tamadun mesir (sejarah tamadun)

13
PENSYARAH : EN. ABDULLAH AHLI KUMPULAN : 1) YUVARANI A/P SUBRAMANIAN 2) LORSHINI A/P GUNENTHIRAN 3) NUR IZZATI BINTI MOHAMED RIFIN 4) MOHD FAIZ BIN NAYAN 5) SHATYAWATHI A/P SOMASUNDHARAM TAMADUN MESIR

Upload: yuvarani-subramaniam

Post on 01-Feb-2015

1.435 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

PENSYARAH : EN. ABDULLAH

AHLI KUMPULAN : 1) YUVARANI A/P SUBRAMANIAN 2) LORSHINI A/P GUNENTHIRAN 3) NUR IZZATI BINTI MOHAMED RIFIN

4) MOHD FAIZ BIN NAYAN 5) SHATYAWATHI A/P SOMASUNDHARAM

TAMADUN

MESIR

Page 2: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

KONSEP DAN PERKEMBANGAN NEGARA

Page 3: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Tamadun Mesir terletak di tebing Sungai Nil yang terdiri daripada dua batang Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.

Limpahan air dari Sungai Nil membentuk satu dataran lanar yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian dan petempatan.

Tamadun Mesir berkembang daripada petempatan awal neolitik iaitu antara 10000 s.m hingga 5000 s.m.

Manusia yang mendiami Sungai Nil telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 s.m.

Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian.

Page 4: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan kesuburan tanah.

Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang beterusan pertanian.

Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.

Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome dan daerah.

Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan salah satu bandarnya menjadi pusat pentadbiran.

Contohnya, Thins, Memphis dan Thebes.

Page 5: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

BENTUK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Page 6: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Firauan

Pembesar, Bangsawan, Rahib,Jurulatih, Tuan Tanah,Wazir

Rakyat bebas (petani, pedagang, artisan )

Hamba

Page 7: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Pada asalnnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan.

Pada tahun 3100 s.m, Raja Menes telah menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan.

Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem pemerintahan beraja atau Monarki di Mesir.

Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar “Firauan”.

Firauan dianggap sebagai anak kepada Amon-Re (Tuhan Matahari).

Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah air di Mesir.

Page 8: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Rakyat Mesir sangat menghormati dan mentaati Firauan.

Mereka sanggup menyerahkan cuksi dalam bentuk gandum, lembu, arak dan kayu-kayuan atas arahan Firauan.

Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh wazir, golongan bangsawan, gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi.

Kedudukan mereka kekal turun-temurun. Kerajaan Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan.

Setiap daerah diketuai oleh seorang gabenor yang terdiri daripada golongan bangsawan yang bertugas sebagai pengutip cukai dan menjadi hakim.

Page 9: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Kedudukan wanita dalam tamadun ini dipandang tinggi dan diiktirafkan.

Contohnya, Firauan Hatshepsut dilantik sebagai Firauan pada 1501 s.m – 1479 s.m.

Baginda telah mengusahakan pembaharuan seperti membina terusan dan menukar kawasan padang pasir menjadi tanah pertanian yang subur.

Page 10: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

SISTEM BERAJA DAN REPUBLIK

Page 11: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Raja mempunyai sumber kuasa mutlak dan sumber autoriti.

Dipercayai mendapat mandat dari syurga untuk memerintah.

Dipercayai boleh mengusai dan mengawal alam semula jadi. Kuasa ini tidak akan hilang selepas kematiannya kerana ia dapat melindungi pengikutnya di akhirat.

Oleh itu, pengikut-pengikutnya akan dibunuh supaya dapat menemani raja di syurga.

Raja akan melantik sekumpulan pegawai bagi membantunya melicinkan pentadbiran. Kumpulan ini terdiri daripada kalangan anggota kerabat diraja.

Page 12: Tamadun mesir (sejarah tamadun)

Pegawai-pegawai tersebut diberi mandat untuk menjalankan tugasnya dalam urusan sekular dan soal keagamaan.

Pegawai-pegawai tersebut mempunyai kuasa misteri yang diberikan oleh Firauan bagi menjalankan tugas-tugasnya.

Raja mewujudkan jawatan Wazir sebagai ketua eksekutif mentadbir negara.

Kuasa untuk bertindak dan mentadbir tetapi keputusan penting mesti dimaklumkan kepada raja bagi mendapatkan kebenaran.

Oleh itu, Wazir dikehendaki menghadap raja setiap hari dan melaporkan perkembangan terkini.

Page 13: Tamadun mesir (sejarah tamadun)