tamadun cina part 1
TRANSCRIPT
1
TAMADUN CINA[BAHAGIAN I]
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA(TITAS)
2
Pelajar dapat:
1. menjelaskan konsep bangsa dan negara
2. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai
tamadun Cina;
3. menerangkan kepelbagaian aliran falsafah
dan agama.
3
Antara tamadun tertua di dunia dan
berkesinambungan hingga kini.
Dikesan sejak tahun 2000 SM.
Keunikan : kekebalan dan kekentalan dari
dipengaruhi oleh tamadun-tamadun lain serta
kelahiran pelbagai aliran falsafah – Konfusianisme
dan
Taoisme.
Warisan sistem nilainya memberi kesan kepada
perkembangan Tamadun Cina sehingga kini.
KONSEP DAN TAKRIF
4
Bangsa Cina terdiri daripada 5 gabungan kaum besar dikenaliZhonghua Minzu (bangsa Tionghua)
Peringkat awal sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar Han(dinasti Han) dan Tang (dinasti Tang)
Terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar – Han, Hui,Manchu, Mongol, Zang (Tibet)
Konsep negara: Zhong Guo (Tiongkok) bermaksud ‘Negara Tengah’
Zhong Hua (Tionghua) – gabungan Zhong Guo dgn Hua Xia iaituwilayah tanah jajahan pemerintahan) dinasti Cina (Bangsa Han)yg mengamalkan budaya Zhong Yen
Negara merujuk semangat untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unitkenegaraan – gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga)
Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan
Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem
kenegaraan. Budaya Cina semangat bangsa lebih diutamakan daripada
semangat negara.
Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan pada tahun 1911 dandigantikan dengan sistem Republik
WILAYAH
5
Kedudukan Geografi
Ada empat batang sungai yang penting:
1. Sungai Kuning [Huang He] (Utara China)
2. Sg. Yangzi (Tengah China)
3. Sg. Xijiang (Selatan China) ke lautan Pasifik
4. Sg. Merah (di Vietnam)
Pusat pertumbuhan tamadun Cina
Huang He (Sg. Kuning) – utara
Chang Jiang – selatan
Tanda tamadun paling awal berdasarkan kebudayaan
masyarakat:
Di Yangshao – wilayah Shanxi
Di Longshan – wilayah Shandong
Tamadun Cina dipercayai bermula abad ke 6 SM.
Yangshao merujuk kepada suatu kawasanperkampungan tradisi di provinsi Shaanxi.
Tanah yang subur dan lembab sesuai untukpertanian.
Bertani, memelihara babi dan membuattembikar.
Berkembang di bahagian tengah dan utaraChina selama 5,000 tahun.
KEBUDAYAAN YANGSHAO
6
KEBUDAYAAN LONGSHAN
& ZAMAN GANGSA
7
Longshan (lebih maju dr Yangshao) merujukkepada perkampungan tradisi di provinsiShandung.
Zaman Gangsa di Lembah Sg. Yangtze di ProvinsiJiangxi dan di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.
Zaman Gangsa, gangsa dinilaikan sebagai simbolelit kuasa di raja Dinasti Shang (1600~1066 SM)
Penggunaan gangsa tersebar meluas dalamkalangan kaum bangsawan.
MASYARAKAT & BUDAYA
8
Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan sistem kekeluargaan Sistem ini menekankan kuasa bapa, nilai dan etika masyarakat. Dalam sistem politik, kuasa raja dianggap mutlak. Martabat masyarakat terbahagi kepada mulia dan hina Sistem Sangkang menekankan 3 hubungan:
Raja dgn pembesar Ayah dgn anak Suami dgn isteri
Wu Chang merangkumi 5 nilai utama Ren (kemanusiaan) Yi (Kesaksamaan/keadilan) Li (Kesopanan/tatasusila) Zhi (kebijaksanaan/hikmah) Xin (amanah / kepercayaan)
Konsep Xiao (berbakti) – asas pd sistem keluarga Konsep Zhong (taat) – asas pd sistem kenegaraan. Fahaman Konfusianisme amat tebal dalammasyarakat Cina kuno
(masyarakat pertanian) dalam aspek kehidupan, etika, budaya, politik , masyarakat dan negara.
Bahasa & Sistem Tulisan
9
Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana
pelbagai bangsa
Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan
tulisan diseragamkan - dikenali Hanyu (bahasa) dan
Hanzi (tulisan)
Mandarin adalah istilah digunakan oleh orang asing
kepada bahasa Cina (Hanyu)
Masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem
Pinying = sebutan berdasarkan ejaan yg dirumikan.
10
Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han)
telah dicipta berdasarkan kaedah:
i. xiang xing (lambang bergambar)
ii. zhishi (lambang petunjuk)
iii. huiyi (lambang petunjuk fikiran)
iv. xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
v. Zhuanzhu (mutual semantic transfer)
vi. jiajie (loan character)
dikenali sebagai liushu (six principles of writing).
Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi 3
unsur – makna, bunyi dan bentuk.
Walaupun terdapat banyak dialek (bahasa lisan)
namun hanya mempunyai satu sistem tulisan.
Tulisan Cina turut digunakan oleh bangsa lain seperti
Jepun, Vietnam dan Korea.
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN
CINA
11
Konsep Tian Kepercayaan Tian dirujuk kepada langit bermaksud dewa utama. Semasa dinasti Chou, Tian dirujuk kepada makhluk unggul
mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukannasib yang mendapat mandat dari syurga.
Umumnya, Tian merujuk kepada 4 fahaman utama: Tian - sumber kewujudan kepada seluruh makhluk Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti Tian – penentu bahagia dan sengsara
Raja-raja Chou sering dikaitkan dengan konsep Tian iaitu sebagaiwakil Tuhan.
Tian mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan, melindungirakyat dan menghukum pesalah.
Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim. Menurut Konfusius, Tian – tuhan terunggul yang menentukan
nasib seseorang.
12
Dao/Tao
o Dalam kitab Daode Jing, Tian disamakan dengan Dao
Empat perkara utama iaitu:
i.Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the way);
ii.Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi
keseluruhannya (all embracing), tempat asal-usul
semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang
melahirkan serta memupuk makhluk sejagat (wanwu);
iii.Dao adalah kosep semula jadi (nature/tabii);
iv.Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk
berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.
Menurut Kung Fu-Tze – dao dianggap peraturan yang
mesti dipatuhi
Berdasarkan kitab ajaran dao, dao sbg asas kepada
punca segala benda wujud.
13
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Menurut kitab Yijing (The Books of Changes) konsep Taijimerujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality).
Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji.Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub(bipolar) Yin dan Yang.
Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur – air, api, tanah, kayu & logam(wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semuabenda (material).
Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebutdisifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang bersilih ganti tanpa pengakhirannya. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.
14
Kesepaduan Tian dengan Insan
Bermaksud insan sebahagian daripada Tian.
hubungan yang rapat antara insan dengan Tianmenyebabkan segala kesalahan yang dilakukanoleh kerajaan duniawi akan menghasilkanmanifestasi fenomena luar biasa alam semulajadi(bencana alam) sebagai tanda kemarahan Tian danamaran kepada kerajaan berkenaan.
Konsep ini menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianismedikemukakan oleh Dong Zhongshu (79 - 104SM), seorang pujangga Konfusian pada zaman dinastiHan.
Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiranorang Cina sehingga masa kini dalam prosesperkembangan ketamadunannya.
15
Prinsip Zhongyong
Prinsip kesederhanaan atau Zhongyong (The Golden Mean) merupakan pemikiran moral asas yang bersifatsederhana, seimbang dan bersesuaian.
Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawapencapaian tahap pemusatan (centrality) dankeseimbangan akan mendatangkan keharmonian alamsemesta dan bumi ini.
Dengan kesempurnaan hidup semua makhlukterpelihara.
Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity).
Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkansebagai Jalan Agung.
Hanya dapat dicapai apabila segala objek / benda didunia ini dikongsi oleh semua pihak secara adil, tanpamembazir dan digunakan demi kepentingan umum.
Termasuk juga yg tua dijaga dan yg muda dipeliharaselain tiada maksiat, mencuri, pemberontakan di duniaini.
KEPELBAGAIAN FALSAFAH &
AGAMA TAMADUN CINA
16
Falsafah & Agama T. Cina
1. Konfusianisme
2. Buddhisme
3. Daoisme
4. Moisme
5. Legalisme (Aliran Fa)
6. Islam
17
- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaranKonfusius (551-479 SM).
- Dalam kitab Analects (Lun Yu), pengajaran utama Konfusiusmenekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) danketaatan kepada ibubapa (xiao).
- Manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 5 jenis sifat (Wu Chang) yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan (ren) ii. Kewajaran (yi) sikap orang yang bermoral/mulia
iii. Kesusilaan (li)iv. Kearifan (zhi)v. Amanah (xin)
KONFUSIANISME
Pandangan Konfusianisme tentang sifat semulajadi
manusia
Mencius - sifat semula jadi manusia baik ketika
dilahirkan
Xunzi- sifat semulajadi manusia adalah jahat
Gaozi - sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak
jahat
Wu Lun -5 jenis hubungan tahap sosial dalam falsafah
Konfusius
iaitu:
i. Hubungan raja & rakyat
ii. Hubungan suami & isteri
iii.Hubungan ibu bapa & anak
iv. Hubungan antara adik beradik
v. Hubungan antara kawan18
- Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India padakurun ke-6 SM dan disebar ke China pada kurun 1 Masehi [dariDinasti Han hingga ke Dinasti Tan].
- Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpuncadaripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagaimasalah manusia (4 Kebenaran Mulia).
- Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan LapanLapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way).
- Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
i. Theravada /Hinayana
ii. Mahayana
19
BUDDHISME
20
- Diasaskan oleh dua orang pemikir Cina:
- Lao Zi (604 SM), dan
- Zhuang Zi (369-2865 SM)
- Penekanan kepada pemeliharaan semula jadi sertakonsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatansecara spontan dan tanpa sebarang usaha
- Terbahagi kepada dua cabang utama:i. Pemikiran falsafah dao (daojia)
ii. Aliran keagamaan dao (daojio) yang terkandung dalam kitabDaode Jing.
DAOISME
- Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM).
- Konsep penting:
i. kasih sayang sejagat (jian’ai),
ii. mengecam sikap suka berperang (feigong),
iii. menyerah kepada nasib (feiming), dan
iv. mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
- Beliau menyatakan,:setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan
menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah.Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baikMelarang hidup mewah tetapi sederhana.Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran.Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai
dgn muzik.
- Konsep-konsep dalam Moisme bertentangan dengan konsep-konsep dalamKonfusianisme.
21
MOISME
22
- Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasaChina di bawah pemerintahan dinasti Qin.
- Tiga cabang utama dalam sistem pemerintahaniaitu kuasa (Shi), cara (Shu) & perundangan (Fa) -oleh Han Fei Zi.
- Salah satu karya ajaran ini ialah Kuan Tzu.
- Aliran ini mengutamakan:
i. pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihakpemerintah terhadap rakyatnya , &
ii. pemerintahan berteraskan undang-undangadalah lebih baik daripada pemerintahan etika .
LEGALISME / Aliran FA
23
Antara falsafah legalis:
Menentang dunia feudal
Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarkitentera
Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racunrosakkan masyarakat
Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasanegara.
LEGALISME / Aliran FA
- Dibawa masuk ke negara China melalui dua jalan iaitu jalandarat & jalan laut seawal kurun ke 7M.
- Pedagang Islam Arab & Parsi mendarat di selatan China danmendirikan masjid di Guangzhou & Quangzhou.
- Yang menggunakan Jalan Sutera membentuk masyarakatIslam Cina di Xian.
- Kemuncak kegemilangan Islam di China – zaman Dinasti Yuan (1271-1368M) (sumbangan besar tokoh2 Islam dalam bidangastronomi, perubatan, sains & teknologi).
- Zaman Dinasti Ming (1368-1644M) – berlaku peristiwapenting (pelayaran Zhenghe / Cheng Ho mengelilingi dunia).
24
ISLAM
KESIMPULAN
25
Perkembangan Tamadun Cina berkait rapat
dengan masyarakat, bahasa , aliran falsafah
dan kepelbagaian agama mereka.
Ciri-ciri ini membantu pembentukan bangsa
Cina yang memiliki tamadun yang tinggi
sehingga kini.
Rujukan
26
Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar
Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Petaling Jaya :Pearson