tatacara mengisi skt dalam hrmis 2015

7
Pada tahun 2015, guru-guru dikehendaki mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online melalui laman web HRMIS dan tarikh tutup untuk mengisinya adalah pada 9 Oktober 2015. Di dalam entri ini saya ingin kongsikan Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS 2015 bagi membantu rakan-rakan guru yang ingin mengisi LNPT tersebut. Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS 1. Pergi ke laman web HRMIS dan masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN. Laman web HRMIS 1.0 (menggunakan Internet Explorer version 7 & ke atas sahaja): https://hrmisone.eghrmis.gov.my/ Laman web HRMIS 2.0 :

Upload: pasir-puteh

Post on 04-Jan-2016

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

Pada tahun 2015, guru-guru dikehendaki mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online melalui laman web HRMIS dan tarikh tutup untuk mengisinya adalah pada 9 Oktober 2015. Di dalam entri ini saya ingin kongsikan Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS 2015 bagi membantu rakan-rakan guru yang ingin mengisi LNPT tersebut.

Panduan Mengisi LNPT Online HRMIS 

1. Pergi ke laman web HRMIS dan masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN.

Laman web HRMIS 1.0 (menggunakan Internet Explorer version 7 & ke atas sahaja):  

https://hrmisone.eghrmis.gov.my/

Laman web HRMIS 2.0 :  

https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/login.aspx

Page 2: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

Terdapat 2 bahagian yang perlu diisi oleh guru-guru iaitu :1. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2. Penilaian Prestasi

Di dalam entri ini, saya akan tunjukkan cara mengisi LNPT menggunakan HRMIS 2.0.

Cara mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

1. Setelah berjaya login, anda perlu click pada menu PENGURUSAN PRESTASI > Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

Page 3: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

2. Kemudian, dipaparan seterusnya anda perlu click pada menu FUNGSI > Sasaran Kerja Tahunan > Pegawai Yang Dinilai > Sasaran Kerja Tahunan.

3. Untuk paparan serterusnya, click TERUSKAN dan kemudian click perkataan TAMBAH dan Tambah KPI (seperti dalam gambar di bawah). Lengkapkan ruangan tersebut dan setelah selesai, click SIMPAN. 

Page 4: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

4. Setelah selesai mengisi dan menyimpan SKT, jangan lupa untuk click pada  Papar Laporan / Ulasan Oleh PYD. Taip ulasan pada ruangan Laporan / Ulasan dan setelah siap, click SIMPAN.

Setelah anda berpuas hati dengan SKT yang telah diisi, click Hantar untuk memberitahu Pegawai Penilai Pertama.

5. Setelah selesai mengisi SKT, teruskan ke bahagian kedua iaitu Penilaian Prestasi.

Page 5: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

Cara mengisi Penilaian Prestasi

1. Click pada menu FUNGSI > Penilaian Prestasi > Pegawai Yang Dinilai

2. Dipaparan berikut, click pada Prestasi 2015. Anda perlu mengisi ruangan di Bahagian II sahaja yang merangkami Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan (anda boleh melihat kursus yang telah dihadiri melalui SPL KPM / SPLG Individu). 

Click Tambah sekiranya ingin menambah apa-apa maklumat dan kemudian click Simpan. 

Page 6: Tatacara Mengisi Skt Dalam Hrmis 2015

Ruangan yang perlu diisi untuk Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

Ruangan yang perlu diisi untuk Latihan

Setelah berpuas hati dengan Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi dan Latihan yang telah diisi diruangan berkenaan, click pada ruangan *Saya mengesahkan bahawa kenyataan di atas adalah benar dan kemudian anda bolehlah click HANTAR untuk pemberitahuan Pegawai Penilai Pertama.

* Jangan lupa untuk mencetak LNPT yang telah siap diisi untuk rujukan dan simpanan anda.

Sumber http://www.ciklaili.com/2015/10/panduan-mengisi-lnpt-online-hrmis-2015.html#ixzz3oYVmy3D5 Under Creative Commons License: Attribution Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook