tambahan bil. perkara muka suratperkara muka surat 1. ruang a5 – tempoh asas 1 - 1 - nota ini...

11
TAMBAHAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Ruang A5 Tempoh asas 1

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

TAMBAHAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Ruang A5 – Tempoh asas 1

Page 2: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT) / tabung amanah harta (Property Trust Fund - PTF) melengkapkan Borang TR bagi Tahun Taksiran 2014. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2014 adalah benar dan lengkap. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Ketetapan Umum No. 8/2012 dan 9/2012 berkenaan pencukaian amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my. Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TR KECUALI bagi kes pembayaran balik di mana amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh dicetak dari Buku Panduan Borang TR di Portal Rasmi:- (i) Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) berkenaan tolakan cukai di bawah seksyen 51 Akta

Kewangan 2007 (dividen); (ii) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan

(iii) HK-8 / HK-9, jika berkenaan, berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF BESAR. Bahagian C dan D perlu diisi dengan nilai sen. Lain-lain bahagian yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja. Contoh: Pendapatan bercukai (ruang B16) RM 2,180,246.65 Cukai kena dibayar (ruang C7) RM 865,927.93

MAKLUMAT ASAS

dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 5 Borang TR 2014. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT AMANAH PELABURAN HARTA TANAH /

TABUNG AMANAH HARTA

Ruang Perkara Keterangan

A1

Jenis Amanah Nyatakan jenis amanah. Isikan ‘1’ sekiranya amanah tersebut adalah amanah pelaburan harta tanah, ‘2’ bagi tabung amanah harta atau ‘3’ bagi jenis amanah selain daripada amanah pelaburan harta tanah dan tabung amanah harta.

A2 Tarikh Pendaftaran Tarikh pendaftaran seperti dalam surat ikatan amanah. A3 No. Majikan Nombor rujukan fail cukai pendapatan majikan (jika berkenaan).

A4 Tempoh Perakaunan Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta . Sila rujuk contoh-contoh di ruang A5

1 3

A1 hingga A15 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.

PENDAPATAN BERCUKAI B15 <>_>>_>>_>>?

, , , 2 1 8 0 2 4 6

CUKAI KENA DIBAYAR CA5 ->>_>>_>>_>?

, , , . 8 6 5 9 2 7 9 3

Page 3: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 2 -

A5 Tempoh Asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A5. Contoh 1: Amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.5.2013 hingga 31.3.2014 (11 bulan) Akaun kedua : 1.4.2014 hingga 31.3.2015 (12 bulan) Ruang A4 dan A5 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/05/2013 - 31/03/2014 01/05/2013 - 31/03/2014 (11 bulan) 2015 01/04/2014 - 31/03/2015 01/04/2014 - 31/03/2015 (12 bulan) Contoh 2: Amanah pelaburan harta tanah / tabung amanah harta yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.2.2013 hingga 30.4.2014 (15 bulan) Akaun kedua : 1.5.2014 hingga 30.4.2015 (12 bulan) Isi A4 dan A5 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/02/2013 - 30/04/2014 01/02/2013 - 30/04/2014 (15 bulan) 2015 01/05/2014 - 30/04/2015 01/05/2014 - 30/04/2015 (12 bulan) Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.3.2013 hingga 28.2.2014 (12 bulan) Akaun berikutnya :1.3.2014 hingga 31.12.2014 (10 bulan) 1.1.2015 hingga 31.12.2015 (12 bulan) Ruang A4 dan A5 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2014 01/03/2013 - 28/02/2014 01/03/2013 - 28/02/2014 (12 bulan) 2015 01/03/2014 - 31/12/2015 01/03/2014 - 31/12/2015 (22 bulan) Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.7.2013 hingga 30.6.2014 (12 bulan) Akaun berikutnya :1.7.2014 hingga 31.5.2016 (23 bulan) 1.6.2016 hingga 31.5.2017 (12 bulan) Isi Ruang A4 dan A5 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/07/2013 - 30/06/2014 01/07/2013 - 30/06/2014 (12 bulan) 2015 01/07/2014 - 31/05/2016 01/07/2014 - 30/06/2015 (12 bulan) 2016 01/07/2015 - 31/05/2016 01/07/2015 - 31/05/2016 (11 bulan) 2017 01/06/2016 - 31/05/2017 01/06/2016 - 31/05/2017 (12 bulan)

Page 4: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 3 -

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.1.2013 hingga 31.12.2013 (12 bulan) Akaun berikutnya : 1.1.2014 hingga 31.5.2014 ( 5 bulan) 1.6.2014 hingga 31.5.2015 (12 bulan) Isi Ruang A4 dan A5 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2013 01/01/2013 - 31/12/2013 01/01/2013 - 31/12/2013 (12 bulan) 2014 01/01/2014 - 31/05/2014 01/01/2014 - 31/05/2014 ( 5 bulan) 2015 01/06/2014 - 31/05/2015 01/06/2014 - 31/05/2015 (12 bulan)

A6 Penyimpanan Rekod Isikan ‘1’ sekiranya rekod REIT / PTF disimpan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) atau ‘2’ jika tidak.

A7 Kelulusan Pengecualian Cukai

Isikan ‘1’ sekiranya REIT / PTF mendapat kelulusan pengecualian cukai. Isikan ‘2’ jika tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai atau sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai belum diluluskan.

A8 No. Kelulusan Pengecualian Cukai

Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

A9

Alamat Berdaftar Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta

Alamat berdaftar seperti dalam surat ikatan amanah, jika ada.

A10 Alamat Surat-menyurat Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A11 Alamat Di Mana Rekod Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta Disimpan

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya rekod REIT / PTF disimpan di alamat berdaftar seperti di ruang A9; atau ‘2’ jika disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A10. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A9 dan A10.

A12 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod REIT / PTF sekiranya ruang A11 = 3.

A13

Maklumat Pemegang Amanah / Pengurus Dana

Lengkapkan ruang A13a hingga ruang A13d berkenaan maklumat pemegang amanah dan pengurus dana. Sekiranya REIT / PTF mempunyai lebih daripada seorang pemegang amanah / pengurus dana, sila senaraikan mengikut format dari ruang A13a hingga ruang A13d dan kemukakan bersama Borang TR.

A14 A15

Nama Bank No. Akaun Bank

Sekiranya REIT / PTF layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun di bank berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun bank REIT / PTF tersebut.

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

B1 PERNIAGAAN SEWA

Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Mengikut garis panduan Suruhanjaya Sekuriti, suatu pelaburan dalam harta tanah boleh dibuat melalui pemegangan terus atau pemegangan saham dalam syarikat tidak tersenarai yang mana aset prinsipalnya terdiri daripada harta tanah. Amanah pelaburan harta tanah (REIT) / tabung amanah harta (PTF) adalah amanah unit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai REIT / PTF.

Page 5: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 4 -

Layanan cukai khas di bawah seksyen 63C ACP 1967:- Pendapatan sewa yang diterima daripada penyewaan harta tanah oleh REIT / PTF dianggap

sebagai pendapatan perniagaan. Pendapatan sewa ini diberi layanan sebagai satu punca perniagaan iaitu pendapatan daripada kesemua sewa harta tanah diagregatkan keseluruhannya sebagai satu punca pendapatan.

Dalam menentukan pendapatan larasan perniagaan daripada punca ini, (a) tiada potongan perbelanjaan dibenarkan jika tiada pendapatan diterima daripada punca

tersebut. (b) jumlah perbelanjaan yang dibenarkan tolakan di bawah seksyen 33 ACP 1967 adalah terhad

kepada amaun pendapatan kasar daripada punca tersebut dan apa-apa lebihan perbelanjaan diabaikan.

Dalam menentukan pendapatan berkanun perniagaan daripada punca ini, elaun modal di bawah Jadual 3 yang boleh dibenarkan adalah terhad kepada pendapatan larasan daripada punca tersebut. Apa-apa lebihan elaun modal yang tidak dapat diserap tidak boleh dibawa ke hadapan.

Apa-apa amaun kerugian daripada penyewaan harta tanah tidak boleh ditolak daripada punca pendapatan lain dalam sesuatu tempoh asas.

Peruntukan khas berhubung dengan seksyen 63C ACP 1967:-

Apa-apa amaun kerugian larasan dan elaun modal yang dibawa ke hadapan dari tahun taksiran 2004 yang telah ditentukan mengikut peruntukan sebelum berkuat kuasanya seksyen 63C, dibenarkan untuk diserap daripada pendapatan bagi tahun-tahun taksiran 2005 dan berikutnya.

