tarikh dibaca: 20 november 2015e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/20.11.2015(rumi) menangani...

17
Tarikh Dibaca: 20 November 2015 Tajuk: “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: others

Post on 26-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Tarikh Dibaca: 20 November 2015

    Tajuk:

    “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD”

    ***

    Terbitan: Unit Khutbah

    Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    1

    SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2012-2015

    1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi) Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

    2. Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Arsad (Timbalan Pengerusi) Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

    3. SS. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar (Ahli) Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor

    4. Tuan Haji Idris Bin Ramli (Setiausaha) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS

    5. Yg. Berbahagia Prof. Madya Dr. Osman Bin Sabran (Ahli)

    6. Tuan Haji Sianid Bin Mokim (Ahli)

    7. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)

    8. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdlullah (Ahli)

    9. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)

    10. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli) Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    11. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid (Ahli) Majlis Agama Islam Selangor

    12. Ustaz Hairol Azmi Bin Khairudin (Urusetia) Penolong Pengarah Unit Khutbah, BPM, JAIS

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    2

    “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD”

    :

    شرِيك لَه واللَّه وحده أَشهد أَنْهدبا عدمحأَنَّ م دهأَشلِّ ووص ماَللَّه .لُهوسرو

    مّلسو دمحا منيِّدس و هآل َأابِهوحص نيعمآ .أَجفَي ،دعا بونَ!أَمملسا الْمهأَي ،قُواْ اللَّهتا

    أُوصيكُم وإِياي بِتقْوى اهللا فَقَد فَاز الْمتقُونَ. قَالَ اللَّه : .

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,

    Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan sekalian. Marilah kita

    bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan

    menjauhi segala larangan-Nya.

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    3

    Hari ini, marilah sama-sama kita hayati khutbah yang bertajuk

    “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD”. Muslimin yang berbahagia,

    Hadis daripada Abu Hurairah RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    حتى الدنيا تذْهب الَ بِيده نفِْسي والَّذييأْتلَى ياسِ عالن مورِي الَ يدلُ يالْقَات يملَ فقَت يكُونُ كَيف ؛فَقيلَ .قُتلَ فيم الْمقْتولُ والَ

    كقَالَ ؟ذَل: جرلُ ؛الْهولُ الْقَاتقْتالْمي وارِ فالن.

    “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Dunia tidak

    akan musnah sehingga berlaku pada manusia, suasana di mana pembunuh

    tidak tahu kenapa dia membunuh. Mangsa bunuh juga tidak tahu kenapa dia

    dibunuh.” Baginda SAW ditanya: “Bagaimana boleh terjadi demikian?” Jawab

    baginda SAW: “Itulah al-Harju. Pembunuh dan mangsa bunuhnya akan

    masuk neraka”.

    (Riwayat Muslim). Sidang Jumaat sekalian,

    Dunia menyaksikan banyak kematian berlaku apabila berlakunya

    peperangan. Peperangan yang berlaku pada abad ke 20 yang lalu telah

    menyaksikan jutaan manusia dibunuh. Hari ini, pada abad ke 21, peperangan

    terus berlaku di beberapa negara seperti Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin

    dan lain-lain. Ia turut mengorbankan banyak nyawa. Apa yang lebih

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    4

    membimbangkan pada kali ini, peperangan yang berlaku di Iraq dan Syria

    seolah-olah menggambarkan apa yang disebut di dalam dua hadis tadi.

    Pembunuhan yang berleluasa sehingga pembunuh tidak tahu mengapa dia

    perlu membunuh dan mangsa bunuh tidak tahu apakah motif dia dibunuh.

    Manusia membunuh semahunya. Ia mencetuskan suasana fitnah sehingga

    antara kumpulan bertentangan tidak mengenali siapa musuh dan siapa

    kawan.

    Peperangan tersebut bukan sahaja melibatkan pihak pemerintah yang

    zalim dan mangsa kezaliman. Bahkan, ia melibatkan pihak luar dan kuasa-

    kuasa besar dunia yang mencaturkan peperangan demi mengaut

    keuntungan hasil bumi, meluaskan pengaruh, mengawal negara-negara Asia

    Barat, melindungi kepentingan Israel dan menjadi pasaran perniagaan

    senjata.

    Dalam suasana begini juga, kita menyaksikan kemaraan pelbagai

    kumpulan dari seluruh dunia menyertai peperangan tersebut. Tempoh

    peperangan yang lama telah mencetuskan kelahiran kumpulan-kumpulan

    tentera seperti Free Syria Army (FSA), Ansar Sunnah, Islamic State of Iraq

    and Syria (ISIS) dan banyak lagi. Semangat untuk berjuang menegakkan

    Islam sebagai negara dan keinginan untuk membela golongan yang dizalimi

    dalam zon peperangan telah menjadi faktor utama menarik penyertaan

    pelbagai golongan dalam perang ini. Sidang Jumaat sekalian,

    Apa yang dibimbangi adalah sebahagian dari golongan bersemangat

    juang yang tinggi ini terjebak dalam perangkap yang diatur oleh musuh umat

    Islam sendiri. Ini kerana penglibatan dalam jihad perang memerlukan ilmu

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    5

    yang luas. Bukan sahaja pada aspek fekah jihad, bahkan memahami situasi

    politik antarabangsa dan sejarah tipu daya musuh. Al-Qur'an mengajar kita bahawa jihad peperangan memerlukan ilmu.

    Justeru semangat untuk berjuang sahaja tidak cukup bagi meneruskan cita-

    cita murni itu. Ini dapat diamati dari beberapa nas al-Qur'an:

    i. Allah SWT tidak terus mewajibkan jihad perang ketika umat ditindas

    oleh musuh. Ada ketika kita disuruh bersabar dan ada ketika kita

    diperintahkan berperang. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 77:

    “Tidakkah engkau (Wahai Muhammad) hairan melihat, akan

    orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah

    tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum

    diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat...”

    ii. Jihad mestilah dipimpin oleh ketua yang alim atau dirujuk kepada

    para ulama. Ini kerana tentera yang berjihad perlu mengetahui,

    bilakah peperangan itu wajar diteruskan, bilakah pula perdamaian

    perlu diterima. Bagaimana menguruskan tawanan dan harta

    rampasan serta bagaimana pula menegakkan hukum selepas

    kemenangan. Semuanya ini telah disediakan panduan dalam nas-

    nas al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. Kerana itulah, Allah SWT

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    6

    menentukan Talut dipilih menjadi panglima perang berdasarkan

    kekuatan ilmu dan fizikalnya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 247:

    “..Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya

    (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan

    dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan...”

    Sidang Jumaat sekalian,

    Kejahilan terhadap fekah jihad akan mendorong mereka yang berjuang

    melakukan perkara yang lebih memburukkan keadaan. Ini kerana suasana

    peperangan memungkinkan pelbagai taktik digunakan oleh musuh

    terutamanya untuk melemahkan Islam. Sejarah pertembungan Islam dengan

    kuasa Barat yang panjang menjadikan mereka sentiasa mencari jalan untuk

    menghalang kebangkitan Islam yang sebenar. Musuh-musuh Islam akan mengambil peluang dan menggunakan

    kelemahan dua golongan di kalangan umat Islam iaitu golongan yang lemah

    pegangan agama dan golongan ekstrim. Golongan yang lemah pegangan

    agama ini bermudah-mudah dengan ajaran Islam. Kelemahan itu

    menyebabkan mereka mula diresapi ideologi asing dan cenderung kepada

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    7

    Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan lain-lain. Mereka

    menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah diterima akal tetapi

    meminggirkan aspek yang lain yang sukar diterima akal.

    Manakala bagi golongan ekstrim pula, sikap mereka terlalu sayangkan

    Islam tetapi tidak memahami Islam. Kejahilan mereka dipergunakan untuk

    memberi imej buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka

    berjihad tanpa memahami fekah lalu bersikap gelojoh dalam memartabatkan

    Islam. Mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam tanpa mengikut

    syarat-syarat dan prosedur yang sepatutnya.

    Kedua-dua golongan ini dibiayai secara halus oleh musuh Islam

    khususnya kuasa barat dalam keadaan mereka sendiri tidak menyedarinya.

    Kedua-dua aliran ini diperlukan oleh kuasa Barat untuk menghalang Islam

    yang sebenar dari menyerlah. Akibatnya, pertembungan sesama Islam akan

    berlarutan jika kita tidak menyedari permainan ini. Hadirin sidang Jumaat sekalian,

    Menyedari betapa merbahayanya akan berlakunya pertembungan IS

    dalam keadaan yang tidak disedari dikalangan umat Islam di negeri ini, maka

    Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengharamkan tingkah laku dan

    amalan IS serta amalan ekstrim kumpulan ini. Ini kerana kumpulan IS

    berpegang kepada;

    1. IS meyakini bahawa umat Islam pada zaman kini wajib

    melaksanakan “Jihad Global” atau “Jihad Hujumi”. Jihad merupakan satu

    kewajipan paling utama bagi golongan IS. Malah sesiapa yang tidak

    menyertai jihad telah melakukan dosa besar dan bukanlah Muslim yang

    sebenar.

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    8

    2. Kumpulan IS mengkafirkan umat Islam yang mengamalkan

    sistem Thaghut (selain dari syariat Islam).

    3. Kewujudan negara-negara umat Islam selain IS adalah Negara

    kafir dan wajib diperangi. Golongan IS meyakini bahawa negara-negara umat

    Islam yang mengamalkan sistem-sistem moden adalah sebagai negara kafir. Sidang Jumaat sekalian,

    Islam menuntut kita bersikap sederhana walaupun dalam suasana

    peperangan. Dalam satu riwayat oleh Muslim dan Abu Daud diceritakan

    bahawa Usamah bin Zaid bersama seorang sahabat Ansar telah berjaya

    mengepung seorang musuh. Tiba-tiba musuh itu berkata: “La ilaha illallah.”

    Ini menyebabkan lelaki Ansar itu berhenti dari menyerang. Manakala

    Usamah pula terus menyerang dengan tombak hingga musuh itu terbunuh.

    Apabila hal itu diceritakan kepada Rasulullah SAW, baginda marah dan

    berkata: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha

    illallah’?” Usamah memberikan alasan bahawa lelaki itu hanya berlindung

    dengan ucapan itu. Namun baginda SAW terus mengulang-ngulang

    sabdanya: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha

    illallah’?” Akhirnya Usamah merasa kesal sekali atas tindakannya itu. Sidang Jumaat sekalian,

    Semangat yang berapi-api tanpa ilmu akan mendorong pendekatan

    keras dan ekstrim seperti yang pernah timbul dari kelompok Khawarij dalam

    sejarah Islam. Antara sikap mereka adalah seperti berikut:

    i. Mereka dengan mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak

    menyokong gerakan mereka.

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    9

    ii. Memerangi semua golongan yang tidak menerima mereka tanpa

    mengira latar belakang dan alasan orang yang menolak mereka.

    iii. Mereka menggunakan hujah dari nas al-Qur'an secara zahir tanpa

    merujuk kepada huraian dari hadis dan tafsiran para ulama. Sidang hadirin sekalian,

    Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita sama-sama mengambil

    langkah-langkah seperti berikut;

    1. Umat Islam hendaklah memahami bahawa Islam mengajar umatnya

    sikap sederhana, merendah diri sesama Islam dan bertegas dengan

    orang kafir yang memusuhi Islam.

    2. Umat Islam hendaklah mempertingkatkan ilmu yang berkaitan dengan

    jihad dan amalan hidup sebagai seorang muslim.

    3. Umat Islam hendaklah memantapkan iman dan memperkasakan Islam

    dengan ilmu pengetahuan serta memelihara hubungan harmoni

    sesama Islam dan bukan Islam..

    4. Umat Islam hendaklah menghulurkan bantuan berupa kewangan dan

    doa kepada mangsa peperangan.

    5. Umat Islam jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah jihad

    yang ekstrim dan melakukan pembunuhan sesuka hati.

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    10

    “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah

    mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-

    orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,

    mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak

    diingini”.

    (al-Furqan :63).

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    11

    ، آن ولَكُم بارك اُهللا لي نِيفَعنو نم اتي نِّيلَ مقَبتو كُمنمو التهتووهو، إِن وه .

