tokoh2 tamadun asia

55
TOKOH-TOKOH TAMADUN ASIA AIMST UNIVERSITY PENSYARAH: Ismail ML

Upload: shanu-gal

Post on 09-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

titas notes

TRANSCRIPT

  • TOKOH-TOKOH

    TAMADUN ASIA

    AIMST UNIVERSITY

    TAMADUN ASIA

    PENSYARAH: Ismail ML

  • TOKOH-TOKOH

    TAMADUN CINATAMADUN CINA

  • Kung Fu Tze

  • Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou.

    Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan.

    Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze.

    Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya.

    Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

  • Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu

    susunan tingkah laku yang baik.

    walaupun keluarganya dalam kesusahan,

    Confucius tetap belajar dengan tekun dan

    berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan

    semasa berusia 17 tahun. semasa berusia 17 tahun.

    Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua

    berjalan dengan lancar.

  • Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu.

    Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat.

    Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. menerima ajaran-ajaran Confucius.

    Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya.

    Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

  • Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

    Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.pada tahun 484 SM.

    Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

  • Ajaran Confucius

    Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.

    Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. diri.

    Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan.

    Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

  • Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta.

    Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius).

    Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou.

    Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).

    Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

  • Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa.

    Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya.

    Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

  • Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain.

    Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni.

    Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua.

    Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak.

    Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

  • Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi.

    Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan.

    Confucius menegaskan bahawa raja adalah Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya.

    Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat.

  • Dalam sesebuah negara, kerajaan harus

    menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus

    dijaga dengan makanan yang mencukupi,

    kedaulatan negara mesti dipertahankan

    dengan mempunyai pasukan tentera yang dengan mempunyai pasukan tentera yang

    kuat.

    Confucius mengatakan bahawa raja harus

    melindungi rakyatnya dan harus berperanan

    sebagai Shang-Ti.

  • Bagi masyarakat China, mereka sangat

    mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni

    hasil daripada ajaran Confucius.

    Beliau menggalakkan pengikutnya

    memandang ke zaman silam untuk mendapat

    pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan.

    Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga

    mementingkan penyembahan kepada nenek

    moyang.

  • Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah

    ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim

    boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu

    kepada rakyat yang ditindas.

    Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa

    manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja

    bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini

    dengan merangka undang-undang yang ketat dan

    hukuman keras kepada pesalah.

  • Kesimpulan

    Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang.

    Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius.yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius.

    Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

  • Lao Tze

  • Laozi (Bahasa Cina,, juga dieja sebagai Lau Tze,

    Lau Zi, Lao Tzu) merupakan ahli falsafah Cina

    terkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4

    SM (570 SM - 470 SM), semasa Seratus Sekolah

    Pemikir ( Hundred Schools of Thought) Pemikir ( Hundred Schools of Thought)

    pada Zaman Chunqiu, (770 SM~ 476 SM).

  • Ajaran Lao Tze

    Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching.

    Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius.

    Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta.

  • Tao membawa maksud "cara" atau "jalan"

    bagi mencapai keharmonian dengan alam

    semesta.

    Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan

    anarkisme dan kepercayaan bahawa anarkisme dan kepercayaan bahawa

    kebenaran di luar fahaman manusia boleh

    diperolehi dengan cara bersemadi atau

    tasawuf.

  • Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.

    Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia.

    Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan.

    Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam.

  • Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun.

    Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah.

    Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang- Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi.

    Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar bandar.

    Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

  • Penganut-penganut Taoisme memandang hina

    tehadap perkara-perkara keduniaan.

    Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan

    mengubah benda-benda semula jadi.

    Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui

    tindakan undang-undang kerana ia menjadikan

    kehidupan manusia lebih kompleks. kehidupan manusia lebih kompleks.

    Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan

    nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan

    kurang bijak dan tidak rasional.

  • Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram.

    Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab.

    Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." zaman di mana raja-raja belum wujud lagi."

    Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan.

    Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

  • Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah

    membuat banyak perjumpaan dalam bidang

    perubatan tradisional.

    Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik

    dan herba-herba asli.

    Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang

    kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

    Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran

    yang bertulis dalam bentuk sajak warisan

    kesusasteraan yang terkenal.

  • TOKOH JEPUN

  • TOKUGAWA IEYASU

    Beliau dikenali dengan nama panggilan Takechiyo semasa kanak-kanak.

    Anak sulung seorang ketua pewira dari Okazaki bernama Matsudaira.

    Okazaki ketika itu adalah sebahagian dari wilayah Okazaki ketika itu adalah sebahagian dari wilayah Mikawa.

    Kedudukan ayahnya terancam kerana tanah-tanah beliau tersisip di antara kawasan dua orang tuan tanah yang berkuasa iaitu Imagawa dan Oda.

  • Pada tahun 1567 beliau menjadi pemerintah Mikawa

    dan pada tahun 1566 kerajaan Imperial

    mengiktirafkan kuasanya dan memakai nama

    keluarga Tokugawa dan Toyotomi Hidesyoshi juga

    mengiktirafkannya sebagai sekutunya yang paling

    berpengaruh.

    Seterusnya, beliau dilantik sebagai salah seorang ahli

    Majlis Pemangku Raja yang diwujudkan oleh Majlis Pemangku Raja yang diwujudkan oleh

    Toyotomi Hidesyoshi.

    Kredibilitinya tercabar setelah kematian Toyotomi

    Hidesyoshi satu pertelingkahan untuk mendapatkan

    kuasa meletus di antara Tokogawa Ieyesu dan Ishida

    Mitsunari.

  • Beliau memenangi peperangan ini dan pertempuran ini kerana mempunyai lebih banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan pertempuran.

    Beliau dilantik menjadi Shogun pada tahun 1603, tetapi dua tahun kemudian beliau meletak jawatan ini dan digantikan dengan anaknya Hidetada.

    Alasan perletakan jawatan ialah azamnya untuk memperkukuhkan keshogunan Tokugawa dan memperkukuhkan keshogunan Tokugawa dan tindakan ini menunjukkan jawatan tersebut hanya akan diwarisi oleh ahli-ahli keluarga Tokugawa.

  • Beliau juga terkenal sebagai daimyo yang terkuat di Jepun.

    Dalam tahun 1614, angkatan seramai 70,000 orang tentera yang dipimpin oleh Hidetada (anak Tokugawa Ieyasu) telah menyerang istana Hideyoshi di Osaka.

    Hasilnya Hidesyoshi yang mempunyai Hasilnya Hidesyoshi yang mempunyai angkatan tentera seramai 100,000 telah kalah dan menyebabkannya membunuh diri.

    Oleh itu, Tokugawa Ieyasu muncul sebagai pemimpin yang unggul di Jepun.

  • Kemenangannya yang berjaya mendominasi politik

    menyatukan Jepun telah menyumbangkan kepada

    ketinggian peradaban kerana perubatan dan

    kemajuan yang dilakukannya.

    Beliau juga terbukti berjaya mengasaskan

    Keshogunan Tokugawa iaitu kerajaan berbentuk

    tentera yang paling lama tempohnya mendominasi tentera yang paling lama tempohnya mendominasi

    politik Jepun pro-moden.

    Malah pencapaiannya ini telah diiktirafkan oleh

    kerajaan Imperial dan pemimpin tentera agung era

    Sengoku Jidai.

  • MAHARAJA MEIJI

    Pemangkin utama zaman Meiji ialah maharaja

    Mutsuhito yang memerintah selama 44 tahun bermula

    dari tahun 1868 hingga 1912.

    Baginda merupakan seorang maharaja yang terbaik dan

    digelar Meiji. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan digelar Meiji. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan

    oleh Meiji ke atas Jepun bagi memodenkannya serta

    mengikut perubahan zaman. Antara langkah utama

    yang dilakukan oleh Meiji ialah memindahkan ibu

    Negara dari Kyoto ke Edo dan kemudiannya Edo

    ditukarkan kepada Tokyo.

  • Perubahan yang pertama dilakukan oleh Meiji ialah

    meghapuskan sistem feudal, iaitu menjelang tahun

    1871, sistem politik feudalism ditamatkan dengan

    menghapuskan sistem uji. Kemudian, ia ditukarkan

    kepada sistem pemerintah yang lebih terbuka. Keadaan

    ini mengubah corak kehidupan masyarakat Jepun di

    mana golongan samurai telah mula dibenarkan

    menceburi bidang lain seperti berniaga dan sebagainya.

    Walau bagaimanapun, ramai antaranya yang gagal Walau bagaimanapun, ramai antaranya yang gagal

    untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

    Bagi rakyat, diberikan kebebasan untuk memilih cara

    hidup sendiri. Manakala, petani dengan tuan tanah

    menjadi lebih mesra dan unik.

  • Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnyamencari ilmu, terutama untuk menjadikankuasa ekonomi dan militari termoden.Menjelang tahun Jun 1868, Meiji memberikankebebasan dan penekanan kepada kepentinganmemcari ilmu pengetahuan khususnya daribarat.

    Oleh yang demikian, sebuah Jabatan Oleh yang demikian, sebuah JabatanPendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 danmenekan aspek pendidikan awal danmenengah. Keadaan ini menyebabkan majoritirakyat Jepun celik huruf dan cekap dalambidang teknikal serta bersedia menerimapembangunan.

  • Selain itu, pelbagai pembaharuan material dilakukan

    antaranya ialah bandar Yokohama dan Kobe telah

    dibangunkan dengan reka bentuk barat. Pembinaan

    jalan kerata api dibina pada tahun 1872, iaitu sepanjang

    18 batu dan pada tahun 1897 sepanjang 3000 batu.

    Ekonomi oada era ini berkembang dengan pesatnya, di

    mana banyak bank-bank ditubuhkan seperti Central

    Bank of Japan pada 1882 dan Yokohama Specie Bank

    pada tahun 1887.

    Bank of Japan pada 1882 dan Yokohama Specie Bank

    pada tahun 1887.

    Beberapa perlembagaan telah dibentuk, di mana

    maharaja telah mengeluarkan titah agar satu

    perlembagaan dilaksanakan menjelang tahun 1890.

    Perlembagaan ini bertujuan untuk membentuk Negara

    Jepun yang moden dan demokratik.

  • TokohTokoh--tokohtokohTamadunTamadun IndiaIndiaTamadunTamadun IndiaIndia

  • Mahatma

    GhandiGhandi

  • Sejarah awal1. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di

    wilayah Gujarat.

    2. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

    3. Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.

    4. Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

  • 5. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang.

    6. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya.

    7. Pada 1891, beliau telah lulus peperiksaan dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

  • Penubuhan Gerakan Bukan Kekerasan Oleh Mahatma Ghandi

    1. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguam bela tetapi gagal.

    2. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan.

    3. Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

    4. Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu di dalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

  • 5. Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut.

    6. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

  • Gandhi dan kemerdekaan India1. Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan

    India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

    2. Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India yakin bahawa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri.

    3. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

  • 4. Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

    5. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. King, Jr. dan Nelson Mandela.

    6. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

    7. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki tidak siuman dari Poona,bernama Nathuram Godse

  • 8. Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah mendapat pelbagai komen dan pendapat. Misalnya, Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.

    9. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

  • Sidhaharta Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)(563 SM - 483 SM)

  • Sidhaharta Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)1. Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha, beliau

    merupakan Putra raja Kapilavastu, timur laut India.

    2. Siddhartha dikatakan lahir di Lumbini yang kini termasuk wilayah negara Nepal. Beliau Kahwin pada umur 16 tahun dengan sepupunya yang sebaya.

    3. Pangeran Siddhartha telah dibesarkan di dalam istana mewah, tetapi beliau tidak biasa dengan kehidupan yang selesa ini, danmerasa tidak puas dengan kehidupan ini.

    4. Dari jendela istana dia menjenguk ke luar dan dia melihat banyak orang miskin yang terdampar di jalan-jalan, ada yang mengalami kekurangan makanan atau yang tidak mampu makan sama sekali.

  • 5. Hari demi hari, dia semakin gelisah, kecewa dan murung kerana dihantui kebuntuan hidup. Setelah Siddhartha berfikir, dia merasakan keadaan ini mesti diatasi.

    6. Semasa beliau berumur dua puluh sembilan tahun iaitu tak lama sesudah putera pertamanya lahir, Gautama mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan istananya dan menghambakan dirinya untuk mencari kebenaran sejati ini. kebenaran sejati ini.

    7. Beliau telah meninggalkan istana tanpa membawa bersama isteri dan anaknya, barang serta harta.

    8. Di luar istana, tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menuntut ilmu dari orang-orang bijak yang ada pada waktu itu.

  • 9. Selepas beliau merasa ilmu pengetahuan telah dikuasainya, beliau membuat keputusan untuk mencari kesimpulan kepada pemecahan masalah dan ketidakpuasan manusia.

    10. Atas dasar anggapan bahawa bertapa itu jalan menuju kearifan sejati, Gautama mencuba untuk menjadi seorang petapa, bertahun-tahun puasa serta menahan nafsu sehebat-hebatnya.

    11. Akhirnya beliau sedar bahawa perlakuan ini hanya menyeksa diri,mengaburi fikiran, dan bukannya mendekati kepada kebenaran sejati. sejati.

    12. Selepas berfikir, beliau membuat keputusan untuk memakan makanan yang layak untuk manusia normal dan berhenti bertapa .

    13. Akhirnya pada suatu malam, ketika beliau sedang duduk di bawah sebuah pohon berdaun lebar dan berbuah semacam bentuk buah pir yang sarat biji, maka masalah hidup seakan jatuh menimpanya.

  • 14.Semalam suntuk Siddhartha merenung sedalam-dalam dan ketika matahari terbit di ufuk timur dia tersentak dan yakin bahawa persoalan yang rumit telah mempunyai cara penyelesaianya.

    15.Mulai saat itu beliau menyebut dirinya Buddha (orang yang diberi penerangan).

    16.Pada ketika itu umurnya ialah 35 tahun.

    17.Sisa umurnya selama 45 tahun telah digunakan untuk mengembara ke sepanjang India bahagian utara, menyebarkan falsafah barunya di depan khalayak yang sudi mendengar.

    18.Saat dia wafat, tahun 483 sebelum Masihi, ratusan ribu orang telah memeluk ajarannya.

  • 19.Meskipun ucapan-ucapannya masih belum ditulis oleh sesiapa pun tetapi petua-petuanya dihafal oleh banyak pengikutnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

    20.Ajaran Buddha dapat diringkas di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:"

    Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia;

    Sebab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta dibelenggu oleh nafsu;

    Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat diatasi apabila segala nafsu dan Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat diatasi apabila segala nafsu dan hasrat tiada dalam ajaran Buddha atau disebut nirvana;

    Mempertimbang secara benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

    21.Dua cabang besar Agama Buddha adalah cabang Theravada dan Mahayana. Pengaruh Theravada tersebar terutamanya di Asia Tenggara dan menurut anggapan sebahagian besar sarjana-sarjana Barat cabang inilah yang paling mendekati ajaran-ajaran Buddha yang asli. Pengaruh cabang Mahayana terletak di Tibet, Cina dan juga di Asia Tenggara secara umum.

  • Pada dasarnya, agama Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia. Agama Buddha juga melarang manusia melakukan perkara-perkara ghaib dengan menggunakan kuasa luar biasa yang diperolehi daripada pertapaan.

    Manusia yang mencapai nirvana satu Manusia yang mencapai nirvana satu kehidupan yang kekal abadi.

    Juga menekankan konsep ahimsa menolak penyeksaan serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut yang lapar.

  • Agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab:

    i. Mazhab Hinayanaii. Mazhab Mahayana

    i. Mazhab HinayanaLebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat. Penganutnya terdapat di Kemboja,Sri Lanka,Myanmar, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Laos.

  • ii. Mazhab MahayanaLebih menekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupan. Penganutnya banyak terdapat di negara China dan Jepun.

    Agama Buddha merupakan ajaran-ajaran Agama Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.

  • Ajaran Buddha terkandung dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu

    1. Dukka-kehidupan yang penuh penderitaan, kesakitan dan kesedihan.

    2. Samudaya-punca kesengsaraan berpunca dari nafsu.

    3. Nirodha-menghapuskan kesengsaraan dengan mengatasi nafsu.mengatasi nafsu.

    4. Marga-jalan atau memadamkan nafsu dan boleh diatasi melalui Jalan Mulia Berlapis Lapan.Jalan Lapis lapan berdasarkan pemikiran,pengetahuan, keinginan, pertuturan,kelakuan ,kehidupan, usaha dan pertapaan yang baik.

  • Buddha meninggal dunia setelah mencapai parinirvana di bawah sebatang pokok Sal di pinggir bandar Kusinagara ketika berusia 80 tahun.

    Arca Buddha di Borobudur,

    Jawa, Indonesia.