tanda-tanda-ikhlas.pdf

24
Tanda-Tanda Ikhlas BUKTI-BUKTI IKHLAS Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dari. Yusuf al-Qaradhawi Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah: Pertama: Takut Kemasyhuran Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah. Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, ke masyhuran, penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud dalam masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit darip zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi.” Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dari ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’. Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tidak membenarkan orang yang suka kemasyhuran.” 1 / 24

Upload: firdaus-mukhtaruddin

Post on 01-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tanda-tanda ikhlas...document ini bukan dari saya..di sebabkan isi maklumat ini berguna lebih baik jika kita berkongsi bersama..kepada owner document asal ini terima kasih kerana membuat document yang berguna

TRANSCRIPT

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    BUKTI-BUKTI IKHLAS Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dari. Yusuf al-Qaradhawi Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya dalamkehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinyadan juga orang lain. Di antaranya adalah: Pertama: Takut Kemasyhuran Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika diatermasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal disisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan.Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baikyang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu disisi Allah. Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, ke

    masyhuran, penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud dalammasalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: Kami tidakmelihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit darip zuhud dalam kedudukan. Engkaumelihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kamimembahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi. Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkandan menyangsikan hatinya dari ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itumereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telahmeriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairidalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya. Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, Allah tidakmembenarkan orang yang suka kemasyhuran.

    1 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Beliau juga berkata, Tidak sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Padasuatu mlm aku berada di dalam masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakitperut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dari masjid.

    Beliau berasa senang kerana muazzin tersebut tidak mengenalinya. Maka dari itu beliaudiperlakukan secara kasar, kakinya diseret seperti seorang pesakit. Beliau meninggalkankedudukan dan kekayaannya kerana Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tidak ingin keluar jikatidak sakit. Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, Saya tidak mengenal orang yang sukakemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.

    Beliau juga berkata, Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang sukaterkenal di tengah manusia. Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang ituberkata, Berilah aku nasihat.

    Ibn Muhairiz berkata, Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlahsendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini. Ayyub as-Sakhtiyani berkata, Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali jikadia suka tidak merasakan kedudukannya.

    Khalid bin Midan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang-orangyang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi

    2 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    terkenal. Salim bin Handzalah menceritakan, Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubaybin Kaab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya. Ubay bin Kaab lalu bertanya, Wahai Amirul Muminin, apakah yang telah engkau lakukan? Jawab Umar, Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujianbagi yang diikuti.

    Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang padapermulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaanorang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.

    Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, Pada suatu hari Ibn Masud keluar dari rumahnya,lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: Ada apa kamumengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orangantara kamu pun tidak akan dpt mengikutiku. Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, Apakahkamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalamhati orang Mumin? Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yangmengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, Andaikata tidak kerana aku tahu bahawaAllah mengetahi isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takutkebencian dari Allah. Ibn Masud berkata, Jadilah kamu sbagi sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, oborpada waktu mlm dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal

    3 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    penduduk bumi. Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apasukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidakmengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.

    Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadisumber riwayat ini adalah para imam dan daie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baikdalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yangdpt difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yangtersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia,jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yangmengikutinya. Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur darip paraAnbia, al-Khulafa ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencarikemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhurantanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bagi orang-orangyang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali. Sejajar dgn pengertian ini yang telah disebuntukan dalam hadith Abu Dzar darip Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yangmelakukan suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya. Maka Baginda menjawab, Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orangMumin. (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad) Ada pula lafaz lain, Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang punmenyukainya..

    4 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarirat-Thabary dan alin-lainnya. Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah,bahawa ada seorang lelaki berkata, Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amaldan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia punberasa takjub kepadanya. Baginda bersabda, Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahalamemperlihatkan.

    Kedua: Menuduh Diri Sendiri Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbagi orang yang berlebih-lebihan di sisiAllah dan krg dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinyakerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takutandaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidakditerima. Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis tersedu-seduketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, Mengapa engkau masihmenangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkansedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir? Beliau menjawab, Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yangmasuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman,Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa, Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dgn firmanAllah yang bermaksud: Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.. (al-Hajj: 32)

    5 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: Taqwa itu ada di sini, Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya. (HRImam Muslim) Sayyidah Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tentangorang-orang yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: Dan orang-orang yangmemberikan apa yang telah mereka berikan dgn hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa)sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. (al-Muminun: 60) Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takutkepada Allah? Baginda menjawab, Bukan wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yangmendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima.Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yangsegera memperolehinya. (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya) Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya yang menyusup ke dalam dirinya, sdg diatidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orangyang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya. Dalam hal ini Ibn Athaillah memperingatkan, Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amatjelas dan terang. Sdgkan kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan tersembunyi.Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya yangmasuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila oranglain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam beribadah. Makakosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadapdirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka. Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan

    6 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Amal yang dilakukan secara diam-diam harus lebih disukai darip amal yang disertai liputan dandidedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namuntidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah,ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat olehmata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akanberdiri, atap tidak akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tidak dpt ditegakkan. Tetapi iatidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya: Landasan yang tersembunyi Tidak terlihat mata kerana merendah Bangunan yang menjulang tinggi Di atasnya dibangun megah Di bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith Muadz, Sesungguhnya Allah menyintaiorang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidakhadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar darisetiap tempat yang gelap. Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam OlehPujian Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita mendapatkannya.Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak terkecoh tentang hakikat dirinya di hdpn orangyang memujinya, kerana mmg dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya darip oranglain yang boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya. Ibn Athaillah berkata, Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu. Makaadalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui padadirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya

    7 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya. Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu anh, bahawa jika dipuji orang lain maka beliauberkata, Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlahkebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka ketahui. Ibn Masud radhiallahu anh berkata kepada orang-orang yang mengekori danmengerumuninya, Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antarakamu pun tidak akan dpt mengikutiku. Padahal beliau adalah sahabat yang menonjol, pemukapetunjuk dan pelita Islam. Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil berkata,Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa diriku. Salah seorang yang shaleh bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang ada yangmemujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:

    Mereka berbaik sangka kepadaku Padahal hakikatnya tidaklah begitu Tetapi aku adalah orang yang zalim Sbagimana yang Engkau sedia maklum Kau sembunyikan semua aib yang ada

    8 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Dari pandangan mata mereka Kau kenakan pakaian menawan Sbagi tabir tutupan Jadilah mereka meyintai Padahal aku tidak layak dicintai Tapi hanyalah diserupai Janganlah Engkau hinakan aku Pada Hari Qiamat di tengah mereka Jadikanlah aku yang mulia Termasuk yang hina dina Penyair yang shaleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sgt penting, iaitu keindahantabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Brp banyak cela yang tersembunyi, danAllah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu daripandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi

    9 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbagi kurnia dankemuliaan baginya. Seerti dgn ini telah dikatakan oleh Ibn Athaillah, Sesiapa yang memuliakanmu, sbnrnya diatelah memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yangmemuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterimakasih kepadamu. Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya: Allah telah berbuat baik kepada kita Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana Apa yang tersembunyi pada diri kita Tentu tersingkap di sisiNya Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Mmg LayakDipuji Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang mmg layak dipuji dan menyanjungorang yang mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yang bakal muncul: Pertama,memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekutmemberikan pujian kepada orang yang layak. Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah memuji sekumpulan para sahabatnya,menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakaryang bermaksud: Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescayaaku mengambil Abu Bakar sbagi kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.

    10 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Sabda Baginda kepada Umar: Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akanmelalui jalan yang lain. Sabda Baginda kepada Uthman: Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat punberasa malu terhadap dirinya. Sabda Rasulullah terhadap Ali: Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa. Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: Beliau adalah salah satu darip pedang-pedangAllah. Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: Beliau adalah kepercayaan umat ini. Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi shallallahu alaihi wasallam, kerana kelebihan dankeistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaidyang diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapatpara pemuka sahabat. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbagi pegawai di Makkah, padahalumurnya masih dua puluh thn. Muadz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda.Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan darip orang-orang yang lebih terdahulumemeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash. Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, keranaada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti takutcampurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampuuntuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlumenyanjungnya. Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagaiurusan, padahal Ibn Abbas masih sgt muda. Maka para pemuka sahabat berkata kepadanya,Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yang muda tidak menghalangimu untuk berbicara.

    11 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Keenam: Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisanterhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg, selagi dalam dua keadaan ini dia mencarikeredhaan Allah. Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, menguasai barisan danmenduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatanbersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang dia lewatkan. Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk kepentingandirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sbagi pemimpin, maka dia melaksanakannyadan memohon pertolongan kepada Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik.Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalamsabda Baginda yang bermaksud: Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusutkepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan blkg, maka diapun berada di kedudukan penjagaan. (HR Imam Bukhari) Allah meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sbagi komandan pasukan, sekali punbeliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Stelah itu beliau pun menjadiorang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau ttpikhlas memberikan pertolongan. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang yangmeminta jawatan dan sengaja untuk mendapatkannya. Telah disebuntukan di dalam as-Shahih,bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah: Janganlah engkau memimta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan itutanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, makasemua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu. (Muttafaq Alaihi) Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia

    12 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah Azza waJalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran,kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalahsuatu yang tidak bertepi, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Dalam halini seorang penyair berkata: Adakalanya seseorang Membuat redha sekian ramai orang Kini betapa jauh jarak yang membentang Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu Penyair lain berkata: Jika aku meredhai orang-orang yang mulia Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina Orang yang mukhlis tidak terlalu peduli dgn semua ini, kerana syiarnya hanya bersama Allah.Dikatakan dalam satu syair: Boleh jadi engkau mengasingkan diri Tetapi hidup ttp terasa pahit di hati

    13 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Boleh jadi engkau redha Padahal orang lain murka Engkau membangun dan orang lain merobohkan Antara diriku dan alam ada kerosakan Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya Apa yang ada di atas tanah Ttp menjadi tanah Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah,Bukan Kerana Kepentingan Peribadi Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harusdilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi dankepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalamKitabNya: Dan di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberisebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagiandaripadanya, dgn serta merta mereka menjadi marah. (at-Taubah: 58)

    14 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan dakwah, apabila adasalah seorang rakannya melontarkan perkataan yang mengganggu atau melukaiperasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah danmeradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah. Ikhlas untuk mencapai tujuan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan geraklangkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batasterhadap dirinya. Sebab dia berbuat kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi atau atasnama keluarga, serta bukan kerana kepentingan orang tertentu. Dakwah kepada Allah bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapidakwah merupakan milik semua orang. Siapa pun orang Mumin tidak boleh menarik diri darimedan dakwah ini hanya kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya. Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang diperoleh, kejayaan yang tertunda, kesulitandalam bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderunganmereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atauberhenti di tengah jalan. Sebab dia berbuat bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau punkemenangan, tetapi yang plagi pokok tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan menurutiperintahNya. Nabi Nuh alaihissalam, pemuka para anbia, hidup di tengah kaumnya selama 950 thn. Beliauberdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau.Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagaicara, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau: Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruankuitu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali akumenyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anakjari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap(mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri. (Nuh: 5-7)

    15 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950 thn, beliau ttp menyeru kaumnya danakhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yang lainberpaling dari beliau, sekali pun beliau sgt berharap mereka mahu beriman. Al-Quran telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mumin di dalam surah al-Buruj.Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, Kematian ini dptmemberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita? Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan.Kejayaan dakwah ada di tgn Allah. Siapa yang tahu kalau pun darah mereka itu merupakansantapan lazat bagi pohon iman generasi berikutnya? Perkara yang prinsip, alam orang yang mukhlis hanya bagi Allah semata. Dia cekal dalam halini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kepada Allah, kerana Allah-lahyang menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jikaberjaya, maka segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan ituhanya milik Allah. Sesungguhnya di akhirat Allah tidak akan bertanya kepada manusia, Mengapa engkau tidakmemperoleh kemenangan? Tetapi Dia akan bertanya, Mengapa engkau tidak berusaha? Allah tidak bertanya, Mengapa engkau tidak berjaya? Tetapi Dia bertanya, Mengapa engkautidak melakukannya? Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung Berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan, bergabung dalam barisanmereka yang mahu beramal, untuk menegakkan bendera atau ikut taat dalam amal. Hal iniharus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kepadanya, sehingga dia dpt mengambiltempat yang sesuai dgn kedudukannya. Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal, dengki ataupun gelisah kerana kehadirannya. Malahan jika orang yang mukhlis melihat ada orang lain yanglebih baik darip dirinya yang mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia aknmundur, memberikan tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senangmenyerahkan jawatan kepadanya.

    16 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Sebahagian orang yang memegang jawatan, lebih-lebih lagi jika berada di barisan hadapan,tidak mahu menyerah dalam mempertahankan kedudukannya, tidak mahu berundur walaubagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang lain. Dia berkata, Ini merupakankedudukan yang telah diberikan Allah kepadaku, maka aku tidak mahu melepaskannya. Iniadalah pakaian yang telah dikenakan kepadaku, maka aku tidak mahu membukanya.Kedudukan ini dtg dari langit. Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masadiperuntukkan bagi mereka yang sesuai dgnnya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkanbagi orang yang mmg sesuai dgn tenoat itu. Banyak cemuhan ditujukan kepada penguasa yangbermati-matian mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalahyang paling mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dari terpaan angin taufan. Ketika mendapat kritik dari orang lain, para daie Muslim tidak boleh menutup mata ataumenutup telinga. Mereka juga tidak boleh lpada tgn demi kemaslahatan dakwah sebagaimanaorang lain yang tidak boleh lps tgn demi kemaslahatan negara dan ummah. Kerana andai lpadatgn, boleh jadi itu merupakan belenggu syaitan dan godaan yang dibisikkan ke dalam hati paraaktivitis Islam. Sehingga jika yang lebih banyak berbicara adalah kepentingan diri sendiri,kecintaan kepada kedudukan dan dunia, maka itu dianggap pengabdian terhadap agama. Brp ramai jemaah atau harakah yang disusupi kezaliman dari luar, pengaruh dari dalam ataukepincangan dalam berfikir dan beramal, tiada inovasi dan tajdid, sbagi akibat dari kerakusansatu atau dua orang yang terlibat di dalamnya. Dia tidak mahu melepaskan kedudukannyakepada orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, duniaterus berubah. Tetapi ternyata mereka tidak mahu berputar seiring dgn putaran bumi, tidakberubah seiring dgn perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia. Malahan di antara mereka ada yang memikul beban dan tanggungjawab melebihi kemampuanbahunya. Padahal maksudnya ialah untuk menghalang jalan bagi orang lain yang lebih mampudan lebih bertenaga, bukan sahaja orang lain itu dpt dikerahkan untuk mengurangkan bebanamanat yang dipikulnya malah sekaligus sbagi melatih diri untuk memikul tanggungjawab. Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat

    17 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yang paling diredhai Allah, dan bukan yangpaling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yang mukhlis lebih mementingkan amalyang lebih banyak manfaatnya dan lebih mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsudan kesenangan diri sendiri. Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskanuntuk mendamaikan mereka yang sdg bertikai, justeru itulah yang lebih dipentingkannya.Dalam sebuah hadith disebuntukan: Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang sesuatu yang lebih utama darip darjatpuasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sebab kerosakan diantara sesama amnusia adalah pemotong. (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadithshahih) Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dalam jiwa jika boleh melaksanakanumrah pada setiap bulan Ramadhan dan haji pada musimnya. Tetapi dikatakan kepadanya,Sumbangkan saja wang itu untuk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sdgmengalami kehancuran. Jika hatinya tidak lapang dan menolak, maka dia seperti apa yangdikatakan al-Ghazali sbagi orang yang tertipu. Ada seorang penderma dari salah satu negara kaya yang berkunjung ke Afrika untukmembangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh para wakil masyarakat, yangmengusulkan akar dia membaiki bbrp masjid lama yang hampir roboh. Sementaramasjid-masjid itu berada di tempat strategik di tengah permukiman penduduk dankewujudannya sgt diperlukan. Tabung yang mestinya untuk membangun satu masjid yangdirencanakan, cukup untuk membaiki sepuluh masjid lama yang sudah ada dan hampir robohitu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali jika namanya digunakan untuk nama-nama masjidtersebut. Kedua Belas: Menghindari Ujub Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tidak merosak amal dgn ujub, berasa senang danpuas terhadap amal yang telah dilakukannya. Sikap seperti ini dpt membutakan matanya untukmelihat celah-celah yang sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yang perlu dilakukan olehorang Mumin stelah melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia telah melakukankelalaian, disedari mahupun tidak disedari. Maka dari itu dia takut jikalau amalnya tidak

    18 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    diterima. Allah berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari mereka yang bertaqwa. (al-Maidah: 27) Di antara ungkapan yang sgt berkesan dalam masalah ini, yang dinisbatkan kepada Ali bin AbiThalib adalah, Suatu keburukan yang menyesakkanmu lebih baik di sisi Allah darip kebaikanyang membuatmu ujub. Pengertian seperti ini juga ditetapkan Ibn Athaillah di dalam Al-Hikam, beliau berkata, Bolehjadi Allah membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tidak membuka pintu penerimaan amalbagimu. Boleh jadi Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itumenjadi sebab yang menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yang membuahkan ketundukandan kepasrahan lebih baik darip ketaatan yang membuahkan ujub dan kesombongan. Dari sini al-Quran memperingatkan agar tidak menyertai sedekah dgn menyebut-nyebutsedekah itu dan ucapan yang menyakitkan, kerana dikhuatirkan justeru menggugurkan pahalayang dihilangkan pengaruhnya. Allah berfirman yang bermaksud: Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik darip sedekah yang diiringi dgnsuatu yangmenyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orangyang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgnmenyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkanhartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka perumpamaan bagi orang itu adalah seperti batu licin yang di atasnya ada tanah,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tidak bertanah). (al-Baqarah:263-264) Rasulullah shallallahu alaihi wasallam juga memperingatkan ujub dan menjadikannya termasukhal-hal yang merosak. Ibn Umar meriwayatkan dari Baginda yang bermaksud: Tiga perkara yang merosak dan tiga perkara yang menyelamatkan. Sedangkanperkara-perkara yang merosak adalah kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub

    19 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    seseorang terhadap dirinya. (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dalam Shahih al-Jamias-Shaghir, no. 3045) Al-Quran telah mengisahkan kepada kita kejadian yang dialami kaum Muslimin pada waktuPerang Hunain. Allah telah memberikan kemenangan kepada mereka sewaktu Perang Badar,padahal mereka sama sekali tidak diunggulkan menang. Allah juga memberikan kemenangankepada mereka pada Perang Khandaq, yang sebelum itu pandangan mereka meredup, hatimereka naik ke atas hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yang bukan-bukanterhadap Allah dan mereka tergoncang dgn hebat. Allah juga memberikan kemenanagn kepadamereka pada waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah. Tetapi pada waktu Perang Hunainmereka menjadi ujub kerana jumlah mereka yang banyak. Ternyata jumlah yang banyak initidak memberi manfaat apa-apa, hingga mereka pasrah kepada Allah. Mereka pun menyedaribahawa kemenangan datang hanya dari sisi Allah. Dia berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai kaum Mumin) di medan peperangan yangbanyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi sombong keranabanyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamusedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkgdgn bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepadamereka yang beriman. (at-Taubah: 25-26) Orang Mumin yang sedar adalah mereka yang menyerahkan segala urusannya hanya kepadaAllah, lalu percaya bahawa kemenangan hanya dtg dari sisiNya. Firman Allah: Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (AaliImran: 126) Kemuliaan juga datang hanya dari sisiNya: Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu. (Fathir: 10) Taufiq kepada hal-hal yang baik juga berasal dari pertolongan Allah. FirmanNya:

    20 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dgn (pertolongan) Allah. (Hud: 88) Hidayah hanya dtg dari sisiNya: Barangsiapa yang disesatkanNya, maka kamu tidak boleh mendapatkan seorang pemimpinpun yang dtg yang mampu memberikan petunjuk kepadanya. (al-Kahfi: 17) Dikatakan dalam sebuah syair: Andaikan Allah tiada mempedulikan kehendakmu Nescaya tidak akan ada pilihan bagi semua manusia Andaikan Dia tidak memberi petunjuk jalanmu Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit ada di sana Ketiga Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri Al-Quran telah memperingatkan untuk membersihkan diri dari pujian dan sanjungan ke atasdirinya, sebagaimana firmanNya: Dia lebih mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dari tanah danketika kamu masih dalam janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci.Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (an-Najm: 32)

    21 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menganggap dirinya suci. Firman-Nyayang bermaksud: Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allahmembersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. (an-Nisa: 49) Hal ini terjadi kerana mereka berkata, seperti yang dijelaskan Allah yang bermaksud: Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya. (al-Maidah: 18) Perkataan mereka ini disanggah dengan firman-Nya yang bermaksud: Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya. Diamengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan,kepunyaan Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kepada Allah-lah kembali (segalasesuatu). (al-Maidah: 18) Orang yang telah melakukan sesuatu amal shaleh, tidak boleh mempamerkan amalnya itu,kecuali jika untuk menyampaikan nikmat Rabb-Nya: Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).(ad-Dhuha: 11) Selain itu ia bertujuan untuk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yangbermaksud:

    22 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    Barangsiapa membuat sunnah yang baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahalaorang yang mengerjakannya. (HR Imam Muslim) Dibolehkan juga jika bertujuan untuk membela diri kerana ada tuduhan yang dilemparkankepadanya, padahal dia tidak bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin adasebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bagi orang yang batinnya sudah kuat kerana Allahsemata dan bukan kerana tujuan yang bukan-bukan serta tidak tergolong pada ujub, tidakbertujuan mencari sanjungan dari orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalanganmasyarakat. Namun memang jrg orang yang bebas dari tujuan ini. Orang Islam harus waspada, jangan sampai ujub terhadap diri sendiri, kerana kebaikan dankeshalihan yang dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yang beruntung sdg yanglain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yang layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yangselamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yang layak disebutthaifah manshurah (kelompok yang mendapat pertolongan) sdgkan yang lain dibiarkan. Pandangan terhadap diri sendiri seperti ini adalah ujub yang merosak, dan pandangan terhadaporang-orang Islam seperti itu adalah pelecehan yang menghinakan. Dalam sebuah hadith shahih disebuntukan: Jika seseorang berkata Manusia telah rosak,maka dialah yang lebih rosak darip mereka. (HR Imam Muslim) Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ahlakuhum, dgn pengertian bahawa justeru dialah yanglebih banyak dan lebih cepat menimbulkan kerosakan, kerana dia terpedaya oleh diri sendiri,congkak terhadap amalannya dan melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna seperti ini,bererti dialah yang menyebabkan kerosakan mereka, kerana dia berasa lebih unggul darimereka dan juga membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah. Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, Larangan ini ditujukan kepada orang-orang yangberkata seperti itu, kerana ujub terhadap diri sendiri, mengecilkan orang lain dan berasa dirinyalebih unggul dari mereka. Ini adalah perbuatan yang diharamkan. Tetapi jika perkataan sepertiitu disampaikan kerana memang ada kekurangan dalam pengamalan agama mereka atau

    23 / 24

  • Tanda-Tanda Ikhlas

    kerana rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga situasi agama mereka, maka hal itu tidakapa-apa. Inilah yang ditafsir dan dihuraikan oleh para ulama, seperti yang dikatakan olek Malikbin Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan lain-lainnya. Dalam hadith lain disebutkan, yang bermaksud: Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia mencela saudara Muslimnya. (HR Imam Muslim) Sebab di antara orang Islam atas orang Islam lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakandan melecehkannya. Tidak mungkin seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan merekaibarat dua cabang yang melekat di satu pohon yang sama. Lihat apa yang dihuraikan oleh al-Ghazali di dlm Dzammusy-Syuhrah wa Intisyarushshit, danBayanu Fadhilatil-Khumul, dari kitab Dzamjul-Jah war-Riya, dari kitab al-Ihya, yangdisyarahkan al-Allamah Murtadha az-Zubaidi, 8/232-238

    24 / 24