan, atau tindakan undang-undang yang memerlukan pengekalan melampaui rangka masa normal. Tanyakan kepada penyelia anda untuk mengetahui orang yang akan memastikan jika rekod tersebut boleh dibuang.

3.6 Kita Patuhi semua undang-undang sekuritiS: Saya menyedari bahawa terdapat pesanan yang besar bagi produk telah dibuat oleh pelanggan, tetapi ia belum diumumkan. Bolehkah saya membeli saham Flextronics berdasarkan maklumat tersebut?

J: Tidak boleh. ini adalah pelanggaran Kod dan berpotensi melanggar undang-undang sekuriti persekutuan. anda boleh membeli saham Syarikat hanya selepas maklumat seperti ini dimaklumkan kepada awam sekurang-kurangnya selepas 48 jam, kecuali anda memegang jawatan yang membuat anda tertakluk kepada batasan yang lebih besar. anda boleh hubungi Jabatan Undang-undang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

S: Jika saya beritahu bapa saudara saya tentang sesuatu penting sedang berlaku di Syarikat dan beliau telah membeli atau menjual saham Syarikat, adakah saya dipertanggungjawabkan kerana memberi maklumat?

J: Ya, besar kemungkinan. Jika anda memberi bahan maklumat bukan awam kepada bapa saudara anda, mahkamah mungkin mendapati bahawa anda cuba membantu beliau mendapat keuntungan atau cuba untuk memperoleh sesuatu secara peribadi dengan memberitahu beliau. anda juga mungkin telah melanggar tanggungjawab anda terhadap Syarikat. Bapa saudara anda juga mungkin bertanggungjawab.

Page 36: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

4.2 Kita bersaing dengan saksama di PasaranS: Pembekal yang mahukan perniagaan daripada Flextronics menawarkan wang kepada saya untuk membantu agar syarikat mereka menang bidaan. Sudah tentu saya tidak mengambil wang tersebut, oleh itu, saya tidak perlu lagi lakukan apa-apa, betul?

J: anda telah lakukan perkara yang betul, tetapi dengan mengatakan “tidak” adalah tidak memadai. Menolak suatu tawaran untuk menyalahgunakan kedudukan anda atau memberi pembekal atau pihak ketiga kelebihan tidak adil melindungi integriti proses bidaan kita. anda juga perlu memberitahu seseorang bahawa tawaran tersebut telah dibuat dan hubungi pengurus anda, Jabatan Undang-undangm atau ahli Pasukan Pematuhan Korporat; atau failkan laporan pada Hotline etika kita. Jika pembekal merasuah anda, berkemungkinan mereka merasuah orang lain dan masalah ini mesti disiasat dan diselesaikan. Flextronics tidak mahu menjalankan perniagaan dengan vendor yang menggunakan taktik sedemikian.

S: Kami baru sahaja menerima permintaan untuk usul bagi kontrak yang besar, dan saya fikir kami dapat meningkatkan peluang untuk menang jika kita berpakat dengan satu daripada pesaing kita. Bolehkah saya berbuat demikian?

J: Jabatan Undang-undang boleh membantu anda untuk menaksir dan meminimumkan risiko, dan menyediakan penyusunan yang paling bermanfaat buat Flextronics. Sebelum anda menemui pesaing tersebut, pastikan Jabatan Undang-undang dan pengurusan unit perniagaan menyemak semula hubungan yang dicadangkan.

4.3 Kita Lindungi Maklumat dan harta Pihak KetigaS: Saya seorang jurutera yang sedang membuat suatu reka bentuk untuk pelanggan, saya sedang menghadapi masalah dengan kerja tersebut. Terdapat laman web yang anda dapat muat naik reka bentuk dan jurutera lain boleh melihatnya dan membantu anda menyelesaikan masalah anda. ini begitu membantu saya. Bolehkah saya muat naik reka bentuk saya ke dalam laman web ini untuk mendapatkan bantuan bagi pelanggan kita?

J: Kemungkinan tidak boleh. ia adalah kritikal bagi kita melindungi maklumat sulit Flextronics dan pelanggan kita, termasuk reka bentuk yang anda terangkan. Pengecualian bagi maklumat yang bukan “terhad” di bawah Pengelasan dokumen bagi dasar Perlindungan data, dan kita telah mendapat keizinan daripada pelanggan, maklumat tersebut seharusnya kekal di Flextronics.

S: Saya sedang menyiapkan projek yang sungguh menarik dengan satu daripada pelanggan kita, dan saya mahu siarkan pada blog saya tentang betapa bagusnya kerja yang dibuat oleh Flextronics dan seronoknya kami bekerja dengan pelanggan ini. Jika saya memperkatakan sesuatu yang positif, ia tidak menjadi masalah jika saya menyiarkannya, betul tak?

J: apabila menyiarkan maklumat berkaitan dengan kerja pada laman media sosial, anda mesti amat berhati-hati. anda tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan sebagai wakil Flextronics tanpa mendapatkan kelulusan sewajarnya daripada Ketua Pegawai Pemasaran terlebih dahulu. anda juga perlu memastikan bahawa maklumat berhubung projek tersebut bukan sulit dan boleh tinggalkan Flextronics. apabila menyiarkan sesuatu, sama ada laman media sosial dalaman atau luaran, anda seharusnya menyemak semula dasar Media Sosial untuk memastikan anda menurut peraturan dan garis panduan yang penting.

S: dalam peranan tugas saya, saya mengira jumlah komponen dalam talian pengeluaran saya (“bilangan kitar” komponen) dan saya perasan bahawa sesetengah produk telah hilang, walaupun bukan dalam jumlah yang besar. Perlukah saya beritahu kepada seseorang?

J: Ya. Walaupun kecil, perbezaan dalam bilangan bahagian komponen atau produk adalah penting. anda seharusnya beritahu kepada penyelia anda atau mana-mana pengurus. adalah penting untuk kita memahami perkara yang telah berlaku - sama ada komponen tertinggal, atau pun mengalami risiko kerugian, kecurian, atau kelakuan tidak wajar yang lain ataupun kedefisienan proses.

S: Saya baru sahaja menemui sesetengah produk pelanggan kita di dalam kotak yang sepatutnya kosong. agak pelik bagi saya, tetapi saya pasti seseorang mesti mempunyai alasan yang baik untuk meletakkannya di situ. Perlukah saya katakan sesuatu?

J: Ya, anda seharusnya berkata sesuatu dengan segera. Sementara mungkin ada sebab yang munasabah produk tersebut terletak di situ, ia mungkin juga sesuatu yang tidak wajar sedang berlaku. Kita tidak akan tahu kecuali kita berkata sesuatu. Tidak mendatangkan kemudaratan jika bersuara agar perkara tersebut dapat disemak semula dan potensi kerugian dapat dielakkan.

Page 37: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | neXt

6.1 Kita Komited dalam Melindungi alam sekitarS: Kita menggunakan khidmat kontraktor untuk membuang sekerap. Saya mengenali ketua krew kontraktor, dan saya dapat rasakan bahawa kontraktor mungkin tidak membuang sekerap dengan cara yang betul. Haruskah saya ambil berat tentang perkara ini? Lagipun, ini bukan Syarikat saya, dan mereka mungkin menjimatkan duit semua orang.

J: Ya, anda harus ambil berat. Perkara yang dilakukan oleh kontraktor tersebut mungkin mengakibatkan Syarikat bertanggungjawab. Tetapi, sungguhpun mungkin tidak terdapat liabiliti, kita masih perlu ambil berat. Cara pembuangan sisa yang tidak betul adalah tidak konsisten dengan komitmen kita untuk mengurangkan kesan alam sekitar berkaitan dengan aktiviti kita. Melakukan perkara dengan cara yang betul bermaksud tidak melihat ke tempat lain jika anda mempunyai apa-apa sebab untuk berfikir seseorang yang bekerja bersama dengan kita melakukan sesuatu yang salah. Bercakap dengan penyelia anda, hubungi Jabatan Undang-undang, atau telefon Hotline etika.

6.3 Kita tidak terlibat dalam Pengubahan Wang haram atau aktiviti berkaitan dengan PengganasS: Seorang pelanggan mahu membayar wang yang lebih (melebihi daripada yang mereka perlu bayar) dan meminta saya memulangkan kembali wang tersebut kepada mereka. Selagi saya hanya memberi mereka jumlah yang dibayar lebih, adakah ini wajar dilakukan?

J: Tidak. ini adalah permintaan yang tidak wajar dan boleh menjadi kes pengubahan wang haram. anda seharusnya beritahu pengurus anda dengan segera tentang tindakan pelanggan (atau anda boleh hubungi Jabatan Undang-undang, Pematuhan Korporat, atau Hotline etika) agar isu tersebut dapat dikendalikan dengan sewajarnya.

6.5 Kita Patuhi undang-undang Mentadbir Perdagangan antarabangsaS: Untuk mempercepatkan penghantaran produk dan lukisan teknikal kepada pelanggan bukan a.S, saya mencadangkan untuk membawa sendiri atau dibawa oleh pekerja lain yang pergi ke tempat kemudahan pelanggan dengan meletakkan produk dan lukisan teknikal tersebut dalam bagasi atau beg bimbit. adakah ini akan menjadi masalah?

J: Ya, ia boleh menjadi suatu masalah. data teknikal yang diperlukan untuk pembuatan produk selalunya adalah tertakluk kepada tahap kawalan yang memerlukan keizinan kerajaan sebelum ia dapat dieksport dengan sah. Membawa sendiri bahagian atau produk Flextronics TidaK dianggap sebagai sebahagian bagasi seseorang oleh pihak berkuasa Kastam dan mesti diisytihar sebagai item komersial. Percubaan untuk mengelakkan pengisytiharan betul dengan membawa sendiri item tersebut, dianggap sebagai suatu penyeludupan dan boleh menghasilkan akibat yang teruk seperti rampasan produk dan denda dikenakan terhadap orang yang membawanya. Membawa sendiri data teknikal dan produk Flextronics tidak digalakkan dan seharusnya dirundingkan dengan pengurus Kawalan eksport atau mendapatkan nasihat Peguam. Kakitangan logistik di tempat anda boleh menyusun penghantaran khas untuk memastikan item tiba tepat pada masa dan mematuhi peraturan eksport dan import.

Page 38: Kod TaTaniaga dan TaTaeTiKa KiTa - flex.com · Kod kita dikhususkan untuk memastikan setiap daripada kita - tidak kira kedudukan yang dipegang - tahu, faham, dan laksana dengan standard

code of business conduct and ethics bacK | staRt oVeR

Rumusandi Flextronics, setiap perkara yang dilakukan adalah berdasarkan budaya etika, integriti, dan prestasi superior, dan kita semua memainkan peranan kritikal dalam menyokong budaya ini. Tataniaga dan tataetika merupakan panduan kita untuk membantu kita melakukan perkara betul, pada setiap masa, dan di mana sahaja kita beroperasi. ia merupakan satu cara yang penting untuk kita pamerkan Satu Pelan, Satu Flex, Satu Pasukan.

Kod menetapkan kehendak Flextronics terhadap kita, namun begitu ia tidak merangkumi setiap kejadian atau keadaan yang mungkin kita temui. ingat, jika anda mempunyai suatu soalan atau kebimbangan, anda seharusnya berasa selesa untuk hubungi Pengurus anda, Pengurus HR tempat anda, mana-mana ahli Pasukan Pematuhan Korporat, atau mana-mana satu daripada Sumber Pelaporan tersedia dalam Seksyen 1.2.

Terima kasih atas sokongan anda bagi legasi kecemerlangan dan integriti Flextronics.