tamadun asia

6
Kecemerlangan tamadun asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat. Tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadun Arab-Islam, Mesir, India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala dalam bidang teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian tamadun Asia dalam bidang penciptaan seperti penciptaan kertas, kompas, alat-alat pembedahan, sutera dan teknologi seni bina. Pada masa kini Asia juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Lantaran itu dapatlah dikatakan bahawa sarjana- sarjana hari ini sebenarnya menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam melakukan penerokaan, pengubahsuaian dan penciptaan, (Research and Development). Bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan yang pernah dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka dahulu, Asia akan bangkit sebagai pusat ketamadunan sains dan teknologi dunia. Kata kunci: tamadun; asia; pengubahsuaian; penyesuaian; penciptaan dan Research and Development (R & D) Definisi Tamadun Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Definisi secara bahasa: Bahasa Arab 1. Umran Terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. 2. Hadarah Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar. 3. Tamadun Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.

Upload: nooraluitm

Post on 02-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Kecemerlangan tamadun asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat. Tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadun Arab-Islam, Mesir, India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala dalam bidang teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian tamadun Asia dalam bidang penciptaan seperti penciptaan kertas, kompas, alat-alat pembedahan, sutera dan teknologi seni bina. Pada masa kini Asia juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Lantaran itu dapatlah dikatakan bahawa sarjana-sarjana hari ini sebenarnya menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam melakukan penerokaan, pengubahsuaian dan penciptaan, (Research and Development). Bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan yang pernah dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka dahulu, Asia akan bangkit sebagai pusat ketamadunan sains dan teknologi dunia.

Kata kunci: tamadun; asia; pengubahsuaian; penyesuaian; penciptaan dan Research and Development (R & D)

Definisi TamadunSecara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal.

Definisi secara bahasa:

Bahasa Arab1.UmranTerbitan dari perkataan Amara yang berertikawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

2.HadarahTanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.

3.TamadunMemenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.

4.Madaniyyah/mudunMemiliki ciri-ciri tamadun.

Bahasa Inggeris1.CivilizationDiambil dari bahasa Latin civitas bererti bandar. Civilization merujuk kepada budaya manusiayang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta mempunyai pengkhususan pekerjaan.

Definisi menurut istilah:

Ibn KhaldunIbn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al umran dan al hadarah dalam abad ke 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Sayyid QutbSegala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sisial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

CollingwoodTamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.

Arnold ToynbeeTamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.

Edward L. FarmerTamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.

Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan baratPreviousNextPerbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dengan baratBagi memahami konsep dan perspektif tamadun Islam dan Barat, kita akan mengkaji dari sudut pandangan pelbagai sarjana Islam dan sarjana Barat. Walaupun keduadua tamadun Islam dan Barat mempunyai beberapa persamaan dari segi pencapaian material, namun satu perbezaan di antara kedua-duanya ialah tamadun Islam menekankan aspek agama khususnya dari segi spiritual dan akhlak. Cuba fahami dan baca dengan teliti perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat.Tamadun IslamTakrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:1. Ibn Khaldun (732H 808H)Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.2. Jurji Zaidan (1861 1941)Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzikserta nyanyian.3. Ismail al-Faruqi (1921 1986)Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 )Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilahdinyang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.Tamadun baratBagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri menurut tokoh-tokoh Barat. Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat menghargai dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.1. Arnold Toynbee (1852 1883)Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.2. Dr. Haas dan LeckyTamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.3. J.K FieblemanTamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran ini, maka terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau material.Interaksi tamadun Islam dan baratDalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara satu sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyai pencapaianpencapaian serta keunikan yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia pasti akan menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.

1. Interaksi positifInteraksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain.