tamadun islam dan tamadun asia dan budaya jiran

Upload: wei-lek

Post on 17-Jul-2015

178 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Gambar hiasan 1.0 PENGENALAN Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam keduadua aspek ini. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal. 3.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada

orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya. Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka. 4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh

ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja. Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat. Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain. Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

3 / Budaya berjiran SIBUK mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga perhubungan menjadi hambar. Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan ber laku perselisihan faham, bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius hingga peringkat mencederakan dan membunuh jiran. Keadaan seperti itu pasti merosakkan perpaduan dan mem bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat sedangkan Islam adalah agama yang mendambakan perhubungan baik sesama manusia. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang sempurna memupuk semangat ke bersamaan, persefahaman dan keharmonian. Kemakmuran sesebuah negara juga bergantung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Malah, ciri masyarakat berkualiti dan masyarakat contoh juga tergambar melalui persefahaman dan hubungan yang erat. Justeru, Islam menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan. Dalam kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. (an-Nisaa: 36) Perunding Motivasi Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam Islam ada dua konsep utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. Menyentuh mengenai kejiranan ia membabitkan konsep hubungan manusia sesama manusia dan apabila mem babitkan perhubungan sesama manusia yang lebih diuta makan ialah nilai akhlak, perangai, tingkah laku atau ke peribadian. Nilai akhlak ini perlu diterapkan dalam budaya kejiranan. Jika kita orang Arab walaupun mereka terkenal sebelum ini dengan permusuhan, tetapi mereka kuat berjiran, katanya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jibril sentiasa berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka jiran itu akan saling mewarisi. Dalam realiti kehidupan hari ini manusia tidak boleh lari daripada hidup berjiran, baik di kota mahupun di desa.

Suka atau tidak terpaksa berdepan dengan jiran, walaupun mempunyai minat dan cita rasa berbeza, malah ragam yang berlainan.

Ahmad Shukri berkata, Islam pada dasarnya menganjurkan umatnya berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan keturunan. Malah, katanya, berbuat baik sesama manusia termasuk kepada jiran melambangkan ciri orang beriman yang ber pegang teguh pada agama. Jiran ada banyak kategorinya, ada jiran berasaskan pertalian darah, agama dan keturunan, tetapi semuanya perlu dibuat baik. Berbuat baik pula banyak tingkatannya dan mungkin kita tidak sampai ke tingkatan paling tinggi. Menyapa seperti bertanya khabar juga termasuk berbuat baik, katanya. Umat Islam, katantya, dilarang membelakangkan jiran, menyinggung hati mereka, menyusahkan dan menyakiti mereka. Jika timbul masalah berkaitan jiran, jangan cepat melatah, tetapi banyak bersabar kerana sifat ini mencerminkan muk min yang baik. Selain itu, berusaha mencari jalan terbaik untuk me nyelesaikan masalah itu supaya kecantikan budi pekerti yang diajarkan Rasulullah dan keelokan Islam itu terpancar dan menjadi ikutan kepada yang lain, katanya. Menurutnya, dalam adab berjiran umat Islam juga dilarang membuka aib jiran seperti menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, menceroboh kediaman mereka dan me ngambil hak mereka.

Dalam hubungan ini sesuai juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: Sebaikbaik manusia yang memberi man faat kepada orang lain. Ibnu Qayyim (rahimahullah) menghuraikan hadis itu de ngan menjelaskan, sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya. Malah, sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan ber muamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Hadis nabi mengenai tanda kecil kiamat ada berbunyi: Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran. (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Artikel yang berkenaan dengan Mutiara Hati: Adab berjiran

Mengapa Diwajibkan Zakat FitrahDiriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya." Antara hikmah ...

Belajar Memaafkan Orang LainAssalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah yang saya kasihi. Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui . Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah ...

Balas Budi Melalui DoaAssalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Semoga sahabat fitrah yang dikasihi berada dalam keadaan sihat walafiat. solat adalah salah satu wadah untuk berdoa Rasulullah s.a.w yang bersabda ...

Pentingnya mengurus emosiALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian. Ibarat gigi dan lidah, suami ...

Bagaimana Menghargai Perasaan Orang Lain?Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera buat semua sahabat dan pengunjung laman Fitrah Power ini. Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita ...

Semangat kejiranan asas keutuhan negaraOleh Izani Daud 2011/12/05

KEHIDUPAN manusia kini mencapai tahap ketamadunan yang tinggi tetapi pada masa sama manusia tergelincir daripada hakikat kehidupan sebenar. Punca kerosakan dalam kehidupan ini disebabkan sikap individualistik yang sebati dalam diri manusia. Kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri. Sifat ini juga menyebabkan generasi dewasa ini mencemari budaya murni yang diamalkan sejak turun temurun antaranya budaya hidup berjiran. Menjadi tanggungjawab kita memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas keharmonian kehidupan. Hubungan intim dengan jiran membolehkan seseorang menjadikan jiran tempat mengadu dan meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Penghidupan berjiran dipenuhi unsur kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan. Amalan hidup berjiran dulu dan kini, amat berbeza. Budaya hidup berjiran tidak lagi diamalkan. Masyarakat hari ini mengabaikan hubungan dengan orang yang tinggal berdekatan. Allah berfirman bermaksud: Dan sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun dan buatlah kebaikan untuk ibu bapa, anak yatim, orang miskin, jiran yang ada hubungan kekeluargaan, jiran tiada hubungan kekeluargaan, orang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak suka orang sombong dan bangga diri. (Surah An-Nisa, ayat 36) Hubungan kemasyarakatan kian renggang ada kaitan dengan sikap suka hidup tanpa gangguan. Kemewahan dikecapi menyebabkan individu merasakan tidak perlu bergantung kepada orang lain. Aktiviti mem budayakan semangat kejiranan kian berkurangan akibat peredaran zaman. Aktiviti bergotong-royong jarang diamalkan. Apakah arus pemodenan menuntut masyarakat berkelakuan sedemikian, sedangkan dalam agama hidup berjiran adalah kewajipan perlu dipenuhi bagi menjamin kerukunan dan keharmonian hidup. Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran penting untuk negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara maju. Justeru, sudah tiba masanya kita mengorak langkah menghidupkan semula semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan masyarakat menjadi benteng kukuh kepada pertahanan negara.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah primer ke arah menghidupkan masyarakat yang berkonsep kejiranan, maka program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini demikian kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuj semangat kejiranan yang hakiki. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga merupakan aktiviti yang mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Di majlis ini, jiran tetangga yang datang dapat bertemu dan beramah mesra, saling bertanya khabar. Sambil menyelam minum air, secara tidak langsung pertemuan ini akan menjalinkan kemesraan. Sekali gus hasrat kerajaan untuk merealisasikan perpaduan dan kejiranan akan menjadi kenyataan. Langkah kerajaan menggunakan saluran media untuk menyiarkan kempen kesedaran kejiranan merupakan pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula diasak dengan nilai-nilai budaya berjiran, ziarah menziarahi dan bergotong royong berusaha mempertahankan semangat itu di kawasan mereka. Secara tidak langsung kempen yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit menjadi nadi kepada usaha kejiranan. Bak kata pujangga, langkah pertama merupakan langkah penentu kejayaan sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Semoga usaha murni ini dapat menjadi nilai tambah terhadap usaha memupuk semangat kejiranan yang mutlak. Banyak maslahat yang dapat dicanai apabila masyarakat mengubah persepsi mereka. Oleh itu, masyarakat perlu berubah dan menjadikan semangat kejiranan sebagai pelantar untuk menjana kehidupan bermasyarakat yang positif. Semangat ini perlu disuntik sejak awal dalam kalangan generasi pelapis agar mereka membangun sebagai masyarakat yang bersatu padu dan menjalani cara hidup yang kudus. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, semangat kejiranan perlu menjalani reformasi positif berpaksikan panjipanji yang didaulatkan seperti yang dijelaskan dalam peribahasa bermaksud,tegak rumah kerana sasaknya, tegak negara kerana bangsanya. Secara ironinya, keunggulan semangat kejiranan akan menjadikan negara bangsa sebuah negara yang utuh di persada dunia, bagai bunga kembang di waktu pagi. Oleh itu, semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini.