tarian borneo

5
Sumayau ( Mongigol Tuaran ) Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ). Tarian Limbai Tarian ini ditarikan semasa upacara perkhawinan dan keramaian dilangsungkan. Gerakan tarian ini simbolik kepada lambaian untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan lelaki sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, perarakan akan dihentikan untuk memberi peluang kepada para penari untuk menari di hadapan pengantin lelaki. Semasa menarikan tarian ini, para penari akan melambai-lambaikan selendang mereka sebagai tanda untuk menjemput pengantin naik ke dalam rumah bagi menyempurnakan upacara istiadat ijab Kabul yakni pernikahan. Tarian Daling-daling Mengikut sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol. Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina. Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau. Alat muzik yang digunakan ialah 'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-bolak'. Daling Daling ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan wanita. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya.

Upload: laoshiyu

Post on 08-Apr-2016

148 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejarah tarian Sabah dan Sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: Tarian Borneo

Sumayau ( Mongigol Tuaran )

Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

Tarian Limbai

Tarian ini ditarikan semasa upacara perkhawinan dan keramaian dilangsungkan. Gerakan tarian ini simbolik kepada lambaian untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan lelaki sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, perarakan akan dihentikan untuk memberi peluang kepada para penari untuk menari di hadapan pengantin lelaki. Semasa menarikan tarian ini, para penari akan melambai-lambaikan selendang mereka sebagai tanda untuk menjemput pengantin naik ke dalam rumah bagi menyempurnakan upacara istiadat ijab Kabul yakni pernikahan.

Tarian Daling-daling

Mengikut sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol.  Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina.  Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.

Alat muzik yang digunakan ialah 'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-

bolak'.  Daling Daling ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki

dan wanita.  Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan,

berkhatam Quran atau majlis Hari Raya. 

Sementara itu, dipercayai juga perkataan Daling Daling adalah berasal daripada perkataan Inggeris 'darling' yang bererti kekasih.  

Page 2: Tarian Borneo

TARIAN SUMAZAUAsal Usul Tarian Sumazau

 Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari.Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu,daripada seekor burung helang semasa burung helang sedang terbang,Sumazau adalah tarian tradisional suku kaum kadazandusun.Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat pada ( Bambaazon ).

Alu-AluTarian Alu–Alu merupakan salah satu tarian tradisional terawal Suku Kaum Melanau

yang menggambarkan hari perkabungan. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu

malam oleh sanak saudara dan rakan-rakan untuk menghibur keluarga si mati agar

tidak terlalu bersedih. Biasanya persembahan berlangsung pada malam pertama

hinggalah pada malam ke empat tempoh perkabungan. Tarian ini juga menggambarkan

kemahiran penari lelaki mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing – p

Wujudnya Tarian suku kaum melanau ini adalah menerusi mimpi, pekerjaan seharian,

perubatan dan permainan rakyat semasa Pesta Kaul atau Pesta Puja Pantai. Oleh yang

demikian, gerak tari dalam tarian Alu – Alu dipengaruhi oleh unsur gerak dalam

kehidupan seharian mereka.

Page 3: Tarian Borneo

Rejang BeuhRejang beuh dalam Biatah atau langi di Bukar-Sadong atau tigal bitagi atau sigar bouh

di Bau-Jagoi biasanya dilakukan oleh dua penari lelaki. Tarian itu bermula apabila

seorang wira Bidayuh legenda, Madu Ujong telah diperintahkan oleh Raja bintang yang

bernama pemuda untuk berjuang dengan burung legenda langit yang dikenali sebagai

Tingkilang Raman atau Roh Eagle.

Ini adalah untuk menentukan siapa yang mempunyai hak untuk mengambil Raja. Anak

perempuannya, Dara Buda bagi seorang isteri. Madu Ujong dan Tingkilang Ramang

kedua-dua penari ulung. Mereka mula menari dari setiap hujung serambi, bergerak

anggun ke arah satu sama lain dalam pelbagai gaya dan usul, berikutan dipukul

perlahan dan mantap iaitu irama gong dan gendang. Setiap kali apabila mereka

bertemu, mereka menukik dalam gerakan yang cepat seolah-olah mereka menyerang

antara satu sama lain dalam perjuangan.

Datun Julud

Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang

mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan

persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud

ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama

Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa

kesyukuran atas kelahiran cucunya.

Biasanya penari yang menarikan tarian Datun Julud akan mengikut alunan muzik

pengiring iaitu Sape .Penari-penari hanya mengikut sahaja pergerakan ketuanya. Cara

persembahan juga ialah dengan menghentakan kaki ke kiri dan ke kanan dan dan dan

dan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Suku kaum Kenyah

membuat persembahan ini amat mempersonakan penonton dengan gerakan badannya

yang lemah gemalai, lenggokan badannya dan ayunan tangan yang disertakan dengan

Page 4: Tarian Borneo

alat yang paling istimewa dan menarik iaitu bulu-bulu burung dipasang di celah-celah

jari di kedua-dua belah tangan penari wanita seakan meniru burung-burung sedang

berterbangan bebas. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki

seolah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi satu kesan seperti

terapung atau berterbangan di udara. Tarian ini juga digayakan dengan melekukan kaki

kanan dan kaki kiri secara merendah dan berpusing lalu membuat suatu bentuk yang

tersendiri.

NGAJAT

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda

kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini.  Perayaan Gawai ( Pesta

Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30%

daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang

disambut pada awal bulan Jun setiap tahun.

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum

berperang dan  selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan

selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian

pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.