tarbiah - iman publicationimanpublication.com/wp-content/uploads/2016/09/imanlog-2016-4.pdf ·...

26
S a n t a i . B e ris i . D if a h a m i 2016 www.imanpublication.com Iman Publication IMAN PUBLICATIONS 4-1 JALAN DAGANG SB 4/2 TAMAN SUNGAI BESI INDAH 43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR +603-8940 7284 [email protected]

Upload: phamnhan

Post on 10-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sant

ai .

Beris

i . Difa

ham

i

2016

www.imanpublication.com

Iman Publication

IMAN PUBLICATIONS4-1 JALAN DAGANG SB 4/2TAMAN SUNGAI BESI INDAH43300 SERI KEMBANGANSELANGOR

+603-8940 [email protected]

TARBIAH

Katalog Iman Publications 20154

Judul : Sedangkan Kiblat Pun BerubahPenulis : Inspector SaahabISBN : 978-983-2423-33-1Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 193Harga : RM 25.00

Buya Hamka pernah ditanya,

“Di tanah haram itu memang ada pelacur ya pak?”

“Kenapa?”

“Saya ketemu pelacur di sana.”

“Oh, dan anehnya kamu tahu, di tempat seperti Amerika Syarikat, saya ketemu hamba-hamba Allah yang soleh.”

Lalu beliau menutup perbicaraan itu,

“Seseorang itu akan ketemu dengan apa yang dia cari.”

Selamat mencari manfaat daripada buku ini insya-Allah.

Judul : Lagenda Budak Usrah (Edisi Kemaskini)Penulis : MuharikahISBN : 978-983-2423-30-0Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 241Harga : RM 25.00

Budak usrah adalah mereka yang sentiasa memandang jernih jalannya di hadapan.

Jika ada kekurangan, dia akan membaikinya dengan penuh santun dan kesabaran. Jika ada ukhuwah tercalar, dialah yang menyambungkan. Paling penting, hatinya bersih daripada prasangka dan kebencian.

Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah kesungguhan memperbaikinya dengan penuh cinta dan pengharapan!

5Katalog Iman Publications 2015

Judul : Denyut Nadi DakwahPenulis : Dr. Majdi Al-HilaliISBN : 978-983-2423-05-8Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 254Harga : RM 25.00

Buku Denyut Nadi Dakwah merupakan versi terjemahan buku Rakaiz Dakwah. Buku ini menerangkan tentang 9 rukun daripada 10 Rukun Baiah, bermula dari ikhlas, amal, thiqah, taat, ukhuwah, tajarrud,pengorbanan, jihad dan tsabat.

Buku ini ibarat sebuah himpunan khazanah ilmu dan hikmah dalam melahirkan para du’at yang secara serius menginfakkan diri dalam jalan dakwah. Kupasan yang dilakukan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah kemudian diperkuatkan lagi dengan pengalaman-pengalaman daripada sirah nabi, para sahabat dan angkatan du’at sepanjang zaman, mampu mencetus satu tolakan bagu mengamalkan setiap teori yang telah sedia ada dalam diri para du’at.

Buku ini harus dibaca dan dihadam oleh para du’at kerana di siniterdapat formula-formula bagi melahirkan du’at yang mantap dalam menyebarkan Islam. Semoga buku ini bermanfaat buat para pembaca yang bakal merubah dunia menuju Allah S.W.T.

Judul : Jaddid Hayatak; Perbaharui HidupmuPenulis : Syeikh Muhammad Al-GhazaliISBN : 978-983-2423-22-5Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 328Harga : RM 30.00

Ramai orang yang ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, tetapi menantikan saat atau keadaan tertentu untuk membuat perubahan tersebut. “Perfect timing,” kata orang.

“Itu hanya ilusi!” kata Sheikh Muhammad al-Ghazali, penulis buku ini. Perubahan hidup tidak seharusnya disandarkan pada faktor luaran, kerana perubahan itu datangnya dari diri sendiri.

Dale Carnegie telah menggemparkan dunia Barat dengan How to Stop Worrying and Start Living, buku yang diterbitkan pada 1948, namun masih kekal ‘best seller’ sehingga hari ini. Kata al-Ghazali, “Saya telah membaca buku How to Stop Worrying and Start Living karya Dale Carnegie. Usai membacanya, saya bertekad mengembalikannya kepada prinsip-prinsipnya yang Islami.” Nah, Jaddid Hayatak inilah hasilnya.

Buku ini menjadi fenomena di Timur Tengah, dan kami bawakan fenomena ini ke sini pula!

Perubahan itu bermula dari dalam diri – dari fikiran dan cara pandang, dan sejauh mana kita menggali segala potensi yang dikurniakan Tuhan. Hikmah-hikmah berharga dari buku Dale Carnegie itu diulas dengan baik oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali, dengan dikembalikan segala prinsip itu kepada sumbernya yang sebenar – Islam itu sendiri.

Ayuh kita perbaharui hidup kita, hari ini!

Katalog Iman Publications 20156

Judul : Ke Mana Kita Menyeru Manusia?Penulis : As-Syahid Hasan Al-BannaISBN : 978-983-2423-18-8Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 130Harga : RM 10.00

Buku ini menyentuh tentang tanggungjawab kita sebagai manusia yang Allah telah perintahkan untuk membimbing seluruh manusia ke arah kebenaran dengan berpegang teguh kepada Al-Qur’an & Sunnah.

Kupasan yang dilakukan oleh as-syahid Imam Hasan Al-Banna adalah berdasarkan pengalaman gerakan Ikhwanul Muslimin yang berjaya mengubah sosial masyarakat di Mesir. Gerakan yang mempunyai hala tuju dakwah yang boleh dicontohi oleh gerakan-gerakan Islam hari ini.

Jelas, perkara utama yang harus difahami adalah ke mana kita menyeru manusia?

Formulanya ada di dalam buku ini.

Penjelasan yang yang diberikan mudah dan jelas. Bermula dengan menyentuh sifat yang perlu ada bagi seorang penyeru/du’at sehinggalah kepada kejayaan kepada seruan yang dilakukan. Sunnatullah, jalan yang bakal dilalui memang jauh dan ada mehnahnya, tetapi pertolongan Allah itu sangat dekat. Disebabkan itu, seorang penyeru perlu ada ilmu dan kefahaman bagi melaksanakan amanah Allah ini. Amanah besar yang kita warisi daripada para anbiya’.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada para penyeru/du’at di luar sana. Allahuakbar.

Judul : Sayonara JahiliahPenulis : MuharikahISBN : 978-983-2423-00-3Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 86Harga : RM 10.00

Buku Sayonara Jahiliah atau turut membawa maksud Selamat Tinggal Jahiliah, akan memberi pengetahuan serta pandangan yang lebih meluas tentang jahiliah. Ia akan memberi pendedahan dari sudut makna jahiliah, ayat-ayat al-Qur’an serta hadis yang menceritakan tentang jahiliah, akibat atau kesan jahiliah, kaedah untuk meninggalkan jahiliah serta banyak lagi perkongsian yang menarik yang akan menjadikan anda seorang individu yang tidak akan tertewas dengan jahiliah.

Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu- individu yang diuji oleh Allah dalam kehidupan mereka yang dapat kitaambil pengajaran, turut menjadikan penulisannya menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan ‘hamasah’ atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliyah. Selamat membaca dan berjuang agar tidak tertewas.

7Katalog Iman Publications 2015

Judul : 3 Formula Pengubah ManusiaPenulis : Ummu Aliya, MuharikahISBN : 978-983-2423-04-1Dimensi : A6 (105 x 148 mm)Halaman : 50Harga : RM 4.00

Disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 129 apabila Nabi Ibrahim mendoakan kaumnya:

“Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan (tilawah) kepada mereka ayat-ayat-Mu (firman-Mu) dan mengajarkan (ta’lim) mereka isi kandungan Kitab (Al-Qur’an) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (tazkiyah) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Buku kecil ini membincangkan secara ringkas mengenai formula-formula di atas. Semoga ia dapat memberi kefahaman dan membuahkan amal yang mantap.

Judul : Kick Start Tarbiah DzatiahPenulis : Musyirah ZulkarnainISBN : 978-983-2423-15-7Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 117Harga : RM 15.00

“Ramai orang yang berbicara tentang Tarbiah Dzatiah namun tidak memahami apa sebenarnya Tarbiah Dzatiah. Buku ini berjaya men-jelaskan apa itu Tarbiah Dzatiah dengan bahasa yang mudah dengan penjelasan yang begitu baik. Jika anda minta saya untuk simpulkan buku ini dengan tiga patah perkataan, ini kata saya; Ini... Ini... Sungguh padu!”- Inche Gabbana, Blogger Tetap, Pemilik Blog Angel Pakai Gucci

“Penulis berjaya menyusun setiap isi secara ringkas namun memberi kesan mendalam kepada hati. Peringatan, motivasi serta dalil-dalil yang disandarkan ibarat mutiara ilmu yang menyegarkan jiwa sekaligus mem-beri inspirasi untuk terus istiqamah berjuang dalam apa jua keadaan. Tenyata ketika mengharungi detik berseorangan, Tarbiah Dzatiah ialah titik kekuatan hubungan manusia dengan Allah S.W.T.”

- Auni Nur Fatin M. Zainal, Penulis dan Blogger

“Sungguh, buku ini cukup bermakna untuk perbaharui komitmen kita dalam menghadapi pelbagai krisis, termasuklah krisis identiti. Tarbiah Dzatiah dapat memandu kita memperbaiki kualiti diri, juga mengibarkan semangat untuk peduli kepada diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin peduli?”- Muna Majidah Zameran, Kumpulan Penulis Pelangi Dakwah

Katalog Iman Publications 20158

Judul : 7 Tahapan Dakwah FardiahPenulis : Syeikh Mustafa MasyhurISBN : 978-983-2423-06-5Dimensi : A6 (105 x 148 mm)Halaman : 64Harga : RM 5.00

Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum Muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum Muslim sebagai kuda tunggangan bagi memerangi Islam; samada mereka sedari atau tidak.

Jangan kita berharap akan terbitnya kesedaran, tindakan, amal mahupun produktiviti yang baik untuk Islam daripada orang seperti ini, sebelum iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Hal ini kerana, iman akan mendorong mereka untuk mengenal Allah dan memahami Islam. Di samping itu, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri menjadi para ‘amilin (golongan yang beramal) yang soleh.

Elok jika diperingatkan di sini bahawa, melalui jalan mengikut tertib dan turutan dalam menaiki tangga menuju martabat para ‘amilin adalah suatu kemestian dan penting. Tidak mengikut tertib dan turutan ini boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan di kalangan mad’u (orang yang diseru). Para ‘amilin harus terus bersabar. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa:

“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti.”

Di dalam pengertian ini, al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna berkata:

“Jadilah kamu seperti pokok buah-buahan, manusia membalingnya dengan batu tetapi dia menggugurkan buah-buahan kepada mereka.”

ANEKDOT

Katalog Iman Publications 201510

Judul : Tales Of MothersPenulis : Putri Afzan Maria, Nusrat, Kaseh Aini, Nor adlina Mustafa kamal, Sarah Ibraheem, Faezah Rokhani, Mardhiyyah Sahri, Zaahirah MohammadISBN : 978-983-2423-28-7Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 200Harga : RM 25.00

There are a few things in life that cannot be achieved by women. One of them is being a perfect mother. And that is a bitter reality every mother has to swallow. But the moment a mother is present when her children need her the most, she has transformed into a perfect mother in the eyes of her sons and daughters. Tales of Mothers: The Greatest Love is a compilation of eight real-life stories about the ups and downs of motherhood.

The stories were compiled and edited by Raudah Yunus, a Malaysian writer who is also a medical doctor with the help of her husband, Md

Mahmudul Hasan, who lectures at International Islamic University Malaysia.

Judul : Pelukis JalananPenulis : Teme AbdullahISBN : 978-983-2423-29-4Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 222Harga : RM 25.00

“Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa... Aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku. Dia memang letakkan aku dalam situasi ni untuk latih aku, untuk jadikan aku lebih matang. Tiada apa yang berlaku tanpa Dia rancang.” – Teme Abdullah

11Katalog Iman Publications 2015

Judul : DR MUHARIKAH H.OPenulis & Pelukis : Muharikah & King ShuISBN : 978-983-2423-31-7Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 110Harga : RM 9.90

Doktor tidur.

