tangkapan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang

13
436 TANGKAPAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA Wafaa’ Binti Yusof Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Anita Abdul Rahim & Asma Hakimah Abdul Halim Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia PENGENALAN Tatacara tangkapan menyusul sebaik sahaja suatu maklumat yang boleh dipercayai dan munasabah diterima atau timbul syak wasangka yang munasabah di pihak penguatkuasa undang-undang bahawa suatu jenayah telah dilakukan oleh seseorang. Tatacara tangkapan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kebanyakan enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri melibatkan Bahagian III, Bab 2 dan bermula dari seksyen 10 hingga ke seksyen 27. Suatu tangkapan dikatakan telah berlaku apabila seseorang itu menyerah dirinya sama ada dengan percakapan atau tingkah lakunya atau bila badannya dipegang atau ditahan (ETJS 2003 Seksyen 10). Frasa ‘menggunakan segala langkah yang perlu’ menunjukkan pelbagai cara kemungkinan diaplikasikan oleh pihak penguatkuasa agama dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan tatacara tangkapan. Peruntukan yang sama diguna pakai terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah. Mereka tidak terkecuali dari tatacara ini. Ini dibuktikan dari data penglibatan kanak-kanak dalam beberapa kategori jenayah syariah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data ini tidak akan wujud kecuali setelah tangkapan telah berlaku. Hasil analisis yang dilakukan terhadap data yang terkumpul adalah seperti berikut: Jadual 1 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di Selangor dari 2008-2014 Jenayah/Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Khalwat 13 3 11 7 10 33 50 Persetubuhan luar nikah 2 0 0 0 0 0 0 Zina 0 0 0 0 0 0 2 Doktrin palsu 0 0 1 0 0 0 0 Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam 0 0 0 0 0 0 0 Menghina penguat kuasa agama 0 0 2 0 12 0 0 Pungutan khairat 0 0 0 1 2 2 2 Judi 0 0 0 0 0 4 0

Upload: lamkhanh

Post on 19-Jan-2017

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

436

TANGKAPAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-

UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Wafaa’ Binti Yusof

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Anita Abdul Rahim & Asma Hakimah Abdul Halim

Fakulti Undang-undang,

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Tatacara tangkapan menyusul sebaik sahaja suatu maklumat yang boleh dipercayai dan

munasabah diterima atau timbul syak wasangka yang munasabah di pihak penguatkuasa

undang-undang bahawa suatu jenayah telah dilakukan oleh seseorang. Tatacara tangkapan

sebagaimana yang diperuntukkan dalam kebanyakan enakmen tatacara jenayah syariah

negeri-negeri melibatkan Bahagian III, Bab 2 dan bermula dari seksyen 10 hingga ke

seksyen 27. Suatu tangkapan dikatakan telah berlaku apabila seseorang itu menyerah

dirinya sama ada dengan percakapan atau tingkah lakunya atau bila badannya dipegang

atau ditahan (ETJS 2003 Seksyen 10). Frasa ‘menggunakan segala langkah yang perlu’

menunjukkan pelbagai cara kemungkinan diaplikasikan oleh pihak penguatkuasa agama

dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan tatacara tangkapan. Peruntukan yang sama diguna

pakai terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah.

Mereka tidak terkecuali dari tatacara ini. Ini dibuktikan dari data penglibatan kanak-kanak

dalam beberapa kategori jenayah syariah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur. Data ini tidak akan wujud kecuali setelah tangkapan telah berlaku. Hasil

analisis yang dilakukan terhadap data yang terkumpul adalah seperti berikut:

Jadual 1 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di

Selangor dari 2008-2014

Jenayah/Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Khalwat 13 3 11 7 10 33 50

Persetubuhan luar

nikah 2 0 0 0 0 0 0

Zina 0 0 0 0 0 0 2

Doktrin palsu 0 0 1 0 0 0 0

Menghina atau

menyebabkan

dipandang hina

agama Islam 0 0 0 0 0 0 0

Menghina penguat

kuasa agama 0 0 2 0 12 0 0

Pungutan khairat 0 0 0 1 2 2 2

Judi 0 0 0 0 0 4 0

Page 2: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

437

Sumber: Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.[17 Julai

2015]

Jadual 2 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di

Wilayah Persekutuan dari 2009-2013

Jenayah/Tahun 2009 2010 2011 2012 2013

Tidak menghormati Ramadhan 2 1 0 2 0

Berjudi 0 0 1 0 0

Minuman yang memabukkan 5 2 0 2 3

Pelacuran 0 0 0 0 0

Persetubuhan luar nikah 38 20 15 41 28

Khalwat 31 8 17 27 9

Orang lelaki berlagak perempuan 1 0 0 2 0

Perbuatan tidak sopan di khalayak

ramai 5 0 0 0 0

Sumber: Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan [23 April 2014]

Namun, enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri tidak menyediakan peruntukan

khusus berkaitan tatacara tangkapan terhadap suspek kanak-kanak atau yang membezakan

cara tangkapan suspek kanak-kanak dan suspek dewasa. Begitu juga peruntukan undang-

undang yang melarang mereka melakukan tangkapan terhadap golongan ini. Terdapat

sedikit perbezaan dalam tindakan pihak penguat kuasa agama ketika tangkapan suspek

kanak-kanak dilaksanakan. Perbezaan tersebut hanya dari sudut layanan dan budi bicara

penguat kuasa agama ketika tangkapan dibuat terhadap golongan di bawah umur ini. Budi

bicara tersebut bukanlah satu tiket untuk penguat kuasa agama melepaskan suspek kanak-

kanak yang terlibat dalam kes jenayah syariah. Perlu difahami bahawa tangkapan belum

menunjukkan seseorang itu bersalah atau sesuatu yang mesti berakhir dengan pendakwaan

di mahkamah. Sebaliknya ia bergantung pada merit kes yang berlaku (Siti Norjihan 2014).

Secara tidak langsung ia menafikan kesahihan dan kewajaran tindakan budi bicara

sesetengah pihak penguat kuasa agama yang melepaskan suspek kanak-kanak yang

melakukan jenayah syariah.

Ketiadaan peruntukan undang-undang berkaitan tatacara tangkapan suspek kanak-kanak

dilihat bukanlah halangan dan masalah kepada pihak penguat kuasa agama. Peruntukan-

peruntukan dan tatacara yang ada sekarang dikatakan mencukupi untuk diaplikasikan

kepada golongan ini. Malahan mereka menegaskan peruntukan dalam enakmen tatacara

jenayah syariah merupakan peruntukan umum dan tertakluk kepada semua orang Islam

tanpa mengira umur (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013). Ini bermakna

peruntukan memberi pegawai penguat kuasa agama bidang kuasa untuk bertindak ke atas

suspek kanak-kanak juga.

Istilah pesalah muda atau pesalah remaja1 dalam enakmen tatacara jenayah kelihatannya

lebih difokuskan dan diberi penekanan dalam tatacara di bawah bidang kuasa hakim syarie

1 Pesalah muda atau pesalah remaja merupakan dua istilah yang diguna pakai dalam enakmen tatacara

jenayah syariah negeri-negeri. Istilah kanak-kanak hakikatnya hanya disebut sekali sahaja dalam enakmen

Page 3: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

438

atau mahkamah dan bukannya tatacara di bawah bidang kuasa pihak penguat kuasa agama.

Roh seksyen 128 adalah pada mahkamah dan bukanlah tugas penguat kuasa agama untuk

mengambil tahu seksyen tersebut serta menentukan sama ada suspek di bawah umur atau

tidak (Norhisham 2012). Oleh itu, penguat kuasa agama akan bertindak jika suatu jenayah

syariah diadukan atau berlaku di hadapan mereka tanpa mengira umur termasuk tangkapan

jika perlu dilakukan. Dengan kata lain semua kes jenayah boleh ditangkap dan disiasat.

Penentuan sama ada kes tersebut boleh diteruskan atau tidak bergantung pada laporan

siasatan pihak penguat kuasa agama dan kebenaran dari Ketua Penguat kuasa Agama

sebelum dilanjutkan kepada pendakwa syarie (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi

2013).

PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN TATACARA TANGKAPAN

KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-UNDANG

JENAYAH SYARIAH

Pendekatan amalan penguat kuasa agama dikatakan agak berbeza sedikit apabila

melibatkan suspek kanak-kanak dan bergantung pada pegawai penguat kuasa yang terlibat

(Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013) walaupun definisi tangkapan yang sama

diguna dalam kedua-dua kes yang melibatkan suspek kanak-kanak dan suspek dewasa.

Tidak ada satu definisi yang khusus untuk membezakan kedua-duanya. Malahan tidak ada

garis panduan yang jelas disediakan untuk pegawai penguat kuasa agama dalam kes

tangkapan suspek kanak-kanak.

Terdapat dua pendekatan yang berbeza dalam amalan penguatkuasaan dan pelaksanaan

tangkapan terhadap suspek kanak-kanak di kalangan penguat kuasa agama. Pegawai

penguat kuasa agama dalam pendekatan pertama, akan membuat tangkapan berdasarkan

kesalahan yang dilakukan dan bukannya berdasarkan status umur suspek. Nyatanya

tangkapan dibuat apabila satu kesalahan disyaki dan dipercayai secara munasabah telah

dilakukan dan sebagaimana tangkapan suspek dewasa, butiran diri suspek kanak-kanak

diambil serta direkodkan setelah suspek dibawa ke bahagian siasatan selepas tangkapan.

Status umur suspek kanak-kanak dikenal pasti pada peringkat siasatan melalui butiran diri

yang diambil. Ketua Penguat kuasa Agama akan dirujuk jika tangkapan melibatkan kanak-

kanak berumur 10 tahun untuk tindakan seterusnya dan kebiasaannya mereka dilepaskan.

Lazimnya siasatan diteruskan jika melibatkan tangkapan suspek kanak-kanak berumur 14

atau 16 tahun dan Ketua Penguat kuasa Agama menurut undang-undang boleh perintahkan

suspek tersebut dilepaskan jika siasatan membuktikan bahawa suspek belum baligh kerana

sempadan yang diguna pakai dalam kes jenayah syariah ialah baligh (Hardi 2013; Sharom

2013; Mohd Hilmi 2013).

Manakala pendekatan kedua memperlihatkan penguatkuasaan tatacara tangkapan

hendaklah mengikut umur sebagaimana yang diperuntukkan dalam enakmen tatacara

tersebut. Malahan tiada tafsiran kanak-kanak diperuntukkan dalam enakmen jenayah mahupun tatacara

jenayah syariah negeri-negeri. Lihat Anita Abdul Rahim & Wafaa’ Yusof, Umur Pesalah Kanak-kanak:

Ketidakseragaman dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia,

Jurnal Kanun. Jil. 24(1), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2012, hlm. 1-21; Wafaa’ Yusof &

Anita Abdul Rahim, The Age of Criminal Responsibility from the Perspective of Malaysian Shariah Law,

Asian Social Science, Vol.10, Canadian Center of Science and Education, Canada, 2014, hlm. 95-102,

http://www.ccsenet.org/ journal/index.php/ass/article/download /36494/ 20505.

Page 4: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

439

jenayah syariah dan bukannya sama ada suspek kanak-kanak itu mencapai baligh atau

tidak. Oleh itu, suspek kanak-kanak yang berumur 14 tahun tetapi belum baligh tetap akan

ditangkap tetapi tidak boleh dituduh kerana baligh merupakan syarat sah pertuduhan dan

sabitan kes jenayah syariah. Tiada peruntukan undang-undang menjelaskan perkara ini.

Pendapat kedua ini juga menegaskan baligh tidak digunakan dalam semua kategori

kesalahan dan hanya digunakan dalam kesalahan ibadah. Penafian terhadap perlakuan

jenayah seperti khalwat, meminum minuman keras atau liwat disebabkan status suspek

kanak-kanak belum baligh tidak diterima pakai jika pendekatan ini diambil kira (Yusof

Musa 2010).

Namun tiada kes setakat ini untuk dikatakan secara tepat tindakan pegawai penguat kuasa

agama dalam situasi di mana kanak-kanak berumur 15 atau 16 tahun tetapi belum baligh.

Suspek akan dilepaskan jika siasatan menunjukkan suspek belum baligh dan kes tidak

boleh diteruskan. Ketentuan sama ada kes hendak diteruskan atau tidak juga bergantung

pada kekuatan hasil siasatan yang dilakukan dan jika kes tidak kukuh pegawai penguat

kuasa agama yang terbabit akan berbincang dengan ketua penguat kuasa agama sama ada

hendak meneruskan kes atau tidak (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013).

Sebagaimana tangkapan suspek dewasa, tangkapan suspek kanak-kanak hendaklah

dilakukan dengan apa-apa cara yang munasabah jika pegawai operasi mempunyai syak

yang munasabah suatu kesalahan telah dilakukan oleh mereka, iaitu dengan cara

menyentuh atau mengurung tubuh suspek melainkan jika suspek menyerah diri sama ada

dengan perkataan atau melalui perbuatan. Ketika tangkapan dilakukan, suspek kanak-

kanak sebagaimana suspek dewasa tidak boleh dihalang atau disekat pergerakannya

melebihi kadar yang perlu untuk menghalangnya dari melarikan diri. Pegawai penguat

kuasa agama hanya boleh menggunakan segala langkah setakat mana yang perlu untuk

melaksanakan tangkapan ke atas suspek kanak-kanak. Langkah-langkah yang diambil

bertujuan untuk menyekat serta mencegahnya dari cuba melarikan diri dan untuk

berhadapan dengan tindakan agresif suspek yang cuba melawan dengan kekerasan ketika

mengelak dari ditangkap. Suspek kanak-kanak dikatakan bertindak lebih agresif

berbanding dengan suspek dewasa (Yusof Musa 2010). Tindakan-tindakan tersebut walau

bagaimanapun tidak boleh sampai menyebabkan kematian kepada orang yang hendak

ditangkap. Contohnya, penggunaan gari umumnya tidak dibenarkan dalam tangkapan oleh

pegawai penguat kuasa agama tetapi jika keadaan terlalu genting dan orang yang hendak

ditangkap bertindak ganas maka penggunaan tersebut dibenarkan. Penggunaan gari dalam

keadaan tersebut adalah lebih wajar dari penggunaan tali untuk mengikat tangan orang yang

hendak ditangkap yang boleh dianggap suatu tindakan yang tidak profesional (Yusof Musa

2010). Alasan penangkapan iaitu mengenai kesalahan yang disyaki dilakukan dan hukuman

yang dikenakan jika disabitkan, haknya untuk mendapatkan khidmat seorang peguam

pilihannya dan tanggungjawab suspek untuk memberi kerjasama kepada pegawai penguat

kuasa agama hendaklah diberitahu kepada suspek kanak-kanak sebaik sahaja tangkapan

dilakukan.

BEBERAPA BENTUK TINDAKAN DALAM TANGKAPAN KANAK-KANAK

YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

NEGERI-NEGERI

Tindakan pegawai penguat kuasa agama untuk dikatakan sebagai satu tangkapan

bergantung pada kesalahan jenayah yang berlaku sama ada ia di bawah kategori kesalahan

boleh tangkap atau kesalahan tidak boleh tangkap. Tangkapan yang melibatkan kesalahan

Page 5: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

440

boleh tangkap kurang menimbulkan isu kerana tangkapan ini kebiasaannya boleh berlaku

bila unsur-unsur yang membolehkan tangkapan berlaku dijustifikasikan. Namun tangkapan

yang melibatkan kesalahan tidak boleh tangkap agak banyak komplikasinya kerana

tangkapan ini menurut undang-undang hanya boleh dilakukan dengan waran. Penguat

kuasa agama pula paling kerap bersemuka dengan suspek termasuk suspek kanak-kanak

yang sedang melakukan kesalahan kategori ini terutama kesalahan di bawah seksyen 31

Enakmen Jenayah Syariah Selangor, 1995 dan tangkapan awam. Istilah ‘dibawa’ ini

mungkin timbul dari sini kerana penguat kuasa agama tidak boleh melakukan tangkapan

tanpa waran. Tindakan penguat kuasa agama membawa suspek ke bahagian penguat kuasa

agama bukanlah satu tangkapan kerana tangkapan tidak mungkin berlaku dalam kes tidak

boleh tangkap (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013). Malahan tangkapan menurut

mereka bukanlah satu-satunya tindakan yang boleh diambil apabila satu kesalahan tidak

boleh tangkap berlaku.

Bidang kuasa jenayah syariah di negeri Selangor contohnya telah menyediakan garis

panduan khusus yang membentuk SOP bagi kes di bawah seksyen 31 Enakmen Jenayah

Syariah mereka iaitu perbuatan tidak sopan di tempat awam. SOP ini melibatkan tiga

alternatif tindakan yang telah digariskan dalam Arahan Tetap S.S Pengarah 2002 yang

dikuatkuasakan di Selangor iaitu nasihat dan arahan beredar, arahan hadir kursus dan akhir

sekali, tindakan mahkamah. SOP yang sama juga telah diguna pakai dalam kes yang

melibatkan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang ini. Sebagaimana

Enakmen tersebut, tiada arahan khusus digariskan untuk suspek atau pesalah kanak-kanak

dalam Arahan Tetap S.S Pengarah 2002 ini. Garis panduan ini lebih berperanan sebagai

‘quick reference’ (Siti Zubaidah Ismail 2008) kepada pegawai penguat kuasa agama dan

kelihatan agak praktikal untuk dilaksanakan terhadap suspek kanak-kanak.

Arahan nasihat dan beredar

Arahan ini berkonsepkan pencegahan dan kebiasaannya melibatkan kes-kes kecil atau

ringan yang mana tidak sampai ke tahap melibatkan kes kaunseling. Contohnya berada di

atas motor bersama, menyelak atau membelai rambut dan berpegangan tangan (Norhisham

2012). Tangkapan kebiasaannya tidak berlaku di sini namun pegawai penguat kuasa agama

mempunyai kuasa untuk menegur dan menasihati pelaku kesalahan ini. Pegawai penguat

kuasa agama kebiasaannya akan menyuruh mereka beredar dari lokasi setelah teguran dan

nasihat diberi. Nasihat dan surat amaran keras bahawa perilaku mereka diperhatikan oleh

pihak penguat kuasa JAIS dikeluarkan jika satu operasi yang besar terlibat dan tidak

memungkinkan suspek dikumpulkan untuk dibawa ke pejabat agama. Pegawai penguat

kuasa agama akan bertindak merekodkan jumlah pesalah yang terlibat secara keseluruhan

dan tidak secara individu. Kebiasaannya hanya nama dan pengenalan diri direkodkan serta

ditandatangani oleh suspek. Suspek kebiasaannya tidak boleh dikesan kembali dengan

mudah kerana tindakan dilakukan secara manual. Setakat ini tidak ada sistem yang khusus

untuk menyimpan data yang boleh diakses kemudian (Norhisham 2012). Kanak-kanak

yang terlibat dalam perlakuan terlarang di bawah seksyen 31 (EJS 1995) tidak terkecuali

dari tatacara ini dan ibu bapa atau penjaga tidak dilibatkan lagi pada tahap ini (Norhisham

2012).

Arahan hadir kursus

Arahan hadir kursus atau kaunseling ini merupakan alternatif kedua dan melibatkan

perlakuan yang agak berat berbanding perlakuan yang diambil tindakan di bawah alternatif

Page 6: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

441

pertama.2 Terdapat dua kenyataan yang berbeza menjelaskan situasi ini. Kenyataan

pertama yang menyatakan butiran diri suspek diambil di tempat kejadian dan surat arahan

hadir ke bahagian penguat kuasa agama diserahkan kepadanya tanpa mengira sama ada

tangkapan berlaku atau tidak ke atasnya. Tangkapan yang berlaku pula dikatakan tidak

dibuat laporan rasmi dan kes oleh itu tidak dibawa sampai ke peringkat mahkamah terutama

apabila tangkapan melibatkan suspek kanak-kanak sekolah di bawah umur. Mereka akan

dihantar untuk menghadiri kursus kaunseling ILDAS iaitu satu pusat latihan negeri

Selangor selama tiga hari dua malam. Tindakan ini bukan satu penahanan tetapi suatu

arahan yang mesti dipatuhi dan diwajibkan hadir ke kaunseling. Arahan hadir yang

dikeluarkan bergantung pada keadaan. Jika tangkapan berlaku waktu siang, suspek boleh

terus dibawa ke pejabat penguat kuasa agama dan surat aku janji akan ditandatangani oleh

suspek bahawa dia akan menghadiri sesi kaunseling atau kursus jika diarah berbuat

demikian (Alfian 2010). Tindakan ini bergantung pada keadaan dan kesalahan yang

dilakukan. Kebanyakan kes hanya ditegur dengan cara pengeluaran saman untuk hadir ke

pejabat agama. Waran tangkap akan menyusul jika suspek gagal untuk hadir sebagaimana

yang diperintahkan dalam saman hadir.

Kenyataan kedua pula menyatakan tiada tangkapan berlaku di sini dan hanya butiran diri

suspek diambil. Surat arahan hadir ke bahagian penguat kuasa diserahkan kepada suspek

untuk ditemu ramah. Arahan hadir ini bertujuan untuk menetapkan suatu tarikh sesi

kaunseling kepada suspek selepas disoal siasat terlebih dahulu (Hardi 2013; Sharom 2013;

Mohd Hilmi 2013). Saman hadir ke mahkamah dan bukannya waran tangkap dikeluarkan

jika suspek gagal menghadiri sesi kaunseling setelah tiga kali surat arah hadir

dikemukakan. Tangkapan tidak perlu berlaku dalam kes kesalahan seksyen 31 (EJS 1995).

Justeru itu untuk hadirkan suspek ke mahkamah tidak semestinya berlaku tangkapan tetapi

mencukupi dengan saman hadir ke mahkamah (Hardi 2013). Berbeza dengan kenyataan

pertama di atas yang menegaskan waran akan dipohon jika suspek gagal untuk menghadiri

kursus kaunseling yang diarahkan.

Ibu bapa atau penjaga suspek kanak-kanak ini akan dihubungi dan diberitahu mengenai

arahan hadir kursus tersebut. Ibu bapa wajib hadir bersama dengan suspek kanak-kanak ke

bahagian penguat kuasa bila surat arahan tersebut diserahkan. Walaupun demikian, tiada

tindakan terhadap ibu bapa yang enggan hadir bersama remaja sebagaimana keengganan

mereka untuk menjamin suspek kanak-kanak dalam kes bon jaminan. Tiada peruntukan

undang-undang mahupun arahan pentadbiran yang menghendaki ibu bapa untuk hadir

bersama kanak-kanak yang terlibat (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013).

Tindakan mahkamah

Arahan Tetap S.S Pengarah ini hakikatnya menjadi suatu mekanisme ‘budi bicara’ pegawai

penguat kuasa agama dalam melaksanakan tangkapan jenayah syariah. Arahan pentadbiran

ini bukanlah sesuatu yang mengikat pihak-pihak yang terlibat jika dilihat dari sudut

kesahan undang-undang. Apatah lagi jika ada undang-undang berkaitan tangkapan sudah

diperuntukkan dengan jelas dalam statut yang terlibat. Namun ketidakpatuhan suspek

kepada Arahan ini boleh mensabitkan suspek kepada kesalahan mengingkari arahan

2 Lihat Perkara 17, Bahagian IV, Bab 2, Arahan Tetap S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor,

Bil.1/2003,Bagi Melaksanakan Tindakan Pencegahan Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Selangor,

No.9 Tahun 1995 (Perlakuan Tidak Sopan Di Tempat Awam), Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama

Islam Selangor, Shah Alam , hlm.6.

Page 7: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

442

penguat kuasa agama. Arahan ini merupakan landasan bagi pegawai penguat kuasa agama

untuk melaksanakan budi bicara mereka yang diwujudkan secara bertulis.

Budi bicara sebegini hakikatnya juga diamalkan di kalangan penguat kuasa agama negeri-

negeri yang lain seperti di Wilayah Persekutuan tetapi tidak secara bertulis dan tidak

melibatkan semua tindakan sebagaimana dalam Arahan Tetap S.S Pengarah 2002 tersebut.

Contohnya arahan nasihat dan beredar tidak menjadi sebahagian dari tindakan budi bicara

pihak penguat kuasa agama di Wilayah Persekutuan. Sementara arahan hadir kursus pula

menjadi sebahagian dari tindakan budi bicara mereka tetapi dalam bentuk penguatkuasaan

tatacara yang berbeza. Arahan atau perintah menghadiri kursus kaunseling atau

pemantapan akhlak di bawah bidang kuasa pihak penguat kuasa agama Wilayah

Persekutuan kebiasaannya diperintahkan terhadap suspek setelah bukti dan keterangan

terhadap kes terbabit tidak mencukupi untuk diteruskan pendakwaan (Siti Norjihan 2014).

Perintah ini dikuatkuasakan atas inisiatif bahagian penguat kuasa agama kepada maksud

pencegahan. Justeru itu suatu tangkapan tidak dinafikan berlaku dari awal lagi dan begitu

juga siasatan. Tanpa ada tangkapan budi bicara ini tidak boleh dilaksanakan di bawah

bidang kuasa penguat kuasa agama Wilayah Persekutuan.

Tatacara yang sama digunakan terhadap suspek kanak-kanak. Bezanya setiap tindakan

dikatakan bergantung pada kes. Contohnya, jika kes tangkapan suspek kanak-kanak boleh

memberi kesan kepada persekolahannya dan keputusan menggunakan budi bicara adalah

lebih baik maka kemungkinan suspek dilepaskan tanpa dikemukakan sebarang kes

terhadapnya. Pelepasan ini hanya boleh dilakukan oleh Ketua Pegawai Penguat kuasa

Agama sahaja. Suspek kanak-kanak yang dilepaskan ini sebagaimana suspek dewasa akan

diarahkan untuk menghadiri kaunseling atau kursus pemantapan akhlak. Kursus ini

diadakan secara berkala di jabatan penguat kuasa agama Wilayah Persekutuan iaitu

sebulan sekali di dewan JAWI sendiri. Kursus tersebut dihadiri oleh pesalah jenayah

syariah dan juga suspek jenayah syariah yang tidak mencukupi bukti untuk didakwa.

Penglibatan suspek dalam kursus ini bukanlah satu hukuman tetapi merupakan satu

tindakan budi bicara penguat kuasa dalam pengendalian kes yang tidak lengkap untuk

diteruskan pendakwaan dan juga kes melibatkan suspek kanak-kanak. Tiada peruntukan

undang-undang menyentuh tentang perkara ini mahupun arahan-arahan pentadbiran

sebagaimana di bawah bidang kuasa penguat kuasa agama negeri Selangor (Siti Norjihan

2014).

Beberapa corak tindakan penguat kuasa agama oleh itu disimpulkan telah dilaksanakan

terhadap tangkapan suspek kanak-kanak di bawah bidang kuasa Bahagian Penguat kuasa

Agama negeri-negeri:-

i. Mengeluarkan Satu Surat Arahan atau Perintah Hadir Ke Bahagian Penguat

kuasa Agama Tanpa Membawa Suspek Kanak-kanak Ke Bahagian Penguat

kuasa Agama atau Menangkapnya

Penguat kuasa agama mengeluarkan satu surat arahan hadir atau dulunya dikenali sebagai

saman hadir ke bahagian penguat kuasa kepada suspek kanak-kanak. Surat arahan hadir ke

bahagian penguat kuasa agama ini diberi setelah butiran nama dan alamat suspek diambil

di lokasi kejadian. Tindakan ini boleh diambil setelah suspek memberi kerjasama penuh

dan bersetuju dengan rela untuk menghadirkan diri ke bahagian penguat kuasa agama untuk

disoal siasat (Ahmad Azam 2013). Penyerahan surat arahan hadir di lokasi kejadian ini oleh

itu, bergantung pada kerjasama suspek dan budi bicara pegawai penguat kuasa agama.

Page 8: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

443

Penguat kuasa agama tidak perlu melakukan tangkapan ataupun membawa mereka ke sana

tetapi hanya mengeluarkan surat arahan hadir tersebut sahaja. Suspek berkewajipan untuk

hadir apabila menerima surat arahan hadir tersebut dan kebiasaannya mereka dikehendaki

hadir keesokan harinya atau dalam tempoh masa terdekat ke bahagian penguat kuasa

agama.

Tindakan ini melibatkan kedua-dua jenis kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh tangkap.

Mungkin dalam kes yang melibatkan kesalahan boleh tangkap tindakan ini tidak

dipersoalkan tetapi sebaliknya pula dalam kes yang melibatkan kesalahan tidak boleh

tangkap. Suspek yang melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 31 enakmen jenayah

syariah atau seksyen 29 akta jenayah syariah contohnya, diambil butiran diri di lokasi

kejadian dan diserahkan surat arahan atau perintah hadir ke bahagian penguat kuasa agama

sebagaimana kes kesalahan boleh tangkap. Tiada tangkapan berlaku di sini kerana

tangkapan hendaklah dengan waran. Langkah ini merupakan salah satu cara pihak penguat

kuasa agama bertindak untuk mengelak dari tindakan mereka dipertikaikan dan pada masa

yang sama mereka perlu untuk bertindak segera terhadap suspek. Oleh itu surat arahan

hadir atau saman dan bukannya waran digunakan untuk hadirkan suspek yang melakukan

kesalahan di bawah seksyen 31 ini ke bahagian penguat kuasa agama ataupun mahkamah

(Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013). Waran hanya menyusul setelah suspek

ingkar terhadap surat arahan hadir dan waran ini bukan kerana kesalahan di bawah seksyen

31 tetapi kerana ingkar arahan penguat kuasa agama tersebut.

Kebiasaannya suspek yang diperintah hadir pada keesokan hari untuk diambil keterangan

akan dilepaskan tanpa ikatan bon kerana melibatkan kesalahan tidak boleh tangkap. Suspek

akan dimaklumkan untuk menunggu surat atau saman dari mahkamah. Pengeluaran saman

dipohon oleh pendakwa raya setelah beliau berpuas hati dari penilaian kertas siasatan (IP)

yang dikemukakan kepadanya oleh bahagian siasatan jenayah syariah menunjukkan satu

kes telah berlaku. Suspek perlu hadir ke mahkamah sebagaimana yang tercatat dalam surat

saman. Berbeza dengan kes boleh tangkap, contohnya khalwat, pegawai penyiasat akan

lengkapkan kertas siasatan dan fail berkaitan siasatan tersebut akan dikemukakan ke

bahagian pendakwaan. Pendakwa raya akan meneliti fail dan memastikan ia lengkap.

Pendakwa raya kemudiannya akan mendaftar dan memfailkan kes untuk disebut di

mahkamah berdasarkan tarikh yang tercacat pada bon jaminan sebelum itu (Siti Norjihan

2014).

ii. Membawa Suspek Kanak-kanak ke Bahagian Penguat kuasa Agama Tanpa

Menangkapnya

Penguat kuasa agama membawa suspek kanak-kanak ke bahagian penguat kuasa agama

sama ada sebelum atau setelah butiran nama dan alamat suspek diambil. Seksyen 17

enakmen tatacara jenayah syariah digunakan dalam kes yang melibatkan suspek kanak-

kanak untuk mengesahkan identiti tersebut. Tiada penangkapan berlaku sama ada ia

melibatkan kesalahan boleh tangkap atau kesalahan tidak boleh tangkap. Suspek kanak-

kanak dibawa dan diletakkan dalam jagaan penguat kuasa agama sementara kedua ibu bapa

atau penjaga dihubungi setelah nama dan alamat ditentu sahkan oleh pegawai penyiasat

(Norhisham 2012). Kedua ibu bapa atau penjaga akan diarahkan memberi jaminan diri

bahawa anak mereka atau anak di bawah jagaan mereka akan hadir ke bahagian penguat

kuasa agama jika diarahkan berbuat demikian melalui surat perintah hadir. Suspek akan

dilepaskan di bawah jaminan ibu bapa atau penjaganya (Norhisham 2012; Hardi 2013;

Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013). Penyelidik melihat penguat kuasa agama bertindak

Page 9: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

444

sedemikian disebabkan suspek adalah kanak-kanak dan untuk diserahkan surat perintah

hadir ke mahkamah kepada mereka tidak menjanjikan surat tersebut sampai ke tangan ibu

bapa atau penjaga. Lagipun mereka masih di bawah umur dan pihak berkuasa adalah lebih

berkewajipan untuk memberitahu ibu bapa atau penjaga mereka. Tangkapan kebiasaannya

tidak dilakukan jika suspek kanak-kanak memberi kerjasama memberi butiran diri mereka

ketika di tempat kejadian jenayah. Oleh itu, untuk mengimbangi maslahat semua, pihak

penguat kuasa kebiasaannya akan membawa suspek kanak-kanak ini ke bahagian penguat

kuasa walaupun tidak ada tangkapan berlaku. Tindakan penguat kuasa ini walaupun boleh

dicabar oleh undang-undang terutama dalam kes kesalahan tidak boleh tangkap yang

berkeperluan kepada waran, perlu diimbangi dengan keperluan dan maslahat tindakan

tersebut.

iii. Menangkap Suspek Kanak-kanak

Tangkapan boleh berlaku terhadap suspek kanak-kanak dalam kes kesalahan boleh tangkap

dan tidak boleh tangkap sebagaimana suspek dewasa. Penguat kuasa agama sama ada akan

menangkap dan membawa suspek kanak-kanak yang melakukan kesalahan boleh tangkap

ke balai polis yang mempunyai bidang kuasa (Arahan Tetap S.S Pengarah Jabatan Agama

Islam Negeri 2007 Arahan 8(b)) atau ke bahagian penguat kuasa agama bergantung pada

keadaan kes ketika itu. Pihak polis cuma mengeluarkan surat jaminan tetapi untuk

memastikan kehadiran suspek ke Bahagian Penguat kuasa atau ke mahkamah adalah di

bawah tanggungjawab pegawai penguat kuasa agama. Surat jaminan tersebut hendaklah

dicatat ‘Arahan oleh penguat kuasa JAIS’ (Sharom 2013).

Suspek kanak-kanak ini walau bagaimanapun akan dibawa ke bahagian penguat kuasa

agama pula sekiranya dia gagal untuk menyediakan penjamin ketika laporan berkaitan

operasi dibuat di balai polis (Arahan Tetap S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007

Arahan 8(c)). Bahagian siasatan penguat kuasa agama bertanggungjawab menentu sahkan

nama serta alamat suspek kanak-kanak dan boleh melakukan pemeriksaan lanjut terhadap

suspek. Pada masa yang sama ibu bapa atau penjaga suspek akan dihubungi untuk

menyempurnakan jaminan dan suspek boleh dilepaskan serta-merta setelah butiran diri

ditentu sahkan dengan perintah bertulis dari Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama.

Tangkapan yang berlaku ini juga akan berakhir dengan suspek diletak di bawah jagaan

Ketua Penguat kuasa Agama atau diletakkan di lokap jika jaminan gagal diperoleh oleh

suspek atau suspek enggan bekerjasama. Situasi ini meletakkan suspek kanak-kanak di

bawah kes khas yang perlu dikemukakan ke hadapan hakim mahkamah rendah dalam

tempoh 24 jam untuk dipohon perintah penahanan atau untuk mendapatkan bon jaminan

(Sharom 2013).

Laporan berkaitan operasi yang dibuat di balai polis akan menjadi sokongan dan pengukuh

kepada tindakan penguat kuasa agama untuk memastikan suspek kanak-kanak yang

ditangkap hadir ke bahagian penguat kuasa agama bila dikehendaki berbuat demikian

melalui jaminan diri yang diperoleh. Laporan tersebut bertujuan untuk mengesahkan

keberadaan pegawai penguat kuasa agama di lokasi kejadian jenayah serta memastikan

setiap tindakan yang dilakukan berada dalam konteks penguatkuasaan (Norhisham 2012).

Kegagalan pihak penguat kuasa agama untuk memaklumkan terlebih dahulu mengenai

operasi dan melaporkannya kepada pihak polis bukan alasan untuk tidak meneruskan

operasi mereka (Arahan Tetap S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 Arahan

7(b)) atau tidak boleh melakukan tangkapan. Justeru itu, pihak polis lazimnya dikatakan

terlibat apabila tangkapan kes berlaku di kawasan-kawasan daerah yang berjauhan dari

Page 10: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

445

Pejabat Bahagian Penguat kuasa Agama (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013).

