taman pertanian universiti universiti putra · pdf file4 pungutan hasil/ penuaian 9 - 10 ......

Download TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA · PDF file4 Pungutan Hasil/ Penuaian 9 - 10 ... Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang ... Sistem

If you can't read please download the document

Upload: nguyenhanh

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 10

    TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

    TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Kopi

    BUKU PANDUAN TANAMAN KOPI

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 10

    Isi Kandungan

    Bil. Tajuk Muka Surat

    1 Pendahuluan 3 - 5 2 Penanaman 5 2.1 Penyediaan Kawasan Tanaman 5 2.2 Penanaman di Ladang 6 2.3 Bahan Tanaman 6 3 Penyelenggaraan 7 3.1 Pembajaan 7 3.2 Kawalan Rumpai 7 3.3 Pemangkasan 7 - 8 3.4 Kawalan Penyakit 8 3.5 Kawalan Perosak 8 - 9 4 Pungutan Hasil/ Penuaian 9 - 10 5 Glosari. 10 6 Rujukan 10

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 10

    1.0 PENDAHULUAN

    Sejarah Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Tanaman kopi dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Apabila kedua jenis ini sangat peka terhadap serangan penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), kopi jenis Robusta dan jenis Arabica yang didapati tahan terhadap penyakit ini dibawa masuk pada tahun 1900. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Botani Pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi.

    Pokok

    Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 15 m sekiranya tidak dikawal.

    Sistem Akar

    Pertumbuhan akar pokok kopi banyak bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan.

    Daun

    Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun- daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit.

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 10

    Bunga

    Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri.

    Buah

    Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak.

    Keperluan Persekitaran

    Faktor Iklim

    Pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2000 3000mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi pengeluaran hasil yang baik. Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 180 280C serta kelembapan antara 70% 90%.

    Faktor Tanah

    Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang.

    Jenis Klon Di antara tiga jenis pokok kopi, jenis Liberica merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis Robusta banyak terdapat di kawasan Utara Semenanjung seperti di negeri Kedah dan Perlis, serta di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica (Coffea arabica var. arabica) merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika.

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 10

    Klon Robusta

    Klon Liberica

    2.0 PENANAMAN 2.1 Penyediaan Kawasan Tanaman Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan.

    Keperluan Pokok Pelindung

    Jenis Robusta atau polihibrid Robusta memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam pada 6m x 6m, iaitu satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan.

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 10

    2.2 Penanaman di Ladang Penanaman pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada. Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta, jarak tanaman yang lebih rapat adalah disyorkan. Kebiasaannya jenis ini ditanam pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal.

    Sistem Tanaman i) Tanaman Tunggal Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan

    kepadatan 1280 pokok sehektar. ii) Tanaman Selingan Dengan Kelapa Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi

    ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar.

    2.3 Bahan Tanaman

    Penyediaan Benih Tanaman

    i) Menggunakan Biji Benih Biji benih kopi hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak

    daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi. Biji benih mula bercambah 4 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang

    80% percambahan akan diperolehi selepas 8 10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 6 bulan.

    ii) Pembiakan Secara Tampang Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan dalam

    pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman.

    a) Cara keratan Pembiakan cara ini adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang

    sesuai untuk jenis Liberica. b) Cara cantuman Anak benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas

    berumur 6 8 bulan. Cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka klon yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu.

    Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan tunas

    air daripada pokok baka yang terpilih.

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 10

    3.0 PENYELENGGARAAN

    3.1 Pembajaan

    Seperti tanaman lain, pokok kopi memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi.

    Tahun Baja dan Kapur Kadar (gm/pokok/tahun)

    Kekerapan

    1 Sebatian hijau (15:15:15) 150 6 kali

    GML 100 2 kali

    2 Sebatian hijau (15:15:15) 300 6 kali

    GML 200 2 kali

    3 Sebatian biru (12:12:17:2) 450 6 kali

    GML 300 2 kali

    4 dan seterusnya

    Sebatian biru (12:12:17:2) 450 4 kali

    GML 300 2 kali

    3.2 KAWALAN RUMPAI Rumpai Daun Lebar - Rumpai bersaing dengan dan Rusiga tanaman untuk air, nutrient dan cahaya

    serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga.

    Kawalan: Selepas ditanam kawal rumpai secara

    manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa.

    3.3 PEMANGKASAN

    Pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi.

    i) Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis

    Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang.

  • NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012