pengajian tamadun islam sejarah, pencapaian dan masa

Click here to load reader

Post on 29-Jan-2017

289 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENGAJIAN TAMADUN ISLAM

    Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya

    Mohd. Liki Hamid (ed.)

    Terbitan Pertama 2002

    PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

    TAKRIF DAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN

    Takrif tamadun

    A.Perspektif tamadun islam

    >Ibnu Khaldun kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan

    kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang

    boleh mempertingkatkan kualitinya.

    B.Perspektif tamadun barat

    >Arnold Toynbee suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia

    menambah hasil pengeluaran.

    C.Perspektif tamadun melayu

    >Abu Bakar Hamzah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama

    dengan kehidupan manusia(abstrak dan material).

    Prinsip-prinsip asas tamadun

    A.Sosioekonomi

    Kehidupan menetap >> pertumbuhan ekonomi >> peningkatan hasil

    pengeluaran >> pertambahan jumlah penduduk >> kepimpinan dan susun lapis

    sistem social >> pengkhususan kerja dan hasil kerja >> pertukaran hasil kerja.

    B.Interaksi manusia dan alam

    interaksi seseorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai

    spiritual terhadap alam dan pengalaman(peng+alam+an) kepada diri sendiri

    tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.

  • C.Persaingan manusia

    ~kehendak manusia tidak pernah terbatas.Antara faktor yang

    mempengaruhinya ialah;

    i)peningkatan usia

    ii)perubahan psikologi

    iii)perubahan cara hidup

    ~Terdapat 2 batasan dalam memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan

    manusia terpaksa bersaing untuk menampungnya;

    i)batasan keupayaan diri yang dimilikinya

    ii)batasan sumber yang diperlukannya

    PEMBINAAN PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN

    Model-model tamadun

    ~Ibnu Khaldun(1332-1406)

    Tahap awal atau kelahiran (kekitaan atau assabiyah)

    Tahap kehidupan menetap atau bertamadun

    dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan

    (pertumbuhan Bandar dan stratifikasi social)

    Tahap lemah atau kejatuhan

    (konflik politik dan krisis ekonomi)

  • ~Malik Bennabi(1905-1973)

    Masyarakat pra-tamadun

    (belum mantap terhadap aspek aspek kebendaan,idea dan kemanusiaan)

    seperti;sembah berhala,semangat kabilah,dan keterbatasan interaksi sosial.

    Masyarakat bertamadun

    (peringkat awal budaya baru berteraskan islam)

    seperti;perluasan hubungan silaturahim dan cetusan idea-idea intelek

    Masyarakat pasca-tamadun

    (peringkat kejatuhan)

    seperti;kebekuan idea dan penyelewengan agama

    Kandungan tamadun

    ~Pada tahap paling minimum,kandungan tamadun mempunyai 6 ciri asas;-

    a)kehidupan di Bandar

    b)sistem pemerintahan dan kerajaan

    c)bahasa dan tulisan

    d)sistem perundangan

    e)agama dan sistem kepercayaan

    f)pengkhususan dalam pekerjaan

  • Hubungan dalam tamadun

    ~Maksud;kekuatan-kekuatan yang terbentuk disebalik elemen-elemen penting dalam

    tamadun.

    ~Hubungan paling dominan;-

    i.agama

    >jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan selari dengan jatuh

    bangunnya sesuatu agama.

    >agama mempunyai hubungan fungsi dengan unsur-unsur tamadun yang lain

    seperti;

    a-moral

    b-etika

    c-ekonomi

    d-undang-undang estetika dan sains

    >tamadun islam ialah tamadun agama bukannya tamadun bangsa atau

    wilayah.

    ii.ketenteraan

    >persaingan dan perebutan kuasa pada peringkat intra-tamadun(persaingan

    antara negara-negara Eropah dalam gerakan imperialisme dan

    kolonialisme)dan antara tamadun menyebabkan penggunaan ketenteraan

    atau militer semakin ketara.

    >kesan hubungan ini- nilai-nilai negatif lebih banyak daripada positif seperti;

    a-peperangan

    b-balas dendam

    iii.pasaran

    >transformasi telah berlaku dalam peranan pasaran sehingga dapat

    menentukan jatuh bangunnya tamadun.

    >nilai-nilai moral terabai akibat daripada penekanan yang berlebihan

    terhadap consumerisme oleh pasaran barat yang menganggap seseorang

    itu memang individualistic secara semulajadi dan tidak perlu mempedulikan

    orang lain.

    Faktor pembinaan,perkembangan dan kemerosotan tamadun

    1)Pegangan kepada agama

    >amat signifikan dengan tamadun islam yang memang merupakan tamadun agama.

  • 2)Keselesaan hidup dan kemewahan

    >menanamkan didalam jiwa manusia sifat-sifat negative seperti lalai,ego dan

    materialistik tanpa ambil kira kepentingan manusia lain.

    3)Ekonomi

    >diasaskan atas asas dan prinsip yang baik mampu membangunkan tamadun serta

    beri kesejahteraan kepada hidup manusia.

    INTERAKSI ANTARA TAMADUN

    Bersifat terbuka

    ~Pra-syarat kepada tersebarnya tamdun pada peringkat pertama.

    ~Menerima idea daripada tamadaun lain tetapi melalui proses penapisan dahulu bagi

    memastikan tiada pertentangan dengan ajaran islam. Contohnya;-bidang perubatan

    dimulakan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir tetapi dikembangkan oleh tamadun

    islam dan India.

    Utamakan kepentingan sejagat atau universaliti

    ~Satu dasar yang seimbang dengan sifat semulajadi manusia.

    ~Dasar yang seimbang inilah kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki oleh manusia

    perlu diiktiraf.

    ~Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana harmoni,menyebabkan

    secara tidak langsung tamadun lain yang mempunyai cita-cita yang sama merasa

    terpanggil untuk memberi sokongan kepada sesama mereka dalam suasana tertentu.

    Faktor-faktor pendorong interaksi antara tamadun

    1)Kepimpinan

    ~pemimpin memainkan peranan yang utama bagi memastikan sama ada wujud atau

    tidak hubungan harmoni antara tamadun.Contohnya;-kepimpinan Nabi Muhammad

    SAW keatas umat islam seluruh dunia,membuktikan betapa kuatnya pengaruh

    pemimpin dalam interaksi untuk penyebaran agama.

    2)Keagamaan

    ~kebanyakkan kepercayaan dan agama didunia ini berusaha mengembangkan agama

    mereka diserata dunia bagi meramaikan lagi penganutnya.

    3)Ilmu

  • ~semasa berlakunya perluasan tamadun islam,islam memberikan input positif kepada

    masyarakat bukan islam daripada sudut keilmuan.contohnya;-tamadun barat mula

    keluar daripada zaman kegelapan kepada kemodenan ekoran penerimaan sistem

    keilmuan daripada islam.

    CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

    Definisi tamadun

    ~Sebuah masyarakat yang berusaha meningkatkan arus pembangunan dengan

    menunjukkan;

    a.kehebatan

    b.keilmuan

    c.moraliti

    d.pemikiran

    untuk mendapatkan sanjungan untuk kenangan bagi generasi selepasnya.

    Sumber-sumber tamadun islam

    ~Al-Quran >>merupakan mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana

    manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penguasa

    atau khalifah bagi mentadbir muka bumi sejajar dengan

    kehendakNya.

    ~Al-Hadis >>menjelaskan perkara yang berkaitan dengan perintah dan larangan

    Allah SWT didalam al-Quran seperti;-

    *bagaimana menjadi manusia yang baik(akhlak)

    *bagaimana manusia harus mentaati Allah(tauhid)

    Dasar-dasar tamadun islam

    ~Akidah >>nilai tauhid kepada Allah SWT merupakan asas utama dalam

    pembinaan tamadun dan memberi impak yang menyeluruh kepada kehidupan

    insaniah.

    ~Penghayatan ilmu >>budaya iqra dalam islam merupakan suatu kefardhuan

    yang mesti ada pada setiap muslim.

    ~Ilmu dikelaskan kepada 2 bahagian;-

    a)naqli(keagamaan)-membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah.

  • b)aqli(keduniaan)-mekanisma yang ada didalam peradaban itu sesuai dengan fitrah

    semulajadi manusia.

    Ciri-ciri tamadun Islam

    ~Terbuka dan rasional >>menerima pembaharuan adalah adil dalam konteks

    sikap keterbukaan islam.

    ~Tujuannya;mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam.

    ~Rasional tidak melibatkan hukum-hukum yang bersifat mutlak(guna konsep

    musyawarah dan perbincangan)

    contohnya;solat-semua manusia mampu melakukannya karana caranya tidak

    membebankan kita.

    ~Syumul islam adalah menyeluruh atau menyempurnakan keperluan-

    keperluan hidup manusia bagi memudahkan lagi urusan harian.

    contohnya;makan minum,pakaian,politik,perkahwinan,berniaga dll.

    AL-QURAN SUMBER UTAMA TAMADUN ISLAM

    Definisi

    ~114 surah,30 juzuk,60 hizb,6666 ayat.

    ~Maksud al-Qu

View more