tan so lim · menguji keberkesanan rekabentuk papan anjal elektronik dalam aktiviti plyometrik tan...

24
MENGUJI KEBERKESANAN REKABENTUK PAPAN ANJAL ELEKTRONIK DALAM AKTIVITI PLYOMETRIK TAN SO LIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vandan

Post on 17-Jun-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENGUJI KEBERKESANAN REKABENTUK PAPAN ANJAL

ELEKTRONIK DALAM AKTIVITI PLYOMETRIK

TAN SO LIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: MENGUJI KEBERKESANAN REKABENTUK PAPAN ANJAL ELEKTRONIK

DALAM AKTIVITI PLYOMETRIK

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya: TAN SO LIM

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (4) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 29, Jalan Besar, Pasir Panjang,

Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz B. Haji Omar

71250 Port Dickson, N.S. Nama Penyelia Tarikh: 10 Mac 2004 ____________ Tarikh: 10 Mac 2004 ______________

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : __________________

Nama Penyelia: Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz B. Haji Omar

Tarikh : 10 Mac 2004

MENGUJI KEBERKESANAN REKACIPTA PAPAN ANJAL ELEKTRONIK

DALAM AKTIVITI PLYOMETRIK

TAN SO LIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : __________________

Nama Penulis : TAN SO LIM

Tarikh : 10 Mac 2004

iii

PENGHARGAAN

Penulis ingin mangambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih khasnya kepada pensyarah penyelia iaitu Prof.

Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz B. Haji Omar atas bimbingan, tunjuk ajar, sokongan,

galakan dan panduan kepada penulis sepanjang menjalani penyelidikan tesis ini

tanpa mengira penat lelah.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Tuan Hj. Abdul Hamid

Rahabah dan Encik Yunos Hj. Dahlan yang telah membantu penulis dari segi nasihat

dan rujukan sepanjang proses menyiapkan penulisan tesis ini.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ariff dari

Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang sudi meluang masa dalam membantu dan

memberi kerjasama dalam kerja pemasangan bahagian elektronik kajian saya.

Tidak ketinggalan juga kepada pasukan Taekwondo Universiti Teknologi

Malaysia yang memberikan sepenuh kerjasama kepada saya dalam menjalankan

kajian aktiviti plyometrik. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada jurulatihnya

atas bantuan yang dihulurkan.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa memberi bantuan

dan sokongan kepada penulis serta kepada semua pihak yang membantu sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penulisan

ini. Penulis akan mengenang jasa dan bantuan dari semua pihak. Ribuan terima

kasih.

iv

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan rekacipta papan anjal elektronik dalam aktiviti plyometrik dan membuat perbandingan keputusan di antara ujian pra dan ujian pos menggunakan alat papan anjal yang telah ditingkatkan fungsinya dengan pengesan daya elektronik oleh Pasukan Atlit Taekwondo Universiti Teknologi Malaysia. Kajian soal selidik juga dijalankan untuk melihat perspektif pelajar mengenai alat papan anjal elektronik ini. Kajian eksperimental dijalankan di Kolej Tun Fatimah di mana 20 atlit Taekwondo pasukan UTM, yang cergas berumur di antara 21-24 tahun, telah dipilih sebagai sampel kajian ini, manakala kajian soal selidik bertempat di Makmal Sains Sukan di mana 40 pelajar kursus Sains Sukan Tahun Empat dan 20 atlit Taekwondo pasukan UTM dijadikan sampel. Ujian Penganalisaan Daya telah digunakan untuk mengukur samada terdapat pengurangan kadar daya pendaratan selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan papan anjal. Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu. Data mentah telah dianalisa dengan menggunakan SPSS 10.0. Hipotesis dalam kajian ini diuji mengikut penganalisaan secara statik yang melibatkan ujian-T. Daripada analisis ujian-T didapati kadar pengurangan daya pendaratan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan papan anjal elektronik. Hasil kajian mencadangkan, atlit yang menjalani latihan plyometrik menggunakan alat papan anjal pengesan daya elektronik dapat mengurangkan daya pendaratan dan mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

v

ABSTRACT

The purpose of this study was to test the effectiveness of the electronic spring board invention in plyometric drills and to make comparisons of results between the pre-test and the post-test using the upgraded electronic force detector spring board by University Technology Malaysia Taekwondo Team. The study of questionnaire was also carried out to view students’ perspective on the upgraded electronic spring board. The experimental study was done in Tun Fatimah College in which 20 Taekwondo athletes, between the ages of 21-24 years old was selected as the study sample. Whereas the questionnaire study was carried out in Sports Sciences Lab where 40 Sports Sciences student and 20 Taekwondo athletes took part in answering the questionnaires. The decrease landing force rate comparison was made using the Force Analysis Test. All data and scores concerning this study were analyzed by using SPSS version 10.0. Hypothesis was tested statistically using the Paired t-Test. The t-Test analysis showed that there were significant differences between the pre-test and the post-test in the decrease rate of landing force following the plyometrics drills using electronic force detector spring board. The findings strongly suggest that athletes who use electronic force detector spring board in plyometrics drills are able to decrease the landing force rate, thus minimizing the chances of injury.

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Isi Kandungan vi

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Penghasilan Daya 2

1.1.2 Plyometriks 2

1.1.3 Putaran Menegang-Mengendur 4

1.1.4 Kecederaan Dalam Latihan Plyometrik 4

1.1.5 Contoh Latihan Plyometrik Kaki 6

1.2 Latar Belakang Masalah 8

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Hipotesis Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Limitasi Kajian 11

vii

1.8 Definisi Operasional 11

1.9 Penutup 13

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Perkembangan Soviet Dalam Penggunaan Plyometrik 14

2.2 Mekanisme Latihan Plyometrik 15

2.3 Tegang-Refleks Dalam Plyometrik 17

2.4 Kontroversi Mengenai Penggunaan Plyometrik 17

2.5 Teknik Mendarat 20

2.5.1 Daya Di Dalam Pendaratan 21

2.5.2 Cara Untuk Mendarat Dengan Selamat 21

2.6 Penutup 23

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.2.1 Kajian Eksperimental 24

3.2.2 Kajian Soal Selidik 26

3.3 Sampel Kajian 26

3.4 Tempat Kajian 26

3.5 Rekabentuk Kajian Alat Papan Anjal Pengesan Daya 26

3.5.1 Paparan LCD Alat Papan Anjal Pengesan Daya 27

3.6 Instrumen Kajian 28

3.6.1 Soal Selidik 28

3.6.2 Ujian Penganalisaan Daya 28

3.7 Pentadbiran Kajian 28

3.7.1 Prosedur Menggunakan Alat Papan Anjal

Pengesan Daya 28

3.7.2 Soal Selidik 29

3.7.3 Ujian Penganalisaan Data 30

viii

3.8 Kaedah Pengumpulan 31

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 31

3.10 Penutup 32

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Statistik Deskriptif Kajian Eksperimental 34

4.3 Statistik Deskriptif Kajian Soal Selidik 35

4.4 Statistik Inferential Ujian Pra Dan Ujian Pos 36

4.4.1 Kumpulan Lelaki 36

4.4.2 Kumpulan Perempuan 39

4.5 Mencari dan Membandingkan Min Ujian Yang Dijalankan

Melalui Ujian-t 42

4.6 Data-data Daripada Soalan Kaji Selidik 44

4.7 Kadar Daya Pendaratan Dengan Latihan Plyometrik

Menggunakan Alat Papan Anjal Pengesan Daya 46

4.8 Penutup 47

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan 49

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 49

5.4 Kesimpulan 51

5.5 Cadangan-cadangan 51

5.6 Penutup 53

VI BIBLOGRAFI 54

VII LAMPIRAN 58

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Umur, berat dan ketinggian sampel lelaki. 33

2 Umur, berat dan ketinggian sampel wanita. 33

3 Bilangan sampel lelaki dan wanita. 34

4 Bidang sukan yang diceburi oleh sampel. 34

5 Data mentah ujian penganalisaan daya 35

atlit lelaki Taekwondo.

6 Data mentah ujian penganalisaan daya

atlit wanita Taekwondo. 38

7 Perbandingan di antara min ujian pra dan 41

ujian pos untuk ujian penganalisaan daya

kumpulan atlit lelaki Taekwondo.

8 Perbandingan di antara min ujian pra dan 42

ujian pos untuk ujian penganalisaan daya

kumpulan atlit wanita Taekwondo.

9 Data-data daripada soalan kaji selidik. 43

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Daya yang dipindahkan ke kaki. 21

2 Pendaratan dengan jari-jari depan kaki. 22

3 Posisi tapak kaki semasa pendaratan. 23

4 Perbandingan kadar pengurangan daya

pendaratan di antara ujian pra dan pos sampel

lelaki. 36

5 Perbezaan bacaan min ujian pra dan ujian pos

bagi ujian penganalisaan daya lelaki. 37

6 Perbandingan kadar pengurangan daya

pendaratan di antara ujian pra dan pos sampel

wanita. 39

7 Perbezaan bacaan min ujian pra dan ujian pos

bagi penganalisaan daya wanita. 40

8 Kedudukan nilai -48.096 dalam pengujian

hipotesis. 41

9 Kedudukan nilai -47.996 dalam pengujian

hipotesis. 42

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lukisan Teknikal 2 Dimensi Alat Papan Anjal 58

Lukisan Teknikal 1 Dimensi 59

B Lukisan Teknikal Microchip PIC16F877 60

C Borang Soal Selidik 62

D Analisis SPSS 10.0 66

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Untuk sukan yang memerlukan larian dan lompatan sebagai pergerakan asas,

kuasa dihasilkan oleh daya daripada penolakan kaki atlit dari tanah. Ia membantu

jurulatih dan atlit untuk mempelajari daya semulajadi ini dalam pergerakan badan.

Untuk memahaminya, reaksi daya yang dihasilkan oleh kaki atlit dan tanah harus

dipelajari. Secara umumnya, jurulatih dan atlit mendapat fungsi ini daripada

pengalaman dan pemerhatian sendiri. Tetapi tanpa sebarang data saintifik, ia adalah

sukar dibandingkan perbezaan prestasi atlit dari masa ke semasa. (Steele, J.R., 1987)

Masalah ini diselesaikan dengan menaikkan fungsi alat papan anjal dengan

membina alat elektronik pengesan daya ke atasnya. Instrumen ini dapat mengira

jumlah daya yang dikenakan ke atasnya. Tambahan pula, sekiranya digunakan

bersama EMG, ia dapat mengesan keseriusan kecederaaan mana-mana otot atlit.

Sekiranya kaki seorang atlit sakit semasa latihan, daya yang ditunjukkan akan

berubah dan pergerakan paten di EMG akan menunjukkan perubahan. Dengan

informasi ini, jurulatih dan pakar dapat melihat dengan lebih jelas mengenai teknik

dan karektor atlit. (Steele, J.R., 1987)

1.1.1 Penghasilan daya Beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan daya di dalam otot. Faktor-

faktor ini merangkumi faktor fisiologi, faktor biologikal dan sebagainya. Latihan

plyometrik merangkumi faktor pra-regangan (pre-stretching).

Apabila satu otot diregang dahulu sebelum satu aksi konsentrik, perbuatan ini

dapat meninggikan penghasilan daya semasa kontraksi yang berikutnya. (Komi P.V.,

1992) Penambahan penghasilan daya ini dipanggil ‘stretch-shorten cycle’ (SSC).

Peninggian ini besar kemungkinan disebabkan oleh pengaruh gabungan penggunaan

tenaga elastik di dalam otot dan kebolehan regangan refleks otot. SSC adalah

fenomena penting di dalam sukan dan latihan plyometrik kerana ia berlaku dengan

kerap dan ia merupakan komponen yang diperlukan dalam aktiviti berlari, lompatan,

lontaran dan juga memukul. Teknik dan program latihan yang mengoptimumkan

pengunaan SSC adalah penting dalam membentuk persembahan yang lebih baik

untuk atlit. (Baechle T.R.,1994)

Meregang satu otot dalam dua sendi pada satu sendi boleh meninggikan

kebolehan otot untuk menghasilkan daya pada sendi yang satu lagi. Sebagai contoh,

otot ‘hamstring’ bukan sahaja lebih bertenaga malah kurang menggunakan tenaga

semasa lutut dibengkokkan dengan pinggang juga dibengkokkan daripada pinggang

diluruskan. Fungsi otot ‘hamstring’ yang telah ditinggikan ini seolah-olah adalah

berkaitan bukan sahaja kepada hubungan panjang ketegangan otot ‘hamstring’ tetapi

juga kepada kepenggunaan tenaga elastik di dalam otot yang diregang. (Hunter,

G.R., 1992)