Suspek kebiasaannya akan dibawa terus ke bahagian penguat kuasa agama terutama jika

kesalahan yang dilakukan di kawasan-kawasan yang berada di bawah bidang kuasa penguat

kuasa agama induk seperti di Shah Alam. Tatacara ini tidak diperuntukkan dalam enakmen

tetapi dinyatakan serta diperincikan dalam Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam

Negeri 2007.

Tangkapan terhadap suspek kanak-kanak yang melakukan kesalahan tidak boleh tangkap

yang berkeperluan kepada waran pula, contohnya kesalahan di bawah seksyen 31 enakmen

jenayah syariah juga boleh dilaksanakan walaupun tanpa waran. Tangkapan ini sebenarnya

dibuat berdasarkan seksyen 19 enakmen tatacara jenayah syariah dan bukannya seksyen 31

walaupun pada asalnya tindakan penguat kuasa agama tertumpu pada kesalahan melakukan

perbuatan tidak sopan di tempat awam tersebut. Seksyen 19 ini dikuatkuasakan untuk

memastikan butiran diri yang diberi oleh suspek termasuk suspek kanak-kanak adalah

benar. Laporan yang dibuat akan menyatakan suspek ditangkap kerana enggan bekerjasama

memberi nama dan alamat kepada penguat kuasa. Dengan kata lain, suspek akan ditangkap

dan dibawa ke bahagian penguat kuasa agama dengan alasan mereka enggan bekerjasama

memberi nama dan alamat kediaman mereka atau pihak penguat kuasa mempercayai

butiran diri yang diberi adalah palsu (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013).

Namun segelintir penguat kuasa masih menegakkan bahawa tindakan tersebut tidak

dikategorikan sebagai tangkapan dan suspek hanya dibawa ke bahagian penguat kuasa

agama untuk diambil butiran diri dan dibebaskan. Penegasan mereka agak bercanggah

dengan peruntukan seksyen 19 ETJSS kerana peruntukan ini jelas menyatakan tangkapan

boleh dilakukan di sini.

Tatacara yang sama menyusul selepas tangkapan tersebut berlaku, bermula dari

pemberitahuan kepada kedua-dua ibu bapa atau penjaga mengenai tangkapan yang berlaku

dan penyempurnaan jaminan diri oleh mereka. Penyempurnaan bon jaminan serta jaminan

diri atau penahanan suspek atas perintah mahkamah dalam tempoh 24 jam kemudiannya

pula menyusul setelah suspek gagal dijamin pada peringkat penguat kuasa dan kes disebut

serta-merta di hadapan hakim mahkamah rendah syariah. Selain dari perintah untuk

menyempurnakan bon jaminan, mahkamah juga akan mengeluarkan surat arahan hadir ke

mahkamah kepada suspek dan suspek berkewajipan untuk mematuhi arahan tersebut.

Kesimpulannya, saman dan bukannya waran digunakan untuk hadirkan suspek yang

melakukan kesalahan di bawah seksyen 31 ini ke bahagian penguat kuasa agama ataupun

mahkamah (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013).

Berbeza dengan bidang kuasa jenayah syariah negeri Selangor yang menyediakan garis

panduan khusus yang membentuk SOP dalam pengendalian kes jenayah di bawah

peruntukan seksyen 31 ini. Tiga tindakan alternatif yang digariskan dalam Arahan Tetap

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ini antara perkara yang menjadi fokus penyelidik

untuk dianalisis. Penyelidik melihat tiga alternatif ini sebagai kunci kepada tatacara pra

perbicaraan suspek kanak-kanak terutama tatacara tangkapan. Penyelidik tidak menafikan

kesahan SOP ini dari segi kesan perundangannya. Ia merupakan suatu arahan pentadbiran

dan pastinya tidak sepatutnya bertentangan dengan ketetapan undang-undang yang

dikuatkuasakan. Ia lebih terikat kepada budi bicara penguat kuasa agama dan fenomena ini

menyebabkan ketidakselarasan pelaksanaan serta penguatkuasaan tatacara tangkapan di

bawah bidang kuasa negeri yang sama. Undang-undang sudah tentukan tatacaranya maka

tidak perlu kepada arahan tersebut. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh

ditudingkan kepada penguat kuasa agama negeri Selangor sahaja. Kebanyakan penguat

Page 11: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

446

kuasa agama di negeri-negeri mempraktikkan amalan ini. Bezanya di JAIS ia wujud secara

bertulis berbanding dengan JAWI contohnya, tidak secara bertulis (Siti Norjihan 2014).

KESESUAIAN TATACARA YANG DIPERUNTUKKAN SEBAGAI SATU

KESIMPULAN

Peruntukan-peruntukan dan tatacara tangkapan kes jenayah syariah yang dibincangkan di

atas diguna pakai dalam kes yang melibatkan suspek kanak-kanak. Tiada peruntukan yang

khusus di dalam enakmen tatacara jenayah negeri-negeri berkaitan tatacara tangkapan

terhadap suspek kanak-kanak. Umumnya, peruntukan-peruntukan dan tatacara tersebut

dianggap sifar kepincangan untuk diaplikasikan kepada golongan ini. Mereka tertakluk

kepada definisi tangkapan yang sama tanpa ada suatu definisi yang khusus. Tangkapan ke

atas mereka juga terikat kepada situasi-situasi sebagaimana tangkapan boleh bermula

terhadap suspek dewasa sebagaimana yang diutarakan oleh Azam. Mereka juga dibenarkan

ditangkap dalam keadaan flagrante delicto atau al-talabbus (التلبس), susulan dari

penggeledahan tanpa waran dan tangkapan dalam kes yang sudah dikeluarkan waran

tangkap tetapi waran tersebut tidak ada dalam milikan pegawai penguat kuasa Agama atau

pegawai polis yang terbabit. Mereka juga menikmati jaminan dan perlindungan yang sama

seperti orang dewasa dalam prosiding jenayah seperti hak untuk diberitahu sebab dia

ditangkap, hak untuk berdiam diri, hak kepada khidmat seorang peguam, hak untuk tidak

diperlakukan sewenang-wenangnya dan hak kepada jaminan. Pada dasarnya, tatacara

tangkapan yang sedia ada diaplikasikan dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bermula

dari cara tangkapan dilakukan, pihak-pihak yang berautoriti untuk melaksanakan

tangkapan, langkah-langkah yang diperlukan dalam pelaksanaan penangkapan dan

batasannya, tatacara penangkapan dengan waran dan tanpa waran.

Oleh itu tangkapan terhadap suspek kanak-kanak hendaklah dilakukan dengan apa-apa cara

yang munasabah jika pegawai penguat kuasa agama atau pegawai operasi mempunyai syak

yang munasabah suatu kesalahan telah dilakukan oleh mereka, iaitu dengan cara

menyentuh atau mengurung tubuh suspek melainkan jika suspek menyerah diri sama ada

dengan perkataan atau melalui perbuatan. Pegawai operasi boleh menggunakan segala

langkah setakat mana yang perlu untuk melaksanakan penangkapan ke atas suspek kanak-

kanak untuk menyekat serta mencegahnya dari melarikan diri dan jika mereka berhadapan

dengan tindakan agresif suspek yang cuba menentang dan menggunakan kekerasan untuk

mengelak dari ditangkap. Alasan penangkapan iaitu mengenai kesalahan yang disyaki

dilakukan dan hukuman yang dikenakan jika disabitkan, haknya untuk mendapatkan

khidmat seorang peguam pilihannya dan tanggungjawab suspek untuk memberi kerjasama

kepada pegawai penguat kuasa agama hendaklah diberitahu kepada suspek kanak-kanak

sebaik sahaja tangkapan dilakukan (Sharom 2013). Gari juga tidak digunakan dalam

tangkapan suspek kanak-kanak walaupun dikatakan golongan ini kadang kala lebih agresif

untuk meloloskan diri dari pihak penguat kuasa yang membuat tangkapan (Yusof Musa

2010).

Namun penulis berpandangan tatacara yang diperuntukkan tersebut sudah mencukupi dan

memadai untuk memastikan ketidakadilan dan pencabulan hak-hak pesalah itu dari tidak

berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang tidak disebut dalam peruntukan-

peruntukan ini yang diperlukan khusus dalam pengendalian tatacara penangkapan kanak-

kanak. Antaranya:-

Page 12: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

447

i. menyatakan dengan jelas aplikasi peruntukan-peruntukan tersebut terhadap kanak-

kanak,

ii. pemberitahuan kepada kedua ibu bapa atau penjaga sebaik sahaja penangkapan

dilakukan,

iii. penyerahan waran tangkap melalui ibu bapa atau penjaga sama ada disebabkan

kegagalan mematuhi perintah atau saman hadir ke Bahagian Penguat kuasa atau

mahkamah, atau penglibatan kanak-kanak dalam jenayah tidak boleh ditangkap,

iv. tanggungjawab menyempurnakan bon jaminan oleh ibu bapa atau penjaga untuk

hadir di hadapan Hakim Syarie melalui saman hadir ke mahkamah dan impak

keengganan mereka berbuat demikian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan

mereka yang sah terbabit,

v. tatacara alternatif yang disediakan bagi menggantikan penangkapan danmembentuk

satu langkah ‘diversion’ atau pelencongan.

Senarai perkara di atas sepatutnya diperuntukkan dengan jelas dalam enakmen tatacara

jenayah syariah negeri-negeri. Ketiadaan peruntukan sedemikian membuka ruangan budi

bicara yang luas kepada para penguat kuasa, mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya

penyalahgunaan kuasa dan ketidakselarasan pengendalian kes-kes jenayah yang

melibatkan pelaku kanak-kanak. Sewajarnya pelaksanaan dan penguatkuasaan tatacara

tangkapan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah perlu

mengambil kira maslahat kanak-kanak dan demi kepentingan terbaik untuk mereka.

RUJUKAN

Ahmad Azam Mohd Shariff, Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek

Kanak-kanak. Temu bual, 18 November 2013.

Ahmad Azam Mohd Shariff, Mazupi Abdul Rahman, Nazura Abdul Manap & Shamsuddin

Suhor, Tangkapan ke atas suspek dalam siasatan kes jenayah syariah di Malaysia:

permasalahan dan cadangan penyelesaian, 1 Current Law Journal(Sya), 2012,

hlm.Ix.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559).

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/listswpk

?OpenForm

Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/listswpk

?OpenForm

Alfian bin Ahmad, Ketua Operasi, Bahagian Penguat kuasa Agama Sepang, Tatacara Pra

Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanak-kanak. Temu bual, 20 Julai

2010.

Anita Abdul Rahim, Wafaa’ Yusof. 2012. Umur Pesalah Kanak-kanak: Ketidakseragaman

dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di

Malaysia. Jurnal Kanun. Jil. 24(1), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arahan Tetap S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Bil.1/2003, Bagi

Melaksanakan Tindakan Pencegahan Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah

Selangor, No.9 Tahun 1995 (Perlakuan Tidak Sopan Di Tempat Awam). Shah

Alam: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1999, En. 9/95. http://www2.esyariah.gov.my/

esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/listswpk?OpenForm

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, (En. 3/03). http://www2.

esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/listswpk?OpenForm

Page 13: Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang

448

Norhisham Mohd Idris, Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Hulu Langat, Jabatan Agama

Islam Hulu Langat, Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Kanak-

kanak. Temu bual. 6 Jun 2012.

Sharom Bin Maarof, Penolong Pengarah Unit Siasatan, Bahagian Pengurusan

Penguatkuasaan. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek

Kanak-kanak. Temu bual, 2 April 2013.

Siti Norjihan bt. Saleh, Penolong Pengarah Siasatan, Cawangan Siasatan, JAWI, Tatacara

Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanak-kanak. Temu bual, 23

April 2014.

Siti Zubaidah Ismail. 2008. Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di

Malaysia: satu analisis. Jurnal Syariah. Jil.16. Keluaran Khas. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Wafaa’ Yusof, Anita Abdul Rahim. 2014. The Age of Criminal Responsibility from the

Perspective of Malaysian Shariah Law. Asian Social Science. Vol.10. Canada:

Canadian Center of Science and Education. http://www.ccsenet.org/

journal/index.php/ass/article/download /36494/ 20505.

Yusof Musa (Yang Amat Arif), Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Tatacara Pra

Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanak-kanak. Temu bual, 17 Julai

2010.