Potongan perbelanjaan:- Di samping potongan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah peruntukan subseksyen 33(1) Akta yang sama, saraan pengurus REIT / PTF juga dibenarkan. Mulai tahun taksiran 2006, perbelanjaan penubuhan REIT / PTF iaitu fi guaman, penilaian dan perundingan adalah dibenarkan.

B2 DIVIDEN

Sekiranya REIT / PTF mempunyai pendapatan dividen dan layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen), sila kemukakan Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) bersama Borang TR. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3

B3 FAEDAH DAN DISKAUN

Faedah Faedah dan diskaun dikenakan cukai KECUALI faedah dan diskaun yang diterima oleh unit amanah berkaitan dengan:- (a) sekuriti atau bon yang dikeluarkan atau dijamin oleh kerajaan; (b) debentur atau Sekuriti Islam, selain daripada stok pinjaman boleh tukar, yang diluluskan oleh

Suruhanjaya Sekuriti; atau (c) Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Pendapatan faedah yang terbit dari Malaysia dan dibayar atau dikredit oleh mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983 adalah dikecualikan daripada cukai. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5 (faedah)

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

Page 6: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 5 -

B4 ROYALTI DAN PREMIUM

Royalti Royalti bermaksud:- (a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hakcipta, hasilkerja-hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen, filem wayang gambar, filem atau pita video atau apa jua cara penghasilan semula jika filem atau pita itu telah digunakan atau akan digunakan atau dihasil semula di Malaysia atau harta atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperolehi dari pemindahan milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5

B5 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

Anuiti Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Bayaran Berkala Lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu. B6 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas. Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TR sekiranya pendapatan ini melayakkan REIT / PTF menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

B8 hingga B13 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan [subseksyen 44(6)] Hadiah wang kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan

Hadiah Wang Kepada Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan

Terhad kepada 7% daripada Pendapatan Agregat di B7

Proviso subseksyen 44(6) - Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah dihadkan kepada perbezaan di antara antara 7% pendapatan agregat di B7 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C). Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Aktiviti Sukan Atau Badan Sukan Yang Diluluskan [subseksyen 44(11B)] Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B7 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C). Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan [subseksyen 44(11C)] Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B7 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B).

Page 7: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 6 -

Hadiah Artifak, Manuskrip Atau Lukisan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.

Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan Atau Kepada Perpustakaan

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pengajian tinggi.

Hadiah Lukisan Kepada Balai Seni Lukis Negara Atau Balai Seni Lukis Negeri

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Zakat Perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B7.

B15 PENDAPATAN TAHUN SEMASA YANG DIKECUALIKAN CUKAI

Di bawah peruntukan seksyen 61A(1) ACP 1967, REIT / PTF diberi pengecualian sepenuhnya jika 90% atau lebih daripada jumlah pendapatannya diagihkan kepada pemegang unit. Tiada pengecualian diberikan sekiranya syarat ini tidak dipenuhi dan pendapatan REIT / PTF akan dikenakan cukai pada kadar 25%.

BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

C1 CARA PENGIRAAN CUKAI

Contoh:

Pendapatan bercukai di ruang B16: RM 2,180,246

Cukai atas RM 2,180,246 pada kadar 25% = RM 545,061.50

Masukkan jumlah cukai di ruang C1 Borang TR.

C2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

Amaun D dari Helaian Kerja HK-3 Sekiranya REIT / PTF layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8, kemukakan Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) bersama Borang TR.

C3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TR jika REIT / PTF layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan.

C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TR untuk menentukan negara-negara yang memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia. Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 boleh dirujuk untuk membuat pengiraan kredit.

C5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia. Sila rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

Page 8: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 7 -

BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2014

Cukai kena dibayar adalah dari ruang C7 bagi REIT / PTF yang BERMASTAUTIN di Malaysia. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:- kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad

(Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank

perbankan internet PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank & RHB dan perbankan telefon Maybank Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my kaunter LHDNM dengan menggunakan slip pengiriman bayaran (CP207) yang dilampirkan bersama borang nyata pos ke alamat LHDNM seperti dinyatakan di belakang CP207; atau Pos Malaysia Berhad (kaunter dan Pos Online).

PERINGATAN

Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B hingga Bahagian D, REIT / PTF diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TR 2014 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976 F1

Telah melupuskan aset? Tandakan ‘X’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan

aset atau ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Telah melaporkan pelupusan kepada LHDNM?

Ruang ini hanya perlu diisi jika F1 = ‘Ya’. Tandakan ‘X’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan REIT / PTF berkenaan (pelupus). Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my .

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN AMANAH PELABURAN

HARTA TANAH / TABUNG AMANAH HARTA

G1 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Helaian Kerja HK-11 dalam Buku Panduan Borang TR boleh digunakan untuk pengiraan.

G1a Seksyen 107A Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967: 10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.

G1b Seksyen 109 Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang bukan pemastautin. Mengikut Bahagian II Jadual 1 ACP 1967, kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar untuk faedah dan 10% atas jumlah kasar bagi royalti. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TR untuk kadar mengikut Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali.

Page 9: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

- 8 -

G1c Seksyen 109A Bayaran dalam tempoh asas berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

G1d Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas dalam tempoh asas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin Kadar cukai pegangan seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TR).

G1e Seksyen 109D Pendapatan REIT / PTF yang diagihkan kepada pemegang unit yang terdiri daripada syarikat bukan pemastautin adalah dikenakan cukai pegangan pada kadar 25%.

G1f Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

G1a hingga G1f JUMLAH KASAR DIBAYAR Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

G2 LAYANAN KHAS KE ATAS PENDAPATAN SEWA YANG DITERIMA DARIPADA

PENYEWAAN HARTA TANAH OLEH AMANAH PELABURAN HARTA TANAH / TABUNG

AMANAH HARTA DI BAWAH SEKSYEN 63C

G2a Seksyen 63C Sila rujuk penerangan untuk ‘Perniagaan Sewa’ di muka surat 3 Nota Penerangan ini.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT KEWANGAN AMANAH PELABURAN

HARTA TANAH / TABUNG AMANAH HARTA

H1 ke

H42

Masukkan butiran seperti disediakan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-kira bagi tahun semasa. DIVIDEN / FAEDAH

Pendapatan dividen / faedah bersih

BAHAGIAN J: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya REIT / PTF mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada REIT / PTF berkenaan. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

Page 10: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Nama

No. Cukai Pendapatan No. K/P

No. Pendaftaran Perniagaan Tahun Taksiran

Kemukakan Helaian Kerja ini jika tuan layak menuntut bayaran balik (Gunakan HK-3 berasingan bagi dividen yang perlu dikasarkan semula)

A. Senarai pendapatan dividen:

Bil. Tarikh

Bayaran

No. Waran /

No. Siri Nama Syarikat

Dividen Kasar

RM sen RM sen RM sen

!!!!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!

!!!!!!!!!

HK-3: TOLAKAN CUKAI DI BAWAH SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

Bagi Tahun

Berakhir Kadar Cukai

Cukai Dipotong Dividen Bersih

JUMLAH DIVIDEN BERSIH

Jumlah Dikasar Semula

X [ amaun dari B(i) ] Y [ amaun dari B(ii) ] Nota: Teruskan pengiraan di muka surat sebelah jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa

Page 11: TAMBAHAN Bil. Perkara Muka SuratPerkara Muka Surat 1. Ruang A5 – Tempoh asas 1 - 1 - Nota ini bertujuan membantu amanah pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT)

B. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong

Jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa, sila gunakan formula berikut untuk mendapatkan jumlah dividen yang dikasarkan semula dan cukai dianggap telah dipotong:-

(i) Dividen dikasar semula (X)

(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y)

C. Pengiraan Pendapatan Berkanun Dividen

D. Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen)

= Dividen bersih

= (X)

= X

= (Y)

* Di mana Z ialah kadar cukai tahun taksiran semasa syarikat

(i) Dividen Kasar (X)

(ii) Faedah atas pinjaman yang dilakukan semata-mata dalam menghasilkan pendapatan dividen tersebut

(iii) Pendapatan Berkanun

(amaun Y di atas)

x

x Z *

1 ( 1 - Z * )

Tolak: