tamadun islam dan tamadun asia

20
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN NUR FATIN BT HUSSIN KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 KOD MATAPELAJARAN WAJ3101 SEMESTER 1 PISMP NAMA PENSYARAH DR. ZAHARIAH BINTI AIYUB TARIKH SERAHAN 27 FEBRUARI 2012 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 1 2013

Upload: nur-fatin

Post on 11-Dec-2014

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)WAJ3101NAMA PELAJAR

NO KAD PENGENALAN

NUR FATIN BT HUSSIN

KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

KOD MATAPELAJARAN WAJ3101

SEMESTER 1 PISMP

NAMA PENSYARAH DR. ZAHARIAH BINTI AIYUB

TARIKH SERAHAN 27 FEBRUARI 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(PISMP)SEMESTER 1 2013

Page 2: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PROFIL PELAJAR

NAMA NUR FATIN BINTI HUSSIN

NO KAD PENGENALAN

KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

AMBILAN JANUARI 2012

SEMESTER 1 PISMP

TEMPAT LAHIR HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR

ALAMAT 114 , JALAN BERJAYA 4, TAMAN BERJAYA , SG CHUA, 43000 , KAJANG SELANGOR

NO TELEFON

ALAMAT EMEL [email protected]

2 | P a g e

Page 3: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 4

PRAKATA 5

ESEI

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG

BERTAMADUN.

6

REFLEKSI 18

BIBLIOGRAFI 20

3 | P a g e

Page 4: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah

kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Zahariah selaku pensyarah

pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara

sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah

saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan.

Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan

moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan

segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti

bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat

membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih

kepada rakan-rakan saya iaitu Nik dan Zuwaidah yang bersama-sama memcari

bahan rujukan di beberapa perpustakaan sekitar Bandar Enstek dan Nilai ini. Segala

tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah dilimpahkan sangat membantu dalam

pelaksanaan tugasan kali ini.

Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua

pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam

membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma

dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini

untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya

berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul

dan mendapat markah yang cemerlang.

4 | P a g e

Page 5: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

PRAKATA

Istilah ilmu dan sarjana merupakan dwitunggal yang tidak dapat dipisahkan daripada

kamus tamadun. Pembentukan tamadun sebenarnya berasaskan kepada dua aspek

berkenaan. Ketinggian hati nurani iaitu akhlak dan moral, akal, budi, roh, ilmu

pengetahuan dan agama adalah ciri-ciri yang terdapat pada semua makhluk Allah

s.w.t khasnya manusia. Anugerah ini begitu besar ertinya kepada manusia kerana

tanpanya manusia tidak akan dapat meninggikan martabat dirinya kerana tamadun

sebenarnya dapat meninggikan martabat masyarakat seterusnya membina tamadun

mereka.

Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa sewaktu memuncaknya

sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan kehadiran begitu ramai para

cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang dapat memberikan

sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

Oleh itu, usaha mencari ilmu dan sentiasa mencipta sesuatu untuk kegunaan hidup

manusia merupakan amalan yang cukup mulia, kerana pemilikan ilmu dan idea

daripada seseorang akan dapat memastikan bahawa dirinya dapat memberikan

sumbangan yang paling maksimum dalam proses pembangunan.

Penyebaran ilmu yang luas dalam bentuk pengalaman dan penghayatan yang

menjadi budaya masyarakat amat penting untuk memastikan kelangsungan dan

kesinambungan umat dan peradabannya yang perlu dilakukan secara berterusan.

Dari perspektif yang lain, asas kebahagiaan seseorang dan keharmonian sesebuah

masyarakat dan seterusnya negara adalah berteraskan kepada amalan akhlak dan

moral. Dua elemen ini telah dimaktubkan dalam sejarah dan agama bahawa jatuh

bangunnya sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada nilai moral dan

akhlaknya.

5 | P a g e

Page 6: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

ESEI

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM

MELAYU DAPAT MELAHIRKAN

MASYARAKAT YANG

BERTAMADUN

6 | P a g e

Page 7: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan

sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari

pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu, bahasa dan persuratan,

kebudayaan dan kesenian, gerakan kesedaran politik dan pentadbiran,

pembaharuan pemikiran, ketatanegaraan, soal hukum hakam, sejarah wilayah,

sistem sosial, aspek nilai dan sebagainya. Paksi kehidupan umat Melayu dan

sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciri-

ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan menempatkan kemuliaan serta

keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Suatu macam

transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi.

Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu pada

lembaran sejarah silam. Berdasarkan kegemilangan ini, Melayu kini terus membina

wawasan dan menetapkan jati diri kemelayuan. Pencapaian ini dibuktikan dalam

bentuk catatan tulisan, peninggalan seni bina dan artifak lain yang boleh disaksikan

hingga hari ini. Pencapaian ini juga menggambarkan masyarakat Melayu mampu

berdikari, berusaha dan berhadapan dengan segala kemungkinan serta perubahan.

Pencapaian ini akan dilihat daripada segala aspek yang boleh dirangkumkan kepada

tiga kategori, iaitu pencapaian material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan

spiritual (agama/kepercayaan).

Menurut Osman Bakar (2009), perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh

Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan

sastera Arab dalam bukunya Tarikh al-Tamadun al-Islami. Sesetengah sarjana pula

berpendapat Ibnu Khaldunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah ‘tamadun’.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan

peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya

dengan perkataan ‘tamadun’ ialah perkataan ‘peradaban’ yang membawa erti

kebudayaan, tamadun dan kemajuan dari segi rohani dan jasmani. Tamadun secara

umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan

peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun

juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau

didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang

tinggi peradabannya. Tokoh- tokoh barat menyatakan bahawa kebudayaan itu terdiri

7 | P a g e

Page 8: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

daripada bahasa, cara berfikir, agama, adat resam, kepercayaan, kesenian dan lain-

lain. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran.

Tamadun Islam adalah lengkap dalam semua bidang seperti mempunyai

masyarakat berakidah, berakhlak dan berhemah tinggi, bersifat menyeluruh, sistem

undang-undang yang lengkap, cara hidup dan corak perhubungan sosial yang

mantap. Dengan kedatangan Islam di alam melayu dapat melahirkan masyarakat

yang bertamadun dan mempunyai jati diri yang teguh. Perkara utama yang perlu

ditegaskan impak daripada kedatangan Islam ke alam Melayu ini ialah tentang

peranannya dalam konteks persejarahan dan ketamadunan masyarakat di alam

Melayu. Ia menampilkan suatu hakikat bahawa Islam membawa era ‘baru’ di

Nusantara dan meninggalkan era ‘lama’ yang wujud sebelumnya. Syed Naguib al –

Attas mencatatkan bahawa, “…kedatangan Islam di kepulauan Melayu Indonesia

harus kita lihat sebagai mencirikan zaman baru dalam pensejarahannya, sebagai

semboyan tegas menegaskan suatu sistem masyarakat yang berdasarkan

kebebasan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan peribadi insan”.

Kedatangan Islam telah mengubah kehidupan keagamaan yang sebelum itu

berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam

tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun

naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan, Langkasuka,

Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri, Singosari, Kutai

Kartanegara. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab

sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang, tetapi kesan terbesar

terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan

sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan kebudayaan,

serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu.

Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada

kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga

14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan

dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Barat telah menggerakkan Zaman

Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala

kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca

mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban

8 | P a g e

Page 9: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan

sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah

peradaban di timur.

Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia alam Melayu atau Nusantara

dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu

keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme.

Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-

budaya masa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu

dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan

tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup

jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan

budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak

berabad-abad yang lalu.

Perubahan yang dibawa oleh Islam merupakan suatu perubahan menyeluruh

berteraskan paradigma tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan perubahan yang

berlaku itu terhadap ‘rupa dan jiwa’ di alam Melayu ini. Perubahan tersebut bukan

hanya melibatkan perubahan watak luaran, tetapi terkesan daripada falsafah dan

pemikiran Islam yang tulen. Ledakan tauhid itu mencetuskan zaman baru dan

meninggalkan zaman kehidupan Buddha dengan metodologinya, dengan alam

khayalannya, penyembahan berhalanya dengan pementingan kepada keseniannya.

Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak yang bernilai

tasawwuf, juga mencetus perubahan-perubahan lain seperti dalam bidang politik,

perundangan, ekonomi, keilmuan, bahasa dan persuratan dan sebagainya.

Dari segi perubahan politik, cara dan susunan pemerintahan serta adat istiadat

istana raja-raja di Nusantara pada mulanya mengikut Hindu tapi akhirnya bertukar

kepada konsep Sultan dalam Islam. Struktur pentadbiran diterima secara beransur-

ansur bagi mengantikan struktur pentadbiran Hindu dalam pentadbiran negara.

Menurut Muhammad Asad, kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan

wujudnya pemerintah. Pemerintahan adalah suatu cara terbaik menyempurnakan

kebajikan rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap di mana ia

memerlukan pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Unsur-unsur yang perlu supaya

kebajikan rakyat dapat dipenuhi ialah tolong-menolong, bekerjasama dan bersatu-

9 | P a g e

Page 10: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

padu. Islam yang tiba ke alam Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan

pentadbiran demi menjaga maslahat manusia keseluruhannya. Islam sentiasa

mengambil alih tempat yang paling penting dalam kehidupan masyarakat Melayu

dan politik di negara ini. Antara aspek yang utama dalam bidang politik dan

pentadbiran ialah Islam mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang

bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini. Contohnya, watak yang meminati ilmu.

Sultan sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga

dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama

dan adat yang mesti menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak

dianggap sebagai manusia paling suci seperti di dalam kepercayaan zaman Hindu

sebelumnya.

Sewaktu kedatangan Islam mereka menganggap sultan adalah manusia yang mulia

tetapi sultan masih dianggap berdaulat dan duduk lebih tinggi daripada undang-

undang sehingga tidak boleh dikenakan hukuman. Konsep daulat berkembang

apabila sultan dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan

dan salasilah serta kebolehan fizikal dan keharmonian luar biasa. Rakyat

dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap sultan.

Sesiapa menentang sultan dianggap menderhaka. Jelas bahawa kedatangan Islam

berjaya mengubah watak dan sifat raja dengan sifat yang lebih positif dan

membolehkan rakyat taat akan pemerintah untuk menjadi rakyat yang bertamadun.

Oleh itu, pembangunan politik Islam telah mencapai kehidupan yang unggul. Malah

lebih daripada itu, pembangunan politik yang diwujudkan oleh Islam telah mencapai

suatu kedudukan yang lebih tinggi. Kita seharusnya ingat bahawa Islam adalah

suatu sistem yang menyeluruh, tidak memecahbelahkan manusia kepada sesuatu

bahagian tetapi melihatnya sebagai suatu panduan yang utuh dan yakin

sebagaimana dirinya dalam realiti. Oleh itu, Islam memberikan perhatian untuk

membangunkan sikap orang Islam terhadap ilmu dan tamadun sebagaimana ia

membangunkan kehidupan politik mereka.

Selain daripada perubahan politik, bidang perundangan juga merupakan salah satu

aspek perubahan yang penting yang dicetuskan oleh Islam. Di Melaka terdapat dua

teks penting undang-undang yang ternyata terpengaruh dengan ajaran Islam;

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Penampilan undang-

10 | P a g e

Page 11: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

undang ini dapat mempamerkan bahawa Islam pernah diamalkan bukan sahaja

sebagai undang-undang diri tetapi juga sebagai undang-undang jenayah, kontrak

dan sebagainya. Perihal pengalaman Islam sebagai undang-undang di alam Melayu,

khususnya di Tanah Melayu telah pun diputuskan di dalam suatu keputusan dalam

mahkamah Inggeris yang mengatakan bahawa sememangnya undang-undang Islam

itu adalah undang-undang asal negeri ini. Jika dikaji Hukum Kanun Melaka, nyata

bahawa Islam mempengaruhi sistem perundangan di Melaka. Melaka merupakan

negeri yang menjadi negeri yang terawal mempraktikkan sistem perundangan.

Terdapat satu fasal undang-undang tersebut menyatakan, berhubung dengan

menteri-menteri, pegawai istana dan pasukan tentera, mereka hendaklah bertindak

berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran dan menjalankan suruhanNya untuk

membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.

Islam juga memainkan peranan dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu.

Pada catatan di Batu Bersurat Terengganu terdapat bukti bahawa hukum Islam

mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303H lagi.

Ajaran Islam menghendaki umatnya untuk patuh kepada Allah dan menghindari

perbuatan yang keji dan dibenci Allah. Perundangan dalam sesebuah negeri amat

penting kerana ia akan mengawal segala tingkah laku manusia untuk tidak berbuat

jahat. Perundangan juga harus adil dan saksama dan hukuman yang setimpal perlu

diberikan kepada pesalah. Masyarakat akan lebih bertamadun jika dapat mematuhi

undang-undang yang telah ditetapkan selagi ia tidak terpesong daripada Islam.

Seperti yang dapat kita lihat sekarang, negara memepunyai sistem perundangan

yang teratur, adil dan saksama. Masyarakat dan negara tidak lagi terumbang-

ambing seperti pada zaman Hindu dahulu tanpa perundangan yang sistematik.

Bidang ekonomi juga mengalami perubahan sejak kedatangan Islam ke alam

Melayu. Islam sendiri datang melalui kegiatan perdagangan. Islam juga

menggalakkan usaha-usaha mencari kekayaan secara halal. Dalam usaha

menolong orang susah pula, Islam menentukan syariat sedekah dan zakat. Mencari

rezeki dianggap sebagai satu perkara yang wajib. Meminta sedekah tanpa alasan

yang munasabah dianggap keji dan hina. Konsep ini telah membawa perkembangan

pesat dalam bidang ekonomi seperti yang kita dapat lihat pada masa kini.

Perdagangan sentiasa memainkan peranan yang amat utama dan agung dalam

11 | P a g e

Page 12: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

pembinaan tamadun manusia. Tukar ganti barangan antara seluruh dunia

memperkaya dan memperbanyak keperluan manusia seluruhnya. Namun kehadiran

pelbagai barangan keperluan itu berada di pelbagai tempat dan kawasan yang

berjauhan hingga memerlukan perjalanan dan perdagangan jauh sebagai kaedah

tukar ganti. Demikianlah pelbagai rantau dunia bertukar ganti barangan masing-

masing untuk memenuhi pelbagai keperluan itu. Sekaligus kegiatan ini membangun

tamadun manusia. Dalam kesibukan pertukaran inilah Alam Melayu memainkan

peranan untuk membekalkan segala macam rempah ratus, galian emas dan timah

dan barangan laut serta tempat persinggahan selamat untuk mendapat perbekalan

makanan dalam perjalanan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Perjalanan melalui

pelayaran adalah amat bergantung kepada pergerakan dua angin - musim timur laut

pada Oktober-Mac dan barat daya pada April-September atau dikenali juga sebagai

angin utara dan angin barat. Dalam tempoh enam bulan inilah pelayaran mesti

berlaku untuk sampai ke barat atau ke timur jauh.

Dalam tempoh yang singkat ini para pelayar dan pedagang dari rantau Arab dan

India yang membekal Eropah dengan barangan mewah sutera dari China seringkali

terpaksa singgah di Alam Melayu untuk mendapat barang makanan dan air atau

menanti pertukaran angin sebelum belayar terus ke China. Demikian juga

sebaliknya. Maka Alam Melayu menjadi persinggahan terpenting para pedagang

Basra, Hormuz dan Calicut (Gujerat, India) ke China dan sebaliknya serta mendapat

bekalan keperluan barangan rempah, kayu manis, kapur barus serta logam timah.

Muncullah pelabuhan yang bertindak sebagai pasaran tukaran barangan yang amat

meluas hingga muncul kerajaan-kerajaan Melayu yang berkuasa dan kaya.

Begitulah fungsi pelabuhan Langkasuka, Kalah (Kedah), Zabaj (Sriwijaya) dan

Melaka dalam lalu-lintas dagangan yang amat pesat. Laluan itu meluas ke seluruh

Alam Melayu hingga ke Jawa, Maluku, Kalimantan dan Kepulauan Sulu untuk

membekal dan mengumpul pelbagai barangan rempah, hasil laut dan hasil hutan.

Kayu manis (yang ditukar-sebut menjadi ‘cinnamum’), buah keras, kapor Barus,

tripang (gamat), damar dan rotan menjadi amat terkenal sebagai barangan Alam

Melayu hingga mendorong pedagang Barat (Eropah) untuk mencari jalan ke timur

dan pedagang Alam Melayu belayar ke timur dan barat membawa barangan

mereka. Perjalanan ini mendorong dan mendokong juga pembesar Melayu yang

menguasai dagangan untuk belayar jauh ke barat hingga membina dinasti kerajaan

12 | P a g e

Page 13: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Merina di Madagaskar pada awal milennium Masihi. Demikian kedudukan amat

strategik Alam Melayu dalam pertukaran angin pelayaran meletakkannya di tengah

jalan pelayaran itu untuk membangun tamadun agung Melayu sendiri yang

menanam jati diri atau identiti Melayu kepada seluruh alam kepulauan Melayu dan

juga mewarisi tamadun agung dunia dari jazirah Islam, Hindu-Buddha India,

kebendaan China dan kemudiannya Nasrani Eropah. Pergolakan ketamadunan

inilah yang diperhatikan berlaku dari abad 7M hingga ke 18M dan melahirkan

kemelayuan di Alam Melayu sehingga kini.

Islam juga mencetuskan perubahan dalam bidang keilmuan. Ini kerana hukum Islam

sendiri menggalakkan usaha-usaha belajar dan mengajar ilmu pengetahuan.

Profesor Muhammad Syed Naguib al Attas menjelaskan, “Islam membawa

semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan istana dan

kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak dalam kalangan rakyat jelata”. Ia

juga menggambarkan pola perubahan dalam hal-hal yang bersifat keilmuan ini

melibatkan golongan atasan dan istana serta golongan bawahan dan rakyat jelata.

Selain itu kedatangan Islam merubah pandangan masyarakat di alam Melayu ke

arah yang bersifat ilmiah dan saintifik, meninggalkan era yang mengutamakan

sesuatu yang bersifat tahyul, khayalan dan memuja sesuatu yang berbentuk estatik.

Menurut Uthman el Muhammad, alam Melayu mementingkan sesuatu yang

menggunakan akal, pemahaman ilmu metafizika, serta pandangan hidup yang

munasabahpada akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan.

Antara tokoh-tokoh keilmuan di daerah ini ialah Nasruddin al Raniri, Shamsuddin al

Sumaterani, Muhammad Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain. Institusi pondok

tumbuh dengan pesatnya sebagai pusat pengembangan ilmu. Ia menjadi institusi

tumpuan masyarakat dan menjadi tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar

oleh Islam. Melahirkan masyarakat yang bertamadun memerlukan masyarakat yang

berilmu supaya tidak ditindas atau ditipu dan untuk memperoleh masa depan yang

cerah.

Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama.

Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah

‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah

13 | P a g e

Page 14: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha

Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan

kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5.

Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan

sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang

diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan

masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan

pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama

bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.

Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik

intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah

terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih

banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan

adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik

tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-

Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular,

reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam

bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan

Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini

sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah

menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk

Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

Kedatangan Islam juga memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk

para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan

persoalan metafizik, falsafah dan saintifik. Isu-isu sebegini sukar ditemui sebelum

kedatangan Islam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan di alam

Melayu. Di Melaka yang dikunjungi oleh pedagang seluruh dunia, bahasa Melayu

ditutur oleh 360 bangsa yang tiba di pelabuhan itu. Malah dikatakan bahasa ini

menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan pengucapnya. Ia

menjadi bahasa yang menjadi bahasa rasmi lebih daripada seratus juta manusia di

alam Melayu. Aspek tulisannya ialah aspek yang paling penting. Kedatangan Islam

14 | P a g e

Page 15: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

mengenalkan tulisan kepada orang-orang Melayu, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini

mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan arab al-Quran. Dalam pada masa

yang sama, perubahan juga berlaku di dalam bidang persuratan Melayu. Fungsi

persuratan dan kesusasteraan bertukar daripada semata-mata untuk berhibur

kepada pendidikan. Pada zaman kebangkitan kuasa kesultanan Melayu Islam di

alam Melayu, isu-isu yang dibicarakan dalam persuratan Melayu berkisar tiga tema

utama. Pertama, karya yang bertemakan tasawwuf dan falsafah seperti karya-karya

Hamzah Fansuri. Kedua, hasil kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan

ketatanegaraan seperti karya-karya Nuruddin al Raniri, Bukhari al Jauhari dan lain-

lain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam seperti Hikayat Ali Hanafiah. Tema-tema

yang dikemukakan ini membezakan pendekatan yang wujud sebelumnya yang

mengucapkan tentang dewa-dewa dan pengaruh Hindu-Buddha.

Selain daripada perubahan-perubahan berikut, aspek sosial juga turut dipengaruhi

Islam. Sistem sosial Islam mengandungi peraturan-peraturan dan nilai-nilai murni

yang lengkap dan sesuai untuk semua pada semua zaman. Pengaruh sosial Islam

mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun semangat daripada ajaran Hindu itu masih

ada juga kesan-kesannya. Islam menganjurkan nilai persamaan taraf sesama

manusia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menerima ajaran Hindu

yang mengamalkan sistem kasta yang mementingkan darjat-darjat tertentu. Islam

menghapuskan sistem tersebut dan menolak perhambaan sesama manusia.

Institusi-institusi baru juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan

sebagainya yang memainkan peranan utama dalam hubungan sosial seharian.

Tempat-tempat ini bukan sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga

sebagai tempat pertemuan sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba

ilmu, dewan permesyuaratan dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah

sama ada dalam urusan agama atau menyelesaikan urusan kemasyarakatan yang

dihadapi. Dalam aspek sosial juga, Islam membina dengan sempurna sesebuah

masyarakat yang bersatu padu bermula dengan memperbaiki kehidupan

kekeluargaan dan kemuliaan. Sebagaimana satu unit keluarga, pembinaan sosial

diasaskan oleh pertimbangan moral serta bersumberkan daripadanya. Mencintai

anggota lain dalam masyarakat, menghormati hak mereka, mengambil berat

kebajikan dan reputasi mereka merupakan perintah Allah S.W.T. Janganlah kita lupa

bahawa faktor sosioekonomi yang memperkukuhkan konsep takaful atau

15 | P a g e

Page 16: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

perlindungan untuk menghadapi segala bahaya dan kerugian adalah sebahagian

daripada masyarakat Islam dan sistem Islam keseluruhannya. Ia bermula dengan

keluarga sebagai unit yang pertama tetapi dilanjutkan sehingga meliputi keluarga

yang berkembang dan kemudian seluruh masyarakat.

Tamadun dan kebudayaan mempunyai kaitan yang rapat antara satu dengan yang

lain. Masyarakat pada zaman kini telah membangun dan melakukan perubahan dari

segi keperluan, misalnya pakaian, ilmu pengetahuan, hasil pemikiran, peralatan tulis

dan lain-lain lagi. Pada zaman sekarang, manusia telah mempelajari pelbagai

bidang ilmu pengetahuan, khususnya bidang sains sehingga berjaya mencipta

teknologi yang serba canggih seperti komputer, internet dan lain-lain perhubungan

awam yang kita lihat. Masyarakat pada masa kini telah banyak melakukan

perubahan dalam cara hidup mengikut perubahan masa. Ini bermakna masyarakat

telah membangun berasaskan satu arah daripada bentuk yang kurang kompleks

kepada bentuk yang lebih kompleks, dari satu tahap teknologi yang rendah ke tahap

teknologi yang tinggi, daripada kemampuan yang lebih rendah ke tahap yang lebih

tinggi dan daripada struktur sosioekonomi dan politik yang lebih rendah ke tahap

yang lebih tinggi. Contohnya, Malaysia telah membangun dengan pesatnya di mana

ia kini bangga kerana mempunyai kereta buatannya sendiri. Dengan contoh dan

penjelasan tersebut, kita benar-benar dapati bahawa manusia pada masa kini telah

bertamadun.

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang bermoral. Masyarakat

bermoral ialah masyarakat yang mempunyai pemikiran rasionalis atau selalu

memikirkan sesuatu yang waras. Masyarakat bermoral boleh membangun dan

bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun.

Seperti yang kita ketahui bahawa akal fikiran merupakan sumber yang kedua

penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini kerana ilmu pengetahuan yang

dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat membentuk dan melahirkan

sesuatu perkara yang baru dan menghasilkan tamadun. Keadaan ini dijelaskan oleh

Ghazali Basri (1984) bahawa tamadun yang dilahirkan oleh agama Islam adalah

tamadun yang bersifat kualitatis. Kabangkitannya tidak berasaskan kepada

longgokan kebendaan atau material dan bersifat fizikal tetapi ia lahir daripada dasar

hati yang tercermin dalam daya pemikiran keilmuan dan kesederhaan hidup. Sudah

16 | P a g e

Page 17: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

terang lagi bersuluh Islam mempunyai pengaruh yang besar dan suci dalam

mentamadunkan masyarakat Melayu pada hari ini yang saban hari mengejar dunia

tanpa sempadan ini.

17 | P a g e

Page 18: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

REFLEKSI

Saya telah diberikan amanah untuk membuat sebuah esei yang bertajuk

Kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun.

Pada mulanya saya berasa tajuk tersebut sukar untuk dikaji dan saya mengambil

keputusan untuk menangguhkan tugasan ini. Namun, saya sedar bahawa ini

merupakan cabaran yang perlu saya hadapi untuk melaksanakan tanggungjawab

saya sebagai seorang pelajar dan juga guru pelatih.

Sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini, saya juga menghadapi kekangan-

kekangan yang tidak dapat saya elakkan. Antaranya termasuklah kesukaran

mencari bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya ini.

Kebanyakan maklumat yang saya perolehi tidak berkaitan dengan tajuk saya

terutamanya sumber yang saya perolehi daripada internet. Buku-buku yang terdapat

di pusat sumber pula berselerak dan masih lagi tidak teratur ekoran berpindah ke

kampus baru dan menyebabkan saya sukar untuk mencari buku-buku tentang

tamadun Islam yang berkaitan.

Cara saya menyelesaikan masalah saya ialah dengan munasabah diri saya sendiri

sebelum memulakan langkah untuk membuat tugasan ini. Kemudian, saya

mengambil tindakan untuk mencari buku-buku yang berkenaan tersebut dengan

meminta pertolongan daripada pustakawan supaya memudahkan pencarian saya.

Selain itu, saya mencari bahan-bahan rujukan daripada internet dengan cara

meneliti setiap isi yang terkandung dalam artikel di internet. Dengan cara-cara

tersebut saya dapat mengumpul maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan

tugasan saya ini.

Setelah selesai menyempurnakan esei ini, saya mendapat berbagai-bagai input

yang sangat berharga bagi saya. Sebelum ini, saya tidak mengetahui banyak

tentang sejarah Islam. Tugasan ini memberi saya fahaman yang lebih mendalam

lagi tentang tamadun Islam itu sendiri. Apa yang dapat saya simpulkan ialah,

tamadun Islam banyak mempengaruhi masyarakat di alam Melayu seperti yang kita

dapat lihat sekarang ini masyarakat yang bertamadun dan berkerjaya. Tamadun

Islam ialah acuan kepada masyarakat untuk membentuk sebuah masyarakat yang

18 | P a g e

Page 19: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

bertamadun. Semuanya terpulang kepada setiap individu untuk mencorakkan hidup

masing-masing. Saya berharap agar ketamadunan masyarakat akan kekal

selamanya demi memartabatkan diri, bangsa, agama dan negara yang tercinta.

19 | P a g e

Page 20: Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BIBLIOGRAFI

Buku

Abdullah Jusuh (1990), Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (2009), Modul Pengajian Tamadun

Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Internet

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kedatangan%20islam%20ke

%20alam%20melayu%20melahirkan%20masyarakat

%20bertamadun&oq=&ie=UTF-8&sa=N&tab=iw

http://duniaassignment.blogspot.com/2011/06/rujukan-apa-system.html

http://nabawi.wordpress.com/2007/05/25/kedatangan-islam-dan-

pembudayaan-alam-melayu-1/

http://nabawi.wordpress.com/2007/06/03/kedatangan-islam-dan-

pembudayaan-alam-melayu-2/

20 | P a g e