1.1.2 Plyometriks

Plyometriks merujuk kepada latihan yang membolehkan otot untuk mencapai

kekuatan maksimum dalam masa yang paling singkat. Latihan seperti ini melibatkan

beberapa bentuk lompatan dengan cara latihan tersebut masih wujud. Elemen ‘ply’

dan ‘metric’ berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud kenaikan (increase) dan

ukuran (measure). Demikian kombinasinya membawa erti kenaikan ukuran

(measurable increase). (Chu D., 1998)

Plyometriks menghubungkan jurang di antara kekuatan dan kepantasan.

Untuk pembaikan prestasi atlit, peralihan daripada latihan kekuatan kepada latihan

kuasa akan memainkan peranannya dalam membuahkan kejayaan. Ini adalah kerana

kekuatan maksimum mengambil masa 0.5-0.7 saat untuk dihasilkan. Akan tetapi,

pergerakan atlit letusan yang paling tinggi terjadi dengan lebih tangkas. Kunci utama

dalam membaiki prestasi dan kuasa terletak dalam menjanakan daya yang paling

tinggi dalam masa yang paling singkat. Plyometriks memainkan peranan dalam

objektif latihan ini. (Chu D., 1998)

Latihan plyometriks menggunakan kuasa graviti (contoh: lompat dari kotak)

untuk membekalkan tenaga dalam otot (potential energy). Tenaga ini kemudiann

ya digunakan serta merta dalam reaksi yang bertentangan. (contoh: anda melompat

serta merta selepas mendarat) supaya sifat keelastikan semulajadi otot dapat

menghasilkan tenaga kinetik. (Asnussen, E. and Bonde Peterson F., 1974) Kekuatan

elastik merupakan kebolehan otot dan tisu penghubung untuk menggunakan satu

kuasa dengan tangkas agar dapat menghasilkan kuasa maksimal dalam bentuk linear,

menegak, sisi atau gabungan pergerakan. (Chu, D, and Plummer L., 1984)

Latihan plyometriks berguna terutamanya dalam sukan yang menuntut

kepantasan-kekuatan (speed-strength). Kepantasan-kekuatan merupakan kebolehan

untuk menggunakan kuasa maksimal semasa pergerakan kepantasan tinggi. (Lundin,

P. 1989)

Plyometriks merupakan teknik latihan lanjutan yang bertujuan untuk

menghubungkan kekuatan dengan gerakan pecutan untuk menghasilkan kuasa.

Jurulatih mengadili latihan plyometriks lebih berkesan daripada latihan bebanan

bersendirian kerana latihan plyometriks bukan sahaja fokus dalam membentuk

kekuatan tetapi juga kelajuan (velositi) di mana latihan bebanan gagal berbuat

demikian. Kekuatan dan velositi menghasilkan kuasa.

1.1.3 Putaran Menegang-Mengendur (Stretch-Shorten Cycle) Semasa 1960an, Profesor Rodolfo Margaria daripada Milan merupakan orang

yang pertama untuk mengenali nilai pra-tegang (prestretch) dalam menghasilkan satu

otot kontraksi yang kuat. Kerja Margaria melihatkan pergerakan otot secara

keseluruhan. Berdasarkan kerjanya, satu diagram mengenai ukuran panjang keadaan

tegang otot yang bekerja dihasilkan. Ini membenarkan perbandingan keadaan

ketegangan otot pra-tegang dengan otot yang belum pra-tegang. Margaria mampu

menunjukkan keadaan tegang otot itu boleh dicipta berdasarkan bukan sahaja pada

ukuran panjang otot tetapi juga aktiviti sebelumnya. Otot mampu menghasilkan lebih

ketegangan sekiranya ditegang dahulu (pre-stretched). Jumlah ketegangan yang

dihasilkan dengan menegangkan otot bergantung kepada sudut dan kepantasan otot

pre-stretch. Kajian ini telah digunakan oleh NASA untuk menghasilkan cara yang

paling efektif untuk berjalan di atas bulan. (Zanon, 1989)

1.1.4 Kecederaan dalam latihan plyometrik

Plyometrik membina kuasa dan memberi tindak balas secara ledakan,

menggunakan putaran menegang mengendur (stretch-shorten cycle). Seluruh idea

adalah untuk membina jumlah daya yang paling tinggi dalam masa yang paling

singkat. Apabila suatu otot tersebut diregang atau dikendur, ia adalah di bawah

tegangan dan akan bertindak dengan lebih berkuasa dan pengecutan secara mendadak

disebabkan tenaga elastik yang disimpan. Tidak seperti latihan aerobik yang lain,

graviti menjadi faktor yang utama dalam latihan rutin. (Bryzeki, M., 1998)

Kekuatan dan kelenturan adalah sesuatu yang perlu ada sebelum menjalani

latihan plyometrik. Hukum fizik diaplikasikan. Satu daya ‘g’ bersamaan dengan

berat anda, dua atau lebih daya ‘g’ mungkin digunakan oleh seorang individu semasa

lompatan. Sebagai contoh, seorang individu beratnya 114kg akan menghasilkan

tekanan daya yang bersamaan atau lebih daripada 227kg pada pinggang, lutut dan

buku lali. Seorang yang mempunyai berat 45kg akan mengalami daya bersamaan

atau lebih daripada 91kg. Jadi, ia adalah ketara, terlalu banyak latihan plyometrik

akan menjejaskan persendian. (Bryzeki, M., 1998)

Oleh itu, teknik merupakan kunci utama. Dalam kes ini, seperti yang

dikatakan di dalam aeronatik, pendaratan adalah paling utama. Apabila badan

bertemu dengan tanah, ia adalah keadaan di mana kecederaan berlaku dalam peratus

yang tinggi. Mendarat seperti kucing. Persendian tidak seharusnya keras. Kaki harus

dibenarkan bertindak sebagai penyerap kejutan. Gunakan kebolehan semulajadi

badan untuk menyerap kejutan. Sekiranya anda mendengar bunyi yang kuat semasa

mendarat daripada lompatan, harus diingatkan tenaga digunakan untuk menghasilkan

bunyi yang bising tersebut. Tenaga harus dipindahkan secara licin ke atas kaki.

(Bryzeki, M., 1998)

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa membuat

latihan plyometrik, papan anjal yang telah ditingkatkan fungsinya dapat mengesan

daya yang dikenakan ke atasnya. Dengan pengesan daya yang direkacipta ini, atlit

dapat mengetahui jumlah daya yang dikenakan semasa mendarat. Dengan ini, atlit

dapat berlatih supaya daya yang dikenakan semasa pendaratan adalah minimum.

Dalam kata yang lain, dengan pengesan daya yang dibina ke atasnya, seseorang atlit

boleh berlatih mendarat dengan licin agar kecederaan dapat dielakkan. (Elizabeth

Quinn, 2002)

Selain itu, daripada segi aspek keselamatan permukaan papan anjal, lapisan

getah digantikan dengan karpet nipis. Untuk mengelakkan kecederaan, permukaan

mendarat mestilah mempunyai ciri-ciri penyerap kejutan. Permukaan yang terbaik

sekali adalah tiruan ‘turf’ (lapisan tanah sebelah atas yang berumput) dan tikar

bergusti (wrestling mat). Tanah konkrit, jubin, dan papan keras tidak disyorkan

kerana kekurangan ciri-ciri penyerap kejutan. (Allerheiligen, 1992)

1.1.5 Contoh latihan plyometriks kaki yang boleh menggantikan ‘jump box’

dengan alat papan anjal

Jump to Box

Cara Pelaksanaan

• Berdiri dengan jarak lebar bahu menghadap alat papan anjal

• Bengkokkan kaki sedikit, menggunakan hayunan kedua-dua tangan, lompat

dari tanah ke atas alat papan anjal tersebut.

Front Box Jump

Cara Pelaksanaan

• Berdiri menghadap alat papan anjal dengan kaki dibuka seluas bahu dan

tangan di belakang kepala.

• Lompat ke atas dan mendarat dengan lembut di alat papan anjal tersebut.

• Untuk latihan yang lebih ‘advance’, loncat daripada kotak dan terus lompat

ke atas papan anjal.

Depth Jump to Prescribed Height

Cara Pelaksanaan

• Berdiri di atas satu kotak berhadapan dengan alat papan anjal dengan jari kaki

menghampiri sisi kotak dan kaki dibuka seluas bahu.

• Langkah dari kotak pertama dan mendarat dengan kedua-dua kaki dan serta

merta lompat ke atas papan anjal, mendarat dengan lembut.

• Lompatan daripada tanah mestilah secepat mungkin.

Lompatan kotak (Box Jumps)

Cara pelaksanaan

• Andaikan satu posisi bertinggung yang dalam dengan kaki dibuka seluas

bahu di hujung kotak..

• Kekalkan tangan di bahagian pinggang atau di belakang kepala.

• Lompat ke atas papan anjal, mendarat dengan lembut dengan posisi

bertinggung menggunakan bahagian depan tapak kaki.

• Sambil mengekalkan posisi bertinggung, lompat dari papan anjal ke lantai,

mendarat dengan lembut menggunakan bahagian depan tapak kaki.

• Lompat ke atas papan anjal yang seterusnya dan teruskan latihan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Plyometrik bukan merupakan konsep yang baru. Ia telah lama digunakan

untuk mempertingkatkan prestasi atlit. Latihan plyometrik merupakan latihan daya

berintensiti tinggi. Perbandingan penghasilan daya di antara atlit sukar diukur dengan

mata kasar. Oleh itu, dalam bidang sukan masa kini, harus diwujudkan alat yang

dapat mengesan daya supaya penghasilan daya dapat dikesan. Ahli psikologi

memahami bahawa kebanyakan kecederaan adalah disebabkan oleh daya yang

berlebihan dikenakan ke atas struktur otot rangka. Oleh sebab itu, aspek-aspek

keselamatan harus diikuti supaya hasil optimum daripada latihan plyometrik dapat

dimanfaatkan.

Walau apa jua latihan yang dijalankan, pendaratan mempunyai kesan

langsung kepada badan kita. Pendaratan yang tidak dikawal dan tidak licin akan

menyebabkan kecederaan pada persendian. Sekiranya kecederaan berlaku, atlit tidak

dapat lagi meneruskan latihan apatah lagi bagi meningkatkan prestasi. Selain itu,

sekiranya hendak mendapatkan ‘force platform’ dari pasaran, harganya adalah

daripada RM30,000

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan sukan memerlukan kekuatan dan kepantasan serta kuasa di mana

kedua-dua elemen ini adalah penting terutamanya dalam pertandingan. Oleh itu,

pengkaji ingin mengoptimumkan sepenuhnya latihan plyometrik kerana ia

merupakan satu-satunya latihan yang dapat melatih tiga elemen penting ini. Dengan

ini, selain daripada mengambil langkah-langkah keselamatan seperti bermula dengan

tahap sederhana, mempunyai tahap kekuatan dan kelenturan yang mencukupi,

pendaratan juga merupakan satu elemen yang tidak boleh diabaikan. Apakah latihan

yang lebih berkuasa daripada melantun dari sebuah kotak dan melantun ke atas satu

kotak lagi? Oleh itu, daya yang dikenakan semasa pendaratan akan memberi kesan

secara langsung kepada persendian. Selain itu, penjanaan daya paling tinggi dalam

masa yang paling singkat oleh atlit yang dapat ditunjukkan akan mengoptimumkan

latihan plyometrik.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Untuk meningkatkan fungsi (upgrade) papan anjal dengan membina alat

elektronik pengesan daya supaya dapat mengesan daya yang dikenakan ke

atas papan anjal (spring board)

1.4.2 Untuk melihat keberkesanan alat papan anjal yang telah diubahsuai dalam

pendaratan di dalam latihan plyometrik.

1.4.3 Untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan menggantikan lapisan getah

pada permukaan papan anjal dengan lapisan karpet nipis dan lembut.

1.4.4 Untuk melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap alat papan anjal yang telah

ditingkatkan fungsinya dengan alat elektronik pengesan daya dan ‘digital

display.’

1.5 Hipotesis Kajian

H01 = Tidak terdapat pengurangan daya pendaratan yang signifikan

selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan alat papan

anjal yang telah ditingkatkan fungsinya dengan pengesan daya

elektronik.

HA1 = Terdapat pengurangan daya pendaratan yang signifikan

selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan alat papan

anjal yang telah ditingkatkan fungsinya dengan pengesan daya

elektronik.