    يلأَقُولُ قَو فغتأَسو يل ميظاَهللا الْع رمسلمين والْمسلمات، ولَكُم ولسآئرِ الْ

    ورفغتفَاسهإِن ه فُوالْغ وهيحالر ر.م

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    12

    KHUTBAH KEDUA لَّهلدماََلْح يا الَّذلَنعج نم نا مقَنزرو ،نيملسالْماتالطَّيِِّب. هأَش أَند هدحواُهللا و

    هدبا عدمحأَنَّ م دهأَشو ،لَه كرِيوش لُهوسروو. مّلسلِّ وص ماَللَّه ارِكبو انيِّدس

    و بِهحصو ِبِإ مهبِعت نمو تقُواْ اللَّه فَقَد أَما بعد، فَيا عباد اِهللا، ا ينِ.ِمِ الدّيونَ. فَازقُوتالْم

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

    Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan bahawa Islam mengajar umatnya

    supaya bersikap sederhana dalam segala amalan dan tindakan. Pada masa

    yang sama umat Islam disaran supaya menjauhi sebarang bentuk perbuatan

    ekstremis yang kesannya akan menjejaskan keharmonian, perpaduan,

    keselamatan ummah dan Negara. Tindakan ekstremis juga boleh

    memberikan tanggapan negatif terhadap kesucian dan kemuliaan agama

    Islam. Sebaliknya seluruh umat Islam amatlah dituntut agar menampilkan

    kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi sebagai muslim sejati agar

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    13

    umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW diutus dan Islam yang

    diperjuangkan adalah rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam.

    . َا مللَّه

    مّلسلِّ وص يِّدس ماللَّه ضارو نيلسرالْم نع حأَصابِه هتابقَرو .نيعمأَج هـَّات وأَزواجِه وذُرِّيماَللَّه راغْف نيملسلْمل ننِيمؤالْمو اتمِلسالْمو

    اتنمؤالْماِء وياَألح مهناتمواَألمو عيمس كإِن ، اجات.الْح يب الدعوات ويا قَاضيقَرِيب مجِ

    و أَلُكسا نإِن مبِيِّاَللَّهبِن كلُ إِلَيسوتان ك ،ِنيم وصفَاتك الْعظْمى ونسأَلُك بِأَسمآئك الْحسنى

    كتوِقَاي فْظبِحو ةانِيبالر كتايننِ عيفَظَ بِعحأَنْ تكنا الْمعظَّمِ سلْطَان مللَةَ الصمدانِية، جال

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    14

    ين ادريس شاهّالد فرلْطَان شس ،ين عبد ح الدّاحلاج ابن املرحوم سلْطَان صال

    اَللَّهم أَدمِ الْعونَ والْهِدايةَ العزيز شاه احلاج.مةَ منك، لولىِّ عهدوالتوفيق، والصّحةَ والسال

    ، لْطَاننِ السباه اري شأَم فرشحٍ وعافية الدّين ادريس شاه احلاج فى أَمنٍ وصال

    أَطلْ اَللَّهم كْرامِ.واِإل لِِالْجالذَابِمنِّك وكَرمك يا نيظَّفولْمنِ ليحلصا ممهرمالْبِِِال عو ةيعالرو ،د

    ودطَرِيقِ الْهِا لمهدِقَاصغْ مّبل .ادشالرو

    Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

    kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,

    sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara

    umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera

    dan berkebajikan.

    Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,

    terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, luaskanlah rezeki

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    15

    kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami

    dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau

    redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat

    supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan

    berkat.

    Ya Allah, kami pohon kehadratmu, mantapkanlah pegangan kami

    menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan peliharalah kami daripada

    amalan dan akidah yang menyeleweng dan sesat seperti fahaman Syiah,

    Qadyani serta lain-lain fahaman.

    Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima

    waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain. Berkatilah hidup orang-

    orang yang melaksanakan zakat dan menyayangi fakir miskin serta mereka

    yang menginfakkan harta untuk Tabung Amanah Pembangunan Islam

    Selangor (TAPIS) dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari

    akhirat.

    Demikian juga ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang

    mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala

    yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

    .

    . ادبع ، اِهللا

  • Khutbah Jumaat 20 November2015: “Menangani Gejala Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor

    16

    هوكُراشو كُمذْكُري ميظواْ اَهللا الْعفَاذْكُر همنِع م هأَلُواسو ،كُمزِديهلفَض ن كُمطعي

    ولَذكْر اِهللا أَكْبر واللَّه يعلَم ما تصنعونَ.

    JAIS/Nurul** 18.11.2015