Doktor lembab.

Doktor asyik main telefon.

Malah, pelbagai lagi persepsi negatif tentang doktor yang bermain-main di media sosial masa kini.

Sudah ramai doktor yang berhenti, ramai pula yang hanya mampu bersabar dan menahan diri daripada berputus asa. Ternyata, tempoh dua tahun menjadi HO itu begitu mencabar. Namun, di sebalik cabaran itu ada juga kemanisannya.

Inilah ceritaku mengenal Tuhan melalui kerja seharian. Moga komik ini dapat memahamkan kamu realiti sebenar menjadi doktor. Moga kamu tidak mudah mengalah. Dan moga kamu tahu, kamu tidak keseorangan melaluinya.

Judul : MUHARIKAH The ComicsPenulis & Pelukis : Muharikah & King ShuISBN : 978-983-2423-24-9Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 103Harga : RM 9.90

Apabila kita tahu dan faham tujuan hidup kita, tidak akan wujud rasa risau, resah, sedih atau seperti hilang arah. Malah, kita akan rasa hidup ini sangat bermakna dan penuh dengan cahaya harapan. Maka, pilihlah tujuan hidup yang benar, agar perjalanan hidup kita memberikan kesan luar biasa dan impak menggunung tinggi, bukan untuk diri kita sahaja, tetapi juga orang-orang sekeliling kita.

Katalog Iman Publications 201512

Judul : Pelangi Dakwah Detik indah aku bersama tarbiahPenulis : Kumpulan karya penulis pelbagai negaraISBN : 978-983-2423-02-7Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 125Harga : RM 18.00e-Book : RM 12.90

Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun, kisah dan pengalaman mereka hanya sekadar rekaan yang tidak mungkin akan dapat dijadikan teladan. Kata orang pengalaman merupakan guru terbaik dalam sebuah kehidupan, maka pengalaman dikongsi bukan untuk mencari nama tetapi sebagai batu loncatan untuk menjadi yang terbaik di sisi Tuhan.

Semoga pengalaman mereka dalam dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pastinya jalan keluar menanti di balik setiap rintangan. Allah tidak mahu memberi beban, tetapi ingin mengajar erti sebuah perubahan.”

Judul : Aku Hamasah As-SyababPenulis : Afiq SazlanISBN : 978-983-2423-26-3Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 231Harga : RM 30.00

”Ana suka sangat-sangat sebab banyak karya anta dapat relate dengan diri ana. Banyak yang memang #inmyface. Ana bersyukur diberi peluang untuk membaca karya anta.”- Akhi Ahmad Syafiq Akbar Ali

“Tipulah lkalau baca tak meleleh air mata. Tak semua orang yang baru nak berjalan menuju Tuhan itu jalannya indah. Buku ini sedikir sebanyak bawa permaknaan sebenar nilai manusia, hamba, daie, ummah, tanggu-ngjawab, khilafah dan everything.”- Ukhti Nurul Amalina Zulkifli

”Secara keseluruhannya bagus dan menarik sebab konsepnya santai. Sambil baca, ada part yang sebak. Berubah itu memang payah dan untuk tetap memang perlu mujahadah. Tapi ganjaran syurga itu indah. Semoga

dengan pelancaran buku ini akan menyentuh hati-hati yang membacanya dan beroleh manfaat. May Allah bless. Dan semoga kita semua ditetapkan iman.”- Pendosa

INSPIRAsi

Katalog Iman Publications 201514

Judul : Esc.Penulis : Budak TomatoISBN : 978-983-2423-27-0Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 183Harga : RM 25.00

Aku tulis untuk bercerita. Bukan pendengar setia yang aku cari, tapi kepuasan sendiri.

Judul : Air Mata Cinta Pembersih DosaPenulis : Ibnu al-JawziISBN : 978-983-2423-23-2Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 224Harga : RM 25.00

Buat apa mengejar harta dan kuasa bila segalanya bakal kita tinggalkan? Di liang nanti kau bakal bersendirian, tiada para insan tersayang yang bakal menemanimu, maka mengapa harus memberi perhatian berlebihan? Sampai bila engkau tak punya hubungan mesra dengan Allah? Sampai bila engkau terlena oleh kelapangan dan lalai akan serangan ajal?

Buku ini mengingatkan kita betapa sementara hidup di dunia. Padahal, kesementaraan ini menentukan jawapan kepada perjalanan hidup kita; redha Allah atau murka-Nya. Nukilan ulama klasik ternama ini menyapa setiap hamba yang berniat meninggalkan maksiat dan dosa. Ia mengajak siapa saja yang merasa punya catatan amal penuh noda untuk membersihkannya dengan air mata.

Banyak kisah tentang para sahabat Nabi, para wali berserta ayat, hadis dan syair disajikan agar kesedaran untuk bertaubat kian menebal dalam diri. Kisah-kisah itu menceritakan pelbagai pengalaman, kesedaran dan keinsafan yang boleh kita teladani atau pelajari dalam menjadi hamba yang bertaubat.

Bertaubat adalah jalan tercepat mendekati Allah. Dan, uniknya, pertaubatan yang hendak disampaikan Ibnu al-Jawzi kepada Anda bukan semata-mata pertaubatan setelah mengumpulkan dosa, tetapi sebentuk pembiasaan diri meraih pengampunan dengan melakukan pelbagai amalan di tengah keheningan malam.

15Katalog Iman Publications 2015

Judul : Kerana Manisnya UkhuwahPenulis : Wan Nadzipah MaharahISBN : 978-983-2423-17-1Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 160Harga : RM 18.00

Ukhuwah itu rencahnya pelbagai. Selalunya ia berperisa manis semanis gula. Sesekali ia terpalit rasa sepahit kopi. Ada ketikanya ia terasa masin dan masam. Namun, walaupun terkadang rasanya bercampur manis, pahit, masin dan masam, rasa itulah yang menyedapkan sesuatu masakan. Begitu juga dengan ukhuwah. Mungkin sahaja, sedikit rasa asing itulah yang akan menjadikan ukhuwah kita menjadi lebih erat. Melalui perselisihan faham itulah kita lebih mengenali sahabat kita. Melalui bermasam muka yang sekejap cuma itulah kita makin memahami sesama sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Allah S.W.T berfirman: Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku, mereka mem-punyai beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tem-

pat mereka itu oleh para nabi, shiddiqin dan syuhada’.”(HR At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Kerana Manisnya Ukhuwah, semoga membuat anda berpimpin tangan menuju syurga.

Judul : Reformasi Hati KitaPenulis : SyerahoISBN : 978-983-2423-10-2Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 115Harga : RM 12.00

Buku ini ditulis serta disusun dengan baik setiap isi kandungannya agar proses serta usaha dalam membentuk sebuah hati dalam mencari keredhaan Allah menjadi lebih jelas dan bermakna. Ia memberi suatu tips serta perkongsian pengalaman yang praktikal yang dapat diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan seharian kita. “Cuba kita tuangkan air pada cawan yang diterbalikkan. Adakah air itu akan masuk?”

Tidak. Sedikit pun tidak. Tetapi apabil kita kembalikan cawan ke posisi yang betul, sudah tentu air yang dituang akan masuk ke dalam cawan itu. “Inilah hasil, bagi mereka yang membuka hati mereka, dan kemudian berfikir sesuatu dengan lebih terbuka. Hasilnya, mereka berubah ke arah-Nya.”

Hati yang dibentuk berpandukan ajaran daripada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W mampu melahirkan individu yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah, lalu bahagialah si pemilik hati di dunia dan akhirat. “Tidak sedikit pun kita rugi apabila kita memandang apa jua nasihat yang diberi sebagai sesuatu yang positif. Hakikatnya, ia sebenarnya teguran daripada Allah jua, yang disampaikan melalui insan lain.”

