tamadun cina

17
PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Kebudayaan Yangshao Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Upload: zulnas-mpmk

Post on 17-May-2017

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Cina

PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG

Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau

Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai

Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah

tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini.

Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun

dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain

dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang.

Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya

sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.

Kebudayaan Yangshao

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi

(SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-

kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri

disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang

terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang

dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an

di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-

teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River)

dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama

berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi

tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang

pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan

pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di

perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar

berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang

khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas

Page 2: Tamadun Cina

rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan

ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan

kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan

secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam

tamadun Cina. Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM,

kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-

bahagian tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur

oleh kebudayaan Longshan.

Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman

Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM

merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun

Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi

Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah

Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar

Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai

daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-

bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan

penggunaan mesin peroda tembikar (potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri

peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan

penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja

dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli

masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas

ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat

loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan

yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM).

Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat

Page 3: Tamadun Cina

daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu,

pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan

perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan

yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya

pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan

pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di

bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang

memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh

tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun

1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti

yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir

pada tahun 1027SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise

shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda,

tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi

ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan

peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

Page 4: Tamadun Cina

UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA

Alam Sekitar yang Mencorakkan Tamadun Cina

Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam

sejarah perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti

pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran

tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca

gersang di bahagian timur negeri China.Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian

bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang. Benih-benih padi

telah ditemui di sekitar tapak tersebut, yang menandakan bahawa ia adalah tapak awal

sawah padi ditanam secara meluas. Cuaca lembap dan panas dengan lokasi geografinya

yang rendah menyumbang terhadap kejayaan penanaman sawah padi di kawasan ini.

Sistem Pertanian Purba

Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan

kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi

geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan

menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi

yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis

kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk

selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab persoalan

(dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu dititikberatkan

oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.

Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang

terhad, wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan

dataran pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang

menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan

keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi

negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut

dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet

yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah

Page 5: Tamadun Cina

membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar sedemikian

bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa Cina yang

berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula membolehkan mereka

menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar yang dibawa masuk ke dalam

negara China. Mengenai peranan dan kepentingan sungai, pengaliran sungai yang

kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau selatan, di samping musim panas yang

jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan di utara telah menggalakkan pergerakan

penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian selatan China. Seiring

dengan pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan

selatan.

Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin

(221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan

bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan

tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman

ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun, sikap terikat dengan tanah,

bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia dimiliki mereka telah

mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.

Bahasa dan Sistem Tulisan Cina

Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i

mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi bahasa

Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan

digunakan sehingga masa kini. Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali

sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang

bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng

(gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau

penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan

character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six

principles of writing). Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai

bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap

Page 6: Tamadun Cina

perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini

adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin

jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu

sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa

pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama

dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.

Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia

terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka

mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian

daripada tulisan mereka.

Pembentukan Bangsa Tionghoa

Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi

masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman

dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti

kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di negara China.

Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu

banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman

Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-

meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi, sehingga

menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku kecil di

sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini

merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa.

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada

zaman purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang

Di yang dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China;

kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di

bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku

bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama

Page 7: Tamadun Cina

yang tersebut di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun

maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua

minzu) pada hari ini.

Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina

Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu

animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa

lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat

Cina sejak zaman silam lagi. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme

being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-

221SM). Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta

dalam konteks etika Konfusianisme.

Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep

Dao secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap

prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua

makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat

{wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk

berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Di samping konsep Dao, kitab Yijing

(The Books of Changes) pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada

kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi

diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan

Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur

{wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda {material). Manifestasi

kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau

putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua

fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai

peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey!) pula terbentuk

berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada

Page 8: Tamadun Cina

Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala

kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi

fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian

dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran

Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong

Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han.

Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam

proses perkembangan ketamadunannya.

Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan

pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini

merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian

keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The

Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan

keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan

kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara. Tahap pencapaian keharmonian

masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan Utopia

Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan

dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh

semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa membazir dan digunakan demi

kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara

dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan yang

berlaku di atas muka bumi tersebut. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk

dicapai, namun Utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina.

Usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat ini memaparkan ciri- ciri keyakinan

diri, nilai-mlai murni serta ketabahan hati yang mendorong mereka agar menghala ke

Jalan Agung yang dicita-citakan itu.

Page 9: Tamadun Cina

Falsafah dan Agama Cina

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek-

aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius

(551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik

yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects,

pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia,

terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa

(xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia

(junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah

menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian,

manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu

perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).

Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di

India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi

yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini

telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan

yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina.

Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca

daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa

nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau

Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan

melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha.

Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui

{Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi

(penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui

(RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang

meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness),

dan tumpuan yang betui (Right Concentration).

Page 10: Tamadun Cina

Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang

dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat

bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan

perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua

cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan

Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik

bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan

konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek

metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca

segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan

(inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula

dan bersatu dengannya.

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam

pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka

berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan

cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar

kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan

oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan

penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis

logik di negara China.

Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan

dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme

mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap

rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah

lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran

ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Page 11: Tamadun Cina

Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum

dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah

Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik

Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang

berperikemanusiaan dan bermoral. Pemikiran politik aliran Daoisme pula cenderung

kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada masa kini. Pengikut pemikiran

Daoisme menafikan bulat-bulat peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang

begitu dititikberatkan oleh Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme mencadangkan gaya

pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga

kehidupan secara primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta. Pemikiran ini

cuma menjadi penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai pegawai

kerajaan dan orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak

mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.

Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti

Qin yang huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik

China ialah Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa

pembaharuan yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri

atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian

zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh

kuasanya. Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan

kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.

Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan

pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak lapisan

pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan

melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan

kerajaan, kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh sebab itu, pemikiran

politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah. Bagaimanapun,

Page 12: Tamadun Cina

selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-empat aliran

pemikiran politik telah bersepadu. Namun, golongan pemerintah China biasanya

menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran negara

menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin

memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api

kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap

pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan

memimpin negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu

tetap berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem

pentadbiran negara.

Keluarga dan Masyarakat Cina

Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya

pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan

kuasa bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap berkekalan dan berlanjutan

selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa bapa

ini telah terserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan

impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan

(temperament) bangsa Cina.

Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan

Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa

suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak

lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat

keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama

(mingfen) dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan

mengagung-agungkan zaman silam.

Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina

Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina

berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul

Page 13: Tamadun Cina

dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina

dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme

antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme,

hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi

keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. Tamadun Cina amat berbeza

daripada tamadun- tamadun lain yang berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada

satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Sungguhpun tamadun-

tamadun berbeza dari segi orientasi pada peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan

bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk sejagat. Walaupun orang Cina menganggap

bahawa prmsip-prinsip moral serta nilai-nilai murni (Dao) berasal daripada Maha Agung

(Tian), tetapi manusia sendiri mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu

mencapai kebijaksanaan dan kesucian iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang

perseorangan - transendensi dalaman. Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-

tamadun lain yang berdasarkan teisme dan mementingkan transendensi luaran.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu

memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan

agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan

pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada

agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha

Agung atau Tian. Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan

kuasa dan kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga

berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu

dengan akhlak. Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan

mendukung akhlak dan menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral

begitu dipentingkan sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak

bermakna sekiranya tidak berakhlak.

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri

untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak.

Dalam proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin

Page 14: Tamadun Cina

diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau

dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan minda

orang Cina ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme

yang agresif. Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di

(langit dan bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam

semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta

supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya. Sistem etika Konfusianisme berasaskan

pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun Cina.

Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras

dengan hubungan dalam keluarga. Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada

humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi

penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial

yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan

pekerjaannya. Ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak kerana

pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina

tradisional.

Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada

hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga,

komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.

Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan

moralisme.

Page 15: Tamadun Cina

BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mad Aros,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam.

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.

M. A. J. Beg. (1980) The Image of Islamic Civilization. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Haji Daud. (2002) Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mustafa Haji Daud. (1985). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Intelek sdn. Bhd.

Penerbit Universiti Malaya.(2002) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur.

Sazelin Arif.(2007) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Shah Alam.

http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html

http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-3-islam-dalam-Tamadun-melayu.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-Tamadun.html

http://www.enotapelajar.com/2010/07/interaksi-antara-Tamadun-bab-3.html

http://www.pdfcari.com/BAB-2-:-INTERAKSI-ANTARA-PELBAGAI-TAMADUN-28-MELAYU,-CINA,-INDIA-....html

http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf

http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-Tamadun.html

http://ayisy.blogspot.com/2009/03/peranan-islam-dalam-pembinaan-Tamadun.html