tamadun islam- versi pelajar

37
KULIAH 2 TAMADUN ISLAM

Upload: ong-xuan-yao

Post on 29-Sep-2015

321 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

islam

TRANSCRIPT

TAMADUN ISLAM

KULIAH 2TAMADUN ISLAMHASIL PEMBELAJARANDi akhir kuliah ini, pelajar diharap dapat:

Melihat potensi yang terdapat dalam Tamadun Islam dan memberi input kepada pembinaan tamadun Malaysia.Mengenal pasti nilai-nilai murni dari Tamadun Islam ke arah pembinaan tamadun kotemporari.Pandangan Semesta Tamadun IslamKonsep, Sumber dan AsasKelahiran, Perkembangan dan KemerosotanMasyarakat Arab Sebelum IslamPerkembangan Tamadun IslamPengaruh Tamadun Islam di EropahPerkembangan Tamadun Islam di Asia TenggaraKemerosotan Tamadun Islam

Prinsip dan Ciri-CiriSumbangan Tamadun Islam dan Konsep JihadKesimpulan

KANDUNGANPerkataan tamadun mencakupi kebudayaan, peradaban, kemajuan (fizikal dan rohani) dan sopan santun.Kemajuan Tamadun Islam tidak hanya terbatas kepada kemajuan kebudayaan, malahan ia merangkumi kemajuan yang selari dengan kerohanian.Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan al-Din sebagai asas yang membentuk tamadun ini berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan berdasarkan pemikiran logik akal manusia.

TAKRIF TAMADUN ISLAMBerpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.Tertegak dan berkembang di atas asas yang kukuh.Tidak seperti tamadun yang bersandarkan fahaman materialis.Beberapa konsep penting ialah:Konsep KeimananKonsep KekuasaanKonsep KemanusiaanPANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAMKONSEP, SUMBER DAN ASASDibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai al-Din ataupun cara hidup.Diasaskan dengan akidah, dipandu dengan syariah, akhlak dan semua prinsip Islam yang lain.Bagaimanapun, sarjana Arab seperti Ibn Khaldun menerangkan makna dan konsep tamadun ialah umran (boleh diterjemahkan sebagai perbandaran dan tamadun) dan hadharah (mengandungi makna sama ada kebudayaan bandar atau desa).KONSEP TAMADUN ISLAMSarjana-sarjana Arab telah menggariskan beberapa perkara yang perlu ada dalam konsep tamadun, iaitu Negara Islam dan pemerintahan, bandar-bandar Islam, stratifikasi sosial, sains dan pengajaran bahasa Arab, bangunan-bangunan Islam serta seni binanya, serta kesenian Islam.Menurut Abu Hassan Ali al-Nadawi, istilah hadharah dan madaniyyah lebih menepati konsep tamadun dan berpandukan kepada wahyu.Hadharah mengandungi prinsip-prinsip serta nilai-nilai yang menjadi asas kepada kehidupan masyarakat seperti akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban.

KONSEP TAMADUN ISLAM StagesISLAMIMANIHSANMUSLIMMUKMINMUHSINAl QuranDidefinisikan sebagai mukjizat (kata-kata Allah) yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w. Membaca, menghafal malah mendengarnya merupakan suatu ibadah. Sebagai sumber utama tamadun Islam, al-Quran menjadi pendorong dan penggalak kepada manusia untuk menggunakan fikiran dan segala sumber yang ada bagi mencapai kesejahteraan dan kejayaan dalam hidup.

SUMBER TAMADUN ISLAMHadis/SunnahSegala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik sebagai Rasul.SUMBER TAMADUN ISLAMIjtihadTerdapat banyak perkembangan baru yang berlaku di dalam pembentukan sesebuah tamadun.Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam al-Quran dan Sunnah.Oleh itu, ulama dan cendekiawan Islam berperanan melakukan usaha secara maksimum dengan seluruh daya rohaniah bagi mengolah hukum terhadap perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah.Ia adalah sistem pemikiran yang dinamik dan sama sekali bertentangan dengan sistem berfikir tradisional yang statik.

SUMBER TAMADUN ISLAMDalam membina tamadun, Islam juga bersifat terbuka dalam menerima nilai-nilai dan idea-idea daripada tamadun lain selagi mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Nilai dan idea yang ada di dalam tamadun lain itu diasimilasikan dengan tamadun Islam melalui proses interaksi yang sihat.Proses ini dilakukan dengan penuh waspada agar prinsip-prinsip dalam Tamadun Islam tidak tercemar.SUMBER TAMADUN ISLAMTamadun Islam terbina atas dasar akidah dan diikat dengan syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini amat penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali.

AkidahKepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam.Pegangan akidah yang kuat boleh membebaskan diri manusia daripada tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk jirim atau roh.

ASAS TAMADUN ISLAMTerdapat 2 aspek perlu diberi perhatian, iaitu:Aspek Kepercayaan- Beriman kepada Allah s.w.t., Rasul, Malaikat, Kitab, hari Akhirat, Qadak dan Qadar.Aspek Kaedah- Kesatuan, Rasional dan Toleransi.ASAS TAMADUN ISLAMSyariahMembawa maksud undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah s.w.t.Manifestasi dalam Tamadun Islam bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, kehormatan diri dan keturunan serta menjaga harta benda.

ASAS TAMADUN ISLAMAkhlakSikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah s.w.t., terhadap diri sendiri dan makhluk lain, bersesuaian dengan larangan, suruhan dan petunjuk daripada al-Quran dan Sunnah.ASAS TAMADUN ISLAMKeseluruhannya sifat-sifat Tamadun Islam adalah berasaskan kepada perkara-perkara berikut, iaitu:KesejagatanKeterbukaan Bersifat sepanjang masaToleransi terhadap agama dan budaya lainKesatuan dalam kepelbagaian

ASAS TAMADUN ISLAMKELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTANPenduduk Arab sebelum kedatangan Islam menganut pelbagai kepercayaan seperti menyembah berhala, api, matahari dan banyak amalan yang menyalahi naluri kemanusiaan yang dikenali sebagai amalan Jahiliah.Perkataan Jahiliah dari segi etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa Arab jahala yang bererti jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan.MASYARAKAT ARAB SEBELUM ISLAMTamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibril a.s pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi, ketika baginda berusia 40 tahun.Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu:Zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rashidin (610 -660M)Zaman Bani Umaiyah (660-750M)Zaman Bani Abbasiyah (750-1261M)Zaman Bani Uthmaniyah (1261-1924M)

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAMPengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masihi.Kemuncak perkembangan intelektual masyarakat Islam di sebelah Timur berlaku apabila Khalifah Bani Abbasiyah al-Mamun menubuhkan Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) pada tahun 830 Masihi.Ia berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat percetakan serta aktiviti penterjemahan.Tahun 600 hingga 1000 Masihi merupakan zaman kegelapan Barat yang menyaksikan keadaan masyarakat Barat yang mundur dalam bidang ekonomi keilmuan dan kerohanian akibat daripada situasi politik yang tidak stabil.Penghijrahan sarjana Barat ke negara Islam dan aktiviti penterjemahan yang dijalankan merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke Barat.Antara teks yang diterjemahkan ialah teks Arab yang diterjemah daripada teks Greek dan teks asal karangan sarjana Muslim.Penubuhan universiti-universiti terawal di Barat turut menyumbang ke arah pemindahan pemikiran Islam ke Eropah. (Para sarjana Barat yang menuntut di negara Islam kembali ke Barat dan menubuhkan universiti untuk berkongsi pengetahuan mereka)PENGARUH TAMADUN ISLAM DI EROPAHIslam berkembang di Asia Tenggara melalui pelbagai cara dan pengembang-pengembangnya datang dari pelbagai bangsa- Arab, Farsi, India, Turki, Maghribi dan orang Melayu sendiri.Islam mula bertapak kuat di Acheh, kemudian di Melaka.Islam kemudiannya berkembang ke daerah-daerah lain seperti Brunei, Sulu di Filipina Selatan, Maluku, Kalimantan dan Jawa Barat.Tanda yang jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah:Buku Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain.Batu-batu bersurat seperti di Terengganu (1303 M) dan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M).Kerajaan-kerajaan Islam mula diasaskan seperti Acheh, Melaka, Johor, Goa, Brunei, Demak dan Sulu.PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARAKedatangan Islam memberi jiwa baru dan besar kepada kebudayaan Melayu khususnya bahasa Melayu.Sebelum ini, pengaruh Hindu kuat bertapak di dalam kebudayaan Melayu.Kedatangan Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu digunakan untuk membahas perkara-perkara ilmiah seperti falsafah.Tasawuf, hukum, undang-undang, penterjemahan al-Quran, perbahasan ilmu Hadis. Ilmu fekah dan berbagai-bagai ilmu lagi mula berlaku.Ringkasnya, bahasa Melayu digunakan untuk membahas perkara-perkara yang bersifat intelektual.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARAPengaruh Islam yang lain termasuk dalam bidang-bidang lain, iaitu:Politik Perundangan (pelaksanaan hukum syarak)Pentadbiran

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA Di akhir abad ke-18, kerajaan Uthmaniyyah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas kepada kuasa Eropah.Kerajaan ini akhirnya runtuh apabila pemerintah iaitu Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh The Young Turks.Masyarakat Islam yang dijajah gagal mempertahankan tamadun mereka dan mula diresapi ideologi sekular Barat yang sekaligus membawa kepada kemerosotan Tamadun Islam.KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAMPRINSIP DAN CIRI-CIRIMemberi penekanan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat.Konsep Manusia- tiga perkara pokok, iaitu dari mana kita datang, kenapa kita didatangkan dan ke mana kita akan pergi.Jawapan kepada persoalan pokok ini akan menentukan hala tuju dan pembentukan tamadun itu sendiri.

PRINSIP TAMADUN ISLAMDalam konteks pembinaan tamadun, Islam mengutamakan hubungan manusia dengan Allah s.w.t., hubungan manusia dengan alam dan hubungan sesama manusia. Antaranya ialah:Konsep masyarakatHak untuk hidupHak untuk bebas Maruah dan Hak Peribadi diriPRINSIP TAMADUN ISLAMAgama Melahirkan TamadunPeradabanPerkembangan dan Sejarah Awal IslamSumber dan Peraturan-peraturan Tamadun IslamSeimbang antara Kerohanian dan KebendaanSeimbang antara Individu dengan masyarakat Batas Kebebasan IndividuMengenal diri dan Pencipta

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN (KEUNIKAN) TAMADUN ISLAMMengetahui Garis Panduan dan PedomanMemilih Perkara yang BaikMenunaikan IbadahPersediaan untuk Hari PembalasanSumber dan Peraturan dalam Tamadun Islam

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN (KEUNIKAN) TAMADUN ISLAMSUMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN JIHADTamadun Islam memberi sumbangan besar secara menyeluruh kepada kehidupan dan keperluan manusia dari aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial, moral dan sebagainya.

Struktur Budaya IslamPolitik dan PentadbiranEkonomiNilai-nilai dalam Tamadun IslamIlmu dalam pembentukan Tamadun IslamFungsi Kesenian Islam

SUMBANGAN TAMADUN ISLAMJihad bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.Alat yang digunakan oleh daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syiar Islam.Menurut al-Razi, jihad ialah penggembelingan tenaga oleh umat Islam bagi membantu menegakkan Islam, kestabilan kehidupan dan keutuhan sesebuah masyarakat.Memerlukan jati diri, ketegasan, keberanian dan kesungguhan menolak segala nilai negatif daripada perbuatan yang sia-sia, mendatangkan dosa dan perbuatan yang tidak bermanafaat.JIHAD DALAM ISLAMPengaruh Islam mula bergerak di Semenanjung Arab sehingga berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu kepada masyrakat bersusila.Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang ke arah kelahiran di Eropah dan seterusnya perluasannya ke Nusantara dan ke seluruh pelosok dunia.Tamadun Islam adalah berasaskan kepada sumber al-Quran, hadis dan syariah. Nilai-nilai dalam Tamadun Islam secara keseluruhannya merangkumi dari segi pendidikan , kepimpinan, kekeluargaan, politik dan ekonomi.KESIMPULANApakah pengertian zaman Jahiliah serta ciri-cirinya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial?Bincangkan proses Islamisasi dan perkembangan Tamadun Islam di Asia Tenggara.Analisiskan usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah hinggalah ke Madinah.Bincangkan kepentingan Tamadun Islam dan sumbangannya.SOALAN-SOALAN SEMINAROsman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah Putung (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.Azhar Hj.Mad Ros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law (2008). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999). Tamadun Dunia. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.

RUJUKAN