Katalog Iman Publications 201516

Judul : Air Mata Presiden MursiPenulis : AM. WaskitoISBN : 978-983-2423-01-0Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 130Harga : RM 18.00

Presiden Muhammad Mursi yang baru saja digulingkan oleh rejim tentera Mesir merupakan satu-satunya Presiden dari kalangan awam yang dipilih secara demokrasi. Presiden Mursi juga merupakan Presiden satu-satunya di dunia yang hafal Al-Quran. Namun sayang, kekuasaannya begitu cepat diragut oleh kelompok liberal-sekular, penyokong kuat bekas Presiden Mubarak dan juga tentera yang dibantu oleh Amerika.

Nampaknya kalangan Islamphobia lebih seronok dipimpin oleh rejim tentera yang rosak dan menindas daripada dipimpin tokoh Islam. Buktinya penggulingan Presiden Muhammad Mursi yang baru terjadi dapat wujud kerana mereka saling membantu. Sayangnya, di kalangan Islam kesatuan sebegitu tidak muncul. Ada juga kalangan Islam yang

menyokong penggulingan ini dengan berbagai alasan.

Buku ini cuba untuk membela keberadaan Presiden Mursi dari sisi syariah dan ilmiah. Tragedi kudeta tentera menjadi cacatan hitam sejarah yang menghalang gerakan politik Islam di Mesir. Namun kisah ini belum berakhir,kita tunggu saja pengakhirannya.

Judul : Morsi The President’s TearPenulis : AM. WaskitoISBN : 978-983-2423-04-1Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 126Harga : RM 20.00

Muhammad Morsi became the President of the Republic of Egypt through a free and fair democratic election on 30 June 2012. He was the first hafiz (someone who memorises Quran by heart) to be the Egyptian President. Verses from the Quran were the source from which he derives guidance, and with which he manages his affairs as as a leader. The commander of the Egyptian Armed Force, General Sidqi Subhi once came to intimidate him early in the morning and President Morsi calmly replied, “You are wasting my time when I am supposed to perform Tahajjud.”

***

Regrettably, the President’s power was illegitimately stripped of through a coup d’état led by General Abdul Fattah As-Sisi on 3 July 2013. With

the illegal and brural power in hand, As-Sisi chose Adly Mansour, the head of the Supreme Constitutional Court as the interim President. Hazim Al Beblawi was made the prime minister, replacing Hesham Qandil.

IDEA

Katalog Iman Publications 201518

Judul : Champak (Kumpulan prosa, puisi dan catatan pendek)Penulis : ISBN : 978-983-2423-08-9Dimensi : (125 x 195 mm)Halaman : 99Harga : RM 15.00

Buku ini telah merakam bait kata-kata para penulis tentang apa yang di-rasai tatkala menjalani kehidupan seharian mereka. Mereka menghayati, kemudian suatu rasa hadir dalam sanubari, lalu membawa mereka mencoret rasa agar diketahui oleh ramai orang dan semoga ia mampu membawa para pembaca semakin akrab dengan Sang Pencipta kehidupan.

” Jika ditanya mana hati menyusup pergi,

jawapannya di sini,

dengan mengeja aksaranya setiap satu,

kau sedang membaca aku.”

- Nusrah

19Katalog Iman Publications 2015

Judul : Mudahnya MenulisPenulis : Umi Kalthum NgahISBN : 978-983-2423-19-5Dimensi : A5 (148 x 210 mm)Halaman : 146Harga : RM 15.00

“Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.” (Al-Qalam:1)

Bidang penulisan biasanya dikaitkan dengan beberapa mitos yang menyebabkan kebanyakan kita rasa tidak termotivasi untuk menulis seperti perlunya ada bakat, boleh menulis dengan baik, cekap menguasai bahasa dan bukan mereka yang datang dari latar belakang bidang matematik dan sains.

Buku Mudahnya Menulis tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia bidang sains dan kejuruteraan bisa mengubah persepsi itu. Menulis rupanya sangat mudah! Gaya penulisan beliau yang bersahaja dengan pelbagai tips dan perkongsian akan

membuatkan kita tidak sabar memulakan kembara penulisan sendiri.

Bermula dengan persoalan bagaimana mendapat ilham untuk menulis, Dr. Umi Kalthum membawa pembaca memperbetulkan pemikiran mengenai salah tanggap bidang penulisan. Kemudian tujuan menulis, langkah-langkah menghasilkan penulisan, gaya penulisan, ciri-ciri karya hebat, persiapan psikologi jiwa dalam penulisan dan motivasi untuk terus menerus menulis.

Menulis sangat banyak manfaat antaranya “medan dakwah”, pahala berganda, satu terapi, perkongsian pengalaman dan banyak lagi. Ayuh mulakan titik pengembaraan kita dengan mendapatkan buku ini!

Katalog Iman Publications 201520

FIKSYEN

Katalog Iman Publications 201522

Judul : HijrahPenulis : Arif ZulkifliISBN : 978-983-2423-32-4Dimensi : (125 x 195 mm)Halaman : 164Harga : RM 20.00

“Umar?”

Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter saja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku.

“MAJIDDDDDDD!!!!!”

Buku Kecil

Katalog Iman Publications 201524

Judul : Rantaian Doa Mustajab Himpunan Do’a di Dalam Al-Qur’anPenyusun : Siti Khatijah IbrahimISBN : 978-983-2423-03-4Dimensi : (90 x 120 mm)Halaman : 30Harga : RM 2.50

Rantaian Doa Mustajab adalah doa-doa yang dikutip daripada al-Quran, iaitu dari suatu mukjizat agung yang diberi kepada Rasulullah S.A.W agar menjadi pedoman buat seluruh manusia sepanjang zaman. Doa-doa di dalam al-Quran adalah begitu dekat dengan Allah kerana ia diajarkan kepada para nabi melalui wahyu, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pencipta amat mengetahui setiap keperluan hamba-Nya. Oleh kerana ia diambil terus daripada al-Quran, secara langsung ia terlepas daripada nilai-nilai yang berbau khurafat. Sebuah buku yang lengkap memuatkan doa-doa yang mustajab dan lebih dianjurkan. Ia bersifat praktikal dan berguna sepanjang hidup.

Judul : Ikut Sunnah Hidup Indah Koleksi Hadis & Do’a Mengenai PerkahwinanPenyusun : Maznah Daud, Dzaty ‘Adlin Md JalilISBN : 978-983-2423-09-6Dimensi : (132 x 188 mm)Halaman : 72Harga : RM 5.00

Keluarga adalah tempat lahir dan membesarnya seorang manusia. Di situlah tempat seseorang mula mengenal erti kehidupan, menikmati kasih sayang, mempelajari nilai-nilai baik dan buruk, membiasakan diri dengan budaya murni dan tingkah laku terpuji. Keluarga juga merupakan batu asas kepada bangunan sesebuah masyarakat dan negara. Bangunan akan kukuh jika batu bata yang menjadi bahas asas kepada pembinaannya itu kukuh.

Menurut Islam. mendirikan keluarga adalah satu daripada tuntutan agama. Langkah pertama ke arah mendirikan keluarga ialah berkahwin. Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan supaya berkahwin. Ahli keluarga dan masyarakat digesa agar memudahkan laluan kepada

mereka yang ingin berkahwin dengan memberi bantuan yang sewajarnya.

Buku ini merupakan karya yang kecil namun sangat ditunggu dan dinanti oleh masyarakat yang ingin kembali kepada sunnah dalam aspek perkahwinan. Buku ini sangat bermanfaat baik untuk pasangan yang bakal berkahwin mahupun ibu bapa yang ingin menikahkan anak-anak mereka.

25Katalog Iman Publications 2015

Judul : Surah al-KahfiDimensi : A6 (105 x 148 mm)Halaman : 30Harga : RM 2.50

Petikan surah al-Kahfi beserta maksudnya. Disertakan juga fadhilat-fadhilat membaca surah Al-kahfi.

Ready Made: Disertakan tempahan “sticker name” untuk doorgift. Mempunyai 4 variasi pilihan warna.

Custom Made: Tempahan Al-Kahfi beserta nama dicetak terus pada kulit depan. Mempunyai 4 variasi pilihan warna.

Katalog Iman Publications 201526

Judul : Surah al-KahfiDimensi : A6 (105 x 148 mm)Halaman : 30Harga : RM 2.50

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”(Surah al-A’raf: 205)

Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.

Buku Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin.