tambah masa (2)

Upload: chichiro-ngu

Post on 08-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran HarianTarikh:1 September 2015 (Selasa)

Masa:9:50-10:50 (60 minit)

Kelas:3B

Bilangan Murid:28 orang

Bidang :Sukatan Dan Geometri

Tajuk:Masa Dan Waktu

Standard Kandungan:10.4 Menambah masa.

Standard Pembelajaran:i) Menambah hingga tiga masa melibatkan:(a) Jam dengan jam.(b) Minit dengan minit.(c) Jam dan minit.(d) Minit dan saat.

Pengetahuan Sedia Ada:i. Murid telah berupaya untuk menyatakan waktu dalam jam dan minit.ii. Murid telah berupaya untuk menyatakan perkaitan antara jam dan minit, minit dan saat.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :i. Mengenalpasti sama ada mereka perlu menukar unit dalam soalan-soalan menambah jam dan minit serta minit dan saat yang diberi.

Kemahiran Berfikir:Membuat kaitan dan perhubungan (murid dapat menukar jam kepada minit, minit kepada saat dengan betul).

Elemen Merentasi Kurikulum:Kreativiti dan inovasi (aktiviti berpasangan- memadamkan jawapan dengan huruf sehingga membentuk satu perkataan).

Nilai murni:Teliti, bekerjasama.

Bahan Bantu Mengajar:gambar, lembaran kerja 1, lembaran kerja 2, paparan kertas manjong, kad ayat matematik.

FasaCadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

1. Persediaan(4 minit)1. Murid meneka teka-teki yang berbunyi:Apa yang sudah lalu tidak akan balik lagi? Jawapan: masa.2. Murid memerhatikan gambar 1 dan gambar 2, lalu menyatakan jumlah masa bagi kedua-dua wayang tersebut.

i. Apa yang sudah lalu tidak akan balik lagi?ii. Berapa lama masa wayang Minions.iii. Berapa lama masa wayang Frozen?iv. Berapa jumlah masa bagi kedua-dua movie ini?Bahan bantu mengajar: gambar.

2. Imaginasi(20 minit)1. Murid menyatakan perkaitan unit masa iaitu minit dengan saat, jam dengan minit.2. Murid menyebut perkaitan unit masa mengikut kumpulan masing-masing. 3. Murid diberi masa untuk menyalin perkaitan unit masa.

Menambah jam dan minit:4. Murid membaca contoh 1, contoh 2 dan contoh 3.5. Murid dibimbing untuk menjawab contoh 1 dan 2.6. Seorang murid dipanggil untuk menjawab contoh 3.

Menambah minit dan saat:7. Murid membaca contoh 4, contoh 5, contoh 6 dan 7.8. Murid dibimbing untuk menjawab contoh 4.9. Murid dipanggil nama untuk menjawab contoh 5 sehingga 7 sementara murid lain menyalin contoh 5 sehingga 7 ke dalam buku latihan dan buat latihan tersebut.10. Murid dan guru menyemak jawapan murid.11. Murid diberi 10 minit untuk menyalin contoh 3, contoh 5, contoh 6 dan contoh 7 ke dalam buku latihan.

i. 1 minit bersama dengan berapa saat?ii. 1 jam bersama dengan berapa minit?iii. 60 minit bersama dengan berapa jam?

Contoh 1: 14 jam 10 minit+ 7 jam 30 minit______________

Contoh 2: 14 jam 36 minit+ 7 jam 24 minit

______________

Contoh 3:20 jam 37 minit+ 16 jam 43 minit

______________

Contoh 4:10 minit 20 saat + 14 minit 13 saat + 20 minit 5 saat =

Contoh 5:20 minit 12 saat + 4 minit 30 saat + 32 minit 8 saat =

Contoh 6:10 minit 10 saat + 14 minit 28 saat + 20 minit 41 saat =

Contoh 7:10 minit 30 saat + 34 minit 7 saat + 12 minit 45 saat =

Bahan Bantu Mengajar: kad ayat matematik

3. Perkembangan(20 minit)Aktiviti Berpasangan:1. Setiap pasangan akan diedarkan dengan lembaran kerja 1.2. Murid diminta untuk memadankan jawapan dengan huruf dan menjadikan satu perkataan.3. Murid diberi masa sebanyak 10 minit untuk menjawab semua soalan.4. Murid menyemak jawapan dan berbincang soalan yang dijawab salah secara bersama-sama. Arahan:i. Cikgu mahu kamu buat secara berpasangan.ii. Siapkan lembaran kerja 1 ini dengan pasangan kamu.iii. Cikgu bagi kamu 10 minit untuk jawab semua soalan.

Bahan bantu mengajar: lembaran kerja 1, paparan kertas manjong

4. Tindakan(13 minit)1. Murid diberi lembaran kerja 2.2. Murid diminta untuk menyiapkan semua soalan.3. Jawapan murid disemak secara meja ke meja.4. Murid yang lemah akan dibimbing terus oleh guru.i. Sila buat lembaran kerja 2 sekarang.Bahan bantu mengajar: lembaran kerja 2

5. Penutup(3 minit)1. Murid diberi penilaian.2. Murid mendengar rumusan yang diberi oleh guru.

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid untuk menjawab soalan di lembaran kerja 1 (aktiviti berpasangan), murid perlu menjawab betul 4 soalan daripada 6 soalan.Berdasarkan kepada keupayaan murid untuk menjawab soalan di lembaran kerja 2, murid perlu menjawab betul sebanyak 7 soalan daripada 10 soalan.

Nama: _______________________ Kelas:_______Lembaran Kerja 2:A) Jawab semua soalan.1. 14 jam + 20 jam ________

2. 38 minit + 24 minit _________

3. 11 jam 17 minit + 19 jam 53 minit

_______________ 4. 5 minit 30 saat + 36 minit 40 saat

________________

B) Jawab dalam bentuk lazim.1. 12 jam 20 minit + 7 jam 30 minit + 5 jam 19 minit =

2. 30 minit 24 saat + 15 minit 9 saat + 30 saat =

3. 35 minit 26 saat + 10 minit 20 saat + 3 minit 34 saat =