tan sri syed mokhtar al-bukhary

4
KEPIMPINAN BERDASARKAN TEORI NEOKARISMATIK Teori ini menghubungkaitkan kepimpinan dan sifat-sifat oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Diantara sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti berfikiran terbuka,mudah menerima kritikan dan sentiasa menerima pandangan atau pendapat-pendapat daripada orang lain. Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan seperti rangkaian syarikat tenaga,pelabuhan,hotel,perkilangan dan pasar raya.Beliau lebih gemar kepada cara kehidupan yang serba ringkas,mudah mesra,peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakannya. Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah sifat rendah dirinya. Ini adalah kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. Kaum keluarga,sahabat handai,saudara mara,rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini. Sehingga hari ini, Syed Mokhtar Al Bukhary berkerja dari siang hinggá larut malam dan adakalanya sehingga pagi.

Upload: mieraj

Post on 24-Jul-2015

214 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary

KEPIMPINAN BERDASARKAN TEORI NEOKARISMATIK

Teori ini menghubungkaitkan kepimpinan dan sifat-sifat oleh Tan Sri Syed

Mokhtar Al Bukhary. Diantara sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau

adalah seperti berfikiran terbuka,mudah menerima kritikan dan sentiasa

menerima pandangan atau pendapat-pendapat daripada orang lain. Walaupun

beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini

adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan seperti rangkaian syarikat

tenaga,pelabuhan,hotel,perkilangan dan pasar raya.Beliau lebih gemar kepada

cara kehidupan yang serba ringkas,mudah mesra,peramah dan fokus terhadap

apa yang diusahakannya. Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah sifat rendah dirinya. Ini adalah kerana

segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. Kaum

keluarga,sahabat handai,saudara mara,rakan perniagaan dan manusia biasa

yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini.

Sehingga hari ini, Syed Mokhtar Al Bukhary berkerja dari siang hinggá larut

malam dan adakalanya sehingga pagi. Rumahnya adalah ibupejabat korporat, di

mana beliau mengikut perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih

20,000 pengurus dan kakitangannya. Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur

adalah bilik mesyuarat utama dan beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah

eksekutif serta pengurus-pengurusnya seminggu sekali. Syed Mokhtar hanya

melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-

hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan

keluarga.

Page 2: Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary

Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya

adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain. Disebalik

kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada

kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan. Beliau telah

mengambil masa 30 tahun untuk mebina portfolio perniagaannya, tetapi dalam

masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang. Beliau mahu maju ke

hadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi

kejayaannya. Beliau pernah dilabelkan sebagai seorang yang ‘tamak’ tetapi

pernahkah seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan

juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai

pegangan besar dalam salah satu syarikatnya iaitu Malaysia Mining

Corporation.Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu

berkerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan dan berserah kepada

tuhan.

Syed Mokhtar mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk

menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan

sanggup membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi

kepuasan kepada pelanggan dengan menunjukkan sikap mengambil berat serta

sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan

pelanggan,pembekal,kakitangan dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah

dipersetujui. Beliau sentiasa mencari peluang perniagaan lain supaya dapat

membantu terus orang lain mengembangkan diri masing-masing dan bukan

membuatnya hanya untuk dirinya semata-mata. Beliau sentiasa mengatakan

gembira dan seronok dapat membantu orang lain merasai kesenangan

Page 3: Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary

sepertimana yang dirasainya dan pernah berkata kepada dirinya, apa yang saya

dapat, saya mesti berikan kepada orang lain merasainya sama. Jangan beri

kurang, lebih tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.